You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA KOKURIKULUM 2011 (SUKAN DAN PERMAINAN)

TARIKH : 03 JANUARI 2011

TEMPAT : BILIK GERAKAN

MASA : 2.30 Ptg

Kehadiran :

1. Cik Norati Bt Mohd Othman Pengetua


2. Pn Hjh Rosnah Bt Othman Penolong Kanan Kokurikulum
3. Cik Rahayu Bt Yahaya Setiausaha Kokurikulum
4. En Hafiq Syazaly B Harum Setiausaha Sukan
5. En Khairul Azmi B Rosley Penyelaras Sukan/Permaianan
6. En Mohd Faizal B Mohd Sharip Penyelaras Unit Berunifom
7. Pn Siti Fatimah Yaacob Penyelaras Kelab/Persatuan
8. En Samzuki B Ismail Ketua Guru Penasihat
9. En Mohd Arzaini B Mohd Nawi Ketua Guru Penasihat
10. En Zahrizal B Md Zain Ketua Guru Penasihat
11. Pn Siti Halijah Bt Man Ketua Guru Penasihat
12. Pn Siti Radziah Bt Ayub Ketua Guru Penasihat
13. Pn Suriati Bt Samad Ketua Guru Penasihat
14. Pn Zalilah Bt Othman Ketua Guru Penasihat
15. Pn Farzerim Rohaida Bt Husin Ketua Guru Penasihat
16. Pn Rahmas Bt Mohamad Shordin Ketua Guru Penasihat
17. Pn Khor Yang Pheng Ketua Guru Penasihat
18. Pn Rusnani Bt Salleh Ketua Guru Penasihat
19. Cik Noor Y. Huda Bt Yusop Ketau Rumah Sukan
20. Cik Nor Hafizah Bt Ibrahim Ketau Rumah Sukan
21. Cik Noraini Bt Nasir Ketau Rumah Sukan
22. Cik Suruyana Bt Mohamed Ketau Rumah Sukan

Tidak Hadir :

1. Pn Haeza Bt Haron

AGENDA :

1. Aluan Pengerusi

1.1 Pn Hjh Rosnah selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan
semua guru yang hadir.
1.2 Beliau memaklumkan En Khairul Azmi B Rosley selaku Penyelaras Sukan Dan Permainan
akan mencatat minit mesyuarat pada hari ini.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan pada hari ini adalah untuk semua
ketua guru penasihat sukan dan permainan bagi mengisi buku laporan tahunan.
1.4 Beliau juga menyemak kehadiran semua ketua guru penasihat sukan dan permainan dan
ketua rumah sukan.

Makluman : Semua Guru


2. Taklimat Cara Mengisi dan Melengkapkan Buku Laporan Tahunan Sukan Dan Permainan.

2.1 Taklimat oleh Pn Hjh Rosnah untuk mengisi buku laporan tahunan kepada ketua guru
penasihat secara teperinci.
2.2 Cara menubuhkan kelab
2.3 Menyatakan tanggungjawab guru penasihat kelab
2.4 Menyatakan cara membuat mesyuarat agung kelab
2.5 Menyatakan bagaimana minit mesyuarat dijalankan
2.6 Penerangan untuk perlembagaan
2.7 Penerangan garis paduan guru :

i. PK Koko memaklumkan jika guru membuat latihan di luar sekolah sila maklumkan kepada
pihak sekolah.
ii. Maklumkan kepada guru tingkatan sekiranya pelajar terlibat dengan aktiviti sukan.
iii. Sila ikut prosedur jika pelajar pulang awal untuk mewakili sekolah ke sesuatu
pertandingan.
iv. Aktiviti luar sekolah sila pastikan surat kebenaran waris ada.
v. Pengetua memberi respon terhadap pelajar yang mewakili sekolah. Beliau meminta guru
mesti mengikut prosedur bagi mengelakkan sebarang masalah.
vi. En. Hafiq bertanyakan tentang surat kebenaran waris terdapat itu pelajar sendiri yang
menandatangani surat kebenaran waris.
vii. PK Koko dan Pengetua memberikan maklum balas supaya pelajar berkenaan tidak
dibenarkan mewakili sekolah bagi megelakkan kejadian tidak diingini.
viii. PK Koko menyentuh tentang papan kenyataan. Pastikan ia dikemaskini dan ia akan
dipantau oleh Penyelaras Sukan dan Permainan.

2.8 Penerangan cara membuat penyata kewangan


2.9 Penerangan bagaimana penilaian oleh guru penasihat
2.10 Peringatan tentang pakaian pelajar untuk mewakili sekolah oleh PK Koko. Pelajar
mesti memakai T-shirt sukan sekolah .
2.11 Penerangan tentang mesyuarat/perjumpaan-guru mesti ada semasa perjumpaan
2.12 Garis panduan untuk membuat tuntutan mesti sertakan :

i. Surat panggilan
ii. Senarai nama pelajar
iii. Jadual perlawanan

2.13 Membuat takwim dan perancangan kelab


2.14 Bagaimana membuat/ mengisi permohonan memungut derma dan belanjawan
2.15 Mengisi dokumen penilaian
2.16 Peringatan oleh PK Koko, Ketua Guru Penasihat dinasihatkan untuk membuat
pembahagian tugas bagi membolehkan aktiviti dan pengurusan kelab berjalan dengan
lancar.
2.17 Memohon peruntukan kewangan
2.18 Peringatan bahagian penyerahan tugas sila lengkapkan.
2.19 PK Koko memberikan peringatan buku laporan mestilah lengkap dan akan dipantau.
2.20 Pn Zalilah bertanyakan soalan bagaimana cara untuk meminjam alatan bagi aktiviti
kelab dan menyatakan kebanyakan alatan yang sedia ada sudah tidak berapa sesuai
digunakan.
2.21 Maklum balas daripada S/U Sukan En Hafiq menyatakan proses peminjaman alatan
mesti mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu guru penasihat kelab sukan dan
permainan perlu mengisi borang pinjaman alatan. Borang ini perlu diisi sehari
sebelum aktiviti dijalankan bagi mengelakkan berlaku kesulitan atau kekalutan
semasa hari aktiviti dijalankan.
2.22 Pn Siti Hlijah bertanyakan tentang kehadiran.
2.23 En Samzuki memberi respon tentang kekurangan peralatan boleh merencatkan aktiviti
yang hendak dijalankan, beliau menyatakan pada tahun lepas kelab futsal yang beliau
pegang kekurangan bola untuk menjalakan aktiviti. Oleh itu, En Samzuki meminta
bola futsal ditambahkan bagi membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan
boleh melibatkan semua pelajar secara maksimum semasa aktiviti dijalankan.
2.24 Pengetua memberi maklum balas dengan menyatakan perkara tersebut akan
diusahakan dan peralatan yang tidak cukup itu akan dtambah.
2.25 En Hafiq bertanyakan tentang berlakunya kesesakan padang semasa aktiviti sukan
permainan dijalankan.
2.26 Maklum balas daripada PK Koko menyatakan jadual penggunaan padang telah dibuat
oleh S/U Koko bagi mengelakkan kesesakan semasa aktiviti sukan permainan
dijalankan.
2.27 Peringatan daripada Pengetua jika guru penasihat ingin membuat atau mengadakan
perlawanan persahabatan perlu ada kertas kerja.

Tindakan : Semua Guru

3. Satu Pelajar Satu Sukan

3.1 PK Koko memberikan makluman contoh program satu pelajar satu sukan berdasarkan edaran
yang telah dibuat :

i. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan


ii. Cara menilai tahap pencapaian pelajar

3.2 PK Koko meminta S/U Sukan memberikan penerangan yang lebih terperinci tentang contoh
bagaimana program yang akan dijalankan :

i. Penerangan oleh En Hafiq dengan lebih jelas contoh program. Bagaimana ia diranncang,
aktiviti yang boleh dijalankan dan cara membuat penilaian ke atas pencapaian pelajar
bagi menjayakan program satu pelajar satu sukan ini.

Tindakan : Semua Guru

4. Pelan Strategik Sukan dan Permainan

4.1 Pk Koko menyatakan perkara yang perlu ada dalam pelan strategik tersebut :

i. Matlamat dan Objektif


ii. Pelan Taktikal
iii. Sasaran
iv. Laporan Prestasi

4.2 Pemantauan akan dilakukan oleh pihak yang terlibat


4.3 Pelan Operasi diingatkan perlu dihantar pada 5 Februari 2011

5. Sukan Tahunan Sekoalah ( Latihan Rumah Sukan)

5.1 PK Koko memaklumkan Sukan Tahunan Sekolah hanya boleh dijalankan pada bulan Jun
sahaja mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.2 Perbincangan menetapkan tugas guru rumah sukan :

i. Cadangan supaya sistem giliran digunakan.


ii. Pengetua memberikan respon terhadap cadangan tersebut. Beliau menyatakan
sebaik-baiknya semua guru rumah sukan terlibat semasa latihan dijalankan. Ini bagi
mengelakkan masalah timbul jika tedapat beberapa orang guru sahaja ketika laithan
dibuat. Ini memudahkan guru mengawal pelajar bagi melancarkan setiap latihan yang
dibuat.
5.3 PK Koko memaklumkan setiap Rumah Sukan diberikan peruntukan sebanyak RM 500 di
bawah Tabung PCG. Peruntukan ini bagi melicinkan aktiviti setiap rumah sukan yang akan
dijalankan.
5.4 Pertandingan pertama yang akan dijalankan ialah sukan tara dan acara yang dipertandingkan
ialah lompat jauh, lontar peluru dan lari 100 meter.
5.5 Peringatan untuk setiap ketua rumah sukan sila pastikan setiap acara ada atlit yang akan
mewakili rumah sukan masing-masing dan pastikan juga ada peserta bagi acara kawad kaki.

Tindakan : Semua Guru

6. Hal-hal Lain

6.1 Pembahagian tugas bagi aktiviti koko yang akan dijalankan :

i. Perkhemahan - En Mohd Faizal


ii. Merentas Desa - En Hafiq Syazaly
iii. Liga Rumah Sukan - En Khairul Azmi

6.2 Persediaan tempat untuk Perkhemahan Perdana.


6.3 Permarkahan Koko bagi setiap tingkatan :

i. Tingkatan 1 - En Faizal
ii. Tingkatan 2 - En Khairul Azmi
iii. Tingkatan 3 - Cik Rahayu
iv. Tingkatan 4 - Pn Siti Fatimah
v. Tingkatan 5 - Cik Rahayu
vi. Tingkatan 6 - PK Ting 6

6.4 Pelan Pembangunan Sukan Bola Sepak :

i. Pengetua memberi respon kepada program ini. Pengetua menyatakan beliau


mendapat tahu bahawa SMKTK merupakan sekolah yang sangat cemerlang dalan
sukan bola sepak dan juga merupakan Pusat Latihan Daerah bagi sukan bola sepak
Daerah Barat. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini pencapaian sukan bola
sepak di SMKTK agak merosot dan beliau ingin mendapatkan maklum balas daripada
Penyelaras program pembangunan sukan ini iaitu En Arzaini.
ii. Penerangan oleh En Mohd Arzaini

- Terdapat bayak kekangan ynag berlaku beberapa tahun kebelakangan ini


merupakan punca kemerosotan dalam sukan ini salah satu faktor utamanya
latihan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pada tahun-tahun sebelum ini
kebanyakan pemain-pemain yang mewakili sekolah diberikan penempatan di
asrama kerana tempat tinggal mereka agak jauh dari sekolah. Ini memudahkan
mereka untuk turun latihan pada setiap hari tetapi dua tiga tahun kebelakangan ini
kelas rancangan khas (KRK) telah dibuka di sekolah ini dan petempatan di
asrama hanya dibuka kepada pelajar KRK sahaja. Keadaan ini menyebabkan
menyebabkan kesukaran bagi pelajar-pelajar yang mewakili sekolah yang tinggal
jauh dari sekolah untuk turun mengikuti latihan. Akhirnya sesi latihan tidak dapat
dijalankan dengan baik kerana hanya segelintir pelajar sahaja yang turun
mengikuti latihan dan ini menimbulkan kesulitan bagi membentuk pasukan yang
kuat dan mantap sekaligus menyebabkan kemerosotan dalam sukan ini. Dan
terdapat beberapa faktor-fakor lain juga.
- En Arzaini memohon penempatan di asrama bagi pelajar bagi pelajar tingkatan 1
yang pernah mewakili daerah atau negeri semasa sekolah rendah dalam sukan
bola sepak untuk program pembangunan pada tahun ini.
- Ini bagi memudahkan program pembangunan Sukan Bola Sepak bagi mencapai
sasaran yang ditetapkan iaitu menjadi pasukan johan dan disegani pada tahun
2013.
iii. Pengetua memberi respon, beliau akan memberi kebenaran untuk pelajar yang
mewakili sekolah untuk tinggal di asrama. Beliau bersetuju dengan membuka
pemohonan 15 tempat untuk pelajar yang mewakili sekolah dalam sukan bola sepak
yang ingin tinggal di asrama.

Tindakan : Penyelaras Pembagunan Sukan Bola Sepak

6.5 S/U Sukan En Hafiq bertanyakan tentang struktur padang. Sistem perparitan yang terdapat
disekeliling padang sudah tidak berfungsi dengan baik dan apabila hujan turun air akan
bertakung di kawasan padang dan akan menyebabkan terdapat bahagian padang menjadi
seperti kawasan paya. Ini menyebabkan bahagian padang tersebut tidak sesuai untuk
sebarang aktiviti dan menyebabkan ruang padang menjadi agak sempit sekaligus
menyebabkan berlakunya kesesakan penggunaan padang semasa latihan rumah sukan
dijalankan.

- Maklum balas daripada pengetua, beliau menyatakan bahawa sekolah akan


mendapat peruntukan untuk menaik taraf padang sekolah oleh Kementerian tetapi
beliau tidak dapat dipastikan bilakah peruntukan tersebut akan diperolehi.

6.6 Pesanan dan harapan pengetua :

i. Jika ada mesyuarat beliau meminta semua guru yang terlibat sila hadir tetapi jika
tidak dapat hadir guru berkenaan diminta memberikan surat tunjuk sebab.
ii. Pengetua meminta jadual setiap aktiviti sukan dan permianan daripada jawatan kuasa
koko yang berkenaan bagi tahun 2011
iii. Guru mesti berada bersama pelajar semasa aktiviti dijalankan
iv. Mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa jika ingin membawa pelajar keluar
v. Pengetua berharap agar warga sekolah dapat Mengembalikan Kegemilangan Sukan
di SMKTK pada tahun ini dan seterusnya..

6.7 Ucapan penutup oleh pengerusi

Makluman : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................................ ...................................
( En Khairul Azmi B. Rosley ) (Pn Hjh Rosnah Bt Othman)
Penyelaras Sukan dan Permainan Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Telok Kumbar SMK Telok Kumbar

You might also like