PEMBENTUKAN AKHLAK PADA MASA KINI DAN CABARANCABARANNYA

OBJEKTIF TAJUK Mengetahui konsep akhlak secara lebih mendalam dan terperinci dari segi perspektif islam y y y Memahami kepentingan akhlak islam dalam kehidupan seharian Mengetahui cabaran-cabaran dalam pembentukan akhlak remaja pada masa kini Mengetahui kaitan akhlak dengan iman dan ibadah secara lebih mendalam

y

PENDAHULUAN Perbincangan mengenai akhlak, etika dan moral menarik perhatian pelbagai pihak sejak zaman berzaman. Umumnya ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan perangai, tabiat, sikap, tingkah laku, budi pekerti dan lain-lain aktiviti perlakuan manusia. Seterusnya perlakuan tersebut diberi ukuran atau nilai sama ada baik atau buruk, jahat atau tidak dan sebagainya. Namun, persoalannya ialah apakah piawaian dalam menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk ?. Jahat atau tidak ?. Pelbagai jawapan kita akan peroleh apabila kita mengkaji dan memahami konsep etika, moral dan akhlak itu sendiri. Ini sesuai dengan pepatah "lain padang, lain belalang". Lain perlakuan, lain penilaian yang diberikan oleh komuniti masyarakat. Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan mores bagi
1

terdapat para pengkaji etika yang samaertikan antara moral dengan etika. 1999:10). Walau bagaimanapun. peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Bagi *Gazalba (1983:89) etika ialah teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik atau buruk sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. maka moral dapat diertikan sebagai satu disiplin yang menjelaskan kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu.konsep yang sama. tatasusila atau tatatertib masyarakat. adab. norma. jika kedua-dua perkataan itu digabungkan. Ini membawa maksud bahawa etika dan moral merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain. manakala etika pula mengkaji. nilai dan pantang larang masyarakat. Nilai-nilai yang dipandang baik oleh etika itulah disebut moral yang baik. adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya. ia disebut moral yang buruk atau tidak bermoral. kebiasaan atau adat. Bagaimanapun terdapat sesetengah orang mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum. sopan santun. 2 . sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya". Walau apapun. manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh etika. Mores ialah kata dasar bagi moral yang ditakrifkan sebagai kesusilaan. Justeru. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut *(Abdul Rahman Md Aroff. tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. *Mohd Nasir Omar (1986:18) memetik kata-kata *Peter Baelz. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi. antara lain menulis: "Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama.

etika keperibadian mulia. idealisme.w. moral dalam Islam ditentukan oleh akhlak. Etika adalah penyelidik atau pengkaji. manakala moral merupakan bahan yang diselidik atau dikaji oleh etika *(Mohd Nasir Omar. 10-43. 1996:17-25). 3 . egoisme. Etika ialah falsafah mengenai teori nilai (axiologi).t. teologi dan 1999: sebagainya *(Abdul Mustafa Hj Daud. naturalisme.Etika bersifat reflektif dan teoritikal. Bagi *Gazalba (1983: 89). sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis. kerana itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. . Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah s. dan terhadap diri sendiri dan makhluk lain. Moral dalam masyarakat bukan Islam ditentukan oleh etika. eksistensialisma. Akhlak dalam Islam bukanlah teori.menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. Disebabkan etika merupakan teori-teori yang dihasilkan oleh pemikiran manusia. Rahman Md Aroff. utilitarianisme. Nilai yang baik disebirt akhiak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. kita dapati telah muncul pelbagai mazhab dengan teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahaman masing-masing. hendoisme. prinsip kewajipan. sementara moral pula bersifat praktikal. 1986:19-20).

*(al-Sajdah 32: 7) Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa. 1996: 4). TEORI AKHLAK 1. tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Dari sudut istilah. ia dinamakan akhlak yang buruk. ia dinamakan akhlak yang baik. Al-Quran menyatakan hakikat ini. bermaksud : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah". H Ismail Yakub. Keindahan ciptaan fizikal dustilahkan sebagai al-khalqu seperti raut muka.1 Pengertian Akhlak Akhlak adalah perkataan Arab. warna kulit.1. inspirasi dan sebagainya. meliputi kehendak. Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan *(Harun Din. 1985: 143). 1988: 143) mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran teriebih dahulu. *Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin (Tk. jId 4. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqunya maka ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniahnya (Lebih lanjut lihat *Humaidi Tatapangarsa.dalaman) diri manusia. keadaan jiwa 4 . iaitu kata jamak (plural) dari perkataan alkhuluqun yang bermaksud budi pekerti. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk. tingkah laku dan tabiat *(Mustafa Hj Daud. Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual . Menurut *Ibn Miskawayh. 1983).

ii. Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniah seseorang. Ringkasnya. Keadaan jiwa dalam kategori ini terbahagi kepada dua peringkat. akhlak haruslah mempunyai tiga cirri berikut: i. cepat berputus asa dan sebagainya.Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti ii. panas baran. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri. aspek batiniah ialah keimanan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan iman tersebut. 5 . Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku (aspek luaran). yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dan sebagainya. cepat ketawa. Manakala aspek batiniah pula merupakan keadaan dalaman (spiritual) seseorang.seseorang itu terbahagi kepada dua bahagian. umpamanya perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan. i. cepat terkejut dengan berita yang didengar. Aspek lahiriah melibatkan laku perbuatan luaran. iaitu: Pertama: Natural (tabie) keadaan jiwa yang tabie ini berpusat dari sifat semula jadi seseorang. Peringkat mempraktis satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang. Dengan kata lain.

KATEGORI AKHLAK Umumnya perlakuan atau aktiviti manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama. benar.t. Perlakuan baik apabila mereka melakukan perbuatan yang bercirikan akhlak atau sifat mahmudah (terpuji). Aspek kejiwaan (kerohanian) perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang inginkan kesejahteraan dalam hidup. 2. bijaksana. sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan.1 Akhlak Mahmudah (TERPUJI) Akhlak mahmudah adalah akhlak yang dituntut dalam Islam.. pemurah. menundukkan pandangan. menyampaikan.iii. Perlakuan buruk pula terhasil apabila melakukan sesuatu perkara yang bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji). la merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara seperti keimanan yang mutlak kepada Allah s. lemah lembut.t. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang. Ini sebagaimana disebutkan dalam *Surah As. 2. memelihara lidah.w. dan akur kepada larangan-Nya 6 . jujur. amanah. ihsan. iaitu perlakuan baik dan perlakuan buruk.Syams ayat 9-10 bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya". Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan pelaksanaan tanggungjawab kepada perintah Allah s. taqwa.w.

w.2 Akhlak Mazmumah (KEJI) Akhlak mazmumah adalah akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada akhlak mahmudah. Firman-Nya dalam surah al-Rom ayat 30. tomohan. ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada.. benci membenci. khianat (pecah amanah). 2.dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. derhaka kepada ibubapa. Dengan kata lain. dan meninggalkan suruhanNya. sedangkan manusia adalah makhluk ciptaan-Nya. Malah bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir. sombong. mengintai-intai kesalahan dan kesilapan orang lain dan sebagainya. tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak.t. bermaksud: "Hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut. tetapi berdasarkan standard yang digariskan oleh al-Quran dan alSunnah. tetapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut.pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan. (turutlah terus) "agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan 7 . mencela. la merupakan segala bentuk perlakuan.w. sifat. fitnah. Sifat mazmumah adalah semua perbuatan yang melaksanakan larangan Allah s. Terpuji atau tercela sesuatu perlakuan (perkara) bukannya berdasarkan ukuran akal. Sifat-sifat tersebut antaranya ialah syirik. hasad. dengki. Al-Quran sebagai sumber mutlak merupakan wahyu Allah s. rasuah. dengan itu sudah past! Dia menurunkan panduan yang sesuai dengan ciptaan-Nya itu. di khalayak atau keseorangan.t.

adi (kesamaan dan keadilan). bermaksud: "Wahai orang-orang yang 8 . kepentingan akhlak baik dan celaka serta ancaman kepada mereka yang berakhlak buruk. Menjelaskan konsep kebaikan dan keburukan secara terperinci. Firman Allah s. al-Quran menggunakan pelbagai pendekatan untuk menjelaskan hakikatakhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Mereka yang melakukan amalan kebaikan adalah orang yang berjaya.w. al-suu¶ (kejahatan). al-fahsya (perkara-perkara yang keji). Mereka yang mengamalkan amalan ini adalah orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat.bersedia dan semula jadinya lagi) untuk menerimanya. qist (kesaksamaan). serta kerjakanlah amal-amal kebajikan (al-khair) supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat". Al-Quran menggunakan suatu susunan istilah yang menyeluruh bagi menjelaskan konsep kebaikan. itulah agama yang betul lurus. Amalan-amalan taat dan warak ini disebut sebagai solihat (Rafik Issa Beekun. al-Quran telah menggunakan istilah-istilah seperti al-sayyiat (keburukan). Firman Allah s. Antara pendekatan tersebut ialah: i. maaruf (diketahui dan disahkan baiknya). al-haqiqah (kebenaran). bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Ruku¶lah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya). tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". ihsan dan sebagainya. taqwa (takut dan harap). Dalam konteks akhlak.t. (al-Hajj 22: 77) Bagi menggambarkan konsep keburukan pula.t.w. al-mungkar (kemungkaran). amalan syaitan dan lainlain. Istilah-istilah tersebut ialah al-khair (kebaikan). haqq (benar dan betul).. tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu.. 1998: 3).

Al-Quran menerangkan bahawa kebaikan dan keburukan yang manusia lakukan adalah untuk diri mereka sendiri. walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. (al-Maidah 5:100) iii.w. bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) "tidak sama yang buruk dengan yang balk. mengundi nasib dengan batang-batang panah (bertenung nasib) adalah perbuatan keji (rijsu) dari perbuatan syaitan. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orangorang yang berakal fikiran. Hakikat ini dijelaskan dalam surah al-lsra ayat 7 bermaksud: "jika kamu berbuat kebaikan. . Banyak kisah-kisah silam yang menarik untuk dijadikan iktibar oleh urnat kini. Pensejarahan atau penceritaan. dan jika kamu berbuat kejahatan. aI-Quran menceritakan pembalasan yang diterima oleh manusia yang berakhlak busuk. hidup berasaskan hawa nafsu dan bertentangan dengan fitrah semulajadi dengan melakukan homoseksual dan sebagainya. Pujukan dan ancaman: kebaikan dan keburukan adalah untuk mereka yang melakukannya. 9 . " Kebaikan dan keburukan merupakan dua perkara yang tidak sama walaupun keburukan itu menarik hati manusia.. (al-Maidah 5:90) ii. .beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi. pemujaan berhala.t. Dalam konteks akhlak. supaya kamu berjaya". Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". menolak kebenaran. maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu. Kesan kedua-dua perbuatan tersebut kembali kepada diri mereka sendiri. Firman Allah s. menzalimi diri sendiri.

Dalam surah Yunus ayat 13 disebutkan.´ Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan 10 . bemaksud: "Dan sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu. bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Kami selamatkan Nabi Saleh berserta umatnya yang beriman. Kisah ini dirakamkan dalam surah Al-A¶raf ayat 80. (Mereka punah ranah) seolaholah mereka tidak pemah tinggal di situ. dan ketika mereka berbuat zalim padahal para rasul mereka telah datang membawa keteranganketerangan (yang nyata). Sesungguhnya Tuhanmu. Bagi kaum Thamud. Dan orang-orang yang zalim itu (kaum Thamud).w. yang tidak pemah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam sebelum kamu?. (Hud 11:66-68) AI-Quran juga telah menggambarkan kehancuran penduduk negeri Sadum kerana mengikut hawa nafsu. dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu sehingga mereka mati bergelimpangan ditempat tinggal masing-masing.84 bermaksud: Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). dan (Kami selamatkan) kehinaan pada hari itu. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu bukan kepada perempuan. Allah s.t. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhimya bagi kaum Tbamud. bermaksud: Maka ketika keputusan kami telah datang. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat dosa. tetapi mereka sama sekali tidak mahu beriman. dengan rahmat Kami. (ingatlah) apabila ia berkata kepada kaumnya: "Mengapakah kamu melakukan perbuatan yang keji. Dia yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Ketahuilah sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. menjelaskan.

yang membawa konsep "penyempurnaan akhlak yang mulia (Lihat al-Baihaqi. 1992: 13-15). Begitu juga dengan hadis-hadis yang menjelas.t.a. gambaran batasan dan lain-lain.w sebagai pesuruh Allah s.a. perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan dosa.a.t. adalah ia dan orang-orang yang dibinasakan. sifat kelakuan dan perjalanan hidupnya (AI-Qattan. perbandingan atau perumpamaan antara mereka yang melakukan kebaikan dengan keburukan. Selain danpada ciri-ciri di atas.a. taqrir (pengakuan terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat). Kehidupan Baginda berasaskan nilai dan etika murni (akhlak) yang dipandu oleh Allah s.w sama ada dalam bentuk perkataan. Terdapat pelbagai hadis (Nabi Muhammad s.w. perbuatan. sebagaimana Al-Quran.pengikut-pengikutnya yang taat) dari negeri kamu ini.w. juga menjelaskan secara terperinci akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Ini sesuai dengan status Baginda s. Rasutlullah s. .w) yang menyuruh supaya berakhlak baik dan meninggalkan akhlak buruk. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu). Manakala Al-Sunnah. Oleh itu. Al-Sunnah adalah segala yang dibuktikan daripada Rasullullah s. 1980:192). ³Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) diri mereka suci.´ Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya.w adalah ikutan terbaik dalam semua aspek hidup. Manna. 11 . terdapat banyak lagi cerita yang diceritakan oleh Al-Quran bagi menggambarkan akhlak baik dan akhlak buruk seperti nasihat menasihati sebagaimana yang dilakukan oleh Lukman kepada anaknya.

dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu. "Takwa itu di sini". Kejahatan seseorang itu. Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. di samping hadis-hadis yang menggesa supaya menjauhi dan meninggalkan akhlak buruk serta balasan mereka yang melakukan perbuatan tidak baik. Imam Nawawi (1988) telah mengemukakan hadishadis tersebut antaranya bermaksud: i.menganjur. tingalkanlah kejahatan dan mengerjakan kebaikan. Orang-orang Islam bersaudara. bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam ke atas orang Islam lain haram darahnya. Kata Nabi . Janganlah kamu dengki-mendengki. Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim) iii.sambil menunjuk ke dadanya tiga kali. keji dan mungkar. belakang membelakangi (musuh memusuhi). nescaya ia dapat menghapuskan dosa. menyaran dan memberi gambaran kebaikan kepada pelaku akhlak baik. tidak boleh ia menganiayai dan membiarkan saudaranya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustainya dan menghinakannya. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" (Riwayat Tarmizi) ii. hartanya dan kehormatannya. (Riwayat Muslim) 12 . tipu menipu. benci-membenci.

adat resam.1 Penghayatan Al-Quran Al-Quran perlu dijadikan panduan harian dengan membiasakan diri dengan membaca dan memahami ayat-ayatnya yang tersurat dan makna yang tersirat 13 . Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. (Riwayat Muslim) Dengan itu jelaslah bahawa wahyu dan sunnah Rasullullah S. Walaupun terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam pembinaan akhlak dan pemantapannya. antaranya: 3. Acuan dan landasan yang berdasarkan sumber autentik Islam. Kedua-duanya menyatakan secara jelas apa yang disebutkan sebagai kebaikan (terpuji) dan keburukan (tercela).A. ibubapa. seterusnya berasaskan realiti kehidupan. pendidikan dan sebagainya. Dan tidak (dikata) kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasih. AI-Quran dan AI-Sunnah.W. merupakan dua rangkaian panduan yang tidak dapat dipisahkan. Kebaikan dan keburukan itu bukan sekadar sifat atau perbuatan yang dilakukan oteh seseorang tetapi ia adalah sesuatu" yang datang dan dalam diri manusia. persekitaran.iv. keadaan kejiwaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu tindakan. keluarga. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih ? laitu siarkanlah salam di antara kamu. PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK Membina dan memantapkan akhlak bukan pefkara yang mudah. namun di sini disarankan beberapa langkah sahaja. 3. Seluruh potensi dan kekuatan perlu diterap secara bersama dan berterusan ke arah acuan yang sudah ditentukan.

W.Quran. bahawa Nabi s. Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama. cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran. Penghayatan al-Quran mendidik hati-hati supaya sentiasa akur dan patuh kepada Allah s.A. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh AthThabarani daripada Syaidina Ali (Karramallahu-Wajhah). Takut pada ancaman-Nya dan gembira dengan janji Allah yang sentiasa benar.w.a.sama para Nabi-Nya dan orang-orang soleh. iman dan Islam akan kukuh di dalam jiwa. Pembaca al-Quran akan diberi naungan Arasy Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. para pendidik dinasihatkan supaya memberikan didikan al-Quran kepada anak didik mereka.w bersabda. hati akan khusyuk. Demi Allah belum pemah aku mendengar ia berkata ³ah´ kepadaku dan tidak pula pernah ia menegur: mengapa kamu berbuat begini dan alangkah baiknya kalau 14 .sama ada pada waktu pagi atau petang.t. bermaksud: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu. telah mempraktis dan menjalani kehidupan berasaskan didikan al. Anas meceritakan "Aku melayani Nabi selama sepuluh tahun lamanya. kerana: "apabila lidah kita terbiasa dengan ayat-ayat al-Quran. air mata akan mengalir. 3.2 Uswah Hasanah Baginda S. Antara contoh akhlak baginda ialah: y Akhlak Baginda Sesama Manusia i. maka roh akan berkembang.

malah juga kepada makhluk lain sama ada nampak atau tidak.kamu buat begitu". y Akhlak Baginda Dengan Alam i. gemar mengunjungi orang sakit. Akhlak mulia yang baginda tunjukkan bukan sahaja melibatkan manusia. Sebagai contoh. menghadiri upacara jenazah. baginda telah menjelaskan terdapat perempuan tua yang akan dibakar dalam api neraka kerana memelihara kucing. Anas bin Malik menceritakan. Rasullullah s.w. 15 . Makhluk-makhluk tersebut seperti haiwan. muka bumi. jin dan sebagainya. mengenderai keldai biasa dan memperkenankan undangan hamba sahaya yang memanggilnya.a. Dan terdapat perempuan yang dalam hidupnya melakukan berbagai kemaksiatan tetapi mendapat balasan syurga kerana kebaikan hatinya iaitu memberi minum anjing yang kehausan. mengurungnya dan tidak memberi makan sehingga kucing tersebut mati. ii. tumbuh-tumbuhan.

´ (An-Nisa¶. Firman-Nya yang bermaksud ³(Iblis berkata: wahai Tuhanku! kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnya akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini. Syaitan sentiasa memperalatakan nafsu manusia ke arah kejahatan.´ (Al-Hijr. CABARAN.CABARAN DALAM PEMBINAAN AKHLAK 4.4. 4:135) 4. Firman-Nya yang bermaksud ³(Janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan). dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambamu yang dibersihkan dari sebarang syirik). 15:39-40) 16 . Allah melarang kita dari mengikut hawa nafsu. Justeru itu. Elemen inilah yang sentiasa mendorong manusia memenuhi kehendak mereka yang tidak pernah puas untuk melakukan apa yang dikenhendaki oleh nafsunya.1 Nafsu Manusia Nafsu adalah merupakan satu elemen rohani manusia.2 Godaan Syaitan dan Iblis Syaitan adalah makhluk rohani yang secara nyata sebagai musuh kepada manusia. Perkara ini dapat dibuktikan.

Selain itu sebagai seorang pelajar kita hendaklah mentaati ibu bapa kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa. 17 . Pepatah arab ada mengatakan jika kita hendak melihat keadaan nagara pada masa hadapan. Pembentukan peribadi akhlak yang mulia mampu melahirkan insan yang sempurna dari segi aspek rohani. Seperti yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakr As-Siddiq (Jadilah seperti pokok yang lebat buahnya walaupun dilemparkan dengan batu ia tetap akan dibalas dengan buah). fizikal. jika akhlak remaja menepati islam maka majulah negara pada masa hadapan namun jika sebaliknya maka bersiap sedialah untuk melihat kehancuran negara tersebuyt pada masa yang akan datang. jangan mengira apa yang dikatakan orang.dan perlakuan.5. KESIMPULAN Kita mestilah mempunyai jati diri yang kuat. hendaklah kita melihat akhlak remaja pada masa kini.daripada sudut ini kita dapat disimpulkan bahawa kemajuan sesuatu negara bergantung kepada akhlak penduduknya.

Ihya Ulumuddin. Pendidikan moral: teori etika dan amalan soslal.com/doc/14457977/Revolusi-Masyarakat-IslamDahuluSekarang y Rafik Issa Beekun. Terj.RUJUKAN Abdul Rahman Md. Terj. Sulaiman Yasin. Kuala Lumpur Dewan Al-Quran Buku manual pembelajaran CTU 101 Gazalba. Ismail Yakub Sh.scribd. Sidi. 1998. 1988. Kuala Lumpur Pustaka Arrtara Haron Din. Islam dan perubahan sosio-budaya. Mustafa Abd Rahman. Tk. Etika Pemiagaan Islam. H. 1988. Zainab Ab Kadir Kuala Lumpur: 18 . Serdang: y y Al-Ghazali. Terj. 1983. Manusia dan Islam. Drs. Hadis empat puluh. 1985. PoHs y http://www. Hassan salleh dan Sidi Gazalba. Aroff. Kuala Lumpur Victory y y y y y Al-Nawawi. 1999. Prof.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful