You are on page 1of 6

ISL MINGGU 1: FITRAH KEJADIAN MANUSIA

Konsep Fitrah Manusia

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, fitrah adalah sifat semulajadi, bakat
atau pembawaan seseorang. Perkataan fitrah berasal dari perkataan Bahasa
Arab yang bererti sifat, asal kejadian, kesucian dan bakat.

Fitrah Manusia Dari Pelbagai Perspektif

Perspektif Agama

 Pengenalan
 Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan
pengajaran.
 Memberi struktur kepada kehidupan manusia.
 Membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan
bersosial.
 Memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.

 Pandangan Tokoh

Aa Gym (2005)

 Mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa
manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.
 Fitrah merupakan:
- anugerah dalam bentuk fizikal atau mental yang diberikan oleh
Tuhan kepada manusia.
- merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan
fizikal.
Ragib Al Isfahami

 Fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama


yang benar dan Tuhan yang menciptakannya.

Al-Ghazali (1971)

 Mengatakan bahawa setiap insan wajib mengenali Allah s.w.t yang


merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi
insan yang bertakwa.
 Beliau juga menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan
keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.

 Kehidupan Beragama
 Merupakan fitrah manusia di muka bumi ini. Hal ini ditegaskan Allah
s.w.t dalam Al-Quaran (surah Ali-Imran:19)

“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t. hanyalah


Islam”.

-Persamaan taraf

-Tiada paksaan untuk memasuki agama islam.

 Pegangan Hidup
 Setiap umat islam mempercayai dan yakin akan kewujudan Allah s.w.t.
 Dalam Ayat Kursi :

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus
menerus mengurus makhluk-Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur,
kepunyaan-Nya apa yang dilangit dan dibumi”.
 Beribadat:
 Firman Allah dalam surah ad-Dzariyat:

“Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepada-Ku”

 Oleh itu, kehidupan beragama:

-Merupakan sesuatu yang penting untuk mencapai kemajuan yang


menyeluruh daripada segi kerohanian dan kebendaan.

-Merupakan naluri kepercayaan kepada agama yang mengesahkan


kewujudan Allah s.w.t. dalam keseluruhan kehidupannya.

 Menerima Qada’ dan Qadar

 Setiap umat Islam perlu reda menerima ketentuan ilahi.

“Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,


kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang
apabila ditimpa musibah, mereka berkata Inna lillahi wa inna ilaihi
raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami
kembali)”. (Surah al-Baqarah: 155 & 156)

 Manusia Sebagai Khalifah Allah s.w.t:


 Allah menjadikan manusia makhluk yang termulia di alam semesta
dengan menganugerahkan akal yang dapat membezakan manusia
dengan makhluk-makhluk yang lain.
 Ibn Abbas (dalam Manusia dan Islam, 1990):

Telah bersabda Rasulullah s.a.w”...Dan alat bagi mukmin adalah


akal…Dan tiang agama ialah Islam. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan
yang menyeru orang-orang beribadat ialah akal.
 Ketika Allah s.w.t hendak menciptakan manusia, Allah s.w.t
memberitahu para malaikat-Nya perihal maksud-Nya:

Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi orang


yang akan membuat kerosakkan dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan
berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(QS. al-Baqarah: 30)

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa di muka bumi, dan Dia
meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat,
untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. (QS. al-An’âm:
165)

 Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga bersifat
lahiriah seperti pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan
sebagainya, mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap
maksimum.
 Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia
menurut Islam ialah:

 Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah s.w.t

 Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa.

 Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya

 Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran


agama yang dianuti.

 Kesimpulan
 Manusia mempunyai dua sifat iaitu manusia sebagai makhluk
jasmani dan makhluk rohani.
 Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik
yang dianugerahkan oleh penciptanya.
 Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai ‘kebebasan
memilih’,lantaran itu membezakan antara yang baik dan buruk.
Perspektif Biologi

 Fitrah manusia mengikut perspektif biologi memperlihatkan asas-asas


genetik seperti baka dan persekitaran.
 Baka yang mempengaruhi perbezaan individu dari aspek :

 Kognitif -tahap kecerdasaan seseorang

 Fizikal -warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya.

 Emosi -kesabaran dalam menghadapi cabaran.

 Faktor persekitaran juga menyumbang kepada perbezaan individu dalam


fitrah kejadian manusia daripada aspek berikut:

 Latar belakang keluarga

 Faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu.


 Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan
mengasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi membantu
perkembangan tumbesaran yang sempurna.

 Pengaruh rakan sebaya


 Ini kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan
dapat membantu membentuk keperibadian positif.

 Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat

 Menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza


dan turut melahirkan perbezaan cara hidup.
 Masyarakat yang sihat akan menjadi lebih bertanggungjawab, rajin,
bermoral dan sebagainya.

 Sumber teknologi
 Merujuk kepada maklumat daripada bahan bacaan seperti surat
khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.
 Guru dan sekolah.

 Disebabkan guru yang penyayang, cekap mengurus aktiviti


pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan murid yang berilmu.

 Keperluan dari aspek biologi


 Keperluan mendapatkan makanan/minuman
 Keperluan tidur dan rehat
 Keperluan udara
 Keperluan pembuangan
 Keperluan kejantinaan

Implikasi Fitrah Kejadian Manusia Kepada Guru

 Memudahkan guru mengenalpasti aktiviti yang bersesuai dengan


kebolehan murid
 Guru dapat memahami sikap dan tingkahlaku murid.
 Memudahkan guru mengasah bakat dan potensi murid yang
terpendam.
 Menjadi guru lebih kreatif dalam mempelbagai aktiviti pembelajaran
mengikut kecenderungan murid.

You might also like