You are on page 1of 12

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

MEMANAH
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Pemanah sedang mencari sasaran ‘Target’ dan ‘Tree Stand’ Sasaran Pemanah

Memanah atau “Archery” merupakan salah satu jenis sukan paling lama di
dunia. Ia telah diperkembangkan sejak zaman manusia menemui dan mencipta
tamadun dan peradaban. Hal ini adalah kerana memanah pada asalnya bukan untuk
dipertandingan tetapi cara dan alat untuk terus mencari kehidupan atau “survival”.
Tidak hairanlah jika acara memanah ini adalah setua umur sukan mula
dipertandingkan di dunia ini. Ia dipertandingkan di semua kejohanan sukan olahraga
di seluruh dunia.

111
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ALATAN DAN KEPERLUAN

Set busar dan anak panah

Kepala anak panah berbagai bentuk

anak panah

Target - Papan Skor


(Score board)

112
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Golf penarik tali busar

“Quiver” atau karung anak panah

“Arrow Case” atau kotak simpan


anak panah

“Shoulder pad” atau lapik bahu


pelbagai saiz dan bentuk

113
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS MEMANAH

1 2

3 4

5 6

Pandangan dari belakang kedudukan kepala, kedua-dua belah tangan dan


imbangan badan untuk melakukan panahan.

114
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

1. Berdiri (Stance)

Pandangan dari depan Pandangan dari sisi

• Buka kaki selebar bahu


• Garisan memanah (merah) di antara dua kaki
• Kedudukan kedua belah bahu selari ke tengah sasaran
• Berdiri tegak, kaki dan badan jangan dibengkokkan
• Berdiri dengan selesa

115
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2. Memasang Panah (Nocking)

• Pasang nock panah di antara dua titik nocking di tali busar


• Pastikan panah dipasang sehingga bunyi “klik”.
• Satu sayap yang berlainan warna mestilah ke arah kiri.
• Letakkan anak panah di “arrow rest”.

116
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

3. Memegang (Pre Draw)

Kedudukan busar, tali dan cengkaman tangan untuk memanah

117
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4. Mencangkuk (Hooking)

10%
65%
25%

Kedudukan jari dan kadar tarikan


cangkuk mengikut peratusan

5. Mengangkat (Set up)

• Tangan yang memegang busar


diangkat setinggi mata
• Bahu dan siku tangan yang satu
lagi mestilah selari

118
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

6. Menarik (Drawing / Pulling)

• Gunakan kekuatan otot lengan, bahu dan


belikat untuk menarik tali
• Jangan gunakan kekuatan pergelangan
tangan
• Siku digerakkan ke belakang selari dengan
lantai

119
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7. Menjangkar (Anchoring)

• Tarik nafas dan tahan nafas secara selesa

• Cari sasaran dengan sebelah mata ditutup


untuk penumpuan (focus)

• Tali busar diletakkan di hadapan tengah


bibir dengan agakan

120
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

8. Membidik (Aiming)

• Gunakan mata kanan (tutup sebelah mata)

• Halakan pembidik (sight pin) ke tengah sasaran

• Jangan bidik berpandukan kepala panah (Kepala


panah akan kelihatan di bawah sasaran)

• Bayangkan tali akan berada di sebelah kanan


pembidik, bukan menutupi lubang pembidik

9. Melepas (Release)

• Lepaskan tali sahaja - dapat


membidik ke tengah sasaran

• Jangan membidik terlalu lama


(tangan akan menggigil)

• Lepaskan tali dengan


melepaskan ketiga-tiga jari
secara serentak

• Dalam masa yang sama,


tangan ditarik sedikit ke
belakang selari dengan arah
anak panah.

121
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10. Gerak Lanjut (Follow Through)

• Selepas membuat panahan, jangan


terus jatuhkan busar.

• Tunggu sehingga panah mengenai


sasaran

11. Pemarkahan (Scoring)

• Markah dikira mengikut di mana


anak panah mengenai sasaran

• Terdapat 10 bulatan di sasaran


bermula dengan 1 markah di bulatan
terbesar sehinggalah ke 10 markah
di bulatan terkecil.
1
2
• “Bull Eyes” atau ‘X’ tetap dikira 10
3
markah tetapi digunakan sebagai
mata kelebihan jika terdapat sama
markah. ( 1 ) 4

• Tiada markah bagi sasaran di luar


bulatan besar. ( 2 ) Papan Skor (Scoreboard)

• Jika terkena di garisan, markah yang lebih besar akan diambil kira. ( 3 )

• Jika anak panah melantun balik, markah akan dikira dengan menggunakan
bekas (lubang) yang terhasil. ( 4 )

122

You might also like