You are on page 1of 6

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN

GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK

Wan Azizi Bin Wan Razali1)


Supli Effendi Rahim 2)
1)
Pelajar Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
E_mail: ziey_jiey87@yahoo.com
2)
Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
E_mail: supli_effendi@fptv.upsi.edu.my

ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepatuhan peraturan
keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dalam kalangan pelajar dan guru.
Kajian ini cuba meneroka dimensi iaitu pengurusan guru terhadap bengkel dan
amalan keselamatan yang dipatuhi oleh pelajar. Kajian yang berbentuk deskriptif
telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah di daerah Bachok. Sampel kajian
ini adalah terdiri daripada 90 orang pelajar tingkatan dua iaitu daripada elektif
Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Soal selidik telah
diedarkan dan data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS serta secara
manual. Setiap dimensi telah diukur dengan kaedah peratusan bagi menentukan tahap
kepatuhan pelajar terhadap peraturan keselamatan di bengkel. Secara keseluruhannya
tahap kepatuhan pelajar adalah tinggi. Bagaimanapun masih terdapat sebilangan
pelajar yang berpendapat belum patuh kepada peraturan keselamatan. Dalam
memperbaiki aspek kepatuhan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penyelidik
sebagai panduan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil
dapatan ini adalah diharapkan dapat menjadi rujukan bagi semua pihak.
Kata kunci : amalan, pengurusan, keselamatan bengkel.

ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the level of obedience to the safety rule of
Integrated Life Skills workshop among the students and teachers. This research
attempted to explore the dimension of discipline, management of teachers to the
workshops and safety practices are adhered by students. the descriptive study was
done in three secondary school in Bachok District . the sample of this study were 90
Form Two students who taken the elective subject of Technical Skills, Domestic
Science and Agriculture. The questionnares were distributed and the data were
analyzed using SPSS program and also manually. Every dimension were calculated
by percentage method in order to determine the obedience level to the safety rule in
the workshop. As an overall the level of the student obedience was very high.
However there were still some students who admitted that they were not yet fully
obeyed the safety rule. In improving the obedience aspects, some suggestions were
provided as guidance to the related parties to overcome the problems. Hopefully the
results will be useful as a reference for all related parties.
Key words : practice,management, workshops safety.
PENDAHULUAN

Kesedaran tentang amalan keselamatan di bengkel perlu ditekankan kepada


pelajar, kerana Menurut Siti Atiqah (2008), Kesedaran tentang amalan keselamatan di
bengkel perlu ditekankan kepada pelajar, kerana pepatah Melayu ada menyebut
‘malang tidak berbau’ ini memang benar kerana tiada siapa menduga apa yang akan
berlaku di masa hadapan. Maka pelajar-pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk
mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel. Menurut Siti Atiqah (2008),
Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam
melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel ianya hendaklah dititik
beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila
masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel.
Menurut Siti Atiqah (2008), Keselamatan di bengkel sekolah amat penting
bagi mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu dan mengurangkan
keberkesanannya dan ini menuntut kerjasama dari pihak guru dan juga pelajar.
Kebiasaannya, guru akan memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja
amali dan langkah kerjanya sebelum sesuatu amali dijalankan. Menurut Siti Atiqah
(2008), Keselamatan perlu diutamakan oleh guru kerana sebarang kemalangan yang
berlaku di dalam kawasan sekolah adalah di bawah tanggungjawab pihak guru yang
terlibat ketika kemalangan berlaku. Bukan itu sahaja, keselamatan bengkel dan alatan
juga perlu dititikberatkan agar tidak dipersalahkan di kemudian hari. Menurut Siti
Atiqah (2008), Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah
fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan
perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini.
Menurut Siti Atiqah (2008), Semasa melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek
keselamatan yang perlu diawasi adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan
sekerja. Menurut Siti Atiqah (2008), Peraturan keselamatan dan undang-undang
keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari, dan dipatuhi kerana menjaga
keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan
keselamatan di dalam bengkel, sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau
pancaindera mahupun kerosakan terhadap alat dan mesin akan dapat dihindari
Menurut Khairul Azhar (2008), Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan
bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia
memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Menurut Khairul Azhar
(2008), Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu
ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa.
Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana
melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara
seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh
berlaku. Menurut Khairul Azhar (2008), Kemalangan dapat dielakkan atau
dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran
mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap
rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta
benda.
Menurut Wan Siti Azizah (2008), peraturan mengenai aspek keselamatan
bengkel perlu diterangkan dengan jelas kepada pelajar-pelajar sehingga mereka betul-
betul faham mengenai peraturan tersebut. Peraturan-peraturan ini juga perlu
dipamerkan pada setiap papan kenyataan di setiap bengkel dan perlu diingatkan
kepada pelajar dari semasa ke semasa. Menurut Wan Siti Azizah (2008), sewaktu
kelas amali dijalankan, guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti pelajar-
pelajar dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ketahap munasabah di
samping membantu kerja-kerja amali pelajar. Menurut Wan Siti Azizah (2008),
pelajar-pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan
langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu.
Menurut Crow dan Crow (1980), guru sepatutnya boleh mengarah,
membimbing dan menggerakkan pelajar untuk membina sikap yang diingini. Semasa
melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu diawasi
adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja. Peraturan keselamatan
dan undang-undang keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari, dan dipatuhi
kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar.
Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan
tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan
bahaya yang selanjutnya dan mengurangkan kemalangan (Kamus Dewan,1996).
Hassan (1997), sebahagian besar daripada kepatuhan langkah-langkah keselamatan
adalah menjadi tanggungjawab semua, penerimaan terhadap tugas dan kesedaran
terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu

Objektif Kajian
1. Mengenal pasti sejauh manakah guru mematuhi amalan pengurusan bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu .
2. Mengenal pasti sejauh manakah pelajar-pelajar mematuhi amalan keselamatan
di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

Hipotesis
1. guru-guru mematuhi amalan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu .
2. pelajar-pelajar mematuhi amalan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu.

Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan meninjau amalan keselamatan bengkel dalam
kalangan pelajar dan guru kemahiran hidup sekolah menengah di daerah bachok.
Dalam kajian ini, tinjauan dibuat dari segi kepatuhan guru dalam amalan pengurusan
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dan kepatuhan pelajar dalam amalan amalan
keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

Batasan Kajian
Dalam kajian ini, kajian ini hanya tertumpu kepada, kepatuhan guru dalam amalan
pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dan kepatuhan pelajar dalam
amalan amalan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. Kajian ini hanya terbatas
kepada pelajar-pelajar Kemahiran Hidup bersepadu tingkatan dua di tiga buah sekolah
menengah di daerah Bachok, Kelantan sahaja di mana mereka lebih kerap
menggunakan bengkel.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan terhadap 168 orang pelajar-
pelajar yang mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup di tiga buah sekolah
menengah kebangsaan di daerah Bachok, kelantan. Kaedah soal selidik akan
dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sejauh mana pengetahuan
amalan keselamatan bengkel dan kepatuhan terhadap keselamatan tersebut yag dilihat
dari segi pengurusan bengkel dan keselamatan bengkel. Soal selidik ini dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat
peribadi responden. Bahagian B pula terdiri dari 30 soalan yang berbentuk skala likert
5 mata yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian.
Selain itu, Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan.
Menurut Mohamad Majid Konting (1990), kebolehpercayaan memberi darjah
kekekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Kajian rintis adalah bertujuan untuk,
mengenalpasti masalah yang berhubung dengan pemahaman dan interpretasi terhadap
item-item yang terdapat dalam soal selidik, mendapat maklum balas untuk
memperbaiki item-item dan soalan yang terdapat dalam soal selidik dan mengetahui
jangka masa yang diperlukan untuk menjawab item-item yang terdapat dalam soal
selidik. Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil
kajian. Data akan dianalisis dengan menggunakan kaedah SPSS, versi 13.0. Nilai
peratusan, min dan frekuensi akan dihuraikan dalam bentuk jadual. Untuk
mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya
dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan
min rendah, sederhana dan tinggi.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil pengumpulan maklumat terhadap profail responden seperti Lampiran 1. Hasil


pengumpulan maklumat terhadap kepatuhan amalan pengurusan bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu oleh guru adalah seperti Jadual 1 yang menunjukkan peratusan
responden menjawab setiap item bagi faktor pengurusan bengkel mengikut tahap
rendah, sederhana dan tinggi. Dapat diperhatikan majoriti responden berada pada
tahap yang tertinggi dengan 140 orang dengan 83.3 peratus dan 26 orang iaitu 15.5
peratus berada di tahap sederhana. Baki responden iaitu seramai dua orang responden
berada pada tahap rendah dengan 1.2 peratus.

Jadual 1 : Kepatuhan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu


Oleh Guru
Tahap Frekuensi Peratus
Rendah 2 1.2
Sederhana 26 15.5
Tinggi 140 83.3
Jumlah 168 100.0

Hasil pengumpulan maklumat terhadap kepatuhan amalan keselamatan di bengkel


Kemahiran Hidup Bersepadu oleh pelajar adalah seperti jadual 2 di lampiran yang
menunjukkan peratusan responden menjawab setiap item bagi keselamatan
responden mengikut tahap rendah, sederhana, dan tinggi . Dapat diperhatikan majoriti
responden berada pada tahap yang tertinggi iaitu seramai 148 orang dengan 88.1
peratus dan seramai 18 orang responden dengan 10.7 peratus berada di tahap
sederhana. Baki responden iaitu seramai 2 orang responden berada pada tahap rendah
dengan 1.2 peratus.

Jadual 2 : Kepatuhan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Oleh Pelajar,


taburan responden mengikut tahap rendah, sederhana dan tinggi.
Tahap Frekuensi Peratus
Rendah 2 1.2
Sederhana 18 10.7
Tinggi 148 88.1
Jumlah 168 100.0

CADANGAN

Guru perlu memastikan kelengkapan bengkel seperti alatan tangan, mesin dan bahan
yang diperlukan ketika amali ditingkatkan penyelenggaraannya dan diuruskan dengan
baik agar keselamatan pelajar terjamin. Seharusnya Kementerian Pelajaran
menimbangkan pengambilan jawatan pembantu bengkel bagi semua bengkel
vokasional bagi membantu guru menguruskan bengkel dengan lebih berkesan. Guru
juga perlu mengawal dan memastikan pelajar-pelajar mengikuti peraturan bengkel
supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Akhir sekali pihak sekolah dan guru
perlu prihatin dengan persekitaran bengkel seperti aspek pengudaraan dan bunyi
bising agar dapat lebih memantapkan fungsi bengkel.

BIBLIOGRAFI

Crow and Crow (1980), “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka

Hassan Salim (1997), “Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah”. Edisi Pertama.


Kuala Lumpur

Kamus Dewan (1996). Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Khairul Azhar Bin Mohd Zulpakar (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Di


Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa
Melakukan Kerja-Kerja Amali Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Universiti, Johor. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda

Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan pustaka.

Siti Atiqah Binti Sharudin (2008), “Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan


Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah
Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan” Universiti Teknologi
Malaysia:Tesis Sarjana Muda

Wan Siti Azizah Binti Wan Yusoff (2008). Tahap Kepatuhan Peraturan Keselamatan
Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Di Kalangan Pelajar-PelajarSekolah
Menengah Di Daerah Kota Bharu. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis
Sarjana Muda

You might also like