You are on page 1of 4

PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

     
Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria
 
 Konsep  Ujian yang relatif yang  Ujian rujukan yang menentukan
  menggambarkan  prestasi kumpulan peringkat pencapaian individu
murid dalam graf yang normal. berdasarkan kriteria tertentu yang
  telah ditetapkan.
 
 Tujuan  i.    Membandingkan prestasi antara  i.         Menentukan tahap penguasaan
  murid atau kumpulan. sesuatu kemahiran yang telah
dipelajari mengikut kriteria yang telah
ii.     Menentukan murid sama ditentukan.
ada lulus, gagal, cemerlang
dan sederhana. ii.       Memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran
iii.    Memilih murid untuk tujuan berdasarkan keputusan ujian.
pengiktirafan – sijil
 
     
Ciri-ciri Bermula dengan soalan yang mudah Soalan yang hampir sama peringkat
Soalan kepada lebih sukar dan mempunyai kesukaran dengan berpandukan
  diskriminasi yang tinggi objektif pelajaran.
 
     
Ciri-ciri Penentuan pangkat, gred bagi Tiada gred ditetapkan dan memadai
ujian menentukan kelulusan murid pelbagai penyataan lulus gagal.
peringkat.  
 
     
Kandunga Meliputi topik pembelajaran yang lebih Tertumpu kepada topik-topik tertentu
n cakupan luas yang lebih khusus.
 
     
Contoh Peperiksaan akhir penggal, UPSR,  Ujian pendek, tugasan, latihan, soal
ujian PMR, SPM, STPM jawab dalam bilik darjah.
 
Ujian Rujukan Norma (URN)
 

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk


membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu
bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu.
Markah ujian hanyalah dapat ditafsirka melalui perbandingan
prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan
tertentu yang mengambil ujian yang sama.
Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan
pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang
terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar
kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan
seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-
soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan
yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa
diskriminasi yang lebih tinggi.
Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM
yang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian
rujukan norma.
Taburan Skor Ujian Rujukan Normal

Ujian Rujukan Kriteria (URK)


Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu
bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah
ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori:

1. telah menguasai atau

2. belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul.

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini
mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:


Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat
Syarat : Mengguna mesin taip elektrik
Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih
2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau
kurang pada setiap muka surat.
 

You might also like