You are on page 1of 20

Dunia Islam dan Cabaran Kontemporari

Isu Keganasan

ISLAM yang damai dan Islam yang sejuk nyaman merupakan misi Rasulullah s.a.w. dalam
mengembang dan mencipta kehidupan yang adil di muka burnt, agar ia tidak dieksploitasi oleh
manusia ke atas manusia lain. Walaupun atas nama apa saja: agama, politik ataupun ideologi
tertentu, tujuannya tidak lain agar manusia kembali pada kesaksian awalnya, iaitu tiada tuhan
yang patut disembah melainkan Allah.

Ajaran Islam selalu menawarkan keindahan akhlak, bukan menaburkan onak di lorong-lorong
lebar kemanusiaan. Dalam rahim Islam, janin-janin rahmat itu siap dilahirkan untuk memberikan
kesejukan kepada semesta alam. Peristiwa serangan bom di Bali memperlihatkan bagaimana
jalan kekerasan atau pembunuhan menjadi misi dan agenda golongan-golongan tertentu bagi
mencapai cita- cita dan matlamat. Lebih tidak adil lagi ialah apabila setiap keganasan yang
herlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.

Menurut Rasulullah s.a.w, seorang yang beriman adalah orang yang menjaga dengan baik
kehidupannya dan juga orang lain dengan aman apabila berada di tangannya (bersifat amanah).
Itu tidak lain kerana Islam adalah agama damai.

Al-Quran menyebut jalan ini sebagai jalan keselamatan (al-Maaidah: 16). Ini juga menunjukkan
bahawa rekonsiliasi (ishlah) adalah sebagai jalan terbaik (al-Nisa ; 128) Dan juga ditegaskan
bahawa Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).

Memang di dunia ini apabila disebut perdamaian, ia masih merupakan suatu persoalan vang
sangat ilusif. Perbezaan, baik politik ataupun bukan terus ada dan tidak mungkin dihilangkan
antara individu, antara kumpulan ataupun antara muslim dengan muslim yang lain. Jika setiap
manusia menolak untuk bersikap toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan dan
memaksakan apa yang menjadi kehendaknya, maka kedamaian tidak mungkin wujud di dunia
ini. Demikianlah, dengan konflik serta keganasan yang berlaku di merata-rata tempat di dunia
ini. Seseorang yang tidak memiliki rasa toleransi, maka ia bukan manusia dalam pengertian dan
ekspresi yang sebenar. Saat seseorang memuncak kemarahannya pada hal-hal yang dibenci,
maka hal itu merupakan bukti nyata daripada kelemahan yang ada dalam dirinya.

Memang banyak orang yang tidak mahu mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi.
Pada keadaan yang sangat mendesak dan tersepit, keinginan untuk membalas dendam menjadi
sangat kuat. Perasaan marah yang disertai reaksi negatif demikian hendaknya dilepas dengar
sebebas-bebasnya.

Orang yang memiliki cara berfikir demikian akan berada dalam sebuah ilusi, bahawa apa yang
dilakukan tidak ada yang melanggar hukum sama sekali.

Pandangan seperti ini sangatlah tidak tepat. Kerana kenyataannya, apabila kemarahan seseorang
memuncak akibat ada hal yang menyerang diri dan kemahuannya, seharusnya sikap toleransi itu
jadikan sebagai prioriti utama.
Sifat manusia yang kebiasaannya berusaha menjelmakan dirinya sebagai superman. Padahal
manusia super adalah mereka yang mampu mengimbangi sikap toleransi dalam menghadapi
situasi paling sulit dan berat.

Di dunia ini kesatuan hanya akan dicapai dengan belajar untuk bersatu dan bukan belajar berbeza
atau pun memaksakan kesatuan tanpa menafi adanya perbezaan. Untuk menghapuskan semua
perbezaan yang ada, tentu merupakan hal yang tidak mungkin dilakukan. Rahsia pencapaian
kedamaian dalam keludupan adalah toleransi terhadap adanya perpaduan atas kedamaian itu
sendiri.

Agama, sebagaimana difahami dalam ajaran Islam, secara dasar adalah tindakan yang
menampakkan kecintaan kepada Allah dan keinginan agar umat manusia menjadi baik. Firman
Allah:

Terjemahan: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat)
kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui
ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan
kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab
seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al Baqarah: 165)

dan firmanNya lagi

Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan


umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan
kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat
oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat)
itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu:
"Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang
berdosa)". (Surah hud: 118-119)

Mengapa demikian? Sebab Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan
memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya. Termasuk dalam hal
beragama, Allah tidak memaksa manusia, sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam
atau tidak?

Kemerdekaan yang dikurniakan Allah itu sebenarnya juga merupakan bahagian daripada rahmat-
Nya, di mana manusia benar-benar diberi kebebasan untuk memilih jalan taat atau mengingkari
agama yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Cuma kalau umat Islam kadang-kadang menunjukkan sikap keras dan garang, itu lebih banyak
disebabkan oleh adanya pengkhianatan daripada pihak luar. Atau mungkin juga kerana banyak
orang luar daripada Islam telah melakukan hal-hal yang tidak benar dalam menyebarkan agama.
Misalnya, mendekati umat lain dengan menggunakan cara-cara yang tidak adil, dan tidak
beretika seperti mengadakan kegiatan sosial tapi hanya sebagai alat untuk merampas iman orang
lain.

Untuk menghindarkan umat beragama daripada bersikap fanatik, maka diperlukan pendewasaan
sikap dan tingkah laku keagamaan, melalui peningkatan pemahaman agama secara luas dan
benar.

Ertinya, pemahaman agama harus dilakukan tidak hanya daripada satu sisi, tapi dari pelbagai
sisi, sehingga dapat menunjukan wajah agama secara utuh iaitu agama yang membimbing
manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan
kesejahteraan umat manusia, baik umat yang seagama mahupun bukan se agama.

Isu Barat
Merdekakah negara-negara Islam dalam konteks politik dunia hari ini? Persoalan ini timbul
khususnya selepas setengah abad tamatnya Perang Dunia Kedua, negara-negara Islam terpaksa
menanggung beban yang berat akibat daripada kemelut dan konflik yang melanda dunia dan
melibatkan umat Islam sejak itu.

Umat Islam di merata dunia bukan sahaja terpaksa membayar dengan darah, pengorbanan fizikal
dan psikologi malah dipaksa melalui saat-saat yang amat memalukan serta hina yang menggugat
maruah dan kredibiliti mereka sebagai ummah dan sekali gus manusia.

Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin,
Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq. Sementara secara tidak langsung kesan
pencabulan ini dapat dirasakan di hampir kesemua negara Islam.

Hampir kesemua negara Islam sama ada sedar atau tidak, terpaksa berterima kasih kepada kuasa
Barat sebelum mereka memperoleh kebebasan untuk merdeka dan mengurus negara mereka
sendiri. Hampir boleh dikatakan semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini
sebenarnya tidak merdeka.

Kemerdekaan mereka bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat. Sebaik
sahaja Barat terancam, pasti Barat akan melakukan sesuatu untuk mencegahnya.

Kebebasan bersyarat yang mereka peroleh itu terpaksa mengorbankan bukan sahaja nyawa,
malah banyak perkara termasuk tanah, harta, budaya, dan harga diri umat Islam. Jika disetujui
oleh Barat, maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.

Tetapi jika sebaliknya, perjalanan negara berkenaan untuk mengembalikan maruah dan hak
mereka terpaksa berlanjutan dan beranjau seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan dan
beberapa negara lain. Apa yang membezakan keadaan ini di negara Islam lain ialah tahap
kegawatan di negara masing-masing dan sejauh mana Barat berasa terancam.

Di sesetengah negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk
untuk memastikan mereka terus terikat dengan sistem yang diakui dan direstui oleh Barat.
Pelbagai cara dilakukan Barat dan yang paling ketara menggunakan manipulasi sistem politik
dan ekonomi dunia yang mereka ciptakan.

Ini boleh dibuktikan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) dijadikan alat mencapai agenda hegemoni berterusan mereka.

Amat malang kepada kita apabila sistem ini tidak boleh mereka pakai, seperti yang berlaku di
Iraq baru-baru ini, sistem diketepikan dan mereka tetap dengan agenda buruk yang tersirat itu
dengan cara mengetepikan PBB dan bertindak secara unilateral.

Di Turki umpamanya, umat Islam disyaratkan secara tidak langsung mengubah berat sebelah
Islamik mereka sebelum ini kepada sekularisme dan membolehkan kerajaan pimpinan Mustafa
Kamal Attartuk memerintah atas nama merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat sehingga kini
dalam apa juga tindak-tanduknya kecuali dalam perkara yang tidak bertentangan dengan
kepentingan Barat.

Hakikat ini mudah kita fahami bila melihat secara umumnya Turki dan masyarakatnya lebih
kebaratan berbanding sebelumnya. Keahlian Turki, satu-satunya negara majoriti penduduknya
Islam dalam NATO juga boleh dijadikan bukti jelas hakikat ini.

Cuma sejak akhir-akhir ini kebangkitan semangat Islam itu dapat dilihat tetapi Turki masih
dilihat amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.

Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini. Namun kita harus
bersyukur dan berasa amat bertuah kerana kebijaksanaan dan pemikiran strategik pemimpin-
pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan kita, walaupun diikat dengan syarat-syarat
tertentu secara langsung atau tidak; memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1957;
mempertahankan kemerdekaan, membangunkan negara kita ke tahap yang ada; dan yang lebih
penting secara paling berkesan mengelak Malaysia dijajah secara tidak langsung.

Kebolehan para pemimpin negara dalam mengawal dan mengatasi kegawatan politik, ekonomi
dan kewangan membolehkan kita mengekalkan kemerdekaan kita.

Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka.
Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan
ekonomi yang sedia ada di samping berusaha mempertingkatkan usaha ke arah menguatkan
negara dan ummah setanding dengan Barat. (Mohd. Roslan Mohd. Salaudin dalam Islam
Hadhari: Himpunan Isu Kontemporari, 2005)

5.2 Isu Perpaduan Dunia Islam

Negara-negara Islam ini ada yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak dan gas.
Bagaimanapun kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan negara-negara Islam dalam
menentukan arus dan arah politik dunia hari ini. Secara umum mereka berada dalam keadaan
yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan demikian, antaranya ada pengaruh dan
cengkaman Barat ke atas mereka, kesatuan dan perpaduan yang lemah, kepimpinan yang tidak
sehaluan dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat. Menjelaskan
tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia bermula
daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk juga hubungan antarabangsa. Dalam
konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang. Bagaimanapun dalam Islam
tidak ada 'kebebasan mutlak'. Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika
tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.

Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihakbukan Islam.
Ini telah ditunjukkan dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dan dalam hubungan luar
Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran. Islam membenarkan orang bukan Islam
mempunyai hak memasuki negara Islam.

Bahkan dengan kebenaran tersebut Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada
dalam negara Islam. Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka
mengikut kepercayaan masing-masing.

Islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan ke atas sesiapa pun kecuali dengan perintah
ketua negara dan oleh sebab-sebab yang sahih seperti mempertahankan diri. Dalam pada itu
terdapat peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak
upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan. Orang yang terkorban hendaklah dihormati.
Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan. Rumah
ibadat tidak boleh diceroboh. Bahkan ketika Nabi memasuki Kota Mekah, jaminan keselamatan
telah diberikan. Jika dalam keadaan peperangan pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi
menyuruh supaya menyahut secara positif seruan 'perdamaian'.

Tidak ada sebuah negara di dunia ini yang boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan
dengan negara lain. Ini ialah satu kenyataan dan bukan andaian kerana tidak ada sebuah negara
di dunia ini yang mempunyai segala-gala sehingga tidak memerlukan dunia luar.

Dalam hubungan ini prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni ialah suatu matlamat dalam
hidup bermasyarakat, iaitu dengan melaksanakan tanggungjawab dan pada masa yang sama
menghormati hak-hak individu, masyarakat dan negara. Dalam hubungan sedemikian kita tidak
boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan
sendiri. Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas. Sikap demikian berlaku disebabkan
antara lain tidak ada kefahaman yang betul tentang Islam dan kesan daripada Perang Salib yang
telah berlaku antara Islam dengan Kristian.

Negara-negara Islam digolongkan dalam kumpulan negara tidak membangun dengan


mempunyai masalah domestik yang tersendiri seperti kemiskinan, buta huruf yang tinggi,
pengangguran dan taraf hidup yang rendah. Senarai data 20 negara terbaik tidak terdapat nama
negara Islam kecuali Malaysia. Ini mencerminkan betapa ketinggalan dan mundur sesetengah
negara-negara Islam.
Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku
manusia. Undang-undang ialah sesuatu halangan atau pencegahan yang bersifat luaran yang
tidak mengambil faktor dalaman diri manusia. Moral atau akhlak mempunyai nilai yang
tersendiri dalam pembentukan sahsiah, akhlak yang tinggi berpandu kepada ilmu dan kefahaman
ajaran agama yang betul.

Neraca moral seperti keadilan, persamaan, toleransi terhadap kemanusiaan, menolak


diskriminasi, persahabatan sejagat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa, tidak ekstrem dan
agresif tetapi sederhana ialah tuntutan Islam. Dalam sebuah buku al-Qiyadah wa al-Judiyyahfi
al-Islami menghuraikan maksud jihad yang difahami oleh sebahagian orang Islam iaitu al-Harb
al-Muqaddasah dengan matlamat untuk meninggikan kalimah Allah dan penyebaran dakwah
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan demikian jihad bagi mereka ialah peperangan, titisan
darah, pembunuhan dan tawanan.

Dalam buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan, bahawa jihad fisabilillah bertujuan membawa
kebaikan, keadilan dan kebenaran. Apakah jihad itu terbatas kepada pertumpahan darah dan
adakah dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w itu penuh dengan kekerasan dan
penyebaran dalam bentuk penyerangan ke atas lawan? Cara-cara demikian bertentangan dengan
sirah Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk keganasan dan sama sekali
tidak boleh dikaitkan dengan terrorisme. Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan
perikemanusiaan. Bagaimanapun ada media lebih suka menghubungkan Islam dengan
keganasan.

Imej ini perlu diperbetulkan. Sebenarnya keganasan juga berlaku di kalangan bukan Islam dan di
kalangan negara bukan Islam, dan ada yang berlanjutan hingga ke hari ini.

Jihad mempunyai erti yang luas tidak terbatas kepada jihad dengan nyawa atau peperangan dan
harta sahaja. Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan memerangi hawa nafsu dan menuntut ilmu.
Begitu juga memerangi kejahilan, menghapuskan kemiskinan, membanteras gejala sosial,
membangunkan ummah, mengajak kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam.
Terdapat kecenderungan melalui perkembangan semasa yang menghubungkan keganasan
dengan Islam dan penganut Islam, sungguhpun dari segi politik, Barat cuba tidak menunjukkan
sentimen anti-Islam atau orang Islam. Bagaimanapun, prejudis terhadap Islam di kalangan Barat
tetap ada.

Pandangan yang beranggapan Islam mendatangkan 'ancaman' kepada Barat dapat dilihat dengan
mengaitkan reaksi daripada tindakan keganasan yang dihubungkaitkan dengan orang Islam. Ini
ialah pandangan kerajaan dan orang awam di Barat. Menjadi tugas setiap orang Islam dan
kerajaan Islam memberikan imej yang sebenar tentang Islam dan menghuraikannya. Sebenarnya
Islam itu indah, progresif, mencintai. (Abdul Monir Yaacob, 2005).

5.3 Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam

Konsep globalisasi adalah diterima pakai oleh masyarakat Malaysia yang sememangnya menjadi
dasar masyarakat dan rakyatnya untuk berbaik-baik antara kaum di Malaysia dan sejagat.
Bertitik tolak daripada pegangan ini, Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
Negara-negara Berkecuali, mengadakan kerjasama serantau dan memberi sokongan terhadap
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia juga membuat hubungan khas dengan Negara-
negara Anggota Komanwel yang telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan diketuai oleh Ratu
England. Malaysia juga telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah
ditubuhkan pada tahun 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Pertubuhan ini ditubuhkan
dengan tujuan antara lain untuk mewujudkan keamanan dan mengadakan hubungan baik antara
negara-negara anggota badan sedunia itu. Malaysia juga telah mengadakan hubungan khas
dengan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dalam negaranya
dengan berkesan dan baru-baru ini telah berjaya menangkis serangan penyangak mata wang dan
kegawatan ekonomi. Dalam konteks luar negara, Malaysia telah mengadakan perdagangan
antarabangsa dengan hampir semua negara dan mendapat keuntungan yang amat menggalakkan.
Ini terbukti apabila simpanan luar Malaysia yang melebihi 30 billion dolar Amerika. Pengeluaran
dan pengeksportan kereta Proton Malaysia telah membawa kejayaan luar biasa dari segi
perindustrian dan hubungan dengan negara luar.

Dari segi sosial Malaysia juga telah berjaya memajukan kedudukannya dalam negara seperti
mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan beragama, pendidikan, kesihatan dan
perpaduan. Dalam hubungan luar negara Malaysia amat prihatin dengan nasib negara-negara
membangun (Selatan-selatan) dan juga mengadakan hubungan erat dengan negara membangun
terutama kumpulan G-8. Malaysia juga telah memberikan sumbangan dari segi kewangan dan
bantuan kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea, Somalia, Iraq,
Bosnia, Chechnya dan sebagainya. Malaysia juga mengadakan hubungan dengan kebanyakan
negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan dasar Pandang ke Timur (Jepun, Korea dan
Taiwan). Yang pastinya, orang Melayu dan bahasa Melayu tetap unggul di Nusantara, bak kata
Hang Tuah, 'Tidak Melayu hilang di dunia'. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003:377)

5.4 Masa Depan Dunia Islam

Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata tempat di dunia hari ini sama ada di Timur Tengah,
Asia Tenggara, Afrika bahkan di Eropah dan Benua Barat sendiri. Istilah Kebangkitan Islam,
Kebangunan Islam, Islamic Resurgence, Islamic Revivalism, Islamic Renaissance atau as-
Suhwah al-Islamiah tidak lagi menjadi istilah yang asing kepada sebahagian besar anggota
masyarakat apatah lagi di kalangan para cendikiawan dan pengkaji perubahan sosial.

Mengikut Chandara Muzaffar dalam bukunya Islamic Resurgence in Malaysia - Kebangkitan


Islam ialah "Ungkapan yang menggambarkan usaha-usaha menegakkan semula nilai-nilai Islam,
mempraktikkan amalan-amalan Islam, membangunkan kembali institusi-institusi Islam,
menegakkan undang-undang Islam serta mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam
kehidupan setiap muslim. Ia adalah percubaan untuk melahirkan kembali etika Islam, peraturan-
peraturan sosial Islam yang berpaksikan untuk membentuk insan muslim sejati berpandukan al-
Quran dan as-Sunnah.

Mengikut Dr. Zohair Hussain - "Kebangkitan Islam ialah kembali minat terhadap syiar dan idea-
idea Islam setelah mengalami satu jangka masa yang lesu"
Mengikut Alt E. Hillal Dessouk - Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada "Peningkatan
kegiatan politik atas nama Islam oleh pemerintah atau kumpulan pembangkang sepertimana yang
diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam di negara-negara Arab dan beberapa buah negara
Islam yang lain.

Dengan kata lain, kebangkitan Islam ialah merujuk kepada peningkatan mengamalkan syiar
Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan seharian umat Islam"

Kebangkitan Islam secara umumnya bolehlah dirumuskan sebagai tumbuhnya kesedaran Islam
yang semakin merata serta bersifat global, bertambahnya tekad serta kesungguhan umat untuk
menghayati ajaran Islam semuanya dalam semua aspek kehidupan.

Sebagai maklumat kepada anda, terdapat dua perkataan lagi yang ada kaitannya dengan
Kebangkitan Islam, iaitu Tajdid dan Islah; (i) Tajdid yang bererti - perubahan pemikiran umat ke
arah memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Perkataan di atas terdapat di dalam
hadis Rasulullah s. a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan tiap-tiap seratus tahun, bagi umat (Islam)
ini seorang Mujadid yang membaharui agama umatnya"

Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor kepada Kebangkitan Islam. Para ulama bersetuju
meletakkan Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz. Mujadid abad kedua ialah Iman
Syafie. Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari. Mujadid abad keempat ialah Imam al-Baqilani.
Mujadid abad kelima ialah Iman al-Ghazali. Seterusnya setiap abad akan ada Mujadid seumpama
mereka.

(ii) Islah bererti - memperbaiki sesuatu yang sudah rosak. Maksud Islah boleh dicapai melalui
dua proses: Mempertingkatkan lagi penerimaan dan pelaksanaan dasar dan ajaran Islam dalam
masyarakat Islam. Membanteras penyelewengan yang berlaku, melindungi kesucian agama
Islam dan mempertahankan kesejahteraan umat.

Perkataan Islah terdapat di dalam al-Quran, firman Allah Taala


Terjemahan: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku
berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi
sebagai pemberian daripadanya, (Patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku
tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu Yang Aku melarang kamu daripada melakukannya?
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik
untuk menjayakannya melainkan Dengan pertolongan Allah. kepada Allah jualah Aku berserah
diri dan kepadaNyalah Aku kembali. (Surah Hud:88)

Kedua-dua istilah di atas sama ada Tajdid atau Islah adalah sesuatu usaha warisan Rasulullah s.
a.w. yang perlu diteruskan atas dasar menyeru kepada makruf dan mencegah daripada mungkar.
Justeru itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim dalam memupuk suasana
Kebangkitan Islam hari ini melalui Tajdid dan Islah.
Sejarah Kebangkitan Islam

(i) Tahap pertama - Zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin.


Sebelum diutuskan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai rasul, seluruh dunia dicengkam oleh
kegelapan jahiliah. Manusia tenggelam dalam arus kesesatan, kezaliman yang menggerunkan.
Mercka teraba-raba dalam kegelapan tanpa cahaya iman yang boleh memandu mereka, ajaran
nabi dan rasul dahulu telah lenyap akibat penyelewengan dan salah tafsiran. Di tengah-tengah
suasana itulah Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan umat
manusia.

Seruan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan membawa perubahan
yang menyeluruh, meninggikan kehidupan masyarakat, menegakkan keadilan dan mencapai
kehidupan yang bernaung di bawah undang-undang Allah Taala.

Begitulah juga zaman Khulafa' al-Rasyidin dan diteruskan pula pada zaman Umayyah dan
Abasiah. Pada peringkat ini Islam memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran
ummah.

(ii) Tahap kedua - Zaman membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan unsur
khurafat, tahyul dan bidaah.

Zaman ini bermula dari lahimya gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh al-Syeikh
Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791) di Arab Saudi. Gerakan ini berusaha menumpaskan
penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang banyak mengandungi unsur-unsur syirik,
khurafat, dan bidaah. Di antara amalan yang membawa kepada syirik seperti memuja kubur para
wall dan keramat. Amalan khurafat yang meluas pada masa itu ialah mempercayai ramalan
tukang tenung dan sebagainya. Amalan bidaah pula seperti mengadakan perayaan Maulud Nabi,
menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan sebagainya. Perjuangan gerakan
Muwahhidun untuk menghidupkan semula ajaran Islam dalam bentuk yang mumi, banyak
dicontohi oleh gerakan Islah yang lain.

Di Libya - lahir gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan al-Sayyid Muhamad Alt al-Sanusi
yang berusaha keras menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam yang sebenarnya. Gerakan ini
berpengaruh di daerah pantai Utara Afrika, terutamanya di Magrib dan Sudan.

Di Mesir - gerakan yang berperanan menyedarkan masyarakat ialah gerakan Pan Islamisme di
bawah pimpinan Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897). Beliau juga berjuang menghadapi
imperialisma Barat di Afghanistan. Bagi Jamaludin al-Afghani, penjajahan Inggeris merupakan
malapetaka besar bagi dunia Islam. Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu menghadapi
malapetaka ini. Program refomasinya telah diteruskan oleh tokoh- tokoh lain seperti Muhamad
Abduh (1849 - 1905), dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).

Di India - muncul gerakan menyedarkan masyarakat yang dipimpin oleh Syah Waliyullah al-
Dahlawi (lahir 1703). Beliau merupakan tokoh Mujadid dan pemikir Islam yang begitu
berpengaruh. Fikrah dan sumbangan beliau bersifat sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi
kemudian.
Kebangkitan Islam pada tahap kedua juga berlaku di negara-negara umat Islam yang lain seperti
di Tanah Melayu dan Indonesia.

(iii) Tahap ketiga - Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideologi-ideologi bukan
Islam

Kebangkitan ini adalah lanjutan dari perjuangan tokoh-tokoh tahap kedua. Kebangkitan pada
tahap ini adalah atas kesedaran umat Islam untuk menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan
hidup secara menyeluruh. Kecenderungan untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan
menentang segala bentuk ideologi perosak telah membawa kepada wujudnya berbagai gerakan
dakwah.

Di antara gerakan-gerakan Islam yang muncul dan berperanan di zaman ini ialah:
Gerakan Ikhwan al-Muslimin (Mesir)
Jamiat al-Islam (Pakistan)
Gerakan al-Nur (Turki)
Gerakan Hamas (Palestin)
Gerakan Hizbullah (Selatan Lubnan)
Gerakan Islam di Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin

Gerakan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna. Gerakan ini
berkembang pesat di antara 1930-40an. Setelah memasuki arena politik Ikhwan dapat
memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir terutama dalam kebangkitan semangat
kebangsaan yang berlaku di antara akhir perang dunia dengan kekuasaan pemerintah tentera
Mesir. Gerakan Ikhwan al-Muslimin bukanlah gerakan dakwah kepartian yang sempit dan bukan
sekadar berkembang di negara Mesir sahaja, tetapi ia tersebar ke negara-negara Arab yang lain
seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.

Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima tujuan utama iatu:
- Memperbaiki individu
- Memperbaiki keluarga
- Memelihara umat
- Menentang penjajah
- Perpaduan Arab dan umat Islam.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah as-Syahid Hassan al-Banna, Sayyid Qutb,
Abdul Qadir Audah dan lain-lain lagi.

Sumbangan terhadap kebangkitan Islam

Ikhwan al-Muslimin merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20 ini. Gerakan ini
banyak memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam yang lain kerana:
- Ikhwan al-Muslimin adalah satu-satunya gerakan dakwah yang fleksibel dan menyeluruh.
Perjuangannya dapat memenuhi keperluan manusia dan ummah.
- Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin yang dilakukan
oleh pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati masyarakat dunia. Peristiwa
tersebut juga turut memberi semangat kepada pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan
perjuangan penuh dengan tribulasi.
- Ramai pelajar yang kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah) daripada anggota
Dewan al-Muslimin. Sekembalinya ke tanah air mereka berdakwah mengikut metod Ikhwan.
Sehingga hari ini, di mana-mana sahaja apabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan
Islam maka nama Iman Hassan al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.

Jemaah Islami di Pakistan

Ditubuhkan pada tahun 1941, di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam tahun
sebelum wujudnya negara Pakistan. Sebaik sahaja ditubuhkan negara Pakistan, Jemaah al-Islami
menuntut digubalkan perlembagaan negara berasaskan al-Qur'an dan Hadis. Tujuan
perjuangannya adalah untuk menghidupkan agama yang suci dan meninggikan kalimah Allah
dan melaksanakan hukum yang terkandung dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya dalam
kehidupan individu dan masyarakat Pakistan. Gerakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari
beberapa kumpulan aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah seperti golongan Qadiani,
kumpulan Ingkar Sunnah dan golongan yang kagum dengan tamadun Barat.

Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah al-Islami:

- Perjuangan seluruh manusia dan umat Islam khususnya agar menyembah Allah dan jangan
syirikkan Allah.
- Dakwah kepada setiap individu bagi melahirkan rasa redha dengan Islam sebagai ad-Din dan
hendaklah membersihkan din mereka daripada ciri-ciri nifaq dan kegiatan yang bertentangan
dengan Islam.
- Dakwah ini adalah untuk semua, iaitu hendaklah mereka menyuarakan kebaikan secara umum
terhadap pemerintah agar melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

(i) Adanya tekanan kuasa-kuasa Barat ke atas dunia Islam dalam bidang politik, ketenteraan, dan
ekonomi.
(a) Politik dan ketenteraan - berlaku pembunuhan dan penafian hak wilayah orang Islam.
Contoh: Serangan tentera Russia ke atas negara umat Islam Chechnya kerana tidak mengiktiraf
kemerdekaan Chechnya. Setelah hampir dua tahun serangan dilakukan dengan tentera berjumlah
39 000 orang, Moscow masih belum dapat mengalahkan 7 000 orang tentera Islam Chechnya.
Penindasan berterusan ke atas umat Islam Bosnia, Palastin, Kashmir, dan lain-lain tempat.
Penafian hak memilih kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Algeria, parti Islam FIS (Front of
Islam Salvation) telah memenangi pilihan raya umum pertama tetapi telah dibatalkan oleh regim
tentera yang disokong oleh Perancis dan negara-negara Barat yang lain.
(b) Ekonomi - Negara-negara Islam dari negara-negara Barat, sentiasa menghadapi tekanan
ekonomi dalam berbagai bentuk, sama ada sekatan ekonomi atau mengeksploitasi sumber-
sumber ekonomi negara Islam. Contoh: PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah
mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq sejak tahun 1992 lagi. Akibatnya ribuan rakyat Iraq
menderita terutamanya kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan. Peristiwa
di atas telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk bangkit merubah nasib mereka, melalui
penghayatan semula Islam.

(ii) Kegagalan Western Dissolution oleh kebanyakan pemimpin Islam yang ditaja oleh Barat.
Contoh: Negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Sudan, dan lain-lain negara termasuk Malaysia
pernah ditadbirkan oleh pemimpin sekular model barat selepas peperangan dunia pertama.
Mereka gagal membawa perubahan yang bermakna kepada masyarakat Islam. Ini memberi bukti
kukuh, bahawa negara-negara Islam tidak boleh menyelesaikan masalah mereka dengan formula
yang asing daripada Islam.

(iii) Kemampuan pihak Islam menentang pihak Barat. Contoh: Revolusi Islam Iran dibawah
pimpinan Ayatullah Khomeini yang berjaya menumbangkan Shah Iran pada tahun 1979.
Kemenangan Parti Islam FIS di Algeria yang memenangi 188 daripada 232 kemsi yang
dipertandingkan.

Peristiwa di atas telah memberi kesedaran dan keyakinan bahawa Islam mampu menjadi
mekanisme yang membangkitkan semangat rakyat menentang proses pembaratan.

(iv) Fenomena menyayat hati yang berlaku kepada umat Islam kini Contoh: Peristiwa
pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia Herzegovina oleh pihak Serbia. Serangan
tentera bersekutu ke atas Iraq yang telah mengorbankan beratus ribu kanak-kanak Iraq. Serangan
Tel-Aviv ke atas Selatan Lubnan.

Hikmat di sebalik peristiwa yang berlaku telah mendorong umat Islam di negara-negara Islam
yang lain kembali kepada kehidupan beragama. Peristiwa diatas tidak diberi perhatian dan
tindakan sewajar oleh PBB. Keadaan tersebut menjadi salah satu faktor yang menyemarakkan
lagi kesedaran umat Islam untuk bersatu memperjuangkan Islam.

(v) Peranan gerakan Islam dan pertubuhan dakwah antarabangsa Contoh: Gerakan Ikhwan al-
Muslimin, Jamiat al Islami, Pertubuhan Dakwah Antarabangsa seperti World Assembly of
Muslim Youth (WAMY) dan International Islami federation of Student Organisation (IFSO)
memberi saham yang besar dalam mencorakkan suasana kebangkitan Islam hari ini. Golongan
terbesar dalam pertubuhan ini ialah terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi. Pengaruhnya
bukan sahaja di dunia Islam, bahkan menjangkau benua Eropah, Amerika dan Timur Jauh.
Gerakan Islam berperanan sebagai pendesak kepada pemerintah supaya menubuhkan institusi
ekonomi Islam dan melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran negara.

Kesimpulan

Faktor-faktor di atas adalah di antara faktor yang membawa kepada kebangkitan Islam masa kini.
Walaubagaimanapun faktor yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah faktor agama Islam
itu sendiri. Islam sebagai al-Din yang diwahyukan oleh Allah, mempunyai sifat dan ciri-ciri
dinamikannya yang sangat unit jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Segala yang
terkandung di dalam ajarannya mendorong pendukung-pendukung gerakan Islam berjuang untuk
mencetuskan suasana kebangkitan Islam hari ini.

Kesan-Kesan Kebangkitan Islam

Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini boleh dinilai berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:
(i) Pertambahan umat Islam.
Senario positif daripada kebangkitan Islam yang paling ketara ialah pertambahan umat Islam di
serata dunia termasuk di Eropah. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang
tahun 2000 masyarakat Islam dijangka akan menjadi satu perempat dari penduduk dunia
bersamaan 1.5 bilion. Senario yang sama juga boleh dilihat di negara-negara Benua Barat. Umat
Islam di negara tersebut bukan sahaja bertambah dari segi bilangannya, tetapi telah bangkit
sebagai sebuah negara yang berasingan daripada pemerintahan komunis.

(ii) Bertambah kesedaran untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.
Kesedaran untuk mengamalkan Islam sama ada individu atau negara walaupun mendapat
tentangan pihak pemerintah dan pihak Barat. Contoh: Kesanggupan pelajar wanita Islam di
Perancis berhenti meneruskan pengajian mereka demi mempertahankan pemakaian hijab
(pakaian menutup aurat). Negara Sudan di bawah pemerintahan Hassan al-Turabi turut
melaksanakan syariat Islam. Beliau bersedia menerima kecaman pihak Barat dan negara-negara
Arab yang lain semata - mata mahu membangunkan negara mengikut syariat Islam

(iii) Kesangupan umat Islam mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi berjihad ke jalan
Allah

Sepanjang sejarah Islam sentiasa ada tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Islam yang bersedia
mengorbankan segala-galanya demi menegakkan agama Islam. Contoh: Perjuangan tentera
Mujahiddin di Afghanistan, Perjuangan tentera Chechen di Chechnya, Perjuangan gerakan
Hamas di Palestin dan lain-lain tempat di segenap pelusuk dunia Islam.

(iv) Tentangan dalam berbagai bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam terutamanya
pihak Barat

Kesimpulan

Kebangkitan semula Islam hari ini, telah memperlihatkan banyak kesan dan perubahan. Selain
daripada pertambahan bilangan penganutnya, kesan yang paling ketara ialah bertambah
mendalam sikap prejudis Barat terhadap umat Islam. Semenjak runtuhnya empayar Soviet Union
menjadikan Barat kehilangan saingan. Justeru itu mereka telah meletakan Islam sebagai saingan
dan pencabar baru tamadun Barat.

Reaksi Barat Terhadap Kebangkitan Islam

Barat melihat kebangkitan Islam pada hari ini sebagai satu ancaman kepada mereka. Justeru itu
mereka melakukan berbagai bentuk perancangan untuk membantut kebangkitan Islam.

Secara ringkas ada lima sebab utama:

(i) Tamadun Islam adalah satu-satunya tamadun yang mempunyai sejarah kegemilangan
melampaui sejarah tamadun Barat. Tamadun lain seperti India dan China tidak mempunyai
keagungan berbanding tamadun Islam.

(ii) Penentangan umat Islam terhadap usaha penjajahan yang dilakukan oleh Barat. Termasuklah
usaha mengembangkan ideologi Kapitalis-Liberal sebagai nilai universal. Pertentangan Barat
dengan Islam lebih mirip kepada pertentangan antara ideologi dengan aqidah.

(iii) Kepentigan Geo-Politik - Geo-politik yang dimaksudkan ialah kedudukan negara-negara


Islam yang strategik. Kebanyakan negara-negara Islam adalah terletak di kawasan Rimland -
pesisir pantai. Selain itu negara-negara Islam juga menguasai jalan yang menghubungi Heartland
dengan Rimland. Contohnya Balkan, Caucasio dan Central Asia serta jalan laut terpenting seperti
Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, selat Sunda dan terusan Suez.

(iv) Kepentigan Geo-Ekonomi - Kelebihan negara-negara Islam dari segi geokonomi. Sebagai
contoh simpanan minyak banyak dimiliki oleh negara-negara Islam.

(v) Propaganda Zionisma - Sejak berakhir perang dingin, Israel memperkuatkan lagi
propagandanya memburuk-burukkan gerakan Islam. Contohnya: Sidang kemuncak Damai yanag
berlangsung di Sharm El-Sheikh pada 13 Mac 1996 mengumpul para pemimpin daripada 27
negara bertujuan untuk mempertegaskan komitmen mempertahankan "Proses Damai" di Asia
Barat. Di antara beberapa keputusan yang telah diambil ialah usaha memerangi keganasan yang
digelar Fundamentalis. Fundamentalis yang dimaksudkan di sini ialah kelompok Islam seperti
kumpulan Hizbullah dan kumpulan Hamas yang menentang regim Yahudi. Propaganda Zionis
dilakukan melalui tiga cara iaitu:

(a) Melalui penulisan akedemik


(b) Melalui penggubalan Dasar Luar Amerika
(c) Melalui penayangan filem

Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat

Reaksi yang ditunjukkan oleh Barat amat negatif sekali, ini dapat dilihat dalam berbagai bentuk
seperti berikut:

(i) Melabelkan negara yang enggan tunduk kepada mana-mana logik Barat sebagai
fundamentalis (mengikut perspektif Barat ialah pelampau agama), militan, terrorist yang menaja
kegiatan pengganas antarabangsa. Contoh: Mengistiharkan Sudan sebagai pusat latihan
pengganas. Tindakan menangkap dan mempenjarakan Syeikh Umar Abdel Rahman seorang
ulama tua dan buta dengan alasan sebagai pencetus keganasan di Amerika.

(ii) Menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan antarabangsa. Contoh: Semasa perang
telok, serangan Amerika dan tentera bersekutu telah mencabul hak kemanusiaan di mana ribuan
wanita dan kanak-kanak Iraq dibunuh dan kemudahan awam dihancurkan. Menaja Perjanjian
Dayton yang lebih memihak kepada pengganas Serbia. Perjanjian damai Arab Israel yang
dimenterikan pada September 1993 lebih memihak kepada Israel.

(iii) Menyokong pemerintah yang berjiwa sekular memerintah negara Islam. Contoh: Sokongan
barat terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarrak yang sanggup memerangi dan membunuh
pejuang-pejuang Islam di Mesir. Kesediaan pihak British memberi perlindungan kepada Salman
Rushdi, penulis novel The Satanic Verses.

(iv) Mengenakan sekatan Ekonomi dan sekatan senjata untuk melemahkan negara Islam daripada
terus bangkit. Seperti apa yang dikenakan ke atas Iraq, Libya, dan Bosnia.

(v) Memonopoli sumber kekayaan negara Islam. Contoh: Merancang beberapa strategi untuk
terus menguasai minyak di rantau Teluk. Di antaranya Britain telah sengaja mencari jalan supaya
harga minyak jatuh di kalangan negara-negara OPEC dengan cara enggan bekerjasama
mengurangkan bekalan minyak mentah di pasaran. Kesan daripada itu harga minyak mentah di
13 negara OPEC jatuh dalam pasaran minyak dunia. Kempen anti kayu tropika di Asia Tenggara
Kesatuan Perdagangan Eropah telah mencadangkan satu levi ke atas pengimpot kayu tropika. Di
Amerika, Kelab Sierra telah menyediakan senarai bagi negara-negara yang patut diboikot.
Mereka mengatakan bahawa penebangan pokok akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar.
Indonesia merupakan pengeluar kertas terbesar telah membatalkan penebangan 850,000 hektar
hutan bagi mengelakan isu-isu negatif ekoran pengharaman pengimpotan kayu oleh negara
Barat. Secara tidak langsung mengakibatkan kejatuhan harga tempatan dan harga eksport.

(vi) Mengamalkan diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam negeri dan
peringkat antarabangsa. Contoh: Sikap Barat dalam menangani sengketa antara Armenia dan
Arzabaijan lebih memihak kepada Armenia.Armenia menerima US800juta dari Washington,
sedangkan Arzabaijan menerima hanya sebanyak US30 juta. Selain bantuan kewangan, Armenia
juga menerima bekalan senjata daripada pihak luar.

(vii) Media Barat sentiasa mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang boleh menghina
Islam Contoh: Kes perkahwinan Sarah-Musa yang disifatkan sebagai satu pelanggaran hak asasi
dan kebajikan kanak-kanak Britain.

Sikap Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat

(i) Mengakui hakikat permusuhan mereka terhadap Islam. Pada anggapan orang-orang Kristian,
Islam dikatakan agama ciptaan orang-orang Arab yang diciplak daripada agama Kristian dan
Yahudi, Islam dikatakan menyeleweng daripada agama asal, dan perlu ditentang. Selain daripada
itu penentangan mereka jelas terbukti dalam sejarah perang Salib, sejarah kolonialisme dan
emperialisme. Hakikat permusuhan mereka terhadap Islam di jelaskan oleh Allah dalam
firmanNya
Terjemahan: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk
Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka
tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu. (Surah al Baqarah:120)

(ii) Memperbaiki imej Islam


Dua pendekatan digunakan bagi menangkis reaksi negatif Barat. Pendekatan pertama menerusi
penerangan - mendedahkan segala bentuk-bentuk propaganda Barat. Pendekatan kedua umat
Islam perlu mempamerkan keupayaan dan kebolehan dalam semua aspek kehidupan. Seperti kata
pepatah Inggeris "Action speaks louder than words". Tonjolkan Islam bukan sahaja sekadar
agama bersifat moral, tetapi juga agama yang bercorak praktis dan maju.

(iii) Mengurangkan kebergantungan umat Islam kepada Barat.


Walaupun dunia Islam hari ini dikatakan zaman kebangkitan, namum masih lagi tunduk kepada
kuasa Barat. Sebahagian daripada negara-negara Islam terpaksa bergantung kepada bantuan
ekonomi, ketenteraan dan senjata dari Barat. Sebagai contoh, Kuwait atau keluarga al-Sabah
banyak mendapat perlindungan dari Amerika. Beliau terpaksa tunduk kepada dasar yang
ditentukan oleh Amerika dan sekutunya.

(iv) Membangunkan negara mengikut kaedah Islam


Umat Islam hari tidak boleh sekadar berbangga dengan pencapaian umat Islam silam, kerana
pencapaian mereka sudah jauh meninggalkan kita. Justeru itu umat Islam mestilah bekerja keras
untuk merealisasikan kaedah-kaedah Islam dalam kontek pembangunan negara supaya
masyarakat dunia dapat melihat kewibawaan Islam dan sekaligus mengikis segala tanggapan
negatif Barat.

Kebangkitan Islam Di Malaysia

Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia ianya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
(i) Peringkat pertama Sejarah awal kedatangan Islam ke alam Melayu. Peranan yang dimainkan
oleh kerajaan Melayu Melaka, Pasai, Perlak, Aceh dan lain-lain serta disokong oleh mubaligh
Islam telah menimbulkan satu kesedaran baru di kalangan penduduk setempat. Islam telah
mampu merubah jiwa dan watak masyarakat Melayu menjadi lebih bertamadun, cinta kepada
ilmu pengetahuan dan hidup lebih bersistem.

Di antara perubahan yang telah dibawa oleh Islam:

1. Aspek kepercayaan dan pemikiran - kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa
perubahan yang paling hebat kepada kepecayaan dan pemikiran masyarakat Melayu. Penekanan
Islam kepada Rukun Iman dan Rukun Islam sebagai pokok ajaran telah berjaya mengantikan
kepercayaan Hinduisma dan Animisma. Islam juga menekankan unsur-unsur rasional dalam
ajarannya, seperti suruhan supaya berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu.

2. Aspek sosio-budaya - Islam berjaya mengikis unsur-unsur Hindu dalam masyarakat Melayu,
seperti perhambaan, kezaliman dan kasta kepada persamaan taraf, keadilan sosial yang
menyentuh tentang hak dan tanggungjawab sesama manusia. Aspek kesenian kesusasteraan dan
berpakaian telah bertukar kepada ala Islam

3. Aspek politik dan pemerintahan - banyak unsur politik dan pemerintahan Islam telah
mempengaruhi politik masyarakat Melayu. Di antaranya konsep raja dalam agama Hindu
bertukar kepada sultan sebagai pemerintah dalam Islam. Undang-undang Islam juga berjaya
mempengaruhi undang-undang negara pada masa itu seperti dalam Hukum Kanun Melaka dan
Undang- Undang Laut Melaka.

4. Aspek ekonomi - Islam turut merubah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu. Contohnya
kebendaan bukanlah matlamat utama dalam kegiatan ekonomi mereka, tetapi akhirat menjadi
matlamat akhir. Kegiatan ekonomi berlandaskan kepada hukum halal dan haram dan
menekankan unsur-unsur kebajikan serta mengelakkan penipuan.

Kedatangan Islam dengan proses Islamisasinya berjaya mewujudkan kebangkitan Islam di


peringkat awal di Tanah Melayu.

(ii) Peringkat kedua - Semasa penjajahan Barat


Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula malap dengan kedatangan penjajah British pada
abad ke-18. Banyak perubahan yang telah dibawa oleh Inggeris. Termasuklah proses sekularisasi
yang berjaya membawa masyarakat melayu semakin lupa pada agama. Dalam masa yang sama
ajaran-ajaran Islam banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan
bidaah.

Situasi di atas telah mendorong tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk mewujudkan gerakan
refomasi di Tanah Melayu. Pada peringat awal gerakan ini dipimpin oleh mereka yang kembali
dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi suasana kebangkitan Islam di sana. Diantaranya
ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman
Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.

Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan kembali perjuangan Islam melalui dua bidang iaitu
melalui pendidikan dan penulisan.

i. Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama (madrasah) dan institusi
pondok, seperti Madrasah al- Mashur (1919) di pulau Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala
Kangsar, Madrasah Muhammadiah (1917) di Kelantan dan lain- lain lagi. Manakala institusi
pondok banyak didirikan di Pantai Timur dan utara Tanah Melayu.

ii. Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar dan majalah. Diantaranya majalah al-Iman (1906)
diikuti majalah Neraca (1911) diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin bersama
rakan-rakannya Syed Sheikh al-Hadi, Haji Agus Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-
Ikhwan (1926) dan majalah Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan oleh
Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat berpengaruh dalam
mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.

Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan yang ada pada masa itu telah berjaya: Menegakkan
ajaran Tauhid yang mumi dan membanteras penyelewengan dan kesesatan. Memupuk
perjuangan menentang penjajah (anti Malayan Union). Kesedaran untuk mengubah sikap dan
pemikiran masyarakat dalam aspek politik dan ekonomi.

(iii) Peringkat ketiga — di era kemerdekaan Tanah Melayu


Gerakan refomasi berteraskan agama mula malap di akhir tahun 1920-an dengan munculnya
golongan Nasionalisma Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris. Golongan ini banyak
menerajui kepimpinan negara sebelum dan selepas merdeka. Perjuangan tokoh-tokoh sebelum
ini disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji
Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato' Onn, dan Tungku Abdul Rahman. Perjuangan mereka
lebih kepada mengubah masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air
sendiri.

Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang turut berjuang menentang penjajahan British ialah
Hizbul al-Muslimin. Gerakan yang berlandaskan perjuangan politik ini ditubuhkan pada tahun
1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar al-Baqir. Kemunculan Hizbul al-Muslimin
membimbangkan British dan pada awal tahun 1950 pertubuhan ini telah diharamkan. Pada tahun
1951 Parti Islam Se Malaysia pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.

Selepas merdeka, Tanah Melayu terus dipimpin oleh golongan elit cendikiawan Melayu yang
berpendidikan sekular. Kepimpinan tokoh-tokoh ini telah melemahkan semangat keislaman
kerana kegairahan mereka untuk membangunkan negara mengikut model Barat.

Kegagalan membangunkan negara berteraskan agama Islam dan banyak masalah-masalah sosial
menyebabkan bangkitnya satu suasana untuk kembali kepada Islam.Kesedaran ini muncul di
kalangan para pelajar institut pngajian tinggi dan para belia.

(iv) Peringat keempat Tahun 1970-an sehingga kini

Peringkat ini dianggap era kebangkitan Islam di Malaysia yang telah banyak memberi kesan
kepada senario politik, sosial, dan ekonomi negara. Semenjak tahun 1970-an sehingga tahun
1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan yang turut menyumbang kepada kebangkitan
Islam di Malaysia.

Cabaran dalam Kebangkitan Islam di Malaysia


Kebangkitan Islam terpaksa menghadapi banyak cabaran, sama ada cabaran dalaman atau luaran.
Berikut di antara cabaran yang sentiasa menggugat proses kebangkitan Islam di Malaysia kini.

(i) Salah satu masalah yang menonjol hari ini ialah wujudnya ajaran sesat dan tarekat yang
menyeleweng dikalangan umat Islam, sehingga menimbulkan kekacauan kepada akidah dan
pemikiran masyarakat. Ajaran sesat ini tersebar di merata tempat di negara kita dengan berbagai
nama dan mempunyai ajarannya tersendiri. Di Johor terdapat ajaran Taslim Kadirunyahya,
Naqsabadiah, Mufridiah, ajaran Abu Bakar Bapu dan lain-lain. Mereka bergerak di bawah label
tasawuf, menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka. Kini terdapat
penyelewengan lain seperti aliran anti Hadis, ajaran Syiah, dan amalan nikah Mutaah. Ajaran-
ajaran sesat ini memberi cabaran kepada kebangkitan Islam kerana menggugat akidah, amalan
dan sikap hidup mereka tambahan pula gerakan mereka ini dilakukan secara sulit dan amat sukar
dikesan.

(ii) Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim - walaupun proses Islamisasi telah berjalan begitu
lama di negara kita, namun sikap prejudis dan salah tanggapan mereka terhadap Islam masih
tebal. Bagi mereka, Islam adalah milik orang-orang Melayu sahaja. Segala kelemahan dan
keburukan orang Melayu memberi gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.

Selain itu masyarakat Non-Muslim di Malaysia secara terang-terangan menolak proses Islamisasi
yang dilakukan oleh kerajaan. Di antara tindakan mereka ialah menubuhkan Majlis Perundingan
Agama-Agama (Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) pada bulan Ogos 1983. Pada 14 Januari 1986
tertubuhnya The Chiristian Federation of Malaysia (CEFM) yang menyatukan pelbagai aliran
dan mazhab Kristian dalam satu persatuan. Pertubuhan ini bertujuan mengimbangi suasana
kebangkitan Islam di Malaysia.

(iii) Perpecahan di kalangan umat Islam - perpecahan ini membantut perkembangan dakwah di
negara ini.

(iv) Kemasukan budaya liar dan gejala-gejala negatif dari luar. Kemasukan budaya liar
mengakibatkan gejala sosial yang serius terutama di kalangan remaja. Di Malaysia kebanyakan
golongan remaja mengamalkan cara hidup hedonistik dan terlibat dalam penyakit sosial seperti
dadah, disko, sex bebas dan budaya hidup liar.

(v) Pengaruh idelogi Barat - umat Islam hari ini masih lagi didominasi oleh ideologi Barat,
terutama sekali dalam sosio-budaya mereka.

(vi) Perkembangan teknologi telekomunikasi - hari ini terdapat berbagai teknologi


telekomunikasi yang canggih seperti Intenet, parabola, media elektronik dan lain-lain. Pelbagai
gejala negatif akan menyeruap masuk melalui media ini dan tentu sekali sukar untuk dibendung
oleh mana-mana gerakan dakwah. Realitinya kita melihat media hari ini lebih menonjolkan
hiburan dengan mempamerkan tokoh-tokoh penghibur tempatan dan luar yang menjadi kegilaan
masyarakat kita. Sedangkan Rancangan berbentuk agama yang menampilkan tokoh-tokoh
cendikiawan Islam dikesampingkan.

Langkah-langkah dan Strategi

(i) Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam - keimanan dan keyakinan
kepada ajaran Islam menjadi perisai utama dalam menangkis segala bentuk cabaran. Sama ada
cabaran dalam bentuk pemikiran atau yang dirancang oleh musuh-musuh Islam.

(ii) Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi – penguasaan ilmu pengetahuan merupakan
langkah yang paling berkesan dalam menghadapi cabaran. Sejarah silam telah membuktikan
bahawa kemajuan dan ketinggian tamadun akan dapat dicapai melalui kegigihan mempelajari,
mengkaji dan menyelidik dalam pelbagai bidang ilmu. Sistem pendidikan juga hendaklah
bersepadu dan perlu diadakan usaha-usaha ke arah pengislaman ilmu.

(iii) Membentuk perpaduan ummah - perpaduan umah perlu diutamakan demi menjaga keutuhan
umat Islam dan mengelak daripada berlaku perpecahan dan berpuak-puak dalam masyarakat.
Perpecahan akan memudahkan pihak musuh menghancurkan Islam.

(iv) Peranan semua pihak - mungkin timbul persoalan siapakah yang sepatutnya berperanan?
Dalam keadaan ini pihak pemerintah, ulama, gerakan-gerakan Islam dan seluruh umat Islam
mesti bersatu tenaga dalam menyusun strategi untuk menangkis serangan jahat musuh Islam.

• Pemerintah mempunyai kekuasaan dan kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk


mengatasi segala cabaran.

• Ulamak sebagai pewaris nabi mesti berperanan menyeru kepada kebenaran serta pemberi
petunjuk kepada umat manusia ke jalan yang benar. Ulama amat penting membina genarasi
Islam supaya sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan Islam.

• Gerakan-gerakan Islam hendaklah bekerjasama dalam membina masyarakat bukannya


menghabiskan masa dan tenaga bertelagah sesama sendiri.

• Setiap individu muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah, ulama, dan gerakan Islam
yang mahu menegakkan Islam. Masing-masing mempertingkatkan keimanan supaya mampu
menghadapi serangan dan dakyah daripada musuh- musuh Islam.

Kebangkitan Islam sekarang ini tidak memadai dengan semangat semata-mata, tetapi hendahlah
diiringi dengan ilmu pengetahuan, perancangan dan kebijaksanaan. Cabaran besar ini hendaklah
dipikul oleh semua pihak sama ada pemerintah, cendikiawan atau ulama, gerakan-gerakan Islam
dan semua individu muslim mengikut keupayaan masing-masing.

You might also like