You are on page 1of 7

Pengenalan

Pantun merupakan puisi Melayu lama. Mengenali pantun itu sendiri sebenarnya mengenal asal-
usul jati diri orang Melayu. Bagi saya, orang Melayu yang tidak tahu walaupun satu rangkap
pantun yang diwarisi oleh nenek moyangnya sebelum ini merupakan bukan orang Melayu jati.
Ini kerana, masyarakat Melayu menyampaikan segala sesuatu yang tersirat dan tersurat secara
halus dan paling bijak melalui pantun. Selalunya, pantun digunakan sebagai pelengkap bicara
tidak kira sama ada ianya sesuatu yang baik ataupun bertujuan untuk menyindir. Secara
khususnya, pantun bolehlah didifinisikan sebagai sesuatu ungkapan kata yang disampaikan oleh
orang Melayu secara berangkap dan mempunyai isi yang jelas serta padat.

Pantun memiliki ciri-ciri khasnya yang tersendiri. Antaranya ialah, jumlah rangkap dalam
sesuatu pantun membentuk kesatuan idea yang jitu. Terdapat pantun yang terdiri daripada pantun
2 kerat, pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 10 kerat dan seterusnya selagi mana ianya
memiliki rangkap yang genap. Jumlah suku kata dalam setipa baris adalah antara 8-12 suku kata
dan jumlah perkataannya pula dalam setiap baris mestilah di antara 3 – 5 patah perkataan. Pola
rimanya pula mestilah berselangan di bahagian hujung dan tengah baris. Pola rima ini bertujuan
untuk menimbulkkan keindahan bunyi di dalam pantun itu sendiri. Dalam satu baris pantun
terdapat satu hentia sebentar yang dinamakan jeda. Dan akhir sekali, struktur pantun terdiri
daripada dua unit iaitu ianya terdiri daripada pembayang dan masud.

Pantun juga sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis yang umum. Antara pengkelasan
pantun ialah terdapat pantun jenis Pantun Nasihat, Pantun Sindiran, Pantun Percintaan, Patun
Peminangan, Pantun Perkahwinan, Pantun Kanak-kanak, dan sebagainya. Dalam tugasan kali ini
saya akan lebih mengfokuskan kepada jenis Pantun Kanak-kanak. Selain daripada pantun ini
hanya dipantunkan menggunakan nada dan jeda yang seperti selalu digunakan, pantun kanak-
kanak sudah banyak yang dilagukan. Lagu-lagu pantun ini diajarkan kepada kanak-kanak seawal
usia tadika lagi iaitu di antara 4 – 6 tahun. Lagu-lagu seperti ini sebenarnya boleh menjadi
nostalgia yang indah bagi seseorang kanak-kanak itu. Seperti sayan sendiri, lagu ‘Geylang Si
Paku Geylang’ yang dinyanyikan setiap kali waktu pulang dari tadika tetap menjadi kenangan
yang terindah zaman baru mengenali alam persekolahan.
Contoh-contoh Pantun Kanak-kanak

Siakap senohong,
Gelama ikan berduri,
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri.

Maksudnya: Pantun ini mengajar kanak-kanak supaya tidak bercakap bohong kerana melalui
percakapan yang tidak baik ianya lama kelamaan akan mempengaruhi tingkah laku.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Maksudnya: Sesuai diaplikasikan terhadap kanak-kanak yang baru menuntut ilmu dan ingin
mempelajari sesuatu.

Sorong papan tarik papan,


Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Maksudnya: Salah satu daripada cara halus orang tua dahulu untuk menyindir kanak-kanak yang
malas untuk belajar.

Anak rusa nani,


Baru kembang ekor,
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Maksudnya: bertujuan untuk mengambil hati kanak-kanak yang merajuk kerana dimarahi di atad
kesalahan yang dilakukannya.

Buai laju-laju,
Sampai puncak sana,
Apa dalam baju?,
Sekuntum bunga Cina.

Maksudnya: pantun ini selalunya digunakan semasa mengayunkan kanak-kanak yang sedang
bermain buaian. Pada pandangan saya, selain daripada tujuannya untuk berhibur ianya juga
terselit makna tersirat yang sangat mendalam iaitu jika hendak menuntut ilmu tuntutlah ilmu itu
walaupun ke mana sahaja.
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.

Maksudnya: Pantun ini bertujuan untuk member galakan kepada kanak-kanak supaya menguasai
sesuatu ilmu dengan cepat dan mudah.

Ayam kedek-kedek,
Beri makan padi,
Abang sayang adik,
Mesti ajar mengaji.

Maksudnya: Gambaran keakraban adik-beradik dalam sebuah keluarga kaum Melayu. Pantun ini
menggalakkan abang yang lebih tua usianya supaya membimbing adik-adiknya yang masih
mentah.

Burung kenek-kenek,
Hinggap bawah batang,
Apa pesan nenek,
Cepat-cepat pulang.

Maksudnya: Dibacakan kepada kanak-kanak yang ingin keluar bermain pada waktu petang
supaya pulang sebelum Maghrib atau lewat petang.

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Bertepuk adik pandai,
Malam upah susu.

Maksudnya: Dibacakan kepada kanak-kanak ketika ibunya sedang sibuk melakukan kerja-kerja
rumah atau sebagainya supaya dia tidak meragam atau menangis.

Susu lemak manis,


Santan kelapa muda,
Adik jangan menangis,
Emak banyak kerja.

Maksudnya: Diabacakan kepada kanak-kanak ketika ibunya sedang sibuk melakukan kerja-kerja
rumah atau sebagainya supaya dia tidak meragam atau menangis.
Air pasang pagi,
Surut pukul 5,
Adik bangun pagi,
Siram pokok bunga.

Maksudnya: Pantun ini memberi nasihat kepada kanak-kanak supaya tidak bangun lewat pada
waktu pagi dan sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban kerja rumah orang tua
mereka.

Pokok bunga melur,


Tanam tepi batas,
Itik dah bertelur,
Ayam dah menetas.

Maksudnya:

Lompat si katak lompat,


Lompat di tepi pagar,
Sekolah lekas dapat,
Dan mesti rajin belajar.

Maksudnya: Mengajar kanak-kanak supaya rajin belajar supaya senang untuk mendapat ilmu.

Lompat si katak lompat,


Lompat di air tenang,
Pergi sekolah cermat,
Emak bapa hati senang.

Maksudnya: Mengajar kanak-kanak supaya pandai menggunakan wang belanja yang diberikan
dengan cermat. Pantun ini mengajarkan kanak-kanak supaya tidak membazir.

Lompat si katak lompat,


Lompat di rumput muda,
Belajar kuat-kuat,
Buat ilmu hari tua.

Maksudnya: Mengajarkan kanak-kanak supaya rajin menuntut ilmu supaya dapat hidup senang
dikemudian hari.

Anak lembu merah,


Tambat di pokok asam,
Adik kena marah,
Tarik muka masam.

Maksudnya: untuk memujuk kanak-kanak yang tengah merajuk.


Burung kakak tua,
Hinggap di jendela,
Nenek sudah tua,
Giginya tinggal dua.

Maksudnya: merujuk kepada orang tua.

Burung kakak tua,


Ada anak empat,
Nenek sudah tua,
Jalan pakai tongkat.

Maksudnya: merujuk kepada orang tua.

Burung kakak tua,


Bersarang celah batu,
Badan sudah tua,
Gigi jarang sana satu.

Maksudnya: selalunya dipantunkan kepada kanak-kanak atas tujuan bergurau dan ditujukan
kepada orang tua yang sudah tiada gigi. Namun begitu, pada pandangan saya, pantun ini juga
digunakan untuk tujuan berhibur terhadap kanak-kanak yang baru gugur gigi susunya seiring
dengan pertambahan usia mereka.

Durian atas titi,


Pisang dalam dulang,
Sukanya rasa hati,
Abang sudah pulang.

Maksudnya: menunjukkan akrabnya jalinan perhubungan antara adik beradik.

Anak kumbang jati,


Suka korek tiang,
Senang rasa hati,
Emak sudah pulang.

Maksudnya: pantun ini selalunya digunakan untuk menyatakan kegembiraan hati kanak-kanak
setelah seharian ditinggalkan oleh ibu untuk membantu ayahnya berkerja di sawah atau
sebagainya.

Geylang si paku geylang,


Geylang si rama-rama,
Pulang marilah pulang,
Marilah pulang bersama-sama.
Maksudnya: pantun ini selalunya dinyanyikan ketika kanak-kanak selapas pulang dari bermain,
belajar atau sebagainya sebagai tanda mereka pulang bersama-sama dari sesuatu tempat.

Ayun anak ayun,


Ayun hujung serambi,
Bangun adik bangun,
Jangan tidur tinggi hari.

Maksudnya: menasihati supaya kanak-kanak tidak mengamalkan tabiat bangu tidur lambat
kerana rezeki akan lari.

Oh bulan mana bintang?


Atas puncak kayu ara,
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para.

Maksudnya: Salah satu cara untuk menghiburkan hati kanak-kanak ketika ibunya sedang sibuk
melakukan kerja di dapur.
Buai kaduk-kaduk,
Kaduk naik ke rimba,
Panjang janggut datuk,
Buat tali timba.

Maksudnya: Bergurau senda di antara datuk dan cucu.

Pandangan

Pada pandangan saya, pantun kanak-kanak banyak memberikan nasihat dan pengajaran kepada
mereka sesuai dengan peringkat umur mereka yang sedang banyak mempelajari perihal ilmu
kedunian. Pantun kanak-kanak banyak memberikan pengetahuan yang lebih serta didikan dengan
cara yang halus supaya mereka lebih banyak mengenali alam sekeliling. Masyarakat dahulu lebih
bijak menghubungkaitkan unsur sekeliling dalam membantu kanak-kanak memahami realiti
kehidupan. Sebagai contoh, kanak-kanak diajar untuk menuntut ilmu dengan cara dan tingkah
laku yang baik. Melalui pantun juga masyarakat dahulu mendidik kanak-kanak supaya lebih
menghormati orang tua dan menjadikan sesuatu yang baik sebagai teladan dan menjadikan
perkara yang sebaliknya sebagai sempadan.

Dewasa ini, amalan membacakan pantun terhadap kanak-kanak sudah semakin


berkurangan. Ini terbukti apabila nilai kreativiti yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak
semakin terbatas dan perkara ini sepatutnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk
mempraktikkan kembali cara atau gaya didikan nenek-nenek moyang kita dahulu. Sebagai
bangsa yang dekat dengan alam sekeliling kita juga tidak harus abaikan apa yang kita miliki dan
persadakannya di peringkat yang sepatutnya.
Kesimpulan

Sebagai bakal pedidik ilmu kesusasteraan, saya merasakan ini menjadi tanggungjawab
yang memang sepatutnya di pikul di atas bahu sendiri. Sedikit sebanyak saya akan terus
membantu untuk tidak mengabaikan apa yang sepatutnya diketahui oleh pelajar-pelajar umum
kelak. Sebagai contoh, pantun kanak-kanak memberikan banyak didikan yang secara tidak
lansungnya mampu untuk mendidik kanak-kanak itu sendiri secara lansung atau tidak lansung da
secara sedar ataupun tidak sedar. Ini adalah sangat baik dalam miniti usia pembangunan Negara
di mana masyarakat Melayu secara khususnya sudah semakin melupakan asal-usul mereka
sendiri tanpa menyedari ketinggian ilmu yang sebenarnya memang milik mereka sendiri.
Kerjasama pelbagai pihak juga penting dalam mengenengahkan puisi-puisi Melayu tradisional.

You might also like