You are on page 1of 2

PERATURAN KESELAMATAN KETIKA MENGIKUTI PROGRAM SEKOLAH

KETIKA DI DALAM PERJALANAN DAN MENGHADIRI AKTIVITI


Pelajar MESTILAH

1. Bersama dengan rakan pada setiap masa. Pelajar tidak dibenarkan bergerak
berseorangan.
2. Sentiasa berada di tempat yang di tetapkan. Meminta kebenaran guru yang bertugas
jika mahu pergi ke tempat yang tidak di tetapkan.
3. Menepati masa dan melapurkan diri pada waktu yang ditetapkan.

KETIKA DI BASE CAMP 1 DAN SEMASA MENGIKUTI AKTIVITI


Pelajar TIDAK dibenarkan

1. Berada di tapak Perkhemahan jantina lain.


2. Membuang sampah merata rata.
3. Menukar khemah tanpa kebenaran.
4. Memetik atau merosakkan tumbuh tumbuhan disekeliling.
5. Membawa masuk rokok, minuman keras, gambar-gambar lucah, bacaan yang
diharamkan atau audio visual yang diharamkan.
6. Memiliki atau menggunakan bahan-bahan kimia atau ubat- ubatan yang
membahayakan. Jika pelajar membawa sebarang ubat, haruslah di lapurkan kepada
guru keselamatan.
7. Melakukan perbuatan yang membahayakan diri seperti memanjat pokok/batu atau
mengeluarkan kepala keluar dari bas dll.
8. Melakukan apa-apa jenis perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman dan
keharmonian pelajar yang mengikuti program ini
9. Berkhalwat termasuk berdua-duaan di kawasan tapak perkhemahan.
10. Bermain judi/permainan yang ada unsur pertaruhan
11. Merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain
12. Memberi makanan kepada binatang-binatang
13. Berkeliaran di luar kawasan khemah masing-masing selepas jam 10.00 malam
14. Memancing, berburu dan menagkap binatang tanpa kebenaran
15. Membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan
16. Keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi
17. Berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur

PERATURAN TAMBAHAN

1. Kekemasan dan Kebersihan Khemah

Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap kebersihan khemah masing-masing pada


setiap masa.

2. Peraturan Berpakaian
Semua pelajar diingatkan supaya mematuhi cara berpakaian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Peraturan Rohani

Semua pelajar di wajibkan mengerjakan solat pada waktu yang ditetapkan oleh kem
komandan
.
4. Peraturan lain-lain

Semua pelajar diingatkan supaya menjaga diri, peralatan dan harta persendirian pada
setiap masa.

Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan pengawasan pihak


bertanggungjawab

Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak penganjur

You might also like