You are on page 1of 2

Konsep Mencari dan Membelanjakan Harta Menurut Islam

Pengertian Harta

Istilah harta atau al-mal dalam al-Quran mahupun sunnah tidak dibatasi dalam raung lingkup makna
tertentu, sehinggakan pengertian al-mal sangat luas dan selalu berkembang.

Kriteria harta menurut para ahli fiqh meliputi adanya nilai ekonomi dan unsur manfaat yang
diperoleh dari suatu barang.

Pandangan Islam mengenai harta

Prinsip Harta

1. Pemilik mutlak terhadap segala sesuatu yang ada dimuka bumi ini adalah Allah.
2. Status harta
 Harta sebagai amanah dari Allah
 Harta sebagai perhiasan hidup untuk manusia menikmatinya dan tidak boleh
berlebih-lebihan (membazir). (surah ali Imran :ayat 14)
 Harta sebagai ujian keimanan-cara mendapatkan dan memanfaatkannya. (surah al-
Anfal:ayat 28)
 Harta sebagai bekal ibadah-muamalah sesama manusia melalui zakat,infak dan
sedekah(surah attaubah:ayat 41 dan 46)
3. Pemilikan harta dapat dilakukan melalui usaha atau pekerjaan yang halal
4. (surah al-baqarah:ayat 267)
5. Larangan mencari harta sehingga melupakan perintahNya
6. Larangan terlibat dalam aktiviti atau kegiatan yang haram seperti riba,perjudian, rasuah dan
jualbeli barang yang haram.

Pemilikan harta

1. Hak milik khusus: Pemilikan harta secara individu dibenarkan di dalam Islam.
 Harta termasuk lima perkara yang wajib dipelihara
 Islam tidak membenarkan pencerobohan terhadap pemilikan harta seperti mencuri
dan merampas.
 Diperoleh melalui perwarisan, wasiat, jualbeli, pemberian (derma/hadiah),bekerja,
bercucuk tanam dan mengerjakan tanah terbiar.
2. Hak milik awam : Harta yang dikhususkan untuk kepentingan awam seperti jalanraya, sungai
dan tempat rekreasi.

“ Semua umat Islam berkongsi dalam tiga perkara iaitu air,rumput dan api”. (Riwayat
Ahmad dan Abu Dawud)

Kaedah Memperoleh Harta :-

a. Mengusai harta yang belum dimiliki oleh orang lain.


b. Perjanjian hak-hak milik seperti jualbeli, hibah dan wasiat
c. Warisnan sesuai dengan aturan Islam
d. Syuf’ah (pemberian dari pemerintah)
e. Hak—hak keagamaan : contoh agihan zakat

Konsep perbelanjaan harta

Keutamaan dalam perbelanjaan

1. Barang keperluan hidup:tanpanya seseorang akan mati.


Contoh makanan bagi orang yang dilanda kebuluran dan rumah bagi orang yang sedang
kedinginan
2. Barang keperluan asas : tanpanya seseorang akan hidup susah
3. Barang keperluan kecekapan
4. Barang keselesaaan
5. Barang mewah
6. Larangan membelanjakan harta untuk barang merbahaya atau merosakkan.

You might also like