You are on page 1of 26

SWA 3123

KERJA SOSIAL DENGAN


KELUARGA
Menilai Fungsi Keluarga
Penilaian Keluarga
• Merujuk kepada satu proses mendapatkan
maklumat, menganalisa dan mensintesis di
mana pekerja sosial keluarga akan meneroka
kekuatan-kekuatan dan ketahanan keluarga di
samping kekangan dan kekurangan dalam
fungsi keluarga.
• Pekerja sosial perlu menilai keluarga sebagai
satu unit fungsi untuk menentukan sama ada
intervensi diperlukan.
Samb.
• Selain itu, pekerja sosial juga hendaklah
memahami bentuk-bentuk interaksi dalam
keluarga yang membawa kepada simptom-
simptom tingkahlaku bermasalah.
• Menilai fungsi keluarga adalah penting dalam
amalan kerja sosial dengan keluarga kerana ia
membantu pekerja sosial memahami sistem
keluarga dengan lebih mendalam.
Proses Penilaian (Appraisal
Process)
• Terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
1. Fasa penaksiran (evaluation)
- Hubungan awal melalui telefon
- Sesi pertama (awalan)
- Memetakan proses dan sejarah
keluarga
2. Fasa pengukuran (assessment)
- Pengukuran laporan kendiri
- Pengukuran pemerhatian
Fasa Penaksiran (Evaluation)
• Meliputi penyiasatan-penyiasatan awalan
yang bertujuan untuk mendapatkan
gambaran awal mengenai keluarga iaitu
memahami keluarga, mengapa keluarga
mencari bantuan, menentukan sama ada
intervensi keluarga diperlukan atau
bersesuaian dan memastikan sama ada
keluarga datang ke tempat yang betul
untuk meminta bantuan.
FASA PENILAIAN
Caille (1982) menekankan tiga syarat
sebelum pertemuan pertama:
• Ahli keluarga bersetuju ada mempunyai
masalah tertentu (simptom)
• Keluarga atau orang luar yg
berpengaruh menentukan masalah
sudah melangkaui keupayaan keluarga
utk menanganinya
• Pengamal perlu menentukan sama ada
masalah/simptom terletak dalam domain
keupayaannya
Samb.
• Fasa penaksiran merangkumi:
1. Hubungan awal melalui telefon
2. Sesi pertama (awalan)
3. Memetakan proses dan sejarah
keluarga
- genogram
- peta eco (ecomap)
- grid sejarah hidup
1. Hubungan Awal Melalui
Telefon
• Bermula apabila keluarga (kebiasaannya ahli
keluarga dewasa) menghubungi agensi
perkhidmatan sosial (contohnya JKM) untuk
membuat temujanji sama ada untuk dirinya
sendiri atau untuk ahli keluarga yang lain.
• Hubungan awal melalui telefon penting kerana
dari sinilah keluarga membuat penilaian dan
membentuk gambaran mengenai pekerja sosial
atau agensi.
Samb.
• Bagi pekerja sosial, hubungan awal melalui
telefon membolehkan mereka membuat
beberapa andaian mengenai keluarga
berdasarkan kepada pandangan dan
penerangan keluarga (pemanggil) tentang
masalah yang dihadapi oleh keluarga.
• Pekerja sosial juga akan menentukan siapa
yang akan menghadiri sesi pertama intervensi
dan tahap persetujuan ahli-ahli keluarga untuk
terlibat.
PROSES INTERPRETASI
Reiss (1980) mencadangkan alternatif berikut:
• Sama ada menggunakan pandangan rentas
(cross-sectional) atau perkembangan
(developmental)
• Sama ada penyiasatan berasaskan keluarga
ataupun persekitaran
• Sama ada menggunakan orientasi krisis atau
sifat/watak/karakter
• Sama ada kepada patologi atau kekuatan
keluarga
• Sama ada menekankan tema keluarga yang
tersirat ataupun kejadian tingkahlaku yang
nyata
2. Sesi Pertama
• Bermulanya proses mengukuhkan
hubungan keluarga.
• Proses ini dinamakan ‘penggabungan’
(joining) keluarga.
• Pekerja sosial perlu cekap, berfikiran adil,
empati dan memahami setiap ahli
keluarga.
Sesi Pertama
• Tugas utama membina perhubungan
-joining (Minuchin), building a working
alliance (Kerpel & Strauss), engaging
the family (Weber & Levine)
• Tiada peraturan yang spesifik tentang
siapa dahulu yang perlu ditanya –
bergantung kepada budaya dan ‘tarian
keluarga’
Samb.
• Pekerja sosial juga akan mendefinisikan bentuk
kepimpinan, mendapatkan akses kepada sistem
keluarga dan mewujudkan sistem pekerja sosial-
keluarga supaya keadaan-keadaan yang perlu
untuk perubahan boleh dilakukan.
• Dalam sesi pertama, pekerja sosial perlu
mendapatkan pandangan semua ahli keluarga –
bertujuan untuk membentuk perhubungan
dengan setiap ahli keluarga.
Samb.
• Dalam sesi ini juga, pekerja sosial boleh
melihat siapa yang paling banyak
bercakap, siapa yang diam, adakah
keluarga bebas berinteraksi antara satu
sama lain, siapa yang mendominasi dan
sebagainya.
• Sesi pertama biasanya berlangsung
selama 90 minit.
3. Memetakan Proses dan
Sejarah Keluarga
• Bertujuan untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih baik mengenai
kesukaran yang dialami oleh keluarga dan
juga sumber-sumber yang ada untuk
menguruskan masalah keluarga.
• Antara teknik-teknik yang digunakan
termasuklah genogram, ecomap, grid
sejarah hidup dsbnya.
Grid Sejarah Hidup
• Satu kaedah mengurus dan
mempersembahkan data-data yang
berkait dengan pelbagai tempoh masa
dalam kehidupan klien.
• Menunjukkan peristiwa atau
perkembangan klien.
• Sangat sesuai diaplikasikan kepada
kanak-kanak dan remaja.
Proses Intervensi dengan
Keluarga
• Proses intervensi dengan keluarga adalah
sangat kompleks.
• Untuk memudahkan pemahaman
terhadap proses intervensi, kita boleh
mengkajinya dalam bentuk fasa.
• Terdapat empat fasa dalam proses
intervensi dengan keluarga (Schwart,
1961 dalam Shulman, 1991).
Empat Fasa Proses Intervensi
1.Fasa persediaan
2.Fasa permulaan
3.Fasa pertengahan
4.Fasa penamatan
1. Fasa Persediaan
• Hubungan pertama dengan klien.
• Pekerja sosial bersedia untuk melibatkan
diri dengan klien.
• Elak perbualan yang berbentuk taboo atau
larangan (Cth: seksualiti, kematian, nazak
dll) sehingga klien telah membentuk
kepercayaan dengan pekerja sosial.
Samb.
• ‘Tune in’ – satu bentuk persediaan empati di
mana pekerja sosial meletakkan dirinya di
tempat klien dan cuba untuk merasai apa yang
dialami oleh klien.
• Pekerja sosial hendaklah berupaya mengawal
perasaannya dahulu sekiranya ingin membantu
klien dengan berkesan.
• Kemahiran yang diperlukan pada fasa ini
ialah membantu klien meluahkan perasaannya
(putting the client’s feelings into words).
2. Fasa Permulaan
• Membentuk satu kontrak perkhidmatan dengan
klien.
• Kontrak perkhidmatan mewakili asas atau
pertindihan di antara perkhidmatan dan bantuan
yang ditawarkan oleh agensi melalui pekerja
sosial dan keperluan serta keinginan klien.
• Asas inilah yang akan dijadikan misi dan
perkhidmatan khusus agensi terhadap klien.
Samb.
• Membentuk kontrak perkhidmatan
merupakan langkah pertama dalam
proses membantu klien menguruskan
masalah.
• Perubahan hanya akan berlaku sekiranya
klien berhasrat untuk membantu diri
mereka sendiri.
• Kontrak boleh dibentuk secara bertulis
atau perbincangan.
Samb.
• Kemahiran yang penting dalam fasa ini
ialah “membentuk kontrak (contracting)”.
• Ia termasuklah mengenalpasti tujuan dan
peranan pekerja sosial dalam proses
bantuan.
3. Fasa Pertengahan
• Dianggap sebagai “ilusi kerja”.
• Ilusi dihasilkan oleh pekerja sosial dan
klien melalui usul dalam perbincangan dan
temubual.
• Ia tidak menyentuh asas masalah sebenar
klien.
Samb.
• Klien akan menguji pekerja sosial untuk
melihat sama ada pekerja sosial boleh
merasai dan berkongsi masalahnya atau
tidak.
• Interaksi pekerja sosial yang berkesan
boleh menggalakkan klien berkongsi
masalahnya.
4. Fasa Penamatan
• Merupakan satu fasa penting dalam
proses intervensi dengan keluarga.
• Berlaku apabila misi intervensi sudah
dicapai.
• Pekerja sosial dan klien perlu bertukar-
tukar perasaan sama ada positif atau
negatif mengenai penamatan intervensi.

You might also like