You are on page 1of 2

STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

STRATEGI
 Merujuk kepada cara bagaimana guru ingin mencapai matlamat
pengajarannya. Ianya merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan
maklumat dan membuat keputusan bagaimana mencapainya (Dick &
Carey, 1996)

KAEDAH
 Kaedah pengajaran pula adalah cara menyampaikan maklumat atau
menjalankan aktiviti pengajaran.

PANDUAN BAGI MENJADIKAN KAEDAH PENGAJARAN BERKESAN.

1. Kuliah
Bagaimana anda boleh menngunakan kuliah dengan berkesan? Kaedah ini tidak
sesuai digunakan sepanjang waktu pengajaran. Waktu kuliah yang menggunakan
kaedah ini biarlah pendek, selain itu pastikan pelajar yang mengikuti pelajaran
dengan kaedah ini mengetahui cara mengambil nota. Panduan bagi merancang
penggunaan kaedah ini adalah;
i. Pengenalan kepada kuliah supaya menarik minat
ii. Nyatakan rangka isi kuliah
iii. Beri definisi kepada terminology yang tidak biasa dengan pelajar
iv. Mesti fleksibel, beri ruang pelajar komen, kemukakan soalan
v. Sususn maklumat kuliah mengikut susunan logic
vi. Sediakan contoh bagi menjelaskan idea utama
vii. Gunakan alat Bantu
viii. Elakkan bercakap tanpa henti melebihi 15 minit dalam satu masa
ix. Perhatikan bahasa tanpa lisan yang ditunjukkan oleh pelajar
x. Buat kesimpulan diakhir kuliah

2. Perbincangan
Perbincangan merupakan suatu kemahiran, beberapa panduan bagi membolehkan
kaedah ini dilaksanakan dengan berjaya;
i. Kenali pelajar anda, tentukan pelajar mana akan dipanggil bercakap
kemudian diperluaskan kepada pelajar lain
ii. Perancangan bagi memastikan perbincangan dibawa ke hala tuju yang
betul
iii. Pelajar kenal antara satu sama lain
iv. Hargai semua soalan dank omen
v. Mulakan dengan soalan terbuka, yang boleh membawa pelbagai
jawapan
vi. Elakkan daripada pelajar hanya memberi maklumat
vii. Pastikan setiap orang berpeluang melibatkan diri
viii. Sekali sekala guru membuat rumusan, dan akhirnya segala yang
diperolehi hendaklah dihubungkan dengan soalan asal yang
kemukakan

3. Demontrasi
Demontrasi adalah kaedah di mana guru menunjukkan sesuatu kepada pelajar atau
kelompok pelajar. Demontrasi peril diikuti dengan pelajar berpeluang
melakukannya. Panduan dalam merancang demontrasi;
i. Tulis langkah-langkah demontrasi
ii. Pastikan setiap pelajar terlibat
iii. Kumpul bahan demontrasi dan cuba sekurangnya sekali
iv. Sediakan soalan semasa demontrasi
v. Ianya dapat dilihat oleh semua pelajar
vi. Terangkan langkah kepada pelajar satu persatu
vii. Beri puluang mencubanya
viii. Buat ulasan keseluruhan

4. Sumbangsaran
Sumbangsaran adalah cara yang berkesan bagi mendapatkan banyak maklumat
daripada pelajar dan tentukan idea mana yang paling sesuai. Langkah-langkah
pelaksanaannya adalah
i. Definisikan masalah yang hendak diselesaikan
ii. Beri masa untuk pelajar memberi idea, pelajar digalakkan beri idea
iii. Tidak benar kritik atau tertawakan idea orang lain
iv. Pilih idea yang dikehendaki dan pastikan semua setuju

5. Main Peranan
Main perana melibatkan perlakuan yang diimagenasikan. Lakonan secara spontan.
Bagaimana kaedah ini boleh digunakan?
i. Nyatakan objektif pembelajaran
ii. Bincang peranan yang dimainkan termasuk hubungan antara peranan
iii. Terangkan situasi dan latar belakang
iv. Lakonkan peranan
v. Buat perbincangan dan rumusan

6. Lawatan
Lawatan biasanya didefinisikan sebagai membawa pelajar ke tempat tertentu
dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan adalah melihati sesuatu situasi atau
amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Apakah yang guru perlu
lakukan?
i. Kebenaran daripada pentadbir dan ibubapa
ii. Tujuan dimaklumkan kepada pelajar
iii. Disiplin pelajar
iv. Pengangkutan sesuai
v. Surat terima kasih
vi. Rumusan dan penilain lawatan

7. Inkuiri
Ia merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari
pengetahuan dan maklumat atau mengkaji sebab sesuatu fenomena boleh berlaku.
Elemen yang terdapat dalam kaedah ini adalah;
i. Masalah- adalah asas kaedah ini, sepatutnya ‘benar berlaku’
ii. Latar belakang maklumat
iii. Bahan
iv. Soalan memandu
v. Hipotesis- dibuat hasil daripada soalan memandu
vi. Memungut data dan analisis
vii. Kesimpulan

You might also like