You are on page 1of 8

Cara hidup orang melayu pada zaman dahulu dan sekarang.

Cara hidup ialah sesuatu perkara yang diwarisi oleh sesebuah anggota masyarakat dari
semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi. Cara hidup orang melayu pada zaman
dahulu dan sekarang adalah sangat berbeza. Ini boleh dilihat dari segi politik, ekonomi dan
sosial.

Pada zaman dahulu, orang melayu lebih dikenali dengan masyarakat melayu tradisional.
Masyarakat melayu tradisional ini terbahagi kepada dua tahap iaitu masyarakat feudal pada
zaman kesultanan melayu Melaka dan masyarakat melayu pada sebelum berlakunya penjajahan
British. Cara hidup orang melayu dahulu dari segi politik adalah bermula sejak kurun ke 15 di
mana struktur kerajaan melayu Melaka diasaskan. Struktur kerajaan melayu Melaka pada masa
itu adalah dipengaruhi dengan pengaruh Hindu. Corak pemerintahan kerajaan melayu Melaka
adalah feudal iaitu terdapat susun lapis sosial berdasarkan status. Mengikut pada hierarki pada
zaman itu, terdapat dua golongan sahaja iaitu golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah.

Golongan pemerintah terdiri daripda raja, bangsawan, pembesar dan penghulu manakala
golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Pemerintah ialah orang yang
mempunyai kuasa, berpengaruh, berkedudukan tinggi, mempunyai pengikutnya sendiri dan
mempunyai sumber kekayaan. Golongan yang diperintah ialah orang kerahan dan jika mengikari
atau derhaka kepada pemerintah, mereka ini akan dihukum. Terdapat tiga unit politik
diwujudkan untuk melicinkan penyelarasan pentadbiran tradisional iaitu pertama, negeri yang
diperintah oleh raja; kedua, daerah yg diuruskan oleh pembesar dan ketiga, kampung yang dijaga
oleh penghulu. Peringkat negeri merupakan peringkat unit yang terbesar yang menunjukkan
faktor geografi dan sungai sebagai sempadan negeri dan juga jalan perhubungan yang utama .
Ibu negeri kebiasaannya terletak di tepi atau kuala sungai. Ini adalah untuk memudahkan
kawalan dan urusan keluar masuk negeri. Pemerintah tertinggi bagi unit ini ialah Raja atau
Sultan dan dibantu oleh pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana ,
Penghulu Bendahari, dan Syahbandar. Peringkat daerah merupakan unit yang mengawal
beberapa buah kampong dan juga menjadi jalan penghubungan. Unit ini ditadbir oleh pembesar
tempatan seperti Dato’. Unit ini berfungsi sebagai pentadbiran tempatan , menjaga keamanan
daerah, memungut cukai , menjadi utusan raja dan perantara pemerintah kepada rakyat .
peringkat kampong pula ialah peringkat dimana menghubungkan rakyat dengan pemerintah iaitu
penghulu. Penghulu berperanan dalam memungut cukai, menjaga keamanan, perantara dengan
pembesar daerah dan mempunyai kuasa mengerah anak buah bagi melaksanakan perintah orang
atasan.

Masyarakat melayu pada zaman dahulu menjalankan sara diri untuk menampung
kehidupan mereka. Ekonomi sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi
keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran, hasil tersebut akan ditukarkan
dengan barang-barang keperluan lain.Sebahagian besar masyarakatMelayu bergantung hidup
melalui kegiatan pertanian, menternak binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan
berdagang secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, negara Barat telah membawa ekonomi
komersial dan perdagangan antarabangsa kepada masyarakat tempatan selepas kedatangan
mereka. Ekonomi komersial merujuk kepada pengeluaran secara besar-besaran kerana modal
yang besar. Oleh itu, pengeluaran secara besar-besaran telah membolehkan kegiatan eksport
dijalankan melalui perdagangan antarabangsa.

Dalam sistem ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan, kegiatan
pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakatMelayu. MasyarakatMelayu
menjalankan kegiatan menanam padi sawah dan padi huma. Penanaman padi sawah
dijalankan di kawasan delta sungai. Penanaman padi sawah bergantung kepada sistem
pengairan.Manakala padi huma ditanam di kawasan bukit yang tidak memerlukan banyak air.
Penanaman padi huma dilakukan oleh orang asli di kawasan pedalaman di TanahMelayu. Antara
tanaman lain yang ditanam ialah ubi kayu, pisang, tebu, jagung, keladi, keledek, kopi, tembakau
dan sirih. Hasil tanaman tersebut biasanya untuk kegunaan sendiri dan selebihnya untuk
diberikan kepada jiran atau kaum keluarga mereka. Kegiatan pertanian yang dijalankan adalah
menggunakan tanah milik sendiri atau pajakan atau bekerja untuk tuan tanah.
Masyarakat Melayu turut menternak binatang. Antara binatang ternakan ialah ayam,
itik, kambing, kerbau dan lembu. Binatang ternakan seperti kerbau dan lembu digunakan
untuk membajak sawah padi dan mengangkut barangan keperluan. Binatang ternakan juga dijual
bagi dijadikan kulit untuk membuat bahan dan alat muzik. MasyarakatMelayu turut
menjalankan kegiatan memburu binatang liar di hutan untuk mendapatkan bekalan daging
seperti rusa, kancil, pelanduk, kijang, ayam hutan dan seladang. Masyarakat Melayu juga
menjalankan kegiatan menangkap ikan. Kegiatan menangkap ikan dilakukan oleh
masyarakatMelayu yang mendiami kawasan pinggir pantai atau tepi sungai. Terdapat dua jenis
kegiatan perikanan oleh masyarakatMelayu, iaitu menangkap ikan laut dan menangkap ikan air
tawar seperti sungai, tasik dan paya. Masyarakat Melayu turut menjalankan kegiatan memungut
hasil hutan. Antara hasil hutan yang dikumpul ialah damar, rotan, buluh, ubat-ubatan herba dan
buah-buahan hutan. Hasil hutan tersebut akan dijual atau ditukar dengan barangan keperluan lain
seperti beras, garam, kain dan gula.

Selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi komersial turut


diperkenalkan. Pertanian komersial dijalankan diNegeri-NegeriSelat dan Johor. Di Johor
sistem kangcu diperkenalkan.Melalui sistem ini, orang Cina dariSingapura diambil untuk
mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam. Hasil gambir dan lada hitam dipasarkan ke luar
negara melaluiSingapura dengan menggunakan tongkang. Hasil tanaman tradisional yang
dikomersialkan adalah seperti ubi kayu, tebu, gambir dan lada hitam. Tanaman-tanaman ini
diusahakan oleh orang Cina dan mendapat pasaran yang baik di Eropah. Masyarakat tempatan
juga menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan memainkan
peranan penting dalam sistem ekonomi masyarakatMelayu. Jelaslah bahawa sistem ekonomi
masyarakat Melayu tradisiorial bukan sahaja berbentuk sara diri, malah juga berbentuk ekonomi
komersial sebelum campur tangan British. Kedua-dua bentuk sistem ekonomi ini dijalankan
serentak.

Cara hidup orang melayu dari segi sosial boleh dilihat dari budaya, kepercayaan dan
keagamaan, peribahasa dan kekeluargaan. Budaya tradisi masyarakat Melayu berkembang dan
diwarisi sejak zaman berzaman tetapi lebih bersifat kedaerahan kerana sistem perhubungan
sesama mereka yang terbatas. Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional terdiri daripada
golongan memerintah dan rakyat turut mempengaruhi struktur budaya, iaitu tradisi budaya istana
dan budaya rakyat. Tradisi budaya istana mempertahankan bentuk peradaban yang tinggi sebagai
melambangkan golongan bangsawan, manakala kebudayaan rakyat menyatakan sifat-sifat
kesenian yang menjadi hiburan masyarakat. Tradisi lisan diperturunkan daripada satu generasi
sebagai usaha mempertahankan nilai-nilai sosial, pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu.
Hingga menjelang akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, apabila munculnya persembahan
bercorak bangsawan, maka masyarakat Melayu menggunakan istilah Wayang Bangsawan,
walaupun pertunjukannya bercorak drama dan persembahan pentas. Selain itu, Keindahan seni
pengucapaan Melayu seperti peribahasa, pantun dan sebagainya menyatakan hal masyarakat
Melayu yang suka berkias ibarat untuk menyatakan hasrat dan perasaan. Elemen teguran dan
pengajaran, peringatan dan teladan adalah pernyataan moral yang tidak dilakukan
secara keras dan paksa tetpai secara lembut dan bersahaja dengan menggunakan peribahasa,
pepatah-petitih, berkias ibarat dan dengan berpantun. Seni persembahan masyrakat Melayu pula
menampilkan Makyong, tari gamelan, tarian inang dan lilin, tarian dabus, silat dan kuda kepang.
Aspek kepercayaan dan keagamaan bagi masyarakat Melayu membantu memberikan
fungsi manusia sebagai satu cara hidup yang sempurna. Bagi yang berpegang teguh kepada
agama Islam, akan bekerja bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab pula dalam soal ibadat
seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan Ramadhan atau
menunaikan haji. Kesimpulannya kepercayaan agama masyarakat Melayu banyak membawa
perubahan kepada mereka yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan pada masa yang sama
mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap kehidupan sosial mereka.
Keluarga pula dilihat sebagai unit asas dalam organisasi sosial dan pembentukan
sesebuah masyarakat. Jika dilihat dalam konteks mengajar seorang anak misalnya, ibu bapa
Melayu menggunakan beberapa kaedah seperti menegur dan memberi nasihat, menakut-
nakutkan anak atau dengan merotan tetapi tidak mencederakan. Apabila anak-anak meningkat
remaja, kaedah teguran dan nasihat lebih digunakan dan bagi orang Melayu, teguran ini
dilakukan seepanjang masa sehingga pada peringkat anak sudah dewasa.
Peribahasa digunakan sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam menjalani hidup.
Umpamanya peribahasa “Umpama kacang lupakan kulit”, "air di cincang takkan putus", "pukul
anak sindir menantu", "sayang anak pukul-pukulkan, sayang isteri tinggal-tinggalkan” dan lain-
lain lagi.
Politik, ekonomi dan sosial orang melayu selepas penjajahan Barat atau pada masa kini
sudah berubah dari yang dahulunya. Kesan penjajahan barat terhadap Tanah Melayu telah
mewujudkan pembentukan pluraliti masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dengan jelas
dari segi aspek politik. Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan barat banyak
membawa kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada
masa itu,yang secar tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat
pluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar
pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, sistem,
struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalah jauh berbeza dengan
sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di tanah melayu. Ini dapat
dilihat dengan jelasnya melalui perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan
diantara agama dan negara. Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal
secara langsung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat
istiadat telah diberi kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.
Kesan penjajahan barat juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana
telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting
iaitu; legislatif (perundangan), eksekutif (pemetintah) dan juga badan kehakiman (judisial)
diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan
perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan
barat, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan bidang
kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan di dalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada
tiga bidang kuasa iaitu eksekutuf, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam
operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut
mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri.
Malaysia kini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.Struktur
pentadbiran negara secara umumnya terbahagi kepada dua peringkat iaitu persekutuan dan
negeri. Badan pemetintah (eksekutif) ini mempunyai kuasa memerintah sama ada di peringkat
persekutuan iaitu Jemaah Menteri atau negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Badan ini
melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh badan perundangan. Perundangan
merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan (legislatif) adalah
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Terdapat dua
badan perundangan iaitu peringkat Persekutuan adalah Parlimen dan peringkat Negeri adalah
Dewan Undangan Negeri. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri perlu mendapat perkenan dari Yang Dipertuan Agong bagi peringkat Persekutuan dan
Sultan atauYang Dipertuan Negeri bagi peringkat Negeri.Menurut Perlembagaan Persekutuan,
tugas menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang boleh dilakukan Jemaah Menteri
(badan eksekutif) atas nama Parlimen. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta
menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya
memerlukan afidavit. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang
dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri. Peranan lain yang penting ialah menjaga keadilan dan mengawasi badan eksekutif
supaya tidak menyalahgunakan kuasa menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang
yang bertentangan dengan perlembagaan. Parti politik merujuk kepada sekuimpulan orang yang
mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang
untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan
kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga
menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Contohnya Parti Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Keadilan di negara
kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan
kaum masing- masing.
Kesan penjajahan barat dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem
ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang
berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi
utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah
telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu
berada dalam sektor kerajaan dan pertanian. Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada
perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem
ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Manakala
sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman
padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik
melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara
tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga
etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun
kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan.
Di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dgn isu sosial terutamanya isu
kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik. Isu agihan pendapatan dapat dilihat
daripada 2 sudut iaitu; kelas sosial yg berbeza (kelas atas, menengah dan bawah) dan.kelompok
etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah
diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum
di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Sejak Malaysia
mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi
di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang
tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan
ekonomi tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya
kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai
dan masih mundur. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada
tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk
pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut
acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali
sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik
yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan
menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial,
kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu
menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral
dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Pada
masa kini Barisan Nasional telah memperkenalkan Model Ekonomi Baru ( New Economic
Model ) pada akhir bulan Mac, 2010.
Cara hidup orang melayu dari aspek sosial pada zaman sekarang boleh dilihat peningkatannya
dari segi agama,adat, pendidikan dan bahasa. Dengan kehadiran agama Islam, Orang Melayu di
Malaysia hampir keseluruhannya beragama Islam. Namun demikian, masih terdapat sisa-sisa
unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan masyarakat
melayu. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme
terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur
Islam. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur dalam dan unsur luar
seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam
pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan
agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus
diamalkan. Orang Melayu mendapat pendidikan agama sebelum berlakunya penjajahan lagi.
Semasa penjajahan, peluang pendidikan sekuler terbatas, dan lebih terpusat di daerah bandar.
Setelah merdeka, barulah pendidikan sekuler diperkembangkan. Kini pendidikan sekuler menjadi
saluran pembelajaran yang utama di kalangan orang Melayu. Keberadaan kelas menengah
Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran pendidikan. Bahasa melayu pula dijadikan
bahasa nasional sehingga kini. Bahasa melayu pada zaman dahulu dijadikan lingua franca bagi
Tanah melayu.

Buku:
1) Ismail Noor, Muhammad Azaham. 2000. Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Selangor:
Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd..
2) Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Muhammad
Bukhari bin Ahmad, Rosnanaini binti Sulaiman. 2004. Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3) Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah binti Ammar. 2005. Fokus U Sejarah. Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd..
4) Asmah Haji Omar. 2005. Malay Images. Selagor: Intiprint Sdn. Bhd..

You might also like