You are on page 1of 8

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN

DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN


KAEDAH IMLAK

Oleh :

Hameelah Adnan

SK Taman Permas Jaya 2,


Johor Bahru, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat
yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan
merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan
perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu
mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan
berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang
jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan.
Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada
perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid
telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan
kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar
dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula
menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika
dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa
Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman
saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini
akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa
Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada
penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk
disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti
ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi
kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya membina
ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur
ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi
ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan
pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai.

Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid


disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek
penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1
Sekolah Rendah
daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan.
Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan
baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang
akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam
penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan
imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada
peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat
penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.
Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:
- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada
sesuatu perkataan.
- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
petikan atau ayat.

Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya
yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta
membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan
akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu
Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan
apabila mereka berada di tahap 2 kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan,
akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus


Kajian ini adalah bertujuan untuk:
3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
petikan yang diberi.
3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,
akhiran dan apitan.
3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat
3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13 Melayu
dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India) dalam Tahun 3
Cerdik 2.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2


Sekolah Rendah
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian
ini.
5.1.1 Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang
telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada
perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati
murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.

5.1.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan
pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia
untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya
membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah

5.2.1 Analisis Ujian Pra


Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
Pencapaian (Gred) Bilangan sampel Peratus (%)
A (80 – 100) 3 10
B (60 - 79) 12 40
C (40 – 59) 8 26.6
D (20 – 39) 5 16.7
E (0 – 19) 2 6.7
JUMLAH 30 100

Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid
telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat
empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %),
soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut
berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

5.2.2 Analisis pemerhatian


Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid
semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar


Tingkah laku Peratus ( % )
Kesungguhan 50
Kurang mengambil bahagian 30
Kurang tumpuan ( bermain, berbual, 20
mengganggu kawan )

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3


Sekolah Rendah
5.3 Tindakan yang dijalankan

Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:


- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
– Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)
- Membina ayat
- Bercerita
- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian


5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan
i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan
rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.
Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara
kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul telah
menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.

“Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul.

Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat


pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Mujib menerima
coklat itu kerana dia murid yang baik.

Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak sabar
menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam biliknya.

Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan coklatnya
itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.

“Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib.

Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar


sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam
oleh ibunya di dalam baldi.

ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti
dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah
kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih
bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan


Markah Peratus (%)
( A ) 80 - 100 10
( B ) 60 - 79 43.3
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4
Sekolah Rendah
( C ) 40 - 59 40
( D ) 20 - 39 6.6
( E ) 0 - 19
Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.

Refleksi :
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan


i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan.
Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
(Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam
sukatan)

ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya.
Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil.
Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam
tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang
singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia
memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.
Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka
berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada
adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut


jenisnya dalam lembaran yang diberikan.

Pemerhatian :
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan


Markah Peratus (%)
( A ) 80 - 100 25
( B ) 60 - 79 55
( C ) 40 - 59 20
( D ) 20 - 39 0
( E ) 0 - 19 0

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada
seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5


Sekolah Rendah
Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis
perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul.
Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P .

Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat


i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.
ii. Murid menyatakan apa yang dilihat.
(Contoh :Monyet nampak buah pisang masak)
iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat
dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.
(Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas
sebatang pokok pisang)
v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
v. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti
perbincangan
Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid
Aktiviti Bilangan murid % pencapaian
Perbincangan 22 43.6
Membaca 26 56.4

Pemerhatian :
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan
sesuatu bahan sebagai rangsangan.

Refleksi :
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid-
murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam
perbualan harian.

5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos


Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos
disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi
diubahkan kata dasar.

Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab


semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa
pemberian markah sebanyak 50 markah.

Bahagian A - Imbuhan awalan


Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan
Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30
minit.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6


Sekolah Rendah
Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos
Berdasarkan Bilangan dan Peratus
Pencapaian Bilangan Peratus
(Gred) murid
A ( 80 – 100) 10 33.3
B ( 60 - 79 ) 15 50
C ( 40 - 59 ) 5 16.7
D ( 20 - 39 )
E ( 0 - 19 )

Refleksi
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika
dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus
malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak
ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah
satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya
boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil.
Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.

Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus


Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos
Lulus 23 ( 76.6 % ) 30 ( 100 % )
Gagal 7 ( 33.4 % )
Jumlah 30 ( 100 % ) 30 ( 100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan
pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .

Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran


Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok
dengan aktiviti yang dijalankan.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman
berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu
penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan
oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan
minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk
difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai
penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya
bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang
kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina
struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7


Sekolah Rendah
struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media
seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan
Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia,


Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu ,


Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.

Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8


Sekolah Rendah

You might also like