You are on page 1of 5

TEORI PEMBELAJARAN DAVID AUSUBEL

Biodata

David Ausubel
            David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli
psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting
khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan
dibesarkan di Brooklyn, New York.  Beliau mendapat pendidikan di Universiti
of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang
psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan
di Universiti Middlesex. Beliau juga  telah berkhidmat dengan jabatan
pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi   M.A dan Ph.D
dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada 1973.
Ausubel membuat keputusan untuk  bersara dari bidang akademik dan menyertai
latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah
menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal
psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari
Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan
dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara
dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan
telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.

Teori Pembelajaran Ausubel


David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang
mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk
pembelajaran resepsi dan bukan daripadapembelajaran penemuan atau dikenali
sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubeljuga mengemukakan
pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasukpentingnya
maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai
KonsepPenyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak
dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel


menekankanpenerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang
tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada contoh (Woolfolk,
1998).

(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel


untukmenyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimalberlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya
kesesuaian tersebut ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada
“penyusunan awal”. Ia merupakanstruktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikanpada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar
tentangperkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
Penyusunan awaljuga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang
telah dipelajari. Jaditerdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu
memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar
untuk mengingat semula konsep berkaitanyang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

        Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam


pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

    Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran


resepsi   (penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru
dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang
teratur seperti dalam kaedah kuliah.  
   Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan
pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan
mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu
tajuk pelajaran.
Implikasi P & P Teori Penerimaan – David Ausubel

Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Ausubel Dalam Bilik Darjah

1-Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topic sebelum memberikan contoh khusus dan
membincangkan perincian topik berkenaan.

2-Gunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada
pelajar atau pembelajaran lepas.

3-Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau dengan
pengetahuan sedia ada.

4-Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan
pelajar memahami pembelajaran baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang
berkaitan dengan pembelajaran baharu.

5-Susun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, langkah demi
langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.

6-Sediakan dan gunakan alat bantu mengajar yang konkrit; sesuai dengan tahap pemikiran
pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru.

Teori ini menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi
bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang
diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah
satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif
tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu
pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis,
kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal.

Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu:

• Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri
pelajar.
• Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif dengan pelajaran baru.

Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi yang


bermakna
- konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu
yang sedia ada pelajar.
- Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.Mengintegrasikan maklumat yang
tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada
melalui kaedah ekspositori.
Aplikasi Teori Ausubel dalam bilik Darjah
(1) Pengajaran secara ekspositori
(2) jelaskan kandungan pelajaran dlm btk fakta lengkap tersusun
(3) Pembelajaran berkembang secara deduktif ( dpd prinsip kpd cth)
(4) kaitkan konsep yg telah dipelajari dengan konsep baru.

 
Copyright 2009 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates

You might also like