You are on page 1of 7

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-CERPEN-PAHLAWAN BUNTUNG

CERPEN: PAHLAWAN BUNTUNG

( S.Othman Kelantan )

Cerpen bertemakan semangat cinta akan negara mengisahkan keberanian seorang lelaki bernama
Husain menyelamatkan penduduk kampungnya semasa serangan tentera Jepun dalam Perang
Dunia Kedua di negara kita.

Berlatarbelakangkan beberapa buah tempat di Kelantan, peristiwa-peristiwa penting dalam


cerpen ini banyak digambarkan melalui teknik imbas kembali.

ANALISIS CERPEN:

TEMA

Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari
peperangan

Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di
Kampung Pulau Pak Amat.

Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun.

Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia
Kedua.

PERSOALAN

PERSOALAN

1. Kesan buruk peperangan kepada manusia

Tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan


penduduk terpaksa melarikan diri

Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah


rumahnya terbakar akibat ledakan bom.

2. Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanian

Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang


kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun
Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju
gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke
kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.

3. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan


diri dan orang lain.

Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa
semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari
orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan
kampung mereka.

Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai
berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur
dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri
sampai ke sungai Gali.

4. Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hak

Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba


mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa
dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.

5. Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.

Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain
yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat
seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun.

Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah


segera kerana peperangan telah meletus.Pak Husain memandu arah keluarga
dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat.

Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan


penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun
yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.

6. Penghargaan terhadap jasa warga tua

Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah
menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun.Sehingga akhir hayat
ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak
Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.

7. Hormat akan warga emas/tua

Khalid amat menghormati Pak Husain. Ketika bertemu semasa temasya


menyambut ulang tahun kemerdekaan , Khalid menyapa Pak Husain dan
mereka berbual-bual serta bertanya khabar masing-masing. Khlalid menjemput
Pak Husain untuk berkunjung ke rumahnya di Jalan Bayam

PERWATAKAN

Berani

Contoh: Pak Husain (Pahlawan Buntung )berani menembak perompak yang sedang mendarat
dengan perahu di kampungnya .

Prihatin

Pak Husain prihatin akan keadaan Jarah yang . Dia mengusung Jarah yang terkena peluru sesat di
bahu, hingga sampai ke perahu semasa orang kampung menyelamatkan diri dari serangan tentera
Jepun

Bertanggungjawab

Pak Husain seorang rakan yang bertanggungjawab. Dia yang mengetuai dan memandu arah
semasa perpindahan penduduk Kampung Pak Amat ketika serangan tentera Jepun.

Kasih sayang

Ayah Khalid amat menyayangi Pak Husain kerana jasanya menyelamatkan penduduk
kampung. Sebelum meninggal dia sentiasa menyebut nama Pak Husain .

Bijak

Pak Husain berjaya menipu tentera Jepun untuk melarikan diri semasa ditahan dan dipaksa
menggali dan menanam mayat-mayat mangsa peperangan. Beliau meminta izin untuk
membuang air besar tetapi dengan segera melarikan diri.

Berbudi bahasa

Khalid amat menghormati Pak Husain. Menegur Pak Husain dengan mesra ketika bertemu
semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan di kota setelah 30 tahun tidak bersua.

Setiakawan

Penduduk Kampung Pulau Pak Amat amat akrab dan rapat antara satu sama lain.

Pak Husain berusaha memastikan semua penduduk kampung selamat semasa serangan tentera
Jepun.
Ayah Khalid tidak tidur selama beberapa malam menjaga Pak Husain yang meracau kerana
fikirannya terganggu setelah dipaksa oleh tentera Jepun menguburkan mayat-mayat mangsa
peperangan seorang diri di kampungnya.

Mengenang budi

Ayah Khalid amat menghargai jasa dan keberanian Pak Husain menyelamatkan

keluarganya lalu semasa Pak Husain meracau-racau akibat peristiwa dipaksa

menggali kubur oleh tentera Jepun ayah Khalid tidak tibur bermalam-malam untuk

menjaga Pak Husain.

Khalid terlalu menghargai jasa Pak Husain yang menyelamatkan keluarganya semasa serangan
tentera Jepun dan menganggap Pak Husain seorang Pahlawan di kampungnya.

LATAR

1. LATAR MASYARAKAT

Penduduk perkampungan nelayan

Tentera Jepun

Mayarakat yang zalim-tentera Jepun

Masyarakat yang tinggi ikatan setikawan mereka

2. LATAR MASA

Masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Zaman pasca kemerdekaan (1973)

Waktu malam

Hampir pagi

Pagi

3. LATAR TEMPAT

Di tapak temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan

Di kampung Pulau Pak Amat


Di Kuala Pak Amat

Pangkalan Kampung Dal

Hospital Kota Bharu

Di sebuag warung

Sungai Gali

NILAI

1. KEBERANIAN

2. KEPRIHATINAN

3. SETIAKAWAN/KESETIAAN

4. KEBIJAKSANAAN

5. KASIH SAYANG

6. TANGGUNGJAWAB

7. BERHEMAH TINGGI

PENGAJARAN

1. Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain

2. Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri.

3. Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah
negara kita

4. Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan
yang dihadapi.

5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa
mempertahankan keselamatan rakyat.

PLOT

1. PERMULAAN
Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara
Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun
kemerdekaan negara.

Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun
kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak
bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.

2. Perkembangan

Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid


menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat
ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai
terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak
Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan
tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka
sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri
setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.

3. Perumitan

Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid
berasa terlalu takut lalu memelukm erat ibu mereka.

Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki
perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk
mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah.

Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak
Husain tiada dalam kumpulan mereka.

Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya.
Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang
besar tersebut.

4. Puncak

Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang
air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali .
Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa
menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah
Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di
kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi.
Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.

5. Peleraian
Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain
terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung
mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah
lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid
bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang
lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang
yang meragut banyak nyawa.Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang
pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.

LATIHAN KENDIRI

1. 1.Berikan maksud ‘ kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsong
oleh pasang penuh’ .Pada pandangan anda mengapakah Khalid berpendapat begitu?

2 2. Nyatakan dua musibah yang dialami penduduk kampung dan cara Pak Husain
menyelamatkan penduduk kampung

3. 3.Pada pendapat anda, mengapakah Khalid amat menyanjungi dan mengagumi Pak Husain.

4. 4.Jika anda seorang pemimpin , jelaskan tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk
menghargai jasa pahlawan-pahlawan negara.

5. Pada era ini, bagaimanakah golongan remaja dapat menunjukkan semangat patriotik kepada
agama, negara dan bangsa?

You might also like