You are on page 1of 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 1203: RASM UTHMANI


SEMESTER: MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda melakukan


tugasan yang diberikan serta kemampuan anda menganalisis item-item yang
dikaji, dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan
relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

5. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
menyerahkan tugasan yang diplagiat akan dikenakan tindakan tatatertib.
SOALAN TUGASAN

Anda diminta untuk membuat satu kajian tentang kefahaman pelajar IPTA/IPTS
mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani. Latarbelakang responden yang diperlukan
dalam kajian ini mestilah dalam bidang pendidikan Islam (Jabatan Tahfiz Al-Quran &
Qiraat / Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah / Jabatan Syariah / Jabatan Usuluddin / Jabatan
Dakwah dan sebagainya). Bilangan responden pula mestilah merangkumi sekurang-
kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan pelajar di jabatan yang berkenaan.
Metodologi kajian yang boleh anda jalankan ialah temubual, soal selidik, pengamatan
dan sebagainya. Kajian tersebut hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut :

1. Pengertian Rasm Uthmani.


2. Kepentingan Rasm Uthmani
3. Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
4. Hukum menggunakan Rasm Uthmani
5. Pengamalan para pelajar terhadap Rasm Uthmani (penulisan dan pembacaan)

Format Tugasan:
a) Muka hadapan (tertera tajuk kajian, kod dan nama kursus, nama pensyarah/tutor,
nama pengkaji dan nombor matrik dan tarikh serahan)
b) Senarai isi kandungan
c) Abstrak (meliputi latarbelakang kajian, objektif, metodologi dan jangkaan
hasil/dapatan kajian) (antara 150 – 200 patah perkataan).
d) Bab 1 : Pendahuluan
e) Bab 11 : Pengenalan Skop dan Tempat kajian.
f) Bab 111 : Hasil kajian (tahap kefahaman pelajar mengenai Rasm Uthmani)
g) Bab 1V : Penutup yang merangkumi Kesimpulan dan cadangan
h) Rujukan
i) Lampiran (jika ada)

(30 markah)
Panduan Penulisan
1. Senarai rujukan yang tidak kurang dari enam buah buku dan sekiranya
terdapat lampiran yang berkaitan, ia hendaklah disertakan.
2. Bilangan muka surat antara 10 – 15, tidak termasuk lampiran.
3. Tugasan ini boleh dijalankan secara berkumpulan, iaitu 2 atau 3 orang bagi
satu kumpulan. Tetapi abstrak, analisis hasil kajian, kesimpulan dan cadangan
hendaklah dibuat secara berasingan.

You might also like