You are on page 1of 3

BAHAGIAN A :

A) PENTADBIRAN / ORGANISASI

B) SUMBER KEWANGAN RMT


Sumber daripada bahagian kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

C) KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN PESERTA RMT


Pemilihan murid untuk menjadi peserta RMT dipilih berdasarkan beberapa kriteria :
 Murid yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah(RM300.00) dan
ahli keluarga yang besar(perkapita RM120.000).
 Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.
 Murid yang menunjukkan status pemakanan yang salah.(Disahkan oleh pegawai
perubatan.)

D) KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN TENDER RMT


Kebiasaannya pihak sekolah akan mengeluarkan tender terbuka kepada sesiapa yang
berminat. Pengusaha akan memulangkan borang sebut harga dan akan dinilai. Sekiranya
berjaya pihak sekolah akan memaklumkan kepada individu tersebut.

E) KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYEDIA MAKANAN RMT


Terdapat borang tuntutan RMT yang akan diisikan oleh pihak pentadbir sekolah, yang
mengandungi maklumat asas sekolah dan nombor akaun bank kerajaan dan satu salinan
fotostat akaun bank kerajaan yang telah disahkan.

F) KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN RMT


Makanan RMT akan diagihkan kepada penerima oleh pihak yang berjaya mendapat
kontrak. (kantin sekolah atau lain-lain). Di sekolah saya RMT diuruskan oleh pengusaha
kantin iaitu saudara Roslan b. Muhammad.
G) PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DALAM RMT
Mestilah bercirikan pengendali makanan yang cemerlang:
 Pakai pakaian bersih dan sesuai / pakai kasut sesuai
 Pakai apron yang bersih dan cerah / pakai topi / penutup kepala bersih
 Berkuku pendek dan bersih / rambut bersih dan kemas
 Tidak merokok / meludah / mengorek hidung
 Tidak bersin / batuk ke arah makanan

H) PEMILIHAN BAHAN-BAHAN MENTAH


Haruslah yang segar dan mengikut menu yang telah ditetapkan.

I) MENU MAKANAN YANG DISEDIAKAN

HARI SET 1 SET 2


J) CARA PENYEDIAAN
ISNIN MAKANAN RMT DISEDIAKAN
Nasi ayam Bubur nasi ayam
Air soya Air minuman bermalta / bersusu
Buah betik Buah jambu batu
SELASA Bihun goreng Singapura Bihun sup
Air soya kurang manis Air susu tepung penuh krim
Buah tembikai Buah epal merah
RABU Ayam goreng dan kentang goreng Bijirin sarapan pagi
Air Milo Air Horlicks
Buah oren Buah tembikai susu
KHAMIS Nasi goreng cina Nasi paprik
Air soya kurang manis Air soya kurang manis
Buah belimbing Buah pisang emas
JUMAAT Sandwich sardin Kuih muih
Air susu berkrim Air soya
Buah jambu batu Buah pisang
Mesti mengikut kaedah penyediaan makanan yang sihat:
 Minyak tidak diguna berulang kali
 Guna santan cair dan susu rendah lemak dalam masakan
 Guna perasa asli (contoh: rempah ratus / ikan bilis / herba / kacang soya)
 Makanan tidak terlalu masin / manis / berminyak

Contoh : ISNIN - NASI AYAM

BAHAN SUKATAN

 Nasi (berperisa ayam)  1 cawan (100 gram)


 Ayam kukus  50 gram
 Kuah sup:  150 ml
 Kentang  20 gram
 Lobak merah  10 gram
 Daun bawang  5 gram
 Minyak  2 sudu teh
 Sos cili  2 sudu teh
 Kicap cair  1 sudu makan (17 gram)

 Buah : Betik  150 gram (1 potong sederhana)

 Minuman : Soya  1 gelas (150 ml)

You might also like