You are on page 1of 3

Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan


pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga
masyarakat dan negara.

Pendidikan adalah aset penting dalam pembangunan nasional. Pendidikan


memainkan peranan yang besar dalam pembangunan modal insan dan juga eknomi.

1. Membentuk warganegara yang beraklak mulia dan masyarakat Malaysia


yang bebas daripada gejala sosial seterusnya mewujudkan negara yang
aman dan damai.
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara
demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi keadilan sosial,
dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat
yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Pendidikan membentuk
para pelajar yang mempunyai kecemerlangan dari segi Pengetahuan,
Kemahiran, Nilai-nilai yang prograsif, Sikap mengejar kemajuan, Bakat,
Bermaklumat, Daya saing yang tinggi, Patriotik. Pendidikan memupuk nila-
nilai kewarganegaraaan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat
dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Pendidikan menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan
kehendak individu, masyarakat dan negara
2. Menjana Pembangunan Modal Manusia (Human Capital)
Pendidikan adalah asas utama bagi membentuk masyarakat berpengetahuan
atau. Dasar pendidikan yang lebih liberal yang memberi peluang yang lebih
terbuka kepada semua golongan untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran perlu digubal bagi mencapai matlamat ini. Modal manusia meliputi
pengetahuan, kemahiran, kepakaran, bakat, kualiti personal, potensi dan
sebagainya.Pelaburan ke atas modal manusia merupakan satu pelaburan
yang penting kepada sesuatu masyarakat atau negara. Selain daripada
pembangunan fizikal dan ekonomi, pembangunan modal manusiamerupakan
satu kepentingan strategi dalam era k-ekonomi iaitu perubahan ekonomi
disebabkan oleh ICT. Pelaburan ke atas modal manusia juga boleh memberi
kesan langsung terhadap pembasmian kemiskinan, melahirkan tenaga mahir
dan profesional dan membentuk golongan yang berilmu pengetahuan yang
boleh menjadi penggerak kepada ekonomi.

3. Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi dan boleh menyumbang


kepada pembangunan negara.
Pekerja atau buruh merupakan satu faktor yang panting kepada pengeluaran
dankemajuan ekonomi. Buruh dalam konteks ini merangkumi tenaga kerja
profesional,mahir, separuh mahir, dan tidak mahir yang menjadi penggerak
kepada kemajuan ekonomi. Pendidikan membolehkan wujudnya tenaga kerja
yang mempunyai pengetahuan, terlatih, kreatif, inovatif, mempunyai daya
saing, mempunyai sifat - ketahanan diri, berdaya maju, produktif, berbakat,
serta berpotensi menjana pelbagai peluang pekerjaan. Mereka juga dapat
menjadi pekerja yang memberi sumbangan yang produktif kepada
pembangunan negara. Peranan pendidikan dalam era ekonomi ialah
membendung masalah pengangguran dan dapat meneroka bidang
keusahawanan berasaskan pengetahuan yang mereka miliki.

4. Membentuk golongan usahawan muda


pendidikan membentuk golongan usahawan muda yang boleh menyumbang
kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Peranan pendidikan ialah
mendorong minat golongan muda supaya dapat melibatkan diri secara aktif
dan progresif dalam menangani perubahan ekonomi. Pendidikan
menyediakan rangka tindakan membentuk dan melahirkan golongan
usahawan muda yang berpengetahuan, berani mengambil risiko, berminat
memajukan diri dalam ekonomi, mempunyai semangat patriotik, sanggup
berjuang, mengambil cabaran dalam ekonomi, komited untuk mengangkat
maruah bangsa dan negara melalui kemajuan ekonomi. Membentuk
usahawan muda adalah satu strategi penting bagi membenteras kemiskinan,
menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah dan golongan
muda, Usaha ini juga dapat membangunkan semula masyarakat dalam
kegiatan ekonomi dan memastikan pcrtumbuhan mampan, pengagihan
kekayaan dan pendapatan melalui ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan
ekuati ekonomi.

5. Mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan ekonomi


Pendidikan berperanan dalam memberikan kesedaran generasi muda tentang
kepentingan ekonomi yang mempengaruhi masa depan mereka, masyarakat
dan juga negara. Kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan
negara membangun, termasuk Malaysia adalah disebabkan produktiviti yang
rendah, taraf pembangunan teknologi yang tidak cekap, tidak
berpengetahuan, tahap pendidikanyang rendah, kadar buta huruf yang tinggi,
kurang daya kreatif dan inovatif, kurang daya usaha dan ikhtiar, tahap
modenisasi yang rendah, pengurusan dan perancangan sumber manusia
sertai sumber lain kurang cekap dan kurang menguntungkan, serta
pembaziran masa dan tenaga dengan pulangan yang rendah. Dengan
melahirkan masyarakat berpengetahuan corak penggunaan tenaga dan
modal manusia akan menjadi peransang kepada pertumbuhan dan kemajuan
ekonomi. Pendidikan dan profesion perguruan juga perIu rnembentuk
warganegara yang progresif dan dapat mempengaruhi perkembangan
ekonomi yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan hidup mereka,
Pengetahuan ekonomi merupakan satudaripada keperluan pendidikan
kenegaraan. OIeh sebab itu generasi muda perlu didedahkan dan menguasai
berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya mereka
dapat memainkan peranan yang konstrukcif dalam era kekonomi.

You might also like