You are on page 1of 27

2.3.

2 Kepercayaan kepada Malaikat


Beriman kepada malaikat adalah salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam. Beriman kepada
malaikat ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah telah
menciptakan malaikat daripada cahaya (Haji Said, 1996).
Malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhaka kepada Allah dan tidak pernah membantah apa
sahaja yang diperintah Allah kepada mereka. Malaikat-malaikat itu adalah sejenis makhluk Allah
Azza Wajalla yang kita wajib beriman terhadap kewujudan malaikat-malaikat itu. Firman-firman
Allah s.w.t yang bermaksud, Rasulullah S.A. W telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-
malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.Mereka berkata: Kami tidak membezakan
antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasul-Nya... (Al-Baqarah: 285)
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi
kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan
segala kitab dan sekalian nabi... (Al-Baqarah: 177)
Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA ketika malaikat Jibril
datang kepada Nabi s.a.w menyerupai seorang Arab Badwi bertanya mengenai iman. Rasulullah
s.a.w menjawab yang bermaksud, Bahawa beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-
kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan takdir baik dan jahat (Riwayat Muslim)
Nas-nas tersebut adalah menjadi dalil wajib beriman dengan malaikat-malaikat dan tidak diterima
iman seseorang itu jika mereka tidak beriman kepada malaikat. Mereka yang ingkar kewujudan
malaikat adalah termasuk dalam golongan orang-orang kafir dan telah sesat sejauh-jauhnya. Firman
Allah s.w.t yang bermaksud, .Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya dan
kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya (An-Nisa': 136)
Allah s.w.t terlebih dahulu menciptakan malaikat sebelum mencipta manusia. Sebelum itu Allah s.w.t
telah memberitahu kepada semua malaikat bahawa manusia akan diciptakan untuk dilantik menjadi
khalifah di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dan ingatlah! Ketika Tuhanmu
berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Mereka bertanya (tentang) hikmat ketetapan Allah itu dengan berkata : Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-
Mu? Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah: 30)
Allah s.w.t menciptakan malaikat itu daripada nur (cahaya) sebagaimana Allah menjadikan Nabi
Adam AS daripada tanah dan menciptakan jin daripada nyalaan api. Sabda Rasulullah s.a.w dalam
hadithnya yang diriwayatkan daripada Aisyah R. A bermaksud, Malaikat itu diciptakan daripada nur
(cahaya) dan jin diciptakan daripada nyalaan api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah
diterangkan kepada kamu (Riwayat Muslim)
Malaikat, suatu 'alam yang halus dan termasuk dalam alam yang ghaib yang tidak dapat dirasai oleh
pancaindera insan dan malaikat itu tidak termasuk dalam golongan makhluk yang wujud
jasmaniyahnya iaitu tidak dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa. Malaikat hidup dalam
suatu alam yang berbeza dengan kehidupan manusia. Oleh itu malaikat tidak pernah dilihat oleh
manusia. Perihal keadaan dan hakikat yang sebenarnya hanya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja.
Malaikat itu bersih daripada syahwat haiwaniyah dan jauh dari keinginan hawa nafsu dan perbuatan-
perbuatan dosa dan maksiat. Mereka tidak makan, minum, tidur dan berkahwin. Malaikat-malaikat
mempunyai alamnya yang tersendiri. Mereka bebas mengikut hal ehwal mereka sendiri dan tidak
melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan oleh manusia.
Malaikat itu juga boleh menjelma menyerupai bentuk manusia atau lain-lain bentuk yang boleh
dilihat. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab, malaikat Jibril itu datang
menjelma menyerupai keadaan seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, sangat hitam
rambutnya, tidak diketahui dari mana datangnya lelaki itu. Lelaki tadi terus duduk berhadapan
dengan Nabi s.a.w lalu menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi dan meletakkan dua
tapak tangannya ke atas dua paha Nabi. Kemudian lelaki tadi mulai mengemukakan pertanyaan-
pertanyaan tersebut. Selepas itu, ia pun hilang tidak diketahui ke mana perginya. Nabi pun bertanya
kepada sahabat-sahabatnya, "Adakah kamu kenal siapakah yang datang tadi?" Sahabat-sahabatnya
menjawab : "Kami tidak kenal ya Rasulullah". Maka Nabi s.a.w bersabda :"Itulah malaikat Jibril".
Hadith yang diriwayatkan daripada Umar al-Khattab ini juga menjadi dalil bahawa malaikat-malaikat
itu boleh menyerupai bentuk manusia dan lain-lain bentuk yang dikehendaki Allah, dimana malaikat
Jibril itu selalu datang menemui Rasulullah s.a.w membawa wahyu untuk disampaikan kepada
Rasulullah s.a.w.

2.3.2.1 Kejadian dan hakikat Malaikat


Malaikat-malaikat itu berbeza di antara satu malaikat dengan satu malaikat yang lain, sebagaimana
ada perbezaan mereka dari aspek kedudukan, pangkat, tugas dan sebagainya. Semua perkara itu
hanya diketahui oleh Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t bermaksud, Segala puji tertentu bagi
Allah yang menciptakan langit dan bumi yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap
dua, tiga dan empat. Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan-Nya apa jua yang
dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Faatir: 1)
Maksud firman Allah s.w.t ini memberi pengertian yang jelas bahawa Allah s.w.t menciptakan
malaikat berupa makhluk yang bersayap. Di antaranya ada yang bersayap dua, tiga dan empat. Ada
pula yang lebih dari itu. Semuanya ini adalah menunjukkan nilai dan kedudukan malaikat-malaikat
itu di sisi Allah s.w.t dan juga tentang kekuasaannya cepat atau lambatnya berpindah dari suatu
tempat ke tempat yang lain. Imam Muslim dan Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada
Abdullah bin Mas'ud R.Ayang bermaksud, Bahawa Rasulullah s.a.w melihat Jibril A.S mempunyai
enam ratus sayap (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Malikat-malaikat itu masing-masing diberi oleh Allah darjat kedudukan yang tertentu dalam
menunaikan perintah-perintah Allah serta menyampaikan risalah-risalah-Nya dan mereka sentiasa
bertasbih. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Malaikat-malaikat pula menegaskan pendirian
mereka dengan berkata :Dan tidak ada sesiapa pun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat
kedudukanyang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya) dan sesungguhnya Kamilah yang
sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat) dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa
bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan) (As-Saafat: 164-166)
Maksud ayat di atas menjelaskan bahawa malaikat-malaikat itu mempunyai darjah kedudukan yang
tertentu dan masing-masing menjalankan tugas yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat-
malaikat itu juga taat melaksanakan perintah Allah dan beribadat kepada-Nya. Mereka juga sentiasa
bertasbih dan mensucikan Allah dari segala sifat kekurangan.
Sehubungan dengan ini, perlu dinyatakan bahawa sayap malaikat-malaikat itu adalah termasuk
dalam perkara-perkara yang ghaib yang wajib setiap orang yang beriman mempercayainya tanpa
mempersoalkan bagaimana keadaan, sifat bentuk, warna dan lain-lainnya kerana orang-orang yang
beriman tidak di wajibkan untuk mengetahui perkara-perkara tersebut di mana Rasulullah s.a.w
sendiri pun tidak memberitahu mengenai perkara itu.

2.3.2.2 Peranan dan tanggungjawab


Malaikat mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu. Di bawah ini dikemukakan tugas-
tugas para malaikat itu secara agak terperinci berdasarkan keterangan yang didapati daripada al-
Qur'an dan hadith.

1. Jibril
Jibril dan juga dipanggil Ruhul Qudus, yang disifatkan oleh Allah sebagai mempunyai sifat kuat dan
amanah di dalam firman-Nya yang bermaksud: Sebenarnya al-Quran itu, sungguh-sungguh
kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia. Yang kuat gagah, lagi berkedudukan
tinggi, di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy, yang ditaati di sana ( dalam kalangan malaikat) lagi
dipercayai (At-Takwir: 19-21)
Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Jibril dengan tugas yang mulia dan penting, iaitu menjadi
duta dan utusan di antaraNya dengan para Rasul-Nya. Dengan demikian maka Jibril membawa turun
wahyu Allah kepada para rasul-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran iti
adalah benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ia di bawa turun Malaikat Jibril yang amanah - ke
dalam hatimu, supaya engkau(wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajar an
dan amaran (kepada umatmanusia) (Asy-Syu'araa': 192-194)
Dan ada pula hadith sahih daripada Rasulullah s.a.w sendiri yang menyatakan bahawa malaikat
Jibrillah yang telah menjadi teman kepada Rasulullah s.a.w di dalam Israk dan Mikraj. Di dalam
perjalanan itu Jibrillah yang menjadi teman Rasulullah s.a.w dalam Israk dari Mekah ke Masjid Aqsa
dan perjalanan Mikraj dari Masjid Aqsa ke Sidratul Muntahaa yang mulia dan agung itu.

2. Mikail
Tugasnya ialah menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.

3. Israfil
Tugas yang telah diserahkan Allah kepadanya ialah meniupkan sangkakala pada hari kiamat kelak.
4. Izrail
Diberi tugas khas yang sangat penting iaitu mengambil nyawa (roh). Dia mempunyai ramai
pembantu daripada para malaikat juga, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: ...Sehingga
apabila sampailah ajal maut kepada seseorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-
utusan Kami (malaikat); sedangkan mereka (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)
(AI-An'am: 61)

5. Munkar dan Nakir


Tugas kedua-dua malaikat ini ialah menyoal orang yang mati di dalam kubur mereka mengenai Allah
s.w.t mengenai agama si mati dan juga diri Nabi Muhammad s.a.w (Al-Jazaairi, 1986).

6. Malaikat penulis amalan manusia yang mulia dan jujur (al-Kiramul Katibun)
Tugas mereka ialah menulis dan mencatatkan semua amal perbuatan umat manusia, juga
mengumpulkan data amalan mereka itu. Di sebelah kanan setiap orang mukallaf (yang cukup umur
dan kelayakan memikul tanggungjawab beragama) ada seorang malaikat yang mencatakan amal
kebajikan; manakala di sebelah kiri pula ada seorang malaikat yang menuliskan amal jahatnya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Bagi tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaganya silih berganti
dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya)
dengan perintah Allah... (ar-Rad: 11)
Ibnu Abbas R.A mentafsirkan ayat ini sebagai : Malaikat-malaikat itu menjaganya dari sebelah
hadapan dan belakangnya. Tetapi bila tiba takdir Allah, orang berkenaan akan ditimpa bencana,
maka malaikat yang mengawalnya itu pun mengelakkan diri daripadanya. (Tafsir Ibnu Kathir).
Mujahid pula mengatakan: malaikat mengawalnya ketika dia jaga dan juga pada ketika tidur dari
gangguan jin, manusia dan binatang-binatang yang membahaya.

7. Az-Zabaaniah
Mereka terdiri daripada sembilan belas malaikat; tugas yang telah ditetapkan kepada mereka ialah
menjaga kesemua neraka dan pengusaha yang mengazabkan para penghuni neraka. Firman Allah
s.w.t yang bermaksud: Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. Dan apajalannya engkau
dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak
meninggalkan sisa dan tidak membiarkan (binasa terus). Ia terus menerus membakar kulit manusia,
pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). Dan (ketahuilah bahawa hikmat) kami
tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, kerana
(merekalah sekuat-kuat dan sebetul-betul makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat)
kami tidak menerangkan jumlah mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan
kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu (Al-Muddathir: 26-31)
Ketua az-Zabaniah itu dinamakan Malik. Firman Allah s.w.t mengenai keadaan penghuni neraka yang
bermaksud: Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka dengan berkata): "Wahai Malik!
Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)", (bagi
menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman:" Demi sesungguhnya,
Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui rasul kami), akan tetapi kebanyakan
kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak sukakan kebenaran itu (Az-Zukhruf: 77-78)

8. Malaikat Ridwan;
iaitu yang ditugaskan menjaga perbendaharaan dan segenap isi syurga. Dialah Pengurus Besar
Syurga dan ketua segala pengawal syurga.

9. Para pembantu malaikat maut


Iaitu ada dua golongan iaitu malaikat rahmah dan malaikat azab, yang sentiasa berada bersama
malaikat maut itu, itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud; utusan-utusan
Kami mengambil nyawanya, sedangkan mereka tidak cuai, di dalam surah di atas.

10. Para penanggung/ pemikul/ pengusung 'Arasy (iaitu singgahsana Tuhan) atau dipanggil ('Arasyur
Rahman).
Mereka empat orang semuanya. Tetapi bila tiba hari kiamat mereka ditambah dengan seramai
empat puluh orang pembantu lagi, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: Malaikat yang
memikul 'Arasy dan malaikat. yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan
beriman kepada-Nya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan
berdoa dan merayu) (Al-Mukmin: 7)
.. .Dan 'Arasy Tuhanmu pada hari itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang
mengawal itu (Al-Haqqah: 17)

11. Para pengawal (khadam) syurga; mereka itu terdiri daripada para malaikat yang sangat ramai
dan tidak terhitung jumlah mereka. Firman Allah yang bermaksud: Sedangkan malaikat-malaikat pula
akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata) : " Selamat
sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan dengan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya
balasan amal kamu di dunia dahulu (al-Rad: 23-24)
Dan ada hadith (riwayat at-Tarmizi) yang menyatakan bahawa setiap orang penghuni syurga itu ada
pembantu dan orang-orang suruhan daripada para malaikat yang tidak kurang dari lapan puluh
(malaikat). Tugas mereka ialah menjadi khadam (orang suruhan) kepada penghuni syurga yang
berkenaan itu.

12. Malaikat yang ditugaskan mengawal rahim (kandungan wanita) berpandukan hadith:
Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi tugas kepada seorang malaikat untuk menjaga rahim
(kandungan) maka malaikat pun berkata: Ya Tuhanku Nutfah (air benih), Ya Tuhanku Alaqah (sebuku
darah beku), Ya Tuhanku (seketul daging); apabila Allah hendak menjadikannya suatu makhluk hidup
maka; "Malaikat pun berkata: " Wahai Tuhanku lelakikah atau perempuan, celaka atau bahagiakah?
Bagaimana rezekinya? Bagaimanakah ajalnya? Maka kesemuanya itu akan dicatatkan di dalam perut
ibunya (Riwayat Al-Bukhari)

13. Malaikat penjaga bukit-bukau, gunung-ganang; iaitu malaikat yang ditugaskan oleh Allah s.w.t
untuk menjaga bukit-bukau dan gunung-ganang berpandukan hadith Rasulullah s.a.w : Lalu saya
telah dipanggil oleh malaikat yang menjaga gunung-ganang sambil memberi salam kepada saya
dengan mengatakan: "Wahai Muhammad, apa sahaja perintah akan saya jalankan, dan jika anda
mahu saya boleh menindih mereka dengan Akhsaybain (dua gunung di Mekah) (dikeluarkan oleh An-
Nasai dan Ibnu Hibban)

14. Para malaikat yang selalu berjalan berulang alik dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain
(meronda) ; iaitu suatu golongan malaikat yang selalu berjalan-jalan meronda di seluruh muka bumi
yang tugas mereka ialah menyampaikan salam dan selawat umat Nabi Muhammad s.a.w kepadanya.
Buktinya ialah hadith ini yang bermaksud: Allah ada mempunyai ramai malaikat di bumi, iaitu para
malaikat yang selalu meronda, untuk menyampaikan salam umatku kepadaku (dikeluarkan oleh An-
Nasai dan Ibnu Hibban)

15. Malaikat bertugas bila sahaja seseorang hamba Allah itu mendoakan sesuatu untuk saudaranya
yang beriman yang tiada bersamanya maka malaikat itu akan berkata: " Amin dan engkau pun akan
beroleh seperti itu juga"; juga kerana berpandu kepada hadith riwayat Imam Muslim yang
bermaksud : Doa seseorang Islam kepada saudaranya seorang Islam yang lain yang ghaib (tidak
berada di hadapannya) adalah diperkenankan kerana di hujungnya kepalanya ada seorang malaikat
yang ditugaskan khas untuk menerima doanya itu pada setiap kali orang itu berdoa untuk
saudaranya dengan doa yang baik maka malaikat yang ditugaskan itu berkata: "Amin, dan anda
sendiri pun akan mendapat kebajikan seperti yang anda mintakan untuk saudaramu itu .

16), Malaikat yang ditugaskan untuk membawa naik roh hamba Allah yang mati, berdasarkan hadith
riwayat Imam Muslim: Sebaik sahaja roh seorang beriman itu keluar dari jasadnya maka roh itu
disambut oleh dua orang malaikat yang ditugaskan khas lalu dibawanya roh itu naik. Maka kata-
Hammad (yang meriwayatkan hadith) maka berbau semerbak bauan kasturi, maka (Hammad) pun
berkata: Maka seluruh penghuni langit pun bercakap-cakap mengenai suatu roh yang baik yang baru
tiba dari dunia (bumi); semoga Allah memberi selamat sejahtera kepadamu dan kepada badan yang
mengandungimu, lalu roh itu dibawa menghadap Tuhannya 'Azza wa Jalla, kemudian Allah pun
berfirman : " Bawalah roh itu bersemadi di tempat yang mulia hingga ke akhir masa. Dan (Hammad)
menyebutkan cerita roh orang kafir bertentangan dengan roh orang beriman tadi.

Ada sebahagian lagi malaikat yang mempunyai hubungan yang khusus dengan manusia, di antaranya
ialah,
1. Malaikat-malaikat bergilir-gilir mengawasi manusia dalam alam dunia ini. Mereka itu berkumpul
(bertemu) di waktu solat Subuh dan solat Asar. Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang
diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A yang bermaksud, Malaikat-malaikat yang bertugas malam
bergilir-gilir dengan malaikat-malaikat yang bertugas siang (mengawasi apa yang dilakukan oleh
manusia). Dan malaikat-malaikat itu berkumpulan (bertemu) di waktu solat Subuh dan solat Asar,
kemudian naiklah malaikat-malaikat yang bermalam bersama-sama kamu itu. Lalu Tuhan mereka
bertanya kepada mereka itu dan Dia adalah lebih mengetahui (tentang keadaan perbuatan hamba-
hamba-Nya itu). Allah berfirman, bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kamu tinggalkan
mereka?. Malaikat-malaikat itu menjawab : Kami tinggalkan mereka itu di waktu mereka sedang
solat dan ketika kami datang mereka juga sedang solat (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Malaikat-malaikat sentiasa mendoakan orang-orang yang beriman agar Allah menerima taubat
mereka dan mengampunkan dosanya, seterusnya memasukkan mereka ke dalam syurga. Firman
Allah yang bermaksud, Malaikat-malaikat memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman
dengan berdoa merayu : Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya,
maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta mengikuti jalan-Mu dan peliharalah
mereka dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang kekal,
yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka) orang-orang
yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah jua yang Maha Kuasa lagi Amat Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari
balasan kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenar-benarnya) sesiapa yang Engkau
pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka
sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah
kemenangan yang besar penghargaannya (Al-Mu'min:7-9)
3. Malaikat-malaikat bersama-sama dengan orang-orang yang solat yang mengucapkan amin,
apabila mereka itu berkata : "Wala dhaalin". Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang
diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A yang bermaksud, Apabila Imam berkata :"ghairil maghdhu
bia'laihim Wala dhaallin" maka hendaklah kamu mengucapkan "amin", kerana sesungguhnya
malaikat-malaikat pun mengucapkan "amin". Maka sesiapa yang ucapan aminnya bersamaan
dengan ucapan amin malaikat, diampunkan baginya dosa yang lalu (Riwayat Al-Bukhari)
4. Malaikat-malaikat memohon rahmat untuk orang-orang yang beriman, terutama para alim ulama.
Firman Allah yang bermaksud, Dialah (Allah) yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya
pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat) kepada
cahaya yang terang benderang (iman dan taat) dan adalah Dia sentiasa melimpah-limpah rahmat-
Nya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat) (Al-Ahzab: 43)
Diriwayatkan daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksudnya,
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya dan juga para penghuni langit dan burnt memberi
selawat - rahmat (mendoakan) ke atas orang-orang yang mengajar perkara-perkara kebaikan
(Riwayat At-Tirmizi - hadith Hasan)
Malaikat-malaikat juga merendahkan sayapnya kepada orang-orang yang belajar ilmu kerana
kegembiraan mereka melihat orang-orang yang belajar. Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Ad-
Darda' R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksudnya, Sesungguhnya para malaikat itu
meletakkan sayapnya bagi orang-orang yang belajar ilmu pengetahuan kerana redha dengan apa
yang dilakukan oleh orang-orang yang belajar ilmu pengetahuan itu (Riwayat At-Tirmizi)
Selain dari tugas-tugas tersebut, banyak lagi tugas malaikat dalam alam roh dan alam dunia yang
tidak disenaraikan di sini. Sungguhpun demikian, bagi setiap orang yang sudah mukallaf, wajib
beriman kepada malaikat-malaikat yang menjadi salah satu dari rukun iman yang enam.

2.3.3 Kepercayaan kepada Kitab


Rukun Iman yang seterusnya yang wajib diimani oleh orang Islam ialah percaya kepada kitab-kitab
yang telah diturunkan oleh Allah. Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab
kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab
Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimankan ialah: Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa AS, Zabur: diturunkan
kepada Nabi Daud A.S, Injil: diturunkan kepada' Nabi Isa A.S dan Al-Quran: diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran. telah
diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah yang
tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
2.3.3.1 4M - Memiliki, Membaca, Memahami dan Menghayati
Setiap peringkat kehidupan umat Islam perlu berpandukan kepada ajaran al-Quran. Justeru, kita
perlu meningkatkan kemahiran membaca dan memahami al-Quran, terutamanya kepada generasi
muda. Ini penting supaya mereka tidak menjadi kaku ketika melihat huruf al-Quran.
Langkah positif yang perlu dilaksanakan untuk mendedahkan generasi muda kepada mendekati al-
Quran dengan memahami dan mengamalkan segala suruhan-Nya serta menjauhi segala larangan-
Nya. Sesuai dengan hukum yang terkandung di dalamnya iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan
harus. Firman Allah bermaksud: Dan Rasul telah berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku
telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang tidak dipedulikan (Al-Furqan: 30)
Kita sebagai umat Islam wajib bersyukur kepada Allah kerana dapat menikmati petunjuk al-Quran.
Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Janganlah biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa al-Quran. Jiwa orang yang tidak
mempedulikan ajaran al-Quran dalam al-Quran, samalah seperti rumah kosong yang menunggu
masa akan roboh. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Sesungguhnya mereka tidak mempunyai
sedikit al- Quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh (Riwayat At-Tirmizi dari
Ibnu Abbas)
Untuk melihatkan bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan al-Quran,
terdapat beberapa ciri boleh dijadikan tanda dan ukurannya. Ia termasuklah;
i. Hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya. Dengan membaca al-Quran akan dapat
menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dengan membaca
al-Quran, kita mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah bersabda yang
bermaksud: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat
kepada pembacanya."
ii. Al-Quran hendaklah dibaca dengan ‘tartil’ iaitu dengan bacaan yang terang, jelas dan betul
mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran akan menjadikan bacaan
menyusuk ke dalam jiwa dan menyentuh perasaan pendengarnya.
ill, Hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami kandungan dan pengertian yang
disampaikan dalam al-Quran. Allah s.w.t berfirman bermaksud: Maka apakah mereka sengaja tidak
berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hqti mereka kunci
penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran (Muhammad: 24)
iy. Hendaklah al-Quran itu diajarkan kepada semua umat Islam iaitu disebarkan dengan seluas-
luasnya. Saranan ini bertujuan agar mereka akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab beramal
dan memelihara kitab Allah ini.
Seterusnya hendaklah kita berusaha mengamalkan segala isi kandungan al-Quran. Inilah manfaat
dan faedah paling penting dan besar yang dapat dinikmati dan diperolehi daripada al-Quran selepas
memahami isi kandungannya. Amatlah uialang sekali jika umat Islam hanya mengetahui isi
kandungan al-Quran dan memperkatakannya, tetapi gagal atau tidak mahu beramal dengannya.
Hendaknya kita hidup dengan al-Quran, membaca, memahami, mengamalkan dan menghafal. Hidup
dengan al-Quran adalah perbuatan terpuji, yang patut dilaksanakan oleh orang Mukmin. Allah s.w.t
berfirman maksudnya,
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan
menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan
terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah
menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Faathir:29-30)
Dalam dua ayat tersebut, Allah s.w.t menganjurkan orang-orang yang membaca al-Quran agar
disertai dengan perenungan, sehingga menimbulkan pengetahuan yang akhirnya akan tercerna
dalam amalan dalam kehidupan scharian.
Oleh kerana itu Allah s.w.t iringi amalan membaca Al Quran dengan niendirikan solat, menafkahkan
sebahagian rezeki yang dikurniakan Allah secara diam-diam dan terang-terangan, kemudian dengan
demikian orang-orang yang membaca Al Quran itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan
merugi. Mereka mengetahui bahwa kurniaan Allah lebih baik dari apa yang mereka infakkan. Oleh
karena itu mereka mengadakan perniagaan di mana Allah menambahkan kurniaan-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Berterima Kasih, mengampuni kelalaian, dan
berterima kasih atas pelaksanaan tugas.
Oleh kerana itu kita harus selalu membaca al-Quran dengan perenungan dan kesedaran, sehingga
dapat memahami Al-Quran secara mendalam. Bila seorang membaca al-Quran bertemu dengan
kalimat yang belum difahami, hendaklah bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, ...Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl:43)

2.3.4 Kepercayaan kepada Rasul


Setiap Mukmin wajib mempercayai semua Rasul tanpa membeza-bezakan mereka (beriman kepada
seorang Rasul, dan tidak beriman kepada yang lain) kerana beriman kepada semua Rasul adalah
sesuatu yang jelas dikehendaki dan dituntut dalam Islam. Muhammad Rasyid Rida (t.thn) dan
Mahmud Syaltut (1972), dengan berdalilkan ayat-ayat al-Quran berpendapat bahawa wajib beriman
dengan semua Rasul tanpa membeza-bezakan antara mereka kerana agama atau risalah Allah yang
diutuskan melalui semua Rasul adalah satu dan ia bertujuan untuk membimbing dan mengarah
manusia ke jalan kesempurnaan di dunia dan di akhirat.
Ibn. Taymiyyah (1969) dan Syah Wali Allah al-Dahlawi juga menerima dan mengakui bahawa agama
yang dibawa dan dianuti oleh semua Rasul adalah satu iaitu Islam. Ibn. Taymiyyah menyatakan
bahawa agama yang dibawa oleh semua Rasul adalah satu iaitu Islam dan Islam adalah agama Nabi-
Nabi/Rasul-Rasul sejak awal hingga akhir. Al-Dahlawi (t. thn) juga berdalilkan ayat-ayat al-Quran
telah membuat kesimpulan dengan katanya:"Ketahuilah bahawa asal agama adalah satu, disepakati
di atasnya semua Nabi AS, sesungguhya perbezaan hanya dalam syariah dan sistem".
Abu Hurairah meriwayatkan Hadith tentang kesatuan agama para Rasul iaitu:"... Nabi-nabi adalah
bersaudara...dan agama mereka adalah satu...". Jumhur ulama mengakui Hadith ini dan
menerangkan bahawa prinsip aqidah semua Nabi adalah satu dan syariat mereka berbeza. Mereka
bersatu pada prinsip Tauhid dan berbeza dalam cabang-cabang syariat.
Para ulama ada menerangkan tentang aspek yang perlu diimani pada seseorang Rasul. Bagi al-
Hakami (t. thn), keimanan kepada semua Rasul meliputi keimanan kepada tugas-tugas, sifat-sifat
keperibadian yang putih bersih, bukti-bukti dan ayat (tanda-tanda) yang menyokong dan
menguatkan mereka. Beliau menyatakan hal ini dalam kata-kata, "Maksud iman kepada Rasul-rasul
ialah pembenaran yang jazam bahawa Allah telah mengutuskan Rasul kepada setiap umat, yang
menyeru mereka beribadat kepada Allah. Semua Rasul adalah benar, baik, cerdik, mulia, takwa,
amanah, penunjuk yang diberi petunjuk, disertakan bukti-bukti yang nyata, tanda-tanda yang jelas
Allah sebagai sokongan. Mereka semua menyampaikan semua kandungan risalah Allah, tidak
menyembunyikan, tidak mengubahsuai dan tidak membatalkan risalah itu. Semua Rasul berada di
jalan yang jelas dan jalan petunjuk yang nyata".

2.3.4.1 Peranan Rasul


Falsafah perutusan rasul-rasul ke alam dunia ini bertujuan untuk menyeru dan mengajak umatnya
beribadat, menyembah Allah dan mentauhidkan-Nya. Inilah yang menjadi asas dakwah kerasulan
mereka sebagai utusan Allah untuk menegakkan agama-Nya (agama Islam). Firman Allah yang
bermaksud, Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul
(dengan memerintahkan dia menyeru mereka):" Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah
Taghut" (syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan) (An-Nahl: 36)
Maksud firman Allah s.w.t tersebut dengan tegas menyatakan bahawa setiap umat diutus kepada
mereka itu seorang rasul dari kalangan mereka sendiri dan tidak ada suatu umat pun yang tidak
mempunyai rasul untuk menyeru, mengajak dan menunjukkan mereka ke jalan yang benar. Secara
langsung rasul-lasul menjadi pemimpin umatnya. Firman Allah yang bermaksud, Demi Allah!
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu
(wahai Muhammad)... (An-Nahl: 63)
.. .Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang rasul
pemberi ingatan dan amaran (Faatir: 24)
Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul kepada setiap umat untuk menyuruh inniyembah Allah dan
mentauhidkan-Nya, bukan menyembah selain daripada-Nya. Firman Allah yang bermaksud, Dan
demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, lalu berkata ia : "Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya), tidak ada. Tuhan bagi kamu selain daripadanya.
Oleh itu tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya? (Al-Mu'minun: 23)
Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka, Salih. Ia berkata : "Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang
telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya" (Hud:
61)
Perutusan rasul-rasul ke alam dunia dengan tugas-tugasnya yang berat adalah mengandungi tujuan-
tujuan berikut:
1. Pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan pembawa berita yang
menakutkan kepada orang-orang yang kafir. Firman Allah yang bermaksud, Rasul-rasul (yang Kami
telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan
pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang mengerjakan maksiat) supaya tidak ada
bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap
Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (An-
Nisa': 165)
2. Menyampaikan wahyu-wahyu Allah dan menerangkan kepada manusia apa yang mereka
perselisihkan dan juga memberi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Firman Allah
yang bermaksud, Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran (wahyu Allah) kepadamu (wahai
Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan
padanya dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (An-Nahl: 64)
3. Membersihkan amalan-amalan syirik dan maksiat. Mengajar kandungan kitab suci al-Quran dan
ilmu-ilmu yang belum diketahui. Firman Allah Taala yang bermaksud, Nikmat berkiblatkan ke Kaabah
yang Kami berikan (kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat Kami) mengutuskan kepada kamu
(iaitu Muhammad) yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari
amalan syirik dan maksiat) yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat
kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui (Al-Baqarah: 151)
4. Membawa kebenaran dari Allah (al-Quran) dan mengeluarkan manusia daripada kekufuran
kepada keimanan. Di samping menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (agama Islam). Firman Allah
Taala yang bermaksud, Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi
Muhammad) daripada Allah dan sebuah kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan
(al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang
mengikut keredaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada
cahaya (iman) yang terang benderang dengan izin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan
mereka ke jalan yang betul lurus (agama Islam) (Al-Maidah : 15 -16)

2.3.4.2 Aplikasi sifat-sifat Rasul pada diri manusia


Islam sangat mementingkan akhlak yang mulia kerana itulah para rasul-rasul diutus bukan sahaja
untuk menyebarkan syariat agama Islam yang benar dan hetul, tetapi mendidik manusia supaya
berakhlak mulia dan terpuji. Baginda Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik untuk diteladani
kerana Baginda memiliki keperibadian dan akhlak yang sangat mulia, sebagaimana dijelaskan oleh
Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 tafsirnya, Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.
Dan firman Allah s.w.t lagi dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya
engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.
Keperibadian tinggi serta ahklak mulia Baginda Rasulullah s.a.w merupakan hasil didikan dan
pengajaran dari al-Quran. Sayidatina Aisyah R.A. pernah berkata yang maksudnya: Sesungguhnya
akhlak Nabi s.a.w itu adalah al-Quran (Riwayat Imam Muslim)
Al-Quran mendidik Baginda supaya berakhlak mulia, pemaaf, sabar, adil, amanah, suka mengajak
orang ke jalan kebaikan, melarang melakukan segala macam kemungkaran dan sebagainya.
Walaupun di kalangan masyarakat sekeliling melakukan kejahatan kepadanya, baginda s.a.w tidak
pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, bahkan ia dibalas dengan kebaikan (Abul Khairi,
1994).
Akhlak mulia sangat dituntut dalam Islam kerana itu Baginda turut mendidik umatnya supaya
berakhlak mulia. Baginda menunjuk ajar dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat
teori atau cakap sahaja, tetapi Baginda sendiri melakukannya. Itulah cara pendidikan terbaik dan
mendatangkan kesan yang mendalam. Amalan itulah yang menarik perhatian dan menjadi
kepercayaan orang ramai, sekaligus mencontohi akhlak Baginda s.a.w. Yang sebenarnya kunci utama
ke arah pembentukan akhlak yang mulia itu adalah lahir daripada mempraktikkan sifat yang wajib
bagi Rasul-rasul iaitu;
Pertama : Siddiq yang bermaksud benar dalam perkataan dan perbuatannya.
Kedua : Amanah yang bermaksud jujur dan dipercayai.
Ketiga : Tabligh iaitu menyebarkan dan menerangkan apa jua wahyu yang
diterimanya daripada Allah s.w.t. Keempat : Fatanah iaitu cerdik, bijaksana, pandai dan cerdas.
Sifat-sifat inilah yang menjadi kunci kejayaan Baginda Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah
Islamiah ke seluruh dunia. Sifat inilah yang sepatutnya menjadi pakaian umat Islam jika mahu
berjaya disegani dan dihormati. Kita lihat kejujuran dan sifat amanah Rasulullah s.a.w sehingga
Baginda digelar "al-Amin" iaitu orang yang dipercayai. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang
boleh menyakitkan perasaan orang lain. Seorang yang tawaduk yakni merendah diri, tidak sombong
dan riya', baik dari segi pertuturan dan perbuatan, bersifat belas kasihan dan suka memberikan
pertolongan kepada yang memerlukan. Baginda tidak bersifat mungkir janji, mencela, memfitnah,
berbohong, menipu, mengadu domba dan sebagainya. Memang benar dan tepatlah bahawa
Rasulullah s.a.w diutus ke dunia ini untuk menyempurnakan akhlak yang mulia sebagaimana sabda
Baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi yang maksudnya: Daripada Abu Hurairah
R.A dia berkata, sabda Rasulullah s.a.wtelah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bahawa aku
ini diutus hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".
Ketahuilah bahawa umat Islam yang dipandang mulia dan baik disisi Allah s.a.w ialah mereka yang
baik akhlaknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari maksudnya:
Daripada Masruq ia berkata: "Sesungguhnya kami duduk bersama Abdullah bin Amru, ia
menceritakan kepada kami dan berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perkara-perkara
buruk dan tidak juga perkara-perkara keji. Dan Sesungguhnya ia berkata: Sebaik-baik kamu ialah
yang terbaik akhlaknya di kalangan kamu".
Perlu disedari bahawa akhlak yang buruk itu merugikan dan menjadi racun yang membunuh,
perbuatan yang memalukan dan menandakan moral yang rendah, bahkan sebagai penyebab
jauhnya manusia dari sisi Allah s.w.t dan memudahkannya terperangkap ke dalam hasutan syaitan
yang kesudahannya menjadi penghuni neraka. Oleh itu, ingatlah bahawa akhlak buruk dan budi
pekerti yang jahat itu merupakan penyakit yang bersarang dalam hati dan racun yang membelenggu
jiwa yang tidak boleh dibiarkan, jangan sampai kemaksiatan menguasai diri. Rawatlah sebelum
terlambat dengan membuang sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita dan menggantikannya
dengan sifat baik dan terpuji. Jika kita seorang yang bakhil gantikanlah dengan bermurah hati, jika
kita seorang yang sombong jadilah seorang yang merendah diri, jika kita seorang pendendam jadilah
seorang yang pemaaf dan begitulah seterusnya. Semua ini boleh dilakukan jika ada azam dan tekad
untuk mengubahnya. Apa yang penting kemahuan diri dan melazimkan diri dalam mentaati perintah
Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-
Ankabut ayat 45 tafsirnya: Dan dirikanlah sembahyang dengan tekun. Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.
Ingatlah bahawa akhlak buruk dan keji itu selalu mengganggu kehidupan, fikiran kacau, tiada
ketenangan, menimbulkan berbagai masalah dan penyakit sosial, menghilangkan sifat perpaduan,
kedamaian dan kasih sayang dalam berkeluarga, bermasyarakat, beragama dan bernegara. Oleh itu
elakkanlah diri kita bersifat keji yang dibenci Allah s.w.t. Mohonlah kepada-Nya supaya kita dapat
menteladani Rasulullah s.a.w dengan sebaik-baiknya, baik zahir mahupun batin, ibadat-ibadatnya
dan amal-amal salihnya, percakapan dan perbuatannya dalam apa jua hal dan keadaannya. Semoga
dengan demikian kita akan terselamat di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl
ayat 90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan
yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan melarang-Nya, ini
supaya kamu mengambil peringatan mematuhl-Nya.

2.3.5 Kepercayaan kepada Hari Akhirat


Beriman kepada hari akhirat ialah mempercayai dengan kepercayaan yang jazam (pasti dan tetap)
bahawa hidup manusia di dunia ini bukan hidup untuk selama-lamanya sebagai hayat khalidah
(hidup yang berkekalan) malah hidup mereka akan berakhir dengan kedatangan "hari akhirat".
Mereka juga mempercayai dengan penuh keimanan bahawa manusia itu akan dihidupkan semula,
kali yang kedua di negeri akhirat sebagai Darul Jaza' (negeri balasan). Apabila datang hari akhirat
kelak, semua manusia berpindah hidupnya dari Darul Amal kepada Darul Jaza', lalu Allah s.w.t
membangkitkan semua manusia itu dari kubur mereka. Mereka dihimpunkan di Mahsyar untuk
dihisab amalan mereka masing-masing bagi menerima pembalasan daripada Allah Taala. Beriman
kepada hari akhirat adalah salah satu dari rukun-rukun iman yang enam yang merupakan perkara
utama dalam akidah, malah sebagai unsur terpenting dalam keimanan di samping beriman kepada
Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud, Bukanlah perkara kebajikan itu hanya menghadapkan
muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan
hari akhirat (Al-Baqarah: 177)
Sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat serta beramal
salih, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita (Al-
Baqarah: 62)
Demikianlah diberi ingat dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat (Al-Baqarah: 232).
Maksud-maksud firman Allah di atas jelas menunjukkan bahawa beriman kepada hari akhirat
merupakan suatu perkara yang terpenting dan utama dalam akidah dan keimanan.

2.3.5.1 Hakikat Hari Akhirat


Hari akhirat ialah hari musnahnya alam dunia ini dan pada hari itu manusia yang inasih hidup
kesemuanya akan mati. Pada hari itu Allah s.w.t mencipta alam yang lain iaitu Alam Akhirat. Di alam
akhirat inilah seluruh manusia dibangkitkan, iaitu dihidupkan lagi setelah mereka mati. Rohnya
dikembalikan ke dalam tubuh dan mereka akan mengalami kehidupan kali kedua. Setelah manusia
itu dibangkitkan dari kuburnya, maka amalan mereka masing-masing akan dihisab untuk diberi
balasan. Firman Allah yang bermaksud, Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-
dahsyatnya serta bumi itu mengeluarkan segala isinya dan berkatalah manusia (dengan perasaan
gerun) : "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar
beritanya : "Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)". Pada hari itu manusia akan
keluar berselerak (dari kubur masing-masing)untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-
amal mereka, Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya). Maka sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan dilihat (dalam suratan
amalnya) (Al-Zalzalah : 1 - 8)

2.3.5.2 Pembalasan Syurga dan Neraka


Syurga
Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan syurga. Syurga adalah makhluk Allah azza
Wajalla yang disediakan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Allah s.w.t telah mencipta syurga
itu sebelum Dia menciptakan makhluk-makhluk yang lain. Syurga itu kini sudah wujud dan ia kekal
selama-lamanya, tidak rosak binasa. Di dalam al-Quran, syurga itu mempunyai beberapa nama;
1 Jannatul Ma'wa (syurga tempat kembali)
2 Jannatu Adnin (syurga tempat tinggal yang kekal)
3 Darul Khulud (rumah yang kekal abadi)
4 Jannatul Firdaus (syurga Firdaus)
5 Darussalam (rumah yang sejahtera)
6 Darul Maqamah (rumah yang tenteram)
7 Jannatun Nairn (rumah yang bernikmat)
8 Maqamun Amin (kedudukan yang sentosa)
Syurga itu adalah tempat kediaman orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beramal
dengan amalan-amalan yang salih sebagai balasan dari amalan kebajikan yang mereka lakukan di
dunia ini. Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang
beriman serta mengerjakan amal-amal yang salih ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai" (Muhammad: 12)
Ahli-ahli syurga yang tinggal di dalam syurga itu dalam keadaan baik, aman dan sentosa menikmati
nikmat-nikmat yang telah tersedia ada di dalam syurga itu. Firman Allah Taala yang bermaksud, "Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka
beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Tiap-tiap kali mereka diberikan satu
pemberian daripada sejenis buah-buahan syurga dan mereka berkata :"Inilah yang telah diberikan
kepada kami dahulu", dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan
hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang
sentiasa suci bersih, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya " (AI-Baqarah : 25)

Neraka
Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan neraka sebagaimana wajib bagi mereka
itu mempercayai kewujudan syurga. Neraka adalah makhluk Allah sebagaimana syurga, disediakan
untuk orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai Allah.
Neraka itu dijadikan oleh Allah sebelum menjadikan makhluk-makhluk yang lain sebagaimana Allah
menjadikan syurga juga. Neraka itu kini sudah pun wujud sebagaimana wujudnya syurga dan neraka
itu kekal selama-lamanya, tidak rosak binasa sebagaimana kekal syurga. Di dalam al-Quran, Allah
s.w.t menjanjikan memberi balasan syurga kepada orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
taat. Allah menjanjikan pula memberi balasan neraka Jahim kepada orang yang kafir dan orang-
orang yang menderhaka Allah s.w.t.

2.3.6 Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar


Hcriman kepada qada' Allah dan qadar-Nya adalah salah satu daripada rukun-rukun akidah dan ia
menduduki rukun yang keenam daripada rukun-rukun Imun. Mereka yang tidak percaya kepada
qada' dan qadar (takdir Allah) adalah bcrmakna mereka itu telah keluar daripada agama Allah s.w.t.
Beriman kepada qudu' dan qadar adalah kepercayaan atau akidah yang wajib ditanamkan dalam hati
setiap Muslim dan Mu'min. Setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu, baik
atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan yung telah dibuat oleh Allah Taala dengan
ilmu dan iradat-Nya sendiri sebelum ncsuatu perkara itu berlaku.
Justeru itu, andainya seseorang ditimpa kesusahan atau bala bencana atau tidak berhasil apa yang
dicita-citanya, selaku orang yang beriman kepada qada' dun qadar mereka tidak akan menyesal atau
bersedih hati dan merasa kecewa kcrana semua perkara itu adalah qada' Allah dan qadarnya ke atas
diri seseorang. Sebaliknya jika seseorang itu dilimpahkan oleh Allah kurnia dan nikmat-Nya yang
bcrupa kebendaan dan sebagainya janganlah mereka terlalu sangat bergembira schingga lupa
daratan. Ini telah diingatkan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud, Tidak ada sesuatu
kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu
melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang
itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula
bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah)
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri (Al-Hadid:22-
23)
Sehubungan dengan ini, sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yang dibencinya
janganlah mereka menganggap bahawa perkara itu buruk ke atas diri mereka kerana boleh jadi
perkara yang dianggap buruk itu adalah baik bagi diri mereka. Sebaliknya perkara yang dianggap baik
itu boleh jadi buruk bagi diri seseorang itu. Ini ialah kerana baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah
di dalam ilmu dan iradat-Nya yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t mengikut qada'
dan qadarnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ; Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang
pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu bend dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia jahat
(buruk) bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak
mengetahuinya (Al-Baqarah: 216)
Firman Allah s.w.t tersebut mengingatkan kepada setiap orang yang beriman bahawa Allah Taala
"mentakdirkan" seseorang itu baik atau buruk adalah di atas kebijaksanaan dan belas kasihan Allah
yang bersifat "al-Hakim dan al-Rahim" di mana seseorang itu jangan memandang mudah atau
memperkecilkan nikmat Allah (tidak bersyukur kepada nikmat-Nya) kerana angkuh dan besar diri
dan jangan pula gelisah di atas bala bencana yang menimpa mereka, malah hendaklah mereka itu
bersyukur ketika dalam waktu senang dan bersabar waktu susah kerana semua perkara itu adalah
qada' Allah dan qadar-Nya dan pasti mengandungi hikmah. Walaupun begitu kita masih boleh
berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

2.3.6.1 Pengertian Qada' dan Qadar


Qada' bererti ketetapan, Qadar bererti takdir, nasib atau untung. Dalam akidah Islam qada' dan
qadar ialah ketetapan Allah s.w.t di dalam azali tentang nasib atau untung seseorang manusia itu
apakah mereka akan masuk dalam kumpulan orang yang beruntung atau orang yang bernasib tidak
baik (sa'adah atau syaqawah).
Di dalam al-Quran al-Karim telah disebutkan beberapa kali persoalan qadar atau takdir. Firman Allah
yang bermaksud,
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan qadar yang tertentu (Al-Ra'd: 8)
Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak
menurunkannya melainkan dengan menurut qadar dan masa yang tertentu (al-Hijr: 21)
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan) (Al-
Qamar: 49).
Kesimpulan daripada ayat-ayat tersebut bahawa maksud dan makna qadar atau takdir itu ialah suatu
peraturan tertentu yang telah dibuat oleh Allah s.w.t untuk semua yang ada dalam alam yang
maujud ini. Peraturan-peraturan tersebut merupakan undang-undang Am (Al-Qawaaninu
al-'Ammah) atau kepastian yang inempunyai pertalian di antara sebab dengan musababnya dan di
antara sebab dan ukibatnya.
Berhubung dengan maksud qadar atau takdir, Imam Nawawi menta'rifkan dan berkata bahawa
qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda yang maujud di alam ini telah ditentukan dan
ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t sebelum sesuatu itu berlaku. Allah
s.w.t telah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi ke atas sesuatu itu dalam
masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah ditetapkan-Nya.
Ini bermakna berlaku sesuatu itu sudah pasti akan berbetulan mengikut sifat-sifat dan keadaannya
yang khusus dan tepat sebagaimana yang digariskan oleh Allah. Allah s.w.t membuat beberapa
ketentuan, peraturan dan undang-undang yang diterapkan untuk semua yang maujud di alam ini.
Kesemuanya itu pasti akan berlaku, beredar dan berjalan tepat dan juga sesuai dengan apa yang
telah dipastikan dalam ketentuan, peraturan dan undang-undang am yang menjadi dalil bahawa
qada' dan qadar itu tertakluk di bawah kekuasaan Allah Taala.

2.3.6.2 Kepentingan meyakini Qada' dan Qadar


Percaya kepada qada' dan qadar Allah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam
kehidupan manusia. Mereka yang tidak percaya kepada qada' dan qadar Allah akan dan berdukacita
apabila mereka menerima sesuatu bala bencana. Misalnya seseorang yang kematian suami, isteri
atau anak yang dikasihinya atau rugi dalam perniagaan dan sebagainya akan bersedih hati dan
berdukacita menerima bala yang menimpa dirinya itu. Tetapi pada mereka yang percaya kepada
qada' dan qadar Allah, mereka hanya berkata kesemuanya itu adalah ketentuan qada' dan qadar
yang telah ditentukan dan ditetapkan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Apabila tiba
masanya tidak sesiapa pun boleh menahan dan menghalang qada' dan (akdir Allah Taala itu. Mereka
pasti akan bersabar dan menyerahkan semua perkara itu kepada Allah Yang Maha Esa dan Berkuasa.
Mereka menerima segalanya dengan penuh keinsafan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Begitu juga bagi mereka yang percaya kepada qada' dan qadar Allah, apabila mereka menerima
sesuatu nikmat yang dikumiakan Allah kepadanya, mereka tidak sombong dan bangga diri, malah
mereka berkata ini adalah nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya. Mereka akan bersyukur dengan
nikmat Allah yang diterimanya itu. Hal ini telah diingatkan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang
bermaksud, Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak
juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami)
sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah
diberikan kepada kamu dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan
takbur, lagi membanggakan diri (Al-Hadid : 22 - 23)
Maksud firman Allah Taala tersebut menegaskan setiap musibah (bala bencana) yang menimpa diri
seseorang itu semuanya qada' dan takdir Allah. Oleh itu bagi orang-orang yang beriman, menerima
qada' dan qadar Allah Taala dengan penuh kesabaran dan keredaan tanpa merasa sedih, dukacita
dan keluh kesah, malah hanya mengingatkan semua perkara itu adalah milik dan akan kembali
kepada Allah dengan mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali". Sebaliknya jika kita menerima nikmat daripada Allah dan memperoleh
kebahagiaan, kemuliaan dan kekayaan, hendaklah bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah
melimpahkan kurnia-Nya kepada kita dengan mengucapkan "Semua puji dan syukur untuk Allah,
Tuhan Sekelian Alam".

2.4 PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH


Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan peranan penting dalam mewarnai,
mencorakkan dan menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan manusia.Kekuatan
akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan seseorang Muslim. Kekuatan ini memberi
tenaga, mengarah dan mempertahankan tingkah laku mereka (Nik Azis, 1994). Kekuatan akidah
menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggungjawab manusia sebagai insan ciptaan Allah, iaitu beribadat
kepada Allah dalam erti kata yang luas (Hasan Langgulung, 1991).

2.4.1 llmu
Ilmu adalah suatu alat yang terpenting untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Tanpa ilmu
seseorang itu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana perlu
didahulukan dan dikemudiankan. Ilmu yang dititik beratkan di dalam Islam ialah ilmu yang berkaitan
dengan ilmu-ilmu mengenai Allah dan rasul-Nya atau ilmu fardu ain. Apabila seseorang itu
mengetahui ilmu fardu ain, seseorang hamba itu akan beribadah kepada Allah dengan sempurna.
Seterusnya mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan seharian seperti ilmu
berkaitan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya adalah penting. Kemahiran terhadap kedua-dua
ilmu ini akan membawa kepada kekukuhan dan keyakinan yang jitu terhadap agama Allah.
Jelas bahawa tuntutan Allah s.w.t supaya ilmu dan pemikiran manusia diintegrasikan dengan iman
terhadap Allah s.w.t adalah bertujuan untuk membolehkan orang yang berilmu atau para sarjana,
pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuan dan ulama membangunkan diri, masyarakat dan alam
sekitar sebagai usaha pengabdian mereka kepada Allah dan penyempurnaan amanah-Nya sebagai
Khalifah Allah di atas muka bumi. Berdasarkan kepada falsafah kesepaduan antara iman dan ilmu,
jasad dan roh, dunia dan akhirat, fikiran dan hati, akal dan wahyu, sikap muslim terhadap ilmu dan
usaha mempelajari serta mengembangkannya akan tunduk kepada tuntutan akidah, syariah dan
akhlak Islam.
2.4.2 Mengelakkan Diri Dari Suasana Dosa Dan Jahiliah
Kalau hanya sekadar percaya adanya Allah s.w.t dengan tidak mempunyai tanggapan yang sebenar
mengenai Allah s.w.t, dan tidak menunaikan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah s.w.t
samalah juga dengan orang-orang jahiliah kerana di antara mereka itu memang mempercayai
adanya Allah s.w.t. Mereka mengerti bahawa yang menjadikan alam semesta ini ialah Allah tetapi
mereka dianggap jahiliah kerana mereka tidak menjalankan kewajipan yang sebenarnya terhadap
Allah s.w.t.
Hati yang diisi dengan keimanan dan selari dengan rukun iman iaitu mempercayai konsep hari
Akhirat yang meliputi pembalasan, timbangan serta dosa pahala akan membentuk personaliti dan
individu yang meyakini setiap detik dan setiap apa sahaja yang dilakukan olehnya baik berbentuk
niat, cita-cita, perlaksanaan dan sebagainya akan menerima pembalasan daripada Allah. Ini dapat
dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang mana setiap orang yang melakukan amalan baik walaupun
seberat zarah akan dibalas baik dan sebaliknya jika melakukan amalan jahat walaupun sebesar zarah
juga akan dibalas dengan kejahatan yang dilakukan itu. Sebagaiman firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah(atom) nescaya akan dilihat-Nya (dalam surat
amalnya) dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihat-Nya (dalam surat
amalnya) (AI-Zalzalah:7-8)
Bertitik-tolak dari kesedaran ini, seseorang itu akan sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak
perlakuannya dengan memastikan dia sentiasa berada dalam konteks amar ma'ruf dan nahi munkar.
2.4.3 lltizam Meninggalkan Yang Haram
Manusia telah dilengkapkan dengan nafsu dan keinginan yang tidak terbatas. Desakan nafsu tidak
mengenal adab dan kesopanan.Nafsu bergerak mengikut tabiat ia diciptakan dan seorang hamba
dikehendaki mendidiknya supaya tunduk kepada peraturan dan adab. Ini adalah penting untuk
mengembalikan kestabilan diri, keluruhan jiwa dan ketertiban kelakuan. Mengawal nafsu adalah
syarat untuk membentuk keperibadian yang luhur dan murni.
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam dugaan dan cabaran,
manusia boleh dilalaikan oleh permainan dunia khususnya maksiat dan kemungkaran. Memang
tepat sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-An'am, ayat 32 yang bermaksud, Dan tidak
dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan
demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah
kamu mahu berfikir?.
Sememangnya diakui bahawa manusia tidak terlepas dari berbuat kesalahan dan bersifat lupa, tetapi
kita pula jangan lupa yang Allah s.w.t telah memberikan kita akal untuk berfikir, sayugialah akal itu
digunakan dengan sebaik-baiknya. Dengan akal, kita boleh membezakan yang hak dan batil, yang
baik dan buruk. Agama Islam telah menetapkan hukum bagi sesuatu perkara itu sama ada ia wajib
dilaksanakan ataupun di haramkan. Dalam hal ini manusialah yang selalu alpa diri dan lupa tuhan.
Oleh itu sebelum terlambat, maka bersegeralah untuk bertaubat dan melakukan amal ibadat
seandainya inginkan keselamatan di dunia dan di akhirat. Hendaklah menyesali dosa yang telah
dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.
Ingatlah bahawa hidup ini hanyalah sementara. Umur yang diberikan itu hanyalah pinjaman dari
Allah s.w.t, bila-bila masa boleh dicabutnya. Oleh itu sedarlah akan kesilapan yang dilakukan.
Pohonlah keampunan kepada Allah s.w.t sebelum terlambat. Jangan malu, takut atau sombong
untuk mengakui kesilapan sendiri dan bertaubatlah kepada Allah s.w.t kerana Dia Maha Pengampun
(crhadap hamba-hambanya. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisaa, ayat 110 yang bermaksud,
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri dengan melakukan maksiat,
kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi
Maha Mengasihani.
Dalam memohon keampunan, hendaklah dengan sepenuh hati dan niat yang ikhlas kerana Allah
s.w.t, yakinlah bahawa Allah s.w.t Maha Pengampun akan dosa hamba-hambanya yang mahu
bertaubat dan janganlah ada sifat putus asa diilam memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
Seorang Muslim yang sebenar-benarnya inginkan rahmat dan pengampunan Allah s.w.t, sentiasa
berpegang teguh dengan agama, taat perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangannya,
tidak mudah dikuasai oleh hawa nafsu dan tidak mudah mengikut ajakan syaitan kerana syaitan itu
sentiasa mahu anak Adam terjerumus ke lembah kehinaan dan kebinasaan. Ingatlah bahawa Allah
s.w.t itu sentiasa bersama hambanya yang soleh dan beriltizamlah meninggalkan perkara-perkara
yang haram.
2.4.4 lltizam Melakukan Ibadat
Agama Islam telah mengaturkan bermacam-macam cara bagi manusia melakukan ihadah kepada
Allah s.w.t di antaranya dengan cara perbuatan lisan saperti herdoa, berzikir, menyeru berbuat
kebaikan dan kebajikan dan mencegah berbuat perkara maksiat dan kejahatan, dan ada pula ibadat
dengan menggunakan harta seperti mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya, dan ada pula
ibadat yang terpaksa dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta seperti menunaikan
ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Ibadat-ibadat tersebut iliperintahkan Allah s.w.t bukan
sahaja semata-mata untuk taat kepada Allah s.w.t tetapi disebaliknya penuh dengan rahsia dan
hikmah yang wajib diterokai hagi menjalani kehidupan yang sempurna. Dalam memenuhi tuntutan
kehidupan seorang Muslim, seorang hamba hanya perlu melakukan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah ilan jasmaniah, urusan
dunia dan akhirat. Inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat dalam ajaran-
ajaran lain. Dalam ibadah kita diminta agar mempunyai sifat itqan. Kita mesti melakukan ibadah
dengan sungguh-sungguh, agar ibadah kita diterima oleh Allah. Kita harus pertingkatkan kualiti
ibadat kita agar setiap hari kita menjadi lebih dekat kepada Allah dan menjadi hamba yang dicintai
oleh Allah.
2.4.5 Mujahadah al-nafs dan muhasabah diri
Seseorang Mukmin harus menjadikan dirinya sebagai pengawas terhadap nafsunya sendiri sehingga
mampu menjadikan hatinya ikhlas di dalam setiap perlakuannya. Justeru itu setiap Muslim
sepatutnya,
i. Memahami Islam sedalam-dalamnya dengan mengetahui kaedah-kaedahnya, hukum-hakam dan
syarat-syaratnya yang harus dipegang teguh ketika menjalinkan hubungan dengan Allah s.w.t,
dengan saudara dan masyarakat.
ii. Merenung diri sendiri sebelum melakukan sesuatu agar semua perbuatan yang dilakukan itu
adalah perbuatan yang baik dan ikhlas kerana Allah. Ini adalah saranan yang disebut dalam ayat al-
Qur'an yang bermaksud, Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (al-Qiamah: 14)
Rasulullah s.a.w bersabda, Jika engkau menghendaki sesuatu perkara maka renungkanlah akibatnya.
Apabila akibatnya baik maka lakukanlah dan apabila sesat maka cegahlah (Riwayat Ubadah bin
Shamit)
Renungan mendalam akan menghindarkan dirinya dari terjerumus dalam kesalahan dan dosa dan
mendorong dirinya ke arah kebaikan.
iii. Mengikuti perbuatan yang telah mulai dilakukan agar ia merasa tenang bahawa dirinya berjalan
sesuai dengan pensyaratan-pensyaratan ini, dia melakukan sendiri pelurusan arah itu. Pada tahapan
ini juga harus ada respon jawapan terhadap nasihat-nasihat dari saudara-saudaranya. Agama adalah
nasihat. Seorang mukmin harus mempelajari sebab-sebab kesalahan dan penyimpangan dirinya
sehingga dapat memahami dirinya.
iy. Membetulkan diri sendiri.
Seseorang Mukmin perlu membetulkan nafsunya melalui renungan diri atau melalui amalan amar
makruf dan nahi mungkar yang mampu menyedarkan dan meluruskan perbuatannya sesuai dengan
syariat Allah. Jika mereka berada di jalan yang lurus maka dia akan diterima oleh masyarakat yang
hidup bersama mereka dan mereka akan dapat kehidupan yang baik. Dan apabila tingkah laku
seseorang itu bertentangan dengan syariat Islam maka masyarakat akan menolaknya dan mereka
akan hidup dalam kehidupan sempit.
Seseorang Muslim juga percaya bahawa di akhirat kelak akan terdapat perhitungan. Allah s.w.t tidak
membiarkan orang-orang yang menyimpang itu tanpa balasan, tetapi telah mempersiapkan baginya
sebuah laporan yang menjelaskan semua perbuatan yang dia lakukan selama hidup di dunia.
Demikian juga dengan kebaikan dan kesalahan yang dilakukan. Dengan demikian setiap orang akan
menemukan balasanya baik berupa pahala mahupun seksa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya
pula. (az-Zalzalah: 7-8)
Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang
barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan
(pahala)nya, dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan (al-Anbiya: 47)
Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung)
pada lehernya. Dan Kami keluarkannya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka."
Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu " (al-Isra:
13-14)
Agar Allah memberi pembalasan kepda tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan.
Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya (Ibrahim: 51)
Hati yang diisi dengan akidah dan iman akan sentiasa yakin Allah s.w.t sentiasa bersamanya sama
ada ketika bersendirian atau dalam masyarakat ketika sembunyi atau terang-terangan. Hal tersebut
adalah kerana dia sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya, melihat serta mengetahui apa
sahaja tindakan baik dari sudut hati atau perbuatan zahir. Untuk itu hati yang diisi dengan keimanan
dan akidah yang lurus pastinya akan menjuruskan individu dan personalitinya ke arah perawakan
yang baik dan diredhai Allah. Hal tersebut dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia dan
mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka
yang menjaga kehormatannya"
(al-Mukminun: 1-5)
2.4.6 Taubat
Jiwa yang gelisah dan tidak tenang adalah disebabkan oleh tipudaya dan gangguan syaitan. Kejayaan
gangguan syaitan disebabkan jauhnya hubungan di antara seseorang hamba dengan Allah, kesan
daripada dosa dan maksiat yang dilakukan. Jika dosa dan maksiat itu masih berterusan, selagi itulah
jiwanya sentiasa terpaksa menghadapi gangguan
Dalam konteks ini, Islam memandang taubat adalah jalan terpenting untuk mengatasinya. Taubat
dengan erti kembali dari jalan runtunan syahwat dan bertuhankan syaitan menuju ke jalan Allah,
berupaya bertindak sebagai langkah pertama menuju kesempumaan akhlak setelah sekian lama hati
dan jiwanya menderita dalam kegelapan maksiat. Unsur-unsur ilmu, kesedaran dan penyesalan
terhadap kesalahan yang dilakukan disertai dengan azam yang kuat untuk tidak akan mengulanginya
lagi akan membimbing seseorang itu dalam mencari, menilai dan memilih jalan perlakuan sebenar.
Seseorang yang bertaubat akan memohon ampun dan mengharapkan keredhaan dariNya. Taubat
yang memenuhi konsepnya dapat menghapuskan segala bentuk dosa kecuali syirik. Titisan jernih
airmata orang-orang yang bertaubat bagaikan keampunan Allah yang menghilangkan karat-karat
dosa dan menjadikan hatinya bersih, jernih, suci dan tenang. Firman Allah SW.T bermaksud,
Dan orang-orang, apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiayai diri mereka, mereka ingat
akan Allah lalu meminta ampun di atas dosanya itu. Dan tiadalah yang mengampuni dosa itu kecuali
Allah. Mereka tidak berkekalan di atas perbuatan itu dan mereka mengetahui (Ali-Imran: 135).
Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu
mendapat kejayaan (AI-Nur: 31)
Demikianlah betapa besarnya nilai keampunan Allah untuk hamba-hamba-Nyu yang bertaubat dan
memohon keampunan-Nya.
Hakikat taubat dari segi bahasa ialah kembali. Dari segi istilah syara' ialah kembali dari keadaan yang
dicela oleh syara' kepada keadaan yang terpuji oleh syara' (Mohd Nakhaie, 1998). Untuk menjadikan
sesuatu taubat itu sah mestilah memenuhi tiga syarat iaitu menyesal di atas keterlanjuran yang telah
dilakukan, meninggalkan serta merta keterlanjuran itu dan berazam tidak akan kembali lagi
melakukannya seperti yang pernah dilakukannya. Jika maksiat yang dilakukan itu nda kaitan dengan
hak orang lain, syarat yang keempat ialah mengembalikan hak ilu kepada orang yang berhak.
Proses taubat bermula dengan adanya kesedaran iaitu hati mula terjaga dari kclalaian dan mula
terpandang keadaan buruk di dalam diri dan kelakuan, keadaan ilu membawa, dengan taufiq Allah,
kepada kepekaan terhadap apa yang terbayang dilikirannya tentang larangan Allah s.w.t dengan
pendengaran hati. Apabila lerfikir di dalam benak hati kejahatan yang dilakukan dan melihat
keburukan perbuatan itu,terpancarlah di dalam hati keinginan untuk bertaubat. Jika taubat ini
dilanggar, perlulah ianya diperbaharui. Tidak seharusnya putus harapan untuk Icrus bertaubat jika
masih terlanjur.
2.4.7 Doa
Selain berzikir dengan lisan dan hati untuk mengingati Allah s.w.t, perbanyakkan doa kepada Allah
s.w.t kerana Dialah yang memberi petunjuk ke jalan yang benar dan dengan restu-Nya jua, seorang
hamba akan sampai ke matlamat yang dituju iaitu mendekati Allah dan mendapat keredhaan-Nya.
Allah telah menentukan doa sebagai jalan yang luas terbentang untuk dilalui hamba bagi
mendapatkan kurniaan-Nya. Allah s.w.t menggalakkan hamba-hambaNya supaya berdoa. Firman
Allah s.w.t yang bermaksud ; Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan
suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas
(Al-A'raf: 55)
Berdoalah kepadaKu, Aku akan memenuhi permintaan kamu (Al-Ghanr: 60).

2.5 FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH


2.5.1 Percakapan
Sesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya. Antaranya
ialah apabila seorang Muslim menuduh seorang Muslim lain kafir sedangkan orang yang dituduh
adalah tidak layak kepada gelaran itu. Memperolok-olokkan salah satu dari nama-nama Allah yang
mulia, janji Allah, peringatan atau amaran dari Allah s.w.t, juga boleh membatalkan akidah
seseorang. Sebagai contohnya jika seseorang berkata, "kalau aku diperintahkan Allah melakukan
sesuatu, aku tidak akan lakukan. Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku tidak akan
sembahyang menghadap kepadaNya. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga aku tidak akan masuk".
Perkataan yang diucapkan secara memperkecilkan Allah s.w.t atau melahirkan keangkuhan akan
menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya.
2.5.2 Perbuatan
Perbuatan yang membatalkan akidah ialah seperti sujud kepada berhala atau makhluk lain atau
sujud kepada yang lain daripada Allah, melainkan dalam keadaan terpaksa seperti seorang tawanan
perang yang dipaksa sujud kepada orang kafir di negara yang diperangi. Berlainan dengan rukuk, jika
rukuk kepada makhluk dengan niat membesarkan makhluk seperti kita membesarkan Allah adalah
kafir tetapi jika tujuannya sekadar untuk menghormati, tidak menyebabkan kafir tetapi tetap
hukumnya haram.
2.5.3 Keyakinan atau Iktiqad
Perkara yang membatalkan akidah juga ialah melalui keyakinan termasuklah syak atau ragu tentang
Allah s.w.t, rukun-rukun iman yang lain seperti Rasul-Nya, al-Quran, Had Akhirat atau syurga dan
neraka, pahala dan dosa dan sebagainya. Beriktikad tentang ketiadaan sifat-sifat yang wajib bagi
Allah s.w.t atau menafikan wajibnya perkara yang diijma'kan tentang wajibnya seperti sembahyang
lima waktu, kewajiban berzakat, berpuasa dan haji.
Kesimpulannya ialah bahawa setiap simpulan dalam hati, perbuatan atau perkataan yang
menunjukkan penghinaan, meringan-ringankan, memperkecilkan Allah s.w.t, KitabNya, RasulNya,
MalaikatNya, syiar agamaNya, hukum Allah, janji dan amaranNya, maksiat yang mesti dihindarkan
akan membawa kepada terbatalnya dua kalimah syahadah dan terputuslah ikatan akidah seseorang.
2.6 PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Apubila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka mereka merasa bebas daripada
kongkongan orang lain dan tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah. Kekuatan akidah
melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir,
loba, tamak dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram. Kekuatan akidah membantu
manusia melepaskan diri daripada tarikan kebendaan, terhindar daripada segala macam nufsu
syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan. Sebaliknya jiwa tersebut yakin
bahawa kebahagiaan hidup terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah (AbdulHalim,
1992,Siddiqi, 1979).
Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan berpandukan dasar-dasar hidup yang
kekal, ideologi yang mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah. Kekuatan ini tidak diperolehi dengan
meniru golongan Timur dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme yang diambil
daripada Barat moden. Kekuatan akidah menjadi teras bagi model motiyasi Islam. Model tersebut
mengandungi beberapa kriteria keperluan manusia dalam kehidupan :
i. Dharuriah : Perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan di akhirat. Perkara ini
membabitkan pemeliharaan lima hak, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Ternyata
pemeliharaan akidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia.
ii. Hajiah: Pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menhilangkan kesulitan hidup dan
mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum (muamalat).
iii. Tahsiniah : Kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitu mengembangkan potensi diri,
mencapai taraf yang tinggi, menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, memperoleh
pengetahuan, meneroka, memahami, menganalisis perhubungan dan mendapatkan kecantikan serta
keindahan.
2.6.1 Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan Rasul
Manusia menurut akidah Tauhid, dijadikan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan dirinya kepada Allah
dalam satu rangka pengabdian (ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus berlaku dalam
konteks menjalankan tugas dan amanah Allah selaku Pewaris (Khalifah) di bumi (al-An'am: 165) (al-
Baqarah: 30 - 39). Di atas dasar iman kepada Allah s.w.t, para malaikatNya, kitab-kitabNya, manusia
harus membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis
panduan Tuhannya. Garis panduan, ketetapan, dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai Syariah.
Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi
selamat di dunia dan di akhirat.
Alam, termasuk insan, mengandungi tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah
s.w.t atau ayatullah yang harus menjadi bahan renungan, pemikiran dan pengajaran bagi orang yang
berilmu (al-Baqarah : 164) (al-Imran :189 - 191) (al-Rum : 20 - 25). Ini bererti bahawa ilmu
pengetahuan) dan kepintaran akal serta kejayaan teknologi manusia harus membawa kepada takwa
kepada Allah sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud,
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-
hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Pengampun (Fatir :28)
Akidah yang benar dapat menjaga individu atau tuannya beserta agama yang dianutinya agar
sentiasa patuh kepada Allah dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Tanpa akidah dan
keimanan yang kukuh kepada setiap individu akan dijadikan senjata terpenting bagi musuh Islam
untuk meruntuhkan umat Islam, sekaligus melenyapkan Islam di atas muka bumi ini. Keimanan yang
kental dimiliki oleh para sahabat membuatkan mereka mampu menghadapi musuh walaupun jumlah
serta kelengkapan dari sudut fizikal musuh itu jauh lebih lengkap berbanding dengan mereka. Firman
Allah yang bermaksud :
Wahai Nabi, rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu
20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir
itu) dan jika ada di antara kamu 100 orang nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari
golongan yang kafir...... (al-Anfal: 65)
Ayat ini menjelaskan bahawa di peringkat pertama orang Islam mesti menghadapi musuh dan
mereka tidak dapat meninggalkan medan peperangan apabila menghadapi musuh dalam nisbah 1 :
10. Jelas keimanan membuatkan mereka tidak rasa gentar untuk menghadapi segala cabaran demi
untuk mempertahankan akidah dan Islam yang maha suci di samping tidak putus-putus
mengharapkan pertolongan dari Allah. Kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya
dari segala sesuatu yang ada dan ini perlu diperlihatkan dalam setiap ucapan, perbuatan dan segala
gerak lakunya dalam pergaulan dan ketika bersendirian. Jikalau dalam kalbunya itu dirasakan masih
ada sesuatu yang lebih dicintai daripada Allah dan RasulNya, bererti keimanan dalam sanubarinya
inusih belum terikat kukuh dan masih belum mantap.
Akidah dan iman dapat membentuk suatu kesatuan umat Islam demi mcncapai satu matlamat iaitu
keredhaan Allah dan meninggikan syiar Islam. Dalam konteks inilah juga dapat dikaitkan di mana
persaudaraan di antara semua umat Islam sebenarnya bukan diasaskan atas dasar keturunan atau
pertalian darah Ncmata-mata tetapi persaudaraan Islam itu dibina di atas dasar akidah yang satu.
Untuk itu walaupun seseorang itu sama keturunan dan pertalian darah tetapi herbeza dari sudut
akidah dan keimanan menyebabkan ia adalah terpisah. Untuk itu setiap Muslim dan Mukmin itu
adalah bersaudara dan mesti hidup bersatu padu sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w yang
bermaksud :
Orang Islam itu adalah bersaudara kepada orang Islam yang lain (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Antara lain Nabi juga menjelaskan bahawa umat Islam itu seumpama satu hinaan sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Orang mukmin itu diumpama seperti satu binaan saling kuat menguat di antara satu sama lain
(Riwayat Muslim)
2.6.2 Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup
Iman dan akidah yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan, ucapan dan personaliti menjadi
lambang serta syiar Islam sekaligus mampu menjadi model iitau tauladan kepada masyarakat Islam
itu sendiri juga masyarakat bukan Islam supaya mengikuti ajaran Islam.
Kemantapan akidah juga akan menimbulkan jiwa keberanian dan ingin terus inaju kerana membela
kebenaran. Kematian dianggap tidak berharga sama sekali kecuali syahid kerana mempertahankan
kebenaran dan keadilan Islam. Keberanian ;ikan timbul disebabkan oleh keyakinannya bahawa yang
memudoratkan dan mematikan adalah terletak di bawah kekuasaan Allah s.w.t semata-mata.
Beberapa kesan jiwa yang beriman ialah,
i) Adanya peningkatan iman akan melahirkan segolongan ummah yang memiliki ketakwaan yang
kental terhadap Pencipta dan saling menghormati di kalangan yang dicipta.
ii) Melahirkan ketulinan akidah yang akan mencetuskan sifat mulia, berani kerana benar, ikhlas
dalam mengerjakan sesuatu, sabar ketika mendapat ujian, di samping melahirkan sifat-sifat terpuji
dan mampu menghindarkan diri dari sifat-sifat tercela.
iii) Jiwa sentiasa diliputi ketenangan, bebas dan merdeka serta dapat mengikis perasaan kehambaan
dan kehinaan.
iv) Iman dan akidah mampu mengangkat martabat manusia. Setiap insan yang lahir ke dunia ini
adalah sama kecuali yang bertakwa kepada Allah s.w.t kerana Dia sahajalah yang paling berkuasa.
v) Pemahaman tauhid mendalam akan memungkinkan memahami realiti Pencipta, diri individu itu
sendiri dan persekitarannya.
vi) Tersematnya iman ke dalam sanubari seseorang yang menjadikannya bertanggungjawab
terhadap apa yang diamanahkan kepada mereka, terutama sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t.
Keimanan menukar seseorang daripada bersikap keakuan kepada sikap peribadahan yang
memperhambakan diri hanya kepada Allah s.w.t. Jika sebelum beriman seseorang itu adalah seorang
yang bongkak dan ego, akidah akan dapat menurunkan keegoaannya. Bagi mereka yang merasakan
dirinya terlalu hina di hadapan manusia lain, akidah akan dapat membebaskan jiwa dan perasaannya
dengan merasakan bahawa manusia yang lain itu juga adalah hamba Allah. Yang berhak ditakzimkan
dan dibesarkan ialah Allah s.w.t. Begitulah peranan akidah dalam membentuk matlamat dan
halatuju perjuangan insan, hanya bermatlamatkan keredhaan Allah s.w.t.
Seseorang yang berakidah perlu menggunakan apa juga yang terdapat dalam alam sekelilingnya di
atas jalan Tauhid. Ini adalah kerana Allah s.w.t telah memberikannya suatu fahaman dan pandangan
(paradigma) tentang masyarakat yang penuh dengan sistem nilai, sifat, lengkap dengan segala
keperluan, kesejahteraan hidup melalui kerjasama dengan manusia lain. Hanya melalui Tauhid
manusia tidak akan membuat kejahatan atau fasad di muka bumi ini. Sesungguhnya pandangan ini
akan memberansangkan manusia untuk menghala dunia sekelilingnya mengikut kehendak Allah
s.w.t. Inilah misi manusia Muslim sebenamya yang mesti dilakukan dengan penuh penyerahan
kepada Allah s.w.t (Syed Othman, 1992).
2.6.3 Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul
Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus pastinya akan melahirkan individu dan
personaliti ke arah perawakan yang baik dan diredai Allah. Akidah dan keimanan yang lurus itu dapat
membentuk masyarakat yang saling bantu membantu untuk mencapai keredhaan Allah iaitu
menyuruh kepada perkara yang baik serta bersatu padu membasmikan segala bentuk kemungkaran
sebagaimana yang dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud :
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan...." (al-Maidah: 2)
Berdasarkan dalil di atas menjelaskan kepada kita bahawa berteraskan akidah dan keimanan dapat
membentuk masyarakat yang bermula dari individu yang sama-sama bersatu padu dan berganding
bahu dalam apa jua bentuk sumbangan dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya untuk
mencapai kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ekorannya sikap mementingkan diri
sendiri dan menumpukan kepada amalan fardu (amalan berbentuk individu) lebih rendah
keutamaannya berbanding amalan yang berbentuk kemasyarakatan (Ab. Latif dan Rosmawati 1998).
Cinta dan kasih kepada seseorang yang dikasihi Allah dan Rasul. Seseorang mukmin akan menaruh
cinta kepada seseorang atas dasar ketakwaan dan kesolehannya bukan atas dasar kedudukan dan
kekayaan. Oleh itu akan lahirlah sifat ukhuwwah, bertimbangrasa, bertoleransi, bertolong Bantu dan
sebagainya. Lahirnya sifat-sifat orang yang bersyukur apabila hilang daripada diri segala sifat kikir,
tamak, rakus dan loba. Akan lahir insan berbudi, dermawan, suka menolong dan memaafkan
kesalahan orag lain ke atas dirinya.
Berteraskan akidah dan iman dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bertamadun.
Hal tersebut jelas melalui bukti sejarah melalui masyarakat Islam yang dibina oleh Rasululah s.a.w di
Madinah seterusnya terbentuknya negara Islam pertama di dunia. Melalui pertapakan dan kesatuan
umat dalam masa yang singkat sahaja Rasulullah mampu menyebarkan Islam keseluruh pelusuk
tanah Arab serta keharmonian masyarakat terjamin baik masyarakat Islam mahupun bukan Islam
yang tinggal di Madinah pada masa itu (Ab. Latif & Rosmawati 1998). Betapa banyak pula kerosakan
dan kehancuran kita dapati akan menimpa sesuatu masyarakat yang tidak berpegang dengan asas
akidah serta iman yang benar walaupun dari sudut material, mereka mencapai tamadun yang tinggi,
contohnya tamadun Saba* dan Firaun. Mereka akhimya musnah untuk menjadi pengajaran kepada
kita sekalian di dunia ini dan azab yang menimpa mereka di akhirat nanti lebih sengsara.
2.6.4 Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis
Setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t mempunyai keistimewaan berbanding dengan makhluk-
makhluk yang lain, bukan hanya dari aspek kejadiannya malah meliputi kehidupan di dunia dan di
akhirat kelak. Seseorang dianggap cemerlang kejadiannya jika mereka mengimplementasikan asas
dari ajaran Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam segala aspek kehidupan (W. Abdullah, 1997).
Dalam hal ini, sejarah telah membuktikan bahawa hasil didikan dan asuhan Rasulullah s.a.w melalui
akidah, telah muncul individu-individu yang kritis, progresif dan dinamis dalam seluruh aspek
kehidupan seperti, spiritual, intelektual, fizikal, material, individu, masyarakat, dunia dan akhirat.
Mereka mampu menjadi model untuk membina satu tamadun yang berkekalan. Dalam masa yang
sama mereka sanggup berjuang mengikut kebolehan dan keistimewaan masing-masing dengan
ikhlas dan rela hati tanpa mengharapkan upah, hanya untuk Islam semata-mata. Sebagai contoh di
sini dipaparkan lakaran sikap beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w dalam meninggikan syiar
Islam seperti saidina Abu Dakar as-Siddiqy R.A dalam bidang siasah dan kepakaran politiknya
digunakan untuk menegakkan panji-panji Islam. Saidina Umar al-Khattab R.A merupakan pemimpin
yang tegas dan berwibawa. Menggunakan ketegasan dan kewibawaannya untuk memperteguhkan
Islam. Saidina Usman bin Afan R.A merupakan seorang tokoh korporat yang bertaraf jutawan. Beliau
telah menggunakan harta kekayaannya untuk memantapkan ketenteraan dan ekonomi umat Islam.
Saidina Ali bin Abu Talib R.A adalah seorang pemuda yang amat cerdas, berani dan lantang
berbicara. Beliau telah menggunakan kelebihannya untuk membela agama. Panglima Khalid bin al-
Walid R.A yang merupakan panglima perang yang menyerahkan segala pengorbanan demi
meninggikan kalimah Allah s.w.t.
Sikap-sikap kritis, dinamis dan progresif yang ditonjolkan oleh mereka inilah yang telah
mempertingkatkan kecemerlangan Islam sehingga dipandang gerun oleh masyarakat seluruhnya.
Sikap positif ini perlulah dicontohi oleh umat kemudian yang mampu membawa umat Islam masakini
ke arah kegemilangan.
2.6.5 Membangun ekonomi ummah secara komprehensif
Abad ini umumnya dilihat sebagai abad persaingan ekonomi, dan hakikat ini sekaligus membawa erti
bahawa keunggulan sesuatu bangsa atau negara tergantung pada kekuatan ekonominya. Aspirasi
pembinaan generasi unggul harus dijayakan menerusi kemantapan akidah yang meletakkan ekonomi
sebagai salah satu nilai yang ingin dicapai. Nilai ekonomi dalam konteks budaya Melayu harus
mengakar pada ajaran Islam, agar dengan itu perjuangan mengangkat martabat ekonomi umat tidak
akan berkonflik dengan akidah Islam, sebaliknya menjadi bahagian daripada penghayatan agama itu
sendiri. Memang ajaran Islam pada dasarnya bersikap positif terhadap harta (kekayaan) dan
kekuatan ekonomi keseluruhannya (Siddiq Fadzil, 2005). Dalam konteks Malaysia, pembangunan
ekonomi ini boleh dikaitkan dengan penguasaan ilmu pengetahuan, yang setentunya bidang atau
ilmu ekonomi turut terlibat. Melalui perbankan Islam, banyak istilah produk kewangan
diketengahkan seperti bait mal ajil, mudharabah, murabahah, mewujudkan produk kewangan Islam,
perbankan Islam, bon Islam dan seumpamanya. Para anggota panel syariah ternyata mempunyai
mekanisme yang sewajarnya untuk digunakan bagi mengasingkan ajaran Islam dengan amalan
konyensional dalam perbankan. Sungguhpun begitu, tumpuan utama ialah keseimbangan
pembangunan dan sifat komprehensif yang perlu diwujudkan dalam perencanaan pembangunan.
Keseimbangan juga diperlukan dalam aspek kewujudan golongan kaya. Komunisme muncul akibat
ketidakseimbangan penduduk antara kaya dan miskin. Kapitalisme ditentang kerana mengizinkan
atau hanya mewujudkan peluang untuk mereka yang bermodal saja. Islam pula sering mengaturkan
tatacara kehidupan miskin-kaya dengan bermaruah dan jaminan iaitu dengan prinsip harta orang
kaya adalah sebahagiannya milikan orang miskin. Ia dapat direalisasikan apabila,
1. Golongan berada tidak disekat dari meneruskan aktiviti pengumpulan harta kekayaan;
2. Zakat dikenakan bagi mengagih-agihkan kekayaan dan menjanakan ekonomi serta silaturrahim
antara kaya dan miskin
3. Bersedekah (membantu mereka yang berada dalam kesempitan) adalah perbuatan yang mulia;
4. Membayar upah sebelum peluh kering;
5. Sifat amanah;
6. Menjaga kualiti, dan banyak lagi.
Semua nilai-nilai Islam ini perlu ada dalam program keseimbangan dan ditentukan pula mekanisme
yang sewajarnya. Walau apa pun, pendekatan ini semestinya, tidak lari dari akidah Islam. Apa yang
jelas, walau apa situasi dan kondisi sekali pun, nilai moral dan etika dalam kegiatan ekonomi perlu
dipastikan tidak terhakis. Ini kerana nilai-nilai inilah yang bakal menjamin kesinambungan
pembangunan yang berterusan, tanpa diganggu-gugat oleh unsur ketidakadilan, pengeksploitasian,
diskriminasi dan sebagainya. Lantas mengukuhkan asas-asas ketamadunan Islam.
2.6.6 Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil
Pada prinsipnya Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan pengurusan secara berorganisasi, di
mana salah seorang daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin tertinggi. Tujuannya ialah
untuk menyelaraskan kerja-kerja pegawai bawahan dengan saksama. Ketua sebagai penyelaras,
bukanlah bererti bahawa dia boleh bertindak sesuka hatinya tanpa batas, malah mereka juga turut
terikat dengan undang-undang yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Walaubagaimanapun sebarang
keputusan yang dibuat oleh pihak penguasa, wajib dipatuhi selagi perkara itu tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Jika terdapat sebarang keraguan tentang sesuatu perkara, maka hendaklah
merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Firman Allah s.w.t bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya dan ulil-amri (pemimpin) di
antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia
kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah) (An-Nisaa': 59)
Madinah adalah satu-satunya negara model cara pelaksanaan sistem pentadbiran dan pengurusan
berkualiti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w pada permulaan pembentukan negara Islam.
Pada ketika itu baginda memegang dua bentuk kekuasaan iaitu ketua agama dan ketua pemerintah.
Sebagai ketua agama, Rasulullah s.a.w selalu menerima wahyu dari Allah s.w.t yang dinamakan
syariat. Berteraskan syariat itulah, baginda mengimplimentasikan terhadap masyarakat dan negara
sebagai ketua pemerintah. Kedua-dua bentuk kepemimpinan seperti ini memang tidak boleh
dipisahkan, bahkan saling kait mengait di antara satu safna lain.
Model yang ditonjolkan baginda s.a.w adalah untuk kejayaan umat sejagat, khususnya umat Islam
itu sendiri. Berjaya atau tidaknya sesuatu pentadbiran dan pengurusan yang baik dan sempurna
adalah bergantung kepada kepada sejauh mana sikap dan tanggungjawab mereka yang terlibat.
Apakah penglibatan mereka dalam sesuatu bidang atau tugas sesuai dengan ilmu pengetahuan dan
kepakarannya atau tidak? Islam amat memandang berat terhadap kedua-dua perkara tersebut. Jika
tugas dan tanggungjawab itu tidak sesuai atau sejajar dengan keilmuan dan kepakarannya, sudah
tentu akan menimbulkan kesan buruk dalam sesuatu pentadbiran dan pengurusan di samping
kemerosotan prestasi dan kualiti sesuatu organisasi yang dipegangnya. Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud,
Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya: berkata seseorang: Bagaimana
caranya menyia-nyiakan amanah ya Rasulullah ? Nabi bersabda : Apabila diserahkan sesuatu
pekerjaan kepada yang bukan ahlinya (kepakarannya), maka tunggulah kehancurannya" (Riwayat Al-
Bukhari)
Sebagai kesimpulannya, pemimpin atau pemerintah hendaklah menjadikan ukidah sebagai teras ke
arah menegakkan pemerintahan yang stabil.

2.7 KESIMPULAN
Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia yang menetukan setiap kelakuan dan
perkataan yang keluar hasil bisikan perasaan seseorang. Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu
adalah satu ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan individu dengan hakikat yang
sebenarnya. Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk
itu orang-orang yang beriman dan mempraktikkan keimanannya akan mencapai kemanisan iman
scrta merekalah sebaik-baik makhluk sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Qur'an yang
bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itulah sebaik-baik
makhluk (al-Bayyinah: 7)
Bertunjangkan akidah, Sayid Sabiq (1978) telah menjelaskan tujuh kekuatan utama yang perlu
dikuasai oleh setiap muslim bagi membina semula peradaban Islam:
1. Kekuatan jihad : memberi pengorbanan yang nyata demi membela hak, memperoleh kehidupan
yang merdeka dan memperoleh kehidupan yang mulia.
2. Kekuatan akidah : Keimanan yang mutlak kepada Allah akan melahiran kepuasan dalam hati dan
fikiran. Begitu juga, berpegang teguh kepada kebenaran akan dapat mengusir kebatilan daripada
hati dan fikiran.
3. Kekuatan ilmu : Ilmu pengetahuan merupakan penegak peribadi manusia, menyingkap hakikat
kewujudan sesuatu benda atau perkara dalam alam nyata dan alam yang tidak dapat dilihat dengan
mata.
4. Kekuatan budi pekerti : Kelemahan jiwa diatasi dengan mensucikannya sehingga dapat
berkembang di atas jalan yang lurus yang menuju ke arah kemuliaan dan keluhuran rohani.
5. Kekuatan ekonomi : Memperolehi harta kekayaan, memakmurkan bumi, memperkembangkan
kekuatan alam dan kemudian mengambil kemanfaatan daripada sumber alam. Harta kekayaan dan
sumber alam itu perlu digunakan dengan adil dan bijaksana.
6. Kekuatan ikatan masyarakat : Menegakkan masyarakat dengan dasar kemerdekaan, keadilan,
persamarataan, mengikut asas-asas syariah Islam, bekerja kuat, pergaulan baik dan undang-undang
yang jujur. Semua ini bertujuan untuk mencapai kebahagiaan bagi seluruh umat manusia.
7. Kekuatan susunan perdamaian : melaksanakan perdamaian umum yang berteraskan hormat-
menghormati antara sesama manusia dan menghorniati serta melindungi semua perjanjian.
Berdasarkan penjelasan-penjelasan tersebut di sini dapat dirumuskan bahawa iman yang bertapak di
dalam hati itu dapat mendorong individu ke arah segala bentuk kebaikan berupa niat, ucapan dan
perbuatan demi untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru itu jugalah dalam konteks Islam, menjaga
keimanan dan akidah itu satu perkara wajib terhadap individu. Kerana dengan selamatnya iman dan
akidah itu menyebabkan semua anggota lain juga terselamat dari seksaan dan azab di akhirat nanti.
Sebagai rumusannya, berbekalkan akidah yang benar dan iman yang mantap akan membentuk
masyarakat, bangsa dan akhirnya negara ke arah mencapai kemajuan dari sudut material dan rohani.
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.
Abdul Halim, M. 1992. "Al-Quran dan Sunnah Sebagai Sumber Hukum dan Ilmu" dim. Abdul Halim
(ed.). Dinamika Dakwah. Petaling Jaya Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Ab. Latif b. Muda dan Rosmawati All @Mat Zin. 1998. Pengantar Ilmu Tauhid . Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abu Bazli Abdul Kadir Bin Che Kob. 1985. Aqidah dan Keimanan. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Abul Khairi Al-Latifi. 1994. Martabat Umat Islam. Kuala Lumpur : Darul Nu'man. Abu Urwah 1986.
Risalah Usrah. Jilid 1. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Abu al-'Ula 'Afifi. 1963. Al-Tasawwuf: al-Thawrah al-Ruhiyyah fi al-Islam. Misr : Dar al-Ma'arif.
'Ali b. Muhammad b. 'Ali al-Sayyid al-Zayn Abi al-Hassan al-Husayni. 1938. Al-Ta'rifat. Misr : Syarikah
Maktabah wa Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi.
80
AI-Dahlawi, Syah Wall Allah ibn al-Rahim. t.thn. Hujjah Allah al-Balighah. Qahirah : Dar al-Kutub al-
Hadithah.
I lukami.Hafiz ibn Ahmad. t.thn. Ma'arij al-Qabul bi Syarh Sulam al-Wusul ila 'Ilm al-Usul fi al-Tauhid.
2 Jilid. Bayrut: al-Salafiyyah.
Manna al-Fakhu dan Khalil. 1957. Tarikh Falsafah al-'Arabiyah. Juz. 2. Bayrut : Darul Ma'arif.
Prof. Dr. Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.
llasan Langgulung. 1991. Kreativiti dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma'il. 1970. Tafsir al-Quran al-'Azim. 7 Jilid. Bayrut : Dar al-Fikr.
Ibn Taymiyyah. 1969. Jami' al-Rasa'il. Qahirah : Mat. Al-madani.
Al-Jazaairi, Abu Bakar Jaabir. 1986. Aqidatul Mukmin. Jilid 1. Terjemahan H.Salahuddin Abdullah.
Kuala Lumpur : Pustaka Antara.
Mahmud Syaltut. 1972. Aqidah wa Syari'ah. Bayrut: Dar al-Shuruq.
Mohd Nakhaie Ahmad. 1998. Di Bawah Naungan Islam. Kuala Lumpur : Institut Muamalat Islam
Malaysia.
Mohd Sulaiman Yasin. 1984. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sulaiman Yasin. 1985. Islam dan Aqidah. Selangor: Al-Qamari Sdn. Bhd.
Muhammad Ala b. 'Al-Thanawi. 1948. Kashaf Istilahat al-Funun. 2 Jil. Tehran: Maktabah Khayyar wa
Shurakahu.
Muhammad Rasyid Rida. t.thn. Al-Wahyu al-Muhammadi. Bayrut : al-Maktab al-Islami.
Nik Azis Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah. 1993. Kenalilah Islam. Kota Bharu : Pustaka Aman Press.
Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Kuala Lumpur : Darul Ma'rifah.
Sayid Sabiq. 1978. Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Siddiqi, M.N. 1979. "Tawhid : The Concept and Process". Dim. Khurshid Ahmad & Zafar Ishaq (ed.).
Islamic Perspectiyes. Leicester : Islamic Foundation.
W. Abdullah bin Hj. W. Mahmood dan Dra. Wista Ahmad. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun Alam
Melayu serta Sumbangannya kepada Dunia. Selangor : Global Printers Sdn. Bhd.
Siddiq Fadzil. 2005. Pembangunan Watak Bangsa. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar
al-Hikmah.
Dr. Syed Othman AlHabshi. 1992. Islam Dan Pembangunan Ekonomi Di Malaysia : Satu Perubahan
Paradigma. Dim. Kongres "Menjelang Abad 21 : Islam Dan Wawasan 2020". 3-4 Julai 1992. Kuala
Lumpur : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Zakaria Stapa. 1993. "Konsep Tauhid, Pendekatan dari Sudut Pandangan Sufi".Dlm. Mohammed
Yusoff Hussain, Abdul Shukor Hj. Husin, Idris Zakaria & Anisah Hj. Zainal Abidin (pnyt.) Isu-isu Dalam
Usuluddin dan Falsafah. Bangi Uniyersiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like