You are on page 1of 10

,

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KETIKA MENGANDUNG

Pengenalan

Tiga Peringkat Bayi Dalam Rahim

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia


diciptakan melalui tiga peringkatan dalam rahim
ibunya.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam
tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu,
Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6) Dalam ayat ke-6
surat Az Zumar,
disebutkan bahwa
Sebagaimana yang akan difahami, ayat ini menunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan
manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga peringkat yang berbeza. dalam rahim ibu
Di dalam sains telah juga menyatakan bahwa pembentukan embrio pada dalam tiga
bayi terjadi dalam tiga peringkat yang berbeza dalam rahim ibu. Sekarang, di kegelapan.
semua buku pelajaran embriologi misalnya, dalam buku Basic Human
Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini
diuraikan sebagai berikut:

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga peringkatan: pre-embrionik; dua


setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir minggu ke lapan, dan
janin; dari minggu ke lapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition,
1984, s. 64.)

- Peringkat Pre-embrionik

Pada peringkat pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah
segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan
zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri sesama sendiri
membentuk tiga lapisan.

- Peringkat Embrionik

Peringkat kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut
sebagai "embrio". Pada peringkat ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-
lapisan sel tersebut.

- Peringkat fetus

Dimulai dari peringkat ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Peringkat ini dimulai sejak
kehamilan bulan ke lapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus peringkatan ini adalah
terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada
awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Peringkat ini berlangsung
selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.

Informasi mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah
pennyelidikan dengan menggunakan peralatan moden. Namun ayat-ayat Al Qur'an dengan cara
yang ajaib, fakta yang sebegitu terperinci dan tepat diberikan dalam Al Qur'an pada saat orang
memiliki sedikit sekali informasi di bidang kedoktoran, merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an
bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah.

Bagaimana Cara Terbaik Untuk Mengetahui Seseorang Itu Hamil

Untuk menentukan kehamilan ada 3 cara yang boleh membantu. Iaitu, dari sejarah (history)
dan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan hormone, dan ultrasound scan.
Secara tradisinya diagnosa kehamilan atau mengandung dengan mengambil sejarah dan
pemeriksaan fizikal. Perlu juga di perolehi tarikh akhir haid di a;irkan, corak kitaran, berapa hari
pengaliran dan adakah kitaran nya normal. Kerapkali di salah tafsir akan tarikh akhir haid apabila
menggunakan pil perancang keluarga, kitaran yang tak menentu, atau masih menyusukan anak.
Selebihnya 25% wanita punyai sejarah perdarahan di awal mengandung jadi menyukarkan dalam
mendapatkan bukti untuk waktu atau berapa lama umur kandungan.

Presentasi yang klasik ialah, wanita yang punyai kitaran regular, punyai waktu tanpa haid, mual
muntah, lesu, dan sakit pada payudara.

Denga pemeriksaan fizikal rahim membesar setelah pemeriksaan manual dilakukan, di samping
pembesaran payudara, pangkal rahim atau serviks lembut atau mengembang.
Walaubagaimanapun pemeriksaan ini hanya apabila rahim sudah 12 minggu. Tetapi sekarang
dengan pemeriksaan kimia dan ultrasound scan diagnosa kehamilan jauh lebih awal sebelum
semua gejala dan tanda fizikal muncul.

Sejurus dari itu pemeriksaan awal untuk memastikan atau confirm diagnosa mengandung atau
kehamilan adalah satu kemestian melalui pemeriksaan kimia dengan pemeriksaan air kencing
dengan UPT samada di lakukan sendiri atau di klinik dan melaui ultrasound scan. Ia memastikan
samada kandungan itu ada komplikasi atau tidak misalan kandungan luar rahim atau missed
abortion mahupun salah tarikh.
Perkembangan dan Tumbesan bayi
Bagaimana bayi membesar

Bulan pertama (minggu 0 – 6):


Implantasi, meletakkan kedudukannya di rahim di mana embrio yang baru terjadi melekat,
berlaku 6 – 7 hari setelah persenyawaan / fertilizasi telor dan sperma. Bahagian otak, system
saraf dan tangan dan kaki akan memutik. Jantina bayi ini di tentukan oleh sperma itu tadi dengan
izin Allah!. Jantung dan paru-paru juga mulai terbentuk begitu juga bentuk muka. Di akhir
peringkat ini panjangnya 1 inci.

Bulan kedua (minggu 6 – 10):


Jantung berdenyut kelihatan dengan ultrasound scan dan tali pusat dan uri/ plasenta terjadi dan
mulai berfungsi pada minggu ke 9 ke 10. Gaster / ‘stomach’, hati, ginjal, mata, telinga, tulang,
otot, dan otot muka juga mulai terjadi dan mengembang. Kuku juga mulai di lihat. Panjang bayi
2½ inci berat ½ ke 1 auns. .

Bulan ketiga (minggu 10 – 14) :


Korda suara, organ jantina, telinga, tangan jari, kaki, jari kaki membentuk . Bayi mulai bergerak!
Tapi belum dapat di rasakan oleh ibu. Panjang 6 inci, berat ¼ paun

Bulan keempat (minggu 14 – 19) :


Ketika ini ginjal atau buah pinggang mulai berfungsi secara langsung meningkatkan jumalh air
amniotik atau ketuban dan membolehkan bayi bergerak dengan ruang yang lebih. Rambut mulai
membentuk pada kepala – lanugo , rambut yang pendek dan halus- pada badan . Bulu mata dan
kening juga turut terbentuk ! Bayi mulai bertambah tisu lemak. Sebahagian ibu mulai merasakan
pergerakan bayi di peringkat ini! Panjang 10 inci ; berat ¾ paun

Bulan kelima (minggu 19 – 24) :


Pergerakn bayi lebih regular, kuat dan mudah di rasai. Kelopak mata telah terbentuk tapi masih
tutup. Kulit terus diselaputi tisu lemak, dan sejenis bahan yang putih likat , vernix terjadi dan
menyelaputi kulit. Pakar Obstetrik di sesetengah Negara merujuk pada peringkat viabiliti fetus,
yakni peringkat terawal sesorang bayi bolih di selamatkan di luar ibu bergantung kepada
kehadiran teknologi moden. Tapi di Malaysia kerana tahap neonatologi dan alat teknologi dan
kemudahan lain masih mencukupi viabilti fetus belum lagi. Panjang 12 inci, berat 1 ½ paun.

Bulan ke enam (minggu 24 – 28 ):


Kelopak mata mulai terbuka dan tutup dan bayi mulai repon terhadap bunyi . Bayi boleh
menendang, sedu dan menangis! Panjan 14-15 inci; berat 2-2 ½ paun.

Bulan ke tujuh (minggu 28 – 32 ):


Bayi menyedut ibu jari, tendangan kelihatan di perut ibu. Bayi sudah punyai waktu tidur / jaga
nya! Otak dan system saraf matang dengan pantasnya. Panjang 16 inci; berat 2 ½ ke 3 paun.

Bulan ke lapan ( minggu 32 – 36 ):


Bayi aktif dan membesar, pergerakannya terbatas. Kedudukannya akan berada pada keadaan
sebelum bersalin. Selalunya kepala bawah kaki atas. Panjang 18 inci ; berat 5 ½ paun.

Bulan ke sembilan ( minggu 36 – 40):

Organ bayi terus matang dan lebih tisu lemak terbentuk. Kedudukan bayi saperti sebelum
melahirkan jarang berubah ketika ini. Frekuensi pergerakan tidak berubah banyak tetapi semakin
bayi membesar mungkit kekuatan pergerakan mungkin berkurangan. Apakah yang menghantar
signal untuk proses bersalin bermula tiada siap[a yang tahu ; tapi hormone dari plasenta
memainkan beberapa peranan. Hormon itu ialah oksitosin . Ia juga di hasilkan di otak ibu, yang
mestimulasi kontraksi rahim atau kekejangan otot rahim. Panjang 20 inci, berat 6 ½ ke 8 paun .

Perubahan Badan Ketika Hamil

Selama sembilan bulan berbagai perubahan akan dilalui oleh ibu dan bayi dalam kandungannya.
Badan wanita itu akan melalui berbagai perubahan dalam mahupun luarannya. Ini boleh
menyebabkan ketidakselesaan dan menyebabkan beberapa limitasi. Berbagai cara dapat
mengurangkannya.

Trimester pertama. Bulan 1 - 3

Perubahan fizikal dan Cara mengurangkan/ perasaan


emosi
”Morning Sickness” • memakan sedikit tapi kerap
• biskut kering (crackers)
• minum selepas makan bukan bukan ketika makan

• jangan biarkan lapar


Keletihan • rehat secukupnya

• selalunya berkurangan bila memasuki trimester kedua

Trimester Kedua Bulan 4 - 6


Keletihan akan berkurangan. Ibu akan berasa lebih sihat. Waktu sesuai untuk bercuti dan
menjalani berbagai projek..
Perubahan fizikal dan Cara mengurangkan/ perasaan
emosi
Pergerakan bayi • kegirangan
Pertambahan berat badan • satu kepastian yang bayi membesar

• perasaan bagus sekira pemakan nutrisi yang seimbang


menjaga kesihatan ibu dan bayi

Trimester ketiga Bulan 7 - 9


Ibu-ibu akan merasa lebih letih sebab badan dan bayi di dalam kandungan berubah dan
membesar. Ini memerlukan banyak tenaga. Akan merasa lebih tidak selesa, tidur malam
terganggu, letih dan mengantuk, jadi tidur sekejap di waktu siang atu tengahari jika boleh
Perubahan fizikal dan Cara mengurangkan/ perasaan
emosi
Kontraksi Braxton-Hicks • persediaan badan untuk proses bersalin

• sekiranya kerap dapatkan pendapat pakar


Sesak nafas • elakkan bergegas(rushing) dan berada di dalam keadaan
sesak

• tidur dengan lebih bantal


. Masalah Di Peringkat Awal Kehamilan

Efek mengandung terhadap badan

Letih

Hampir semua wanita melalui ini terutama di awal kehamilan. Kebanyak apabila masuk trimester
kedua kelitihan ini berkurangan. Sekirnya tidak anemic atau nutrisi yang bagus, tapi masih letih
lesu tidak banyak yang dapt di perlakukan. Tapi pandai pandailah dengan masa di mana
banyakkan rehat.

Alahan mengandung / ”Morning sickness”

Sehingga 80% wanita hamil mengalami alahan mual, dan muntah atau morning sickness di
trimester pertama dan boleh berlanjutan hingga beberapa bulan kekadang hingga cukup bulan.
Selalunya kebanyakan kes adalah tidak teruk tetapi tidak patut di pandang ringan sebab sekira
tidak di rawat mungkin boleh memudaratkan ibu dan kandungannya.

Sebab – tidak di ketahui, banyak bersangkut paut dengan perubahan hormon iaitu badan cuba
menyesuaikan hormon tersebut.

Alahan yang teruk – masaalah sosial, mental ibu-ibu berkenaan, ataupun mengandung kembar
atau lebih .
Sekira tidak di rawat boleh menyebabkan dehidrasi, kurang berat badan, murung(depression),
cemas(anxiety), disfungsi tiroid, diabetes, masalah pada sistem saraf sentral, kerosakan pada
hati dan organ-organ lain ibu dan juga memudaratkan kandungan yang boleh mengakibatkan
keguguran terhadap kandungan yang sihat. Sekiranya ibu-ibu itu kehilangan berat badan 5%
dari berat badan asalnya , bayi boleh di lahirkan rendah berat badan. Seharusnya ibu-ibu yang
mengalami keadaan yang teruk ini atau hiperemesis gravidarum dirawat dalam hospital.

Berbagai cara untuk mengatasinya :- makan sedikit demi sedikit sepanjang hari, makan makan
berprotin tinggi di waktu petang ( protin tahan lama dengan ini badan bertahan lama hingga pagi
nanti). Tapi yang penting dapatkan pendapat atau rawatan awal lebih memihak untuk
mengelakkan dari kes yang lebih teruk.

Perdarahan
Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak
gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggor (molar pregnancy), kehamilan diluar
rahim.

Tips Untuk Menjaga Kandungan.

Pemakanan

Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Ketika mengandung jangan ‘makan untuk dua
orang’. Makan seimbang saperti biasa termasuk yang mempunyai protein yang tinggi. Contohnya
seperti susu, tauhu, tempe, minuman soya, kacang hijau, ikan, daging dan ayam.Ini adalah untuk
memastikan kalsium dan zat besi yang mencukupi. Ianya bukan sahaja untuk mengandung yang
mana semuanya dibahagi bersama bayi dan ibu juga untuk persediaan ketika kelahiran yang
mana mungkin kehilangan darah juga untuk penyusuan susu ibu.

Kebanyakan para ibu yang mengandung akan mengalami peningkatan selera makan selepas 4
bulan kandungan. Akibatnya ada yang tidak memikirkan makanan seimbang sehingga terlebih
mengambil makanan manis dan berkarbohidrat tinggi.Makanan terlalu manis boleh menyebabkan
pelbagai masalah kepada ibu, antaranya darah tinggi, kencing manis atau bayi yang dikandung
terlalu besar sehingga menyukarkan bersalin secara normal.Makanan yang tidak memberi apa
manafaat atau perkara lain yang mempengaruhi kesihatan janin saperti kopi, nescafe, minuman
bergas dll),

Sementara itu bagi mereka yang mengalami kurang darah, sekali sekala perlu memakan hati
atau limpa untuk menggalakkan pembentukan darah. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan
juga penting sebagai sumber vitamin dan makanan berserat yang boleh memudahkan lawas.
Demikian juga dengan pengambilan zat besi dan kalsium kerana zat besi untuk membina darah
ibu dan anak. Sementara kalsium untuk pembentukan tulang bayi. Ramai orang tidak memakan
kalsium secara tablet atau daripada sumber lain seperti susu dan ikan bilis, mengalami masalah
sakit gigi, gigi berlubang, sakit sendi dan sakit tulang.
Para ibu juga digalakkan untuk memakan makanan tambahan seperti minyak ikan yang
mengandungi AHA dan DHA yang mana selamat dari awal mengandung. Pada tempoh ini
pembentukan otak bayi berlaku, minyak ikan boleh merangsang pertumbuhan otak bayi.

Pemakanan tambahan tradisonal atau herba-herba tertentu boleh kah ia di makan?

Kebanyak para pakar perubatan, akan memberi jawapan yang agak konsisten iaitu, sekira kita
tidak tahu apakah bahan yang terkandung dalam ubatan itu tiada bukti klinikal sahih yang ia
selamat untuk di makan ketika mengandung eloklah jauhinya ketika mengandung terutamanya di
trimester pertama di mana organ-organ badan sedang terbentuk.

Senaman

Ada banyak kelebihan bersenam ketika mengandung:

• Pertambahan berat badan yang tidak mendadak dan ‘steady’


• Mengurangan ketidak selesaan yang di sebabkan kehamilan itu saperti kaki kejang,
sakit belakang, dan postur yang tidak sesuai di akibatkan kandungan yang membesar.
• Membaiki kualiti tidur
• Gaya hidup dan emosi yang sempurna
• Persediaan untuk kelahiran dan prosesnya yang lebih memberangsangkan
• Perbaiki imej diri
• Aktiviti sosial

Sebaiknya wanita seharusnya punyai program senaman sebelum hamil dan di teruskan
bersenam apabila hamil dengan sedikit modififikasi. Senaman di galakkan 2-3 kali seminggu.

Memulakan senaman yang agak mendadak tidak di syorkan. Senaman yang sederhana amatlah
di galakkan saperti aerobic, langkah yang tidak rancak, yoga, taichi, berenang dan berjalan

Hubungan Kelamin ketika mengandung

Ianya boleh di lakukan sekiranya kehamilan itu ‘normal’. Hubungan seks tidak memudaratkan
kandungan.

Bilakah ianya tidak selamat


Apabila kandungan itu dikatakan kandungan berisiko tinggi. Saperti keadaan berikut:-

• perdarahan tidak ketahui sebabnya (Unexplained vaginal bleeding )


• Terdapat gejala saperti kekejangan atau kontraksi atau kandungan kebar atau lebih.Yang
membolehkan kelahiran pramatang
• Kebocoran(leaking) air amniotic atau ketuban
• Placenta previa, atau uri bawah
• Serviks inkompeten, satu keadaan di mana serviks atau pangkal rahim lemah dan
membuka merisikokan keguguran dan kelahiran pramatang

Sekiranya tidak tahu samaada hubungan kelamin di bolehkan atau sebaliknya eloklah hubungi
masaalah ini pada pakar.

Cegah Kecacatan bayi !

Folic asid ( vit B9) 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir
kandongan.Di galakkan memakannya terdapat kajian-kajian yang menunjukkan pertalian nya
dengan sitem saraf tunjang saperti kekacatan tiada tempurung otak atau sarf tunjang terbuka e.g.
menigomyelocoele dsb.
Penyakit Rubella ketika awal mengandung berkaitan dengan kecatan mental juga pekak dan
sakit jantung.Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap. Rubella sekurang-kurang tiga bulan
sebelum mengandung. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi
boleh cacat.
Ubat-ubat benzodiazepine, psikotropik selalunya di berhentikan di trimester pertama jadi perlulah
dapatkan nasihat doktor apabila merancang untuk mengandung juga telah disahkan
mengandung. .

Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Cuba
elakkan dari hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Berbaik sangkalah pada Allah. Banyakkan berzikir dan
membaca al Quran di sepanjang waktu kehamilan ini. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai,

Berbagai cara untuk mengesan kecacatan anak. Samada melalui darah , amniosentesis atau pun
‘chorionic villous sampling’ . Tetapi sebagai seorang Islam juga undang2 negara kita di haram
mengugurkan anak walaupun janin Jadi terpulanglah untuk melakukan pemeriksaan tersebut
atau sebaliknya. Ramai pakar Islam berpndapat tidak perlu jalani ujian ini lagi pun sedikit
sebanyak seseorang itu akan hilang keyakinanya terhadapNya. Sekali lagi saranan untuk berbaik
sangkalah terhadap Allah dan banyakkan zikir dan membaca quran .
Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandongan atau 120 hari dari
tarikh konsepsi.

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami,
sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal
darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan
kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya,
amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya
sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu
jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal
dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan
beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia
telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke
dalam syurga itu. "

Mengikut orang tua2 ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh
binatang. Isteri tidak boleh menjahit, atau menggunakan sesuatu yang tajam ia boleh
menyebabkan anak cacat dan sebagainya. Kononnya amalan ini bolih menyebabkan anak yang
dikandong isteri akan lahir cacat.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu
(apa jua pun) dan akan mengampunkan (dosa) yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) “
(Surah an-Nisa’: Ayat 116
"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah
s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."
Surah Luqman 31:13;
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawanya Allah ialah salah satu dari tiga
Tuhan, pada hal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang maha Esa”
Surah al-maidah 5:73“

Merokok

Merokok ketika hamil sebabkan berat badan bayi berkurang


Wanita yang merokok selama hamil memiliki risiko menyebabkan berat badan bayi berkurangan.
Plasenta wanita perokok memiliki pembuluh-pembuluh darah menuju janin lebih kecil jadi darah
ke plasenta yang berkurangan menyebabkan bayi lahir dengan kekurangan berat badan.
Kekurangan oksigen merupakan faktor yang memberikan kontribusi mengurangi berat badan
bayi yang baru lahir pada ibu perokok

Alcohol

Penggunaan ketika mengandung boleh merosakkan bayi yang berkembang . Tahap dan
bagaimana kecacatan itu tergantung kepada jumlah alcohol yang yang di ambil. Pengambilan
alcohol yang banyak ketika mengandung boleh menyebabkanperubahan genetic;
tumbesarannya terencat, terencacat akal, cacat muka, atau masaalah sikap dan pembelajaran .
Sekiranya minum sedikit kecacatannya mungkin pada kadar yang berkurangan. Alkohol juga
menyebakan keguguran, kelahiran pramatang, atau kelahiran mati.

NASIHAT BERGUNA

Nasihat untuk para ibu mengandung.

• Berusalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan
bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang
melahirkan - senaman bersesuaian).e.g. berjalan kaki adalah senaman yang paling
sesuai untuk wanita hamil matang (wanita berusia matang) . Lakukan senaman berikut;

• Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.

• Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas
akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama
pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.

• Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.

• Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian
pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu
terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat : Susu ibu adalah anugerah
dari Allah – THE BEST !

• Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama atau lebih dari 4.
Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.

• DILARANG meminum alkohol, merokok.

• JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.

• Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.

• Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.

• Jauhi daripada sifat benci-membenci.

• Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.

• Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.

• Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan
keharmonian rumahtangga anda.

You might also like