You are on page 1of 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN

( SEMESTER JANUARI, 2010 )

HBHE 2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NAMA :

KU HANIZA BINTI KU OSMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN :

810622 – 08 - 5972

NOMBOR TELEFON :

012 - 5774143

E-MAIL ADDRESS :

honeyzaa@ymail.com

NAMA TUTOR :

EN. KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ


ISI KANDUNGAN

1. Pengurusan Kesihatan 2

2. Definisi Pengurusan Kesihatan 4

3. Objektif Pengurusan Kesihatan 5

4. Faedah Dalam Pengurusan Kesihatan 6

5. Kepentingan Pengurusan Kesihatan 8

6. Rancangan Pengajaran Harian 10

7. Bibliografi 12

8. Lampiran 13
Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan kesihatan diri ialah pengetahuan atau kemahiran dalam menguruskan diri.
Tubuh yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih sejahtera. Di dalam pengurusan kesihatan
diri juga terdapat merancang, melaksana dan menilai keseluruhan program dan aktiviti-aktiviti
pengurusan kesihatan diri.

Pengurusan Kesihatan Keluarga

Keluarga merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat
adalah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Kempen Cara Hidup sihat yang
dilancarkan pada tahun 2001 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
mengenai kesihatan, pemakanan, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental
dan rohani. ( Sumber : Berita Harian, 13 Ogos 2007 )
DEFINISI

OBJEKTIF KEPENTINGAN

FAEDAH
KESIHATAN DIRI
Kemahiran mengurus diri

KESIHATAN KELUARGA

Berpengetahuan, mempunyai sikap dan kemahiran untuk mencapai kesihatan keluarga optimum
KESIHATAN DIRI
AM : Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan amalan tingkahlaku sihat.

KHUSUS : Untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan, mempunyai kesedaran, minat,


sikap dan amalan yang baik dari segi penjagaan pengurusan kesihatan diri.

KESIHATAN KELUARGA
Menyumbang ke arah membentuk individu yang kukuh, berakhlak sihat, berilmu dan harmoni.
KEPENTINGAN KESIHATAN KELUARGA

KEPENTINGAN KESIHATAN DIRI


PERKARA PENTING DALAM PENGURUSAN DIRI
Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Pengurusan kesihatan Diri Tahun 5
Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan
   Tunjang           : Pengurusan Kesihatan Diri
   Tahun              :5
   Masa                : 30 minit
   Tajuk                : Penyakit Tidak Berjangkit
   Subtajuk           : 1. Karies Gigi
                                2. Penyakit Jantung

   Hasil Pembelajaran/ Objektif:


   Pada akhir pembelajaran, murid dapat
 menyatakan empat sebab berlakunya penyakit tidak berjangkit.
 bersyukur terhadap kesihatan diri sendiri.
 menyenaraikan cara pencegahan penyakit tidak berjangkit.

   Kognitif: 1. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan ketika mengalami haid dan


                    ihtilam.
                   2. Membincangkan langkah-langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit.

   Efektif  : 1. Menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan  


                       terutamanya yang penyakit tidak berjangkit.
                   2. Mengamalkan sikap positif terhadap pencegahan dan pengawalan penyakit
                        tidak berjangkit.

   Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid memang sudah mengetahui penyakit tidak      
   berjangkit dari pembacaan dan melalui televisyen.

   Bahan : Alatan/keperluan menjaga kebersihan, kalendar, gambar.

   Nilai: hargai diri, bertanggungjawab,kesyukuran, rasional dan kerjasama :

Perkara Isi/ Aktiviti Strategi P&P


Set Induksi 1.Murid melihat gambar berkaitan 1.Teori kecerdasan pelbagai
(3 minit) penyakit karies gigi dan penyakit  Kecerdasan
jantung.(Lampiran 2) intrapersonal
2.Guru dan murid berbincang  Kecerdasan verbal
mengenai gambar tersebut. linguistik.
2.Belajar cara belajar.

Langkah 1 1.Forum: Murid dibahagikan kepada 1.Teori kecerdasan pelbagai


(12 minit) dua kumpulan dan setiap kumpulan  Kecerdasan
terdiri daripada seorang pengerusi intrapersonal
dan tiga orang ahli panel.  Kecerdasan verbal
2. Kump.A (Karies gigi dan linguistik.
pencegahannya) 2.Belajar cara belajar.
Kump.B (Penyakit jantung dan cara-
cara pencegahannya)
3.Murid yang tidak terlibat
dibahagikan kepada empat kumpulan
dan mencatat maklumat berkaitan
tajuk forum.
Langkah 2 1.Setiap kumpulan membuat 1.Teori kecerdasan pelbagai
(12 minit) pembentangan tugasan dalam bentuk  Kecerdasan
puisi. intrapersonal
2.Pembentangan tugasan adalah  Kecerdasan verbal
berlatarkan sketsa, berdasarkan tajuk linguistik.
yang diberikan. 2.Belajar cara belajar.
Penutup 1.Guru merumuskan sebab berlaku  
(3 minit) penyakit tidak berjangkit dan cara
pencegahannya.

Bibliografi
Kementerian Kesihatan Malaysia . (1997). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi  
      makan secara sihat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi
      senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi
      Promosi mental sihat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa da Pustaka.

Mok Soon Sang. (2004). Penghantar pendidikan teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
      Sdn. Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (2001). Sihat sepanjang hayat. Kuala Lumpur . Dewan
      Bahasa dan Pustaka.

http:/ /www.infosihat.gov.my/penyakit-rahsia remaja.html.

http:/ /www.infosihat.gov.my

www.moh.gov.my/carahidupsihat.html

Lampiran 1 
PENGURUSAN KESIHATAN DIRI
Pengurusan kesihatan diri ialah pengetahuan atau kemahiran  dalam menguruskan diri
yang menjadi asas yang penting untukmenjamin tahap kesihatan dalam hidup sihat sepanjang
hayat. Semasa usia baru meningkat terutamanya alam remaja pengurusan kesihatan diri akan
semakin berubah di mana remaja tersebut akan mengalami beberapa perubahan disebabkan oleh
perubahan hormone dalam badan. Remaja perlu bersedia dalam menghadapi perubahan
tersebutdan perlu mengutamakan pengurusan kesihatan diri. Tubuh yang sihat akan menjadikan
kehidupan kita lebih sejahtera.
Di dalam pengurusan kesihatan diri juga terdapat merancang, melaksana dan menilai
keseluruhan program dan aktiviti-aktiviti pengurusan kesihatan diri. Program-program yang
dirancang khas perlu dilaksanakan dan juga memberi perkhidmatan sokongan dalam setiap aspek
berkaitan pengurusan kesihatan diri. Di samping itu juga, unit ini juga banyak bekerjasama
dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, sektor swasta dan NGO dalam melaksanakan program
pengurusan kesihatan diri.

Objektif Am Pengurusan Kesihatan Diri


Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan amalan tingkahlaku sihat yang
bertujuan untuk memperbaiki taraf pengurusan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat menerusi
inisiatif sendiri dan usaha-usaha masyarakat.

Objektif Khusus Pengurusan Kesihatan Diri


        Mengwujudkan masyarakat yang berpengetahuan dalam aspek pencegahan, rawatan,
pemulihan dan cara-cara memperbaiki tahap pengurusan kesihatan diri mereka.
        Melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan minat terhadap kepentingan
penjagaan pengurusan kesihatan diri.
        Mewujudkan masyarakat yang mempunyai sikap dan amalan yang baik dari segi
penjagaan pengurusan kesihatan diri.
        Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai perkhidmatan dan kemudahann
kesihatan yang sedia ada supaya mereka dapat memanfaatkannya secara efisien.
 
Kepentingan-kepentingan Pengurusan Kesihatan Diri
 Mewujudkan atau mengukuhkan polisi-polisi pengurusan kesihatan diri.
 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan, masyarakat dan agensi
terlibat dalam promosi pengurusan kesihatan diri.
 Menggalakkan penglibatan masyarakat.
 “Smart Partnership” dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO, untuk
menyediakan persekitaran yang menyokong ke arah kehidupan yang lebih sihat dan
sejahtera.
 Menyesuaikan perkhidmatan pengurusan kesihatan diri dengan keperluan semasa.

Sebagai ibu dan bapa cenderung memberi lebih keutamaan kepada anak-anak dalam pelbagai
perkara termasuk soal kesihatan diri berbanding dirinya sendiri.
            Kepentingan dan kesihatan diri sendiri biasanya pada kedudukan terakhir dalam senarai
hidup mereka semata-mata demi mendahulukan  anak-anak. Sedangkan, disedari atau tidak
kesejahteraan keluarga secara keseluruhan sebenarnya banyak bergantung kepada tahap
kesihatan diri dari ibu dan bapa kerana dengan tubuh badan yang sihat, baru mereka dapat
menjaga orang lain begitu juga sebaliknya.
            Menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora (PMC), Datuk
Dr. Nor Ashikin Mokhtar, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya
semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri kita berada dalam keadaan tidak sihat dan
diserang pelbagai penyakit.
            Justeru itu, jelasnya, biar bagaimana sibuk sekalipun, ibu dan bapa perlu mengutamakan
kesihatan mereka. Katanya lagi, kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya
ibu dan bapa tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak
sihat.
"Jika semua golongan  sentiasa kurang sihat, bagaimanakah golongan ini akan dapat melahirkan
sebuah institusi keluarga yang sihat serta memainkan peranan sebagai pengurus dalam
rumahtangga," ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Kesihatan Wanita di Seminar
PrimaNora Cares untuk Wanita anjuran bersama Pusat Perubatan PrimaNora dan Utusan Karya
Sdn. Bhd. (UKSB) baru-baru ini.
Menurut Dr . Nor Ashikin, kita sendiri perlu sedar betapa kesihatan diri itu penting dan
mengetahui bahawa menjaga kesihatan tidak sahaja bermakna kita berusaha mengelak dari
penyakit berbahaya seperti barah. Ia sebenar lebih daripada itu. Malah jelasnya, untuk
memastikan bahawa semua golongan  benar-benar sihat, pemeriksaan kesihatan juga perlu
dilakukan secara berkala dan tidak menunggu sehingga benar-benar perlu sahaja. Mengakui ibu
dan bapa adalah insan yang paling penting dalam kesejahteraan keluarga seharusnya mereka
perlu mengelak daripada pelbagai penyakit biasa yang lain seperti penyakit darah tinggi, kencing
manis, ostereoporosis dan sebagainya bagi memperoleh kehidupan yang sihat. "Semua golongan
perlu menjaga pemakanan dan memastikan makanan yang seimbang, melakukan senaman harian
untuk menyihatkan tubuh badan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan diri dan
juga minda," jelasnya.
Perunding PMC, Prof. Datuk Dr. Aminuddin Ahmad yang turut berkongsi mengenai
Mengimbangi Tekanan. Menurutnya, setiap penyakit ada penawarnya, begitu juga dalam
menghadapi tekanan, pasti ada jalan penyelesaiannya.Tegasnya, memandangkan dunia pekerjaan
memang memberi pengaruh yang cukup hebat dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga
daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan disebabkan pekerjaan
merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh
badan serta mental seseorang.Malah, persekitaran pekerjaan juga memberikan desakan dan
tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tekanan ini,
akuinya, akan memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu
sekiranya ia tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

                      Banyak implikasi negatif akan berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal
tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan
hilang tumpuan adalah antara kesannya. Kadang kala, ada di kalangan kita yang mencari jalan
singkat dan salah dalam mengatasi tekanan. Malah tegasnya, ada juga berlaku kes-kes di mana
individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula
masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan
sebagainya.

                      Sebagai seorang Muslim, beliau menegaskan, kita perlu sedar bahawa kaedah
terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan
syariat Islam. "Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan
kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

                     "Bahkan, amalan hidup sihat perlu dijadikan amalan hidup kita, supaya kesihatan
sentiasa wujud di dalam diri dan keluarga kita."Di dalam era persaingan kini, kesihatan menjadi
tunjang utama kepada kejayaan kita. Jika tidak sihat, tiada satu kerja pun dapat dilaksanakan
dengan baik," katanya.

Faedah-faedah dalam pengurusan kesihatan diri

        Di dalam pengurusan kebersihan pakaian, hendaklah menggunakan pakaian yang


bersih dan wangi.Ini akan menjdikan si pemakai akan merasa selesan memasa memakai
pakaian tersebut. Semasa membasuh pakaian mestilah menggunakan sabun untuk
menghilangkan bau. Baju tersebut hendaklah dibasuh selepas digunakan.

        Pengurusan tahap kesihatan juga merupakan aspek yang penting dalam penjagaan
tubuh badan. Segala aktiviti dapat dijalankan jika tubuh badan sihat. Segala penyakit
perlu dihindar dengan segera. Jika berlaku serangan penyakit pada badan segeralah
berjumpa dengan doktor.

        Makanan yang seimbang perlu di dalam penjagaan pengurusan pemakanan yang
sihat. Maknan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan
lain-lain. Makanan yang seimbang perlu untuk mengekalkan kesihatan yangb baik dan
akan sentiasa sihat serta membentuk badan yang ideal.

        Berat dan tinggi yang normal seorang merupakan aspek pengurusan berat badan.
Berat badan yang normal secara logiknya penyakit tiada. Berat dan tinggi perlu normal
kerana jika berlebihan akan dakan mengakibatkan seseorang mengalami obesiti iaitu
kegemukkan yang berlebihan. Maka dengan itu pemakanan perlu dijaga untuk
mengimbangi berat badan seseorang.

        Pemikiran yang sihat membawa kepada hasil kerja yang baik dan berkualiti. Jika
tiada stress semasa bekerja maka hasil kerja yang baik dapat dihasilkan.
        Apabila pengurusan kebersihan tubuh dapat dijalankan dengan sempurna maka tubuh
badan akan sentiasa sihat dan segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.

Perkara penting dalam pengurusan diri

Dalam pengurusan kesihatan diri terdapat  enam perkara yang perlu dititikberatkan iaitu:

        Pengurusan kebersihan pakaian.

        Pengurusan tahap kesihatan.

        Pengurusan pemakanan yang sihat.

        Pengurusan berat badan.

        Pengurusan tekanan(stress)

        Pengurusan kebersihan tubuh 

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Pengenalan

Keluarga merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah Negara. Jika ia teguh maka kuatlah
sesebuah Negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insane sesebuah
Negara. Kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan pada tahun 2001 bertujuan  untuk
meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan
pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental dan rohani.(Sumber: Berita Harian, 13 Ogos
2007)

Objektif
Objektif utama Pendidkan Kesihatan Keluarga adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan
individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui
perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan.

Fungsi
Melaksanakan program pembangunan pendidikan kesihatan keluarga menerusi kursus dan
aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan
dan kekeluargaan. Melaksanakan program dan aktiviti reproduksi manusia melalui perkhidmatan
klinikal dan kaunseling kepada kumpulan sasar. Menyediakan program advokasi, promosi serta
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga
dan reproduksi manusia. Bertindak sebagai focal point untuk program pembangunan keluarga di
peringkat negeri, dan bekerjasama dengan exco negeri yang bertanggungjawab kepada isu wanita
dan keluarga. Menyediakan satu pusat sumber bagi membantu pihak berkenaan mendapat
maklumat mengenai kependudukan, keluarga dan reproduksi manusia.
Fungsi-fungsi Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah seperti berikut :
 Kesihatan Antenata                 
 Kesihatan Postnatal
 Kesihatan Kanak-kanak
 Kesihatan Wanita
 Warga Sihat
 Kesihatan Remaja
 Kesihatan Wargatua
 Kesihatan Mental
 Kesihatan Pekerja
 Kesihatan Sekolah
 Pemakanan dan Dietetik
 Kesihatan Pergigian
 Rehabitatif
 Rawatan dan Jagaan di rumah
 Surveilans Kesihatan
 OPD
 
Objektif PendidiKan Kesihatan keluarga
Bersesuaian dengan Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara dan bagi mencapai
Kesihatan Untuk Semua, objektif-objektifnya adalah seperti berikut:
 Meneruskan tindakann untuk memudahkan setiap individu mencapai dan mengekalkan
taraf kesihatan yang membolehkannya menjalani kehidupan yang produktif dari segi
sosial dan ekonomi.
 
 Meneruskan penggunaan pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer yang menuju kepada
peningkatan kesihatan dan mengurangkan jurang perbezaan ke atas status kesihatan bagi
mencapai ekuiti antara kumpulan-kumpulan dan kawasan-kawasan yang berbeza.
 Melaksanakan strategi-strategi kesihatan yang menyokong dasar kerajaan untuk
membangunkan masyarakat penyayang.
 Melalui program promosi kesihatan, individu menyedari kesihatan dan sebagai individu
mengambil tindakan positif bagi membaiki kesihatan sendiri dan juga keluarganya.
 Meningkatkan penyertaan masyarakat didalam aktiviti-aktiviti kesihatan disamping
meningkatkan perkongsian kos.
 Menggalakkan usaha kerjasama antara sector dan agensi terutama meningkatkan
hubungan antara sector awam dan swasta.
 Meningkatkan produktiviti dan kualiti melalui penanaman etika dan nilai-nilai kerja
murni, disamping mencapai mutu bertaraf tinggi dan pengurusan yang professional.
 Merancang dan menyelaraskan pengeluaran pelbagai sumber manusia yang sesuai bagi
kepentingan dan keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan.
 Membendung kos dan mengurangkan peningkatan kos rawatan kesihatan untuk
membolehkan  setiap individu menikmati perkhidmatan rawatan yang saksama dan
meringankan bebanan kerajaan.
 Menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan untuk menyokong perancangan dan
penyampaian perkhidmatan kesihatan.
 Mengukuhkan system maklumat kesihatan untuk menyokong dengan lebih berkesan
keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan.
Faedah-faedah dalam pendidikan kesihatan keluarga
 Dapat mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dan fahaman agama dapat ditingkatkan.
 Dapat mengamalkan amalan-amalan yang sihat seperti dapat melakukan aktiviti senaman
atau fizikal dan pemakanan yang sihat.
 Dapat mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan
dan keseimbangan keluarga.
 Dalam pada itu juga dapat mengekalkan kesihatan mental dan emosi yang seimbang.
  Dapat berkongsi masa lapang sesama suami, isteri dan anak-anak dalam sesebuah
keluarga.
 Dapat memupuk sokongan social.
 Dapat menimbangi pendapat keluarga dengan pendapatan bulanan.
 Dapat mengawal keselamatan emosi dalam diri dan keluarga.

Kepentingan Pendidikan Kesihatan Keluarga


                Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yang
bertanggunjawab untuk menyediakan maklumat kesihatan keluarga buat komuniti. Pendidikan
Kesihatan Keluarga memberi fokus utama dalam maklumat-maklumat yang penting yang perlu
didedahkan dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luar dan
juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencing manis
(diabetes mellitus). Pendidikan Kesihatan Keluarga juga bertanggunjawab untuk memberi
maklumat-maklumat pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti.

Di Malaysia, usaha ini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran di
seluruh negara. Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-
kurangnya sebuah klinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan
Malaysia .

Kita masih ketinggalan


                  Pada dasarnya, pendedahan Pendidikan Kesihatan Keluarga di Malaysia masih jauh
ketinggalan berbanding negara-negara maju walaupun memiliki kelengkapan infrakstruktur dan
pemberian dana yang berterusan dari kerajaan. Peratusan populasi Malaysia yang menghidap
diabetes mellitus atau hipertensi berada di tahap yang membimbangkan (Peratusan untuk
populasi dunia mengikut laporan WHO adalah 6% dari populasi dunia menghidap diabetes
mellitus, tetapi di Malaysia peratusan yang dicatat tahun 2007 adalah pada tahap 14% - tertinggi
di dalam rantau Asia Tenggara). Ini belum diambil kira beberapa penyakit kronik lain seperti
obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik (chronic obstructive lung disease), penyakit jantung,
kolesterol berlebihan (dyslipidemia) dan banyak lagi.

                   Tahap kesedaran yang rendah mengenai penyakit-penyakit ini di kalangan


masyarakat juga amat meresahkan. Satu lagi bukti kegagalan pendedahan maklumat Pendidikan
Kesihatan Keluarga di Malaysia juga dapat dilihat pada jumlah perokok lelaki yang melebihi
50% daripada jumlah populasi lelaki Malaysia .  Kementerian Kesihatan Malaysia masih gagal
untuk menzahirkan satu sistem di mana rekod perubatan seseorang warga Malaysia dari lahir
boleh diperolehi pada bila-bila masa untuk rujukan atau semakan samada di klinik atau hospital.
Kita sebagai warga juga ramai yang tidak menyimpan rekod perubatan kita sendiri kerana sejak
kecil kita tidak dididik untuk mengambil tahu akan kesihatan diri sendiri.

                     Masalah lain yang sering kedengaran di dada akhbar atau media elektronik ialah
masa menunggu yang terlalu lama dan jumlah pesakit di sesebuah klinik yang terlampau ramai.
Melihat permasalahan ini bermula dari tahap kesedaran dan pendidikan warga kita mengenai
kesihatan. Jaminan hanya 50% daripada pesakit yang hadir ke klinik adalah mereka yang hanya
hadir untuk mendapatkan dua tiga biji panadol dan sebotol ubat batuk atau lebih 'parah' hanya
untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Ini menyebabkan masa menunggu menjadi lebih panjang dan
doktor atau jururawat tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk pesakit kronik diabetes,
hipertensi dan penyakit-penyakit kronik lain.

Hapuskan subsidi

                      Bagi permasalahan sebegini wujud kerana jumlah bayaran perkhidmatan yang
dikenakan untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat perundingan (konsultansi), ujian
makmal, dan ubatan, adalah terlampau murah kerana disubsisdi kerajaan. Bagai orang
mengantuk disorong bantal, maka ramai yang hadir adalah mereka yang sekadar ingin
mengambil kesempatan untuk isu-isu peribadi yang tersendiri. Mungkin telah tiba masanya
dijalankan semakan semula terhadap sistem subsidi perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik
kesihatan kerajaan. Subsidi ini perlu dikurangkan atau dihapuskan terus. Ini kerana permasalahan
utama kebanjiran pesakit 'manja' di klinik kesihatan kerajaan adalah kerana jumlah bayaran
perkhidmatan yang murah.  
                     Sudah tiba masanya bayaran dikenakan untuk seorang pesakit samada hadir untuk
rawatan penyakit kronik mahupun akut ('acute'). Maka dengan ini secara logiknya, pesakit
'manja' yang hanya hadir untuk mendapatkan panadol atau ubat batuk akan berhenti
mengunjungi klinik tersebut kerana ianya lebih murah untuk dibeli di farmasi sahaja. Seperti
yang saya sebutkan di atas, separuh dari bebanan kerja dapat dikurangkan dan lebih masa dapat
diluangkan oleh pekerja kesihatan untuk merawat penyakit-penyakit kronik.  Klinik juga
sepatutnya mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti X-
ray atau kaunseling kesihatan seperti klinik berhenti merokok dan klinik obesiti. Melalui kaedah
ini, klinik-klinik ini mampu untuk menjana dana sendiri bagi mengerakkan usaha-usaha promosi
kesedaran kesihatan dan klinik-klinik itu akan bersaing untuk mewujudkan pekhidmatan yang
terbaik pada harga yang berpatutan.

                     Perkhidmatan tambahan seperti gim senaman, spa mahupun menjadi pusat komuniti
untuk mengajar anak-anak istimewa akan dapat diwujudkan andai klinik-klinik ini diberi
kebebasan untuk mengumpul dana sendiri melalui bayaran perkhidmatan dan juga dana dari
komuniti setempat. Maka dengan cara ini, masyarakat akan lebih hampir dengan penyedia
perkhidmatan kesihatan dan usaha pendidikan kesihatan akan lebih mudah untuk menyedarkan
masyarakat mengenai kesihatan mereka. Dengan pendidikan, kesedaran dan ditambah dengan
perkhidmatan yang berkualiti, usaha memerangi penyakit kronik di Malaysia dapat
dipertingkatkan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia .

Lampiran 2
Karies gigi
Sakit Jantung

You might also like