You are on page 1of 1

KEBAIKAN LAMAN WEB SOSIAL.

Terima kasih kepada Pengerusi majlis, Cik .......

Dunia zaman sekarang lebih suka berhubung di alam maya berbanding dengan secara berhadapan.
Sampaikan sekarang nak ucapkan Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Raya dan lain-lain ucapan pun hanya
di Facebook. Sebut saja Facebook, Myspace dan Twitter, pasti ramai di kalangan anda yang
mengenalinya, bahkan menyertainya. Ia adalah tiga laman web rangkaian sosial yang masyhur. Jika
dirujuk kepada topic Social Networking di laman Wikipedia , akan ditemui puluhan lagi rangkaian sosial
yang seumpamanya.

Kita kini berada di zaman yang amat berbeza dengan zaman datuk dan nenek kita dahulu. Zaman ini
adalah zaman siber, segalanya perlu pantas dan menuju kemajuan. Zaman ini yang tidak mungkin
dibayangkan oleh datuk dan nenek kita dahulu bahawa untuk membeli barang tidak perlu bergerak dari
rumah. Zaman ini juga adalah zaman di mana mengisahkan perihal orang mengumpat hanya perlu
mengetik jari tanpa perlu bersuara dan tanpa perlu keluar rumah untuk berjumpa dengan orang lain.

Selain itu, dahulu dengan menggunakan sms cuma untuk taip ‘hai’, ‘hello’dan ‘apa khabar’ kepada
rakan anda. Hal ini demikian disebabkan sms tidak boleh ditulis dalam bilangan patah perkataan yang
banyak. Tetapi, dengan penggunaan laman sosial ini anda boleh menulis dengan lebih panjang. Bagi para
peniaga pula, ini merupakan rangkaian terbaik untuk mereka berniaga. Mereka tidak perlu membuka
kedai dan hanya mempromosikan barangan mereka di dalam Facebook sahaja. Tetapi, janganlah terlalu
ghairah mempromosi sesuatu kelak akan dibenci oleh orang. Malahan elok kiranya bahan yang ingin
dipromosikan adalah sesuatu yang menarik dan bukannya semata-mata untuk mempromosi perniagaan
anda.

Dari satu sudut, rangkaian sosial ini selari dengan ajaran Islam kerana ia membolehkan seseorang
saling berhubung dan berkenalan. Ia juga membolehkan seseorang yang terputus ikatan silaturrahim
menghubungkannya semula. Di mana ini adalah salah satu usaha yang amat mulia dalam Islam. Kita
juga boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Seperti ‘Jejak Kasih’, di mana kita boleh mencari
kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Dengan saling berhubung kita
boleh mengenang kembali kisah lama, kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya.

Tambahan pula, dengan adanya rangkaian sosial ini, kita mudah untuk memberitahu sesuatu perkara.
Sebagai contoh, ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin kita perlu mencari alamat rakan
masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh dihantarkan ke sana dan
dimaklumkan kepada rakan-rakan. Kita juga dapat berkongsi maklumat. Jika anda bijak mencari kawan
yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi
berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu
membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya perlu membuka Twitter dan
mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.

Bagi mereka yang memiliki ilmu agama dan kebijaksanaan berdakwah, ia dapat menjadi saranan
dakwah yang berkesan, sebagai menyahut firman Allah: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan
itu) dengan cara yang lebih baik.” [Surah al-Nahl, ayat 125].

Akhirulkalam, itu sahaja hujah yang dapat saya huraikan yang berkaitan dengan kebaikan laman web
sosial.

You might also like