You are on page 1of 17

PEMERDAGANGAN

MANUSIA
PENGENALAN
 Pemerdagangan manusia merupakan antara jenayah
tertua.
 Dianggap sebagai satu industri univesal dan tidak
tertakhluk kepada satu- satu negara untuk beroperasi.
 Isu pemerdagangan manusia kini menjadi antara
fenomena yang mengancam banyak negara.
 Akti viti ini melanggar hak sesebuah negara.

 Menganggap perdagangan manusia sebagai industri


jenayah yang menjana keuntungan
DEFINISI
 Menurut UN Convention Transnational Organised Crime
(2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki
sesebuah negara secara haram dengan melakukan
pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada
pihak-pihak tertentu.
 Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula
mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan,
pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan
atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.
 Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah
mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama
ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan
atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian
atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau
pemindahan organ manusia.
DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU,
ENSIKLOPEDIA BEBAS
 Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan
perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi
manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara
sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam
konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk
merujuk kepada perekrutan, pengangkutan,
perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan
perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk
melalui ikatan hutang).
 Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk
memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk
eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan
yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak,
ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan
anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan
kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai
tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk
tujuan kegiatan keagamaan.
FAKTOR - FAKTOR
Penguatkuasaan undang- undang yang lemah
 Lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk
sempadan atau pelabuahan menjadi tumpuan agen- agen
khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak
berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia.
 Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan
untuk bertanggungjawab menjaga sempadan bertindak
mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak
memandang sebelah mata.
 Contohnya, pada 8 november 2010 seorang pegawai
imigresen berpangkat kumpulan sokongan mampu
mnyimpan RM9 juta di luar negara melalui kegiatan ini.
 Pengubalan AKTA ANTIPEMERDAGANGAN
MANUSIA 2007, dilihat sangat lewat jika hendak
dibandingkan dengan negara- negara maju yang lain.
 Sikap pihak kerajaan yang lebih menumpukan kes lain
seperti jenayah kolar putih menyebabkan jenayah
penyeludupan manusia berleluasa.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat
 Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di
Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor
perbelanjaan yang murah.
 Rakyat asing sesetengahnya tertarik untuk datang ke
Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang
menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada
hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai
hamba,pelacur dan buruh paksa.
 Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pada tahun
2009 menunjukkan seramai 5453 pelacur yang
ditangkap adalah warga negara Cina.
Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan
manusia
 Warga - warga asing yang berpendidikan rendah
mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia
kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya
sindiket pemerdagangan manusia ini.
 Rakyat tempatan kurang memberi maklumat
mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga
tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah
satu musuh negara yang berada pada tahap yang
membimbangkan.
KESAN - KESAN

Masalah sosial meningkat


 Peratusan dan jumlah bilangan manusia yang
diperdagangkan meningkat.
 Mendatangkan masalah sosial seperti wujudnya rumah
setinggan, peminta sedekah dan lain-lain.
 Jenayah-jenayah seperti rompakan, pembunuhan, rogol
dan sebagainya turut meningkat.
Penyakit – berjangkit
 Kebanyakan golongan wanita diperdagangkan terlibat dalam
kegiatan pelacuran, secara tidak lansung terdedah kepada
penyakit – berjangkit seperti HIV,AIDS dan lain-lain.

Menjejaskan ekonomi negara


 Bilangan pelancong asing akan berkurang dan mengalami
kemerosotan akibat daripada masalah pemerdagangan manusia.
 Sekiranya jenayah pemerdagangan ini tidak dikawal, wabak
penyakit – berjangkit seperti HIV, AIDS, H1N1 dan lain-lain
mudah menular.
 Secara tidak langsung kerajaan terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang besar bagi menyediakan kemudahan
kesihatan kepada pesakit.
CARA MENGATASI
Meningkatkan kerjasama antarabangsa
 Hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat
 Latihan bersama
 Pertukaran pengalaman

Penguatkuasaan Undang-Undang
 Akta Antipemerdagangan 2007
 Kerjasama antara pihak berkuasa seperti Imigresen, PDRM
dan sebagainya
 Pemantauan berterusan
 Laporan orang awam
Kempen
 Mewujudkan kesedaran mengenai kesan buruk
pemerdagangan manusia
 Peranan media massa, media eletronik dan Ngo dalam
memberi kesedaran kepada pihak kerajaan mahupun orang
ramai
KESIMPULAN
 Tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi
proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Hal
ini kerana selalunya penyeludupan orang mempunyai
potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan
manusia.
 Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan
dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan
pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin
kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem
penyampaian kerajaan.
 Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan
aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang
komited dan kewangan yang mantap.
 Tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk
kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam
pelan induk mengenai antiperdagangan orang.
 Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikan
perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama,
gender, bangsa dan negara asal.
 Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani
memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos
pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung
bersama jika salah seorang mangsa atau penjenayah
melibatkan rakyat mereka.
 Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih
serius untuk menangani isu ini.
 Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara
sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara
destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

You might also like