You are on page 1of 17

PENYAKIT TIBI

APAKAH PENYAKIT TIBI?


* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak
dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang
organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah
pinggang dan sebagainya.

 
Organ serangan

BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?


* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika
bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan
berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI 


*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu
melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.

 
Pemeriksaan doktor

RAWATAN PENYAKIT TIBI

*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya


selama 6 bulan iaitu:-
*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir


*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2
seminggu
*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan
pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan
*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana
cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
*Mendapatkan rehat yang cukup.
*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit

KEMUDAHAN KESIHATAN

*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara 


percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Kemudahan Kesihatan

FAKTA PENTING

*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.


*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi
menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang
disediakan.

Tidak berjangkit melalui makanan

Sumber:
Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2001
Demam Campak

Apa itu demam campak?


Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak
disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami
gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. 

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal


(immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?


Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula
menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

 Demam tinggi
 Batuk, selsema dan sakit tekak
 Mata berair dan sensitif kepada cahaya
 Sakit otot

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian


muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan
kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu
badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang
lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari
selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?


Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela
Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang
sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul,
demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?


Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan
sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi
komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan
zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

 Jangkitan pada telinga


 Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
 Jangkitan pada otak (encephalitis)
 Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. 


Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran
pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?


Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan
gejala :

 Panadol untuk mengurangkan demam


 Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
 Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.


Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti
orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?


Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan
immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan
dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang
selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit
demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
Penyakit HIV/ AIDS
Pengenalan
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit
yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human
Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun
tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

Penerangan
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem
imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+
yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman
bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang
tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah
terdedah kepada :

� pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia


yang normal
� beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku

Asas Saintifik
HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah
sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal,
sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang
disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan
seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab
mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini
bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh
badan untuk melawan penyakit.

Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV.


Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :

� Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu

� Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak


mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu

� Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan


beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma
pertahanan tubuh.

� Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang


berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii
Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

� Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam


fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan
sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan
kuman-kuman lain.

Penyebab
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh
manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada
individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang
belum dijangkiti.

HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka


yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam
bendalir-bendalir tubuh seperti:

� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan

Perebakan
AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan
rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh
merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.
Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda
terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-


dua jantina
2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah

Transmisi/Jangkitan Virus AIDS


Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti
seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini
boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain
melalui perkara-perkara berikut:

� Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai


kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti

� Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti
ke dalam sistem peredaran darah orang lain.

� Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung

� Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti
(contohnya seperti melalui pemindahan organ)

AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa


seperti:
� Berpegangan tangan
� Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
� Berjabat tangan
� Bekerja bersama
� Bermain
� Ciuman ringan

Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :


� berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam
mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk

� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil


darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka
yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.

� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah


yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran
antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh
mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus
AIDS.

� menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit


AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus
AIDS.

Faktor-Faktor Risiko
Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah golongan
yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV/AIDS

� Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-


dua jantina

� Melakukan hubungan seks dengan pelacur

� Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah

Tanda-tanda dan gejala


Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

� Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

� Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan


� Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara
berkala ataupun berterusan

� Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan


kelengkang.

� Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster


merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan
pada kulit

� Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis


penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).

� Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks


merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di
sekeliling mulut dan alat kelamin.
Penyakit Taun
by MADNO on NOVEMBER 23, 2009

PENYAKIT taun atau kolera merupakan penyakit yang tertumpu pada


saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria (kuman), vibrio
cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa
menjangkiti individu sihat melalui mulut. Salah satu punca bagaimana
kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari
persekitaran yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang
dicemari kuman taun, tidak dimasak dan dimakan sejuk. Selain ini, lalat
dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman taun
kepada individu sihat lain. Tempoh bagi kuman taun merebak dalam
badan sehingga menunjukkan tanda penyakit adalah dalam masa lima
hingga enam hari.

Tanda-tanda jangkitan
1. Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna.
Kejadian cirit-birit adalah disebabkab oleh pengeluaran racun atau toksin
oleh vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar
memasuki saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan
mengalami kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana
kehilangan garam sodium.

2. Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan


darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping
masalah membuang air kerana kehilangan air yang banyak.

3. Pada peringkat ketiga, jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan


darah akan meningkat kepada biasa dan penghidap pulih. Jika tidak,
suhu badan akan meningkat, peningkatan suhu badan secara mendadak
mungkin berlaku dan penghidap akan koma dan mungkin maut.

Rawatan penyakit taun


Bendalir
Dalam jangkitan taun, pesakit akan diberikan gantian bendalir dan
elektrolit yang hilang.

Dalam kes tidak serius, kedua-dua bendalir dan elektrolit diberikan


melalui saluran mulut sedangkan pemberian secara suntikan akan
dilakukan ke atas pesakit yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit
yang serius atau dehidrasi ataupun yang kehilangan air badan sehingga
berat badan susut 10 peratus.

Rawatan ubat
Selain menggantikan bendalir dan elektrolit badan yang hilang, ubat
antibiotik atau antimikrob digunakan untuk merawat pesakit taun.

Antibiotik yang seringkali digunakan dalam merawat jangkitan ialah


kumpulan tetrasiklin sebagai pilihan utama manakala trimetofrim-
sulfametokasazol, eritromisin, kloramfenikol dan furazolidon juga
digunakan sebagai alternatif dalam kes-kes kuman penyakit telah rintang
kepada antibiotik pilihan utama.

Dalam kumpulan tetrasiklin, doksisiklin merupakan ubat yang seringkali


digunakan untuk merawat jangkitan taun.

Ubat kumpulan tetrasiklin tidak boleh diambil bersama dengan susu dan
hasilan tenusu lain disebabkan bahan tersebut akan mengurangkan
tindakan ubat.

Pantang larang yang perlu dipatuhi ialah pesakit tidak mempunyai


sejarah tindakbalas alahan kepada ubat ini.

Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8 tahun.

Bagi pesakit wanita dan ibu pula, mereka mestilah tidak mengandung
dan tidak menyusukan anak.
Dalam kes ibu mengandung atau sedang menyusukan bayi serta kanak-
kanak, kumpulan tetrasiklin cenderung terkumpul di dalam tulang dan
berupaya menyebabkan gigi bayi dan kanak-kanak berubah warna
kepada kekuningan serta pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak
menjadi lambat.

Sebagai langkah berhati-hati untuk mengatasi sebarang kemungkinan


kerana menggunakan ubat ini, pesakit hendaklah sentiasa meneliti
kesan-kesan sampingan yang sering kali terjadi seperti di bawah:

• Kulit menjadi lebih sensitif apabila terkena sinaran matahari.


Pendedahan kepada sinaran matahari walaupun sekejap boleh
menghasilkan kerengsaan kulit, kegatalan, kulit menjadi merah dan
mengelupas.
• Kekejangan otot perut, cirit-birit, rasa mual dan muntah.
• Kesakitan pada bahagian perut, ubun-ubun bengkak pada bayi, sakit
kepala, hilang selera makan, warna kulit kekuningan dan perubahan
deria penglihatan.
Oleh sebab tetrasiklin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di
bawah 8 tahun, maka pesakit kanak-kanak akan diberikan kombinasi 5
mg/kg trimetofrim dan 25 mg/kg sulfametoksazol dua kali sehari selama
3 hari.
Kesan sampingan yang sering diperhatikan untuk ubat ini ialah cirit-birit,
sakit kepala, hilang selera makan, gatal kulit, sakit pada sendi otot,
kesusahan menelan makanan, sakit tekak dan demam di samping
pengguna akan merasa letih.

Panduan elak jangkitan


• Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria.
Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk
kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar,
meggosok gigi dan mengambil wuduk.
• Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais,
aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam
keadaan sejuk.
• Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat
pembiakan lalat dan makanan ditutup.
• Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna
menggunakan air bersih.
• Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih
selepas ke tandas.
• Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun,
langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat
sementara waktu.
• Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain
diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi
mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut.
• Pakaian pesakit harus dicuci dengan sabun dan larutan pemutih Clorox
untuk membasmi kuman taun.
• Dapatkan ubat antibiotik yang diberi oleh pihak hospital atau Jabatan
Kesihatan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang sihat.
• Bawa pesakit yang muntah dan cirit-birit ke hospital dengan segera.
Oleh Dr. Mohd. Isa Abdul Majid
Pusat Racun Negara, USM
Apa itu Sifilis?
 Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'spirochete'

        spirochete

 Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan


vagina
 Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa
kehamilan

Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?

Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

Peringkat 1

 Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada vagina , dubur , penis
atau mulut
 Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas
beberapa minggu
 Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
 Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan
kehadiran'chancre' yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3
bulan kemudian

 ulser pada penis


 

Peringkat 2

 Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-
dua belah tapak tangan dan tapak kaki.

  - ruam di kedua-dua belah tapak tangan


  -ruam di kedua-dua belah tapak kaki
  -ruam di badan

 Ulser boleh timbul pada bibir , mulut , kerongkong ,vagina  dan


dubur
 Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin
berlaku.
 Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang
walaupun tanpa rawatan

Peringkat 3

 Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus
memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan
berlarutan sehingga beberapa tahun.
 Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat 4

 Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk


iaitu 'Tertiary Syphilis'
 Kuman 'Spirochetes' telah merebak ke seluruh badan dan akan
melibatkan : otak , jantung , saraf tunjang , tulang
Di antara gejala-gejalanya adalah:

 Kesukaran untuk berjalan


 Kebas
 Buta secara beransur
 Kematian 

Apakah komplikasi Sifilis?

 Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat


 Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang
serius, ia tidak dapat dirawati lagi
 Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan
bayi yang teruk sejak lahir. 

Bagaimana Sifilis dirawat?

 Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat


pemeriksaan dan ujian darah
 Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan
antibiotik
 Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
 Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir
tidak dapat dirawati lagi 

Bagaimana Sifilis dicegah?

Sifilis dapat dicegah melalui :

 Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari


hubungan seks.
 Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan
seks yang selamat.
o Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-
tukar pasangan.
o Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah
100% berkesan dalam pencegahan Sifilis, tetapi ianya
mampu mengurangkan risiko jangkitan.
o Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia
akan menjejaskan pertimbangan anda.

You might also like