You are on page 1of 7

IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

MELAKA

KERTAS KERJA

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN

TARIKH:

30 JULAI 2009
(KHAMIS)

ANJURAN:

UNIT PENGEMBANGAN & KHIDMAT KAUNSELING JABATAN HAL EHWAL


PELAJAR
&
BIRO PENDIDIKAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/10
1.0 Pengenalan

Bengkel pengurusan kewangan ini merupakan satu program yang


bertujuan membina satu kesedaran kepada guru pelatih tentang cara
menguruskan kewangan dengan menggunakan teknik yang betul.
Pelbagai cara pengurusan yang berkesan akan dipelajari oleh guru pelatih
dan boleh diaplikasikan apabila mereka mengawal perbelanjaan mereka.

Di samping itu, bengkel ini diharap dapat membantu guru pelatih


membuat keputusan yang baik dalam kehidupan harian dan seterusnya
dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pengurusan kewangan. Ini
selaras dengan matlamat Wawasan 2020, iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang mengamalkan daya pemikiran yang kritis dan kreatif agar
dapat bersaing dalam arus globalisasi.

Seterusnya, pendedahan dan pengalaman yang ditimba daripada


bengkel pengurusan kewangan ini akan memberikan satu perspektif baru
dan penghayatan yang lebih mendalam berkenaan cara pengurusan
kewangan yang bijak kepada guru pelatih khususnya.

Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, kami yakin


program yang diatur oleh Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling
serta Biro Pendidikan ini akan mencapai matlamatnya. Diharapkan agar
program ini akan mendapat sambutan dan kerjasama yang
menggalakkan, bukan sahaja dari ahli-ahli jawatankuasa pihak penganjur,
tetapi juga dari guru pelatih yang peka akan kepentingan program ini.
2.0 Matlamat

Bengkel ini diharapkan akan dapat melatih guru pelatih


mengamalkan perbelanjaan berhemah dan seterusnya mampu
menguruskan kewangan mereka dengan cara yang betul. Selain itu,
bengkel ini akan membantu guru pelatih membuat keputusan yang baik
dalam kehidupan harian melalui teknik pengurusan kewangan yang
berkesan. Pada masa yang sama, mereka juga boleh meningkatkan
keyakinan diri dengan cara memantapkan kemahiran pengurusan
kewangan mereka. Pendedahan terhadap kemahiran pengurusan
kewangan ini akan mencetus satu pandangan baru dan lebih positif
terhadap sebarang aktiviti yang berunsurkan kewangan pada masa akan
datang.

3.0 Objektif

3.1 Membimbing guru pelatih mengamalkan perbelanjaan berhemah dan


menguruskan kewangan mereka dengan cara yang betul.
3.2 Membantu guru pelatih membuat keputusan yang baik dalam kehidupan
harian melalui teknik pengurusan kewangan yang berkesan.
3.3 Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih dengan cara
memantapkan kemahiran pengurusan kewangan mereka.

4.0 Tarikh :
30 Julai 2009

5.0 Tempat :
Dewan Tun Fatimah, IPGM Kampus Perempuan Melayu.

6.0 Peserta :
200 orang-PPISMP Semester 3/2009 & Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
7. 0 Jawatankuasa :
1) Penaung : Pn. Noor Hayatee binti Md. Noor
(Pengarah IPGM KPM)
2) Penasihat : Datin Siti Hanifah binti Madarsa
(Timbalan Pengarah IPGM KPM)
3) Pengerusi : Dr. Hj. Mihat bin Hj. Dolah
(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
4) Pensyarah Penasihat : Puan Noraidah binti Yaakob
: Puan Noryani binti Md.Yusof
5) Pengarah Program : Wan Nor Adila binti Wan Adnan
6) Setiausaha 1 : Nor Amalina binti Abd Aziz
7) Setiausaha 2 : Aisyah Nadzirah binti Zakaria

AJK Kerja

8) Penyelaras Program : Naib Yang Di-Pertua 1


Naib Yang Di-Pertua 2

9) Peralatan : Biro Peralatan dan Teknik


Biro Agama dan Dakwah :

10) Kebajikan : Biro Kebajikan dan Sosial


Naib Setiausaha Agung Kehormat 1

11) Dokumentasi : Biro Penerangan dan Penerbitan


Naib Bendahari Agung Kehormat 2

12) Makanan : Biro Asrama dan Makanan


Naib Setiausaha Agung Kehormat 2

13) Buku Program : Biro Kebudayaan dan Kesenian


Naib Bendahari Agung Kehormat 1

14) Tugas-tugas Khas : Biro Sukan dan Rekreasi


Biro Perhubungan Luar
8.0 Anggaran Kewangan :
Bil. Maklumat Kuantiti / Unit Biaya (RM) Catatan
Perbelanjaan
1 Minum pagi Untuk guru pelatih = RM 3.00 x 200 orang = PEK
 2 biji kuih RM 600.00
 Segelas air
Penceramah dan
pensyarah = RM 3.00 x 10 orang =
 2 botol air mineral RM 30.00
 3 biji kuih
2 Sijil 200 keping - Stor
Penyertaan pusat

9.0 Pengisian Program :


1. Slot 1 bersama penceramah bertajuk “ Ceramah Pendidikan Pelaburan “
2. Slot 2 bersama penceramah yang bertajuk “ Perancangan Kewangan “
3. Sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah.
4. Sesi penilaian keberkesanan program.

10.0 Tentatif Program :


8.00-8.30 am : Pendaftaran peserta.
8.30-10.30am : Slot pertama bertajuk “ Ceramah Pendidikan Pelaburan“
bersama penceramah.
10.30-11.00am : Kudapan pagi.
11.00-12.30pm : Slot kedua bertajuk “ Perancangan Kewangan “ bersama
penceramah.
: Sesi penyampaian cenderamata kepada para
penceramah.
: Sesi penilaian keberkesanan program.
12.30-1.30pm : Makan tengahari.
: Bersurai.
11.0 Penilaian :
Program ini akan dinilai keberkesanannya melalui :
- Pemerhatian
- Instrumen soal selidik

12.0 Penutup
Seminar Pengurusan Kewangan ini merupakan satu cara bagi
mendidik guru pelatih untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah
seterusnya membantu guru pelatih menguruskan kewangan dengan cara
yang betul. Di samping itu, seminar ini dapat membantu guru pelatih untuk
membuat keputusan yang baik dalam kehidupan seharian melalui teknik
pengurusan kewangan yang berkesan. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan seminar ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh
daripada pihak pengurusan IPGM Kampus Perempuan Melayu. Kejayaan
seminar ini juga adalah diharapkan akan menjadi garis panduan kepada
guru pelatih yang berhasrat menganjurkan seminar seumpama ini
pada masa akan datang demi kepentingan IPGM Kampus Perempuan
Melayu.
Disediakan oleh,

______________________________
( NOR AMALINA BINTI ABD AZIZ )
Setiausaha 1,
Seminar Pengurusan Kewangan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu.

Disemak oleh,

______________________________
( PUAN NORYANI BINTI MD.YUSOF)
Pensyarah Penasihat Biro Pendidikan,
Seminar Pengurusan Kewangan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu.

You might also like