You are on page 1of 48

Tajuk Perayaan : Hari Raya Aidilfitri

Senarai Semak
Bil Sumber Tandakan (/)
i. Tajuk kajian
ii. Senarai
kandungan
iii. Penghargaan
iv. Objektif Kajian
v. Kaedah Kajian
vi. Hasil Kajian
vii. Rumusan
viii. Lampiran
ix. Rujukan
Markah
Tajuk Kajian

Berdasarkan tugasan Kerja Kursus Sejarah yang telah diberikan kepada saya,

saya telah memilih Perayaan Tahun Baru Cina sebagai tajuk kajian yang akan dijalankan

oleh saya pada kali ini.Antara faktor saya memilih Perayaan Tahun Baru Cina ini ialah

kerana saya ingin meneroka tentang budaya dan perayaan kaum Cina .Untuk

pengetahuan pihak tuan, negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang

bangsa dan agama,maka saya boleh menyiapkan tugasan pada kali ini dengan lebih mudah

lagi .Saya jug memilih perayaan ini kerana saya boleh membuat rujukan dengan kedua

ibu-bapa saya iaitu Encik Badrulhishammudin Bin Din ( Bapa ) dan Che Rosnah Binti

Talib ( Ibu ) saya.

Selain itu, saya juga boleh mendapatkan maklumat yang lebih jelas melalui sumber

rujukan perpustakaan awam yang terletak berdekatan dengan rumah saya iaitu lebih

kurang lima kilometer dari rumah saya.Selain itu, saya juga memilih tajuk kajian ini

kerana majoritinya penduduk yang tinggal di taman saya berbangsa Cina.Ini

memudahkan saya untuk menemu-bual mereka berkenaan dengan hari perayaan

berkenaan.Akhir sekali, saya juga dapat menfaatkan semua kemudahan-kemudahan ini

bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini.

Akhirulkallam, saya berharap agar tugasan Kerja Kursus Sejarah ini dapat

memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Sejarah.


Bilangan Kandungan
1

Tajuk Kajian
2

Senarai Kandungan
3

Penghargaan
4

Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian

Hasil Kajian
7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan
PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan usaha untuk menyiapkan kerja

kursus ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada guru subjek

Sejarah, Encik Rozaidi bin Ishak yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk

ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa saya, Badrulhishammudin Bin Din

(Bapa) dan Che Rosnah Binti Talib (Ibu) kerana telah banyak memberikan sokongan dan

dorongan sepanjang tugasan ini dijalankan tidak kira sama ada dari segi kewangan atau

pendapat.

Akhir sekali, penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua

rakan-rakan saya atas sumbangan mereka untuk memberikan idea dan pendapat serta

pertolongan yang telah banyak mereka sumbangkan kepada saya ketika dalam proses

untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini.


OBJEKTIF KAJIAN

Untuk pengetahuan tuan, saya telah dikehendaki menyiapkan satu tugasan berkenaan

dengan perayaan tradisional yang terdapat di Negara Malaysia ini. Oleh itu saya telah

memilih untuk melakukan satu kajian yang mendalam berkenaan dengan perayaan Tahun

Baru Cina. Kajian yang telah saya lakukan merangkumi perkara di bawah :

Kajian ini dijalankan secara amnya ialah untuk mengenal pasti dan mendalamkan lagi

pengetahuan tentang sejarah perayaan tradisional yang terdapat di negara kita yang

tercinta ini dengan sahih.

Secara khususnya kajian ini adalah untuk menyiapkan satu folio Kerja Kursus

Sejarah berkenaan dengan perayaan tradisional yang terdapat di negara ini dengan tepat

serta dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak tuan.Saya juga berharap

melalui penghasilan Kerja Kursus Sejarah ini, tuan bolehlah menilainya dengan penuh

teliti.

Akhir sekali, saya berharap dengan selesainya penghasilan Kerja Kursus Sejarah

ini, maka saya dapat memupuk sikap rasa sayang akan warisan tinggalan nenek-moyang

di dalam diri saya ini iaitu Perayaan Tahun Baru Cina..


KAEDAH KAJIAN

Untuk pengetahuan pihak tuan, dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan

Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk

mendapatkan maklumat bagi tajuk tugasan yang diberikan.Antara kaedah yang telah saya

gunakan ialah temu-ramah orang sumber.

Saya telah melakukan beberapa kaji selidik bagi mendapatkan maklumat yang

lebih terperinci. Sayajuga telah menemu-ramah kedua ibu bapa saya iaitu Encik

Badrulhishammudin Bin Din dan Che Rosnah Binti Talib dalam usaha memperolehi

maklumat berkenaan dengan perayaan Tahun Baru Cina ini.

Selain itu, saya juga telah membuat beberapa sumber rujukan internet.Ini

bertujuan untuk memastikan agar segala maklumat yang telah saya perolehi benar

semuanya.Oleh itu, Saya telah melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan

perayaan Thun Baru Cina. Ini bertujuan untuk mendapat maklumat yang lebih tepat bagi

perayaan ini

Akhir sekali, disebabkan saya masih belum berpuas hati dengan maklumat yang
telah saya perolehi, maka saya telah memutuskan ingih melakukan kaedah pemerhatian
dan juga lawatan di lokasi kawasan tersebut. Saya juga telah memerhatikan keadaan di
sekeliling lokasi kajian saya iaitu Taman Teratai Indah, Sungai Petani, Kedah Darul
Aman. Di sini, saya telah memerhatikan bagaimana akan keadaan suasana semasa
Perayaan Tahun Baru Cina disambut. Lokasi kajian yang telah dipilih oleh saya adalah
amat bersesuaian dengan tajuk kajian yang telah dihasilkan oleh saya kerana hampir
50% penduduk taman ini berbangsa Cina.
HASIL KAJIAN

Nama Perayaan Lain / Nama Lain

Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini disambut oleh semua umat Islam di dunia ini.Ia

dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri, ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr dan Hari Raya Puasa di

Negara Malaysia ini.Di Negara lain, ia dikenali sebagai Hari Raya Fitrah, Eid, Idul

Fitri, Lebaran di Indonesia, Shemai Eid di Bangladesh, Ramazan Bayramı di Turki.

Pihak / Etnik / Kaum Yang Terlibat

Masyarakat yang menyambutnya ialah golongan yang berbangsa Cina di serata

dunia ini.Perayaan ini disambut selepas bermulanya tahun baru melalui kalendar

Cina.Bagi bangsa Cina,permulaan tahun baru mereka ialah melalui kalendar

mereka dan bukannya pada 1 Februari.

Tarikh / tempoh Masa Yang Dijalankan

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan ialah pada 1 Syawal setiap tahun.Pada

hari ini, masyarakat yang beragama Islam akan bersiap-siap untuk menunaikan

Solat Hari Raya Aidilfitri.Mereka juga akan saling bermaaf-maafan antara sesama

ahli keluarga.
Tujuan Perayaan

Hari Raya disambut kerana bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam

yang telah berjuang dengan berpuasa pada bulan Ramadhan.Mereka akan

menyambutnya dengan suasana yang meriah tidak kiralah miskin atau kaya orang

yang menyambutnya.Umat Islam juga akan menghiaskan rumah mereka agar

suasana menjadi lebih ceria ketika kedatangan tetamu yang melawat.Tujuan Hari

Raya Aidilfitri disambut adalah untuj memberikan ahli keluarga untuk saling

bermaaf-maafan.Mereka juga akan melawat dan saling ziarah-menziarahi antara

satu sama lain.Ini akan membuatkan suasana di sesebuah rumah menjadi lebih

ceria dan gembira serta dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara sesame

anggota keluarga.

LATAR BELAKANG
Sejarah / Asal-Ususl Perayaan

Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa

itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka

segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan

yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam

menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih

bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau

Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya

yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan

ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang

kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari

sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan

perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah

menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada

kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik

kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian

manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan

Upacara Khusus Dalam Perayaan

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari

Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari

Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi

pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.

Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya,

Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk

mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan

beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit

raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit

yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada

amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".

Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau

atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan

syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas
polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian

hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu

detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril

akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,

bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita

bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang

berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan

Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan

keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti

hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan

dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga

Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid

kami." dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka

Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun

sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan

berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya

apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama
hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus

Individu yang mengetuai upacara khusus bagi Perayaan Hari Raya Aidilfitri ialah

biasanya diketuai oleh ketua bagi sesebuah institusi keluarga.Ketua upacara ini

akan memastikan upacara yang dijalankan berjalan dengan lancer serta tidak

bertentangan dengan hukum syariat.

Tempat Khusus Sambutan Dijalankan

Antara tempat khusus Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan ialah seperti di

tanah perkuburan Islam, Masjid, dan rumah-rumah saudara-mara yang akan

dikunjungi oleh para tetamu selepas berakhirnya Solat Hari Raya Aidilfitri.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN


Persiapan Sebelum Perayaan Disambut

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu

sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah

dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi

dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di

radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan

ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama

beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku

akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk

menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena

ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Persiapan Semasa Hari Raya Aidilfitri

Antara persiapan yang dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri ialah masyarakat

yang beragama Islam akan menunaikan Solat Hari Raya Aidifitri di masjd yang

berdekatan pada waktu pagi bermula tepat pukul 8.30 pagi hari tersebut.Selepas

itu, mereka akan pergi menziarahi kenalan-kenalan yang sudah pergi

meninggalkan dunia / meninggal dunia seperti ibu-bapa, adik-beradik, sahabat-

handai, dan lain-lain lagi.Seterusnya, mereka akan saling menziarahi antara satu

sama lain dengan melawat dari sebuah rumah ke rumah yang lain.Akhir sekali,
masyarakat yang beragama Islam akan saling bermaafan atas kesalahan yang telah

dilakukan serta golongan tua akan memberikan wang raya atau lebih dikenali

sebagai ‘ duit raya’ kepada golongan kanak-kanak.

Persiapan Selepas Hari Raya Aidilfitri

Selepas berakhirnya, Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada hari yang pertama,

masyarakat yang beragama Islam akan melakukan ‘ puasa enam’ untuk

melengkapkan amalan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Amalan Sampingan

Amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan

ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari

Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari

Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan

mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan

surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan

rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang

lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,

dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping

meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui
sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya

diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang

ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada

warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang

dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang

bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan

pemberianDuit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan

songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula

ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan

bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian

batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan

komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada

bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Simbol Hari Raya Aidilfitri


Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat

adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi

yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya

dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah

lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi

Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang

tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol

perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh Perayaan

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah.

Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana

kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula

mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya

adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh

hingga 15 hari.

Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-

tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September

 2010: 10 September

 2011: 31 Ogos

 2012: 19 Ogos

 2013: 8 Ogos

 2014: 29 Julai

 2015: 19 Julai

Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya

matahari

KESAN PERAYAAN
Kepada Kekeluargaan

Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesan terhadap institusi

kekeluargaan. Setiap perayaan merupakan penantian bagi ahli keluarga setiap

kekeluargaan. Setiap perayaan merupakan penantian bagi ahli keluarga setiap tahun

untuk bertemu dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang datang berkunjung ke

rumah.

Pada kebiasaannya seminggu sebelum Hari Raya setiap keluarga akan sibuk membuat

persiapan di rumah di rumah termasuk membuat biskut raya, menjahit langsir,

mengacau dodol dan merebus ketupat. Situasi seperti ini akan dapat mengeratkan

hubungan kekeluargaanBagi masyarakat Cina, hubungan kekeluargaan semakin erat

melalui ”makan besar” yang melibatkan seluruh ahli keluarga. Mereka akan

berkumpul dalam majlis makan tersebut yang diadakan sehari sebelum Tahun Baru

Cina. Persediaan untuk makan malam tersebut

yang diadakan secara bersama-sama ahli keluarga. Begitu juga bagi masyarakat

Melayu, aktiviti mengacau dodol akan melibatkan kerja secara bergotong-royong dan

melibatkan ahli keluarga. Selain itu, amalan bermaaf-maafan pada Hari Raya akan

menimbulkan rasa keinsafan antara ahli keluarga. Kesalahan dan perasaan negatif

akan dapat dileraikan melalui konsep bermaaf-maafan di pagi Hari Raya dan
sepanjang kunjungan para tetamu. Amalan seperti ini wajar diteruskan agar situasi

harmoni dalam kalangan masyarakat di Malaysia dapat dikekalkan.

Perpaduan

Selain daripada institusi keluarga, masyarakat juga memainkan peranan yang sama

penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian. Sesungguhnya perpaduan di

kalangan masyarakat merupakan salah satu pra-syarat kepada kekuatan negara.

Dengan adanya perpaduan, kita mampu mewujudkan suasana kehidupan yang

harmoni, kestabilan politik, kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial dalam

masyarakat dan negara. Bukan mudah bagi sebuah negara yang terdiri daripada

pelbagai kaum hidup dengan rukun damai serta saling hormat-menghormati antara

satu sama lain. Keadaan yang aman ini telah membolehkan kerajaan merancang

pembangunan negara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata.

Hari ini, kita membuktikan perpaduan adalah kunci keamanan, kesejahteraan dan

kemakmuran rakyat dan negara.Saya yakin dan percaya usaha mengadakan majlis

rumah terbuka Malaysia seumpama ini

akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang dasar dan program kerajaan

termasuk tanggungjawab memelihara, mengukuh dan mengekalkan perpaduan

nasional.Dengan cara ini kita membendung perasaan perkauman dan kita pupuk sikap

toleransi terhadap cara hidup masing-masing. Justeru adalah menjadi tanggungjawab


setiap daripada kita yang cintakan keamanan dan kemajuan untuk memastikan

perpaduan di

dalam masyarakat bukan sahaja dikekalkan, malah dipupuk dan dipereratkan lagi.

Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin merupakan faktor penting

bagi menentukan masa depan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana

kehidupan

yang harmoni. Inilah formula keamanan Malaysia.

Pelancongan

Kesan Hari Raya Aidilfitri ini kepada sector pelancongan ialah dapat menarik

minat para pelancong asing supaya lebih berminat untuk melawat Negara Malaysia

ini.Di samping itu, perayaan ini juga dapat mempamerkan betapa indahnya budaya

perayaan yang disambut di Negara Malaysia ini.

Kebudayaan

Antara kesan-kesan Hari Raya Aidilfitri kepada bidang kebudayaan ialah dapat

memastikan agar perayaan ini tidak dilupakan oleh golongan remaja pada masa

kini seterusnya tenggelam di arus zaman.Golongan remaja juga dapat mempelajari

akan budaya masyarakat yang telah disambut sejak zaman nenek-moyang mereka
lagi.Mereka juga akan dapat memeliharanya agar tidak tenggalam di arus zaman

serta dapat memeliharanya untuk generasi yang akan datang.

Peluang Perniagaan

Para peniaga yang meniagakan barangan yang digunakan sempena Hari Raya

Aidilfitri akan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda.Ini kerana para pembeli

yang datang akan sentiasa membeli barang-barang yang diperlukan dalam

persiapan menyambut Hari Raya Aidilftri seperti daun palas yang digunakan

untuk membalut ketupat, sampul wang raya, buluh untuk membuat lemang minyak

pelita, dan lain-lain lagi.

Keagamaan / Kepercayaan

Bagi sesebuah masyarakat yang beragama, mereka akan mematuhi segala adat-

istiadat yang telah diperturunkan kepada mereka dari sesebuah generasi ke

generasi yang lain.Begitulah juga kepada mereka yang beragama Islam.Bagi umat

Islam pula, mereka akan berasa bersyukur keran dapat menunaikan segala

perintah Allah melalui berpuasa ketika Bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, dan

menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan kemenangan di bulan puasa.

Pengekalan Tradisi

Melalui sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kita dapat mengekalkan perayaan tradisi

ini dari lenyap di arus zaman.Kita juga dapat memperturunkan budaya ini dari
satu generasi ke generasi yang lain.Kita juga dapat membendung segala gejal

negatif melalui budaya ini.Pada zaman ini, kita dapat lihat bagaimana dengan sikap

anak-anak muda sekarang yang suka merempit dan melakukan gejal negatif yang

lain.Oleh itu, kita mestilah mengamalkan budaya ini kerana dapat membendung

diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Pendidikan / Pengetahuan

Melalui Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, kita dapat mengetahui dengan lebih

lanjut lagi akan sejarah hari perayaan ini.Kita juga dapat menambahkan

pengetahuan kita dengan cara menyambut hari perayaan ini.Selain itu, kita juga

dapat memperolehi dan dapat menimba pengalaman ketika membuat persiapan

menjelang hari perayaan ini.


RUMUSAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan

Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus

ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya peroleh dan dapat dijadikan

iktibar.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan

adat dan yang terdapat di dalam Perayaan Hari Raya Aidilfitri dapat menarik perhatian

pelancong tempatan dan luar negara untuk menyaksikannya.Walaupun perayaan ini juga

terdapat di negara lain tetapi keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang

terdapat di Malysia.Sebagai seorang daripada rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga

kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik pelancong tempatan dan

luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekali gus dapat mempromosikan

negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.

Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah hari perayaan yang begitu tinggi

nilainya.Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat

kekitaan.Apabila tiba musim perayaan, rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah

perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat.

Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza amalan dan budaya, namun

masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi di dalam kalangan rakyat tidak

kiralah walaupun kita berlainan bangsa, agama, dan warna kulit.


Saya juga dapat menerapkan nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara

rakan-rakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan

sempurnanya.Nilai kerjasama telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu dan

bertungkus-lumus untuk mencari maklumat mengenai hari perayaan ini.


Foto 1 : Ketupat Bawang

Foto 2 : Lemang
Foto 3 : Baju Melayu Lelaki

Foto 4 : Lampu pelita yang dipasang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
Foto 5 : Songkok yang dipakai oleh golongan lelaki bagi menunaikan solat Hari Raya
Aidilfitri di masjid

Foto 6 : Kain sampin yang dipakai bersama Baju Melayu oleh golongan lelaki ke masjid
Foto 7 : Ketupat palas yang dibuat oleh golongan ibu semasa Hari Raya Aidilfitri

Foto 8 : Sampul yang berisi duit raya yang diberikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak
mereka semasa Hari Raya Aidilfitri
Foto 9 : Baju Kurung yang dipakai oleh kaum wanita semasa perayaan Hari Raya Aidifitri

Foto 10 : Suasana ketika di sebuah Rumah Terbuka yang terletak berhampiran


dengan rumah saya
Foto 11 : Antara kuih raya yang dihidangkan ketika Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Foto 12 : Acara gotong-royong mengacau dodol yang dilakukan oleh penduduk


kampung di Yan, Kedah Darul Aman
Rujukan

Rujuk lampiran

Internet

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

2. http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/9754-sejarah-hari-raya.html

Buku ilmiah

A.Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad,1995,Siri Pengetahuan Popular-Perayaan

Orang Melayu,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 4 Jalan

U1/15,Seksyen U1 Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40000 Shah Alam, Selangor Darul

Ehsan.
Akhbar

Skuad Sinar Cakna Zon Utara

Orang Sumber

Encik Badrulhishammudin Bin Din ( Bapa ) dan Che Rosnah Binti Talib ( Ibu )
ELEMEN 3

Negara kita Malaysia, merupakan sebuah Negara yang berdaulat dan

mengamalkan corak pemerintahan sistem berdemokarasi.Malaysia telah diperintah oleh

Perdana Menteri dengan persetujuan Yang Di – Pertuan Agong, Majlis Raja-raja Melayu

bagi setiap negeri dan sokongan pihak rakyat.

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak

perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Hari

Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan banyak lagi perayaan yang

disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada

masyarakat kita di luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara

ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami

negara tercinta ini. Di samping itu, masyarakat negara ini mengamalkan konsep perayaan

dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tambahan pula, melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan

masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan. Langkah ini juga

menyumbang kepada Malaysia untuk terus berganding bahu membangunkan negara yang

maju dan makmur. Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan

masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa. Malaysia bukan setakat sahaja terdiri

daripada kaum utama seperti Melayu, Cina dan India, malahan Malaysia juga diduduki

oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban, Penan dan sebagainya.Kesan yang paling
ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk

yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang

disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbuka yang diamalkan telah

mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan

wujudnya semangat bersatu padu dan berharmoni yang utuh di negara ini dan menjadi

sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini.

Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin

memandang enteng perpaduan. Namu, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah

merak memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja

yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan akan menghargai dan mengamalkan

tradisi dan budaya bangsa. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di

negara ini.

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus

berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk

setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Masyarakat di bandar dan luar

bandar akan berusaha dengan rajin dan gigih bagi meningkatkan sumber pendapatan

masing-

masing. Kekerapan masyarakat untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan

memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini

mejana pertumbuhan ekonomi negara.


Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan

tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan

perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan

antarakaum. Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.

Kita harus bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana dapat menikmati

kepelbagaian perayaan yang unik. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang

melambangkan erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.

You might also like