P. 1
KEMAHIRAN LISAN

KEMAHIRAN LISAN

|Views: 575|Likes:
Published by Faris Samsuri

More info:

Published by: Faris Samsuri on Feb 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/24/2013

pdf

text

original

1.

0 KEMAHIRAN LISAN

1.1

Definisi dan konsep kemahiran lisan

Kemahiran lisan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kedua -dua kemahiran ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan kemahiran lisan. Elemen-elemen ini penting bagi membolehkan seseorang itu pelajar itu menyebut perkataan dengan betul dan fasih. Kemahiran lisan juga membantu melatih kanak-kanak bertutur dengan ayat yang tersusun dan teratur. Lisan bermaksud sesuatu ujaran atau perkara yang diucapkan. Mendengar adalah proses permulaan kemahiran lisan. Perkataan yang didengar akan cuba di dihuraikan atau dilaksanakan dalam kemahiran ini. Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan langkah yang kedua dalam kemahiran lisan.

1.2 Cara untuk menyampaikan kemahiran lisan dengan lebih efisyen ialah :

a) Bercakap dengan tenang dan menggunakan gaya yang betul. b) Bertutur dengan nada, intonasi dan tekanan yang betul. c) Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar dan menghormati percakapan orang lain. d) Berbicara atau berbincang dengan lanc ar dan fasih. e) Bercerita atau melapor dengan gaya bahasa yang menarik dan betul. f) Mengiklan atau membuat pengumuman dengan jelas dan tepat. g) Berkebolehan memberi arahan den tepat dan berkesan.

Kemahiran ini bermula diperingkat kanak -kanak mula menerima maklumat atau bunyi-bunyi bersuara dan mengolahnya melalui otak. Antaranya ialah: .1 KEMAHIRAN MENDENGAR 1.h) Berupaya mengemukakan pendapat. i) Menggunakan bahasa dengan baik dalam situasi -situasi yang tertentu mengikut keperluan menggunakannya. 1. Konsep-konsep pendengaran : Konsep mendengar boleh dikategorikan kepada beberapa perkara berikut. Bunyi-bunyi bermakna yang diterima kemudian disalurkan ke otak untuk dianalisis dan ditafsir.1 Definisi dan konsep Mendengar adalah menerima bunyi-bunyian yang bermakna melalui cuping telinga yang berfungsi sebagai antena. Definisi : Kemahiran mendengar adalah kemahiran yang paling asas dalam pembelajaran. pendapat fikiran atau pandangan yang bernas.1.

difaham dan diingat. g) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama. Pendapat tokoh: 1) Daskin (1980:31) ada mengatakan bahawa µ Listening is one half of the process of communication¶. psikologi dan neutrologi mempengaruhi proses pendengaran.¶ . 2) Hunt (1981:294) pula mengatakan.a) Pendengaran merupakan gabungan segala yang di dengar. hujah dan bukti. µ Listening is a neglected skill. jelas menunjukan ba hawa kemahiran mendengar adalah satu proses berkomunikasi. b) Pendengaran boleh berlaku melalui latihan -latihan khas yang dilakukan secara berperingkat -peringkat. e) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan dea yang logik dan berkesan. Hal ini. c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. h) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis krirtis terhadap bentuk dan isi. But while listening is important in all public speaking situations. f) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. d) Aspek fizikal.

b) Mendengar untuk mendpatkan hiburan. mendengar adalah perkara yang paling a sas untuk menerima maklumat. mendengar radio. Antara tujuan manusia mendengar ialah : a) Mendengar dalam interaksi sosial. mendengar guru mengajar dan pensyarah memberikan kuliah.1.1. a) Mendengar secara pasif Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. µSo we must ask explicitly: which assessment methods relate to our objectives and construction? Which will produce indications of the student abilities or qualities we are interested in? 1.3 Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar Lazimnya kemahiran mendengar terba hagi kepada mendengar secara pasif dan mendengar secara aktif. menonton televisyen dan filem c) Mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan  Misalnya. Bentuk kemahiran ini biasanya disebabkan kurangnya minat dalam . berita dari radio atau televisyen.. 1.3) Rowntree (1979:163) berpendapat.2 Tujuan mendengar Dalam kehidupan seharian. perbincangan dan mesyuarat.  Misalnya.  Misalnya dalam perbualan.

mendengar secara berhati iii. `Mendengar dengan beremosi ii. mendengar dengan pengamatan v. ii. Selain itu. penutur juga tudak memainkan peranan bagi menarik minat pendengar. Mendengar secara aktif Mendengar secara aktif adalah kemahiran mendengar yang lazimnya menjana minda dan meningkatkan daya pemikiran pendengar.kalangan pendengar. mendengar secara bertelau-telau. iii. mendengar tanpa tindak balas. Jenis mendengar secara aktif adalah : i. Jenis mendengar secara pasif adalah : i. Kaedah mendengar ini biasanya kurang memberi pemahaman dalam kalangan pendengar serta bahan yang ingin disampaikan umpama µmencurahkan air ke daun keladi¶. mendengar secara menebuk b. Kemahiran mendengar secara aktif ini akan dapat mengaplikasikan elemem kemahiran lisan yang kedua iaitu kemahiran bertutur. mendengar secara kreatif . mendengar secara kritikal iv.

1 Definisi dan konsep Kemahiran bertutur adalah peringkat kedua dalam kemahiran berbahasa iaitu selepas kemahiran lisan.1. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. µAlthough the authority skills in normal speech situations. Komunikasi dua hala sesama manusia yang berlaku memperlihat kewujudan dan kepentingan untuk seseorang itu bertutur. Murid -murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis... Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ataupun artikulator manusia.2 KEMAHIRAN BERTUTUR 1..... it is frequently desirable to separate the two skills for teaching and testing.2.. Pendapat tokoh: 1) Heaton (1972:57) ada mengatakan pendapatnya. µ pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa.. Kemahiran bertutur kebiasaannya berlaku pada peringkat penglahiran.¶ Shrope (1979) mengutarakan beberapa pendapat berkenaan tujuan mengapa manusia perlu bertutur : .¶ 2) Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) pula ada mengeluarkan pendapatnya. since it is possible to develop listening abil ity much beyond the range of speaking ability.

rangkai kata dan kalimat. 3. Konsepnya adalah sama dengan harakat dalam bahasa arab iaitu men unjukkan panjang atau pendek sesuatu bunyi. Panjang dan Pendek (mora) Mora sebutan adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. bercakap untuk keseronokan b. Lambang /::/ menunjukkan dua mora dan lambang /. kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan para pelajar bahasa ked ua. sebutan yang betul mengikut bunyi amat dititik beratkan. . bercakap untuk tujuan mempengaruhi d. Biasanya. frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. suku kata.2 Aspek-aspek pertuturan 1. Tekanan Tekanan ialah tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menururt suku kata dalam sesuatu perkataan. bercakap untuk tujuan memaklumkan c. 2./ menunjukkan setengah mora.2. Pada peringkat awal pertuturan. Sebutan Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Gangguan bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka. Penutur diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf. perkataan. Lambang tekanan ialah /?/. bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah 1. Tekanan juga adalah satu cara menyebut perkataan.a.

6. nada membawa maksud bunyi yang tertentu tinggi rendahnya. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza -beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. 5. dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza.4. lambang jeda ditandai seperti ini /#/. nada tidak bersifat fonemik. penutur yang baik tidak akan mengalami masalah gangguan semasa percakapan berlangsung. Nada Berdasarkan kamus Dewan Edisi Ketiga. 7. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan. Dalam bahasa Melayu. rangkai kata atau ayat. Dalam bahasa Melayu. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat. Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan tersusun. Jeda Jeda merupakan hentian di tengah baris -baris puisi atau hentian sementara ketika membacanya. Dalam sesuatu ayat yang diucapkan. Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan biasanya boleh digunakan seperti ini /+/. jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Ia juga disebut nada suara. Ayat penyata pula mem punyai intonasi yang menurun dan mendatar. Intonasi Intonasi ialah keadan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Penutur tersebut boleh mengeluarkan idea dan pendapat tanpa ada sekatan semasa bertutur. . lambang ini boleh membezakan makna.

membina. tetapi juga boleh mengeluarkan bunyi -bunyi bermakna secara tepat dan jelas. Dari segi fonologi.8. Tatabahasa boleh dikategorikan kepada tiga bahagian besar iaitu fonologi. Manakala dari segi morfologi pula. 10. Laras juga sebagai variasi bahasa yang dipilih dikait dengan pelbagai kegunaan. Kefasihan Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas. contohnya seperti pelajar yang menyertai perbahasan atau forum akan dinilai melalui kefasihannya mengeluarkan pendapat secara spontan ataupun tidak. dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. Laras bahasa Laras bahasa bererti kemampuan menggunakan sesuatu bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks. dan morfologi. mereka harus membina ayat menggunakan tatabahasa dengan tepat. pelajar harus boleh mebunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat. pelajar haru memilih. Aspek ini perlu bagi kalangan penutur yang mengaplikasikan konsep bertutur pada peringkat maju. kemas dan jelas. suasana dan situasi tertentu. sintaksis. Dari segi sintaksis pula. 9. . teratur dan licin. Tatabahasa Nahu atau tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang -undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.

2) Melatih seseorang mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan baik.2. memaklumkan. dan bahasa mengeluh. pengalaman serta mengutarakan pendapat yang jitu. bahasa menggiat. Antara tujuan kemahiran bertutur adalah: 1) Membolehkan seseorang murid itu menyebut sesuatu perkataan atau ayat dengan betul. 4) Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan ayat-ayat tersusun. bahasa mengejek. 5) Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri.4 Penjenisan Ragam Bahasa Lisan Za¶ba (1962). bahasa tempelak. bahasa melampau. mempengaruhi. . pera saan.1.3 Tujuan kemahiran bertutur. bahasa herdik. Menurut Shrope (1979). tujuan bertutur adalah unt uk keseronokan. bahasa terbalik.2. dan menyelesaikan masalah. telah mengklasifikasikan bahasa lisan kepada beberapa kategori iaitu seperti bahasa sindiran. bahasa merajuk. 3) Membolehkan seseorang berhubung dengan orang lain secara tepat untuk menyatakan kehendak. 1.

Terdapat beberapa aspek yang boleh dijalankan bagi meningkatkan mutu pertuturan. Antaranya adalah: a) Aspek suara b) Aspek sebutan dan intonasi c) Aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata d) Aspek gaya penyampaian e) Aspek tatatertib bercakap .

Kefahaman juga boleh ditafsirkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu ingin membuat perbandingan. membuat interpretasi. memilih makna yang sesuai. kefahaman merupakan keupayaan menubuhkan. mentafsirkan dan menilai sesuatu berkaitan dengan perkara atau apa -apa yang dibaca. menubuhkan generalisasi dan juga menilai.KEFAHAMAN DEFINISI Menurut Marohaini Yusoff (1999). Menurut pendapat Mohd Baharudin Othman dan Mohd khaire Ahmad (2003) pula. tulisan atau penggunaan lambang yang tertentu. melihat kesan dan akibat. . Kefahaman juga boleh ditafsirkan sebagai k ebolehan menterjemah idea dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. mereka menyatakan bahawa sebarang proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna. menghubungkaitk an idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. menyusun idea. Perbezaan di kalangan manusia merupakan faktor terpenting yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu apa yang ingin ditafsirkan berdasarkan apa yang didengari atau dibaca. Kefahaman merupakan suatu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan. Proses ini juga merangkumi proses metal yang kompleks seperti mengecam perkataan. penerangan dan membezakan. Hal ini demikian kerana setiap individu itu mempunyai pegangan dan kepercayaan yang berbeza berdasarkan kepad a apa yang didengar atau dibaca.

Satu contoh hierarki kefahaman yang dapat digunakan ialah hierarki kefahamn yang ditubuhkan oleh taksonomi kefahaman soalan Santoz. Menulis maksud frasa. Pengelasan kefahaman Santoz dapat dibahagikan kepada enam. nama orang. Pengecaman dan pengingatan butiran Pada tahap ini murid memahami dan berupaya mencari maklumat atau mengingat semula maklumat yang telah didengari olehnya. Urutan peristiwa d.Dalam pengajaran kefahaman. perbualan atau arahan dalam bentuk yang lain tanpa mengubah maksud asal. guru perlu sentiasa menggalakkan murid mencapai tahap pemikiran yang tertinggi. Fakta. Terjemahan Tahap yang memerlukan murid memahami dan berupaya untuk mencari serta menulis semula maklumat yang terdapat dalam petikan. De ngan itu para guru perlu memahami dan menggunakan hierarki tahap kefahaman bagi membolehkan guru membuat perancangan kegiatan pengajaran harian yang berkesan. Arahan yang diberikan 2. Kegiatan yang dapat murid lakukan pada tahap ini adalah seperti mengingat semula atau mengecam a. dan definisi b. Umpamanya murid mungkin : a. ayat atau perkataanyang tertentu dengan menggunakan perkataan sendiri. Tahap -tahap kefahaman tersebut adalah seperti berikut : 1. Idea pokok berdasarkan apa yang didengari atau dibaca. . tarikh. c.

Perkara yang penting pada peringkat ini ialah murid perlu dapat melakukan sesuatu berdasarkan maklumat yang didapati. Menggunakan makluamt yang terdapat dalam petikan untuk diguankan dalam keadaan baharu. Analisis Tahap yang memerlukan murid untuk memahami dan berupaya untuk mengenal atau menyemak bahagian tertentu sesuatu komponen. carta.b. b. c. Menggunakannya dengan berjaya. Mengikut arahan sebagaimana yang diberikan. b. Mengambil maklumat daripada petikan. Tahap ini melibatkan tiga kebolehan. prinsip. kemahiran. lukisan atau rangka atau sebaliknya. c. atau pengabstrakan seperti generalisasi. peta. iaitu : a. Mengingat semula pengalaman. peraturan dan teknik yang dipelajarai atau yang diketahui. Aplikasi Tahap yang memerlukan peringkat pemikiran yang agak tinggi. arahan dan mempersembahkannya dalam bentuk graf. perbualan. 3. teori. Pada tahap . Menggunakan teori atau prinsip untuk meramalkan kesan tertentu. Kegiatan yang murid dapat lakukan pada tahap ini ialah. Menulis sebuah cerita berdasarkan sebuah drama atau lakonan pendek d. c. 4. Menggunakan pengetahuan lalu untuk menyelesaikan masalah. seperti : a. Mengetahuai apa dan bila sesuatu prinsip itu dapat digunakan.

Antara kegiatan yang dapat dilakukan pada tahap ini termasuklah : a. Menghubungkan pengalaman sendiri dengan bahan yang dibaca dan soalan yang dikemukakan. murid perlu dapat memahami dan berupaya melakukan dua langkah yang berikut : a. dan menyatupadukan idea-idea yang terdapat dalam bahan bacaan. rumusan.ini juga ditentukan hubungan antara bahagian atau idea yang terdapat dalam komponen. Kegiatan yang dapat dilakukan pada tahap ini ialah a. menytususn semula. generalisasi. 6. rumusan. Sintesis Tahap murid memahami dan berupaya untuk membuat integrasi. Mengadakan satu standard atau kriteria bagi menilai sesu atu idea atau perkara lain. Pada tahap ini murid perlu dapat mengeluarkan pendapat mereka dan juga menggunakan segala pengalaman. Untuk membolehkan murid membuat penilaian. atau ramalan tentang perkara yang terjadi berdasarkan bukti yang ada. imaginasi dan intuisi mereka bagi membuat hipotesis. pengetahuan. . Memberi tajuk berlainan untuk sesuatu topik atau bacaan. Menentukan yang mana satu adalah andaian. Penilaian Tahap penilaian merupakan tahap tertinggi dalam pengelasan kefahaman atau pemikiran. perbezaan atau percanggahan. Untuk membuat inferens. 5. b. Untuk menentukan sama ada idea yang diberikan itu mempunyai persamaan. c. fakta atau propaganda terhadap sesuat perkara yang didengar atau dibaca. b.

Jika ketika proses mendengar tidak dapat dilaukan dnegan teliti maka akan menyebabkan gangguan ketika proses mendapatkan kefaham an yang lengkap. Individu terbabit perlu mendengar dengan emosi supaya setiap apa yang dituturkan dapat dihayati dan difahami. Individu terbabit juga perlu mendengar dengan lebih berhati -hati supaya apa yang didengari tidak disalah erti dan tidak tercicir maklumat penting. Oleh itu kefahaman adalah sesuatu perkara yang penting demi bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam mengikut arahan. kefahaman adalah perkara utama yang perlu dtitikberatkan. yang telah PERKAITAN ANTARA KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN LISAN Dalam setiap apa perkara yang dilakukan. Membuat penilaian antara standard atau kriteria ditetapkan dengan perkara yang hendak dinilai. Jika sesorang itu mendengar arahan yang diberikan. Antara kemahiran asas dalam memastikan kefahaman dapat dicapai adalah kebolehan menghuraikan maklumat. Kaedah mendengar yang dapat dipraktikkan dalam usaha ini ialah mendengar secara aktif. Jika tiada kefahaman yang tepat tentang perkara yang ingin dilakukan maka sesuatu perkara yang akan dilaksanakan itu mungkin adalah tidak bermakna dan sia-sia.b. fakta dan isi tertentu yang terdapat dalam perbualan atau arahan yang diberikan. . Proses interaksi lisan yang berlaku akan menjadi tidak berkesan jika kefahaman yang tepat tidak dapat dibentuk. namun demikian individu terbabit tidak dapat menginterpretasi arahan itu dengan tepat maka proses maklum balas yang berlaku mungkin adalah tidak bermakna. Selain itu mendengar dengan pengamatan juga amat penti ng untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam proses memahami terutama gangguan daripada bunyi alam dan persekitaran sekeliling.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->