You are on page 1of 50

Bincangkan kontrak perkhidmatan

dan tanggungjawab majikan serta


pekerja
daripada perspektif Islam.

Universiti Kebangsaan Malaysia


Fakulti Undang-undang
Program PHD Undang-undang
P58462
Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
Pengenalan

Individu yang telah menandatangani apa-apa bentuk kontrak


perkhidmatan dengan pihak majikan adalah merupakan seorang
pekerja yang layak untuk menerima sebarang faedah-faedah
pekerjaan yang terdapat di bawah undang-undang pekerjaan
di Malaysia.

Hak-hak mereka ini tidak boleh dinafikan sewenang-wenangnya oleh


pihak majikan dan majikan adalah tidak berhak sama sekali untuk
menukar, meminda, ataupun mengubah mana-mana terma di dalam
perjanjian perkhidmatan melainkan mendapat persetujuan daripada
pekerja itu sendiri.

Definisi berkenaan kontrak perkhidmatan dan ciri-cirinya juga telah


dinyatakan dengan jelas di bawah dua undang-undang pekerjaan
yang utama iaitu Akta Kerja 1955 dan juga Akta Perhubungan
Perusahaan 1967.

2
3
Kontrak untuk perkhidmatan (contract for service) adalah
satu kontrak di mana seseorang kontraktor bebas itu adalah
bertanggungan untuk menyelesaikan kerja ataupun tugas
yang telah diberikan.

Ini adalah amat berbeza sekali dengan kontrak perkhidmatan


(contract of service) yang menitikberatkan kepada hubungan
majikan dan pekerja. Kontrak untuk perkhidmatan lebih
menekankan kepada bagaimana dan bila sesuatu tugasan itu
perlu diselesaikan dengan sempurna . Ianya juga adalah
berdasarkan sesuatu tempoh yang telah ditetapkan dan
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

4
Kontrak perkhidmatan juga turut dikenali sebagai
kontrak pekerjaan dan menurut Akta Kerja 1955
kontrak perkhidmatan bermaksud kontrak yang
disempurnakan, sama ada secara lisan atau bertulis
dan sama ada melalui syarat nyata atau dibayangkan,
yang seseorang itu bersetuju untuk mengambil
seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang
berkenaan bersetuju memberikan khidmatnya kepada
majikannya sebagai pekerja. Manakala Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 pula menerangkan
istilah kontrak pekerjaan sebagai apa-apa perjanjian
sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada
secara nyata atau tersirat, yang seseorang bersetuju
mengambil seseorang yang lain sebagai pekerja dan
bahawa seseorang yang lain itu bersetuju berkhidmat
kepada majikannya sebagai pekerja.

5
Kedua-dua tafsiran dan definisi daripada Akta
Kerja dan Akta Perhubungan Perusahaan hanya
memberikan definisi kontrak perkhidmatan secara
kasar tanpa apa-apa huraian atau misalan yang
menjelaskannya secara terperinci.

Hal ini adalah amat penting kerana kontrak


perkhidmatan akan menentukan hak kawalan
majikan terhadap pekerjanya, juga menentukan hak
dan tanggungjawab antara majikan dengan pekerja
serta tanggungan majikan terhadap pekerja
berdasarkan undang-undang tort .

6
'I'll get this rock; you get the other.'

7
Terdapat sesetengah majikan yang cuba untuk menafikan hak-hak
pekerja khususnya di bawah Akta Kerja 1955 dengan menyatakan
bahawa seseorang itu hanyalah seorang kontraktor di bawah kontrak
untuk perkhidmatan dan bukannya pekerja dibawah kontrak
perkhidmatan. Ini dilakukan oleh majikan semata-mata untuk
mendapat keuntungan yang lebih tanpa perlu memberikan apa-apa
faedah kepada golongan pekerja termasuk enggan membuat caruman
KWSP kepada pekerja. Situasi ini kebiasaannya berlaku di dalam
sektor yang melibatkan sektor perkhidmatan dan melibatkan jenis
pekerjaan seperti pemandu bas, pekerja kontrak binaan, pekerja kedai
gunting rambut dan juga mereka yang mendapatkan pekerjaan dari
agensi pekerjaan swasta.

8
Penulis berpandangan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi
membolehkan adanya satu panduan yang jelas bagi
membezakan dan menentukan sama ada sesuatu kontrak itu
kontrak perkhidmatan ataupun kontrak untuk perkhidmatan.
Ini mungkin boleh dilakukan dengan memasukkan maksud
ataupun definisi kontrak untuk perkhidmatan ini di dalam
undang-undang pekerjaan di Malaysia sebagai contoh
mungkin boleh dimasukkan ke dalam Akta Kerja 1955
ataupun Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ini adalah
amat penting untuk mengelakkan daripada majikan-majikan
yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mengambil
kesempatan dengan memanipulasikan istilah kontrak
perkhidmatan itu sendiri.

9
10
Di samping itu kelewatan mendapat remedi di bawah sistem mahkamah
buruh jugatelah menyukarkan pertikaian majikan dan pekerja . Di dalam
kes R Ramachandran v. Industrial Court of Malaysia and Anor ianya
telah mengambil masa selama 7 tahun bagi menyelesaikan tuntutan yang
dibuat oleh pihak menuntut. Oleh kerana masa yang lama dan
penangguhan yang tidak sepatutnya maka Mahkamah Persekutuan
walau tidak pernah melakukannya telah tidak merujuk semula kes ke
Mahkamah Industri sebaliknya membicarakan kes ini dan membuat
penghakiman bahawa penuntut telah dibuang kerja tanpa alasan yang
menasabah serta menganugerahkan relief sebagaimana dituntut. Untuk
merujuk semula kes ke Mahkamah Industri mengikut Eusoff Chin CJ,

"will certainly involve continued and prolonged litigation which will do


great harm and injustice to the claimant, and were he to die, his claim
will abate...and this will result in his family suffering grave injustice" .

11
Sebelum itu di dalam kes Harris Solid State (M) Sdn Bhd v.
Bruno Gentil Pereira & Ors Mahkamah Rayuan telah
memutuskan bahawa perayu perlu memasukkan semula
penuntut di kedudukan asal jawatan pekerjaannya walaupun
penuntut telah dibuang kerja oleh perayu enam tahun sebelum
itu. Mahkamah menyatakan

"if we were to affirm the remission of the case to the Industrial


Court, it may take another six years or more for the matter to
reach us, with a possible further appeal to the Federal Court.
Such a consequence would produce the diametrically opposite
result to that intended by Parliament, namely the speedy
adjudication and settlement of trade disputes".

12
Selain kelewatan bagi mendapatkan penghakiman permohonan bagi
semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Industri juga bukan
hanya dengan banyak tatacara tapi juga kedudukan pertikaian
perundangan yang berat sebelah. Majikan yang sudah tentu ingin
memenangi kes mereka mempunyai sumber yang lebih baik dan banyak
serta mampu merayu bagi semakan kehakiman. Pihak majikan juga
mungkin menggunakan helah melambatkan kes bagi menafikan remedi
yang diperolehi oleh pekerja di Mahkamah Industri melalui lantikan
peguam bagi tujuan semakan kehakiman. Dan pihak peguam yang mahir
dengan tatacara mahkamah akan mengelirukan lagi isu kes termasuk
hujah teknikal.

Bilamana pihak pekerja menghadapi keadaan penyediaan dokumen


bersama masa dan perkara teknikal maka ianya memerlukan nasihat
perundangan professional bagi pekerja. Ini akan menimbulkan tekanan
dan kebimbangan kepada pekerja kerana bukan saja berlaku kelewatan
bagi pelaksanaan keputusan mahkamah industri tetapi juga kos litigasi
yang perlu ditanggung pekerja walaupun ianya akan ditentukan selepas
perbicaraan.

13
14
Ketidakseimbangan ini akan lebih memuncak sekiranya pekerja
itu masih belum mempunyai sebarang pekerjaan. Keadaan ini
telah diperjelaskan oleh Eusoff Chin CJ di dalam kes
R Ramachandran :-

"employers can certainly afford to employ a number of lawyers


and prolong litigation and thereby tiring the workers. The poor
workman can ill afford a lawyer or prolong litigation because
this will lead to immense hardship, suffering and exorbitant
expenses".

15
Kelemahan-kelemahan di dalam Akta Kerja dan Akta
Perhubungan Perusahaan ini juga telah memungkinkan
kita untuk mencari alternatif atau tambahan kepada
undang-undang buruh samada bersifat kontemporari
atau sejarah dan untuk itu kita melihat kepada syariah
Islam.

Sebagai permulaan ke arah dimensi syariah Islam


maka kertas ini membentangkan berkenaan kontrak
perkhidmatan dan tanggungjawab majikan serta
pekerja daripada perspektif Islam.

16
Perhubungan di antara Majikan dan Pekerja dari
perspektif Islam

Di dalam Islam isu buruh adalah tertakluk kepada hukum-hukum "kontrak


kerja " ( Ijarah ). Perkataan ijarah adalah satu kontrak yang membawa
pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran .Secara definisi, Ijarah
adalah ' transaksi ( aqad ) atas manfaat tertentu dengan suatu upah'.
Syarat tercapainya transaksi ijarah tersebut adalah kelayakan dari orang-
orang yang melakukan aqad, iaitu , si penyewa tenaga atau majikan (disebut
dengan Musta'jir ) dengan orang yang dikontrak atau pemberi tenaga
( disebut dengan Ajiir ).

Kelayakan tersebut meliputi :


1. Kerelaan dua orang yang bertransaksi.
2. Berakal dan Mumayyis ( mampu membedakan dan memilih ) .
3. Jelas upah dan manfaat yang akan didapat.

17
Dengan pengertian di atas, maka ' kontrak kerja ' dalam Islam
meliputi 3 jenis, yaitu :

a. Manfaat yang didapat seseorang dari benda ( Manafi'ul A'yan ).


Contoh seseorang menyewa rumah, kenderaan, komputer dan
sejenisnya.

b. Manfaatyang didapat seseorang atas kerja seseorang


( Manfa'atul Amal ) contoh tukang kebun, buruh am dan
sejenisnya.

c. Manfaat yang didapat seseorang atas peribadi atau diri


seseorang (Manfa'atul Syakhs) contoh menyewa seorang
pembantu dan sejenisnya.

18
Mana-mana kontrak kerja secara paksa dan ancaman adalah
tidak sah dan tidak dibenarkan di sisi agama Islam.

Majikan dan pekerja bukan peranan yang kekal kerana


kadangkala boleh berada di dalam status yang serupa atau
bertukar tempat.

Pekerja mestilah jujur dan pekerja melaksanakan tugas mereka


tanpa gangguan oleh majikan sepertimana kata-kata Umar Ibn
Khatab r.a :-

“The best officer is the one whose subordinates are happy with
him and the worst is that whose subordinates groom under his
offensive hands”.

19
Islam juga menggalakkan agihan keuntungan yang adil di antara
majikan dan pekerja.

Di samping itu Islam juga memberikan penekanan kepada kerjasama di


antara majikan dan pekerja khususnya dalam membuat keputusan
urusan kerja secara bersama.

Adalah sukar untuk mendapati pertikaian di antara pekerja dan majikan


kerana konsep persaudaraan membuatkan majikan menjaga kepentingan
pekerja dan sebaliknya.

The owner-worker relationship is a mutual contract; an unjust contract


has no value.Any status of human being in this world in the form of an
employee or employer is the test for him.

20
Islam memperbolehkan seseorang untuk
mengontrak tenaga para pekerja atau buruh, agar
mereka bekerja untuk orang tersebut. Allah s.w.t
berfirman QS.Az-Zukhruf : 32 :

" Apakah mereka membagi-bagi rahmat


Tuhanmu ? Kami telah menentukan antara
mereka penghidupan mereka dalam kehidupan
dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian
mereka atas sebahagian yang lain beberapa
darjat, agar sebahagian mereka mempergunakan
sebahagian yang lain".

21
Allah s.w.t juga berfirman QS. At-Thalaq : 6

" Apabila mereka ( wanita-wanita ) menyusui ( anak )


kalian,maka berikanlah kepada mereka upah-upahnya".

Dalam analisis ekonomi , Ibn Khaldun berpendapat bahawa


buruh mempunyai tempat yang istimewa dalam teori nilai.
Pendapatan kepada individu adalah dari usaha tenaga yang
disumbangkan oleh buruh tersebut. Oleh itu pendapatan yang
diperolehi oleh seorang dari sumbangan tenaganya merupakan
nilai buruh. Bahkan tanpa sumbangan tenaga buruh penghasilan
produk tidak akan wujud. Beliau juga turut merumuskan bahawa
permintaan kepada buruh meningkat jika permintaan kepada
sesuatu barangan meningkat. Sektor awam mengikut Ibn
Khaldun merupakan sektor yang utama kepada pasaran buruh.

22
Tanggungjawab Majikan

Majikan perlu melindungi hak-hak


pekerjanya.

Bahawa Nabi s.a.w bersabda ; Imam Abu


Dawud telah meriwayatkan dari Abi Sa'id Al
Khudry :

" Hati-hatilah kalian terhadap Qasamah ? "


Kemudian kami bertanya : " Qasamah itu
apa ? Beliau menjawab : " Adalah sesuatu
( yang disepakati sebagai bahagian )
di antara manusia, kemudian bahagian
tadi dikurang."

23
Menyegerakan gaji atau upah

Dalam Islam hendaknya gaji dibayarkan


secepat mungkin dan sesuai dengan
kesepakatan yang telah dicapai.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda


HR. Ibnu Majah :

" Berikanlah gaji pekerja sebelum kering


keringatnya ".

24
25
Majikan tidak akan membebani pekerja

Firman Allah s.w.t QS. Al Baqarah : 286

" Allah tidak akan membebani seseorang , selain dengan


kemampuannya ".

Nabi Muhammad s.a.w juga telah bersabda


HR.Imam Bukhari dan Muslim :

" Apabila aku telah memerintahkan kepada kalian suatu


perintah, maka tunaikanlah perintah itu semampu kalian ".

26
Berlaku adil kepada pekerja

Jaminan penghidupan bagi pekerja ; Rasulullah s.a.w


bersabda HR. An Nasa'i :

" Barang siapa bekerja pada kami dan dia tidak memiliki
rumah, maka hendaklah dia mahu mengambil rumah,
jika dia tidak mempunyai isteri, maka hendaklah dia
dipermudah menikah atau jika dia tidak mempunyai
kenderaan maka hendaklah dia mengambil
kenderaannya".

27
Begitu tingginya kedudukan buruh dan haknya dalam Islam,
sehingga Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan para
sahabatnya untuk memberikan kepada para buruh mereka
makanan yang mereka makan dan memakaikan kepada mereka
pakaian yang mereka pakai.

Sabda Baginda Rasullulah s.a.w


HR. Muslim, kitab az-Zuhdi wa Raqa’iq, hadits no.74 :

"Berikanlah makanan kepada mereka dari makanan yang


engkau makan dan berikanlah pakaian yang engkau pakai."

28
29
Tauhid menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi
hendaklah mengarah kepada wujudnya suasana al-Adl wal
Ihsan (keadilan dan kasih sayang).

Allah s.w.t. berfirman dengan maksud


An-Nahl: 90 :

"Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat adil dan kebajikan,


memberi pertolongan kepada manusia, serta melarang dari
berbuat yang keji, pekerjaan yang mungkar dan kezaliman.
Dia memberi kamu pengajaran, mudah-mudahan kamu
mendapat peringatan".

30
Bayar upah yang dipersetujui

Disyaratkan dalam setiap transaksi kerja, upah yang jelas,


dengan bukti dan ciri yang bisa menghilangkan
ketidakjelasan. Dalam hal ini Nabi s.a.w bersabda
HR. Imam Ad-Daruquthni, dari Ibnu Mas'ud :

" Apabila salah seorang di antara kalian, mengontrak


seorang ' Ajiir' ( buruh ) maka hendaknya dia
memberitahu upahnya kepada yang bersangkutan."

Begitu pula dalam Islam para majikan dilarang memotong


gaji mereka dengan alasan apapun, sebagaimana hadis yang
sudah dijelaskan di atas ( tentang qasamah ).

31
Hukum Kontrak Kerja Yang Haram

Tidak dibolehkan, mengontrak seseorang buruh atau pekerja untuk


mengerjakan sesuatu yang haram. Atau menyewakan dan memberikan suatu
jasa yang juga telah diharamkan oleh syarak. Hal ini misalnya seseorang
mengontrak pekerja untuk mengirimkan dadah atau kamar ( minuman keras)
kepada seorang pelanggan. Atau mengontrak kerja untuk berternak babi dan
menjual bangkai.

Hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan


Imam At Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik :

" Rasulullah s.a.w melaknat dalam masalah Khamar ( minuman keras )


sepuluh orang, yaitu : pemerasnya, orang yang diperaskan, peminumnya,
pembawanya, orang yang dibawakan, orang yang mengalirkannya,
penjualnya, pemakan keuntungannya, pembelinya termasuk orang yang
dibelikan "

32
Begitu pula tidak diperbolehkan untuk melakukan transaksi
ijaroh dalam masalah riba, karena transaksi tersebut
merupakan transaksi terhadap jasa yang diharamkan. Riwayat
dari Nabi s.a.w . Dari Ibnu Majah dari jalan Ibnu Mas'ud :

" Bahwa beliau ( Nabi s.a.w ) melaknat orang yang makan


riba, orang yang menyerahkannya, para saksi serta
pencatatnya."

Begitu pula dengan beberapa pekerjaan haram lainnya, seperti


' Pelacur ' , atau menjadi pembunuh bayaran, menjadi bomoh
hitam dan sejenisnya. Semua itu telah diharamkan oleh syariat
Islam, yang bererti haram pula mempekerjakan seseorang
untuk melakukan semua pekerjaan sebegitu.

33
34
Tanggungjawab Pekerja

Apabila seseorang itu berkontrak dalam


kontrak pekerjaan maka beliau perlu
melaksanakannya sendiri dan tidak
menggunakan tenaga orang lain tanpa
kebenaran majikannya.

35
Pekerja perlu jujur dan bekerja dengan suci hati .

Dalam hadits Riwayat Thabrani; Rasulullah s.a.w


bersabda H.R.Thabrai :

Sesungguhnya, di antara perbuatan dosa, ada yang


tidak bisa terhapus oleh (pahala) shalat, sedekah
ataupun haji, namun hanya dapat ditebus dengan
kesungguhan dalam mencari nafkah penghidupan.

36
Dalam sebuah hadits Rasulullah s.a.w bersabda
Hadits Riwayat Ahmad & Ibnu Asakir

“Barang siapa pada malam hari merasakan kelelahan karena


bekerja pada siang hari, maka pada malam itu ia diampuni Allah
s.w.t”

Lihatlah, betapa Islam memuliakan kerja sebagai sebuah amal


yang terpuji sehinggakan kerja itu dapat menghapuskan dosa,
kerja dapat menjemput keampunan Allah s.w.t seperti halnya
puasa dan haji. Selama ini sering kali kita membahas pahala puasa
dan haji yang dapat menghapuskan dosa dan meraih ampunan
Allah s.w.t. namun ternyata, kerja keras dalam mencari nafkah
juga sedemikian.

37
Melaksanakan kerja secara terbaik kerana kerja itu ibadah

Kita tahu, bahawa Allah s.w.t menciptakan manusia itu untuk


beribadah kepadaNya, sekaligus untuk menjadi khalifah di muka
bumi. Dalam konteks inilah kita selalu melihat bahawa "bekerja"
mempunyai dimensi spiritual yang tinggi: bekerja bukan sekadar
untuk survival tapi juga merefleksikan kekhalifahan manusia
sesuai dengan tujuan penciptaanNya.

Dengan pandangan ini, maka harkat dasar semua umat manusia


dalam bekerja adalah amanat dan kesedaran Ilahiah, sebagaimana
ditegaskan Allah s.w.t QS Al Mulk 2

” bahawa salah satu tujuan diciptakan hidup dan mati adalah


untuk melihat siapa yang paling baik pekerjaannya .”

38
Kesimpulan

Kapitalisme sebagai sebuah ideologi telah diambil dari pengertian capital


( modal ) yakni memiliki aktiviti yang paling menonjol bagi mencari harta
sebanyak-banyaknya dengan sebebas-bebasnya ( hurriyah at tamaluk ).

Idea oleh ahli ekonomi kapitalis sebagaimana yang diperkenalkan oleh


Milton Friedman mengenai tujuan aktiviti perniagaan telah lama dan
diketahui secara jelas. Beliau menyatakan sebagaimana di bawah :-

A labour is an employee of the owners of the business. He has direct


responsibility to his employers. That responsibility is to conduct the
business in accordance with their desires, which generally will be to make
as much money as possible while conforming to the basic rules of society,
both those embodied in law and those embodied in ethical custom.

39
Dengan demikian sampai saat ini pun aktiviti imperialisma dari
ideologi kapitalisme belum berakhir. Bahkan semakin
bermaharajalela oleh kerana ideologi kapitalisme menjadi
ideologi tunggal setelah Islam dihancurkan oleh Barat pada tahun
1924 dan ideologi komunisme runtuh dengan sendirinya di tahun
1990. Dan di dalam pencarian material ini maka kaum buruh telah
dieksplotasi semaksima mungkin.

Di dalam perhubungan majikan dengan pekerja di bawah undang-


undang buruh Malaysia maka sejak 1912 ianya telah berjalan
dengan baik melalui proses masa. Namun kelemahannya khusus
daripada segi definisi serta remedi telah memberikan ruang dan
peluang kembali bagi amalan perhubungan majikan dan pekerja
dilihat serta diamalkan dari perspektif Islam.

40
Sumber perundangan Islam yang bersandarkan
Al-Quran, Hadis , Itjamak Ulamak dan Qias
adalah lebih baik kita gunakan untuk mencipta
satu sistem ekonomi yang lebih adil dan yang
berdiri di bumi yang nyata dan bukan dengan
tenaga dan akal fikiran manusia yang berilusi
dengan ‘the invisible hand’.

41
Al Quran sangat mengagungkan dan menjunjung kedudukan
buruh dalam masyarakat. Junjungan Muhammad Rasulullah s.a.w
sungguh-sungguh memuliakan buruh dan memberitahu para
sahabat bahwa setiap Rasul termasuk dirinya pernah kerja kasar
untuk memenuhi keperluan hidupnya. Misalnya Rasulullah pernah
bekerja menggembala kambing milik orang lain, pernah pula
berdagang mengikuti rombongan Siti Kadijah sebelum menjadi
isterinya.

Status seseorang di mata Allah s.w.t tidak ditentukan oleh jenis


pekerjaan yang dilakoni, tapi semata-mata karena keimanan dan
ketakwaannya kepada Allah s.w.t . Kehormatan buruh di mata
Allah dan manusia dipastikan melalui kejujuran dan kesungguhan
mereka dalam bekerja.

42
Rasulullah s.a.w akan memusuhi tiga
golongan manusia di hari pembalasan, yang
salah satunya adalah pengusaha atau majikan
yang mempekerjakan seseorang secara penuh
tapi tidak membayar upahnya.

Tafsiran ini termasuk pengusaha yang


memberi upah pekerja di bawah standard
minimum taraf hidup.

43
44
Salah satu sumber konflik tak berhujung antara
majikan dan buruh adalah masalah upah atau
kesejahteraan buruh. Upah minimum yang diatur
dalam undang-undang dianggap masih tetap
menguntungkan majikan dan merugikan buruh.

Buruh selalu menuntut upah sesuai taraf kehidupan


yang layak sementara pemodal atau majikan pula
akan mengaku tidak mampu dan akan gulung tikar
bila dipaksa untuk memenuhi seluruh hak-hak
pekerja.

45
46
Akhir kata visi Islam tentang buruh
yang moderat itu hendaknya mulai
diwacanakan kembali untuk memulai
suatu era baru di mana majikan dan
buruh sebenarnya boleh hidup
berdampingan, tanpa saling menindas
di antara satu sama lain.

47
48
• Jika bekerja di Syarikat Amerika seperti DELL, INTEL dan sebagainya
merupakan syarikat teknologi yang boleh memberi ilmu dan teknologi
kepada orang Islam, maka ulama'-ulama' membenarkan perbuatan tersebut.

• Jika syarikat tersebut merupakan barangan-barangan sampingan dan juga


SECARA TERUS TERANG menyatakan sokongan kepada Yahudi atau
Amerika, seperti Mark and Spencer (di UK, koleksi kewangan hari Sabtu
dihantar terus kepada Israel), MOTOROLA, StarBuck, maka berkerja di
tempat tersebut merupakan satu dosa yang besar dan Haram hukumnya.

Dr. As-Sayed Nuh, seorang sarjana Al-Azhar dan Professor Hadis di Universiti
Kuwait mengatakan : "Kita harus membezakan apa yang dikatakan Daruriyyat
atau kehendak keperluan dan Tahsiniyyat atau kemewahan."

Berkata Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: "Orang Islam tidak dibenarkan


bersetongkol dengan apa-apa perkara yang kena mengena dengan militan Yahudi
dan Nasrani yang inginkan perang menentang Islam dan Muslim dengan setiap
gigi dan kukunya. 

49
Kita saksikan bersama bagaimana pemimpin dan teladan kita Junjungan Nabi
Muhammad s.a.w memperlakukan buruhnya di rumah baginda melalui
kesaksian dari buruhnya sendiri yakni Anas bin Malik r.a sebagai berikut
HR. Bukhari, kitab al-Washaya, bab Istikhdamun fis Safari wal Hadhari;
Muslim, kitab al-Fadha’il, hadits no. 52. :-

"Aku melayani beliau s.a.w dalam perjalanan dan ketika di rumahnya,


semenjak beliau di Madinah sampai wafatnya (10 tahun lamanya).
Nabi s.a.w tidak pernah sekali pun memarahiku, atau sekadar berkata-kata
kepadaku mengenai sesuatu yang aku kerjakan : Mengapa engkau
melakukan begini dan begitu?Dan tidak pernah pula beliau berkata
kepadaku mengenai sesuatu perintahnya yang belum aku kerjakan :
Mengapa tidak engkau lakukan ini dan itu?" .

Terima kasih.

Musbri Mohamed
Disember 2010

50

You might also like