P. 1
Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

4.81

|Views: 4,367|Likes:
Published by Deeya76
kertas kerja ini adalah satu kajian yang dilakukan keatas murid-murid pemulihan tentang personaliti dan pendekatan pengajaran yang berkesan mengikut tahap murid tersebut.
kertas kerja ini adalah satu kajian yang dilakukan keatas murid-murid pemulihan tentang personaliti dan pendekatan pengajaran yang berkesan mengikut tahap murid tersebut.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Deeya76 on Aug 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/17/2012

pdf

text

original

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ 1. KONSEP DAN CIRI-CIRI PERSONALITI 1.1 Konsep Personaliti

1

Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Perkataan personaliti adalah diterjemah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal pula daripada perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan persona bermaksud topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas. mereka dalam lakonan tersebut. diarahkan. Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi personaliti. Setiap definisi mempunyai perbezaan yang tersendiri. Mishel (1968) umpamanya memberikan maksud personaliti sebagai suatu susunan pola-pola tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan. Pola-pola tersebut dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Allport (1961) pula menyatakan personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan memberi garis panduan kepada seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. rapat dengan keadaan fizikal seseorang. Menurut Watson (1919) yang melihat personaliti daripada sudut teori tingkah laku atau behaviourisme menyatakan personaliti seseorang adalah hasil daripada apa yang sudah dimulakan dan juga segala apa yang dialami dalam Personaliti yang dinamik ini akan memberi ruang kepada perubahan yang positif yang bergantung Pelakon-pelakon tersebut memakai topeng yang bersesuaian dengan watak yang akan dibawa oleh Identiti mereka yang asal seperti sudah disembunyikan menggunakan topeng tersebut bagi menjayakan lakonan yang

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

2

hidup kita. Personaliti adalah sekumpulan tindak balas yang bertindak sebagai keseluruhan tindak balas. Berdasarkan tiga definisi yang dikemukakan oleh ketiga-tiga ahli psikologi personaliti di atas, dapatlah disimpulkan personaliti seseorang adalah unik berbanding personaliti individu lain walaupun berada dalam lingkungan persekitaran yang sama. Pada umumnya, ciri-ciri personaliti individu tetap dalam suatu jangka masa tertentu. Perwatakan tersebut dapat dikesan dan diperhatikan dengan jelas pada situasi yang tertentu. Takrifan lain pula menyatakan personaliti sebagai satu siri kombinasi atribut, motif, nilai dan tingkah laku yang unik kepada setiap orang individu. Ia merujuk kepada organisasi, watak, perangai, intelek, bentuk badan yang stabil, yang menentukan penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya. Personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu watak dan tret: a. Watak adalah sebahagian daripada personaliti dan ia merangkumi sifat-sifat seperti kejujuran, amanah, kebersihan, toleransi, dan belas kasihan. b. Tret pula merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang agak kekal seperti personaliti introvert dan personaliti ekstrovert. Personaliti seseorang terdiri daripada sifat-sifat seperti cara berfikir, persepsi, nilai, sikap, fobia, keupayaan, kecerdasan dan motivasi. individu mempunyai personaliti tersendiri. keperibadian individu. dihadapi oleh seseorang. Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Akhlak juga boleh diertikan sebagai budi pekerti. Setiap Personaliti melambangkan ciri-ciri

Personaliti seseorang dipengaruhi oleh faktor-faktor

seperti saiz badan, faktor genetik, kecerdasan, temperamen serta penyakit yang

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ 1.2 Klasifikasi Personaliti (Menurut Carl Jung 1875-1961) Personaliti manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu: (a) introvert (b) extrovert (c) ambivert i. introvert :

3

Seorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Di dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Umumnya, orang introvert ini mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita-cita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur. ii. ekstrovert : Sebaliknya, seorang yang dikatakan ekstrovert lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. iii. ambivert : Bagaimanapun, tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sebenarnya setiap orang individu mempunyai ciri-ciri introvert serta ekstrovert yang terletak pada satu titik dalam kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut. Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang lain.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

4

Misalnya, seseorang individu menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah, tetapi menjadi seorang pemalu dan pendiam apabila berada di sekolah. Orang yang mempunyai kedua-dua ciri-ciri introvert dan ekstrovert adalah dikatakan orang yang mempunyai personaliti ambivert. tetapi berfikir sebelum memberi pendapat. 1.3 CIRI-CIRI PERSONALITI MURID-MURID PEMULIHAN 1.3.1 Latar Belakang Murid-murid Pemulihan Khas SK Air Putih, Parit Sulong, Batu Pahat. Di Sekolah Kebangsaan Air Putih telah dikenal pasti terdapat murid 9 orang murid pemulihan khas. Mereka terdiri dari seorang murid tahun 4, dua orang murid tahun 3 dan 6 orang murid tahun 2. Sebelum mengenal pasti ciri-ciri personaliti murid-murid pemulihan SK Air Putih, perlu juga diketahui latar belakang mereka. Ini dapat membantu mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ciri-ciri personaliti mereka. Setiap dari mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza, begitu juga dengan tahap kecergasan dan IQ mereka. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

5

Muhammad Faris Hakimi b. Md. Esa Muhammad Faris Hakimi bin Md.Esa adalah murid Tahun 4 dan merupakan murid tertua di dalam kelas pemulihan khas. Tahap pembacaannya terlalu lemah dan lambat. Mempunyai kakak yang mengalami masalah seperti kanak-kanak pendidikan khas yang berumur 15 tahun. Faris mempunyai seorang adik lelaki di Tahun 1 sekolah yang sama tetapi mempunyai tahap IQ yang tinggi dan antara pelajar terpintar di kelasnya. Kakak sulungnya lepasan SPM merupakan pelajar sederhana pandai dan sering menjadi pendorong kepada Faris. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pemandu dan ibu mereka bekerja di kilang memproses buah kelapa sawit. Kehidupan mereka sederhana. Di sebabkan ibu bapa mereka bekerja, Faris di jaga oleh makciknya yang tinggal berdekatan rumahnya. ______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

6

Muhammad Idham bin Kahtiman Mohamed Idham b. Kahtiman. Murid tahun 3 dan mempunyai pakcik di tahun 5 yang juga bekas murid pemulihan khas. Idham mempunyai fizikal yang kurus dan kecil. Idham seorang murid yang boleh membaca dengan lancar jika mendapat dorongan dari keluarganya. Sifat malas yang menebal menyukarkan proses pengajaran berjalan lancar. Idham mempunyai nam orang adik beradik yang kesemuanya lelaki. Dia ke sekolah dengan menunggang basikal. Bapanya seorang pemandu lori kelapa sawit dan ibunya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.Mereka juga hidup dalam sederhana. Dua orang abang Idham telah bekerja. keadaan yang

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

7

Muhammad Ikmal b. Abd. Samad Muhammad Ikmal b. Abd. Samad murid tahun 3 di SK.Air Putih. Setakat ini dia sudah boleh membaca tetapi perlu pemantapan dan latihan supaya lebih lancar dan dapat melepasi ujian pelepasan (IPP2M) dengan cemerlang. Seorang yang bermotivasi tinggi dan rajin membaca. Mempunyai seorang abang di tahun 4 merupakan murid yang sederhana. Mempunyai seorang adik perempuan berumur 6 tahun dan belajar di Pra-sekolah. Ikmal mempunyai fizikal yang agak berisi dan bulat. Seorang ketua darjah yang berkarisma. Ayahnya bekerja sebagai pemandu dan ibunya seorang suri rumah. Setiap pagi dia dan adiknya akan dihantar oleh ibunya ke sekolah dengan menunggang motorsikal.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

8

Muhammad Daniel Hakim b. Azman Daniel lambat dikenal pasti sebagai murid pemulihan. Hanya selepas peperiksaan pertengahan tahun, kelemahannya dapat dikesan oleh guru bahasa Melayunya. Daniel merupakan anak sulong dari 3 adik - beradik. Adik keduanya bersekolah di Pra- sekolah dan mempunyai adik bongsu perempuan. Ayahnya bekerja di kilang perabot manakala ibunya seorang surirumah sepenuh masa. Setiap hari akan dihantar ayahnya ke sekolah dengan menaiki motorsikal. Seorang murid yang ceria, aktif dan kadang-kadang sedikit aggresif dan tidak mendengar arahan guru.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

9

Mohd. Alim b. Masrat Mohd Alim b. Masrat. Murid tahun 2. Lambat dikenal pasti sebagai murid pemulihan khas. Hanya selepas peperiksaan pertengahan tahun ia dikenal pasti memerlukan bimbingan dan pemantauan yang lebih dari guru pemulihan khas. Masih boleh dibentuk. Tidak banyak menimbulkan masalah di dalam kelas pemulihan. Mempunyai 5 adik beradik. Kesemuanya lelaki. Merupakan pasangan kembar. Kembarnya Mohd Azim belajar di kelas yang sama tetapi bukan murid pemulihan. Ayahnya seorang pekerja kilang bata dan ibunya juga bekerja di kilang yang sama.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

10

Akhmalul Hakim b. Rosnada Murid tahun 2 di SK. Air Putih ini. Akhmalul Hakim merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Mempunyai seorang abang, Amirul Mukmin di tahun 5 tetapi lebih maju dalam pelajarannya. Hakim juga mempunyai seorang kakak yang sedang belajar di tingkatan 2. Ayahnya bekerja di kilang sawit dan seorang ima yangm di kampung Air Putih ini. Ibunya tidak bekerja. Hakim menaiki basikal untuk ke sekolah. Seorang yang sangat perlahan di kalangan rakan-rakannya. Memerlukan sokongan dan motivasi yang tinggi dari guru pemulihan dan sokongan keluarga. Tahap pembacaan sangat perlahan dan sangat memerlukan bimbingan yang intensif.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

11

Aslinda bt Ismail Murid tahun 2 di sekolah ini. Anak kedua dari 3 beradik yang kesemuanya perempuan. Kakaknya murid tahun 6 di sekolah yang sama. Seperti kakaknya Aslinda juga sangat lemah dalam pelajaran tetapi mempunyai semangat untuk berjaya. Rajin membaca jika diberi peluang dan dibimbing. Ibunya seorang yang buta huruf dan ini adalah salah satu faktor mengapa keluarga ini tidak bermotivasi untuk berjaya dalam pelajaran. Tiada siapa yang boleh memantau di rumah. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori dan ibunya berniaga makanan ringan secara kecil-kecilan di tepi pagar sekolah. Aslinda boleh berjaya jika perhatian, motivasi dan bimbingan diberikan sewajarnya.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

12

Nur syazwani bt Mohd Ali Nur Syazwani murid tahun 2 di SK. Air Putih ini. Melihat dari perwatakannya tiada siapa menyangka Nur Syazwani seorang murid pemulihan. Kepetahannya bercakap kadangkala mengaburi mata guru-guru yang mengajarnya. Hakikatnya Syazwani belum boleh membaca lancar dan kadangkala mengeja dengan laju tanpa memastikan huruf yang dibacanya itu betul. Anak kedua dari 3 beradik. Abangnya pelajar pintar di tahun 3 dan mempunyai seorang adik lelaki. Ayahnya bekerja di kilang bata dan ibunya seorang surirumah sepenuh masa. Setiap hari Syazwani akan dihantar ibu saudaranya ke sekolah menaiki motorsikal. Boleh dibentuk untuk berjaya melepasi tahap pemulihan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

13

Zairol Azreen b. Jamian Seorang murid tahun 2. Pada mulanya terlalu sukar untuk mengeja suku kata, tetapi setelah hampir 8 bulan memasuki kelas pemulihan, dia mula menunjukkan perubahan yang positif. Mempunyai 4 adik-beradik dan anak bongsu dalam keluarga. Abang dan kedua orang kakaknya sudah bekerja. Ayahnya tidak bekerja kerana sakit dan ibunya bekerja di kilang makanan ringan. Zairol boleh berjaya jika mendapat sokongan dan galakan yang berterusan dari guru-guru dan ibu bapa. Sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

14

Berdasarkan pemerhatian dan ujian personaliti yang dijalankan ke atas murid-murid Kelas Pemulihan Khas di SK Air Putih, Parit Sulong, Batu Pahat, pengelasan ciri-ciri personaliti mereka adalah seperti berikut : ( a) Introvert
1. Aslinda 2. Akhmalul Hakim 3. M.Faris Hakimi

Ekstrovert
1. Nur Syazwani 2. M.Daniel Hakim 3. M. Ikmal

Ambivert
1. M. Alim 2. Zairol Azreen 3. M. Idham

(b) Nama Murid i. Muhammad Faris Hakimi b. Esa (Tahun 4) Ciri-ciri personaliti pendiam Jenis Personaliti ( klasifikasi ) ii. pasif iii. suka berkhayal dan mengelamun iv. pemalu v. malas berusaha vi. tidak banyak bercakap vii. lambat bertindak balas viii. lebih minat melukis dari membaca Aslinda bt Ismail ( Tahun 2 ) i. Pendiam ii. pertuturan tidak jelas dan kurang kuat. iii. tidak aktif iv. pemalu v. tidak yakin dengan diri sendiri Introvert Introvert

Akhmalul

i.

pendiam

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ Hakim b. Rosnada ( Tahun 2) Muhammad Ikmal bin Abd. Samad (Tahun 3) ii. pasif Introvert

15

iii. lambat bertindak balas iv. tidak banyak bercakap v. jarang mengambil inisiatif vi. sukar beri tumpuan i. aktif ii. suka dengan aktiviti luar iii. suka bertanya iv. suka bergaul v. keras hati vi. cepat bertindak balas i. aktif kadangkala aggresif ii. suka dengan aktiviti luar iii. suka bertanya iv. suka bergaul v. Tidak mendengar kata vi. cepat bertindak balas i. Banyak bercakap ii. suka dengan aktiviti luar iii. suka bertanya iv. suka bergaul v. cepat bertindak balas i. aktif Ekstrovert Ekstrovert Ekstrovert

Muhammad Daniel Hakim b. Azman ( Tahun 2 )

Nur Syazwani bt Mohd Ali ( Tahun 2 )

Muhammad Idham b. Kahtiman ( Tahun 3 )

ii.

gemar aktiviti luar Ambivert memberi yang

iii. kadang-kadang sangat malas iv. kreatif dan inovatif vii. suka perubahan viii.kadangkala tidak tumpuan kepada tugas

diberi i. pasif di kelas tetapi aktif di luar ii. lambat bertindak balas Mohd. Alim b. iii. tidak kreatif

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ Marsat ( Tahun 2 ) iv. keras hati v. tidak banyak bercakap vi. malas berusaha vii. jarang mengambil inisiatif viii. tidak berfikir panjang sebelum i. M. Zairol Azreen b. Jamian ( Tahun 2 ) ii. membuat keputusan aktif gemar aktiviti luar Ambivert Ambivert

16

iii. sangat rajin membaca iv. jarang mengambil inisiatif vii. suka perubahan viii.kadangkala arahan guru. tidak mendengar

1.4 Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Murid-Murid Pemulihan Khas

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, proses pembentukan

17 dan

perkembangan personaliti seseorang individu, sama ada dia menyerap ciri introvert, ekstrovert dan ambivert, adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Di samping bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan yang diwarisi pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak yang cacat pendengaran atau penglihatan berkemungkinan besar mempunyai ciri personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Contohnya, Faris Hakimi yang mempunyai kakak down syndrome dan cacat menyebabkan pertumbuhan faris juga agak lembam dan pertuturannya kadang-kadang kurang jelas dan tidak berkeyakinan di samping sikap malas yang menebal. Ini menyebabkan dia bersifat pemalu dan pasif. Sering diejek dan dipersendakan oleh rakannya akibat kelambatannya dalam kelas. Faktor rakan sebaya, persekitaran masyarakat yang dan mempengaruhi pengalamannya. pembentukan Pembentukan dan dan

perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Keadaan rumah yang harmonis dan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. rakan sebaya dan individu yang diterima dalam Persepsi akan kumpulannya

menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Contohnya ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh Zairol Azreen dan Akhmalul Hakim yang merupakan anak bongsu dalam keluarga, menyebabkan mereka diberi kemanjaan yang lebih dari keluarga menyebabkan mereka agak malas untuk berusaha meningkatkan diri mereka.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

18

Manakala bagi Aslinda pula, faktor persekitaran di rumah di mana mempunyai ibu yang buta huruf dan kakak yang lemah dalam pelajaran menjadi faktor pemangkin kemalasan untuk mempertingkatkan tahap pembelajaran. Kemungkinan kurangnya galakan dan motivasi menjadikan Aslinda tidak bersungguh-sungguh dalam belajar walaupun sebenarnya dia berpotensi. Daniel dan syazwani di lihat paling menonjol rajin untuk berusaha tetapi tidak mahu mengikut landasan guru. Kadangkala berlagak pandai dan tidak mendengar arahan. Mungkin sudah terbiasa dengan situasi persekitaran di rumah yang diberi sepenuh kebebasan untuk bertindak dan mengikut kemahuan sendiri.

2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

19

Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid-murid tersebut. Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya. Guru akan mengetahui mengenai personaliti murid-muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Oleh itu, satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. Bagi mengajar murid-murid yang berpersonaliti introvert, guru perlu sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri. Contohnya apabila murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan; Tahniah Hakim, kamu berjaya mengeja dengan tepat! Namun, sekiranya mereka tidak dapat menjawab dengan betul katakan; Cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja! Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat dan minat murid untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan muridmurid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid yang mempunyai ciri ekstrovert perlu digalakkan untuk mengemukakan soalan supaya mereka dapat terus berfikir. Guru boleh melantik mereka membimbing murid sekelas atau sekumpulan yang

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

20

mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah mengatasi kemahiran murid yang lain, guru boleh memberi aktiviti pengayaan agar tidak mengganggu murid lain. pembelajaran. Merujuk kepada pengajaran murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri introvert, ekstrovert dan ambivert, guru boleh menggunakan salah satu daripada teknik-teknik berikut: a. Pengajaran kumpulan kecil: Guru membentuk kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, dalam kelas pemulihan SK Air Putih, Faris, Ikmal dan Idham belajar dalam satu kumpulan yang sama kerana memiliki kemahiran yang hampir sama walaupun ciri-ciri personaliti mereka berbeza. Guru juga boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan

Pengajaran kumpulan kecil ( tahun 3 dan tahun 4 )

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

21

Begitu juga untuk murid tahun 2 di SK Air Putih, murid-murid pemulihan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap kemahiran mereka dalam pelajaran.

Zairol, Daniel dan Alim berada di kumpulan 1 (tahun 2 )

Pengajaran kumpulan kecil ( tahun 2 – kumpulan 2 )

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

22

b. Pengajaran rakan sebaya: (i) Guru boleh menetapkan seorang murid cepat untuk membimbing seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan. Contohnya, dalam kelas pemulihan, Ikmal yang sudah boleh membaca agak lancar membimbing dan membantu Faris yang masih belum lancar membaca.

Pengajaran rakan sebaya Pengajaran rakan sebaya individu dan individu

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ (ii) Guru juga boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan keyakinan murid dan meningkatkan motivasi bagi murid yang diajar oleh murid terbaik tadi.

23

Pengajaran rakan sebaya dan ramai Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid tahun 2 yang belajar dalam satu kumpulan. Kadang-kadang mereka perlu belajar dalam kumpulan yang besar untuk mendapatkan suasana pembelajaran di kelas dan melihat potensi setiap individu dalam kumpulan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

24

Gaya pengajaran berkumpulan

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

25

c. Pengajaran individu: Guru menumpukan perhatian kepada seorang murid tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, Idham perlu diajar secara individu kerana ciri-ciri personaliti yang dimilikinya. Idham suka diberi perhatian lebih dari rakannya sebagai dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.

Pengajaran individu

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ 3.0 KESIMPULAN

26

Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, guru harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri personaliti murid tersebut. Bagi murid pemulihan khas, guru harus sedar bahawa setiap orang murid mempunyai tahap kemahiran yang tidak sama. Ini menuntut berbagai-bagai jenis cara pembelajaran untuk mencapai keputusan yang maksimum. Oleh itu, satu kaedah sahaja tidak sempurna untuk mengajar murid-murid pemulihan khas ini walaupun mereka berada pada darjah,umur dan kelas yang sama. Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan. Walaubagaimanapun, strategi yang paling sesuai dan berkesan digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran murid pemulihan khas ini ialah pembelajaran masteri yang menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara induvidu atau perseorangan, berpasangan, kumpulan atau keseluruhan kelas.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________ BIBLIOGRAFI 1.

27

Azizi Hj Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakariya, Noordin Hj Yahaya, 2005. Pembangunan Kendiri. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

2.

Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, 2007.

Panduan Ulangkaji Ilmu

Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Mok Soon Sang, 2007. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Subang Jaya:

Masalah – Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka. 5. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, 2002. Teori Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur & Barat. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 6. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan, 2003. Psikologi Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 7. http://www.teachersrock.net/

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

KPLI-KDC-PEM K2

__________________________________________________

28

LAMPIRAN

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->