You are on page 1of 18

RUSLI BIN SEMAIL

cikliey28@yahoo.com.my

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Abdul Aziz
bin Haji Sulaiman di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi
tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya
Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya
ucapkan kepada semua tutor dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah
menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga
buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran
untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah
pastinya ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my

ISI KANDUNGAN
MUKA
BIL PERKARA SURAT
1 Sekapur Sireh ........

2 Isi Kandungan ........

3 Soalan Tugasan ........

4 Pendahuluan 1

5 Kedudukan Bahasa Melayu 1

6 Pandangan Asraf tentang bahasa baku 2


7 Tugasan (a)

Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa


Melayu
i) Definisi Sebutan Baku 3

ii) Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 4


8 Tugasan (b)

Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau (biasa) dari


segi fonologi.
i) Vokal suku kata akhir terbuka. 6

ii) Vokal suku kata tertutup 7

iii) Konsonan Melayu 8


9 Tugasan (c)

Bincangkan Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku Bahasa


Melayu.
i) Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu 10

ii) Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu. 11


Tugasan (d)
10 13
Rumusan
11 Rujukan 15
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my

SOALAN TUGASAN

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama)…kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri


Abdullah Ahmad Badawi "Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima
tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-
Riau."

Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas pemansuhan penggunaan sebutan baku diputuskan
oleh mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2000. Ekoran keputusan ini Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000
untuk memaklumkan keputusan mesyuarat jemaah menteri yang berbunyi:

“…sebutan baku yang terus dilaksanakan di sekolah hanya untuk tujuan


pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja…
Walau bagaimanapun, untuk tujuan ujian lisan dalam peperiksaan awam,
sebutan baku atau sebutan biasa boleh digunakan. Bagi pengajaran dan
pembelajaran mata-mata pelajaran selain Bahasa Melayu serta urusan-
urusan lain di sekolah, sebutan biasa digunakan...”

Berdasarkan kenyataan di atas, sila buat SATU kertas kerja berdasarkan soalan berikut:

(a) Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu.

(b) Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi
fonologi.
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my

(c) Bincangkan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu.

Rumuskan perbincangan anda.

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Tanah
Melayu Perkara 152 sebagai Bahasa Kebangsaan sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Berdasarkan Perkara 152 tersebut, Bahasa Melayu hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Untuk
melaksanakan peruntukkan di bawah Perkara 152 ini, kerajaan telah merancangkan beberapa
perkara bagi memantapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Antaranya ialah :

a) Perkembangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


b) Perluasan penggunaan Bahasa Melayu di semua bidang kehidupan penutur-
penuturnya.

Untuk memastikan semua perancangan tersebut berjaya, kerajaan telah melaksanakan


beberapa perkara berikut :

a) Membina Dewan Bahasa dan Pustaka.


b) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
c) Memperluaskan penggunaannya dalam pentadbiran negara, serta
d) Mendirikan sebuah Maktab Perguruan Bahasa untuk melatih guru Bahasa Melayu
untuk segala jenis sekolah

Kedudukan Bahasa Melayu


RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Bahasa Melayu adalah satu kontinum dialek-dialek. Secara umumnya di Semenanjung
Malaysia sahaja terdapat banyak dialek-dialek Bahasa Melayu yang dituturkan mengikut
daerah-daerah atau kelompok masyarakat seperti dialek Negeri Sembilan, dialek Johor, dialek
Melaka, dialek Kelantan, dialek Kedah, dialek Perak dan sebagainya. Di antara dialek-dialek
ini wujud pula sejumlah dialek yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain daripada
segi geografi dan kekeluargaan. Banyak persamaan yang terdapat di dalam kontinum ini
seperti mana kesamaan di antara dialek Perak Utara, dialek Pulau Pinang, dialek Kedah dan
dialek Perlis.

Dialek-dialek yang pelbagai ini ada yang mudah difahami dan ada yang sukar
difahami oleh penutur dialek yang lain. Walau bagaimanapun, apabila seseorang penutur
Bahasa Melayu yang berlainan dialek ini bertemu, mereka mampu menyesuaikan bahasa
mereka dari segi sebutan dan istilah sehinggalah berlaku perhubungan. Pada ketika ini
masing-masing cuba untuk melampaui ciri-ciri dialek kedaerahan semata-mata untuk
memudahkan perhubungan. Oleh itu, boleh dikatakan penutur-penutur dialek akan
meminimakan penggunaan dialek mereka apabila mereka mula bergerak meninggalkan
daerahnya dan seterusnya melakukan penyesuaian bagi memudahkan perhubungan di tempat
yang baru.

Walaupun terdapat banyak dialek yang dituturkan oleh penutur Bahasa Melayu, penulisan
Bahasa Melayu masih menjadi sesuatu yang standard bagi kebanyakan pengguna Bahasa
Melayu. Penutur-penutur dialek yang berbeza ini akan menggunakan gaya bahasa yang sama
apabila mereka menulis. Secara tidak langsung terdapat satu keseragaman tatabahasa apabila
Bahasa Melayu digunakan di dalam penulisan berbanding ketika digunakan dalam pertuturan.

Selain Bahasa Melayu dialek yang digunakan oleh penutur-penutur Melayu di daerah-
daerah yang berbeza, terdapat juga Bahasa Melayu Pasar yang digunakan oleh penutur-
penutur bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu. Mengikut Za’ba bahasa Melayu
Pasar ini adalah Bahasa Melayu yang tidak lengkap perkataannya serta bahasa yang dipakai
ala kadar sahaja bagi tujuan perhubungan dan pergaulan. Bahasa Melayu Pasar ini dikatakan
wujud disebabkan gangguan daripada bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa lain ke atas bahasa Melayu sebagai norma.

Pandangan Asraf Tentang Bahasa Melayu Baku


RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV (1981), saudara Asraf berpendapat
bahasa Melayu Baku adalah berasal daripada dialek Johor-Riau. Pandangan beliau
berlandaskan kepada karya-karya Melayu lama yang kebanyakannya berasal dari daerah
Johor-Riau seperti Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang.
Malah pola-pola ayat Melayu di dalam Sejarah Melayu itu dianggap sebagai pola-pola ayat
Melayu baku. Sehubungan itu beliau beranggapan sebutan dialek Johor-Riau itu sebagai
sebutan baku bahasa Melayu. Oleh itu, penutur-penutur dialek dari daerah-daerah lain
berusaha untuk bertutur seperti mana pertuturan orang-orang yang menggunakan dialek
Johor-Riau.

(a) Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu

i) Definisi Sebutan Baku

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di
dalam Kamus Dewan, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “..... yang (sudah)
diterima umum sebagai betul dan sah….dan seterusnya dapat dijadikan asas
perbandingan” .

Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan


bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.
Ahli-ahli bahasa seperti Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a
codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech
community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa
itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat
secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.

Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai
oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada
dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.
Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, seperti penutur-penutur di Kelantan
mempunyai variasi bahasanya yang tersendiri dan tidak sama dengan penutur-penutur di
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak utara. Namun semua kelainan ini sebenarnya
merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu yang dirujuk sebagai dialek. 

Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa
baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil
pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga
bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang
telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan. 

Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh


difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan
hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa
Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas
dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur
yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan
juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan
Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku
yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk
imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi
dan seragam sifatnya. 

Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi
yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini
berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha
menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak
variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa
Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”. 

Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku
bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan
bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu
Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah. 

ii) Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu


RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Matlamat pembakuan bahasa Melayu amat penting terutamanya demi
kepentingan nasional. Harapan kita adalah akan berlaku penyeragaman dalam berbagai
aspek bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia. Selain itu dengan
wujudnya penyeragaman ini, bahasa Melayu akan dituturkan dengan betul dalam
komunikasi rasmi. Oleh itu wujudlah satu dasar umum bahasa Melayu bagi mencapai
matlamat-matlamat tersebut. Dasar sebutan baku ialah mengikut sistem fonemik, disebut
sebagaimana dieja dan dieja segaimana disebut dan tiada huruf yang disenyapkan. Dasar
sebutan fonemik ini atau sebutan berasaskan ejaan ini seringkali juga dikritik dan
dipertikaikan apabila ada orang-orang tertentu yang menafsirkan dasar itu menurut
pengertian selapis sahaja, atau apabila ada orang yang menekankan kekecualian-
kekecualian yang berlaku lebih daripada prinsip itu sendiri.

Dasar tersebut adalah dari segi ejaan, iaitu sebutan menurut perlambangan huruf
dan penyukuan kata, serta fungisnya di dalam ayat. Aspek-aspek berikut hendaklah
diberikan perhatian agar dasar umum tersebut dapat dipatuhi:-

a) Sebutan huruf

Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaannya.
Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini
pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : “Sebutan
baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai
bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai
bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”. Justeru itu setiap huruf di dalam ejaan
rumi hendaklah jelas menurut bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Pada
umumnya, setiap huruf vokal melambangkan satu bunyi (fonem) vokal, dan setiap
huruf konsonan melambangkan satu bunyi (fonem) konsonan.

b) Intonasi

Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam
percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada
kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia
ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi
percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan
predikat.

c) Sebutan kata

Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga


berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata
terbitan.

(b) Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi.

Terdapat perbezaan dalam sebutan di antara sebutan baku Bahasa Melayu


dengan sebutan Johor-Riau. Memandangkan penutur bahasa Melayu Johor-Riau berada
pada tahap majoriti, timbul anggapan bahasa Melayu Johor-Riau perlu dijadikan sebagai
bahasa standard.

i) Vokal suku kata akhir terbuka.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau terdapat enam
fonem vokal iaitu a, e, i, o dan u. Berikut adalah perbezaan cara sebutan enam fonem
vokal tersebut mengikut dialek Johor-Riau berbanding dengan cara sebutan dalam
bahasa Melayu Baku.

a) Fonem /a/ pada suku kata akhir terbuka di dalam bahasa Melayu Johor-Riau tidak
diucapkan sebagai [a] tetapi diucapkan sebagai [e] di dalam pertuturan. Dalam
bahasa Melayu baku, fonem /a/ tersebut tetap diucapkan sebagai [a].

Contoh:
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
ada [ad + a] [a + de]
tiada [tia + da] [tia + de]

Begitu juga kata-kata yang diambil dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Arab
dan bahasa Sanskrit akan diucapkan sebagai [e] di dalam dialek Johor Riau.
Contoh:
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
dunia [du + nia] [du + nie]
Bahasa [ba + ha + sa] [ba + ha + se]

Namun terdapat kekecualian bagi kata yang diambil daripada bahasa Indonesia
bagi fonem /a/ dalam sebutan Johor-Riau yang masih mengekalkan bunyi [a].
Contoh:
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
merdeka [mer + de + ka] [mer + de + ka]
anda [an + da] [an + da]

b) Fonem /i/ diucapkan dengan bunyi [i] seperti yang dilambangkan dalam ejaan
sama ada dalam bahasa Melayu baku dan dialek Johor-Riau.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
ini [i + ni] [i + ni]
sini [si + ni] [si + ni]

c) Fonem /u/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka diucapkan dengan bunyi [u]
seperti yang dilambangkan dalam ejaan sama ada dalam bahasa Melayu baku dan
dialek Johor-Riau.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
situ [si + tu] [si + tu]

d) Fonem /e/ pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku di dalam dialek Johor-Riau
asli.
e) Fonem /o/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku di dalam
dialek Johor-Riau

ii) Vokal suku kata tertutup


a) Fonem /a/ tetap diucapkan dengan bunyi [a] seperti dilambangkan dalam ejaan
dalam sebutan bahasa Melayu Baku dan sebutan Johor-Riau.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
dapat [da + pat] [da + pat]
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
salam [sa + lam] [sa + lam]

b) Fonem /i/ diucapkan dengan bunyi [e] dalam dialek Johor-Riau berbanding
diucapkan dengan bunyi [i] dalam sebutan bahasa Melayu baku.
Contoh:
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
alih [a + lih] [a + leh]
hasil [ha + sil] [ha + sel]
kutip [ku + tip] [ku + tep]

c) Fonem /u/ diucapkan dengan bunyi [o] dalam dialek Johor-Riau berbanding
diucapkan dengan bunyi [u] dalam sebutan baku.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
jatuh [ja + tuh] [ja + toh]
belum [be + lum] [be + lom]
Parut [pa + rut] [pa + rot]

d) Fonem /e/ tidak berlaku pada suku kata tertutup dalam dialek Johor-Riau. Jadi,
kata-kata seperti artikel, sistem dan sumber adalah asing dalam sebutan menurut
dialek Johor-Riau dan di sebut berdasarkan ejaan sebenar.
e) Fonem /o/ tetap diucapkan dengan bunyi [o] seperti yang dilambangkan dalam
ejaan.

iii) Konsonan Melayu

Terdapat 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu yang dianggap sebagai konsonan
asli yang dilambangkan dengan huruf-huruf b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, ng, ny, p, r, s, t,
w, dan y. Manakala fonem-fonem yang dilambangkan dengan huruf-huruf f, gh, kh, q,
sy, v dan z adalah fonem-fonem asing yang dipinjam daripada pelbagai bahasa lain
seperti Arab dan Inggeris.

a) Semua fonem konsonan yang berlaku di awal kata, diucapkan dengan bunyi yang
sama dengan yang dilambangkan dalam ejaan.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
badan [ba + dan] [ba + dan]
ganti [gan + ti] [gan + ti]

b) Penutur Johor-Riau cenderung untuk menggugurkan akhiran /r/ di akhir suku kata
berbanding dengan penutur bahasa Melayu baku.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
besar [be + sar] [be + sa]
sabar [sa + bar] [sa + ba]
lebar [le + bar] [le + ba]

c) Bagi kata yang berakhir dengan /ur/, penutur Johor-Riau lebih cenderung untuk
menggantikan dengan bunyi [o] berbanding penutur bahasa Melayu baku.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
tidur [ti + dur] [ti + do]
telur [te + lur] [te + lo]

d) Bagi kata yang terdapat konsonan /r/ di tengah, akan berlaku pengguguran dalam
sebutan penutur Johor-Riau.
Contoh :
Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau
kerja [ker + ja] [ke + ja]
pergi [per + gi] [pe + gi]

(c) Bincangkan Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu.

Sebutan baku bahasa Melayu bukan sengaja diperkenalkan untuk kepentingan


individu-individu tertentu atau demi kepentingan politik golongan-golongan tertentu.
Ahli-ahli bahasa berpendapat dengan adanya penyeragaman dari aspek sebutan baku ini
akan wujudlah sebuah masyarakat Melayu yang beridentitikan Melayu dan menggunakan
bahasa yang seragam dalam semua acara rasmi. Jika dihalusi tentunya terdapat kebaikan
dan keburukan apabila sebutan baku bahasa Melayu diperkenalkan.

i) Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu

a) Sebutan baku sebagai sebutan rasmi dalam situasi formal


RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Penyeragaman dalam sebutan akan menyebabkan bahasa Melayu dapat
digunakan di dalam pelbagai situasi yang formal. Malah bahasa Melayu akan
dapat menjadi bahasa ilmu di dalam bidang pendidikan apabila terdapat
keseragaman dari segi sebutan. Bahasa yang sebutannya seragam akan
menjadi lebih mantap dan dapat berkembang pesat. Secara tidak langsung,
bangsa Melayu mempunyai sebuah bahasa yang boleh dibanggakan di
peringkat antarabangsa sebagaimana yang berlaku kepada bahasa-bahasa
asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Jepun.
Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu dalam acara-acara rasmi di berbagai
peringkat pasti boleh memartabatkan bahasa Melayu di kalangan masyarakat
Malaysia.

b) Sebutan baku sebagai alat perpaduan

Penggunaan sebutan baku melalui media-media elektronik sekurang-


kurangnya dapat merapatkan jurang di antara penutur-penutur berbilang dialek
yang terdapat di negara kita. Dengan adanya hanya satu jenis sebutan, kaum-
kaum atau kelompok-kelompok sesuatu dialek akan mudah berinteraksi dan
seterusnya akan wujud perasaan saling hormat menghormati. Malah penutur-
penutur dialek yang berbeza ini akan cuba membuang cara pertuturan masing-
masing bagi memudahkan interaksi berlaku.

c) Sebutan baku memudahkan pembelajaran

Bagi yang hendak mempelajari bahasa Melayu, sebutan baku akan


memberikan kemudahan kepada mereka. Ini disebabkan sebutan baku bahasa
Melayu adalah dituturkan berdasarkan ejaan memandangkan telah ditentukan
keselarasan vokalnya. Jadi tidak timbul kekeliruan untuk menyebut sesuatu
perkataan. Bagi seseorang pelajar, penguasaan ejaan akan dapat ditingkatkan
apabila mereka bertutur dalam sebutan baku bahasa Melayu.

d) Sebutan baku memberikan identiti Malaysia

Apabila terdapat keseragaman di dalam sebutan, pasti wujudlah sebuah


masyarakat yang mempunyai identiti Malaysia. Bagi mewujudkan sebuah
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
bangsa Malaysia, aspek bahasa amat penting supaya Malaysia dapat
menonjolkan bahasa Melayu yang hanya terdapat satu jenis sebutan sahaja.
Masyarakat antarabangsa akan mengenali Malaysia melalui bahasa Melayu
yang mempunyai identitinya sendiri iaitu sebutan baku. Jadi penggunaan
dialek-dialek daerah serta bahasa pasar akan diminimakan sekiranya segenap
lapisan masyarakat bertutur dengan sebutan baku bahasa Melayu.

ii) Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu.

a) Masalah Komunikasi

Apabila sebutan baku bahasa Melayu diperkenalkan, terdapat pelbagai


pandangan yang sinis. Masalah komunikasi di antara penutur-penutur
berbagai dialek di Malaysia akan wujud apabila sebutan baku ini
diperkenalkan memandangkan penutur-penutur dialek ini telah sebati dengan
dialek masing-masing. Proses untuk meminimakan penggunaan dialek-dialek
daerah ini akan mengambil masa yang agak lama. Jadi sebutan baku bahasa
Melayu ini menjadi sukar untuk diterjemahkan menjadi realiti di dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang dialek dan berbilang kaum ini.

b) Berlaku kecairan maklumat

Memandangkan sebutan baku bahasa Melayu ini masih baru, kemungkinan


berlakunya kecairan maklumat adalah agak tinggi. Maklumat-maklumat yang
disampaikan oleh media elektronik mungkin akan disalah tafsirkan oleh
penutur-penutur dialek. Salah faham mungkin berlaku di kalangan rakyat
yang berada di daerah-daerah pendalaman atau kaum bukan Melayu yang
masih menggunakan bahasa pasar dalam komunikasi harian mereka.

c) Sebutan baku adalah bahasa Indonesia


RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Sebutan baku bahasa Melayu yang didasarkan kepada ejaan fonemik mirip
kepada bahasa Indonesia. Sebagai negara yang berdaulat, kita tidak sepatutnya
menjadikan bahasa asing sebagai contoh untuk diikuti. Bunyi-bunyi perkataan
yang berdasarkan sebagaimana ejaan jelas menunjukkan seperti berlaku
peniruan daripada bahasa Indonesia.

d) Sebutan baku terdapat kejanggalan sebutan

Apabila penggunaan sebutan baku ini diperkenalkan, ramai yang beranggapan


agak pelik untuk dituturkan. Sebutan berdasarkan ejaan menampakkan
kejanggalan seseorang yang menuturkannya. Ketika mula digunakan di
stesen-stesen televisyen suatu ketika dahulu, para penonton atau pendengar
beranggapan agak melucukan apabila pembaca-pembaca berita menyebut
perkataan-perkataan seperti /universiti/ sebagai [universiti], /teknologi/
sebagai [teknologi] dan /unit/ sebagai [unit].

(d) Rumusan
Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu sepatutnya dimulakan dengan satu
peraturan atau undang-undang yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.
Malah para pemimpin, golongan-golongan birokrat, ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik,
dan ahli-ahli korporat Melayu sepatutnya memulakan langkah pertama ke arah
penggunaan sebutan baku bahasa Melayu ini di dalam segala bentuk acara atau situasi
rasmi atau tidak rasmi. Kita menjadi terkilan apabila para pemimpin kita sendiri bukan
sahaja gagal menggunakan sebutan baku bahasa Melayu tetapi gagal menggunakan
bahasa Melayu di dalam acara-acara yang dihadiri atau yang dianjurkan di peringkat
nasional, negeri dan daerah. Penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan dalam acara-
acara rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan. Kita sepatutnya mencontohi masyarakat Jepun
dan Indonesia yang kekal menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun acara yang
dianjurkan bersifat antarabangsa. Secara tidak langsung mereka telah memartabatkan
bahasa mereka.

Oleh yang demikian, perlulah kita mencuba untuk memahami apa yang kita
anggap baku itu. Kita tidak sepatutnya menjadikan kelainan dialek sebagai satu halangan
untuk membakukan bahasa Melayu. Kelainan dialek itu sepatutnya dianggap sebagai
suatu variasi bahasa Melayu yang boleh diterima serta difahami oleh majoriti penuturnya.
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Di dalam masyarakat kita yang berbilang dialek serta berbilang kaum ini, pastinya akan
wujud satu dasar bahasa yang serupa dan boleh difahami. Apa yang kita inginkan ialah
masyarakat Malaysia yang mampu menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu baku
untuk berinteraksi. Penyesuaian sebutan di kalangan penutur-penutur dialek akan
memudahkah komunikasi sebagaimana rajah di bawah.

A – Sebutan baku
D1 – Dialek 1
D2 – Dialek 2
....
D7 – Dialek 7

Sumber : Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain. (1982). Pembinaan Bahasa Melayu:
Perancangan Bahasa Di Malaysia. Kuala Lumpur:DBP, m/s 7

Berdasarkan rajah di atas, kita mengharapkan penutur-penutur dialek mampu membuat


penyesuaian sebutan bahasa sehingga akhirnya mereka menggunakan sebutan baku
bahasa Melayu di dalam perhubungan. Oleh yang demikian, sudahlah tiba masanya kita
mendisiplinkan diri dan menggunakan sebutan baku bahasa Melayu yang bebas daripada
sebarang kesalahan yang boleh mengganggu pemahaman. Dengan usaha ini Insya-Allah
Bahasa Melayu akan terus gah di persada dunia.
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my

Rujukan

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. Batu Caves : PTS Profesional.

Ali Mahmood, Dr. et. al. (2010). HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.
Selangor : Open University Malaysia.

Asraf. (1981). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. (2008). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves: PTS
Profesional.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1982) Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan
Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. Isu-isu Bahasa Malaysia, m.s. 84-85. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(1984). ISBN 967-933-190-3.

Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu, Kuala
RUSLI BIN SEMAIL
cikliey28@yahoo.com.my
Lumpur, DBP.

“Tatabahasa Generatif " dlm. Dewan Bahasa bil. 6 jil. 24. Dewan Bahasa dan Pustaka – Jilid
4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084

You might also like