You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah :


SK. SERI ALAM 2, JALAN SURIA 47, BANDAR SERI ALAM, 81750 MASAI, JOHOR

Nama Pengkaji :
MUSIMARTIN BIN SIMON

Tajuk Kajian :
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN APLIKASI DENGAN KAEDAH
”LUKISAN RAJAH BERPALANG”

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Murid 6 Marikh terdiri daripada murid yang cemerlang, sederhana dan sederhana lemah
dalam Matematik. Kesukaran untuk mengenalpasti kelemahan murid adalah satu faktor
yang menyebabkan penambahbaikkan sukar dilaksanakan. Kebanyakkan murid suka
untuk menyembunyikan kelemahan mereka semasa di dalam kelas sehinggalah
semuanya diterjemahkan di dalam ujian-ujian yang telah dijalankan.
Semasa di dalam ujian terdapat sebilangan murid sukar untuk menjawab soalan yang
menggunakan perkataan ’lebih daripada’ ataupun ’kurang daripada’.

Contoh soalan :
Tinggi Ali adalah 123 cm manakala Bong 15 cm lebih tinggi dari Ali.
Berapakah jumlah tinggi mereka berdua

Sejumlah RM 152 telah diberikan kepada Ivy dan Rohani. Rohani


mendapat RM 22 lebih daripada wang yang diterima oleh Ivy. Berapakah
wang yang diterima oleh Rohani

Selain daripada itu murid yang dikategorikan sebagai cemerlang juga sukar untuk
menjawab soalan aplikasi yang melibatkan pecahan ataupun peratus.

Contoh soalan:

Muthu mempunyai wang sebanyak RM 64. Wang ini adalah ¾ daripada


harga sebuah radio. Berapakah wang yang diperlukan oleh Muthu lagi
untuk membeli radio tersebut?

Saya cuba memahamkan murid dengan membuat ayat matematik bagi contoh soalan di
atas, namun hanya sedikit sahaja yang boleh mengubah ayat di atas menjadi ayat
matematik yang betul. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mencari cara yang
betul bagi mereka menjawab soalan begini, pasti masalah ini akan berlanjutan dan
menyebabkan markah mereka sukar ditingkatkan
2. Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya
hanya akan fokuskan kajian ini kepada menjawab soalan aplikasi menggunakan lukisan
rajah berpalang. Kebanyakkan daripada mereka sukar membina ayat matematik bagi
satu-satu soalan yang diberikan. Dengan membantu murid menjawab beberapa soalan
dengan kaedah lukisan rajah berpalang, diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid
bagi menjawab soalan-soalan yang lain sekaligus meningkatkan bilangan murid
mendapat A dalam UPSR

3. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:

i. Objektif Umum
Meningkatkan nilai Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Matematik dengan
peningkatan bilangan A Matematik UPSR

ii. Objektif Khusus


 Meningkatkan keupayaan murid menjawab soalan berbentuk aplikasi di
mana ia merupakan soalan yang paling sukar dalam soalan Matematik
kertas 1 dan 2
 Membantu murid mengusai kemahiran belajar dengan melukis rajah bagi
sesetengah soalan
 Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang
iaitu A dalam UPSR

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 42 orang murid tahun 6 Marikh yang terdiri daripada 40 murid
Melayu, 1 murid India dan 1 murid Cina

5. Tindakan Yang Dicadangkan

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang


dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data daripada ujian khusus yang
dijalankan. Ujian dilakukan dalam format Kertas 2 UPSR. Setelah analisis tinjauan
dijalankan, saya akan mengumpul murid kumpulan sasaran saya untuk
memperkenalkan kaedah ini.
6. Jadual Pelaksanaan Kajian

Tempoh
Bil Aktiviti
Perlaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 minggu
2 Menulis proposal kajian 1 minggu
3 Merancang tindakan (individu/panitia) 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan 1 minggu
5 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 1 minggu
6 Refleksi kajian 1 minggu
7 Menulis laporan kajian 1 minggu
8 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu

7. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos


1 Lembaran Kerja 200 helai @ RM0.05 RM 10.00
2 Kertas Ujian 120 helai @ RM 0.05 RM 6.00
3 Kertas Manila 10 helai @ RM 0.80 RM 8.00
4 Pen Marker 4 batang @ RM 4.00 RM 16.00
5 Gunting 1 bilah @ RM 2.50 RM 2.50
Jumlah Besar RM 42.50

You might also like