You are on page 1of 17

KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

DI JALAN TAR KUALA LUMPUR

JALAN TAR

 Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan
penting di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan
Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan
berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India).

 Pusat-pusat membeli-belah, seperti Sogo Pertokoan dan Maju Junction Mall, juga di
sepanjang peregangan ini. Setiap Sabtu 17:00-10:00, daerah ini ditutup untuk lalu lintas
kerana hal itu akan berubah menjadi pasar malam.

2
PENGENALAN

 Y.A/B Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah
menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di
negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri mencadangkan supaya
diwujudkan bandar dan pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-
lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan
jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan dan bandar baru hendaklah mengambil kira
aspek-aspek keselamatan.

 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan


pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan
jenayah yang melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
(JPBD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
dan lain-lain agensi yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah
pembangunan bandar yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara bagi
Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004.

3
DEFINISI BANDAR

 Satu unit sempadan dan pentadbiran dengan kepadatan penduduk yang relatif,di mana
penduduk bekerja untuk menyara diri dengan membuat pengkhususan dalam pelbagai
bidang yang bukan pertanian.

DEFINISI BANDAR SELAMAT

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya
sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh
menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa
berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR SELAMAT

 Bebas dari kegansan yang merosakkan harta benda dan nyawa seperti ragut &
kecurian.
 Bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam.
 Bebas dari kemerosotan sosial dan mental seperti dadah rasuah.
 Bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan
 Bebas dari kemalangan di jalan raya.

4
KONSEP DAN PERLAKSANAAN BANDAR SELAMAT

 Program Bandar Selamat ini memberi fokus kepada pencegahan jenayah harta benda di
kawasan bandar. Mengenai pelaksanaannya pula, ia diwujudkan kerana tahap
kebimbangan orang ramai terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di bandar-
bandar di negara ini. Pelan pembangunan pekan dan bandar baru yang dirancang perlu
mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Pada 2004, kadar jenayah di Kuala Lumpur
terutamanya jenayah ragut meningkat dan menyumbangkan kepada 18 peratus daripada
indeks jenayah.

 Secara puratanya, sebanyak sembilan kes dilaporkan setiap hari, dan peragut meraih
sebanyak RM2,051 setiap kali meragut. Ia satu profesion yang sangat mudah dan
lumayan di mata penjenayah. Sementara itu, kawasan pelancongan yang dikunjungi oleh
pelancong antarabangsa contohnya Jalan Bukit Bintang dan KLCC merupakan kawasan
sasaran peragut (The Malay Mail, 14 Mei 2004). Jenayah jalanan merangkumi samun
berkawan tanpa bersenjata api, samun tanpa senjata api (individu) dan curi ragut.
Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan keseluruhan indeks jenayah
sebanyak lima peratus dan Jenayah Jalanan Negara sebanyak 20 peratus sebelum
Disember 2010.

Bandar Selamat: Satu Tinjauan Awal di Malaysia.

Pelaksanaan konsep Bandar Selamat menjadi satu daripada agenda utama dalam pembangunan
negara. Tanpa aspek keselamatan dalam kehidupan bandar, sukar bagi rakyat mendapat
kesejahteraan hidup. ‘Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera’ membawa maksud bandar yang bebas
daripada semua ancaman fizikal, sosial dan gangguan mental. Bandar Selamat, rakyat sejahtera
juga dapat ditakrifkan sebagai bandar yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara daripada

5
segala gejala yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat. Dengan wujudnya suasana
sedemikian, masyarakat akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, aman dan selesa.
Terdapat empat takrifan Bandar Selamat iaitu:

i. Bandar yang bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa
seperti kejadian ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
ii. Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan malapetaka berikutan bencana alam
seperti banjir dan tanah runtuh.
iii. Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan
dadah, rasuah, pelacuran, janayah kolar putih dan sebagainya.
iv. Bandar yang bebas daripada kemalangan dalam dan luar bangunan, seperti
kemalangan jalan raya, kebakaran dan jatuh dari bangunan. (Berita Harian, 26
Oktober 2004).

Secara amnya, “Bandar Selamat” adalah bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal,
sosial dan mental. Persekitaran pula sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan tidak
menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kepada berlakunya kejadian yang
menganggugugat jentera kesejahteraan setempat. Selain itu, penghuninya sentiasa dalam keadaan
yang paling selamat, sejahtera, sihat, ceria dan dapat menjalankan hidup dengan penuh
keyakinan (Berita Harian, 26 Oktober 2004).

Konsep Bandar Selamat di Negara Maju – Satu Tinjauan

Pembangunan manusia merupakan proses memperluaskan pilihan yang boleh dicapai oleh semua
penduduk sesebuah negara untuk meningkatkan kualiti hidup, tingkat pelajaran dan penyediaan
kemudahan asas seperti tempat tinggal yang selesa, bekalan air dan api, pembuangan najis dan
sampah serta alam sekitar yang bersih daripada segala jenis pencemaran. Secara ringkasnya
matlamat pembangunan manusia adalah untuk mempertingkatkan produktiviti bagi tujuan

6
menambahkan pendapatan agar dapat terus hidup dalam keadaan selesa dan aman, sihat serta
selamat dari segala bentuk ancaman dan wabak. Sehubungan dengan itu United Nation
Development Programme (UNDP) telah membentuk indeks pembangunan manusia yang
mempunyai tiga elemen terpenting, iaitu jangka hayat, tingkat pendapatan dan kualiti hidup
sesebuah negara (UNDP, 1992). Indeks ini selaras dengan Indeks Kualiti Hidup Fizikal (PQLI)
yang digunakan oleh Morris (1979), iaitu menggunakan pembolehubah celik huruf, kematian
bayi dan jangka hayat.

LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa
Tempatan untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah
seperti berikut :

1.     Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan
bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2.     Penyediaan Bollard atau Pagar

PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan
pejalan kaki dengan laluan motosikal.

3.     Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung

 Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat


awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis
perniagaan utama.   Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari
aktiviti-aktiviti jenayah.

7
4.     Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam

 Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan
awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya.
Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di
paras bumbung).

5.     Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran


Atau  Tumpuan Penjenayah

Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan
pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya
mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

CADANGAN & STRATEGI

 Mereka bentuk cadangan fizikal

 Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor

 Pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor melalui pembinaan konkrit
dapat mengurangkan risiko kegiatan jenayah ragut di kawasan ini.

 Perlu disediakan pemisah di antara laluan pejalan kaki dan laluan bermotor bagi
kawasan laluan orang ramai /pusat tumpuan.

8
 Penyediaan rel penghadang dan laluan pejalan kaki dengan perhentian bas

 Penyediaan Bollard

 Pembinaan bollard di kawasan laluan pejalan kaki dan jalan bermotor

9
 Penyediaan tanaman landskap

 Penanaman landskap di sepanjang laluan pejalan kaki memerlukan


pengawalan yang sempurna.

 Memperkuatkan perlindungan di kawasan sasaran

 Pondok Polis

 Pondok Polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah terutama di


kawasan membeli belah dan kediaman.

 Penyediaan papan tanda peringatan jenayah.

10
 Papan tanda peringatan jenayah yang berperanan memberi peringatan kepada orang
ramai.Contohnya:- Ragut

 Tempat letak kereta

 Tempat letak kereta yang disediakan di kompleks-kompleks untuk mengurangkan


kecurian.

11
 Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan Laluan
Pejalan Kaki

 Menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan

 Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan ramai


dapat mengurangkan risiko jenayah berlaku.

12
 Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV)

 Pihak polis perlulah memastikan sistem pengoperasian CCTV dapat dikendalikan


dengan cekap dan berkesan.

 Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Menghalang Pandangan Awam

 Reka bentuk jejantas yang dibina perlulah tidak menghalang pandangan orang ramai.

 Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah

 Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

13
 Pendidikan dan kesedaran orang awam

a) Media massa

 Memberi maklumat kepada jabatan yang berkuasa.

a. Penyediaan tempat motosikal berkunci

14
b. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam

 Membersihkan / mengemaskan kawasan semak / pakok dan


terlindung.

 Tidak membenarkan peniaga dan meletak kenderaan di laluan pejalan


kaki.
 Jejantas tidak terlindung dari pandangan awam.

15
 Melindungi pejalan kaki apabila melalui kawasan pembinaan

 Menyediakan rel penghadang antara laluan dua hala

CADANGAN LAIN YANG PERLU DILAKSANAKAN

16
1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan
bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran


Atau  Tumpuan Penjenayah

Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan
pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya
mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

3. Penyemakan Garis Panduan Susun Atur Perumahan

o Pihak Polis dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar


dan Jawatankuasa Pelan Bangunan.

 Input polis dalam menyemak semula garis panduan susun atur perumahan dan
keperluan Kemudahan Polis. 

4. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah

 Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

5. Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan


Laluan Pejalan Kaki

17
 Laluan kaki lima yang terhalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan asan
pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

6. Menjanakan Pelbagai Aktiviti Perniagaan

 Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan


ramai dapat mengurangkan risiko jenayah berlaku.

7. Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Swasta

 Penyediaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terdapat di kawasan


perumahan.Perkhidmatan kawalan keselamatan juga penting di taman-taman awam
bagi mengatasi kegiatan jenayah dan vandalisme. 

KESIMPULAN

Perancangan bandar selamat perlu di nilai dari masa ke semasa disebabkan pertambahan
penduduk. Perancangan ini perlu di ambil kira dari segi aspek fizikal, sosial, mental dan
persekitaran. Perancagan ini penting kerana dapat mewujudkan satu sistem yang selamat di
bandar supaya ekonomi di bandar tersebut terancang dan bebas dari ancaman jenayah.

18

You might also like