You are on page 1of 6

Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5

Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan


Kad Suku Kata

Oleh
ZAINORA BINTI MOHD @ MAN

Sekolah Kebangsaan Merting


27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

ABSTRAK

Terdapat pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran


membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Berdasarkan dari kelemahan murid dalam kemahiran membaca
mengakibatkan murid tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Satu
kajian tindakan telah dilaksanakan bertujuan meningkatkan lagi kemahiran murid
membaca dengan lancar. Kajian ini juga membolehkan pendekatan yang lebih
baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 6 orang murid Tahun
Lima telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka. Di
samping itu, kajian ini juga digunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini
diperoleh dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Pelbagai kaedah dan
pendekatan yang bersesuaian digunakan bagi menangani masalah ini. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan dapat membantu murid
mengatasi masalah tersebut.

ISU KAJIAN

Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara kita dan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata
pelajaran penting yang diajar di sekolah. Bahasa Melayu juga merupakan mata pelajaran yang
diwajibkan lulus bagi setiap murid untuk memperoleh sijil.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid-murid iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran lisan. Kemahiran-
kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Selain itu
terdapat pelbagai aspek yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seperti nahu, sendi kata,
sendi nama, menulis karangan dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat pelbagai masalah
yang dihadapi oleh guru. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah murid tidak dapat mengenal
abjad, menulis dan membaca. Senario ini menyebabkan para guru berusaha menyediakan pelbagai
strategi bagi menangani masalah ini demi memartabatkan Bahasa Melayu.

44
REFLEKSI ISU KAJIAN.

Di Sekolah Kebangsaan Merting, Jerantut keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
berada pada tahap yang tidak memuaskan. Majoriti kelas tidak mencapai target sekolah iaitu 80 %.
Selain itu terdapat lebih kurang 5 % murid yang markah peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu di bawah 20 markah. Hasil tinjauan dilakukan menunjukkan bahawa murid–murid ini tidak
menguasai kemahiran membaca. Masalah ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak
soalan dan juga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca
soalan.

Berdasarkan perbincangan dengan guru-guru lain , terdapat pelbagai punca kelemahan murid-murid
ini yang dikenal pasti seperti kurang membaca, tidak dapat galakan untuk membaca dan kurang
motivasi dalaman.

Fokus kajian saya ialah cara–cara mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membaca .

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk;

i) Mengenal pasti fokus terhadap permasalahan dan mengenal pasti kaedah penggunaan
kad suku kata sebagai bahan sumber yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah .

ii) Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid


melalui latih tubi bacaan dengan menggunakan kad suku kata.

iii) Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam
meningkatkan kemahiran membaca.

KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN

Murid Tahun 5 Jasa seramai 28 orang namun responden kajian saya hanya melibatkan 6 orang murid
Tahun 5. Murid ini merupakan murid yang sederhana dalam semua mata pelajaran dan sangat lemah
membaca.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca (Sila rujuk Lampiran
A). Ujian Pra diadakan pada 10 Mei 2005 di mana murid dikehendaki membacakan perkataan yang
diberikan. Pada 11Mei hingga 13 Mei pelaksanaan tindakan telah dilakukan. Ujian Pasca dilakukan
pada 14 Mei 2005. Instrumen ini disediakan juga berdasarkan perbincangan dengan rakan–rakan yang
lain.

45
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Pelaksanaan Tindakan

Berdasarkan maklumat dan data awal kajian yang dilakukan, tindakan pertama yang dilakukan ialah;

Hari pertama (10 Mei 2005)

Bagi mengenal pasti masalah , ujian pra diberikan dengan mengedarkan edaran kepada murid.
Di dalam edaran tersebut ditulis dengan 12 perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku
kata. Murid-murid ini dikehendak membaca perkataan tersebut. Didapati murid tidak dapat
menyebut dengan lancar perkataan tersebut dan hanya mengeja satu–satu abjad tersebut.

Hari Kedua hingga Keempat (11 Mei hingga 13 Mei 2005)

Langkah 1
Guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan
dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan
menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada
kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang.

Langkah 2
Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara
kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan.Murid menyebut
perkataan tersebut. Latih tubi ini dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca.

Hari kelima
Murid diberikan ujian pasca . Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan ujian pra
yang dibuat pada awal kajian. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama
ada tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Didapati murid dapat
menyebut perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid penggunaan IT
juga diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana
penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna. Selain itu IT
merupakan bahan baru bagi murid.

KEPUTUSAN UJIAN

Berdasarkan ujian pra yang dibuat untuk mengenal pasti masalah murid tersebut, murid dikehendaki
membaca 12 perkataan seperti dalam lampiran.

Jadual 1 : Ujian Pra

46
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak dapat menyebut dengan lancar
perkataan tersebut.

Ujian Pasca
Ujian ini dilakukan setelah murid–murid ini dibimbing oleh guru selama tiga hari berturut–turut.
Berikut adalah hasil pencapaian tersebut.

Jadual 2 : Ujian Pasca

Berdasarkan ujian pra dan pasca ini guru telah mendapati bahawa pada awalnya murid tidak dapat
membaca perkataan yang diberikan. Setelah diberi latih tubi membaca suku kata perkataan, hampir
keseluruhan murid telah dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi terutama yang
mempunyai 2 suku kata sahaja. Ini menujukkan bahawa tindakan yang dijalankan adalah berhasil.

Jadual 3. Rumusan

Bil Nama Pra Pasca

1. Arman bin Sazali 0 (0 %) 12 (100 %)


2. Khaidir bin Hassan 0 (0 %) 11 (91.6 %)
3. Alias bin Abd.Majid 0 (0 %) 12 (100 %)
4. Ilham bin Kamal 0 (0 %) 10 (83.3 % )
5. Syamsul bin Ramli 0 (0 %) 10 (83.3 %)
6. Zamri bin Zakaria 0 (0 %) 11 (91.6 % )

Jumlah 0 (0 %) 66 ( 91.6 %)

Jadual 3 merumuskan keputusan dari Jadual 1 dan Jadual 2. Berdasarkan maklumat didapati pada
awalnya ujian pra Arman bin Sazali hanya memperolehi 0 % dimana tidak dapat menyebut dengan
lancar 12 perkataan yang diberi. Namun selepas diajar dan dibimbing dengan latih tubi menggunakan
kad suku kata murid ini telah dapat menyebut 12 perkataan tersebut dengan lancar dengan peratusnya
100%.

Berdasarkan keseluruhannya, didapati sebanyak 91.6% perkataan telah dikuasai oleh 6 orang ini.
Ini membuktikan bahawa kajian tindakan ini telah membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh
guru-guru.

47
REFLEKSI TINDAKAN

Berdasarkan kajian didapati walaupun pada awal ujian pra murid tidak dapat membaca dengan
lancar perkataan yang diberi namun ianya telah berubah setelah diberi peneguhan dan bimbingan.
Berdasarkan tindakan ini membuktikan bahawa bagi murid yang lemah jika diberikan bimbingan yang
berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan murid.

Murid juga akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka.
Walaupun pengajaran ini dilakukan berterusan namun murid akan berminat kerana rakan sebaya juga
akan membantu mereka. Selain itu penggunaan IT juga sangat menarik minat murid.Ini merupakan
bahan atau teknologi baru bagi murid selain penggunaan kad atau bahan sumber lain.

Berdasarkan kajian tindakan ini juga, guru mata pelajaran lain juga boleh menggunakan kaedah
ini. Contohnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian tindakan ini juga memberikan banyak
pengalaman terutama kepada guru-guru baru bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran
murid khususnya kepada murid–murid lemah.

PENUTUP

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan ini menunjukkan hasil yang
memuaskan. Sebagai seorang guru sepatutnya sentiasa membuat kajian tindakan sebagai salah satu
usaha menambahbaikkan pengajaran

48
LAMPIRAN A

tilam
kereta
pistol
seluar
makanan
sampan
sungai
lori
basikal
kajian
fesyen
lembut

49

You might also like