You are on page 1of 16

Pendekatan komunikatif

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif,


pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan
nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang
berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau
kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan
adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh
M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah
membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan
manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:

 Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.

 Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.

 Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.

 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.

 Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

 Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan
pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith
Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain
telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday.
Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat
diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan
komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga,
konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran
bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap
sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah
bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus
atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-
murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai
keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara
penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan
pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur,
pengalaman,latarbelakang,minatdankeperluanpelajar.

Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan
menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam
dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau
pergaulan.

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai


alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya
komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa
yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat
reseptif.
Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi
pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid.

Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu
dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru
seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana
penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan
sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan.
Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada
rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks


kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang
lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari
dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

Jenis pendekatan deduktif

(a) Untuk penyelesaian masalah

Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid
mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan
imbuhan “ber”.

(b) Untuk membuat generalisasi baru

Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari
rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus
luas segitiga bersudut tegak.

(c) Untuk membukti hipotesis


Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari.
Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka
dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut dalam sebuah
segitiga.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif

 Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.
 Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori
agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
 Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti
hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.
 Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur
dengan tepat.

 Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada
menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.

 Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara
membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka
menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

PENDEKATAN INDUKTIF

  Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat

  Murid membuat kesimpulan

  Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai

  Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan

  BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan

  Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan
 
*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

7 PM
PENDEKATAN INDUKTIF

Posted by I N D A H

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,


kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru
akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang
sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir,
mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh
khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah


mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,
khususnya matematik, sains dan bahasa.

Jenis pendekatan induktif

 Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari


siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
 Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip
graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
 Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya,
mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat
bahasa.
 Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah
laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

 Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru


harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh
murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan
untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
 Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang
berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal
jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.
 Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi
ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
 Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
 Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga
digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
 Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan
kesimpulan yang berkenaan.
 Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh
spesifik kepada umum.

LABELS: ILMU PENDIDIKAN

APLIKASI PENDEKATAN INKUIRI DALAM PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Irfan Naufal Umar, Sajap Maswan2

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

irfan@usm.my

 
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

sajp.pd04@stud.usm.my

ABSTRAK

Pelbagai laman web pendidikan samada yang dibangunkan di negara ini atau dari negara luar

boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Namun, sebahagian besar daripada

laman web tersebut dibangunkan berasaskan pendekatan tutorial yang bersifat linear dan

informatif. Umumnya, pembelajaran dalam persekitaran web berasaskan tutorial dimulakan

dengan penerangan tentang objektif yang hendak dicapai, tutorial langkah demi langkah, dan

diikuti dengan latihan serta peneguhan. Pendekatan tutorial dikatakan lebih berfokuskan kepada

proses pemaparan dan pemindahan maklumat serta proses mendapatkan kembali maklumat

berkenaan,

Kertas kerja ini akan cuba mencadangkan aplikasi pendekatan inkuiri terbimbing sebagai inovasi

atau alternatif kepada pendekatan tutorial dalam membangunkan persekitaran pembelajaran

berasaskan web. Bagi tujuan tersebut, satu contoh pembelajaran berasaskan web yang telah

dibangunkan penulis akan digunakan, dengan merujuk kepada model Collins dan Stevens (1999)

serta model Kitar Pembelajaran Lawson (1995). Berbanding pendekatan tutorial yang lebih

berbentuk deduktif, pendekatan inkuiri terbimbing adalah lebih bersifat induktif. Pembelajaran

akan dimulakan dengan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan domain


pembelajaran. Kemudian, berdasarkan permasalahan yang ditimbulkan, pelajar akan dibimbing

untuk melakukan penerokaan, membuat pemerhatian, menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan. Pendekatan inkuiri terbimbing dikatakan berupaya membantu dalam pemindahan

maklumat secara aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran yang dapat

mempertingkatkan kemahiran berfikir tahap tinggi.

PENGENALAN

Inovasi teknologi Internet dan Web semakin meluas digunakan sebagai medium

pengajaran yang berkesan. Pihak kerajaan Malaysia juga telah memberikan peruntukan yang

besar ke arah menyediakan prasarana ICT yang membolehkan pembelajaran berasaskan web

dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara. Namun demikian, ia dikatakan masih

belum boleh menjamin berlakunya peningkatan di dalam pencapaian para pelajar terutama di

dalam aspek pemikiran tahap tinggi. Teori dan model pembelajaran adalah di antara faktor utama

yang harus dipertimbangkan dan digunakan sebagai asas dalam proses membina laman web

pendidikan. Ianya sangat penting bagi menjamin keberkesanannya di dalam meningkatkan

pencapaian para pelajar selepas menggunakan laman web pendidikan tersebut. Walaupun tiada

teori dan model pembelajaran yang khusus untuk membina laman web pendidikan, namun teori-

teori dan model-model pembelajaran yang sedia ada boleh disesuaikan dan digunakan sebagai

asas di dalam membangunkan laman-laman web tersebut.

 
Walaupun kini terdapat banyak laman web pendidikan yang telah dibina untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran di negara ini, kebanyakannya adalah berdasarkan pendekatan

tutorial (Irfan, 2003). Bahan pengajaran yang dibina berasaskan tutorial biasanya mempunyai

struktur dan langkah-langkah yang tersusun. Kaedah tutorial telah digunakan di dalam hampir

semua bidang mata pelajaran, dari mata pelajaran kemanusiaan kepada sains sosial hinggalah

kepada sains fizikal (Gagne, Wager & Rojas, 1981). Begitu juga dengan koswer yang

direkabentuk berdasarkan laman web untuk sekolah-sekolah bestari secara umumnya dibina

berdasarkan kaedah tutorial (Hanafi, Ahmad et.al, 2003).

PEMBELAJARAN INKUIRI

Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru dan terdapat

pelbagai definisi yang berkaitan dengannya. Philip (2004), menyatakan ‘sekiranya kita tanya

kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan untuk mendefinisikan “inkuiri” nescaya kita akan

mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya’. Pendekatan inkuiri di dalam pembelajaran
boleh dilihat dalam berbagai bentuk bergantung kepada bidang mata pelajaran yang dipelajari.
Sebagai contoh di dalam mata pelajaran sains, inkuiri mungkin akan melibatkan pelajar di dalam
membuat penyiasatan dan menjelaskan sesuatu fenomena yang dianggap baru kepada mereka,
atau pelajar dikehendaki menguji hipotesis secara saintifik di dalam ujikaji di makmal.
Berdasarkan kepada Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research
Council,1996), pembelajaran sains melalui inkuiri merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh
para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea saintifik seperti
kaedah yang dilakukan oleh para saintis menyelidiki alam ini.

Sementara itu di dalam bidang sains sosial pula, melalui inkuiri pelajar mungkin dikehendaki
menganalisa bahan-bahan dari sumber pertama yang dapat digunakan bagi menjelaskan serta
memahami sesuatu kejadian di dalam peristiwa sejarah dan bagaimana mereka dapat mengaitkan
dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri
sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang
berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Ia berasaskan kepada penyoalan dan
penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti tersebut
pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman
yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran mereka. Herron (1971)
telah membahagikan pembelajaran secara inkuiri kepada empat aras yang berbeza (Jadual 1).
Aras-aras tersebut adalah bergantung kepada berapa banyak peranan yang diberikan kepada
pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. Semakin banyak peranan diberikan oleh pelajar di
dalam aktiviti pembelajaran mereka semakin tinggi aras pembelajaran berasaskan inkuiri, dan
begitulah sebaliknya. Sekiranya semua masalah, prosedur, serta jawapan telah disediakan oleh
guru dan pelajar hanya berperanan sebagai penerima sahaja di dalam pembelajaran mereka,
maka ia tidak dianggap sebagai pembelajaran berasaskan inkuiri (pengesahan). Sebaliknya jika
masalah, prosedur serta jawapan diberikan oleh pelajar sendiri dan guru hanya bertindak sebagai
pembimbing maka ia merupakan pembelajaran berasaskan inkuiri pada aras yang paling tinggi
(inkuiri terbuka). Sekiranya, guru menyediakan masalah dan prosedur sementara pelajar
dikehendaki mencari jawapan berdasarkan prosedur yang telah disediakan, maka ia
dikategorikan sebagai inkuiri berstruktur. Seterusnya jika guru hanya menyediakan masalah-
masalah sementara pelajar sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan jawapan
terhadap permasalahan yang diberikan, maka pembelajaran tersebut dikategorikan sebagai
inkuiri terbimbing.

Aras

3
 

Jadual 1: Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)

Jenis Inkuiri

Pengesahan

(Confirmation)

Inkuiri Berstruktur

(Structured Inquiry)

Inkuiri Terbimbing

(Guided Inquiry)

Inkuri Terbuka

(Open Inquiry)

Penerangan

pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan
keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih awal pelajar melakukan penyelidikan
berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru pelajar melakukan
penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan pemilihan langkah-
langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh pelajar.Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan
soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan
topik-topik yang tertentu .

 
Setiap pendekatan inkuiri di atas tentunya mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang
tersendiri. Pendekatan inkuiri yang ingin digunakan seharusnya disesuaikan dengan bidang dan
tahap pemikiran pelajar-pelajar yang terlibat. Sebagai contoh, inkuiri terbuka mungkin lebih
sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi manakala inkuiri terbimbing mungkin
lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Inkuiri terbimbing adalah di antara
pendekatan yang difikirkan lebih sesuai digunakan untuk membina bahan pengajaran berasaskan
computer yang ditujukan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Ini adalah kerana pelajar
yang berada di peringkat ini perlu diberikan bimbingan asas bagi mencetuskan persoalan-
persoalan dan merangsang mereka untuk terus membuat penerokaan. Banyak kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa pelajar tidak membuat keputusan dengan baik di dalam
pembelajaranberasaskan komputer yang memberikan kebebasan mengawal sendiri pembelajaran
mereka.Semakin banyak kebebasan kawalan pelajar diberikan semakin kurang pelajar belajar
(DiVesta, 1975; Steinberg, 1977; Tennyson & Rothen, 1979). Juga, kawalan pelajar yang terlalu
kompleks akan menyebabkan masa yang terlalu banyak digunakan dan memberi kesan ke atas
hasilpembelajaran (Neil & Nelson, 1991).

Inkuiri Terbimbing

Terdapat berbagai teori dan model yang telah dikemukakan oleh mereka yang terlibatdalam
bidang pendidikan berkaitan dengan inkuiri terbimbing. Schulman dan Tamir
(1973)mendefinisikan inkuiri terbimbing adalah sebagai proses pembelajaran di mana guru
menyediakanunsur-unsur asas dalam satu pelajaran dan kemudian meminta pelajar membuat
generalisasi.Guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan untuk
merangsangpelajar supaya terus membuat penerokaan. Pendekatan tersebut selari dengan model
Kitar Pembelajaran Lawson (1995) dan Teori Pengajaran Inkuiri Collins dan Stevens (1983)
yang mementingkan aktiviti pengajaran guru untuk menjamin keberkesanan sesuatu
pembelajaran penemuan. Di dalam membina bahan pengajaran berasaskan komputer dan laman
web, peranan guru sebagai pembimbing boleh digantikan dengan arahan bahan yang boleh
diprogramkandengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tertentu. Sebagai contoh
sekiranya pereka bentuk kurang menguasai bahasa pengaturcaraan yang kompleks (PERL
contohnya), kini teknologi skrip berasaskan server seperti ASP, ASP.NET, PHP, JSP,
ColdFusion dan sebagainya boleh digunakan bagi membangunkan laman web interaktif yang
mampu menyediakan elemen-elemen bimbingan dan memberi maklum balas kepada pengguna
laman web tersebut.

Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur

Gabungan pendekatan digunakan


Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktifBanyak digunakan dalam pengajaran sains dan
matematik Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan Digunakan dalam
aktiviti pemulihan dan pengayaan Manusia menggunakan akal untuk berfikir kreatif tentang cara
hendak menyelesai masalah dan membuat keputusan. Menurut Piaget (1970), ketika bayi lagi
manusia telah berfikir tentang cara hendak memenuhi keperluan di peringkat sensori motor.

Tingkah laku bayi pula bergantung kepada tahap keupayaan dan kematangan kanak-kanak
sebagaimana yang dikatakan oleh Lilian dan Virgil (1971) tentang kanak-kanak yang dilahirkan
normal mempunyai potensi kreatif tetapi tahap kekreatifan agak berbeza antara satu sama
lain.yang ada pada kanak-kanak adalah disebabkan oleh keupayaan mental yang berbeza-beza
kerana mewarisi genetik yang berlainan (Sufean Hussin, 1996).

Menurut Hassan Langgulung (1997), melalui pemupukan dan latihan membolehkan interaksi
unsur genetik dengan unsur-unsur persekitaran.pelbagai watak, nilai, sikap dan jenis tenaga
manusia.Aktiviti berfikir difahami melalui pemerhatian tingkah laku bayi.Potensi kreatif boleh
dipertingkatkan. menunjukkan bahawa melalui rangsangan persekitaran membolehkan potensi
kreatif berkembang berbanding dengan kanak-kanak terbiar, potensi kreatif kanak- kanak kaku
dan beku. Jelas di sini, walaupun potensi kreatif hadir bersama-sama dengan kelahiran,
perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di
bilik darjah secara formal dan akan mengubah‘berfikir biasa’ yang menjadi rutin kepada yang
baru, asli, banyak dan pelbagai.

Selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran berfikir kreatif (KBK) dalam kalangan pelajar,
institusi sekolah dipertanggungjawabkan menyedia peluang berinteraksi,untuk pendidikan-
pendidikan.sumber dan infrastruktur, kompetensi, sikap pelajar dan guru, keberkesanan
pentadbiran dan pengurusan serta kadar aliran maklumat turut menentukan pencapaian matlamat-
matlamat tersebut.pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap
maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan
mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran,memudahkan
hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis.Mengaplikasikan seterusnyDi samping
itu, nilai masyarakat terhadap pendidikan, peruntukanMenentukan pendekatan-pendekatan

keberkesananMenurut Willen (1994), tujuan utamaSejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah


Rendah (KPM/KBSR, 1983),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KPM/KBSM, 1988) dan
pernyataan secara eksplisit Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM/FPK, 1987) yang
menekankan aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani; usaha untuk menyatukan keempat-
empat aspek ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, analitis dan
kreatif.melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang
berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk
mendukung aspirasi pendidikan negara. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk

Penekanan kepada perkembangan yang seimbang dan menyeluruh meliputi dimensi instrumental
dan dimensi intrinsik. Dimensi instrumental membincangkan perkaitan pendidikan dengan
kehidupan individu sebagai ahli masyarakat dan dimensi intrinsik membincangkan perkaitan
pendidikan untuk pembangunan dan perkembangan pelajar sebagai manusia.(1988), memikirkan
tentang tujuan pendidikan adalah sama dengan memikirkan Menurut Wan Zahid Mohd. Nordin
tentang jenis manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yang sesuai untuk menjamin
kesejahteraan sosial dan kualiti tamadun (bangsa). Menurut Wan Zahid Mohd Nordin lagi,
kualiti tamadun bangsa akan dapat digarap dengan lahirnya individu yang mampu menggunakan
minda mereka untuk berfikir dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang tersurat dalam FPK
(KPM/FPK,1987). 

Matlamat pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek dan kerohanian ke
peringkat yang maksimum. Perkembangan daya intelek dan kerohanian generasi muda dikira
perlu kerana generasi muda merupakan penyumbang tenaga kerja utama negara. Tenaga kerja
yang berkualiti merupakan aset negara yang penting.mengenai kunci masa depan sesuatu bangsa
bergantung kepada sumber manusia dan bukan lagi kepada sumber alam semula jadi
sebagaimana berlaku pada zaman dahulu.merupakan penentu sama ada sesebuah negara itu
makmur atau sebaliknya.Kepentingan sumber manusia menurut Harbinson (1973), merupakan
asas utama yang bergantung kepada jenis masyarakat yang dibentuk.untuk melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berkualiti dari segi pemikiran melalui pendidikan akan menjadi
kenyataan melalui usaha yang bersungguh-sungguh para pelaksana pendidikan.Hakikat ini
ditegaskan oleh Ohmae (1987), iaitu Kualiti serta bilangan manusia terpelajar dan berkemahiran
berfikir Hasrat dihuraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) tentang perkara yang perlu
diajar.

Pengajaran di bilik darjah disampaikan melalui Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran teras. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat
komunikasi dan media bagi rakyat Malaysia berhubung antara satu sama lain untuk memahami
kehendak, perasaan dan fikiran KPM/FPK ‘diterjemahkan’ pula dalam Sukatan Pelajaran dan
orang lain, untuk menyatakan sesuatu, untuk berfikir dan untuk menguasai sesuatu bidang
pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi. pendidikan negara, Bahasa Melayu berupaya
merentas kurikulum dan boleh diajar kepada semua pelajar yang mengikuti KBSR atau KBSM.
Dalam HSP Bahasa

Melayu Tingkatan IV (KPM/PPK, 1989:x) diharapkan:

 
“ ... dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan

kreatif sesuai dengan peranan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar utama ... memberi tumpuan terhadap

ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik pelajar agar

bertutur, cekap membaca dan dapat menulis dengan

kreatif ... untuk melahirkan insan yang seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ... melahirkan

masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan berdaya

saing ... berupaya mencapai kesempurnaan diri”.

Kecekapan dipertingkatkan supaya pelajar boleh berbicara, berpidato, menilai dan mengulas
dengan kritis dalam perbincangan, pembacaan dan penulisan. Pelajar juga harus dapat
melahirkan idea melalui kemahiran melahirkan idea, penulisan kreatif yang berbentuk karangan
deskriptif dan karangan imaginatif yang panjang minimumnya tiga ratus patah perkataan
(KPM/PPK,1989:3) dapat mempercepatkan kemahiran melahirkan idea dan membuat keputusan
dalam kalangan pelajar. Kombinasi antara kemahiran berfikir dengan kemahiraan menulis
karangan akan melahirkan pelajar yang mempunyai kecerdasan linguistik.kecerdasan linguistik
dapat berhujah, berpidato dan berinteraksi dengan berkesan.

Saranan Gardner bermula dengan kemahiran lisan kemudian diikuti dengan merakamkan idea
dalam bentuk tulisan.Bahasa dan berbahasa Gardner (1993b) menyatakan pelajar yang
mempunyai Pelajar Tingkatan IV yang baru mengalami perubahan daripada kebiasaan menjawab
soalan objektif perlu lebih peka dengan penulisan karangan selaras dengan penetapan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM/FPK,1987),iaitu pelajar harus dapat menghasilkan
berbagai-bagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan. Pada akhir
Tingkatan V, penilaian penulisan pelajar akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi atau menjawat jawatan di sektor awam
(Asmah Hj Omar, 1992).bayangan mental yang diluahkan dalam bentuk tulisan mencerminkan
perkara yang difikirkan oleh pelajar.

Dengan demikian, penulisan karangan yang dianggap sebagaiPenghasilan karangan melibatkan


hubungan pemikiran dan peluahan dalam bentuk tulisan. Menurut Mohd. Yusuf Hassan (1994),
penulisan karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar berfikir dengan domain kognitif
di samping domain afektif dan psikomotor.

penulisan karangan berada di peringkat lima (sintesis) dalam domain kognitif dan domain afektif
pula melibatkan kemampuan mengubah suai bentuk karangan menghasilkan karangan asli
manakala domain psikomotor melibatkan tingkah laku yang membawa kepada sesuatu
kemahiran setelah berlaku penyelarasan otot-otot.Kombinasi ketiga-tiga domain, iaitu kognitif,
afektif dan psikomotor membolehkan pelajar menulis karangan. Sokongan suasana bilik darjah
yang kondusif akanmelahirkan pelajar positif, kreatif dan inovatif.

Dengan itu, diharapkan dengan melaksanakan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif
(PPKBK) akan mengubah suasana dan menghidupkan situasi pembelajaran.mengaktifkan
interaksi guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar di
samping memberi sedikit kebebasan untuk berfikir kreatif.pelajar meluahkan idea.

Perlakuan pelajar yang pasif boleh diatasi dengan Penglibatan aktif pelajar meningkatkan KBK
dan memudahkan Penulisan karangan membosankan jika sentiasa mengikut format penulisan
yang sama.menguasai format penulisan karangan yang bermula dengan ayat tesis, diikuti dengan
ayat-ayat menyokong tesis yang berkait dengan idea utama daripada tesis dan penutup (di
Malaysia, penulisan karangan fakta mengikut formula 1211, iaitu satu ayat utama, dua ayat
huraian, satu ayat menyatakan contoh dan satu ayat penutup) telah membuatkan pelajar menjana
bentuk yang tetap. Begitu juga jika berlaku pengulangan penggunaan formula penulisan yang
sama mengakibatkanpengajaran mengarang kurang berkesan (Applebee, 1984). Oleh yang
demikian,

Flower et al. (1990) mencadangkan agar menggunakan pendekatan proses yang menekankan
bukan sahaja isi karangan tetapi juga matlamat mengarang,mempertimbangkan kriteria, masalah,
dan alternatif-alternatif untuk menangani tugasan.sebagai masalah retorik dan aksi
konstruktif.pengetahuan daripada teks yang dibaca, dan pergi lebih jauh daripada teks serta dapat
menghurai, seterusnya akan menghasilkan karangan yang lebih kreatif.Menurut Durst (1984) dan
Marshall (1984b), setelah pelajar Pelajar menjadi lebih reflektif, pemikir strategik, melihat
karangan Akhirnya, pelajar memperoleh

You might also like