You are on page 1of 14

OPEN UNIVERSITY

MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 3403: HORTIKULTUR

SEMESTER SEPTEMBER 2010

NAMA PELAJAR : RIDUAN BIN AHMAD


NO. PELAJAR : 790218065245-002

PENSYARAH : EN. MOHD. ZEID BIN ABU BAKAR

1
1. SOALAN TUGASAN

Tumbuhan hiasan mempunyai ciri-ciri, tabiat dan keperluan pertumbuhan tertentu.


Untuk tujuan menghasilkan dan mengekalkan tumbuhan hiasan yang cantik dan sihat, pemilihan
jenis tumbuhan hiasan yang sesuai dengan keadaan persekitarannya perlu diberi perhatian.
Kebiasaannya tumbuhan hiasan akan hidup dengan menampilkan ciri-ciri menarik serta tabiat
semula jadi jika ianya diletakkan di lokasi yang memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangannya. Ciri-ciri menarik serta tabiat semula jadi tumbuhan hiasan akan menyerlah
jika keperluan-keperluannya dipenuhi.
Huraikan penyataan tersebut dalam menentukan faktor yang mempengaruhi pemilihan
tumbuhan hiasan dan landskap. Bagi setiap faktor yang dibincangkan nyatakan sekurang-
kurangnya 2 jenis tumbuhan hiasan dan landskap serta perjelaskan ciri-ciri yang ada pada
tumbuhan tersebut. Gambar contoh tumbuhan hiasan yang bersesuaian dengan faktor pemilihan
yang dibincangkan perlu disertakan.

Penulisan tugasan kita hendaklah dijelaskan secara terperinci dengan berbantukan gambar yang
bersesuaian dengan kehendak tugasan

2
2. PENGENALAN

Aktiviti menanam tumbuhan hiasan yang cantik dan menarik bukanlah suatu perkara
yang amat sukar seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang. Berbekalkan keinginan dan
sedikit pengetahuan kita akan mampu melakukannya.
Namun begitu, kita perlu meluangkan sedikit masa untuk mengkaji beberapa aspek untuk
memastikan pemilihan sesuatu tumbuhan hiasan itu dibuat dengan tepat. Seeloknya kita
hendaklah mengelakkan diri daripada memilih dan menanam sesuatu tumbuhan secara tergesa-
gesa.
Buatlah sedikit rujukan melalui pembacaan dan juga perbualan dengan orang yang berkemahiran
sebelum memulakannya. Sebahagian besar kejayaan untuk menghasilkan tumbuhan hiasan yang
cantik terletak pada pemilihan yang betul sejak dari awal lagi.
Kita juga perlu fahami bahawa sesuatu tumbuhan mempunyai ciri-ciri, tabiat dan keperluan
pertumbuhan yang tertentu. Bagi menghasilkan dan mengekalkan tumbuhan hiasan yang cantik
dan sihat, kita mesti memilih tumbuhan sesuai dengan keadaan persekitarannya.

Kebiasaannya, tumbuh-tumbuhan akan hidup dengan baik jika kita menempatkannya di lokasi
yang memenuhi keperluan pertumbuhannya. Ciri ciri menarik serta tabiat semula jadi sesuatu
tumbuhan akan menyerlah jika keperluannya dipenuhi.
Penjagaan tumbuhan yang ditanam di lokasi yang sesuai juga lebih mudah. Tumbuhan yang
ditanam di lokasi yang tidak sesuai akan mengalami stres. Keadaan ini akan menjejaskan
pertumbuhannya dan seterusnya gagal menunjukkan penampilan yang menarik. Ia lebih mudah
diserang perosak dan penyakit.
Oleh sebab itu, kerja-kerja penjagaan juga bertambah. Tentunya kita tidak ingin keadaan
sebegini berlaku. Jadi, bagaimanakah cara untuk memilih tumbuhan yang betul? Mari kita lihat
aspek ini dengan lebih lanjut lagi.

3
3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN TUMBUHAN
HIASAN

Tumbuh-tumbuhan merupakan elemen hiasan yang dinamik. Ia adalah benda hidup dan sentiasa
berubah akibat daripada proses pertumbuhannya. Dalam memilih tumbuhan hiasan dan landskap
yang sesuai, kita hendaklah memberi perhatian kepada faktor-faktor yang sesuai.

Terdapat EMPAT faktor penting dalam pemilihan tumbuhan hiasan dan landskap. Faktor-faktor
ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1, iaitu:

Rajah 3.1: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tumbuhan hiasan

1. Kesesuaian keadaan persekitaran

Faktor penting yang perlu diberi perhatian di peringkat awal pemilihan ialah kesesuaian
tumbuhan yang dipilih dengan persekitaran di mana ianya akan ditempatkan. Setiap tumbuhan
mempunyai keperluan-keperluan asas untuk hidup. Ini termasuklah cahaya, air, suhu, unsur-
unsur nutrien, udara dan ruang.

Setiap tumbuhan mempunyai keperluan asas yang berbeza untuk pertumbuhan yang baik.
Kuantiti dan kualiti keperluan-keperluan asas yang diterima oleh sesuatu tumbuhan amat
mempengaruhi pertumbuhannya yang subur.
Realitinya ialah keadaan persekitaran sukar diubah untuk disesuaikan dengan tumbuhan yang

4
dipilih. Jadi, kita perlu mengkaji dengan lebih teliti keadaan persekitaran yang akan
menempatkan tumbuhan pilihan kita. Kemudian, pilihlah tumbuhan yang bersesuaian dengan
persekitaran sedia ada.

Mari kita lihat pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2
sebagai contoh. Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari penuh sepanjang hari untuk hidup
dengan baik. Dalam keadaan cahaya matahari penuh serta bekalan air dan nutrien yang
mencukupi, pokok ini dapat melakukan proses fotosintesis dengan baik. Proses ini penting
sebagai persediaan untuk pengeluaran bunga yang banyak apabila musim kering.

Sebaliknya, Rajah 3.3 pula menunjukkan pokok bunga kertas yang ditempatkan di kawasan
terlindung dan tidak dapat mengeluarkan bunga dengan baik. Dalam keadaan yang lebih teruk,
daunnya akan gugur.

Rajah 3.2: Pokok Bougainvillea sp mengeluarkan bunga apabila mendapat cahaya


matahari yang mencukupi.

5
Rajah 3.3: Pokok Bougainvillea sp gagal berbunga kerana tidak mendapat cahaya
matahari yang mencukupi.

Kadar penerimaan dan keamatan cahaya di sesuatu lokasi menentukan sama ada tumbuhan yang
dipilih adalah dari jenis yang memerlukan cahaya matahari penuh atau teduhan.
Sesuaikan jenis tumbuhan dengan ciri tanah yang ada. Kita boleh memilih tumbuhan yang
kurang sesuai dengan keadaan tanah sedia ada tetapi keadaan tanah perlu diubahsuai mengikut
keperluan tumbuhan yang dipilih. Keadaan ini tentunya menyukarkan kita kerana banyak kerja
berat terpaksa dilakukan.

Berkaitan dengan tiupan angin, kita mempunyai pilihan sama ada untuk memanfaatkan atau
menghindarkannya. Terdapat tumbuhan yang sesuai untuk menghadang tiupan angin. Tumbuhan
yang sama juga boleh digunakan untuk menghalakan tiupan angin ke arah yang dikehendaki. Ini
bergantung pada cara menyusun atur tumbuhan itu semasa merancang penanamannya.

Kehadiran dan pergerakan manusia di sesuatu lokasi juga mempengaruhi tumbuhan yang dipilih.
Sebaliknya, sesuatu tumbuhan yang dipilih mampu mempengaruhi aktiviti manusia di lokasi
berkenaan. Aktiviti manusia boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan dan begitulah
sebaliknya.

Oleh itu, pilihlah tumbuhan yang tahan lasak dan cepat pulih di lokasi yang ramai orang.
Tumbuhan yang memberi mudarat seperti berduri (Rajah 3.4), bergetah atau beracun perlu
dielakkan.

6
Rajah 3.4: Elakkan memilih pokok Agave sp. yang boleh memudaratkan pengunjung ke suatu
kawasan yang dilandskap.

Pemandangan yang indah di sesuatu lokasi sewajarnya dimanfaatkan untuk memaksimumkan


kesan estetika sedia ada serta memberi ketenangan kepada pengunjung. Pilih tumbuhan yang
tidak menyekat pemandangan yang menarik. Jika perlu, pilihlah tumbuhan yang dapat
menjuruskan pemandangan kita ke arah persekitaran tersebut.

Sebaliknya, pemandangan yang tidak menyenangkan elok disekat dengan menggunakan


tumbuhan yang padat dengan daun.

7
2. Ciri dan tabiat tumbuhan

Setiap jenis tumbuhan mempunyai ciri dan tabiatnya tersendiri. Pemilihan sesuatu tumbuhan
berdasarkan ciri dan tabiatnya perlu dibuat dengan berhati-hati supaya hasilnya kelak akan
memberi kepuasan kepada kita. Beri perhatian kepada soalan-soalan seperti berikut:
Adakah tempat yang hendak dihias mempunyai tema atau stail tertentu? Contohnya, formal,
kasual, moden, antik, tropikal, Bali, atau Oriental.

Ciri-ciri tumbuhan seperti warna, saiz, bentuk, tekstur, percabangan dahan, dan kepadatan daun
sangat penting untuk diambil kira semasa membuat pilihan.
Ciri-ciri ini boleh digunakan dan dieksploitasikan untuk menghasilkan kesan yang mampu
memberi manfaat kepada kita. Contohnya, warna (sama ada pada batang, daun, bunga atau buah)
digunakan untuk mewujudkan pemandangan yang menarik (Rajah 3.5).

Kita tentu terpegun apabila melihat garisan-garisan atau kelompokkelompok warna yang
dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan ini.

Rajah 3.5: Penggunaan warna untuk membentuk garisan dalam gubahan landskap yang
menarik.

8
Saiz sesuatu tumbuhan memberi kesan fizikal kepada sesuatu ruang. Bagi tumbuhan renek dan
pokok teduhan, saiz dari segi ketinggiannya adalah ciri penting yang perlu diambil kira semasa
membuat pilihan.

Dalam Rajah 3.6, tumbuhan bersaiz besar akan menjadikan sesuatu ruang menjadi sempit.
Tumbuhan berdaun besar (seperti Dieffenbachia sp., Philodendron sp., dan Monstera sp.)
menghasilkan tekstur visual yang kasar. Ruang akan kelihatan sempit jika terdapat tumbuhan
seperti ini di sesuatu lokasi. Ruang yang sama akan kelihatan lebih luas jika tumbuhan bertekstur
halus seperti Asparagus sp., Ixora sp. atau pelbagai spesies rumput hiasan ditanam di tempat itu.

Rajah 3.6: Pokok besar seperti angsana (Ptercarpus indica) memberi naungan yang baik tetapi
memerlukan ruang yang luas.

Sesuatu tumbuhan juga mempunyai bentuk-bentuk tertentu secara keseluruhannya. Pada


umumnya, bentuk sesuatu tumbuhan merujuk kepada bentuk silara daunnya.

Antara bentuk-bentuk tumbuhan yang biasa adalah:

9
a. Bulat seperti pokok bunga tanjung (Mimusops elengi)

b. Bujur seperti tembusu (Fagrea fragrans)

c. Kon seperti mentega (Diospyrus discolor)

d. Payung seperti hujan-hujan (Enterolobium saman)

e. Bertingkat seperti ketapang (Terminalia catappa)

f. Agung seperti palma diraja (Roystonea regia)

Pemilihan tumbuhan berdasarkan bentuk tumbuhan bukan sahaja penting dari segi kesan visual
yang menarik tetapi juga dari segi memenuhi keperluan praktikal seperti untuk mendapatkan
naungan atau lindungan.

Tabiat pertumbuhan sesuatu tumbuhan hiasan juga merupakan faktor yang penting untuk diberi
perhatian semasa membuat pilihan. Ini adalah satu sifat semula jadi yang sukar diubah.

Secara teorinya, pertumbuhan tumbuh-tumbuhan terus berlaku tanpa henti sehinggalah ia


mencapai peringkat matang. Pemilihan sesuatu tumbuhan perlulah mengambil kira saiznya
apabila matang.

Faktor yang sama juga mempengaruhi jarak tanaman dan seterusnya mempunyai implikasi
kewangan secara langsung. Kegagalan dalam aspek ini akan mengundang masalah yang rumit
pada masa hadapan terutamanya dari segi penjagaan dan penyenggaraan.
Kepelbagaian ciri tumbuhan hiasan dalam sesuatu kawasan sudah tentu dapat menambah daya
tarikan dan kefungsiannya di sesuatu kawasan.
Namun begitu, pemilihan dan penanaman tumbuhan yang terlalu pelbagai dari segi ciri-cirinya
akan menimbulkan suasana bercelaru. Pilihlah tumbuhan dengan kepelbagaiannya tetapi hadkan

10
kepada kelompok tumbuhan yang hampir seragam dari segi tabiat dan keperluan tumbesarannya.

Rajah 3.7 menunjukkan contoh penggunaan tumbuhan dari pelbagai spesies yang hampir serupa
dari segi bentuknya. Dengan cara ini, kita dapat menggabungkan kepelbagaian ciri-ciri secara
lebih harmoni.

Rajah 3.7: Penggunaan pelbagai spesies tumbuhan tetapi mempunyai bentuk yang hampir
serupa mewujudkan keharmonian reka bentuk.

3. Masa

Kebanyakan tumbuhan mengambil masa yang panjang untuk menunjukkan ciri-cirinya yang

11
sebenar. Tumbuh-tumbuhan hidup akan berubah dari segi saiz, warna, bentuk dan sebagainya.
Masa adalah satu dimensi yang memberikan perubahan dalam tempoh jangka panjang kepada
keseluruhan kawasan yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan.

Kita mungkin mempunyai hasrat untuk mengubahsuai ciri-ciri tertentu yang ada pada sesuatu
tumbuhan. Contohnya, kerja-kerja memangkas dan mencantas sering dilakukan terhadap
tumbuhan hiasan untuk mendapatkan bentuk silara tertentu.

Namun, kerja-kerja ini memerlukan masa. Dalam hal ini kita perlu fikirkan secara jujur tentang
kehidupan, rutin harian dan personaliti kita sendiri. Berapa banyak masa dan tenaga yang
sanggup kita curahkan untuk melakukan kerja-kerja sedemikian?

Jika masa tidak menjadi halangan, kita bolehlah memilih tumbuhan berdahan dan berdaun padat
tahan dicantas seperti Acalypha sinensis. Bagi kita yang mempunyai rutin kehidupan yang padat,
pilihlah tumbuhan yang mempunyai bentuk menarik tetapi kadar pertumbuhannya perlahan
seperti Juniperus chinensis.

4. Tujuan dan kehendak peribadi dan faktor-faktor lain

Setiap orang mempunyai tujuan atau kehendak tertentu terhadap sesuatu tumbuhan. Kita
mungkin inginkan hasil tumbuh-tumbuhan yang boleh dimanfaatkan secara langsung seperti
buah yang boleh dimakan oleh manusia atau haiwan, herba dengan khasiat kesihatan dan juga
bunga yang harum.

Kita juga mungkin gemar dengan kehadiran haiwan-haiwan seperti unggas, serangga atau
haiwan akuatik dalam kawasan yang dihias. Terdapat banyak jenis tumbuhan yang dapat
memenuhi kehendak kehendak ini.

Walaupun begitu, kita perlu elak daripada memilih tumbuhan yang boleh menimbulkan masalah.
Rajah 3.8 menunjukkan penanaman pokok kelapa (Cocos nucifera) di kawasan yang dilandskap.

12
Walaupun pokok ini mengeluarkan buah yang boleh dimakan, ia juga boleh mendatangkan
bahaya kepada pengunjung.

Rajah 3.8: Pokok kelapa (Cocos nucifera) mengeluarkan buah yang boleh dimanfaatkan tetapi
juga boleh mendatangkan bahaya

Elakkan daripada memilih dan menanam tumbuh-tumbuhan berduri atau beracun seperti di
kawasan permainan kanak-kanak. Tumbuh-tumbuhan dengan dahan yang rapuh dan mudah
patah pula tidak sesuai ditanam di kawasan letak kereta. Tumbuh-tumbuhan yang mudah
menggugurkan banyak daun atau buah pula perlu dielakkan jika kita mengutamakan kebersihan
kawasan.
Faktor ini diperkukuhkan lagi dengan faktor-faktor lain seperti kekurangan masa, sumber tenaga
dan kewangan untuk menyelenggara kawasan. Pantang larang, adat dan kepercayaan juga
mungkin menjadi faktor penentu. Pastikan juga pokok yang dipilih itu tidak mempunyai sistem
akar yang boleh merosakkan kemudahan-kemudahan utiliti seperti kabel elektrik, saluran paip,
saluran pembetungan, sistem perparitan, permukaan jalan dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan di peringkat awal
pemilihan sesuatu jenis tanaman. Faktor persekitaran, ciri dan tabiat tumbuhan, masa serta
kehendak-kehendak peribadi adalah antara perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian.

13
Seterusnya, kejayaan menghasilkan tanaman hiasan yang menarik adalah bergantung pada kerja-
kerja penjagaan terhadap tumbuhan yang dipilih. Kita perlu sedari tentang keadaan persekitaran
sedia ada dan hakikat bahawa mengubah persekitaran supaya sesuai dengan tumbuhan yang
dipilih adalah kerja yang sukar.

Oleh yang demikian, seimbangkan antara nilai estetika dan aspek praktikal semasa memilih
tumbuhan. Pilihlah tumbuh-tumbuhan yang kelihatan menarik dan mudah diuruskan setelah
mengambil kira keadaan rumah dan gaya hidup kita.

14

You might also like