You are on page 1of 59

www.maskahwin.

com
  

MASKAHWIN YANG HILANG


Panduan Pengurusan Kewangan Bagi Bakal
Pengantin
Oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Penafian : Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum
kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk
sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini
adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak,
yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, secara langsung atau tidak
langsung.
 
Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak
dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.
 
 
Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi
dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit EXTREME-D.
 
Cetakan Pertama : 2005
Cetakan Kedua : 2006
Cetakan Ketiga   :  2006
Versi Digital : 2007
Versi Digital Kemaskini : 2008
 

 
ISBN : 983-42730-0-2
 
Diterbitkan Oleh :
EXTREME D ENTERPRISE
www.extreme-d.com

Saya Ingin Mula Membaca Buku Ini>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Isi Kandungan   
<<back - index - next>>

ISI KANDUNGAN
Prakata

Pengenalan

Bab 1 : Janji Allah Kepada Hambanya


 
Bab 2: Teknik Asas Kitaran Wang  
 
Bab 3: Membayar Bil Diri
 
Bab 4: Menampal Kebocoran
 
Bab 5: Mengurangkan Perbelanjaan Sara Hidup        

5.1) Berpuasa
5.2) Majalah Picisan & CD  
5.3) Menonton Wayang  
5.4) Merokok
5.5) Membasuh Pakaian  
5.6) Penggunaan Minyak Kenderaan  
5.7) Bil Telefon
5.8) Barang Kosmetik
5.9) Menggunting Rambut
5.10) Bersukan
5.11) Membeli Belah  
5.12) Menghadiri Majlis-Majlis Jamuan
5.13) Kandungan Telefon Bimbit
5.14) Mengikuti Perkembangan Peralatan IT
5.15) Ber”dating”
5.16) Mengubahsuai Kenderaan  
5.17) Hobi
5.18) Perbankan Internet

Bab 6: Hah? Saya Ada Berhutang Ke?


 
Bab 7: Memusnahkan Hutang  

7.1) Berdoa
7.2) Berhenti Berhutang  
7.3) Bayar Lebih
7.4) Batalkan Kad Kredit Anda  
7.5) Pinjaman Semula
7.6) Pinjaman Peribadi  

Bab 8: Menambahkan Hasil Pendapatan


 
Bab 9: Idea-Idea Buat Duit

9.1) Berniaga Kecil-Kecilan


9.2) Jualan Langsung
9.3) Agen
9.4) Pengajar Sambilan  
9.5) Penulis & Pelukis Sambilan
9.6) Menjual Barangan Terpakai
9.7) Perkhidmatan Membayar Bil
9.8) Perkhidmatan Sambungan Internet WIFI
9.9) Menulis Blog
9.10) Berniaga di Internet

Bab Bonus: Insuran @ Takaful, perlukah anda memilikinya sewaktu bujang?


 
Akhir Kata
 
Lampiran

 Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri             


 Senarai Semak Perbelanjaan Perkahwinan    

 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Prakata   
<<back - index - next>>

PRAKATA
 

Mas kahwin atau mahar adalah merupakan pemberian yang wajib dari seorang suami kepada
isterinya sebelum, sesudah atau pada waktu berlangsungnya akad.

Walaupun tiada ketetapan khas di dalam perundangan berhubung dengan jumlah mas kahwin.
Namun, memadailah jumlah tersebut berada di dalam anggaran kemampuan bakal suami dan tidak
melibatkan hutang yang akan membebankan kehidupan kedua pasangan suami isteri tersebut di
masa akan datang.

Ada dikalangan masyarakat kita yang masih keliru antara mas kahwin dan hantaran. Realitinya
terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami
kepada isterinya dan ia disebutkan semasa akad nikah sama ada dibayar secara tunai atau hutang.

Sementara hantaran ialah hadiah daripada suami kepada isterinya dan juga hadiah daripada isteri
kepada suaminya iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan tersebut.
Hantaran juga bukanlah perkara wajib tetapi hanyalah satu hukum adat.

Dalam pengamalan sekarang, masyarakat lebih menitik beratkan soal hantaran daripada maskahwin.
Jadi, tidak hairanlah jika sesebuah perkahwinan itu sepatutnya boleh dilangsungkan dengan mudah
tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pihak bakal suami masih kekurangan wang untuk hantaran
perkahwinannya.

Saya percaya, pada masa kini, tidak ada wanita atau keluarga pihak wanita yang sanggup
mengahwinkan anak mereka tanpa sebarang hantaran. Apatah lagi menerima sebentuk cincin besi
sebagai mas kahwin untuk perkahwinan anak mereka.

Berdasarkan realiti kehidupan inilah, maka saya mengambil inisiatif untuk berkongsi maklumat,
pengetahuan serta pengalaman tentang menguruskan kewangan, supaya anak-anak muda yang ingin
mendirikan rumahtangga, tetapi masih tiada atau kekurangan wang, dapat menguruskan kewangan
mereka dengan berkesan dan seterusnya merealisasikan impian mereka untuk mendirikan
rumahtangga.

Saya memilih tajuk “Mas kahwin Yang Hilang” sebagai judul buku ini adalah kerana ingin
memperingati mas kahwin-mas kahwin yang telah lama hilang yang telah digunakan pada zaman
Rasulullah dahulu seperti sebentuk cincin besi, sebuah bacaan Al-Quran dan juga sepasang selipar.

Semoga naskah ini dapat menjadi panduan dan membantu serba sedikit usaha anak-anak muda yang
ingin mendirikan rumahtangga di dalam mencari mas kahwin serta wang hantaran untuk
perkahwinan mereka. Insya Allah.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth


Jamadil Akhir 1426 , Kajang, Selangor.

<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Pengenalan   
<<back - index - next>>

PENGENALAN
Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW dan juga merupakan hukum alam
kehidupan di dunia ini. Tidak kira manusia, haiwan malah tumbuhan juga melakukan perkahwinan.
 
Terdapat pelbagai manfaat serta kelebihan yang muncul daripada sesebuah perkahwinan, antaranya,  
keadaan jiwa yang tenteram, emosi yang tenang, serta dapat menutup segala pandangan serta pintu
kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT. Kasih sayang antara suami dan isteri juga menjadi
lebih ikhlas dan sentiasa diberkati Allah SWT.
 
Rasanya, semua itu telah pun anda sedia maklum. Jadi, tidak perlulah rasanya saya mengulangi atau
berkhutbah mengenai kepentingan dan manfaat perkahwinan kepada anda di dalam naskah ini.
Maklumat mengenai kelebihan perkahwinan, hukum dan rukun perkahwinan, pemberian nafkah
serta kewajipan seorang suami dan isteri... semua itu telah banyak dibincangkan dan dimaklumkan
di dalam buku-buku panduan perkahwinan yang lain yang berlambak-lambak di pasaran pada ketika
ini.
 
Tetapi, perbincangan serta maklumat mengenai teknik pengurusan kewangan yang betul supaya
seseorang dapat mengumpul duit untuk mendirikan sesebuah perkahwinan jarang sekali
dibincangkan. Begitu juga di dalam kursus-kursus perkahwinan yang dijalankan, kebanyakannya
lebih menumpukan kepada pengurusan kewangan selepas berumahtangga. Tetapi, bagaimana
mengurus kewangan sebelum perkahwinan, tidak pula dibincangkan.
 
Jadi, tidak hairanlah jika anak-anak muda kini yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga
tercengang-cengang dan terkebil-kebil berikhtiar bagaimana untuk mencari duit untuk
melangsungkan perkahwinan.
 
Siang malam pagi petang asyik berfikir, “Di manalah aku nak cari duit untuk berkahwin? Wang
hantaran sahaja sudah mencecah 4-5 ribu. Itu belum kira lagi wang belanja untuk kenduri kahwin,
upah mak andam, jurugambar, kad jemputan, duit mas kahwin, sewa baju pengantin, sewa pelamin,
upah kompang, sistem audio, barang-barang hantaran, katering, dewan… waduh... waduh...
membujanglah aku sampai ke tua nampaknya macam ini.”
 

Bertenang, bukan anda seorang sahaja yang mengalami situasi ini, tetapi boleh dikatakan hampir
semua orang yang ingin mengakhiri zaman bujang mereka mengalaminya. Anda tidak
keseorangan… beribu-ribu orang mengalaminya setiap hari.

Jadi, bersyukurlah anda menemui naskah ini. Di dalam naskah ini, saya akan berkongsi dan
memberikan anda maklumat, tips, serta panduan bagaimana anda dapat mencari serta mengumpul
duit bagi merealisasikan impian anda agar dapat mengecapi nikmat kebahagiaan berumahtangga
dengan segera. “Best wooo kahwin…..” kata pakcik saya yang kini bahagia dengan 12 orang anak
hasil daripada perkahwinannya 20 tahun lalu.

<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 1 : Janji Allah s.w.t Kepada Hambanya Yang Ingin Berkahwin   
<<back - index - next>>

BAB 1 : Janji Allah S.W.T


Kepada Hambanya Yang
Ingin Berkahwin
 

Di dalam surah An-Nur, Ayat 33 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga
kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya;”

Di dalam al-quran, Allah SWT telah berjanji, barang siapa yang mempunyai keinginan serta niat
yang ikhlas untuk berkahwin kerana Allah SWT, tetapi kekurangan duit atau kemampuan untuk
melangsungkan perkahwinan mereka, hendaklah mereka menjaga “kehormatannya” yang
bermaksud, menjaga kemaluan serta diri mereka daripada melakukan maksiat atau perbuatan keji.
Sehinggalah, Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepadanya untuk berkahwin.

Namun begitu, ini tidaklah bermakna dengan hanya berniat ingin berkahwin kemudian duduk sahaja
diam-diam di rumah, beribu-ribu duit akan terbang jatuh dari langit ke riba anda. Jika anda
beranggapan atau membayangkannya sebegitu… nampaknya.. membujanglah anda sampai ke tua.
Ops! Jangan marah..

Anda mungkin pernah mendengar orang-orang tua berkata, “Orang yang hendak berkahwin ini,
insyaallah murah rezekinya”... sebenarnya mereka berkata begitu kerana mereka tahu dan yakin
dengan janji Allah SWT di dalam al-Quran. Janji siapa lagi yang perlu kita percaya dan yakini jika
tidak janji Allah SWT? Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janjinya.

Oleh itu, jauhilah diri daripada melakukan maksiat... kurangkanlah sedikit “dating-dating” tu,
seelok-eloknya pertemuan dengan bakal isteri itu biarlah ditemani adik, ibu atau rakan-rakan yang
lain. Elakkan daripada berdua-duaan di tempat sunyi, berpegang-pegang tangan ataupun duduk
berpeluk-pelukan. Dalam firman Allah SWT diatas telah jelas dinyatakan, Allah SWT berfirman...
“hendaklah menjaga kehormatan” terlebih dahulu, barulah diikuti dengan ayat “Allah memberi
kekayaan kepada mereka”….

Jadi jelas dalam janji Allah SWT, hindarkan maksiat terlebih dahulu, kemudian, barulah kekayaan
itu akan datang. Bukannya kekayaan datang dulu barulah perlu hindari maksiat.

Sekali lagi… percayalah dengan janji Allah SWT. Hindari maksiat, nescaya segala usaha yang anda
lakukan akan dipermudahkan dan masalah ketidakcukupan duit untuk berkahwin akan selesai.

Setelah anda percaya dan yakin dengan janji Allah SWT, topik seterusnya, saya akan
membincangkan pula tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menerima kekayaan yang
melimpah ruah seperti yang telah Allah SWT janjikan.

 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 2 : Teknik Asas Kitaran Wang   
<<back - index - next>>

BAB 2  :  Teknik  Asas  Kitaran 


Wang
 

Sebagai anak muda yang baru tamat belajar atau baru sahaja memasuki bidang pekerjaan, sudah
pastinya kedudukan kewangan seseorang itu masih kurang stabil dan tidak kukuh. Maklumlah, baru
sahaja tamat belajar, kerja tetap pun masih tercari-cari, hutang semasa belajar pula perlu
dilangsaikan. Perbelanjaan sara hidup sendiri pun kadang-kadang tidak lepas, apatah lagi jika
hendak menyara anak orang? Makan-minum pun kadang-kadang masih ibu bapa yang tanggung.
Jadi, apa yang boleh dilakukan?... malam-malam, termenung dan berangan sahajalah memandang
syiling mengenangkan kekasih hati seperti pungguk yang rindukan bulan.

Sebenarnya, untuk mencari dan mengumpul duit untuk perkahwinan tidaklah sukar JIKA anda
mengetahui tentang teknik asas Kitaran Wang yang betul dan mempraktikkannya.

Kebanyakan orang seringkali tersilap di dalam menguruskan duit serta perbelanjaan mereka. Mereka
menyangkakan, untuk hidup mewah dan menjadi kaya, mereka perlulah mendapatkan pekerjaan
yang boleh memberikan mereka pendapatan yang besar. Mungkin RM2,000, mungkin RM5,000
atau pun mungkin RM10,000 sebulan.

Tidak… tidak sama sekali, tidak ada gunanya mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan jika
perbelanjaan sara hidup memerlukan RM12,000 sebulan. Keadaan ini sebenarnya sama sahaja jika
seseorang itu berpendapatan RM1,000 sebulan dengan perbelanjaan sara hidupnya yang mencecah
RM1,200 sebulan. Tiada bezanya, ia akan terus menjadikan orang itu, seseorang yang boros dan
sentiasa tidak cukup duit.

Oleh itu, ilmu mengenai duit atau teknik asas pengurusan kewangan perlulah diketahui dan
dipelajari. Jika tidak banyak, sedikitpun sudah mencukupi supaya anda tidak lagi terpinga-pinga
memikirkan ke mana hilangnya duit anda setiap bulan.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi. Kita pergi ke topik “Teknik Asas Kitaran Wang”.
Sebenarnya, terdapat 4 perkara asas yang penting yang perlu anda ketahu apabila bercakap
mengenai kitaran wang iaitu :-

1. Pendapatan
2. Perbelanjaan Sara Hidup
3. Hutang
4. Simpanan

Baik, mari kita lihat bagaimana 4 perkara asas di atas beraksi terhadap seorang pemuda biasa yang
sering tidak cukup duit di dalam kehidupannya.

Kisah #1
Ahmad (bukan nama sebenar) 21 tahun serta bujang, adalah merupakan seorang juruteknik
komputer di makmal komputer di sebuah pusat pengajian tinggi. Beliau telah bekerja hampir
setahun dan berpendapatan RM1,500 sebulan. Setiap bulan, apabila mendapat gaji (Pendapatan),
beliau akan membayar sewa rumah (Perbelanjaan Sara Hidup), bil air & elektrik (Perbelanjaan Sara
Hidup), bil telefon (Perbelanjaan Sara Hidup), membeli barang-barang dapur seperti beras, sayur,
daging dan ikan (Perbelanjaan Sara Hidup), membayar hutang motorsikal serta hutang pinjaman
pelajarannya (Hutang). Kemudian pada hujung minggu, beliau akan keluar makan dan menonton
wayang bersama kekasihnya (Perbelanjaan Sara Hidup), bermain boling bersama rakan-rakan
(Perbelanjaan Sara Hidup), membeli majalah komik serta CD permainan komputer terbaru
(Perbelanjaan Sara Hidup) dan kemudian pergi ke kedai pakaian dan membeli sepasang baju
berjenama (Perbelanjaan Sara Hidup). Akhir sekali, jika masih ada duit lebih yang tidak
dibelanjakan... barulah duit tersebut dibiarkan di dalam bank sebagai duit simpanan (Simpanan).
Tetapi, pada kebiasaannya, tiada sesen pun duit yang lebih untuk dibuat sebagai simpanan. Malahan,
beliau juga sering berhutang dan meminta rokok dari teman-temannya yang lain.

Bagaimana? Cuba semak-semak, adakah kehidupan anda juga hampir serupa dengan kisah Ahmad
diatas?

Pada kebiasaannya, apabila seseorang mendapat duit gaji iaitu “Pendapatan” hasil daripada
pekerjaan mereka, perkara pertama yang mereka lakukan adalah menggunakan pendapatan tersebut
untuk “Perbelanjaan Sara Hidup” mereka seperti membayar sewa rumah, bil air & elektrik, bil
telefon, duit minyak kenderaan, makan-minum, pakaian dan seribu satu macam perkara lagi.
Kemudian mereka akan membayar semua “hutang-hutang” mereka seperti hutang pinjaman,
hutang sewa beli kenderaan, hutang kad kredit, hutang rakan-rakan, dan akhir sekali, jika masih ada
lebih, barulah duit tersebut akan disimpan sebagai “simpanan”. Selalunya bagi mereka yang
mengamalkan teknik kewangan begini, mereka akan meninggalkan RM 0 untuk tujuan simpanan
mereka.

Untuk pengetahuan anda, teknik kewangan ini adalah SALAH!! dan jika anda terus
mengamalkannya ia akan membuatkan anda terus kekal di dalam “sindrom kesempitan wang setiap
bulan”. Jika keadaan anda berterusan begini, maka impian anda untuk melangsungkan perkahwinan
mungkin akan terbantut.

Oleh itu, bagi membantu anda, Saya akan menerangkan pula teknik kitaran wang yang betul kepada
anda. Dengan menggunakan teknik ini, insyaallah dengan izin Allah SWT, anda dapat bebas
daripada “sindrom kesempitan wang setiap bulan” dan sekaligus merealisasikan impian anda untuk
berumahtangga.

Sebenarnya, teknik kitaran wang yang betul tidak banyak bezanya dengan teknik kitaran wang yang
salah. Anda hanya perlu menyusun semula turutan dan kedudukan 4 perkara asas yang telah Saya
sebutkan diatas.

Jika susunan teknik kitaran wang yang SALAH adalah seperti berikut :

1. Peroleh Pendapatan
2. Guna Untuk Perbelanjaan Sara Hidup
3. Guna Untuk Hutang
4. Jika Lebih, Simpan

Maka teknik kitaran wang yang BETUL pula ialah :


1. Peroleh Pendapatan
2. Asingkan Untuk Simpanan
3. Guna Untuk Perbelanjaan Sara Hidup
4. Bayar Hutang

Bagaimana? Saya harap anda dapat melihat perbezaannya? Hanya perlu ubah kedudukan
“Simpanan” , dari kedudukan yang terakhir, kepada kedudukan yang kedua.

Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana teknik kitaran wang yang betul ini beraksi.

Kisah #2

Salim (bukan nama sebenar) berumur 19 tahun, bujang dan bekerja sebagai operator pengeluaran di
sebuah kilang elektronik dengan pendapatan RM1,200 sebulan. Setiap bulan apabila menerima
gaji, beliau akan hanya menerima wang sebanyak RM1,000 sahaja. Ini kerana beliau telah menyuruh
majikannya membuat pemotongan automatik sebanyak RM200 terhadap gajinya untuk disimpan ke
dalam akaun simpanan ASBnya. Jadi dengan jumlah wang sebanyak RM1,000 itu, Salim
menggunakannya untuk membayar duit sewa rumah, bil api & air, telefon dan duit makan
minumnya sebulan sebagai perbelanjaan sara hidupnya. Selepas itu beliau akan membayar
hutang sewa beli motorsikalnya yang berjumlah RM150 sebulan. Salim tidak mempunyai hutang
pinjaman pelajaran kerana beliau tidak bersekolah tinggi, beliau juga tidak mempunyai hutang kad
kredit kerana gaji beliau tidak melayakkannya untuk menggunakan kad kredit. Selepas membayar
kesemua hutang bulanannya, jika ada duit lebih, dia akan mengirimkannya sedikit ke kampung
untuk ibu & ayahnya.

Lihatlah contoh diatas, diantara Ahmad dan Salim. Ahmad lebih mengutamakan perbelanjaan sara
hidupnya, manakala Salim pula lebih mengutamakan simpanan di dalam kitaran wangnya.

Saya pasti, setelah anda membaca 2 kisah diatas, anda pasti dapat menilai dan membuat keputusan
yang tepat mengenai teknik kitaran wang manakah yang perlu di ikuti untuk mencapai impian anda.

Namun begitu, untuk mengubah teknik kitaran wang daripada yang salah kepada yang betul
bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi jika teknik kitaran wang yang
salah itu telah digunakan sejak kecil lagi. Pastinya, teknik tersebut telah sebati dan menjadi tabiat di
dalam diri .

Oleh itu, di sini, saya ingin memberikan anda beberapa teknik, panduan serta tips bagaimana anda
boleh mengubah teknik kitaran wang yang salah kepada yang betul dengan lebih mudah dan
berkesan.

 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 3 : Membayar Bil Diri   
<<back - index - next>>

BAB 3 : Membayar Bil Diri
 

Ramai orang sering mengeluh apabila saya menerangkan kepada mereka mengenai teknik kitaran
wang yang betul. Mereka mengatakan, jika diikuti teknik kitaran wang tersebut, maka mati
kebuluranlah mereka jawabnya. Pada mereka, sara hidup seperti membayar sewa rumah, bil api &
air serta telefon itu semua lebih penting daripada mereka membuat simpanan.

Mereka yang seperti ini biasanya kurang menghargai diri mereka, mereka lebih menghargai orang
lain daripada diri mereka sendiri.

Setelah sebulan berhempas pulas membuat kerja pagi petang siang dan malam di tempat kerja, maka
apabila sampai hujung bulan, tibalah waktu mereka memperolehi duit ganjaran (gaji) daripada
majikan mereka. Setelah mendapat gaji tersebut, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
memberi duit tersebut kepada tuan rumah mereka, kemudian kepada syarikat pembekal air, syarikat
pembekal talian telefon dan juga syarikat pembekal elektrik.. Jika diteliti disini, mereka ini lebih
menghargai pihak lain daripada diri mereka sendiri. Mereka memberikan duit tersebut kepada orang
lain terlebih dahulu daripada diri mereka.

Mengapa perlu memberikan duit tersebut kepada orang lain terlebih dahulu sebelum memberikannya
kepada diri sendiri? Sebab itulah saya mengatakan mereka ini tidak menghargai diri mereka.

Hargai diri anda, anggaplah diri anda lebih penting daripada pihak-pihak yang lain seperti pihak
pembekal air, pembekal elektrik dan juga syarikat talian perkhidmatan telefon anda. Anda perlu
membayar diri anda kerana anda telah menggunakan tangan, kaki, mata, kepala, telinga serta
keseluruhan anggota diri anda untuk bekerja. Jadi, bayarlah... bayarlah upah kepada anggota diri
anda. Kasihan mereka.. sudah 3 hari mereka tak makan (eh silap!) sebulan mereka telah bersusah
payah bertungkus lumus dipergunakan untuk bekerja dan mencari wang. Takkan tiada satu sen pun
wang ganjaran di berikan? Saya rasa itu adalah satu tindakan yang kurang bijak, anda perlu
membayar diri anda... ia adalah sesuatu yang wajib.

Persoalannya.. bagaimanakah hendak membayar pada diri sendiri?

SIMPANAN!

Itulah caranya anda membayar diri anda sendiri. Iaitu dengan simpanan. Anggaplah duit yang anda
gunakan sebagai simpanan tersebut adalah upah kepada diri anda. Setiap bulan, anda perlu
mengupah diri anda. Anggaplah membayar upah diri itu sebagai salah satu bil yang perlu anda
jelaskan setiap bulan seperti bil-bil anda yang lain.

Masukkan item “bil diri” anda sebagai item no 1 di dalam senarai bil yang perlu anda jelaskan setiap
bulan. Contohnya, seperti berikut :-

1. Bil DIRI ……………….. ……RM200


2. Bil Air………………………...RM10
3. Bil Elektrik………………….. RM10
4. Bil Telefon.………………….. RM60
5. Dan seterusnya…..

Persoalan seterusnya.. berapakah jumlah bil diri yang perlu dibayar setiap bulan dan dimanakah
harus saya membayarnya?

Mengikut konsep kitaran wang yang berkesan, anda perlulah membayar bil diri sekurang-kurangnya
10% daripada pendapatan anda. Jika anda berpendapatan RM1,000 sebulan, naka, bil diri anda ialah
RM100. Jika pendapatan anda RM2,000 sebulan, bil diri anda ialah RM200. Itulah kadar
MINIMUN yang perlu anda bayar bagi bil diri anda.

Tetapi, jika anda kesuntukan masa kerana tarikh perkahwinan anda tinggal 10 bulan sahaja lagi, saya
menggalakkan anda meningkatkan peratusan bil diri anda sehingga 25% dari pendapatan anda, tetapi
jika anda mampu untuk menaikkannya lebih tinggi... itu lebih bagus.

Mustahil? Adakah mustahil anda membayar 25% untuk bil diri anda? Tidak, tidak mustahil, bak
kata pepatah “Jika mahu seribu daya, jika tidak mahu seribu dalih”.

Sekarang.. bayangkan anda kini sedang berdua-duaan dengan kekasih anda menonton TV di rumah,
kekasih anda bersandar di bahu anda ketika menonton rancangan yang anda berdua minati. Tiada
orang lain... hanya anda berdua sahaja. Jiwa anda tenang… anda tidak perlu risau pencegah maksiat
datang menyerbu anda, malahan anda bebas bergurau mesra dan berpeluk-pelukan dengan kekasih
anda. Adegan seterusnya mungkin anda boleh bayangkan sendiri… Begitulah indahnya hidup anda
apabila sudah berumahtangga nanti. Ha! ha! ha!

Jika anda membayangkannya, Saya pasti, anda akan sanggup membayar sehingga 50% untuk bil diri
anda. “Ha! Ha! Ha!... best wooo kahwin” kata saya pula yang kini telah mempunyai dua orang
cahaya mata yang sangat comel hasil berdua-duaan di depan TV... Oh!.

Kini, anda telah tahu mengenai bil diri dan telah tahu mengenai berapa jumlah yang sepatutnya anda
bayar bagi bil diri anda. Tetapi, di manakah harus anda membayar bil tersebut?

Untuk membayar bil diri, saya menggalakkan anda membuka akaun yang berasingan dengan akaun
simpanan yang anda gunakan untuk menerima gaji anda. Adalah lebih baik jika akaun tersebut tidak
mempunyai kad ATM yang membolehkan anda mengeluarkan duit anda dengan mudah. Malah,
lebih baik lagi jika akaun simpanan tersebut juga dapat memberikan kadar pulangan dividen yang
tinggi setiap tahun kepada anda.

Oleh itu, akaun simpanan ASB, ASW atau Tabung Haji amat sesuai untuk anda. Selain dapat
memberikan kadar pulangan yang agak tinggi iaitu 4-12% setahun berbanding akaun simpanan biasa
1-3%. ASB, ASW atau Tabung Haji juga mendapat sokongan yang agak kuat daripada kerajaan,
oleh itu anda tidak perlu risau duit anda hilang atau lesap jika berlaku kegawatan ekonomi.

Untuk menyahut cabaran ini, esok, anda perlulah pergi ke bahagian akaun atau sumber manusia
tempat kerja anda dan minta borang pemotongan gaji secara automatik kepada akaun simpanan
ASB, ASW atau Tabung Haji anda setiap bulan. Ini adalah bagi memastikan duit tersebut tidak
terlepas ke tangan anda yang akhirnya mungkin akan habis dalam masa 3 hari.

Setelah anda membayar bil diri (menyimpan), anda perlulah mempunyai daya tahan yang kuat
daripada godaan yang menyuruh anda mengeluarkan duit bagi sesuatu tujuan yang lain. Kini, anda
perlu menetapkan matlamat dan tujuan anda iaitu menyimpan duit untuk berkahwin. Bukannya
menyimpan untuk membeli kereta, handphone, komputer baru atau pun membeli motorsikal yang
baru. Anda perlu tegas dan mendisiplinkan diri anda. Sebab itulah saya menyarankan anda
menyimpan di tempat yang tidak mempunyai kemudahan kad ATM.

Malah, lebih baik lagi jika anda dapat memberikan buku akaun simpanan anda itu kepada ibu bapa
anda dan menyuruh mereka menyimpan atau menyorokkannya. Ini akan membuatkan anda lagi
sukar untuk mengeluarkannya. Anggap sahaja bil diri yang anda bayar itu hangus seperti bil-bil air,
elektrik dan telefon yang anda bayar setiap bulan.

Pada kebiasaannya, godaan yang amat kuat yang menyuruh anda mengeluarkan duit simpanan anda,
akan berlaku pada bulan pertama sehingga bulan ketiga dari anda mula menyimpan. Tetapi, selepas
itu, godaan itu akan berkurangan dan anda akan mula berasa seronok kerana anda telah mula dapat
melihat jumlah wang simpanan anda meningkat. Jadi, tidak mustahil, anda akan mula gembira untuk
membayar bil diri anda dengan kadar peratusan yang lebih tinggi lagi pada bulan-bulan seterusnya.

Tak percaya? Percayalah... saya telah mengujinya kepada diri saya sendiri serta beribu-ribu lagi
orang yang lain sebelum ini. Hasilnya memang amat memberangsangkan.

Jika anda menyimpan sebanyak RM200 sebulan, dalam masa 5 bulan, anda sudahpun mempunyai
RM1,000. Dari seseorang yang tidak mempunyai apa-apa simpanan, kini anda telah pun mempunyai
simpanan sebanyak RM1,000 hanya dalam masa 5 bulan. Bukankah itu sesuatu yang boleh
dibanggakan. TAHNIAH!!

 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 4 : Menampal Kebocoran   
<<back - index - next>>

BAB 4  :  Menampal 
Kebocoran
 

Ramai orang beranggapan, untuk membolehkan mereka menambahkan jumlah simpanan mereka,
perkara pertama yang mereka perlu lakukan ialah dengan menambahkan pendapatan mereka.

Jadi, setiap hari mereka memikirkan cara yang sesuai bagaimana hendak menambahkan pendapatan
mereka supaya mereka dapat meningkatkan lagi jumlah simpanan mereka.

Maka, mulalah akal mereka berfungsi dan mengeluarkan idea-idea yang bernas seperti membuat
kerja “part time”, membuka gerai burger, membuat kerja “overtime”, mengambil upah menaip dan
bermacam-macam lagi.

Idea-idea tersebut memang bagus, tetapi sedarkah anda “menambahkan pendapatan” bukanlah
merupakan perkara pertama yang sepatutnya anda lakukan untuk membolehkan anda menambahkan
jumlah simpanan anda.

Sama seperti mengisi air ke dalam tong simpanan air. Tidak ada gunanya anda membuka pili air
besar-besar atau menggunakan 2, 3 pili air memasukkan air ke dalam tong tersebut jika tong tersebut
mempunyai lubang yang banyak dibawahnya. Tong tersebut tidak akan penuh, ini kerana, air yang
dimasukkan kedalamnya akan dikeluarkan secara terus menerus menerusi lubang-lubang yang
terdapat di tong tersebut.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah, menampal kebocoran tong simpanan air
tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan menampal kebocoran tersebut?

Pili air adalah merupakan pendapatan anda.


Tong tersebut adalah merupakan simpanan anda.
Kebocoran itu pula, ialah perbelanjaan sara hidup anda.

Jadi, maksud menampal kebocoron tersebut disini ialah MENGAWAL PERBELANJAAN SARA
HIDUP ANDA.

Apabila saya mengatakan anda perlu mengawal perbelanjaan sara hidup, ia bukanlah bemaksud anda
perlu menahan diri untuk berlapar dan tidak makan selama satu atau dua hari. Tetapi, ia bermaksud,
mengawal perbelanjaan anda daripada membazir pada benda-benda serta perkara-perkara yang anda
tidak perlukan. di dalam hidup anda.
 

 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 5 : Mengurangkan Perbelanjaan Sara Hidup   
<<back - index - next>>

BAB 5  :  Mengurangkan 
Perbelanjaan Sara Hidup
 

Apabila kita berbicara mengenai perbelanjaan sara hidup, sebenarnya ia boleh dibahagikan kepada 2
kategori. Iaitu, keperluan dan juga kehendak.

Keperluan ialah perkara yang kita perlukan untuk terus hidup. Seperti yang kita ketahui, keperluan
asas manusia ialah udara. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita tidak perlu
membayar satu sen pun untuk menghirup udara.

Selain daripada udara, manusia juga perlukan air, makanan, pakaian dan juga tempat tinggal untuk
hidup. Tidak seperti udara, keperluan hidup yang ini, perlukan duit untuk mendapatkannya. Jadi,
saya memang tidak menggalakkan anda mengurangkan perbelanjaan sara hidup bagi kategori ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mengawal dan mengurus penggunaan keperluan hidup ini agar
ia dapat menjimatkan duit anda.

Contohnya seperti penggunaan air, elektrik, membeli makanan dan pakaian. Ia haruslah dilakukan
dengan cermat supaya anda tidak membazir.

Pengurusan keperluan hidup yang tidak betul juga akan menjadikan keperluan itu bertukar menjadi
satu kehendak. Contohnya pakaian, sememangnya manusia memerlukan pakaian untuk hidup dan
menutup aurat, tetapi jika ia tidak dikawal dengan betul, ia akan bertukar menjadi kehendak, dan
apabila ia telah bertukar menjadi kehendak, mulalah kita mahukan pakaian tersebut pakaian yang
ranggi, mahal dan berjenama. Sedangkan pada hakikatnya, tujuan kita membeli pakaian tersebut
adalah sama sahaja dengan pakaian yang kurang berjenama iaitu untuk menutup aurat.

Pada mulanya hanya sekadar baju tetapi kini telah melarat hingga ke topi, cermin mata hitam, gelang
tangan, kasut, rantai leher dan bermacam-macam lagi benda yang sememangnya kita tidak perlukan
untuk hidup.

Perbelanjaan sara hidup kategori “kehendak” inilah yang perlu kita kurangkan. Disini, saya
bukanlah bermaksud anda tidak boleh langsung membeli “benda-benda” tersebut. Boleh! Tiada
masalah.. anda boleh beli semua itu, tetapi bukan sekarang. Ingat kembali situasi serta matlamat
hidup anda pada waktu ini... anda kini sedang berusaha untuk menyimpan wang untuk
merealisasikan impian rumahtangga anda yang indah. (Bayangkan kembali situasi berdua-duaan di
ruang tamu di depan TV... oh!)

Jadi, tangguhkan dulu semua hasutan-hasutan serta godaan-godaan untuk kelihatan “bergaya”
tersebut.. ini bukanlah masanya.

Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan kita merasa duit yang kita perolehi sentiasa tidak
mencukupi. Oleh itu, pengawalan yang ketat serta pengurangan kepada kehendak perlulah
dilakukan. Antara perbelanjaan yang termasuk di dalam kategori kehendak ialah seperti rokok,
menonton wayang, membeli majalah & komik, membeli cd & vcd, membeli pakaian berjenama
yang mahal, minyak wangi, ubahsuai kenderaan dan bermacam-macam lagi mengikut diri anda
sendiri.

Mungkin anda boleh membuat senarai dan mengenalpasti “benda-benda” yang anda selalu beli
setiap bulan , bahagikan ia kepada dua kategori, iaitu.. KEPERLUAN, dan juga KEHENDAK.
Apabila anda telah berjaya mengenalpasti “benda-benda” pada kedua-dua kategori tersebut,
insyaallah duit anda akan lebih terurus dan “sindrom kesempitan duit setiap bulan” yang sering
melanda akan dapat diatasi dengan mudah.

Seterusnya, saya akan memberikan anda beberapa tips serta teknik yang praktikal yang boleh anda
lakukan untuk mengawal atau mengurangkan perbelanjaan sara hidup anda.

 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
  Bab 5 : Mengurangkan Perbelanjaan Sara Hidup  
<<back - index - next>>

5.1) Berpuasa
 
Ya, berpuasa, selain dapat menjimatkan wang anda, kaedah ini juga dapat menambahkan pahala
serta mengawal nafsu anda yang sememangnya sedang bergelora itu. Jika seminggu anda dapat
berpuasa sunat selama 2 hari, iaitu pada hari Isnin dan Khamis, anda telah pun berjaya menjimatkan
wang anda sebanyak RM10 seminggu bagi kos makan tengahari anda.
 
Anda jimat : RM40 sebulan / RM520 setahun
 
 
5.2) Majalah Picisan & CD
 
 

Tidak dinafikan, anak muda sememangnya suka membeli majalah dan juga CD untuk hiburan serta
koleksi mereka. Tidak kiralah majalah tersebut komik, atau majalah yang berkaitan dengan minat
mereka seperti motor, kereta, sukan, komputer dan sebagainya. Minat terhadap membaca memang
harus dipuji. Tetapi jika minat tersebut boleh menjadikan seseorang itu bankrap, ia bukanlah sesuatu
yang elok untuk terus diamalkan.

Kebiasaannya, orang-orang bujang akan duduk serumah dengan rakan-rakannya yang lain yang
mempunyai minat yang sama. Jika anda minat membaca komik, biasanya rakan serumah anda juga
minat membaca komik.

Dan pada kebiasaannya, akan ada seorang yang menjadi pembekal sumber atau “tokan” di dalam
rumah tersebut. Iaitu, orang yang akan membeli semua komik serta vcd cerita-cerita yang terkini,
manakala yang lain pula akan meminjam dan menontonnya bersama.

Jadi, jika anda adalah orang yang menjadi “tokan”, anda perlulah berhenti menanggung gelaran itu.
Pindahkan tanggungjawab itu kepada rakan anda yang lain.

Cara untuk memindahkannya mudah sahaja, anda perlulah berhenti membeli majalah-majalah serta
CD tersebut untuk beberapa bulan. Apabila anda berhenti, secara automatik dalam jangkamasa tidak
lebih 2 bulan, salah seorang rakan anda yang telah ketagihan dengan tabiat membaca komik tersebut
akan mula mengambil tanggungjawab “tokan” dengan membeli majalah tersebut.

Tadaaa… kini anda telah pun berjaya mengurangkan perbelanjaan sehingga RM50 sebulan yang
selalunya digunakan untuk membeli majalah serta CD.
 
Anda jimat : RM50 sebulan / RM600 setahun
 
 
5.3) Menonton Wayang
 
 

Sewaktu saya bujang dahulu, saya mempunyai seorang rakan serumah yang terlampau gemar
menonton wayang. Boleh dikatakan setiap minggu beliau akan menonton wayang bersama
kekasihnya. Paling kurang pun, 2 kali seminggu. Saya tidak pasti cerita apa yang ditontonnya, tetapi
menurut rakan serumah saya yang lain, rakan serumah saya yang gemar menonton wayang itu akan
menonton apa sahaja cerita yang ditayangkan, tidak kiralah cerita melayu, cina, inggeris hatta cerita
tamil pun turut ditontonnya.

Ayoyo!.. Jadi tidak hairanlah jika setiap hujung bulan, beliau pasti liat untuk membayar duit sewa
rumah, kerana kebanyakan duitnya digunakan untuk menonton wayang bersama kekasihnya.
Bayangkan, jika sekali beliau menonton wayang bersama kekasih beliau, beliau akan memerlukan
sekurang-kurangnya RM20 untuk membeli tiket dan juga “pop corn” dan juga minuman. Jika
seminggu 2 kali menonton wayang, maka sebulan beliau akan membelanjakan kira-kira RM160
sebulan.

Jadi, kurangkanlah menonton wayang, tetapi, jika ada rakan-rakan anda yang sudi “belanja” anda..
jangan lepaskan pula..
 
Anda jimat : RM160 sebulan / RM 1,920 setahun
 
 
5.4) Merokok
 

Selain boleh merosakkan jantung dan kesihatan, merokok juga boleh menyebabkan kesakitan
kepada poket. Kebanyakan orang tidak mahu berhenti merokok kerana mereka mengatakan mereka
telah ketagih dan sangat sukar untuk memberhentikan tabiat tersebut. Tetapi, pada pendapat saya,
semua orang sebenarnya boleh berhenti merokok, yang membezakan sama ada boleh atau tidak
hanyalah keazaman seseorang. Jika hanya sekadar cakap-cakap sahaja sememangnya ia tidak akan
berjaya.

Orang-orang yang ketagihan rokok ini biasanya tidak mahu percaya dengan fakta-fakta serta
keburukan merokok yang sememangnya telah terbukti hasil daripada kajian-kajian saintifik yang
dijalankan. Ini kerana, kesan-kesan yang buruk terhadap merokok biasanya mengambil masa yang
agak lama untuk kelihatan. Andaikan jika kesan tersebut berlaku secara mendadak, misalnya, jika
seminit selepas dia menghisap rokok, kemaluannya akan hilang. Pasti dia akan berhenti dan
bertaubat tidak mahu menghisap rokok lagi. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, biasanya, kesan
mati pucuk di sebabkan merokok mengambil masa yang lama, iaitu antara 10-20 tahun yang akan
datang.

Merokok hanya akan memberikan keburukan, tiada langsung kebaikan padanya. Jika ada yang
mengatakan, merokok boleh menjadikan mereka lebih ramai kawan, ramai lagi orang yang tidak
merokok mempunyai kawan yang lebih ramai daripada orang tersebut. Yang penting adalah sikap
serta ke”ramah”an seseorang, bukannya disebabkan tabiat merokok yang mereka miliki.

Jadi, sememangnya tiada satu pun faedah yang diperolehi daripada merokok.

Perokok biasanya akan membeli 2 kotak rokok seminggu. Satu kotak rokok pula berharga dalam
RM5. Sebulan RM40 akan digunakan, hanya untuk merosakkan jantung dan mematikan pucuk. Oh!

Anda jimat  : RM40 sebulan /  RM480 setahun


 
 
5.5) Membasuh Pakaian
 

Jika dirumah bujang anda mempunyai mesin basuh, sudah pastinya kerja membasuh pakaian anda
tidak akan menjadi masalah. Tetapi jika tiada mesin basuh ataupun mesin basuh yang ada telah
rosak, biasanya, orang bujang lebih suka menghantarkan sahaja baju mereka ke kedai dobi.
Kos setiap minggu menghantar pakaian ke kedai dobi biasanya dalam lingkungan RM10 sekali
hantar. Maklumlah, seminggu pakaian kotor dikumpulkan, pastilah agak banyak untuk dibasuh.

Rajin-rajinkanlah diri membasuh pakaian sendiri. Selain dapat menjimatkan duit, anda juga dapat
menguatkan tangan anda kerana kerap memberus dan menyental.

Tetapi jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membasuh serta merasa sungguh letih untuk
membasuh pakaian anda menggunakan tangan, apa kata anda berpakat dengan rakan-rakan serumah
anda yang lain untuk membeli sebuah mesin basuh secara berkongsi. Sebuah mesin basuh separuh
automatik kini boleh didapati di dalam lingkungan harga RM300. Jika anda mempunyai 5 orang
rakan serumah, maka seorang hanya perlu menyumbang RM50 sahaja. Jumlah itu adalah lebih
berbaloi jika dibandingkan dengan anda menghantar baju anda ke kedai dobi setiap minggu.
 
Anda jimat : RM40 sebulan / RM520 setahun
 
 
5.6) Penggunaan Minyak Kenderaan & Berkongsi Kenderaan
 
 

Kaedah penjimatan ini amat memberikan kesan yang besar kepada wang anda. Lebih-lebih lagi
dengan kenaikan harga minyak yang sering berlaku kebelakangan ini.

Jika anda mempunyai kereta dan motorsikal, adalah lebih baik anda menggunakan motorsikal sahaja
untuk pergi ke tempat kerja. Jarak 10km dari rumah ke pejabat biasanya memerlukan kos minyak
sebanyak RM40 seminggu jika menggunakan kereta. Tetapi, jika menggunakan motorsikal, kos
minyak yang diperlukan hanyalah dalam RM10 sahaja seminggu. Disini, RM30 dapat dijimatkan
setiap minggu.

Tetapi, kaedah ini bukanlah sesuai untuk semua orang, bagi sesetengah orang menaiki kenderaan
awam seperti bas, LRT atau komuter lebih menjimatkan. Jika begitu, kenalpastilah kaedah manakah
yang boleh menjimatkan wang anda untuk pergi ke tempat kerja.

Satu lagi kaedah adalah dengan mengamalkan konsep berkongsi kenderaan.

Saya faham, tidak ramai yang sanggup untuk melakukan kaedah ini. Tetapi, tidak mengapalah..
mungkin anda berminat untuk mencuba?

Mungkin anda mempunyai rakan serumah yang sama tempat kerja dengan anda, ataupun jiran-jiran
berdekatan yang sama tempat kerja dengan anda. Berbincanglah dengan mereka bagaimana anda
dapat berkongsi kenderaan dengan mereka, mungkin setiap hari Isnin dan Selasa anda akan
menumpang mereka, manakala pada hari Rabu dan Khamis, mereka pula menumpang anda.
 

Anda jimat : RM120 sebulan / RM1,440 setahun.

<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 5 : Mengurangkan Perbelanjaan Sara Hidup   
<<back - index - next>>

5.7) Bil Telefon


 
Saya tahu, kebanyakan orang yang sedang mabuk bercinta memang amat menggemari aktiviti ini.
Bergayut berjam-jam di telefon. saya juga pernah mengalaminya, kadang-kadang, bil telefon yang
terpaksa dijelaskan boleh mencecah sehingga RM500 sebulan. Jadi, apa yang saya lakukan ialah, saya
mengambil langkah drastik dengan memotong talian telefon tetap di rumah saya. Pada mulanya, saya
agak kurang selesa dan berasa sedih juga kerana tidak dapat lagi berbual lama-lama dengan kekasih
hati menerusi telefon. Tetapi lama-kelamaan perkara tersebut menjadi biasa, saya lebih gemar
ber”sms” dan menggunakan kad prabayar, dan kaedah ini lebih menjimatkan.

Untuk lebih menjimatkan adalah lebih baik jika anda serta kekasih anda menggunakan penyedia
perkhidmatan telefon yang sama seperti maxis ke maxis, atau celcom ke celcom. Ini kerana, kadar sms
kepada penyedia perkhidmatan talian telefon yang sama biasanya lebih murah. Jadi, jika anda dan
kekasih anda menggunakan talian telefon yang berbeza, salah seorang daripada anda perlulah menukar
nombor telefon.

Selain itu anda perlulah lebih ramah serta menghargai masa anda berdua bertemu. Sesetengah
pasangan kekasih hanya berdiam diri sahaja apabila berjumpa, tetapi apabila bercakap melalui telefon,
banyak pula ceritanya. Jika anda berjaya mengubah sedikit sikap tersebut, nescaya anda akan berjaya
menjimatkan lebih banyak wang anda.
 
Anda jimat : RM200 sebulan / RM2,400 setahun
 
 
5.8) Barang Kosmetik
 
Bukan sahaja perempuan, lelaki juga kadangkala sanggup berhabisan beratus-ratus ringgit sebulan
untuk membeli bahan kosmetik seperti minyak wangi, bedak, deodoran, pencuci muka dan sebagainya,
metroseksual lah katakan. Walaupun gaya penampilan diri amat penting bagi, tetapi jika ia boleh
mengosongkan poket, bagi saya, semua itu tidak bermakna. Bak kata makcik penjaga restoran
berhampiran tempat kerja saya, “Setakat bergaya je tapi duit tarak... baik tak payah! Makan mee
goreng pun nak masuk buku ke!”. Oh!

Oleh itu, berpada-padalah apabila membeli barang kosmetik, minyak wangi misalnya, tidak perlulah
beli yang beratus-ratus ringgit, sedangkan baunya sama sahaja dengan bau minyak wangi “berjenama
tiruan” . Tiada banyak perbezaan pun.
 
Anda jimat : RM50 sebulan / RM600 setahun
 
 
5.9) Menggunting Rambut
 
Jika anda mempunyai rakan serumah atau rakan rapat yang mahir menggunting rambut, mintalah
bantuan mereka untuk menggunting rambut anda. Pada kebiasaannya, rakan-rakan anda akan
menolong anda secara percuma. Tetapi jika anda tidak mempunyai rakan-rakan yang mahir
menggunting rambut, mungkin anda boleh membeli set menggunting rambut di pasar malam yang
berharga dalam lingkungan RM10 dan kemudiannya memberikan kepala anda sebagai bahan latihan
menggunting rambut bagi rakan anda. Oh!

Rambut anda mungkin kelihatan agak pelik untuk beberapa bulan, namun lama kelamaan, mungkin 2-3
bulan, rakan anda akan semakin mahir dan rambut anda akan kelihatan rapi. Tetapi, jika rakan anda
masih juga tidak mahir-mahir menggunting rambut anda, mungkin sudah tiba masanya anda
mempertimbangkan fesyen botak di dalam hidup anda….. “world” mawi kata.
 
Anda jimat : RM10 sebulan / RM120 setahun
 
 
5.10) Bersukan
 
Aktiviti sukan sememangnya bagus untuk kesihatan. Dalam bersukan, seelok-eloknya, lakukanlah
aktiviti sukan yang tidak memerlukan pengeluaran wang yang banyak. Contohnya adalah seperti
berjoging di taman bunga dan juga bermain bola bersama rakan-rakan di padang terbuka. Buat masa
ini, elakkan aktiviti sukan yang memerlukan anda mengeluarkan duit seperti aktiviti di gym dan futsal.
Aktiviti sukan ini biasanya memerlukan anda membayar sejumlah yuran keahlian serta yuran
penyewaan peralatan dan gelanggang. Sebenarnya, tiada beza aktiviti sukan yang berbayar dengan
yang percuma, anda masih boleh menjadi sihat dengan hanya berjoging di taman. Malah hidup anda
juga akan lebih gembira kerana kini mampu berlari di taman dengan poket yang penuh berisi wang.
 
Anda jimat : RM50 sebulan / RM600 setahun
 
 
5.11) Membeli-Belah
 
 

Kepada mereka yang suka membeli-belah, Saya ada beberapa tips yang boleh dikongsikan sewaktu
ingin membeli barang.

Tips #1 : Gunakan strategi “keperluan & kehendak”

Sebelum membelanjakan duit anda walaupun seringgit, tanya terlebih dahulu kepada diri anda.
“Adakah anda benar-benar memerlukan barang ini?, atau... anda hanya sekadar ingin
memilikinya?”. Anda mungkin perasan, sebelum ini, anda pernah membeli sesuatu hanya kerana
mata anda terpikat dengan kecantikan barangan tersebut, atau kerana rakan anda juga mempunyai
barangan yang sama. Semua pembelian itu boleh dianggap tidak berbaloi dan membazir sahaja. Ini
kerana, anda membeli barang tersebut bukan disebabkan keperluan, tetapi hanya sekadar tertarik
dengan kecantikan dan pengaruh rakan atau iklan. Kebiasaannya, barangan tersebut akan terbiar dan
tidak akan digunakan oleh anda.

Tips #2 : Senaraikan item yang ingin dibeli

Sebelum pergi membeli-belah, anda hendaklah menyenaraikan terlebih dahulu barangan-barangan


yang anda ingin beli. Dengan melakukan kaedah ini, anda akan mempunyai matlamat yang jelas
apabila sampai di pasaraya. Tidak seperti orang lain yang tidak mempunyai senarai, biasanya
mereka ini akan mengambil apa sahaja barangan yang mereka nampak mengikut kesukaan hati dan
tangan mereka. Akibatnya, mereka selalunya terpaksa membayar lebih daripada wang yang mereka
peruntukkan.

Tips #3 : Jangan membeli barangan yang anda akan gunakan pada masa hadapan

Anda telah menyiapkan senarai belian, anda ingin membeli ubat gigi, sabun serta roti. Tetapi semasa
anda sedang berjalan-jalan mencari barangan yang anda ingin beli, anda ternampak satu permaidani
yang dijual dengan harga diskaun. Melihat permaidani tersebut, fikiran anda mula terbayang. Tahun
hadapan, anda akan mendirikan rumah tangga. Jadi, eloklah jika anda membeli permaidani tersebut
sekarang memandangkan harganya sudah diberi potongan. Anda pun membelinya dan
menyimpannya di bilik anda. Setelah setahun berlalu, anda telah berjaya melangsungkan
perkahwinan. Kakak ipar anda dengan murah hatinya menghadiahkan sebuah permaidani kepada
anda sebagai hadiah perkahwinan anda. Anda berasa sungguh gembira kerana permaidani yang anda
beli dulu telah pun kotor serta lusuh.

Tips #4 : Beli sewaktu anda kenyang

Ini kerana, manusia secara semulajadinya mempunyai nafsu yang lebih besar ketika mereka berada
dalam kelaparan. Lihatlah sahaja ketika di bulan Ramadhan, berapa banyakkah juadah yang biasa
dibeli untuk berbuka, sedangkan yang dijamah hanya sedikit sahaja.

Tips #5 : Beli barangan keperluan secara pukal.

Jika anda menggunakan barangan tersebut setiap minggu atau bulan. Mungkin anda boleh
mempertimbangkannya untuk membeli secara pukal atau dozen. Barang-barang yang dimaksudkan
adalah seperti sabun mandi, serbuk pencuci, sabun pencuci pinggan dan sebagaimya. Ini kerana,
harga barangan ini adalah lebih murah jika anda membelinya secara pukal atau di dalam bekas
sukatan yang lebih besar.
 
Tips #6 : Menawar seboleh mungkin
Jangan lupa untuk membuat penawaran harga sewaktu anda membeli barangan. Kadangkala, pihak
peniaga sengaja meletakan harga yang tinggi pada tanda harga barangan jualan mereka, tidak ada
salahnya untuk anda bertanya dan meminta sedikit potongan harga. Saya pernah berjumpa dengan
penjual telefon bimbit yang meletakkan harga jualan sehingga Rm600 pada telefon bimbit yang
dijualnya. Apabila saya bertanya, berapa harga   yang boleh diberikan jika saya ingin membeli
telefon tersebut, dengan pantas peniaga tersebut mengatakan harganya hanyalah RM350 sahaja.
Saya agak terkejut juga lalu bertanya mengapa beliau meletakkan harga RM600 pada tanda harga
telefon bimbit tersebut?. Dengan selamba beliau menjawap, harga tersebut adalah untuk pekerja-
pekerja asing seperti dari Bangladesh, Vietnam dan Myanmar yang selalu datang ke kedainya. Saya
diberitahu, pekerja-pekerja asing ini selalunya akan menawar harga yang tidak masuk akal, pada
kebiasaannya, mereka akan meminta pengurangan harga sehingga RM200- RM300 bagi sesuatu
barangan yang mereka ingin beli. Jadi, untuk mengatasi penawaran harga tersebut, maka peniaga-
peniaga ini akan meletakkan tanda harga yang agak tinggi pada produk jualan mereka. Jadi, jangan
biarkan diri anda termasuk ke dalam golongan pekerja-pekerja asing. 
 
 
Tips #7 : Membeli barangan terpakai.

Bagi barangan seperti pakaian, atau pun barangan-barangan elektrik seperti   periuk nasi,   mesin
basuh, telefon bimbit, komputer dan sebagainya. Mungkin “barangan terpakai” boleh anda
pertimbangkan. Namun begitu, anda perlulah pastikan ianya masih berkualiti dan boleh digunakan.
Adalah lebih baik lagi jika anda mendapatkan barangan-barangan terpakai ini daripada pihak-pihak
yang terdesak seperti rakan anda yang terpaksa menjualkan telefon bimbit atau komputer ribanya
untk menjelaskan hutang mereka yang tertunggak, ataupun daripada jiran-jiran anda yang ingin
berpindah rumah dan mahu menjualkan kesemua barang-barang di dalam rumahnya.

<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 5 : Mengurangkan Perbelanjaan Sara Hidup   
<<back - index - next>>

5.12) Menghadiri Majlis-majlis Jamuan


 
Ini satu lagi teknik yang dapat menjimatkan duit anda, jangan sekali-kali menolak pelawaan atau
jemputan ke majlis-majlis jamuan yang biasanya menyediakan makanan percuma. Aktiviti ini akan
menjadi lebih meriah apabila tiba bulan Ramadhan dan juga Syawal. Sepanjang bulan Ramadhan,
pada kebiasaannya, masjid-masjid yang besar akan menyediakan hidangan berbuka puasa percuma
kepada orang ramai.
 
Jadi, jika rumah anda berdekatan dengan masjid tersebut, gunakanlah peluang ini seadanya, berbuka
sahaja di masjid tersebut. Aktiviti ini akan menjadi lebih meriah jika anda dapat mengajak rakan-
rakan serumah anda yang lain untuk menyertainya.
 
Pada bulan Syawal pula, kebiasaannya, ramai rakan-rakan pejabat anda akan mengadakan jamuan
rumah terbuka. Jadi, seperti biasa, bak kata orang-orang tua, “rezeki jangan ditolak, musuh jangan
dicari”.
 
Anda jimat : RM300 setahun
 
 
5.13) Kandungan Telefon Bimbit
 
Sesetengah orang memang suka menunjuk-nunjuk dengan rakan-rakannya tentang nada dering serta
“games” terbaru yang terdapat di telefon bimbitnya. Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang
menyuruh rakannya menelefonnya sewaktu dia berada di gerai makan. Tujuannya hanyalah untuk
menunjukkan kepada orang lain di sekeliling mereka mengenai lagu nada dering yang terdapat di
telefon bimbitnya. Saya hanya tersenyum, tetapi jika tiada orang disekeliling, sudah pastinya saya
bergolek-golek di atas lantai sambil ketawa melihat telatah pemuda tersebut. Sedarlah, beliau tidak
kelihatan “cool” langsung dengan hanya memiliki nada dering atau “games” terbaru di telefon
bimbitnya setiap minggu.
 
Anda jimat : RM20 sebulan / RM240 setahun
 
 
5.14) Mengikuti Perkembangan Peralatan IT
 
Setiap hari, kita sering didedahkan dengan iklan-iklan di TV, di akhbar, di papan-papan tanda dan
juga internet. Pemikiran kita di sogokkan dengan bayangan kehidupan yang lebih menyeronokkan
sekiranya kita memiliki sesuatu barangan dengan teknologi yang terkini seperti telefon berkamera,
pemain mp3, kamera digital dan bermacam-macam lagi gajet IT.

Semua barangan ini sedang mengalami proses evolusi yang pantas pada masa ini. Kita dapat lihat,
telefon bimbit yang baru kita beli dengan ciri-ciri yang canggih akan menjadi ketinggalan dalam
masa 6 bulan sahaja.

Sememangnya, dunia IT adalah merupakan dunia yang paling pantas berkembang pada masa kini.
Oleh itu, tidak ada gunanya kita menukar telefon bimbit setiap enam bulan hanya kerana ingin cuba
mengikuti perkembangannya. Gunakanlah telefon yang bersesuaian dengan anda. Jika anda hanya
menggunakan telefon sebagai alat untuk menelefon dan menghantar sms, rasanya, tidak perlulah
anda memilih telefon yang terlalu canggih yang mempunyai kamera, kemudahan wifi atau
“bluetooth” serta seribu satu macam perkara yang sememangnya tidak anda gunakan.
Apa gunanya membelanjakan beribu-ribu duit hanya untuk membeli telefon yang mempunyai
pelbagai ciri tetapi tidak digunakan.

Saya mempunyai rakan yang telah membeli telefon berkamera sewaktu telefon tersebut baru
diperkenalkan di pasaran. Mengikut iklan di TV, apabila kita mempunyai telefon kamera, maka
bolehlah kita mengambil apa-apa gambar yang menarik dan menghantarkannya kepada rakan kita
yang lain. Tetapi malang sekali, rakan saya tadi tidak mempunyai rakan lain yang mempunyai
telefon secanggihnya. Jadi, semua gambar yang diambil, terpaksa di simpan sahaja di telefonnya.
Tidak seronok langsung…. Oh!
 
Anda jimat : RM800 setahun
 
 
5.15) Ber”dating”
 
Alam percintaan memang menyeronokkan, setiap hari hati asyik terbayang kekasih hati. Pagi, rindu
pada si dia, siang, rindu pada si dia, petang, rindu pada si dia, malam… lagilah bertambah-tambah
rindu, lebih-lebih lagi sewaktu ingin tidur. Oh!

Jadi, tidak hairanlah jika kita sering terlihat pasangan kekasih asyik berkepit sahaja pagi petang siang
dan malam. Menanggung rindulah katakan. Sesetengah pasangan, kurang bijak merancang tempat
pertemuan mereka, mereka lebih suka membeli-belah, menonton wayang serta menikmati makanan
di restoran yang mewah.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aktiviti yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sewaktu
anda berdua ber”dating”. Anda boleh mencuba menikmati makanan bersama di gerai mamak atau
menikmati cendol di tepi jalan, atau membeli burger dan menikmatinya di taman bunga dengan
kekasih anda. Percayalah, kenangan-kenangan beginilah yang akan lebih diingati dan mampu
membuatkan anda tersenyum berbanding kenangan menonton wayang atau makan di restoran
makanan segera. Apa-apa pun, rasanya adalah lebih elok jika aktiviti ber”dating” ini dikurangkan,
“Itu lebih afdal...” kata orang-orang tua.
 
Anda jimat : RM50 sebulan / RM600 setahun
 
 
5.16) Mengubahsuai Kenderaan
 
Anak muda terutamanya yang digelar “mat rempit” sememangnya mempunyai minat yang mendalam
terhadap motor. Padanya, motornya lebih berharga daripada semua benda di dunia ini, termasuklah
kekasihnya. Jadi tidak hairanlah jika mat-mat rempit ini sanggup berhabisan duit semata-mata ingin
“menyolek” motorsikal kesayangannya. Mereka akan menukar tayar dan sportrim, menukar ekzos,
mengubahsuai enjin, menukar cat, menukar kusyen tempat duduk dan bermacam-macam lagi.
Semuanya, bagi membolehkan motorsikalnya bertambah laju dan cantik “konon-kononnya”.

Sikap mengubahsuai kenderaan sebenarnya hanyalah merupakan pembaziran, tidak ada awek pun
yang sebenarnya menyukai mat rempit, kecuali awek-awek yang telah kerosakan akhlak. Saya pasti,
jika ditanya kepada mat-mat rempit ini, wanita bagaimanakah yang ingin dijadikan isteri? Sudah
pastinya jawapan yang diberikannya ialah wanita yang baik-baik dan “solehah”. Oh! Allah sudah
berfirman di dalam suran an-Nur

"Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita
yang baik...." (An-Nur : 26)

Jadi.. sedarlah, sebenarnya, tiada seorang pun wanita solehah yang ingin bersuamikan mat rempit.
Tidak ada gunanya membazirkan duit mengubahsuai “motor” hanya semata-mata untuk “bergaya
dan berniat memancing awek”. Tiada satu awek pun yang akan terpikat kepada seseorang semata-
mata disebabkan oleh “motor” yang dimilikinya. Sudahlah habis beratus-ratus ringgit, awek tak
dapat, kini pemiliki motor tersebut sering menjadi buruan polis pula.
 
Anda jimat : RM50 sebulan / RM600 setahun
 
 
5.17) Hobi
 
Hobi sememangnya amat seronok dilakukan ketika di waktu lapang. Tidak kiralah sama ada hobi
anda itu ialah mengumpul setem, mengumpul duit syiling, bermain muzik, bermain kereta kawalan
jauh, bermain skateboard atau pun berkaraoke.

Tetapi, jika hobi tersebut memerlukan anda mengeluarkan wang setiap kali melakukannya, rasanya,
tibalah masanya untuk anda mempertimbangkan semula akan hobi itu. Mungkin anda boleh
mengurangkan sedikit aktiviti hobi anda, jika dulu anda melakukan hobi anda setiap minggu,
mungkin kini anda boleh lakukannya sekali dalam masa 2 minggu, ataupun sekali sahaja sebulan.

Jika dulu anda menghabiskan sehingga RM50 setiap minggu untuk membeli minyak bagi bermain
kapalterbang kawalan jauh, tetapi setelah anda mengurangkan aktiviti hobi anda itu, dan anda hanya
melakukannya sekali sahaja sebulan, anda sudahpun dapat menjimatkan wang anda sebanyak
RM150 sebulan.

Malah, jika boleh, anda berhentikan seketika hobi anda pada waktu ini, sehinggalah wang yang
terkumpul untuk perkahwinan anda sudah benar-benar mencukupi.
 
 
Anda jimat : RM200 sebulan / RM2,400 setahun
 
5.18) Perbankan Internet
 
Pada masa kini, perbankan internet telah menjadi semakin popular. Malahan, pada tahun 2004, 33%
pengguna internet di Asia menggunakan internet untuk tujuan kewangan dan perbankan. Hampir
semua bank perdagangan kini telah menyediakan kemudahan perbankan internet kepada pelanggan-
pelanggan mereka.

Jadi, memang teramat rugi jika anda tidak menggunakan kemudahan ini dan mengambil manfaat
daripadanya.

Selain daripada menjimatkan masa, perbankan internet sememangnya amat memudahkan hidup kita
dalam menguruskan urusan kewangan serta urusan peribadi kita seperti membayar bil air, bil
telefon, bil elektrik, bil kad kredit dan macam-macam lagi bil yang wujud dalam hidup kita. Dengan
adanya perbankan internet, kita tidak perlu lagi ke pejabat pos atau bank, mencari tempat letak
kenderaan dan juga beratur panjang. Semua ini sudah pastinya dapat menjimatkan masa yang begitu
berharga dan juga wang daripada membayar duit petrol dan juga tempat letak kenderaan.

Jadi, jika bank anda ada menawarkan kemudahan perbankan internet, janganlah mensia-siakannya.
Gunakan kemudahan tersebut.
 
Anda jimat : RM10 sebulan / RM120 setahun
 
 
Itulah antara beberapa tips penjimatan wang yang dapat saya kongsikan disini. Sebenarnya masih
banyak lagi tips-tips penjimatan wang yang boleh anda amalkan. Apa yang perlu disedari ialah,
hakikatnya, kita boleh menjimatkan banyak wang sewaktu ingin berbelanja, apa yang penting, kita
perlulah bijak dan berhati-hati. Pastikan dengan betul sesuatu barang yang ingin dibeli itu, adakah
ianya sesuatu keperluan ataupun hanya kehendak dan keinginan yang boleh ditangguhkan?

Kini bayangkan, seringgit anda menyimpan, maka setapak anda melangkah hampir ke
gerbang perkahwinan anda. Tetapi jika seringgit duit dikeluarkan, selangkah anda mengundur
daripadanya. Jika anda mengikuti tips-tips yang telah saya berikan di atas sepanjang tempoh usaha
mengumpul duit untuk perkahwinan anda, insyaallah, anda mampu berjimat dan menyimpan wang
anda sebanyak RM10,000 dalam jangkamasa setahun.

Walaubagaimanapun, anda tidaklah perlu melakukan semua perkara yang telah saya nyatakan diatas,
pilihlah yang mana yang anda rasakan sesuai dan “kena” pada anda untuk diamalkan.

Kadangkala, kita terlalu mengambil mudah dengan perbelanjaan kita, “Alaaa… apa salahnya!
RM3.50 sahaja harga majalah ini”. Jika sekali imbas, memanglah murah, tetapi jika dikumpulkan
dan dikira… pasti anda akan terkejut dengan jumlah wang yang anda telah keluarkan disebabkan
alasan… “Alaaa… murah je benda nie!”.

Oleh itu, berbelanjalah dengan bijak. Nescaya, perjalanan anda menuju ke gerbang perkahwinan
akan menjadi singkat dan mudah.

 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 6 : Hah? Saya Ada Berhutang ke?   
<<back - index - next>>

BAB 6  :  Hah?  Saya  Ada 


Berhutang Ke?
Kini, setelah mampu berjimat dan berjaya mengumpul wang sebanyak RM10,000 hasil daripada
langkah pertama iaitu dengan “Mengurangkan Kos Perbelanjaan Sara Hidup”.

Kini, langkah seterusnya pula yang perlu diketahui di dalam Teknik Asas Kitaran wang, ialah
mengenai “Hutang”.

Ikuti kisah berikut…

Ali baru sahaja tamat pengajian, dan kini Ali perlu membayar semula hutang pinjaman yang telah
digunakan sewaktu belajar dahulu. Hutang sewa beli motorsikal Ali masih ada beberapa bulan lagi
untuk dilangsaikan.

Setelah mendapat pekerjaan, Ali mula bergaul dengan rakan-rakan pejabat lain yang kebanyakannya
telah lama bekerja dan mempunyai kehidupan yang agak stabil. Setiap hari Ali datang ke tempat
kerja menaiki motorsikal dan ia membuatkan Ali terasa sungguh kerdil. Apa tidaknya, boleh
dikatakan hampir semua rakan kerja Ali menaiki kereta ke pejabat, hanya Ali dan beberapa lagi
orang pekerja baru sahaja yang menaiki motor ke pejabat. Setelah 6 bulan bekerja, Ali sudah mula
mengira-ngira wang simpanannya untuk dibuat bayaran pendahuluan untuk kereta barunya. Setelah
dikira-kira dan dibuat tinjauan, nampaknya, Ali hanya mampu membeli sebuah kereta terpakai
sahaja. Alang-alang membeli kereta, Ali mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta cap
harimau daripada kereta cap kancil yang pada citarasa Ali terlalu kecil dan kurang selesa untuk
dipandu.

Tanpa berfikir panjang lagi, Ali mula bertekad dan membeli kereta tersebut. Bayaran pendahuluan
hanyalah RM1,000 dan setiap bulan Ali perlu membayar RM500 selama 7 tahun.

Kini Ali sudah mempunyai kereta dan bolehlah berbangga sedikit apabila pergi ke pejabat. Setelah
sebulan membeli kereta, Ali kemudiannya menerima satu panggilan telefon daripada pihak bank
yang telah memberi pinjaman bagi pembelian keretanya dulu. Kini mereka menawarkan pula
sekeping kad kredit yang mempunyai nilai kredit sebanyak RM3,000 kepada Ali. Oleh kerana Ali
masih tidak mempunyai kad kredit, Ali berasa sungguh seronok dan teruja dengan tawaran tersebut.
Ali pun terus bersetuju dan seminggu selepas itu, kad kredit tersebut sampai ke alamat rumahnya.

Setelah memperolehi kad kredit, Ali perlulah mengaktifkannya dengan menggunakannya buat
pertama kali dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan. Dengan perasaan yang gembira serta
sedikit berdebar-debar, Ali pergi ke pasaraya dan mengambil sepasang baju serta seluar yang
berharga dalam lingkungan RM80 untuk cuba membelinya dengan menggunakan kad kreditnya buat
pertama kali. Ali ke kaunter dan menghulurkan kad kredit yang baru beliau miliki itu dengan
perasaan berdebar-debar. Juruwang tersebut memberikan Ali sehelai kertas resit untuk
ditandatangani. Setelah menandatangani resit tersebut, juruwang tersebut memulangkan semula kad
kredit beliau dan menyerahkan pakaian yang beliau beli. Waaaahh!! Hati Ali melonjak-lonjak
gembira kerana kad kredit beliau sememangnya berfungsi dengan baik dan boleh digunakan untuk
membeli-belah.
Beberapa hari selepas itu, telefon bimbit Ali buat hal pula. Beliau baru sahaja mengecas baterinya,
tetapi apabila digunakan untuk menelefon, bateri telefon bimbit tersebut terus habis walaupun baru 5
saat Ali bercakap. Keesokan harinya, Ali pergi ke kedai telefon dan terus membeli telefon bimbit
baru yang berharga RM800 dengan menggunakan kad kredit beliau. “Ha! Ha! Ah! Puas hati aku”
ujar Ali..

Kini, setelah 3 bulan Ali memakai kereta dan memiliki kad kredit, Ali mula merasakan duit gajinya
seperti tidak mencukupi, beliau mula merasa hairan. Kemanakah hilangnya duit gaji beliau?

Kini Ali mula menyemak semula semua perbelanjaan beliau. Tiba-tiba… “BAMM!!” Ali tersedar,
hampir 2/3 daripada duit gajinya, habis digunakan hanya untuk membayar hutang sahaja pada setiap
bulan! Hutang pelajaran, hutang motorsikal, hutang kereta dan juga hutang kad kredit.

Tamat.....

Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini adalah mengenai bagaimana liciknya “hutang”
boleh menyelinap masuk ke dalam hidup kita tanpa kita sedari.

Kebanyakan daripada kita memang tidak menyedari bila masa hutang masuk ke dalam hidup kita.
Sewaktu pertama kali kita menerima duit pinjaman pelajaran suatu masa dahulu, adakah kita sedar
pada waktu itu, kita sebenarnya telahpun mula membuka pintu luas-luas dan mempersilakan
“hutang” masuk ke dalam hidup kita? Kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya kerana terlalu
gembira dan ber “joli katak” dengan duit yang diperolehi.

Kemudian, sewaktu membeli kereta, satu lagi “hutang” menyelinap masuk. Sememangnya kita tidak
sedar kerana “hutang” tersebut telah berselindung disebalik keseronokan dan keghairahan kita
memiliki kereta pertama. Begitu juga sewaktu kita mengatakan “ya” apabila ditanya “Adakah anda
ingin memiliki kad kredit?” Pada masa itu, sebelah kaki “hutang” telah pun melangkah masuk ke
dalam pintu hidup kita.

Selalunya, kita hanya akan menyedari kehadiran semua hutang-hutang ini apabila ia sudah sampai ke
paras leher dan mula menjerut..

“Tolong! Tolong!” anda mula menjerit…

“Tolong lepaskan aku dari semua hutang-hutang ini!!” anda menjerit dengan lebih kuat lagi...

Tere tet tene…..

“Jangan bimbang! Kapten PH (Pemusnah Hutang) datang menyelamatkan anda…!!!”


Ikuti kisah seterusnya, di episod akan datang... bagaimana Kapten PH beraksi dan membantu anda
melawan dan memusnahkan ke semua hutang-hutang anda.

Ops!!... bukan episod, tapi bab seterusnya!

Teruskan membaca..
 
 
 
 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 7 : Memusnahkan Hutang   
<<back - index - next>>

BAB 7: Memusnahkan
Hutang
Tahukah anda, mengikut ilmu kitaran wang yang baik jika anda ingin berhutang, anda perlulah
memastikan jumlah keseluruhan hutang sakit anda tidak melebihi 20% daripada pendapatan anda.
 
Nota: Hutang sakit adalah hutang yang tidak akan memberikan anda pulangan nilai yang lebih
tinggi setelah anda tamat membayarnya seperti kenderaan, perabot rumah, peralatan elektrik dan
sebagainya yang mempunyai nilai susut. Manakala, jika anda berhutang kerana membeli rumah
atau tanah, hutang tersebut di kira sebagai hutang sihat. Ini kerana, pada setiap tahun, nilai harta
seperti tanah atau bangunan akan bertambah.
 
Jadi, pada bab ini, saya akan berkongsi beberapa tips serta panduan dengan anda, bagaimana anda
dapat mengawal, mengurangkan serta melangsaikan bebanan hutang yang anda tanggungi.
 
 
1) Berdoa
 
Rasulullah SAW dalam solatnya berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan
kepada Mu dari seksa kubur. Aku memohon perlindungan dari fitnah Dajal. Aku pohon
perlindungan dari fitnah kehidupan dan kematian. Aku pohon perlindungan dari dosa dan hutang”.
 
Seorang sahabat kemudiannya bertanya mengapa baginda memohon perlindungan dari hutang. Maka
jawab Rasulullah SAW, “Sesungguhnya seseorang bila berhutang, maka ia akan berbicara lalu
berbohong, berjanji lalu ingkar.”
 
Jika Rasulullah SAW pun berdoa memohon agar dirinya dilindungi dari hutang, apatah lagi kita yang
kini hidup di zaman yang sememangnya tidak boleh terlepas dari berhutang. Beli kereta hutang, beli
rumah hutang, nak buat bisnes hutang, nak belajar pun berhutang... pendek kata, sampai matilah
berhutang. Jadi, berdoalah banyak-banyak kepada Allah SWT agar kita dibebaskan dari belenggu
hutang. Sesungguhnya, senjata orang mukmin itu adalah doa. Semoga Allah SWT memakbulkan doa
kita. Amiiinnn….
 
 
2) Berhenti Berhutang & Berhenti Menggunakan Kad Kredit
 
Langkah seterusnya adalah berhenti berhutang. Oleh kerana hutang sudah sampai ke tahap menjerut
leher, maka anda perlulah berhenti daripada terus membuat hutang. Jika anda tidak cukup duit untuk
membeli sesuatu, anda hanya perlu berkata di dalam hati dan terima hakikat.. “Buat masa ini, saya
tidak mampu untuk memilikinya..”

Kita perlu bijak mengawal “keegoaan” yang ada di dalam diri pada waktu ini, tidak ada gunanya kita
membeli & memiliki sesuatu dengan berhutang semata-mata ingin menunjuk-nunjuk yang kononnya
kita seorang yang berkemampuan, mempunyai citarasa tinggi dan “ada claasss” .

Jika boleh, keluarkan kad kredit anda daripada dompet anda dan sorokkannya di tempat lain seperti
di dalam laci atau di dalam kotak di bawah katil atau dimana-mana sahaja yang boleh anda sorokkan
dan lupakan.
 
 
3) Bayar Lebih
 
Senaraikan semua hutang anda berserta bayaran minimum yang perlu dibayar setiap bulan.
Kemudian, susun hutang anda secara menaik, hutang yang paling kecil jumlahnya sebagai no 1, dan 
hutang yang paling besar jumlahnya, pada kedudukan yang terakhir.
 
Katakan senarai hutang serta kadar bayaran minimun untuk hutang anda pada setiap bulan adalah
seperti berikut:-
 
Kad Kredit...............…..RM5,000  (RM500 sebulan)
Pelajaran (PTPTN)…….RM21,000 (RM120 sebulan)
Kereta………................RM45,000 (RM700 sebulan)   
 
 
Maka, dalam contoh diatas, anda perlulah membayar semua hutang anda pada kadar minimum,
tetapi bagi hutang kad kredit, anda perlu memperuntukkan wang yang lebih sedikit kepadanya.
Mungkin RM200 atau RM150 anda peruntukkan untuk membayar hutang kad kredit, bergantung
kepada keselesaan anda. Maksud “keselesaan” disini ialah keselesaan anda untuk hidup, sanggupkah
anda menahan lapar beberapa hari atau sanggupkah anda untuk tidak membeli baju baru bagi
menyambut perayaan tahun ini? Jika anda selesa dengan keadaan itu, teruskan. Tetapi jika anda
tidak selesa, bayar hutang anda pada kadar minimum. Jangan sesekali tidak membayar hutang anda.
Jika anda gagal membayar hutang, rekod anda akan menjadi buruk dan ini akan menjejaskan prestasi
kewangan anda pada masa hadapan. Iaitu sewaktu anda ingin membuat pinjaman bank bagi tujuan
yang lain pada masa akan datang.
 
Setelah hutang kad kredit anda selesai, peruntukkan pula wang yang lebih tadi kepada hutang kedua
iaitu hutang pelajaran. Dan begitulah seterusnya.
 
Tahukah anda, apabila anda membayar lebih kepada hutang anda, anda sebenarnya telah dapat
memendekkan tempoh hutang anda serta dapat menyelamatkan diri anda daripada dikenakan kadar
faedah yang lebih tinggi. Jadi, peruntukkanlah duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-
hutang anda.
 
 
4) Batalkan Kad Kredit Anda 
Setelah anda melangsaikan semua hutang kad kredit anda, batalkan semua kad kredit tersebut
kecuali satu, ini adalah bertujuan untuk memberikan anda bantuan kewangan jika pada suatu hari
nanti, anda menghadapi waktu-waktu kecemasan yang memerlukan anda menggunakan wang
melalui kad kredit.

Pada waktu-waktu begini, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan sejenis lagi kad
yang terdapat dipasaran, yang dikenali sebagai “kad debit”. Ianya sama seeprti kad kredit, bezanya,
untuk kad ini, anda perlu masukkan duitterlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya. Ala-ala
macam prepaid kad gitu..

Pada kebiasaannya, selepas anda membatalkan kad kredit anda, pihak bank yang menyediakan
kemudahan kad kredit tersebut akan menghubungi anda dan akan cuba memujuk anda untuk
mengaktifkannya semula dengan menawarkan anda beberapa kelebihan seperti tiada caj yuran
tahunan, nilai kredit ditambah menjadi lebih tinggi dan sebagainya. JANGAN mudah berlembut hati
dan tetapkan pendirian anda, katakan “TAK NAK” kepada mereka.
 
5) Pinjaman Semula 
Kaedah ini biasanya anda boleh gunakan bagi pinjaman kenderaan anda. Namun begitu, untuk
melakukan kaedah ini, anda perlulah berhati-hati dan mempertimbangkan beberapa perkara supaya
ia tidak membuatkan anda lebih terjerat dengan hutang anda.

Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan ialah kadar faedah yang dikenakan jika anda
membuat pinjaman semula. Adakah ia akan menjadi lebih tinggi atau lebih rendah? Katakan,
sewaktu anda membeli kereta anda dulu, kadar faedah bagi pinjaman anda ialah 5.5%, tetapi kini,
jika anda ingin membuat pinjaman semula, kadar faedah pinjaman tersebut adalah 4.2%, maka ia
berbaloi untuk dilakukan.

Selain itu, anda juga perlu lihat tempoh anda telah menggunakan kereta tersebut. Jika baru setahun
anda membeli kereta tersebut, biasanya, ia tidak berbaloi kerana nilai kereta tersebut biasanya
menjadi lebih rendah daripada jumlah hutang sedia ada. Ini bermaksud, anda perlu membayar
beberapa ratus atau ribu untuk membuat pinjaman semula. Jadi, untuk mengelakkan anda terpaksa
menambah bayar hutang anda, pastikan tempoh anda menggunakan kereta tersebut tidak kurang
daripada 3 tahun.

Walau bagaimanapun, untuk mendapat kepastian, anda boleh pergi ke bank dan bertanya sendiri
mengenai kadar faedah serta jumlah pinjaman semula yang boleh dibuat.
 
 
6) Pinjaman Peribadi
 
Satu lagi kaedah yang tidak jauh berbeza dengan kaedah pinjaman semula ialah kaedah pinjaman
peribadi. Untuk melakukan kaedah ini, anda perlulah mempunyai prestasi kewangan yang baik.
Iaitu, tidak pernah gagal membayar semua hutang anda sebelum ini.

Caranya begini, anda pergi ke bank dan memohon untuk membuat pinjaman peribadi, iaitu antara
RM5,000 hingga RM10,000. Kemudian, duit pinjaman itu anda gunakan untuk melangsaikan
kesemua hutang kad kredit anda serta beberapa hutang anda yang lain.

Tujuan kaedah ini sebenarnya adalah untuk menurunkan kadar faedah/bunga bagi hutang yang anda
tanggungi. Kadar faedah bagi kad kredit biasanya adalah 18% setahun, manakala hutang pinjaman
peribadi pula antara 4-7% setahun. Dengan kaedah ini anda telah berjaya menurunkan kadar faedah
hutang anda sebanyak 9-14% setahun. Lagi satu faedah menggunakan kaedah ini ialah, anda tidak
akan terlupa atau gagal membayar hutang anda, ini kerana pada kebiasaannya, kaedah pembayaran
hutang pinjaman peribadi adalah menerusi kaedah pemotongan gaji.

Ingat ya!! Buat pinjaman untuk membayar hutang, bukannya untuk buat belanja kahwin.

Itulah sahaja antara teknik-teknik yang dapat saya kongsikan bersama anda dalam menangani
bebanan hutang. Ini kerana, selagi anda mempunyai hutang, bermakna selagi itulah anda akan
menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan duit. Apabila anda sukar untuk mengumpul duit, maka
semakin sukarlah untuk anda mengecapi impian anda untuk berumahtangga.

Tetapi, jika semua kaedah tersebut masih tidak berkesan dan tidak dapat menangani masalah
kewangan anda, maka, tiada apa lagi yang boleh anda lakukan, kecuali… tinggal satu sahaja lagi
teknik terakhir…..

Teknik terakhir untuk anda mengatasi masalah kewangan anda dan sekaligus merealisasikan impian
anda.

Teknik tersebut dipanggil…


Teknik Menambahkan Pendapatan!!!

Ya! Inilah teknik terakhir anda. Kebanyakan orang membuat kesilapan dengan meletakkan teknik ini
ditempat pertama, sedangkan teknik ini sebenarnya adalah teknik terakhir.

Sebelum itu, mari kita ulangkaji semula…..

Di dalam asas kitaran wang, terdapat 4 perkara, iaitu:-

 Pendapatan
 Simpanan
 Perbelanjaan Sara Hidup
 Hutang

Apabila seseorang mengalami masalah kewangan, biasanya, mereka akan terus kepada teknik
terakhir iaitu, “menambahkan pendapatan”. Mereka akan mula sibuk berfikir bagaimana mereka
boleh menambahkan pendapatan mereka. Maka dengan itu, mulalah mereka membuat kerja-kerja
“part time”, siang malam pagi petang mereka bekerja kerana ingin mengatasi masalah kewangan
mereka.

Jangan ulangi kesilapan itu.

Mari saya berikan anda satu rahsia. Pastikan anda tidak terlepas rahsia yang terpenting di
dalam buku ini. Jika anda tidak berupaya mengingati kesemua isi kandungan buku ini, pastikan,
anda tidak melupakan “rahsia” yang akan saya nyatakan dibawah ini. Inilah bahagian yang paling
terpenting di dalam buku ini.

Inilah rahsianya...

Sebenarnya, apabila anda mengalami masalah kewangan, perkara pertama yang perlu anda lakukan
ialah :-

1) Mengurangkan Perbelanjaan Sara Hidup Anda

Kemudian, perkara kedua ialah :-

2) Mengurangkan Hutang Anda

Dan cara ketiga, iaitu apabila kedua-dua teknik tersebut tidak berjaya, iaitu setelah anda
mengurangkan perbelanjaan sara hidup & hutang anda, anda masih lagi terjerat & terperangkap
dengan masalah kewangan, maka, barulah anda...

3) Menambahkan Pendapatan Anda

Itulah rahsianya! Saya harap anda jelas dengan keseluruhan teknik penyelesaian masalah kewangan
yang saya cuba sampaikan di dalam naskah ini.

Lakukan teknik “no 1” dan “no 2” dahulu jika anda menghadapi masalah kewangan. Jika masalah
kewangan anda tidak selesai juga, barulah lakukan teknik “no 3”.
Bagaimana? Saya harap anda jelas dengan konsep kewangan yang saya cuba sampaikan di dalam
buku ini.

Kebanyakkan orang lebih suka untuk terus melompat kepada teknik “no 3”(menambah pendapatan)
apabila mereka mengalami masalah kewangan. Sebab itulah kita dapat lihat, ramai orang masih
mempunyai masalah kewangan walaupun mereka telah melakukan banyak kerja-kerja “part time”
siang dan malam dalam hidup mereka. Puncanya? Mereka tidak menampal kebocoran mereka serta
tidak mengawal perbelanjaan sara hidup mereka. Sebab itulah, walaupun banyak duit yang masuk ke
dalam poket mereka, banyak juga duit yang keluar.
 
 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 8 : Menambah Pendapatan   
<<back - index - next>>

BAB 8 : Menambahkan Hasil 
Pendapatan
Apakah yang boleh anda lakukan untuk menambah pendapatan anda? Terdapat banyak perkara yang
boleh kita lakukan untuk mendapatkan wang di dalam hidup kita. Hatta, membuang sampah pun
boleh dapat wang. Apa yang perlu hanyalah kebijaksanaan anda melihat sesuatu perkara daripada
sudut yang berbeza.

Contohnya, kebanyakan orang melihat sampah hanyalah benda yang tidak berguna dan menjijikkan.
Tetapi jika anda melihatnya dari sudut yang sedikit berbeza, anda dapat melihat bagaimana sampah
tersebut boleh diubah menjadi wang. Anda mungkin boleh mengasingkan sampah-sampah tersebut
dan menjualnya di tempat kitar semula. Anda juga mungkin boleh mengambil sampah-sampah yang
dibuang oleh orang ramai sebagai satu bahan untuk menghasilkan permainan atau perhiasan menarik
yang boleh anda jual. Malah, jika anda mempunyai kemampuan yang lebih besar, mungkin anda
boleh mengkaji dan menukarkan sampah-sampah tersebut menjadi bahan bakar untuk menggantikan
petroleum.

Nah! Lihatlah, bagaimana anda dapat menghasilkan duit dengan hanya menukarkan sedikit sudut
pandangan anda terhadap sesuatu perkara. Memandang suatu masalah sebagai suatu peluang,
memandang satu keburukan kepada satu kebaikan dan memandang segala yang negatif kepada suatu
pandangan yang positif. Insyaallah, anda bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan anda, malah
anda juga mungkin mampu memberi pendapatan kepada orang lain.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat apakah perkara-perkara yang anda boleh
lakukan untuk menambahkan pendapatan anda.

AWAS! 3 Syarat Semasa Menambahkan Pendapatan Anda

Ops! Sebelum itu, mari kita lihat & analisa terlebih dahulu situasi anda. Anda kini sedang berusaha
mengumpulkan duit untuk tujuan perkahwinan. Anda telah mula menyimpan sebahagian daripada
pendapatan anda dan telah melakukan apa-apa perkara yang anda rasa patut dilakukan untuk
mengurangkan perbelanjaan sara hidup . Dan, anda juga disarankan supaya tidak menambahkan
sebarang hutang yang baru.

Oleh itu, berdasarkan situasi di atas, untuk membuat sesuatu perkara yang boleh menambahkan
pendapatan, anda perlulah memastikan bahawa perkara yang anda ingin lakukan itu mematuhi 3
syarat berikut :-

1. Tidak memerlukan anda mengeluarkan atau menggunakan duit simpanan anda yang banyak
(perlu kurang dari 10% simpanan anda).
2. Tidak menambahkan lagi perbelanjaan sara hidup anda.
3. Tidak menyebabkan anda membuat hutang lagi.

3 peraturan diatas perlulah dipatuhi sewaktu anda sedang mencari serta memilih perkara-perkara
yang boleh dilakukan untuk menambahkan pendapatan.
 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 9 : Idea-idea Buat Duit   
<<back - index - next>>

BAB 9 : Idea-Idea Buat Duit


Untuk mencetuskan idea yang baik, anda perlulah menyenaraikan terlebih dahulu seberapa banyak
idea yang boleh. Untuk memperolehi idea yang banyak, mudah sahaja sebenarnya.

Apa yang perlu anda lakukan, ialah bertenang dan perhatikan sekeliling anda. Jika anda berada di
taman bunga atau di tepi tasik tempat masyarakat beriadah, cuba duduk dan perhatikan gelagat serta
tingkah laku orang ramai di sekeliling anda. Perhatikan gelagat kanak-kanak yang berlari-lari.
Remaja-remaja yang bermain skateboard. Orang dewasa yang sedang bermain layang-layang serta
pasangan kekasih yang sedang “berteman tapi mesra”.

Sedang anda sibuk memerhatikan gelagat-gelagat orang disekeliling anda, tiba-tiba tekak anda terasa
haus. Anda mula berkata di dalam hati... “Takde orang jual air ke di sini?”… Tadaa!!… bagaimana
jika anda yang menjadi penjual air tersebut? Bagaimana pula dengan menjual aiskrim?… Semua
orang suka makan aiskrim... apatah lagi dengan suasana petang yang agak terik begini. Pastinya
keenakan menikmati aiskrim akan lebih terasa. Bagaimana pula dengan makanan ringan? Jeruk?
Buah-buahan? Atau mungkin…. Layang-layang?

Lihat, betapa banyaknya peluang perniagaan yang boleh di lakukan. Ianya hanya terpulang kepada
anda. Mengapa tidak rebut peluang ini?
 
 
1) Berniaga Kecil-Kecilan
 

Mari saya ceritakan kepada anda bagaimana seorang pemuda boleh memperolehi keuntungan
sehingga RM3,000 dalam masa 5 jam dengan hanya berdiri di tengah-tengah orang ramai.

Yusman (bukan nama sebenar), seorang pemuda berumur 25 tahun dan bekerja sebagai mekanik di
sebuah bengkel membaiki kereta. Beliau telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis
pilihan hatinya 3 bulan yang lalu dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinannya pada tahun
hadapan, itu pun jika duit simpanannya telah mencukupi. Pada bulan hadapan, satu karnival
“sahabah” akan diadakan di kawasan stadium yang tidak jauh dari bengkelnya. Melihat kepada
poster-poster iklan yang ditampal berkenaan karnival tersebut, Yusman tersenyum dan berkata di
dalam hati... inilah masa yang sesuai untuk dia mencari duit lebih untuk perkahwinannya.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, karnival “sahabah” mula dibuka dan beribu-ribu orang datang
mengunjungi karnival tersebut. Ditengah-tengah kesibukan orang ramai itu, kelihatan Yusman
sedang berdiri dan memegang banyak belon yang terapung. Disampingnya, terdapat sebuah tong
yang berisi gas helium. Tong gas tersebut dibeli dari “tokei” bengkel tempat dia bekerja dengan
harga RM400. Setiap belon yang berisi gas helium dijual dengan harga RM3 sebiji.
Kebanyakan pembeli-pembelinya pula ialah ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang berumur
antara 2-6 tahun. Kini, setelah beberapa jam beliau berdiri disitu, beliau telah berjaya menjual kira-
kira 1,000 biji belon dan memperolehi pendapatan RM3,000 daripada hasil jualannya. Setelah 4
bulan karnival itu berlalu, kini Yusman telah pun bergelar suami. Bagaimana? Menarik bukan?

Anda mungkin boleh berniaga secara kecil-kecilan, menjual air di pasar malam, menjual aiskrim di
taman-taman bunga, menjual burger, menjual keropok di pejabat dan seribu satu macam benda yang
boleh dijual di dunia ini (yang halal-halal saja tau.). Tetapi, anda perlu ingat dengan 3 syarat yang
telah saya berikan sebelum ini. Pastikan perniagaan yang ingin anda lakukan tidak memerlukan
modal yang besar yang boleh menghabiskan duit simpanan anda. Jika anda terpaksa menggunakan
duit simpanan anda sebagai modal, pastikan modal tersebut tidak melebihi 10% daripada duit
simpanan yang ada. Ini bermakna, jika anda telah pun mempunyai simpanan sebanyak RM5,000,
pastikan modal perniagaan anda tidak melebihi RM500. Jika mahu lebih jimat, mungkin anda boleh
mengajak rakan anda yang minat berniaga untuk berkongsi modal.

Jika anda tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk untuk diniagakan, tak perlu
risau, mungkin anda boleh melakukan perniagaan secara “trading”, maksudnya, ambil produk
daripada orang lain dan jualkan ia kepada orang yang lain.

Contoh mudah.. beli sekotak air mineral secara pukal (biasanya harganya hanyalah 50sen sebotol)
dan jualkannya di pejabat? Stadium perlawanan bola sepak? ataupun taman-taman rekreasi.
 
  
 
2) Jualan Langsung  &  “Multi Level Marketing”
 
Perniagaan jualan langsung sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sememangnya
telah ramai individu yang berjaya menjadi jutawan dalam bidang perniagaan ini. Tetapi tidak kurang
juga yang tidak menjadi apa-apa pun setelah menyertai perniagaan ini.

Anda mungkin pernah mendengar dan dijanjikan dengan berbagai-bagai impian oleh rakan anda
yang telah menyertai perniagaan ini.  Ayat-ayat seperti :-
 
“Tidak perlukan modal yang besar”
“Tidak perlu bersusah payah menjual, guna sendiri sahaja pun dah cukup!”
“Tidak perlu menaja ramai orang! 2 3 orang sahaja sudah mencukupi”
“Plan yang sungguh bagus dan mudah untuk dicapai!”
“Produk yang terbaik dan bermutu”
“Boleh dilakukan secara sambilan dan di rumah sahaja”
“Syarikat yang kukuh”
 
Dan bermacam-macam lagi ayat yang menarik dan memikat. Satu hakikat yang anda perlu ketahui.
Jika anda ingin menyertai MLM, anda perlulah mempunyai ketekunan yang bersungguh-sungguh
serta semangat yang benar-benar kental. Jika anda mempunyai 2 perkara tersebut, insyaallah anda
akan berjaya. Tetapi jika tidak… usahlah melibatkan diri anda dengan MLM.
 
Dunia MLM sebenarnya tidaklah semudah serta semanis yang dijanjikan. Sebelum menyertai MLM,
anda mungkin dijanjikan dengan pendapatan yang lumayan, dengan hanya perlu membayar
sejumlah yuran, kemudian membeli sekian barang serta mencari  hanya 2 atau 3 rakan yang lain. Ia
kelihatan seperti mudah.
 
Tetapi, apabila anda sudah menyertainya, setiap bulan anda dikehendaki menjual atau membeli
produk syarikat. Walaupun pada mulanya produk tersebut disarankan untuk kegunaan sendiri, tetapi
akan sampai satu tahap dimana, anda akan membazir membeli barang-barang yang anda tidak
perlukan semata-mata untuk mengejar “point” atau mata ganjaran. Ada juga barangan yang anda
beli pada bulan lepas masih lagi belum habis digunakan. Akhirnya, bertimbun barang-barang
tersebut berlonggok di sudut rumah anda tidak digunakan.
 
Kemudian, untuk mencari 2 orang rakan anda juga bukanlah suatu yang mudah. Anda perlu
berjumpa dengan semua rakan-rakan anda yang lain yang sebelum ini sudah lama anda tidak
hubungi. Mengajak mereka keluar makan di warung-warung untuk menerangkan dan
membentangkan persembahan mengenai bisnes MLM anda sehingga larut malam. Kemudian, anda
juga perlu menghadiri sesi ceramah serta berjumpa “upline” anda sehingga larut malam. Semua ini
sememangnya memenatkan anda dan banyak menghabiskan wang anda.
 
Pertama, anda terpaksa membeli barangan yang tidak diperlukan semata-mata untuk mengumpul
mata.
 
Kedua, anda terpaksa menampung kos minyak kenderaan anda ke hulu ke hilir mencari “downline”,
mengambil stok, berjumpa “upline” serta menghadiri majlis-majlis ceramah.
Dua perkara di atas ini boleh menyebabkan perbelanjaan sara hidup anda meningkat tanpa anda
sedari. Namun, hasil seperti yang dibayang-bayangkan tetap juga tidak diperolehi. Melihat keadaan
itu, anda akan mula patah semangat dan berhenti.
 
Sebab itulah saya menyatakan, jika anda ingin menyertai MLM, pastikan anda mempunyai
ketekunan yang bersungguh-sungguh serta semangat yang benar-benar kental.
 
Usah dikelirukan dengan kejayaan orang-orang yang telah berjaya di dalam MLM. Mereka ini sama
ada memang berbakat ataupun merupakan orang-orang yang telah mempunyai pengalaman hidup
yang perit, yang telah memberikan mereka semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya.
 
Orang yang telah berjaya di dalam MLM biasanya akan mempamerkan kejayaan serta kekayaan
mereka kepada anda, kereta yang mewah, penyata pendapatan yang berangka besar, pakaian yang
bergaya, dan berbagai lagi cara yang mengagumkan. Tetapi tahukah anda, berapakah “downline”
yang mereka miliki untuk mereka mencapai kejayaan itu? Bukan 2 atau 3, dan juga bukannya 10, 20
ataupun 50. Kebiasaannya, orang yang memperolehi pendapatan sehingga RM10,000 sebulan di
dalam MLM ini, mempunyai “downline” seramai antara 1,000 orang ke atas. Jika anda rasa diri
anda mampu untuk mencari 1,000 orang “downline”…. Silakan. Perniagaan MLM memang sesuai
untuk anda.
 
Namun begitu, anda perlulah berhati-hati di dalam memilih syarikat MLM yang ingin anda sertai.
Ini kerana, terlalu banyak skim piramid yang menggunakan “status” MLM sebagai topeng mereka.
Jika anda baru hendak berjinak-jinak di dalam MLM, sememangnya agak sukar untuk anda
mengenalpasti syarikat-syarikat piramid yang bertopengkan MLM ini.   Sekali pandang memang
tiada bezanya. Tetapi apabila diteliti dengan betul, anda akan nampak rupa sebenar mereka.
 
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh kita lihat untuk menentukan sama ada syarikat
tersebut adalah syarikat MLM yang sah atau pun syarikat skim piramid.
 
1. Syarikat MLM yang sah lebih menumpukan kepada penjualan produk. Manakala skim
piramid lebih menumpukan kepada  pencarian ahli.

2. Syarikat MLM yang sah tidak mewajibkan ahlinya membeli barangannya sewaktu mendaftar
menjadi ahli. Tetapi syarikat skim piramid, akan memaksa anda membeli barangannya jika
anda ingin menjadi ahli.

3. Syarikat MLM yang sah memberikan anda komisyen berdasarkan hasil jualan anda. Tetapi
syarikat piramid akan memberikan anda komisyen berdasarkan jumlah “downline” atau ahli
yang telah berjaya anda taja dan daftarkan.

 
Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih syarikat MLM yang anda ingin sertai. Kadangkala, wujud
juga situasi di mana syarikat MLM tersebut menjalankan perniagaan MLM yang sah. Tetapi,
terdapat sekumpulan ahlinya yang ingin menjadi kaya lebih cepat, telah menukarkan pelan
perniagaan syarikat menjadi sistem piramid. Yuran keahlian yang sepatutnya hanya beberapa puluh
ringgit telah bertukar menjadi beribu-ribu ringgit. Alasannya, untuk lebih mudah dan lebih cepat
kaya.
Jadi, anda juga perlu berhati-hati dengan kumpulan-kumpulan seperti ini. Anda mungkin menjadi
mangsa. Ini kerana di dalam sistem piramid, hanya 1/9 sahaja ahlinya yang akan mendapat manfaat,
manakala 8/9 lagi merupakan mangsa.
 
Oleh itu, jika anda berasa ragu-ragu mengenai kesahihan pelan operasi syarikat MLM yang ingin
anda sertai, tinggalkan, jangan sertainya. Anda tidak akan berjaya dengan perkara yang anda ragui.
 
Tetapi, jika anda bertekad juga untuk menyertai perniagaan MLM, anda perlulah memastikan 3
syarat yang diberikan di bab sebelum ini tidak dilanggari. Iaitu, sesuatu pekerjaan sambilan yang
ingin anda lakukan mestilah :-
 
1) tidak mengurangkan simpanan anda
2) tidak menambahkan belanja sara hidup anda  
3) tidak menambahkan hutang anda
 
Semoga anda berjaya di dalam perniagaan MLM anda.
 
 
3) Agen
 
Menjadi agen atau lebih dikenali sebagai orang tengah adalah suatu pekerjaan sambilan yang boleh
anda lakukan dengan mudah. Anda tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu mengeluarkan modal
dan juga tidak memerlukan sebuah kedai untuk anda menjadi agen. Apa yang perlu anda lakukan
ialah mencari penjual dan juga pembeli.
 
Contoh yang paling mudah untuk dilakukan ialah menjadi agen pencari rumah. Anda hanya perlu
mencari rumah-rumah kosong yang ingin disewakan, kemudian menghubungi pihak tuan rumah
tersebut dan menyatakan anda ingin membantu mereka mencari penyewa. Jika anda berjaya
mencarikan penyewa untuk mereka, mereka perlulah membayar sedikit upah atau komisyen kepada
anda. Biasanya jumlah komisyen yang anda terima adalah dalam lingkungan 20-40% daripada
bayaran sewa rumah bulan pertama.   Ini bermaksud, jika tuan rumah tersebut menyewakan
rumahnya pada harga RM500 sebulan, maka pada bulan pertama penyewa membayar sewa rumah
tersebut, tuan rumah akan memberikan anda komisyen sebanyak RM100 (20%).
 
Selain menjadi agen pencari rumah, anda juga mungkin boleh menjadi agen penjual komputer, agen
pengedar telefon bimbit dan sebagainya.
 
Walau bagaimanapun, tidak semua agen boleh dilakukan dengan menjadi agen bebas. Sesetengah
agen memerlukan anda mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti anda. Contohnya seperti agen
insuran, agen unit amanah dan juga agen jual beli hartanah.
 
Di laman web www.maskahwin.com juga terdapat satu program yang menyerupai agen disediakan.
Program tersebut dinamakan program “affiliates”. Program ini adalah sama seperti anda menjadi
agen pengedar surat khabar atau agen pengedar buku, bezanya hanyalah, program ini dijalankan
secara “virtual” menggunakan internet. Anda tidak perlu membawa beg yang penuh berisi buku
serta berjumpa orang ramai dan mengambil masa mereka selama 5 minit untuk menerangkan produk
anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya mempromosikan URL yang mempunyai kod agen
anda di internet, iaitu sama ada di forum, email atau “Instant Messenger”. Di maskahwin.com, anda
akan diberi komisyen sebanyak RM5 bagi setiap buku yang terjual hasil daripada promosi anda di
internet. Jadi, cuba bayangkan jika anda berjaya menjual 100 buah buku sebulan, anda telah pun
berjaya memperolehi wang sebanyak RM500 dengan hanya duduk mengadap komputer. Untuk
mendaftar, silalah ke http://maskahwin.com/agen
 
 
4) Pengajar Sambilan
 
Anda mempunyai kemahiran? Menjahit? Melukis? Menenun? Memasak? Memandu? Usah sia-
siakan kemahiran anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi ke pusat-pusat latihan yang
berhampiran dengan tempat tinggal anda dan bertanya sama ada mereka memerlukan pengajar
sambilan di tempat mereka. Antara pusat-pusat latihan yang boleh anda pergi bertanya adalah seperti
pusat latihan memandu kereta, pusat latihan tuisyen, pusat latihan menjahit pakaian dan sebagainya.
 
Kebiasaannya, mereka ini akan menemuduga atau menguji sejauh mana kemahiran anda. Jadi,
tunjukkanlah kemahiran anda kepada mereka sebaik mungkin.
 
 
5) Penulis & Pelukis Sambilan
 
Selain menjadi pengajar sambilan, anda juga boleh menjadi penulis dan pelukis sambilan. Apa yang
perlu anda lakukan hanyalah menulis artikel mengenai bidang kemahiran anda seperti “Bagaimana
Mengenalpasti Kerosakan Komputer”, “Bagaimana Menjimatkan Minyak Kenderaan” dan
kemudiannya menghantar artikel tersebut kepada majalah-majalah yang berkaitan. Jika artikel anda
bagus dan menarik, mereka pasti tidak keberatan untuk menyiarkannya dan memberikan sedikit
ganjaran kepada anda.
 
Jika anda kurang selesa atau kurang mahir di dalam bidang-bidang teknikal, mungkin anda boleh
menulis sebuah cerpen, atau pengalaman kisah hidup anda yang menarik dan menghantarnya kepada
majalah-majalah yang anda rasakan sesuai.
 
Malah, jika anda bernasib baik, mungkin pihak penerbit majalah tersebut akan menawarkan anda
sebagai penulis atau pelukis tetap bagi majalah mereka. Tuah manusia siapa yang tahu?
 
 
6) Menjual Barangan Terpakai
 
Lihat disekeliling anda, mungkin ada brangan-barangan kepunyaan anda yang masih elok yang
mungkin anda tidak lagi gunakan seperti kasut, baju sejuk, buku rujukan semasa anda belajar
ataupun majalah-majalah komik yang pernah anda beli dan kumpul. Kumpulkan barangan tersebut
dan hantarkannya sama ada ke kedai bundle ataupun ke tempat-tempat yang membeli barangan
terpakai. Ataupun untuk lebih mudah, tanya rakan-rakan anda, mungkin ada di antara mereka yang
berminat untuk membeli barangan terpakai anda. Tetapi, jika anda masih lagi tidak berjaya menjual
barangan terpakai anda, mungkin anda boleh menjualkannya menerusi internet. Anda boleh menjual
barangan anda di website www.lelong.com.my ataupun di www.ebay.com.my , pastikan anda
mempunyai kamera untuk mengambil gambar barangan anda itu.
 
 
7) Perkhidmatan Membayar Bil Selepas 5 petang
 
Jika anda mempuyai sambungan internet dirumah dan anda mahir menggunakan kemudahan
perbankan internet seperti maybank2u, cimbclicks dan sebagainya. Maka inilah peluang anda untuk
menawarkan perkhidmatan membayar bil kepada jiran-jiran anda.

Beritahu mereka anda ada menyediakan kemudahan pembayaran bil selepas waktu pejabat, iaitu
selepas pukul 5 petang hingga 12 malam. Jadi, mereka tidak perlu lagi bersusah payah membuang
masa, tenaga dan duit minyak untuk pergi ke pejabat pos dan beratur panjang untuk membayar bil
mereka di siang hari.

Minta mereka serahkan sahaja urusan pembayaran bil tersebut kepada anda, hanya dengan upah
sebanyak RM1.00 bagi setiap bil, urusan pembayaran bil mereka akan selesai dalam masa beberapa
minit sahaja. Jika seorang jiran anda mempunyai 4 bil untuk dijelaskan setiap bulan seperti bil air, bil
elektrik, bil telefon dan juga bil astro, maka anda sudah boleh mendapat upah sebanyak RM4
sebulan. Hanya perlu dapatkan 10-20 orang jiran sebagai pelanggan tetap. anda setiap bulan Anda
sudah mampu menjana wang sampingan sebanyak RM40-RM80 sebulan.

Namun begitu, idea ini hanya sesuai di lakukan di kawasan perumahan yang masyarakatnya masih
kurang celik komputer dan internet. Jika anda tinggal dikawan bandar dimana setiap rumah
mempunyai sebuah komputer dan internet, mungkin idea ini kurang sesuai untuk dilaksanakan

8) Perkhidmatan Sambungan Internet WIFI

Idea ini sesuai bagi anda yang tinggal dikawasan rumah flat atau apartment. Jika anda mempunyai
sambungan internet jalur lebar (streamyx) di rumah anda dengan kadar penggunaan “unlimited”
setiap bulan, apa kata anda “share” sedikit sambungan internet anda bersama-sama jiran anda sambil
membuat duit.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, setup WIFI connection di rumah anda, pastikan anda
menggunakan “wireless router” yang berkeupayaan tinggi (harga di dalam lingkungan RM800-
RM1500) dan setkan “password”.

Kemudian, maklumkan kepada jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah anda (biasanya di dalam
lilngkungan 500 meter radius), adakah mereka berminat untuk memiliki sambungan internet selama
24 jam tanpa had di rumah mereka dengan kos RM20 sebulan. Dapatkan 4-5 orang jiran anda.

Jika mereka berminat, berikan mereka password connection WIFI anda.

Ya! perkara ini mungkin agak sedikit teknikal dan “IT”. Tapi untuk makluman anda, perkara ini
sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk dilakukan.

Secara kasarnya, untuk melaksanakan idea ini, anda hanya perlukan sambungan internet (pakej
streamyx 1mb unlmited) dan sebuah alat yang bernama “wireless router” yang berkeupayaan tinggi
dari kedai komputer, dan kemudian mengkonfigurasinya. Bagaimana mengkonfigurasinya? Caranya
ada di nyatakan di dalam buku manual yang disediakan sekali sewaktu anda membeli wireless router
tersebut.

 
9) Menulis Blog
Ya! tahukah anda, pada masa kini, menulis blog juga sudah boleh mendatangkan pendapatan
sampingan. Apa yang lebih menarik, modal untuk melakukan usaha ini ialah RM0.00, manakala
pendapatan yang boleh dihasilkan pula, tiada batasan. Boleh jadi RM10, RM100, RM1,000 ataupun
RM10,000 sebulan. Bergantung sejauh mana popularnya blog anda.

Bagi anda yang kurang jelas mengenai blog, blog ialah merupakan sejenis website. Ia selalunya
digunakan untuk mencatatkan peristiwa-peristiwa di dalam kehidupan seseorang secara harian.
Tetapi, itu dulu, sekarang, blog sudah banyak berbeza dari segi tujuan penggunaannya. Ia kini bukan
sahaja digunakan sebagai “diari online” kepada seseorang, malah ia turut digunakan sebagai salah
satu cara menghasilkan pendapatan di internet.

Secara asasnya, terdapat 3 langkah untuk menghasilkan pendapatan menerusi blog :-

1 - Membina dan menulis blog

2 - Mempromosikan blog anda untuk mendapatkan pelawat serta pembaca yang ramai setiap hari,

3 - Mula menjana pendapatan dengan menjual ruang iklan, produk, perkhidmatan dan sebagainya di
dalam blog anda.

Konsepnya lebih kurang sama dengan penerbitan akhbar dan majalah. Tahukah anda, keuntungan
besar yang diperolehi oleh syarikat-syarikt penerbitan akhbar sebenarnya, bukanlah daripada hasil
jualan akhbar mereka, tetapi keuntungan sebenar mereka adalah diperolehi daripada ruangan-
ruangan iklan yang dijual di dalam akhbar tersebut.

Anda boleh lihat sendiri, akhbar tabloid seperti “The Star”.. dengan bilangan mukasurat yang sangat
banyak, sudah tentunya agak mustahil kos pengeluaran akhbar tersebut dapat ditampung dengan
harga jualan yang hanya berharga RM1.00. Jadi, bagaimanakah mereka membuat keuntungan?
Sudah tentunya daripada hasil jualan ruangan iklan yang ditawarkan di dalam akhbar tersebut.

Begitu juga dengan stesyen televisyen percuma seperti TV3, TV8. NTV7 dan sebagainya...
memandangkan mereka hanya menyiarkan siaran secara percuma.. maka.. dari manakah mereka
membuat keuntungan? Sudah pastinya daripada iklan-iklan yang disiarkan. Ya! tahukah anda, kos
untuk mengiklankan di TV, boleh mencecah RM10,000 untuk 1 minit siaran. Harga ini lebih tinggi
pada masa-masa premium seperti pada pukul 8-10 malam. Ini kerana, pada waktu itu, ramai orang
akan menonton TV. Anda juga boleh lihat, mengapa pihak stesyen TV berusaha keras untuk
menerbitkan rancangan-rancangan yang menarik semata-mata untuk menarik penonton. Ini kerana,
lebih ramai penonton bermakna, lebih tinggilah kadar caj iklan yang boleh mereka kenakan.

Begitu jugalah dengan blog, konsepnya tidak jauh berbeza. Bina sebuah blog, dapatkan seramai
mungkin pembaca dan pelawat, dan kemudian, tawarkan ruangan iklan di blog anda. Lebih ramai
pembaca dan pelawat ke blog anda, maka lebih tinggilah harga ruangan iklan yang boleh anda
tawarkan.

Jika hendak diceritakan tentang “Bagaimana Menghasilkan Pendapatan Menerusi Blog” ini,
memang agak panjang. Oleh itu saya telahpun menghasilkan sebuah buku yang khusus menceritakan
dengan lebih terperinci serta langkah demi langkah tentang perkara ini. Jika anda berminat untuk
mempelajari kaedah penjanaan pendapatan menerusi blog ini, mungkin anda boleh dapatkan buku
tulisan saya yang berjudul “Rahsia Blogger”di kedai-kedai buku berhampiran anda. Buku ini telah
diterbitkan oleh “TrueWealth Publishing”. Ataupun, untuk lebih mudah, anda boleh juga dapatkan
terus buku ini secara online di www.RahsiaBlogger.com

 
10) Berniaga Di Internet
Ini adalah merupakan kaedah jana pendapatan secara sampingan yang paling hangat pada masa kini.
Iaitu dengan menjalankan perniagaan di internet secara sambilan.

Sebelum saya bercerita lanjut tentang kaedah penjanaan pendapatan secara sampingan ini, ingin saya
tegaskan, PERNIAGAAN internet yang saya maksudkan disini BUKANLAH , program-program
pelaburan haram atau skim cepat kaya atau program reseller yang menghendaki anda melaburkan
sejumlah duit atau membayar sejumlah duit untuk menyertai mereka, kemudiannya.. tunggu @ cari
orang lain sebagai downline anda untuk mendapatkan hasil yang lumayan..

Tidak.. tidak.. tidak... itu bukan PERNIAGAAN INTERNET.. tetapi, itu adalah PROGRAM SKIM
CEPAT KAYA ALAF BARU. Usah tertipu.. Jika anda terjumpa dengan website tersebut. Tutup dan
tinggalkan ia secepat mungkin.
 
Perniagaan internet yang betul adalah sama seperti perniagaan konvensional. Ia menjual produk
yang sah. Apa yang berbeza hanyalah dari segi kaedah jualan.
 
Jika perniagaan biasa anda memerlukan kedai, perniagaan internet pula.. anda hanya memerlukan
website.
Jika perniagaan biasa anda menerima bayaran secara cash, perniagaan internet.. anda menerima
bayaran secara bank-in / kad kredit.
Jika perniagaan biasa anda menyerahkan bayaran "on the spot" selepas pembeli membuat bayaran ,
perniagaan internet.. anda perlu menghantar barang tersebut sama ada secara pos (produk fizikal)
ataupun secara email (produk maya).
 
Ya! secara umumnya, terdapat 2 jenis produk untuk perniagaan internet :-
1) Produk fizikal , seperti baju, cadar, tikar, buku, minyak urut, setbersalin, peta, model kapal
terbang, keychain, sejadah, kuih dan sebagainya.
 
2) Produk maya , adalah produk-produk yang tidak boleh dipegang seperti ebook (buku elektonik
seperti ebook maskahwin ini) , website , webhosting, nama domain, koleksi  grafik,  perisian 
komputer, video-video tutorial yang perlu di download dan sebagainya.
 
Jadi, jika anda ingin menjalankan perniagaan di internet, anda boleh pilih, sama ada ingin menjual 
produk fizikal.. atau produk maya. Produk fizikal biasanya mempunyai margin keuntungan yang
rendah, manakala produk maya pula, biasanya mempunyai keuntungan yang tinggi. Namun begitu,
sumber untuk produk fizikal anda boleh dapatkan dengan mudah dari orang lain (pembekal) ,
manakala produk maya, selalunya anda perlu menghasilkannya sendiri, dan ini sgak sukar jika anda
tidak mempunyai kemahiran yang mendalam di dalam proses penghasilan sesuatu produk.
 
Untuk memulakan perniagaan di internet juga, modalnya tidak terlalu besar, anda boleh memulakan
perniagaan internet anda dengan modal sebesar RM50 (kos domain & hosting), dengan syarat anda
boleh membuat website sendiri dan boleh menghasilkan produk (produk maya) anda sendiri. Jika
anda tidak mempunyai kemahiran tersebut, mungkin anda perlu mengupah seseorang untuk
membuatkan website anda dan ini, memang memerlukan kos tambahan antara RM100-RM300.
 
Pengalaman saya sendiri, tahukah anda, saya menjalankan perniagaan internet saya yang pertama
iaitu sempoihosting.com (menjual webhosting & domain) hanya dengan modal permulaan sebanyak
RM400 sahaja.. dan kini (selepas 3 tahun), perniagaan tersebut telah memberikan pendapatan
hampir RM100,000 kepada saya. Dan apa yang lebih menarik.. saya menjalankan perniagaan ini
hanya secara sambilan sahaja. 
 
Sekali lagi ingin saya tegaskan disini, apabila saya menyarankan anda menjalankan perniagaan
internet.. apa yang saya maksudkan ialah, anda hasilkan/cari sebuah produk, buat satu website, dan
cuba menjualnya. Jika ada pembeli, anda akan terima bayaran secara bank-in atau kad kredit, dan
kemudiannya, menghantarkan produk tersebut kepada pembeli secara pos.
 
 
Saya harap anda jelas dan tidak terkeliru, perniagaan internet yang saya maksudkan disini
 BUKANLAH menyarankan anda menyertai mana-mana website yang kononnya menawarkan anda
"peluang buat duit di internet" dengan hanya membayar sejumlah wang.. cari orang (mangsa) lain
untuk sertai sama website tersebut.. dan kemudiannya, jadi kaya dalam sekelip mata atau dalam
masa seminggu. Usah tertipu dengan website-website seperti itu.
  
 
Berbalik semula kepada membina perniagaan di internet. Secara asasnya, untuk membina
perniagaan di internet, anda hanya memerlukan 3 langkah.
 
1) Mencari @ menghasilkan produk.
2) Membuat website yang mampu menjual & menerima bayaran
3) Mempromosikan website perniagaan anda.
 
Itu sahaja!.. Kelihatan mudah bukan? Ya!.. nampak mudah.. tapi tidaklah begitu mudah sebenarnya.
Untuk mencari @ menghasilkan produk, anda perlulah bijak di dalam memilih produk tersebut,
perlu pastikan ia mempunytai permintaan dan "sesuai" untuk dijual di internet. Walaupun semua
benda boleh dijual di internet.. tetapi tidak semuanya sesuai.
 
Contohnya, seperti serbuk kari. Walaupun ia boleh dijual di internet.. tetapi ia agak kurang sesuai..
mengapa? Sebabnya.. daripada orang membeli serbuk kari tersebut dari anda di internet, lebih baik
mereka pergi sahaja ke kedai di depan rumah mereka dan membelinya. Bukankah, ianya lebih cepat
dan lebih mudah. Mengapa mereka perlu membeli serbuk kari tersebut di internet jika mereka boleh
mendapatkannya dengan mudah dimana-mana kedai berhampiran mereka?. Kecualilah jika.. serbuk
kari yang anda jual itu adalah serbuk kari special.. serbuk kari yang digunakan oleh maharaja india
suatu masa dahulu dan ianya.. tidak terdapat di mana-mana kedai. Jika begitu.. mungkin anda boleh
menjualkannya di internet. Ataupun, anda pakejkan serbuk kari tersebut dengan serbuk-serbuk
rempah yang lain.. dan pasaran sasaran anda pula bukanlah orang-orang yang berada di malaysia..
tetapi rakyat malaysia yang berada dan sedang menuntut di perantauan seperti di amerika, perancis
dan sebagainya... maklumlah, pasti mereka idamkan rempah-rempah tempatan dan di sana memang
agak sukar untuk mendapatkan rempah-rempah tempatan tersebut Jika begitu.. mungkin boleh!
 
Perkara yang kedua ialah mengenai website, jika anda mahir membuat website mungkin ianya tiada
masalah. Tetapi jika tidak, mungkin anda boleh cari seseorang atau adik beradik anda yang pandai
membuat website dan upahlah mereka untuk membuatkan website untuk anda. Setelah anda siap
membina website, anda perlukan webhosting & nama domain untuk membolehkan orang ramai dari
seluruh dunia melihat dan melawati website anda. Kos webhosting dan nama domain ini pula
tidaklah terlalu mahal pada masa kini. Di sempoihosting, anda sudah boleh memilki nama domain &
webhosting dengan hanya bayaran sebanyak RM44 setahun.
 
 
Perkara ketiga pula ialah mengenai pemasaran dan promosi, seperti perniagaan biasa, anda perlulah
mempomosikan perniagaan anda untuk membolehkan orang ramai tahu dan melawati kedai anda.
Begitu juga dengan website, pada waktu ini, dianggarkan terdapat hampir 9 billion website di
internet.. jadi, bagaimana orang ramai boleh menjumpai website anda daripada 9 billion tersebut?
 
Jawapannya.. PROMOSI!. Jika anda sudah mempunyai website tetapi tidak mempromosikannya
atau mengiklannya.. maka tiada siapa yang akan tahu.. dan akhirnya tiada siapa yang akan melawati
dan membeli produk jualan anda. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mempromosikan website
perniagaan anda.
 
Terdapat banyak kaedah promosi website di internet.. sama ada secara berbayar ataupun secara
percuma. Untuk kaedah percuma, mungkin anda boleh memberitahu rakan-rakan anda melalui
email, YM ataupun blog & forum. Untuk kaedah berbayar, mungkin anda boleh membeli ruangan
banner di website-website yang mempunyai bilangan pelawat yang tinggi.
 
Dengan cara ini, orang ramai akan sedar tentang kewujuan website anda dan akan melawatinya. Jika
mereka berminat dengan produk yang anda tawarkan di website anda... mereka akan membelinya.
 
Itulah serba ringkas yang dapat saya terangkan mengenai membina perniagaan internet. Jika anda
berminat dan inginkan maklumat lanjut serta ingin belajar dengan lebih mendalam tentang
perniagaan internet ini, anda bolehlah melawati dan menyertai komuniti usahawan internet malaysia
di www.wangcyber.com ,  disitu,  ramai  orang-orang yang menjalankan perniagaan di internet
berkumpul dan berbincang tentang perniagaan internet mereka. 
 
Kesimpulan
 
Itulah sahaja antara beberapa tips serta idea buat duit yang boleh saya kongsikan bersama untuk
anda lakukan secara sambilan bagi menambahkan pendapatan. Sebenarnya terdapat berpuluh-puluh
lagi pekerjaan yang boleh anda lakukan secara sambilan untuk menambahkan pendapatan.
Diharapkan dengan sedikit cetusan idea yng dinyatakan diatas, ia serba sedikit dapat membantu anda
memikirkan idea-idea kretif yang lebih banyak lagi. Walau apa sekali pun pekerjaan sambilan yang
ingin anda lakukan, pastikan pekerjaan tersebut tidak melanggari 3 syarat yang telah diberikan
sebelum ini iaitu :-
 
1) tidak mengurangkan simpanan anda
2) tidak menambahkan belanja sara hidup anda  
3) tidak menambahkan hutang anda
 
 
 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Bab 9 : Idea-idea Buat Duit   
<<back - index - next>>

Bab Bonus : Insuran @


Takaful, perlukah anda
memilikinya sewaktu bujang?
 

Apabila sebut sahaja pasal insuran, ramai orang yang mempunyai tanggapan yang kurang
tepat mengenainya. Kebanyakkan orang sering beranggapan, insuran hanyalah sesuatu yang
membazir dan menyusahkan.

Lebih-lebih lagi bagi orang bujang, mereka beranggapan, mereka tidak perlu mempunyai
sebarang insuran kerana mereka belum lagi mempunyai apa-apa tanggungjawap dan
tanggungan seperti.. menyara isteri dan anak-anak.

Disebabkan pendapatan mereka hanya digunakan untuk menyara kehidupan mereka seorang
diri sahaja, maka membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada
pandangan mereka. Maklumlah, insuran ini hanya dapat bila dah mati sahaja..
memandangkan mereka tiada isteri & anak, maka tak perlulah nak tinggalkan sebarang wang
atau harta yang banyak selepas mereka mati nanti.

Pembaca yang dikasihi… insuran itu bukanlah hanya sekadar bertujuan untuk meninggalkan harta
apabila mati sahaja. Insuran sebenarnya adalah merupakan satu “alat kewangan” yang digunakan
untuk melindungi pendapatan anda.

Apabila sebut sahaja tentang “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung
beberapa pihak, iaitu :-

 Diri anda sendiri


 Isteri & anak-anak
 Ibu & bapa (kadangkala)

Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai
perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada
sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda meninggal dunia.. tak perlu risau
anak & isteri anda akan kebuluran . Anda bujang!.. anda hanya perlu dimandikan, dikapankan,
disembahyangkan, dan dikebumikan.. tamat cerita anda.

Tetapi.. satu perkara yang perlu anda fikir-fikirkan ialah, “Bagaimana jika anda di timpa satu
kemalangan dan anda tidak mati?!” . Sebaliknya anda sakit.. lumpuh.. patah kaki.. kehilangan
tangan, atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil hospital. Siapakah yang akan menanggung
kos perubatan anda?. Siapakah yang akan menanggung makan-minum anda? Siapakah yang akan
membayar hutang motor, PTPTNn dan kad kredit anda?..
Jika anda anak orang yang berada, mungkin itu tidak menjadi masalah. Tetapi, selalunya, ianya
adalah sebaliknya.

Oleh itu, “satu perancangan kawalan perlindungan kewangan” perlulah di sediakan.. orang putih
kata “financial backup plan”.

Tahukah anda?, kebanyakkan majikan di malaysia, biasanya hanya akan memberikan anda cuti
maksimun selama 60 hari sahaja jika anda sakit atau ditimpa kemalangan. Jika anda tidak dapat
bekerja semula selepas 60 hari, majikan anda berhak untuk membuang anda sebagai pekerja mereka.

Dan tahukah anda?.. Untuk kemalangan yang melibatkan kepatahan tulang.. biasanya ia memerlukan
masa rawatan dan rehat antara 90-120 hari untuk sembuh.

Sudahlah sakit ditimpa kemalangan, akibat tiada sebarang perlindungan insuran, bil rawatan hospital
kena tanggung sendiri.. duit simpanan pula tidak ada, dan kini dibuang kerja pula. Argghh!
Sememangnya ia satu situasi yang sangat memeritkan untuk dilalui.

Jadi, jika anda merasakan diri anda tidak perlu mempunyai sebarang polisi insuran sewaktu
bujang, saya harap anda dapat fikir-fikirkan semula mengenainya.

Namun begitu, memandangkan situasi anda kini yang sedang di dalam fasa “penjimatan
wang” , maklumlah, tengah kumpul duit kahwin kan?.. Jadi, anda perlulah bijak memilih
polisi insurans yang sesuai dengan anda.. jangan sampai “terlebih bayar” pula, nanti tak
cukup-cukup pula duit untuk perkahwinan anda.

Baiklah.. sebagai seorang bujang yang sedang berusaha untuk mengumpulkan wang
perkahwinan, apakah polisi insurans yang sesuai nagi diri anda pada waktu ini?

Untuk menjawap persoalan itu, adalah lebih baik kita kenali terlebih dahulu jenis-jenis
insuranyang terdapat di pasaran.

Secara umumnya, insurans boleh dibahagikan kepada 5 kategori.

1. Insuran hayat sementara


Insuran hayat sementara ialah insuran yang akan memeberikan anda perlindungan
kewangan dalam satu jangkamasa yang tertentu, iaitu selama setahun, 2 tahun, 5
tahun dan sebagainya.

Yuran bulanan insuran jenis ini biasanya sangat murah, iaitu antara RM10-RM30
sebulan. Tetapi kadar perlindungan (pampasan) yang diberikan pula, agak tinggi.

Ini kerana, ianya adalah insuran jenis hangus, iaitu wang yang anda bayar setiap bulan
akan digunakan untuk tujuan insuran tersebut semata-mata. Oleh itu, tiada sebarang
wang akan dipulangkan jika tiada sebarang tuntutan dilakukan sehingga tempoh
kontrak insuran tersebut tamat. Maksudnya, jika anda mengambil insuran ini dengan
kontrak selama 5 tahun, kemudian, selepas 5 tahun berlalu dan tiada apa-apa
kemalangan berlaku kepada anda. Anda tidak akan mendapat sebarang wang
pulangan semula.

Nampak seperti membazir.. tetapi itulah sebenarnya cara yang terbaik untuk
menggunakan insuran sebagai “alat kewangan” anda.
Insuran sememangnya bertujuan untuk “melindungi pendapatan” , ia bukanlah “alat
kewangan” yang sesuai untuk anda jadikan ia sebagai tempat menyimpan wang.

Untuk anda yang masih bujang dan mempunyai sumber kewangan yang agak terhad,
saya cadangkan anda mendapatkan polisi insuran jenis ini. Pastikan anda, mempunyai
polisi ini “sekurang-kurangnya” di dalam hidup anda. Tidak kiralah sewaktu and
abujang, ataupun selepas berumahtangga. Jika anda tidak berkemampuan untuk
membeli banyak polisi insuran.. pastikan, sekurang-kurangnya, anda memiliki polisi
jenis ini.

2. Insuran hayat seumur hidup


Insuran hayat seumur hidup pula, biasanya akan melindungi anda sehingga usia anda
mencapai 100 tahun, ataupun sehingga anda meninggal dunia, yang mana sampai
dahulu. Polisi insuran ini hanya akan membayar pampasan apabila anda sudah mati.
Jika selepas 5 atau 10 tahun anda mengambil insuran ini dan bercadang untuk
memberhentikannya. Sedikit wang yang terkumpul hasil daripada bayaran anda setiap
bulan selama 10 tahun itu akan dikembalikan. Berbeza dengan insuran hayat
sementara diatas.. jika anda mengambil keputusan untuk menamatkan polisi anda,
tiada wang yang akan dikembalikan.

Insuran hayat seumur hidup ini biasanya lebih mahal, dan sudah tentunya, sebagai
orang bujang yang sedang mengumpul duit kahwin, insuran jenis ini adalah kurang
sesuai untuk anda.

3. Endowment
Ini pula adalah merupakan “insuran hayat sementara” yang memberikan anda
pulangan wang apabila tempoh insuran anda tamat. Insuran jenis ini biasanya
digunakan untuk membuat tabungan pendidikan anak-anak. Insuran ini biasanya
mempunyai tempoh matang antara 3-18 tahun. Yurannya juga agak mahal sedikit dan
pulangan wang yang diperolehi selepas tamat tempoh insuran pula tidaklah begitu
banyak & memberangsangkan. Jadi, insuran jenis ini juga kurang sesuai untuk situasi
anda sekarang.

4. Insuran berkait pelaburan


Ini pula, adalah insuran yang disertakan sekali dengan instrumen pelaburan. Menerusi
insuran jenis ini, sebahagian wang yuran bulanan anda akan dilaburkan ke dalam unit
amanah oleh pihak syarikat insurans. Oleh itu, apabila tempoh insuran anda tamat,
anda akan memperolehi wang anda semula berserta sekali dengan keuntungan
daripada pelaburan yang dilakukan. Namun begitu, yuran bulanan bagi insuran jenis
ini memang agak mahal sedikit. Jika wang simpanan perkahwinan anda sudah agak
stabil dan hampir mencukupi, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk
mengambil insuran jenis ini. Maklumlah, apabila sebut sahaja tentang pelaburan, lagi
cepat anda melakukannya lebih banyak hasil yang akan anda perolehi di kemudian
hari kelak.

Tetapi jika wang perkahwinan anda masih “kureeeng”, saya cadangkan anda
pertimbangkan insuran ini hanya selepas anda berjaya berumahtangga.

5. Insuran perubatan (medical card)


Insuran perubatan adalah merupakan insuran yang paling mahal diantara semua jenis
insuran. Ianya memberikan perlindungan kewangan kepada anda dengan cara
menanggung kesemua kos perubatan yang terlibat apabila anda dimasukkan ke
hospital. Diulangi ya.. hospital bukan klinik. Ini bermaksud, ia akan membayarkan kos
perubatan yang besar-besar bagi kes kesihatan yang agak serius seperti deman denggi,
sakit buah pinggang, sakit jantung, kemalangan dan sebagainya. Untuk senarai
penyakit yang dilindungi di dalam polisi insuran ini, mungkin anda boleh lihat pada
brochure polisi insuran tersebut.

Walaupun yuran bulanan bagi kad perubatan ini agak mahal iaitu antara RM100-
RM150 sebulan, namun begitu, saya amat mencadangkan anda untuk mendapatkannya
disebabkan oleh manfaat-manfaat yang diberikan. Mungkin anda tidak akan nampak
dengan jelas apa manfaatnya pada waktu ini, tetapi, jika anda pernah mempunyai
pengalaman masuk ke hospital, saya pasti anda akan tertanya-tanya bagaimnana untuk
mendapatkannya. . Ini kerana, kos perubatan pada masa kini sangat mahal, kes demam
denggi dengan rawatan selama 3 hari sahaja di hospital swasta kini sudah boleh
menjangkau sehingga RM3,000.

Apatah lagi jika anda mengalami kemalangan dan terpaksa di masukkan ke hospital.
Caj kereta ambulan sahaja sudah berharga RM200 (bergantung kepada jarak). Belum
lagi masuk kos rawatan dan bermalam di hospital. Tahukah anda? Kos bermalam di
hospital kini kadangkala lebih mahal daripada kos bermalam di hotel.

Tetapi, dengan kad perubatan ini, segala kos tersebut akan ditanggung oleh syarikat
insuran. Apa yang lebih menarik, dengan insuran kad perubatan ini, anda tidak perlu
“bayar dahulu dan tuntut kemudian” segala kos yang terbabit. Ini kerana, segala kos,
akan dibayar terus dari syarikat insuran kepada pihak hospital.. tiada sebarang wang
yang perlu di dahulukan dari pihak anda. (Untuk penerangan yang lebih terperinci,
sila hubungi agen insuran berdekatan anda).

Kesimpulannya, apa yang saya cuba sampaikan disini ialah, sebagai seorang bujang, jika
anda berkemampuan, dapatkanlah insuran hayat sementara dan juga kad perubatan. Kedua-
dua insuran tersebut cukup untuk melindungi pendapatan anda buat masa ini. Tetapi jika
anda kurang berkemampuan, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya polisi “insuran
hayat sementara”. Jangan tiada langsung... ia agak merbahaya untuk diri anda serta
kewangan anda.

Namun begitu, sebelum anda membeli apa-apa polisi insuran. Semak terlebih dahulu dengan
majikan anda. Adakah mereka sudah menyediakan polisi insuran untuk anda sebagai pekerja
mereka?. Jika sudah ada, semak pula, apakah jenis polisi insuran yang majikan anda
sediakan? Berapakah jumlah perlindungan insuran yang diberikan? Apakah yang dilindungi
di dalam polisi insurans tersebut? Kamalangan? Sakit? Kematian dan sebagainya.

Jika polisi tersebut sudah ada dan mencukupi, alhamdulilah.. nampaknya, lebih banyaklah
wang yang boleh anda simpan untuk perkahwinan anda.

Apa yang penting ialah, pastikan diri anda mempunyai polisi insuran! Siapa yang
membelikannya? Adakah diri sendiri atau orang lain? Yang itu.. tak kisahlah.

Yang penting.. anda mempunyai polisi insuran! :)


 
 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Lampiran   
<<back - index - next>>

Kadar Mas Kahwin Mengikut


Negeri
Mengikut amalan sekarang, jumlah mas kahwin bagi seorang pengantin perempuan mengikut negeri
ialah :
 
Negeri Mas kahwin bagi Mas Kahwin bagi
Gadis Janda
Wilayah Persekutuan RM80.00 RM40.00
Selangor RM80.00 RM40.00
Johor RM22.50* RM22.50*
Melaka RM40.00* RM40.00*
Negeri Sembilan RM200.00 RM100.00
Perak Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pahang RM22.50 RM22.50
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kedah Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pulau Pinang Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Sarawak RM120.00 RM120.00
Sabah RM100.00 RM50.00
* boleh ditambah tetapi tidak boleh dikurangkan
 
 
 
<<back - index - next>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.


Maskahwin Yang Hilang
   Lampiran   
<<back - index - main>>

Senarai Semak Perbelanjaan


Untuk Perkahwinan
Berikut adalah senarai bajet serta keperluan yang anda perlu pertimbangkan untuk majlis
perkahwinan anda.

Bajet Perkahwinan Bagi Lelaki

Sebelum Perkahwinan
Kursus perkahwinan RM
Wang hantaran RM
Mas kahwin RM
Upah jurunikah RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin tunang RM
Cincin kahwin RM
Barang kemas RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM

Barangan Hantaran
Sirih junjung RM
Potpurri RM
Al-Quran RM
Telekung/sejadah RM
Kain ela RM
Baju kurung RM
Beg tangan RM
Tuala RM
Jam RM
Kasut RM
Satu set peralatan solek RM
Satu set penjagaan badan RM
Buah-buahan RM
Puding RM
Cokelat RM
Kek RM
 

Juruandam
Pelamin RM
Bunga pahar RM
Bunga telur/cenderahati tetamu RM
Baju songket RM
Hiasan bilik tidur RM
Pintu gerbang RM
Hiasan hantaran RM

Abadikan memori
Videografi RM
Jurugambar RM

Balai Makan
Kanopi RM
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM

Hotel atau taman


Sewa hotel atau taman RM
Kerusi dan meja RM
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM

Makan beradap
Set meja pengantin RM
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM

 
Katering
Nasi dan lauk RM
Buah-buahan RM
Air Minuman RM

Hiburan
Kompang RM
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM

Sistem PA
Satu set sistem PA RM
DJ / MC RM

Bulan Madu
Percutian RM

Jumlah perbelanjaan RM

Bajet Perkahwinan Bagi Perempuan

Sebelum Perkahwinan
Kursus perkahwinan RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin kahwin RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM

Barangan Hantaran
Sirih junjung RM
Potpurri RM
Al-Quran RM
Sejadah RM
Samping RM
Songkok RM
Kain pelekat RM
Baju Melayu RM
Jam RM
Kasut RM
Satu set penjagaan diri RM
Kek RM
Buah-buahan RM
Puding RM
Cokelat RM
Pulut kuning RM

Abadikan memori
Videografi RM
Jurugambar RM

Balai Makan
Kanopi RM
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM

Hotel atau taman


Sewa hotel atau taman RM
Kerusi dan meja RM
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM

Makan beradap
Set meja pengantin RM
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM

Katering
Nasi dan lauk RM
Buah-buahan RM
Air Minuman RM

Hiburan
Kompang RM
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM

Sistem PA
Satu set sistem PA RM
DJ / MC RM

Bulan Madu
Percutian RM

Jumlah perbelanjaan RM

Panduan Perbelanjaan Perkahwinan

a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500

Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau
bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel
mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah
buat anda dan pasangan anda.

b) Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500

Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak
berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi
atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan.
Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di
rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja
apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

c) Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500

Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja
anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun,
jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu
lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk
melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah
dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan
untuk melangsungkannya di hotel.

d) Perbelanjaan sebanyak RM 35,501 – ke atas

Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah.
Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi
anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain
perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka,
serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah
inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang
akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di
salah satu daripada dua tempat tersebut.

TAMAT.
 
<<back - index - main>>

Copyright © 2007 by Extreme-D Enterprise. All Rights Reserved.

You might also like