You are on page 1of 16

TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAAN

BIL TARIKH MASEHI TARIKH HIJRIAH PERISTIWA

Zaman Pra Sejarah


10000SM Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Nenek Hawa di Jeddah,
Semenanjung Tanah Arab
9500SM Nabi Idris dilahirkan
9000SM Banjir besar Nabi Nuh as dan kapalnya mendarat di Bukit Judi di Turki
8500SM Kaum Tsamud Nabi Saleh as dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir dan
suara yang kuat kerana membunuh unta mukjizat. Tempat merka ialah di Madaen Salleh
800 km ke utara Madinah. Kemahiran kaum nabi Saleh ialah membina rumah dengan
menebuk bukit-bukit.
8000 SM Kaun Nabi Hud as, iaitu Kaum Aad dihancurkan oleh Allah SWT.
8000SM Kaum Nabi Lut as diterbalikkan di bandar Sodom iaitu di Laut Mati, Palestin
kerana kesalahan melakukan homoseksual.
7000SM Perkembangan tamaddun Sg Nil tua

TAMADDUN NIL/MESIR/FIRAUN
3100SM Wujud 2 Kerajaan di utara dan selatan Sg Nil, Raja Menes menjadikan
Memphis sebagai ibu kota. Raja-raja ini telah mewujudkan lebih 30 Dinasti yang
dibahagikan kepada Kerajaan tua, Pertengahan dan Baru. Pemerintah ujud dalam bentuk
Kerajaan.
3000SM Tamadun Sumeria dan Mesopotamia berkembang. Kota-kota yang utama
ialah Ur, Urech dan Kish. Pemerintah wujud dalam bentuk negara kota. Orang Sumeria
adalah kaum yang pertama menggunakan roda.
3000SM Tamddun Mohenjo Daro-Harappa berkembang di Sungai Indus -
Penduduknya lari apabila diserang oleh orang-orang Aryan
2700SM Pembinaan piramid dan Sphinx di Giza Mesir
2600SM Pembinaan Piramid Khufu di Mesir
1 2350SM Raja Sargon membina kota Akkad di Mesopatamia (Iraq)
2 2300SM Ascendancy of Ebla (Tell Mardikh) - Pembinaan kota Ebla di Mesopotamia
2270-2233SM Pemerintahan Raja Naram-Sin dari Sumeria
2200SM Kejatuhan Kerajaan tua Firaun di Mesir
2000SM Kemuncak tamadun Dilmun
1991-1792SM Dinasti ke 12 Kerajaan pertengahan Firaun
1800SM Berkembangnya tamadun Sg Hwang Ho - Bandar pertama di Negri Cina iaitu
Bandar Anyang

TAMADUN MESOPOTAMIA/BABILON
1728-1686SM Raja Hamurabi membina Babilon di Iraq. Hamurabi berasal dari
sekumpulan kaum nomad berbangsa Amorites. Beliau adalah raja ke enam dari dinasti
Amorites. Beliau terkenal dengan kod undang-undang Hamurabi yang menekankan hak
asasi manusia. Setelah Hamurabi meninggal Babylon telah diserang oleh Kerajaan
Assyria
1700SM Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dan kemudian mengetuai hijrah ke
Palestin dari kota Ur di Iraq
1780SM Nabi Ibrahim as menghantar Isterinya Sarah dan Nabi Ismail ke Mekah dari
Mesir. Bermulanya kewujudan telaga Zam-zam
1779SM Nabi Ishak dilahirkan.
1600SM Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail membina Kaabah dan menyeru manusia
mengunjunginya di atas Jabal Qubais Makkah
1600SM Peristiwa Nabi Ibrahim melontar iblis di Jamrah Mina serta penyembelihan
Nabi Ismail as di Mina.
1600SM Nabi Yaakob dilahirkan bapa kepada Bani Israel - Yahudi. Nabi Yaakob
digelar Israel (yang berjalan di waktu malam) kerana terpaksa melarikan diri dari rumah
di waktu malam kerana diancam bunuh oleh saudara nya.
1550SM Nabi Yusof dimasukkan ke perigi buta oleh abang-abangnya
1530SM Nabi Yusof dipenjarakan kerana enggan berzina dengan Isteri Menteri Mesir
yang bernama Zulaikha.
1520SM Nabi Yusof dibebaskan dan menjadi Menteri Kewangan Mesir
1520-1240SM Nabi Yusof dan adik beradiknya seramai 12 orang tinggal di Mesir
menjadi kaum Yahudi. Mereka menjadi hamba kepada Raja Mesir.
1570-1545SM Dinasti ke 18 Mesir tua yang diketuai oleh Raja Ahmose membangun
kota Thebes di Lembah Nil
1545-1525SM Raja Amenhotep dari Mesir memindahkan kota Akhetaton (Tell al-
Amarna)
1530SM Raja Hittites memecat Babylon. Berakhirnya Dinasti pertama Amorite
1502-1448SM Kerajaan Mesir menakluki Nubia Utara dan pantai utara Mediteranea di
bawah Raja Thutmose
1500SM Orang Aryan menakluki India
1400SM Peristiwa Nabi Yunus bin Matta ditelan ikan NUUN
1361-1352SM Pemerintahan Raja Tutankhamun Firaun Mesir
1300-1200SM Kemunculan Tamadun Sabak di Yaman
1280SM Perjanjian - Siria Utara milik Raja Hittite dan Siria Selatan (Palestin) milik
Mesir.
ERA YAHUDI
1260SM Lahirnya Nabi Musa as di Mesir dalam waktu pemerintahan Ramses II.
Wajah Ramses Ke II ini diabadikan pada patung penjaga Kuil Abu Simbel di Mesir
1240SM Nabi Musa as lari ke Madyan, Selatan Palestin kerana membunuh seorang
Kibti tanpa sengaja dan berjumpa dengan Nabi Shuib as
1236SM Nabi Musa menerima mukjizat di Gunung Tursina Sinai
Peristiwa Nabi Musa berjumpa Firaun meminta dibebaskan kaum Yahudi
Peristiwa Qarun ditenggelamkan di Wadi Fayyuum, Mesir
1234-1215SM Orang Yahudi dibawah pimpinan Nabi Musa dan Nabi Harun as
menyeberangi Laut Merah dari Mesir (Bandar Memphis) ke Semenanjung Sinai
Peristiwa turunnya Manna dan Salwa sebagai makanan orang yahudi diGurun Sinai.
Peristiwa orang Yahudi sesat di padang Tih , Semenanjung Sianai selama 40 tahun.
Nabi Musa Menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina bersama-sama ketua-ketua
kaum Yahudi yang meminta dia juga melihat Allah lalu disambar sura guntur dan mereka
mati kemudian dihidupkan kembali oleh Allah.
Peristiwa orang yahudi menyembah anak Lembu
Peristiwa nabi Musa mengembara bersama Nabi Hidir
Peristiwa Nabi Musa menghidupkan orang yang mati dengan memukul dengan
daging Lembu Betina (Al Baqarah)
1200SM Damaskus/Damshik ditakluki oleh Raja Aramaeans
1100-888SM Kemunculan Negeri-negeri Sidon
1020SM Perlantikan Raja Saul/Thalut sebagai Raja Yahudi yang pertama dan
penubuhan Kerajaan Yahudi yang pertama
Peristiwa Thalut membawa tentera Yahudi menyeberangi sungai dan melarang
merekan minum melainkan sedikit.
1000SM Kebangkitan Tamadun MAYA di Guatemala Amerika Selatan
1000SM Kelahiran Nabi Daud as. Daud as menantu Thalut mengambil kuasa dari
mertuanya sebagai hadiah kerana berjaya mengalahkan Jalut yang lebih besar darinya.
945SM Raja Shishak dari Libya mengalahkan Firaun Mesir
936-923SM Pemerintahan Nabi Sulaiman di Palestin dan Permaisuri Balkis di Yaman
936-923SM Peristiwa manusia menuntut ilmu sihir dengan Harut dan Marut di Babilon
900-842SM Kebangkitan Negara Damaskus/ Siria
884-859SM Kebangkitan Raja Ashur-nasir-pal dan permulaan kejayaan penaklukan
Assyria
875SM Israel menjadi vassal Damaskus
814SM Kerajaan Carthage dibina oleh bangsa Phoenicia
806-732SM Kejatuhan KerajaanAramaean damaskus
776SM Bermulanya sukan Olimpik di Greek untuk menghormati Dewa Zeus.
733SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Israel
732SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Kerajaan Aramaean dan
Damaskus
727-722SM Raja Shalmanese V dari Assiria menakluki Tyre
722-705SM Dinasti Sargon. Ascendency of Assyria
705-681SM Raja Sennacherib menghancurkan Babylon
671SM Raja Tirhaka dari Ethiopia dikalahkan raja Esarhadon dari Assyria
600-593SM Orang-orang Phoenicia di bawwah Firaun Nechocircum belayar ke Afrika
605-562SM Pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II, pembangunan semula Babylon dan
pembinaan Taman Tergantung
586SM Raja Nebuchadnezzar iaitu Raja Kaum Chaldea dari Babylon menghancurkan
Jerusalem Ibu negara Israel. Kali pertama orang yahudi dihalau dari Israel
572SM Nebuchadnezzar menakluki Tyre di Palestin
550-529SM Raja Cyrus membentuk Dinasti Achaenenid di Parsi/Iran
539SM Parsi di bawah Raja Belshazzar menghancurkan Babylon
539-332SM Phoenicia (Palestin) ditakluki Parsi
529-521SM Parsi menakluki Mesir
521-485SM Raja Darius I membina kota Persepolis di Parsi
500SM Kemunculan Faham pemerintahan Demokrasi Di Greek (Athens) di bawah
pemerintahan Pricles
509SM Pembentukan Kerajaan berbentuk Republik di Rom
490SM Raja darius kalah dalam Peperangan Marathon dengan Athen (Greece)
480SM Orang-orang Spartan mengalahkan Parsi diPeperangan Thermopylae
480SM Raja Xerxes dari Parsi dihalau oleh orang Greek di peperangan laut di Salamis
446SM Raja Artaxerxes membuat perjanjian damai dengan Greek
330SM Iskandar Zulkarnaen dari Greek membakar bandar Persepolis. Iskandar berasal
dari Makadunia . Bapanya Philip ke II. Selepas menakluki Greek beliau meluaskan kuasa
ke Turki, Parsi dan Lembah Indus.
323SM Iskandar Zulkarnaen menakluki Babilon dan mati disitu
312-280SM Raja Seleucus I mengasakan KerajaanbSyria
300SM Kota Petra di Siria menjadi Ibu Negara Kerajaan Nabatean
226SM Orang-orang Parthian dikalahkan oleh bangsa Sassanid
218SM Raja Hannibal dari bangsa Phoenicia menyeberangi Gunung Alps
202SM Raja hannibal dikalahkan oleh Rom
133SM Kemunculan Kerajaan Attilid yang luas di Asia
169SM Raja Antioch IV dari Syria mengalahkan Ptolemy IV di Mesir
85SM Raja Nabataean menakluki Coele-Syria dari Seleucids
69-83 Raja Tigranes dari Armenia mengalahkan Makadunia
64SM Rom menakluki Siria
60SM Lahirnya Nabi Zakaria as di Jerusalem
51-30SM Pemerintahan Cleopatra di Mesir
48SM Julius Caesar dari Rom mengalahkan kota Pompey
44SM Julius Caesar dibunuh oleh Sahabatnya
30SM Rom menakluki Mesir
37-4SM Pemerintahan Raja Herod yang Agung Raja Israel
7SM Peristiwa turunnya makanan dari sisi Allah kepada Maryam as
7SM Peristiwa Nabi Zakaria yang sudah tua mendapat tanda akan mendapat anak iaitu
Nabi Yahya as. Beliau tidak dapat bercakap selama 3 hari.
MASEHI/ERA ROM DAN PARSI
6SM lahirnya Nabi Isa as di Jerusalem
3SM Lahirnya Nabi Yahya as di Jerusalem
0-100M Bangsa Himyar berpindah ke Abyssinnia (Ethiopia)
27M Nabi Isa as diangkat ke langit
30M Nabi Yahya dipancung oleh Raja Herod dan nabi Zakaria digergaji kepala oleh
orang-orang Yahudi kerana menyeru mereka ke Jalan Sallah SWT
70M Raja Titus mengepong Jerusalem hingga penduduknya kebuluran , Kali kedua
orang Yahudi bertebaran dihalau dari Palestin
106M Rom memusnahkan Kota Petra ibu negara Nabatean Syria
100M Berlakunya kisah 7 penghuni gua
114-116M Rom berperang dengan Parthia
123M Bangsa Hadria menakluki Wilaya Eufrates
199M Raja Severus menakluki Mesopatamia
226M Asas penubuhan Parsi baru
268-273M Raja Palmyra menakluki Syria
300M Runtuhnya Empangan Maarib di Yaman - Akhir Tamadun Sabak
330M Kota Konstantinople menjadi ibu kota Rom Timur
354-430SM Pemerintahan Raja Augustine Rom
433-453M Attila menjadi Raja kaum Huns
409M Bangkitnya penghuni gua setelah tidur selama 309 tahun
500M Berlakunya kisah sekumpulan penganut agama Kristian dibakar hidup-hidup
oleh pembesar-pembesar Yaman/Najran - Ashabul Ukhduud
525M Abyssinia / Ethiopia/Habshah menakluki Yaman . Mungkin akibat perbuatan
mereka membakar orang-orang beriman.
568-572M Kehancuran Kerajaan Rom
570 M Tentera Abrahah Governor Yaman (di bawah pemerintahan Ethiopia)
menyerang Makkah
ERA RASULULLAH SAW
20.4.570M 12 R,awwal Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
575M Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
586M Nabi Muhammad SAW berkahwi dengan Sayyidatina Khadijah
6.8.610M 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - Iqrak
Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan
bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hirak
613M Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di
Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan
pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua
Ya ayyuhal muddatsir - nabi mula berdakwah secara sembunyi
614M Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi
mengalahkan ahlil kitab.
616M Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr
(15) ...Fasda' maatu' mar.....maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang
dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk
oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …
618M Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
620M Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun
dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan
dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan
oleh Allah SWT
621M Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di
Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
622M Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang
wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Peristiwa
ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.
10.9.622M Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai
oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun
ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah…
12.9.622M 1 R,awwal 1H Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan
Rasmi Era Kaum Muslimin
8 R' Awwal 1H Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang
pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
24.9.622M 12 R'Awwal 1H Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid
Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya
baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
623M 2H Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun
wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan
orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang
menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di
Masjid Qiblatain.
624M 2H Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi
menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai
kemenangan
625M 3H Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah . Kaum Muslimin
mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit
Rumah (Bukit Pemanah)
Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabnor Rom di Syam bertanyakan
ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik
hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
625M 3H Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut
300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
627M 5H Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi.
Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah
SWT.
627M 5H Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang
mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan
menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
628M Zulkaedah 6H Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian
damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin
supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
630M 8H Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian
Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
630M 8H Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
630M 8H Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
632M 25 Zulkaedah 10H Nabi melaksanakan Haji Wadak
6.632M 12 R'awwal 11 H Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan
dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi
KHALIFAH AL RAASYIDIN
632-634M Abu Bakar (2 Tahun) - dimakamkan di rumah nabi
632-634M Kerja-kerja menulis Al Quran di kuli-kulit binatang dan pelepah korma
dengan idea dari Umar.
634-644M Umar (10 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh seorang majusi di Madinah
ketika hendak menjadi imam sembahyang subuh. Beliau dimakamkan di rumah Nabi.
644-656M Osman (12 Tahun) berusia 82 Tahun. Beliau dibunuh /ditetak dari belakang
ketika sedang membaca Al Quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq. Pemilik-pemilik
tanah tidak puas hati kerana Osman membahagikan tanah melalui ketua-ketua kabilah
yang difikirkan layak. beliau dimakamkan di perkuburan baqi' di Madinah.
644-656M Kerja-kerja menulis mushaf Osmani. Beliau memusnahkan koleksi-koleksi
ayat yang telah dikumpul sebelum ini dan menerima pakai satu mushaf sahaja.
656-661M Ali (5 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh Puak Khawarij di Kufah.
Muawiyah, Aisyah, Talhah dan Zubir bin Al Awwam tidak puas hati kerana Ali lambat
mencari pembunuh Othman. Semasa pemerintahan Ali berlaku peperangan Jamal dan
Peperangan Siffin yang mengakibatkan beribu-ribu orang sahabat mati.
UMAYYAH
661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di
Damshik, Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik
yang bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk
mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang
masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz, dan
Hisyam bin Abdul Malik.
680M YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq
serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk dikuburkan di Baqi'
ABDUL MALIK BIN MARWAN - dianggap pengasa kedua Kerajaan Umaiyah
kerana kejayaannya membangu semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami krisi
dengan puak Khawarij dan Syiah.
UMAR BIN ABD AZIZ - Terkenal dengan Keadilan dan semangat keislamannya.
Beliau banyak mencontohi khalifa Umar bin Al Khattab
HISYAM BIN ABD MALIK - bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak
lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas beliau
untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah.
Ilmu pengetahuna telah berkembang dengan baik dizaman ini. Ianya meliputi bidang
bahaa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fikah, tafsir,dan tauhid. Ilmu bahasa dan
sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-dua kota tersebut telah
menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah lahirnya seorang ahli filologi Arab
bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa
Arab. pada masa ini Al Quran dibubuh baris bagi memudahkan pembacaan. Di antar
tokoh-tokoh sastera zaman ini ialah;
JARIR
FARAZDAQ
UMAR BIN RABI'AH
JAMIL
Pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa Arab.
Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK
membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital
Kusta
Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi ilmu agam berkembang dengan pesat. Pada
zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulamak hadis seperti;
URWAH BIN ALZUBIR
IBNU SYIHAB AL ZUHRI
Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang dengan lahirnya
kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal ialah
HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA'
756M Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya
supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula.
ANDALUSIA
756-1031M Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd
Rahman Al Dakhil di Cordova Spanyol (275 Tahun). Kerajaan Andalus ini dikalahkan
oleh Kristian di Toledo.
Di Andalus, Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih pesat,
dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama. Cordova telah
menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah Universiti dan
perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.Bangsa Eropah
belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova tetapi di Seville , Toledo dan
Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat terjemahan dan disinilah orang eropah
mengambil ilmu Yunani menerusi karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.
Andalus telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang antaranya
ialah;
IBNU BAJAH - Falsafah
IBNU RUSYD - Falsafah
AL FARABI - Falsafah
IBNU AFLAH - Astronomi
AZ ZARQIYALI - Astronomi
MAJRITI - Astronomi
IBNU BAYTAR - Botani
AL GHAFIQI - Botani]
AL ZAHRAWI - Perubatan
IBNU ZUHRI - Perubatan
IBNU SINA - Perubatan
AL RAZI - Perubatan
IBNU HAZM - Bahasa dan sastera
IBNU ZAINDUN - Bahasa dan Sastera
IBNU FIRNAS - Muzik
IBNU ZIRYAB - Muzik
Dalam bidang seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan
kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti Masjid
Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan khat ayat-ayat
suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi.
Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Di sini terdapat kilang
membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin andalus juga
maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan
menyuburkannya.

ABBASIYAH
750-1258M 132H Di sebelah Asia - timbul gerakan pemberontakan oleh Abu Muslim
Al Khurasani dengan bantuan puak Syiah lalu menghasilkan Revolusi yang dipanggil
Revolusi Abasiyyah. Membentuk Kerajaan Abassiyah . dan Khalifah yang pertama ialah
Abul Abbas As Saffah (508 Tahun).37 orang Khalifah Kerajaan Abbasiyah menjadikan
Kufah dan baghdad sebagai ibu kita. Kerajaan ini tewas di tangan Hulagu Khan- cucu
Jenghis Khan.
Kota Baghdad telah memainkan peranan yang penting kepad tamadun Ilmu sama
seperti peranan Cordova di Andalusia. Terutamanya di zaman Khalifah Harun Al Rashid
dan anaknya Al Makmun. Inilah Zaman Keemasan Abbasiyah. Kegiatan ilmiayah
berlaku dengan pesat terutamanya penulisan kitabn, terjemahan dan hubungan diplomatik
serta perdagangan. i.e Eropah, India dan Cina.
Hasil kegiatan ilmiah itu mewujudkan tokoh ulamak, ilmuan dan falsafah, matematik,
perubatan, seni dan muzik.. Di antaranya;
OMAR KHAYYAM - Astrologi dan takwim Islam. Buku-bukunya telah diterjemah
ke bahsa Latin
AL KHWARIZMI - Matematik, algebra dan hisab. Bukunya AL JABR WAL
MUQABBALAH telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan diajar di Eropah. Di antara
tokoh barat yang terpengaruh dengan beliau ialah FIBONACCI dan MASTER JACOB.
AL RAZI - Tokoh perubatan - bukunya AL HAWI dan AL ASRAR telah
diterjemahkan ke Bahasa latin. Al Asrar telah dijadikan bukurujukan di bidang kimia di
barat.
IBNU SINA - Tokoh perubatan - bukunya AL QANUN FIT TIB telah menjadi sangat
berpengaruh di barat.
AL KINDI - bidang Optik, Muzik dan falsafah. Teori beliau dalam bidang optik telah
mempengaruhi seorang pakar mat di barat bernama Roger bacon.
AL FARABI - Falsafah.
Tokoh-tokoh ilmuan ini telah berjaya mengharmonikan falsafah Yunani/Greek tua
drengan falsafah Islam.
Secara amnya pengaruh kedua-dua bandar ilmu Cordova dan Baghdad telah
membuka mata Barat daln melahirkan kemudiannya apa yang di panggil Zaman
RENAISANCE
ASIA TENGGARA
840M Kerajaan Islam PERLAK, Kerajaan Islam yang I di Asia Tenggara. Rajanya
yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah
1042-1450M Kerajaan Islam Samudera Pasai. Rajanya yang pertama - Meurah Giri
atau Maharaja Mahmud Syah.
1048M Terdapat sebuah batu Nisan menyatakan Islam telah sampai di Brumei. Brunei
muncul sebagai Kerajaan Islam selepas kejatuhan Acheh.
1164M 557H Peristiwa orang-orang Kristian mencuba menggali terowong bawah tanah
untuk mencuri jasad Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Perbuatan ini dilakukan dengan
mengupah dua orang lelaki Spanyol untuk menggali terowong menghala ke arah makam
nabi. Raja pada Ketika itu ialah Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy yang telah bermimpi
bertemu Rasulullah SAW. baginda meminta tolong supaya diselamatkan. Sultan telah
berangkat dengan segera dari Syria ke madinah bersama 1000 ekor unta selama 16 hari.
Akhirnya dua orang nasrani tersebut berjaya ditangkap dan dihukum bunuh. Baginda
kemudiannya menggali keliling makam Rasulullah dan menuangkan timah cair
disekelilingnya.
1166M Seorang ulamak bernama Abdullah Arif telah datang ke Pasai membawa kitab
Bahru Lahut atau Alam Ketuhanan I.e Kitab Tasawuf. Ini semasa raja ke 4, Raja ke 5
bernama Merah Silu atau nama Islamnya Malikul Salih. Beliau telah diislamkan oleh
Syarif Makkah.
SALAHUDDIN AL AYYUBI DAN PEPERANGAN SALIB
1145M 541 - 569H Dalam keadaan yang kritikal itu Allah membangkitkan Raja wilayah
Mesir yang bernama Imaduddin Atabek Zinkiy (541H) . Beliau berjaya mengalahkan
kaum salib di banyak medan jihad dan berjaya mengambil kembali kota Ruha dari tangan
Kristian. Bila beliau meninggal ia diganti oleh anak beliau Nuruddin Mahmud Zinkiy
(569H). Beliau berusaha untuk membebaskan Jurusalem dari tangan Kristian tetapi
belum sempat, beliau telah meninggal. Tempat beliau diganti oleh Raja Mesir yang
bernama SALAHUDDIN YUSUF BIN AYYUB atau Salahuddin Al Ayyubi. Pada masa
beliaulah Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Kristian dan islam berjaya gilang
gemilang dalam peperangan salib. Nampaknya beliau telah dipersiapkan oleh Allah SWT
dengan sifat-sifat untuk menerima tugas besar iaitu jihad. Beliau seorang yang tegas,
bertekad kuat, ikhlas, tidak bertangguh, kuat berjuang, berani mati membela kebenaran,
bersemangat tinggi melawan kekufuran, mampu memipin secara berkesan, mampu
berorganisasi, soleh, tekun beragama, berjiwa besar, berperikemanusiaan yang tinggi
serta berbudi pekerti luhur.
1187-2.9.1192M 583-588H Peristiwa Perang Salib. Berlaku selama 5 tahun. Pada
hujung abad ke 6 hijrah Kerajaan Islam telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan
berpecah-pecah. Kaum Kristian di barat mula merasa ini peluang yang baik untuk
merampas kembali Baitul Maqdis dari kaum muslimin. Seluruh Eropah menyerbu kaum
muslimin apabila Paus mengeluarkan seruan untuk melancarkan perang salib secara
besar-besaran. Semua raja-raja eropah telah turun padang. Di antarnya Kaisar Frederick,
Raja-raja Inggeris, Perancis, Sicily, Leopold raja Austria, Duck von Burgand, Count von
Flander. Namun perang salib ini telah menghumbankan raja-raja ini ke kancah kekalahan
di tangan kaum muslimin. Frederick telah mati dalam pertempuran. Pahlawan-pahlawan
merekanramai yang mati dan dikuburkan di Elia. Sebenarnya peperangan salib ini
membahayakan kedudukan Kota Makah dan Madinah.
Di bawah pemerintahan Salahuddin Islam dapat disatukan semula dari lembah Nil
hingga ke Lembah Furat. Di bawah pasukan Salahuddin berhimpun kaum muslimin dari
pelbagai kaum iaitu suatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan teknologi
peperangan yang ada pada ketika itu Salahudin mula menyeru jihad pada tahun
1187M.berjaya menghalau kaum salib dan merampas kembali Jerusalaem dan Palestin di
Medan Pertempuran HATHIN pada tahunpada bulan Julai 1187/ 583H. Dengan
kekalahan ini Eropah mengerah bala tentera yang amat besar di bawah pimpinan Raja
Inngeris yang terkenal dengan panggilan RICHARD THE LION HEART dan menyerang
Palestin namun dikalahkan oleh Salahudin dan kaum salib menandatangani perjanjian
damai pada tahun 588H bersamaan 2.9.1192 di RAMALLAH. Richard kembali ke
England dengan malu. Setahun kemudian Salahuddin meninggal (1193). Sebelum
kemenangan di Hithin kaum muslimin tidak mempunyai sejengkal tanahpun dibarat Sg
Jordan.
Dalam peperangan salib ini ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin
tidak membantah diajak berjihad, walaupun sebelum ini mereka telah terlalu letih kerana
berperang terlalu lama. Orang-orang Arab, Turkemen dan Mesir berduyun-duyun
menyerahkan diri apabila diajak berjihad oleh Salahuddin. Salahuddin ternyata dapat
menyatukan umat dengan aneh sekali, sehingga tidak ada satu daerah pun yang
memberontak dalam pemerintahannya. Setelah kekalahan pada tahun 1192 itu raja-raja
Kristian di Konstantinopel, Armenia dll tidak berani mencabar kaum muslimin dan
masing-masing menghormati salahuddin. Di bawah pemerintahannya semua anak-anak,
dan rakyatnya terdidik dengan perjuangan . Salahuddin mempunyai Dewan Penasihat
Khusus dalam urusan peperangan.
1253M Sultan Abdul Hamid mengecat kubah makam Rasulullah SAW dengan warna
hijau dan kekal sehingga sekarang.
1258M Hulagu Khan Menghancurkan Baghdad dan menamatkan Empayar Abasiyah
yang memerintah selama 508 tahun.Umat Islam diperintah oleh kaum yang tidak
beragama dan bodoh buat beberapa waktu.
1261-1517M Dari cabang keluarga Abasiyah wujud Kerajaan MAMLUK yang
memerintah Mesir selama ( 256 ) tahun. Pada mulanya ia hanya seorang gabenor
Abassiyah tetapi telah bertukar menjadi Raja. Pernah menyerang Baghdad tetapai gagal.
Sultannya yang terakhir ialah Mutawakkil III yang dikalahkan oleh Turki Uthmaniyyah
dan dibawa ke Istanbul.
UTHMANIYYAH
1281-1924M Kerajaan Turki Uthmaniyah (643 Tahun). Merupakan empayar Islam
yang terbesar.. Diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. 37 orang khalifah
1453M 853H Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al Faateh) menakluki
Konstantinopel, Ibu negara Rom Timur atau Byzantium. Usaha menjatuhkan
konstantinopel tidak berjaya dilakukan selam 800 tahun sehingga munculnya raja ini
yang baru berusia 24 tahun. Kejayaan turki menakluki konstantinopel terletak kepada
ketinggian dan ketekunan mereka menguasai industri perang, kepemimpinan dan
organisasi ketenteraan serta keunggulan bidang persenjataan. Sultan muhammad ini
mengikut Drupper adalah seorang yang mahir dalam bidang Matematik dan berjaya
mnerapkannya dalam peperangan. Beliau mengumpulkan segala jenis teknologi senjata
yang ada pada ketika itu.
Dalam tindakannya menakluki itu Muhammad II sama sekali tidak memikirkan
kemungkinandiadakann perjanjian damai atau gencatan senjata. Tindakannya itu berjaya
bukan sahaja disebabkan lemahnya negara Byzantium ketika itu tetapi juga disebabkan
perancangan beliau yang teliti dan kena pada masanya.Pada ketika itu teknologi membuat
meriam baru saja ditemui. beliau telah mengarahkan dibuat meriam raksaksa dengan
mengupah seorang jurutera bangsa Hungary dan berjaya membuat meriam yang boleh
menembak peluru seberat 300 kg dan jarak tembakan satu batu. Untuk mengangkat dan
memindah-minsahkan meriam itu memerlukan kekuata 700 orang. untuk memasangnya
pula memerlukan masa selama dua jam. ketika melancarkan serangan seramai 300,00
orang askar telah dikerahkan dan tentera lautnya dilengkapi 120 buah kapal perang.
Beliau sendiri melepaska 70 buah kapal ke laut dari jurusan Qasim Pasha dengan
meluncurkan kapal-kapal tersebut di atas papan luncur yang dilumuri lelemak.
ASIA TENGGARA
Batu bersurat di Terengganu. Muncul teori yang menyatakan Islam datang dari
sebelah timur Semenanjung, mungkin China.
1300M Muncul Kerajaan Islam Sulu dan Mindanao di Filipina. Seorang Shaikh dari
Yaman telah berkahwin dengan puteri Raja Sulu. Setelah itu tiba pula Makhdum Karim
atau Tuan Syarif Awliya pada pertengahan kurun ke 14M. Pada pertengah kurun ke 15M
terdirilah Kerajaan Islam Sulu. Sultannya yang pertama ialah Sultan Shariff Al Hashim.
Beliau adalah keturunan Saidina Ali menerusi cucunya Ali Zainal Abidin yang datang
dari Makkah melalui Johor.
1409-1511M Kerajaan Islam Melaka. Menjadi Kerajaan Islam yang paling
berpengaruh di asia Tenggara. Melaka ditakluki Portugis Kristian pada 1511M.
Laksamana Muhammad Cheng Ho dari Cina melawat Melaka.
1450M Tekno;ogi percetkan ditemui di Eropah (German) dan merupakn titik tolak
kepesatan ilmu di Eropah.
1469-1527M Seorang tokoh politik dari Florence, Itali bernama MACHIAVELLI
mengemukakan prinsip pengurusan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang
sangat bertentangan dengan Islam.beliau mencangakan pahaman pemisahan anatar
POLITIK dengan AGAMA. Agama mengikutnya adalah urusan individu dan tidak boleh
dicampu adukkan dengan urusan kenegaraan. baginya negara adalah urusan yang
terpenting dan mengatsi segala-galanya. Adanya orang-orang yang saleh dan beragama
tidak ada gunanya kepada negara. Menurut beliau para pemimpin negara harus bersikap
seperti kancil, tidak usah merasa malu memungkiri janji, berdusta, berkhianat, mengabui,
menipu dan bersikap munafik asalkan sahaja semuanya untuk kepentingan negara.D230
INDIA/MOGHUL
1546M 933H Di India muncul sezaman dengan Kerajaan Uthmaniah, dua kerajaan yang
kuat iaitu;
Kerajaan Moghul Islam yang diasaskan oleh Baber At Timury (Timur Ling/
Tamerlane). Beliau berkuasa sezaman dngen Sultan Salem I di Othmaniyah. Di antara
keturunan rajanya yang terkenal ialah Aurang Zeb yang merupakan raja terakhir dari
keturunan Timur Ling. Beliau juga paling kuat , paling banyak membuat penaklukan
paling kuat rasa keagamaannya dan paling memahami Al Quran dan Hadis nabi SAW.
Beliau hidup mencapai umur 90 tahun dan memerintah selama 50 tahun. Meninggal pada
tahun 1118H. Raja-raja Moghul tidak mempunyai hubungan dengan eropah dan tidak
mempunyai cita-cita untuk bangkit labih jauh.Mereka memandang rendah kepada orang-
orang eropah yang datng sebagai duta dan sebagainya.
Negara-negara yang lain ialah Kerajaan Shafawi di Afghanistan. Kerajaan ini terlalu
sibuk dengan isu-isu Syiah sehingga melemahkan mereka.. Kedua-dua keraaan ini
masing-masing menyempitkan diri dalam daerah masing-masing dan tidak mengambil
pusing hal ehwal dinegara-negara Islam dan bukan Islam. Mereka sama sekali tidak
membentuk blok Islam. Mereka juga tidak pernah memikirkan untuk mengembangkan
teknologi ketenteraan apatah lagi mengembangkannya.
1606-1636M Raja Iskandar Muda Mahkota Alam menjadi raja Kerajaan Acheh.
Kejatuhan Melaka di tangan portugis telah meningkatkan Kerajaan Acheh. Acheh pernah
menguasai Pahang, Kedah dan perak. Kegemilangan Acheh ialah dalam bidang Ilmu.
Pada masa itu bangkit alim ulamak seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin Arraniri. Raja
pada ketika itu ialah Iskandar Thani i.e pada Kurun ke 17 M.
1600M - 1900M Dari Sulu islam berkembang ke Mindanao dibawa oleh Syarif
Muhammad bin Ali Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan gelaran Kabungsuan.
Beliaulah yang mendirikan Kerajaan islam Mindanao. Pada kurun ke 16.. Sultan Kudrat
adalah sultan yang pertama bergelar Sultan di Mindanao. Kerajaan islam Mindanao telah
berjaya menyatupadukan penduduk Islam di Mindanao untuk menentang Spanyol
Spanyol. Sultannya yang terakhir bernama Sultan Mangingin dipaksa oleh Spanyol
berpindah ke Sibugay.
1600M Dalam masa yang sama muncul Kerajaan Islam Pattani. Islam tiba di Pattani
kira-kira Kurun ke 14 iaitu sewaktu dengan kedatangan Islam di Melaka. menurut sumber
tempatan ,orang pertama memeluk Islam di Pattani ialah Chaw Sri bangsa, anak raja
Siam. Beliau kemudiannya bergelar Sultan Ahmad Syah.. Walaubagaimanapun hikayat
yang termasyhor, orang pertama masuk Islam ialah Phaya Tu Nakpa. yang
mengislamkannya ialah Syeikh Said Al Bursosi dari Pasai, beliau berasal dari Yaman .
Menurut ceritanya, Raja Siam yang masih Budha itu mengalami sakit gatal kurap yang
tidak kunjung sembuh. Seorang memberitahu agar merujuk sakitnya kepada seoran
pendatang iaitu Sheikh Said. Sheikh said berjaya mengubati nya dengan berkat jampi
serapah dan doa. Dan sakit kurap beliau pun sembuh. Sang raja bertanya apa hadiah yang
dipinta oleh Sheikh, jawbnya minta baginda memeluk Islam. bagindapun memeluk Islam.
Beliau kemudiannya memerintah dengan nama Sultan Ismail Shah atau Sultan
Muhammad Shah. Keturunannya yang terakhir ialah Raja Abd Kadir Shah. beliau
dibuang negeri ke Kelantan bersama istananya sekali, dan meninggal di Kelantan.
Beliau adalah datuk kepada Tengku Ahmad Rithauddeen, UMNO Kelantan dan
Baginda Tungku Budriah Raja Perempuan perlis yang ada sekarang.
1600M Dalam masa yang sama di Pulau Jawa muncul Kerajaan Islam Demak dengan
pimpinan Wali Songo, Pajang dan Mataram. Di Borneo muncul Kerajaan IslamBanjar
dan di Indo China muncul Kerajaan Islam Champa. Kerajaan-kerajaan Islam ini
mempunyai hubungan dengan Kerajaan islamTurki Uthmaniyah dan Kerajaan Moghul di
India. Semua perkembangan Islam di Timur Tengan memberi kesan kepada Kerajaan
islam di Asia Tenggara.
1400-1960M Islam telah mengubah sistem hidup orang Melayu Asia Tenggara dari
kehinduan kepada kemuliyaan islam. Di antar yang terpenting ialah sistem pemerintahan
beraja yang menetapkan raja sebagai wakil Allah di Bumi yang menegakkan keadilan.
Hukum-hukum Islam dilaksanak sepertu jenayah curi, zina, nikah kawin, jual beli dan
pembahagian harta pusaka. Melak telah menjadi pusat penyebaran Islam semasa sultan
Muzaffar Shah dan Acheh bergelar serambi Makkah. Islam telah melahirkan semangat
menentang penjajahan kafir dalam erti jihad. dari sisnilah timbulnya semangat
Kebangsaan Melayu menetang penjajah Inggeris, Portugis dan belanda. Di antara tokoh-
tokoh agama yang menyumbang kepada semangat kemerdekaan asia tenggara dari
penjajah ialah Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas bin Mohd
Tahadi Tanah Melayu, Hj Abdullah Ahmad dan Hj Abdul malik karim Amrullah
(HAMKA), Hj Omar Said Cokroaminaoto dan hj Agus Salim di Indonesia.
1400-1960M Islam telah mendemokrasikan pendidikan umat Melayu. Pendidikan
menjadi hak rakyat dan bukan hak golongan bangsawan sahaja. Istana menjadi Institusi
pendidikan yang penting. Di Istana Melak ada banyak kitab bercorak agama dan sastera
seperti Kitab Durrul manzum, Hikayat muhammad Alhanafiyah dan Hikayat Amir
Hamzah Kebanyakan kitab ini telah musnah akibat banjir, kebakaran dan peperangan.
1400-1960M Sistem pendidikan di Acheh lebih berkembang maju dengan
pemeringkatan kepada rendah, menegah dan tinggi. Ramai raja mencapai tahap ulamak
seperti sultan iskandar Shah, Muhamad Shah dan Mansur Shah di Melaka dan Sultan
Alaudin Malik Muhamad Amin ShahJohan berdaulat dari Perlak. Tokoh-tokoh ulamak
yang menerima pendidikan sistem Acheh ialah hamzah Fansuri dan Abdul rauf Singkel.
1400-1960M Setelah zaman Acheh sisitempendidikan Islan tersebar pula di Tanah
melayu dan Pattani yang terkenal dengan kaedah pondok. Pendidkan telah mengubah
tamadun tulisan khat dengan hebat walaupun sebelum itu telah ada sistem tulisan hindu
Palava dan Dewanagari. Kreativiti ulamak telah berjaya mengubah tulisan arab sehingga
menjadi tulisan dan perhubungan melayu atau jawi. gaya bahasa juga disesuaikan dengan
Bahasa Arab.
1400-1960M Beribu-ribu buah kitab telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh ulamak dan
cendekiawan Melayu seperti hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin Alraniri,
Muhammad Arsyad Al Banjari, Raja Ali haji dan Sheik Daud Alfatani.
1700M Raja Brunei menyerahkan Sarawak kepada Raja Brook. Peristiwa yang sangat
memalukan umat Islam.
1774M Kerajaan Uthmaniyah dikalahkan oleh tentera barat dengan kekalahan yang
teruk akibat kemerosotan teknologi peperangan oleh Kerajaan Uthmaniyah. Sultannya
mulai sedar akan kesilapan mereka
1800M Sultan Salim III - Sultan ini mulai membuat perubahan dengan menggalakkan
teknologi tetapi rakyat sudah beku pemikirannya dan tidak dapat menyahut seruan ke
arah ilmu dan tekonologi. Akhirnya kelompok lama yang tidak suka kemajuan berjaya
memberontak dan membunuh beliau.
1807-1839M Sultan Mahmud II - Pengganti Sultan Salim III
1839-1851M Sultan Abd Majid I - Pengganti Sultan Mahmud II
1851M Sultan Sulaiman III - Semasa pemerintahan beliau Turki mencapai beberapa
kejayaan namun masih belum berjaya menandingi teknologi barat.
1819M Kerajaan Johor menjual Singapura kepada Rafles. Kerugian besar kepada umat
Islam.
1818-1883M Karl Max seorang ahli falsafah German bangsa Yahudi mengahasilkan
buku Das Kapital dan The Comunist Manifesto bersama rakannya Friedrich Engels .
Marx menganggap segala-gala yang mempengaruhi manusia adalah ekonomi dan
pertentangan kelas atau kasta masyarakat.Segala-gala peristiwa yang berlaku adalah
akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Beliau menafikan peranan nilai estetika,
rohani dan keagamaan. Beliau mengasaskan faham komunis yang sangat anti agama.
1859M Darwin mengemukakan teori Evolusi melalui bukunya The Origin of Species
yang menyatakan Manusia berasal dari monyet. Bermula dari situ Barat menanggapi
manusia sama seperti haiwan.
1914-1918M Perang Dunia I - mengakibatkan 21 juta orang terbunuh. Kos peperangan
ialah 37 bilio pound sterling.
ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH
1924M Kehancuran Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyah di Turki
akibat kejahatan raja-rajanya dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan dan ditambah
dengan perancangan halus Yahudi dan barat untuk melemahkan Islam.
Kemunculan Mustafa Kamal Attatur sebagai perosak nilai Islam dan bapak
sekularisma di Turki.
1926M Omar Mukhtar, seorang mujahid menentang penjajahan Itali di Libya dihukum
gantung sampai mati oleh Itali.
1930M Kemunculan Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Pemimpin-pemimpinnya
dibunuh seperti Hasan Al Banna, Syed Qutb dll. Namun gerakan tetap kekal hingga ke
hari ini.
1930an Syed Qutb dibicarakan oleh mahkamah Mesir dan dijatuhkan hukuman
gantung sampai mati oleh hakim atas arahan Presiden jamal Abd Naser. Naser
menggantung Syed Qutb sekembalinya dari lawatan ke MOSCOW
1939-1942M Perang Dunia Ke II - mengorbankan 35, 513,877 nyawa. Kos ialah 1 juta
poun sterling sejam.
1947M Penubuhan Negara haram Israel
1947M Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditubuhkan sebagai parti serpihan yang tidak
puas hati dengan UMNO dari segi perjuangan Islam.
1957M Malaysia merdeka dan mengamalkam dasar sekularisma. Islam terpinggir dari
mainstream kehidupan umat.
Peristiwa Pembunuhan kaum muslimin dari jamaah Ikhwan Muslimin di Hamas Siria
oleh Regim Baath Syria pimpinan Hafez Al Asad
Peristiwa Israel memusnahkan logi nuklear Iraq kerana dikhuatiri menghasilkan
senjata nuklear.
1972M Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan di Malaysia sebagai salah
satu usaha untuk mendaulatkan Islam seutuhnya di Malaysia.
1975M Revolusi Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Ruhullah Khomeini
Iraq dengan sokongan Amerika menyerang Iran, tetapi dipatahkan oleh jihad rakyat
Iran.
Amerika menyerang Iraq kerana menyerang Kuwait.
Pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat oleh anggota tentera ahli ikhwan
Muslimin.
SAID HAWWA Seorang pimpinan Ikhwan Muslimin di Syria mati dalam penjara
Syria setelah dihukum penjara oleh presiden Hafiz Al ASSAD.
1980M Kejayaan Sudan melaksanakan undang-undang Syariah
1981M Russia menyerang Afghanistan
Pemusnahan Masjid Babri di India oleh kaum Hindu India yang mendakwa tapak
masjid itu adalah tapak kuil yang telah dimusnahkan oleh raja Islam satu ketika dulu.
Peristiwa pembunuhan rakyat Palestin oleh Regim Israel di perkemahan Shabra dan
Shatila
Meninggalnya tokoh gerakan Islam Indonesia - Pak Natsir.
1990M Russia dikalahkan oleh Mujaahidin Afghanistan
Presiden Najmuddin Erbakan disingkirkan oleh Junta Tentera Turki kerana disedari
ingin membawa turki ke arah keagamaan.
MNLF berdamai dengan Filipina. Nur Miswari dilantik sebagai Gabenur dan Jihad di
Filipina diambil aleh oleh MILF.
1995M Afghanistan diperintah oleh Taleban dan menyingkirkan kumpulan Mujaahidin
yang tidak bersatu dan terlalu banyak bertelagah
1996M Gerakan Sufi Darul Arqam di patahkan oleh golongan sekular.
1997M Kaum muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih beramai-ramai oleh kaum
Serbia akibat generasi muda yang sudah hilang identiti Islamnya.
1998M Dunia merayakan 1000 tahun kejatuhan Kerajaan Andalusia dengan
menganjurkan Sukan Olimpik di Barcelona, Spanyol. Dalam upacara pembukaan sukan
tersebut ditunjukkan bagaimana mereka menghalau tentera Islam dari Andalus.
1998M 1399H Anwar Ibrahim, pemimpin Islam masa depan difitnah oleh musuh politik
dan dipenjarakan.
1999M 1400H Parti PDIP pimpinan Megawati Sukarnoputri, sebuah parti yang
didokong oleh golongan nonmuslim di Indonesi berjaya meraih undi terbanyak
berbanding parti-parti Islam yang terlalu banyak dan berpecah belah mengakibatkan
kaum muslimin terpaksa berkongsi kuasa dengan minoriti nonmuslim.
1999M 1400H Meninggalnya ulamak besar Abul Hasan Ali An Nadawi
1999M 1400M MILF berunding untuk berdamai dengan Filipina.
1999M 1400M Gerakan Acheh Merdeka (GAM) diaktifkan kembali
1999M 1400M Russia menyerang Chechnya dan jihad Chechnya diisytiharkan oleh
Umat Islam.
2000M 1400M Osamah bin Laden cuba berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar dengan
kekayaan yang dimilikinya seorang diri.
2000M 1400M Timur Timor mendapat kemerdekaan dari Indonesia hasil tekanan barat
terhadap ekonomi Indonesia.
2000M 1400M Beribu-ribu umat Islam di Maluku Indonesia disembelih oleh penduduk
Kristian dengan bantuan negara-negara Kristian.
2001M 1401M Bukti saintifik menemui bahtera Nabi Nuh a.s di Turki.

You might also like