You are on page 1of 8

JANUARI 2011

MPW143/2143

PENGAJIAN ISLAM

NO. MATRIKULASITE : 800229065108001

NO.KAD PENGENALAN : 800229065108

NO. TELEFON : 013-9583575

E-MEL : nurshida

PUSAT PEMBELAJARAN : PPT. KUALA TERENGGANU


ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, masyarakat telah banyak didedahkan dengan Sistem Perlindungan yang
berteraskan Syariah atau lebih dikenali sebagai Sistem Takaful. Pengertian Takaful adalah
satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala’ iaitu bermaksud ‘Saling jamin
menjamin’. Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah satu kumpulan untuk saling jamin menjamin
dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa
sesuatu musibah. Di dalam konteks ini, perkataan takaful akan disandarkan kepada Sistem
Insurans yang berteraskan prinsip Islam. Dalam Islam, tolong-menolong atau menyediakan
bantuan amatlah digalakkan. Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini
merupakan satu agenda yang penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil
perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka
ketika ditimpa musibah.

Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan
industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu
golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua
instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan
sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima
pemindahan risiko ini.Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang
bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut
adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut
menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong,
bermaksud “ Dan hendaklah kamu tolong-menolong di atas perkars kebaikan dan takwa dan
janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap


penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh
tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah
memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat
insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid rosak tidak sah yang tidak
sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur
gharar iaitu tidak ketentuan, maisir bermaksud judi dan riba.
Takaful merupakan salah satu konsep insuran yang berdasarkan muamalat Islam yang
berlandaskan hukum syariah untuk mengalakkan tolong-menolong dan perpaduan di kalangan
para peserta. Konsep ini sebenarnya telah pun diamalkan sejak lebih 1400 tahun oleh
masyarakat Arab zaman Jahiliyyah. Ia mengandungi tiga konsep asas takaful iaitu konsep
pertama bersifat Al-Qasamah diwujudkan bagi menbantu keluarga pembunuhan apabila tidak
diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak mengenalpasti pembunuhnya
tidak diperolehi dimana dikehendaki seseorang yang dituduh dikehendakai bersumpah dengan
nama Allah sebanyak 50 kali atau satu kali untuk 50 orang. Konsep kedua berbentuk Al-
Aqilah dimana diwujudkan di kalangan saudara mara orang yang didakwa membunuh untuk
membantunya membayar gantirugi Ahli qabilah atau suku kaum atau kariah ahli-ahli
masyarakat membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti kematian atau pembunuhan dan
ketika Tabarru’ iaitu peserta membuat derma ikhlas pada satu tabung dengan niat untuk saling
bantu-membantu sesama peserta yang di dalam kesusahan. Satu lagi konsep yang berkait
rapat iaitu konsep ta’min ijtima’i iaitu wang tabungan yang berpunca daripada pemberian
penyumbang-penyumbang akan digunakan oleh syarikat pengurusan tersebut bagi tujuan
mencari keuntungan melalui perniagaan dan pelaburan.

Konsep ini pada hakikatnya mengambarkan satu rancangan insurans yang berasaskan
perpaduan, rasa tanggungjawab dan hubungan persaudaraan antara sesama peserta yang
berdasarkan konsep tabarru’ iaitu derma yang ikhlas kerana Allah s.w.t kepada tabung yang
diuruskan secara profesional oleh syarikat Takaful bertujuan membantu mana-mana peserta
yang ditimpa musibah. Dengan demikian definisi takaful ialah sistem insurans secara Islam,
sebagai institusi kewangan yang bergerak berdasarkan syariat hukum Islam dalam bentuk
moden merupakan bidang perniagaan yang baru diterokai berdasarkan sejarah pada tahun
1979.

2.0 SEJARAH TAKAFUL

Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejakzaman Nabi Muhammad SAW
1400 tahun dulu lagi. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang digunakan oleh baginda
ialah al-Qasamah dalam urusan perniagaan lebih kurang persamaannya dengan Takaful AM
jika dilihat pada masa kini dan al-Aqilah iaitu urusan kebajikan lebih kurang menyerupai
Takaful Keluarga yang diamalkan kini. Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan
kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a
memperkenalkan Takaful Marin.

Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem Takaful ini mula lenyap.
Akhirnya, barat memperkenalkan Insurans pada kurun ke-15 yang berasaskan konsep jual-
beli. Di London pada tahun 1583,setelah itu insuran menguasai pasaran dunia hampir 500
tahun dan apabila penjajah membawa masuk ke negara kita, mereka membawa
memperkenalkan kepada negara kita sistem Insurans dari Barat ini. Pada tahun 1979, Negara
Sudan adalah sebuah negara Islam yang kecil, melahirkan semula Takaful. dan pada tahun
yang sama, para ulamak seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi Islam
termasuk Malaysia. Setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan hujah yang
jelas,akhirnya mereka bersepakat mengeluarkan fatwa bahawa insurans konvensional adalah
haram dan Takaful adalah dibenarkan.

Pada tahun 1985, Akta Takaful 1985 digubal dan penubuhan Syarikat Takaful
Malaysia mula ditubuhkan sehingga tahun 2008, sebanyak lapan syarikat Takaful telah pun
berdaftar dan mematuhi Akta Majlis Pengawasan Syariah. Hanya lapan syarikat ini sahaja
yang menyediakan Perlindungan Ilam iaitu CIMB Aviva Takaful Berhad, HSBC Amanah
Takaful (Malaysia) Sdn Bhd, Hong Leong Tokio Marine Takaful, Etiqa Takaful,MAA
Takaful, Prudential BSN Takaful Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful
Ikhlas Sdn. Bhd. Kesimpulan daripada sejarah ini, insurans merupakan ciptaan manusia yang
berkonsepkan "jual-beli" dan perniagaan untuk mengaut keuntungan manakala Takaful adalah
bersumberkan Wahyu dan berteraskan nilai-nilai Islam iaitu Tabarru' bermaksud derma dan
Ta'wun iaitu kerjasama.

Takaful menpunyai lapan ciri-ciri utama yang diamalkan pertama adalah berdasarkan
sistem Islam iaitu golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak
bernasib baik. Ini merupakan satu konsep yang di iktiraf oleh Islam berdasarkan dalam
pengertian Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2 bermaksud “Dan hendaklah kamu tolong-
menolong di atas perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong di atas
perkara dosa dan permusuhan” ia merupakan bukti utama betapa sikap saling bantu-menbantu
merupakan salah satu akhlak mahmudah iaitu sifat terpuji.

Sumbangan At-Tabarru’at merupakan ciri kedua iaitu Tabarru’at adalah perkataan Arab
yang bermaksud menderma secara ikhlas iaitu peserta mestilah berniat ikhlas ketika
menyumbang bagi bantu-membantu sesama peserta yang lain jika mereka menghadapi
musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling
bantu-membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan. Dalam industri Takaful, At
Tabarru’at yang diperkenalkan ialah Al-Tabarru’at yang bersyarat. Bersyarat adalah dimana
setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang
dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan
Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada
semua pihak, justeru itu seseorang peserta yang membawa risiko yang besar maka kadar yang
mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Seterusnya ia mestilah bercirikan kepada pelaburan halal iaitu wang peserta akan
dilaburkan di kuanter-kuanter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan
Syariah contoh bentuk pelaburan yang dijalankan adalah bon kerajaan(Al-qardul Hassan),
akaun simpanan di bank(Al-Mudharabah), projek pelaburan(Al-Bai Bithaman Ajil), harta
pembangunan dan pembiayaan perumahan serta sekuriti saham yang tersenerai di kaunter
yang diluluskan oleh syariah. Penubuhan Majlis Pengawasan Syariah ditubuhkan untuk
menasihati pengendalian tentang perniagaan Takaful untuk memastikan yang ia tidak terlibat
dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan berdasarkan Akta Takaful 1984.

Seterusnya Takaful mestilah bercirikan tiada unsur riba kerana elemen riba wujud
dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran
pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakkannya
dilaburkan di dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan
syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional. Unsur
riba juga terdapat dalam uruniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam
produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat akan mengenakan
bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali faedah tersebut
merupakan riba yang dilarang dalam Islam.

Tiada unsur Maisir para ulama menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang
amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan
sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir iaitu Judi dalam kontrak insurans wujud bila mana, peserta membayar premium yang
kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya, peserta hilang wang premium
apabila peristiwa ingin dilindungani tidak berlaku dan syarikat akan rugi jika terpaksa
membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima. Tiada unsur Gharar
maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah
terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan
rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain. Di dalam kontrak insurans
terdapat unsur ketidakpastian iaitu tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran
yang dijanjikan tidak diketahui kadar bayarannya dan tidak diketahui bila masanya.

Bersistemkan Al-Mudaharabah iaitu Mudharabah bererti perkongsian untung diantara


peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan. Nisbah
pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat contohnya nisbah 80:20 atau
50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat. Ia juga perlu mendapat Kelulusan dari
Bank Negara Malaysia.

3.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANG PENYERTAAN ORANG ISLAM


DALAM SISTEM TAKAFUL.

Walaupun perkembangan industri takaful di peringkat antarabangsa agak


memberansangkan, tahap penembusan takaful berbanding nisbah masyarakat Malaysia dan
Muslim khususnya masih lagi rendah dan belum memuaskan. Daripada keseluruhan industri
insurans, hanya 34.7% pasaran rakyat Malaysia yang telah ditembusi (MTEN,2003). Jumlah
orang Islam yang menyertainya pula adalah kurang daripada 20%. Industri takaful pula
walaupun berkembang pesat tetapi penembusan pasarannya hanyalah sekitar 7%
sahaja(Bernama,27 April 2009). Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia
terutamanya Muslim belum menpunyai apa-apa perlindungan takaful, ini sesuatu yang agak
menyedihkan.Faktor-faktor atau beberapa aspek utama yang menjadi penghalang penyertaan
orang Islam dalam sistem Takaful antaranya ialah dari segi aspek kewangan, kefahaman
agama, kefahaman masyarakatdan kekurangan promosi serta produk atau polisi yang
ditawarkan oleh syarikat.
Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat bertajuk Aspek kewangan merupakan faktor
penghalang kepada penyertaan orang Islam dalam Takaful merupakan peratusan pencapaian
yang tertinggi iaitu 66.7% responden bersetuju bahawa orang Islam menpunyai pendapatan
yang rendah kerana majoriti di antara mereka bekerja sendiri contohnya sebagai petani,
nelayan, buruh dan sebagainya merupakan faktor yang menghalang penyertaan golongan
Islam ( Hussin Salamon & Maisarah Mat Saat, Fakulti Pendidikan Universiti Teknilogi
Malaysia, 2010). Selain itu, orang Islam kebanyakkannnya tidak menpunyai lebihan
pendapatan untuk melaburkan wang mereka dalam menyertai takaful. Pendapatan yang
diperolehi cukup untuk membiayai keperluan keluarga sahaja malahan jika ada lebihan
pendapatan pun ia masih lagi tidak mampu untuk menyertai skim takaful berikutan ketiadaan
skim kelompok atau skim bayaranyang mudah untuk golongan yang berpendapatan rendah.

Faktor seterusnya adalah kefahaman agama orang Islam berkaitan Takaful juga menjadi
penghalang penyertaan mereka dalam menyertai Takaful. Kebanyakkan dari mereka
menganggap Takaful ini tidak penting sepertimana ibadat khusus yang lain. Malahan mereka
juga hanya banyak menfokuskan kehidupan mereka dengan mengerjakan ibadat khusus juga
segelintir daripada mereka tidak menyertai Takaful berpendapat bahawa setiap yang berlaku
adalah takdir dan ketentuan Allah dan mereka tidak memerlukan kepada Takaful kerana
mereka percaya segala rezeki mereka adalah ditentukan oleh Allah. Melalui kajian oleh
Zarina Noor (2006) menunjukkan kefahaman pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam
aliran pendidikan tinggi agama juga masih lagi di tahap rendah, oleh itu bagaimana hendak
diharapkan terhadap masyarakat biasa yang tidak menpunyai pendidikan tinggi agama.
Malahan mereka menganggap Takaful adalah tidak berbeza berbanding skim insurans
konvensional lain.

You might also like