Contoh Soalan Karangan Bahasa Melayu SPM

1. "Kejadian membuang bayi begitu meningkat pada hari ini". Nyatakan sebab-sebab berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan cara-cara penyelesaiannya. 2. Anda adalah seorang wartawan akhbar tempatan. Anda telah ditugaskan mewawancara Tokoh Warga Tua sempena Hari Warga Tua. Topik wawancara meliputi perasaan, sumbangan, harapan dan kepentingan warga tua kepada generasi sebuah negara. Tuliskan wawancara tersebut selengkapnya. 3. Berikan pendapat anda tentang kesan penggunaan komputer dan internet dalam bidang pendidikan. Tuliskan pendapat anda selengkapnya. 4. Anda menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah. Sebagai pencadang, anda bersetuju dengan kenyataan "Membeli barang-barang tempatan dapat meningkatkan ekonomi negara". Tuliskan hujah-hujah anda selengkapnya. 5. Anda menyertai satu pertandingan syarahan anjuran Persatuan Alam Sekitar sekolah anda. Tajuk syarahan ialah "Kepentingan dan peranan tempat-tempat rekreasi kepada kita". Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. 6. Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen bagi pelajar tingkatan empat dan lima anjuran Jabatan Pendidikan Negeri. Tema yang ditetapkan berhubung tentang "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

Pemantauan perlu diperhebat tangani krisis harga beras (06/05/2008)
Sumber: http://www.bharian.com.my/ KETIKA negara berdepan masalah kesan krisis makanan sedunia dengan harga beras terus melambung di pasaran antarabangsa, timbul empat persoalan, iaitu apakah kerajaan bersedia memecah monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang selama ini menjadi pengimport tunggal beras negara. Kedua, apa tindakan serta perancangan kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri berhubung ribuan hektar tanah terbiar yang dulunya tanah sawah padi. Ketiga, sejauh mana pemantauan dilakukan pihak berkuasa terhadap pemborong yang dikatakan menggred semula beras super tempatan 15 peratus hancur kepada beberapa gred lain sehingga tercetus kekurangan beras gred itu di pasaran dan keempat, mengapa pihak berkuasa yang berkaitan tidak membenarkan petani menanam padi lebih dua kali setahun seperti didakwa berlaku di Selangor. Semua persoalan ini ditimbulkan dalam usaha mengelak rakyat berdepan tekanan kenaikan harga beras dunia dan inflasi. Laporan akhbar ini semalam, menyebut bahawa Bernas mengurangkan import hampir 40 peratus dalam tempoh empat bulan lalu ekoran kenaikan harga di pasaran antarabangsa, menyebabkan berlaku masalah bekalan beras di pasaran tempatan. Keadaan bertambah buruk apabila Bernas dikatakan mencatu bekalan kepada pemborong bagi mencapai sasaran bekalan beras dalam Stok Penimbal Kebangsaan untuk tiga bulan seperti ditetapkan kerajaan. Sejak Januari hingga bulan lalu, Bernas hanya mengimport kira-kira 300,000 tan beras berbanding keperluan ideal sekurang-kurangnya 500,000 tan untuk memenuhi permintaan

******************************************* Cadangan gubal Akta Padi dan Beras bendung kenaikan harga beras (08/05/2008) Sumber: http://www. Katanya.com. Bernas dan pengilang swasta seluruh negara hendaklah memastikan pengeluaran beras tempatan gred berkenaan mencukupi untuk pasaran dalam negara. Bagaimanapun. China dan Taiwan memajukan tanah terbiar dengan tanaman padi secara usaha sama dengan petani tempatan. malah masalah sama dihadapi negeri lain. Pesawah di Selangor keliru dengan pelaksanaan dasar penanaman padi negara yang tidak membenarkan menanam padi lebih dua kali setahun atau menjual benih bermutu kepada pesawah negeri lain. menyebabkan tiada konsep tawar-menawar harga antara petani dengan Bernas kerana harga ditetapkan badan itu. Kerajaan Terengganu pula mungkin memberi peluang kepada syarikat Thailand.semasa. ³Pindaan atau penggubalan semula akta itu adalah antara langkah yang dikenal pasti boleh membendung masalah pengilang dan pemborong memainkan harga beras.bharian. Kita mahu kementerian berkaitan membuat penjelasan kerana tindakan itu jika benar. Bernas hendaklah memastikan bekalan beras gred super tempatan 15 peratus hancur itu mencukupi dan tidak berlaku kenaikan harga. . Di mana pemantauannya? Malah jika benar berlaku kekurangan. kata Timbalan Setiausaha bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. hanya Bernas menentukan harga padi dibeli daripada petani.my/ PULAU PINANG: Pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 boleh menjadi mekanisme membendung kenaikan harga beras di negara ini. Khamis Mohd Derus. Beliau berkata setakat ini tidak ada akta yang boleh mengawal pengilang dan pemborong supaya tidak manipulasi harga padi. tiada badan lain dibenar mengimport beras. selain Bernas menyebabkan tiada persaingan harga.´ katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan yang dianjurkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. Bukan saja di Terengganu yang dikatakan ribuan hektar kawasan tanaman padi dikesan tidak diusahakan. Bernas diswastakan pada Januari 1996 dan mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras negara. akan menyebabkan usaha kerajaan memastikan bekalan makanan negara terjamin dan tidak berlaku peningkatan harga sukar dilaksanakan dengan menyeluruh. Selaku badan tunggal. Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia mendakwa kekurangan beras super tempatan 15 peratus hancur adalah gara-gara sikap tidak beretika pemborong. akta sedia ada hanya mampu mengawal harga beras di peringkat peruncit dan kelemahannya pula ia hanya mengawal harga beras gred Super Tempatan (ST) 15 peratus. Beras gred ini adalah dikawal kerajaan berbanding 22 gred beras lain yang ditentukan permintaan pasaran. Apakah sudah tiba masanya kerajaan membenarkan pihak lain mengimport beras dalam keadaan sekarang? Dalam kemelut seperti sekarang. Begitu juga.

Khamis berkata. Pertanian bagi sesetengah negara diabaikan sejak sekian lama memandangkan tumpuan yang lebih diberikan kepada ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. sedangkan produktivitinya semakin menurun sejak 1980-an. ³Kita juga tidak nampak berlaku kegiatan menyorok bekalan beras di negara ini kerana semua rekod aliran bekalan pengeluaran padi sentiasa dipantau kementerian. namun apabila berlaku krisis makanan global ketika ini. Kenyataan rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini bahawa krisis makanan dunia berada pada tahap serius dan boleh mengancam kempen membasmi kemiskinan . Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat menjangkakan 37 negara akan berdepan dengan krisis bekalan makanan terburuk pada abad ini. .20 sekilogram. Katanya. Kekayaan dan kemakmuran negara maju dan membangun membolehkan mereka mengimport terus sumber makanan asasi dari negara luar tanpa perlu bergantung kepada stok domestik.Bernama . Pertubuhan Pendidikan.´ katanya. Fenomena senyap yang telah lama memberikan isyarat ini dipandang sepi dan dianggap tidak penting ekoran sektor pengeluaran makanan dianggap sebagai bidang yang primitif dan tidak popular.. Elak makanan terbuang ketika krisis (03/05/2008) Oleh Mohamad Sofee Razak Sumber: http://www.com. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat pula dalam kenyataannya memberitahu kenaikan itu adalah tertinggi sejak dua dekad lalu. Selain itu.my/ DUNIA kini sedang berhadapan dengan polemik krisis makanan global. banyak negara sedang berhadapan dengan masalah besar kekurangan makanan. antara faktor lain berlaku kenaikan harga beras ialah disebabkan peningkatan permintaan terhadap beras ST 15 peratus ekoran harganya yang lebih murah berbanding beras gred lain. harga beras hancur yang dijual oleh pemborong adalah RM2 manakala peruncit menjualnya pada harga RM2.´ katanya. ³Pihak industri terutama pengeluar bihun turut menggunakan beras jenis ini kerana harganya yang lebih murah berbanding beras hancur. beliau berkata faktor spekulasi juga menjadi sebahagian daripda punca pengilang enggan mengeluarkan bekalan beras jenis ST 15 peratus di pasaran atas alasan harga komoditi itu akan meningkat. industri pelancongan serta kepesatan pembangunan sektor perkilangan.bharian. Akibatnya kini dunia berdepan dengan kekurangan sumber makanan asasi. Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pula dalam satu laporannya menyatakan harga beras dunia sejak lima tahun lalu meningkat sehingga tiga kali ganda.

peralatan mesin dan sebagainya ke arah kemajuan dan kebaikan . Peperangan dan penjajahan dalam bentuk baru tidak mustahil berlaku sekiranya stok makanan dunia semakin berkurangan dan susah diperoleh. berikutan kekurangan bekalan dan kenaikan harga komoditi itu. Langkah kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM4 bilion untuk pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara (DJMN) bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat Malaysia adalah langkah proaktif dan tepat. Eropah dan sebagainya. Mesir dan beberapa negara lain akibat krisis ini. struktur ekonomi dan sosial juga akan terjejas yang mampu memberi impak negatif kepada landskap pembangunan negara. beberapa negara Arab. Pertubuhan itu turut menyeru agar masyarakat dunia bersatu bertindak secara bersepadu bagi mengelak implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar daripada krisis ini. mengganas dan mengancam penduduk dunia. Peralihan kuasa secara drastik dan tidak terkawal yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang sedang dialami boleh berlaku pada bila-bila masa di kebanyakan negara apabila rakyat bangkit bertindak mengikut emosi dan ketika `perut lapar'. demonstrasi. Demokrasi juga boleh tergugat dan disalah guna oleh pihak tertentu bagi memburukkan lagi keadaan di mana boleh mengancam sistem pemerintahan negara jika fenomena terbaru ini gagal ditangani segera. Dalam hal ini negara miskin dan membangun akan menjadi mangsa keadaan krisis terbaru ini yang boleh membawa kepada kancah peperangan. Lebih menakutkan apabila Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran harga makanan yang melambung tinggi boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan dan mencetus peperangan yang mana setakat ini telah berlaku rusuhan besar-besaran di Haiti. Tindakan Thailand. Vietnam dan Myanmar yang menjadi periuk nasi utama dunia menghentikan eksport beras ke luar negara sehingga 50 peratus akan memburukkan lagi krisis yang sedang dihadapi ini.sejagat untuk jangka masa panjang. Keadaan ini juga boleh membuka peluang dan ruang kepada pihak luar atau orang asing mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku di dalam negara. apa saja sanggup dilakukan sebagai tanda protes dan balas dendam. Afrika dan Amerika Selatan. Kejadian yang berlaku di luar negara perlu dihentikan segera dan telah menyedarkan banyak pihak bagi membendung krisis ini daripada terus membarah. pembukaan kawasan baru pertanian terutama di Sarawak dan di Semenanjung serta subsidi bagi pengeluaran makanan racun. Walaupun tindakan mereka adalah bagi menjamin dasar makanan dan pertanian negara masing-masing akibatnya akan dihadapi oleh negara lain yang bergantung sepenuhnya kepada import beras seperti Singapura. Situasi ini jika tidak dikawal akan mewujudkan ketegangan dan kekacauan dalam negara yang boleh membawa kepada masalah kebuluran kronik. protes dan keganasan di serata dunia. teknologi penanaman. Peruntukan itu sebagai jaminan stok penimbal makanan negara. Apabila politik tidak stabil dan tidak terurus. Dalam isu yang sama. Bank Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO) baru-baru ini turut memberi amaran krisis pemakanan global akan berlanjutan terutama di Asia.

sebaliknya kita juga pengeksport makanan dunia. Ini selaras polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan Pembangunan Universiti Malaya (UM). Jika kerajaan berjaya merealisasikan sasaran ini. dengan dasar dan pelan jangka panjang yang ada. kedudukan Malaysia dari segi kekayaan bukan berada pada tahap kritikal. Bagi Malaysia. kita mempunyai pilihan lain untuk menampung keperluan makanan pada tahap maksimum. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak awal pemerintahan beliau yang tekad memperkasa dan menjenamakan semula sektor pertanian negara seiring dengan industri penjana utama ekonomi lain. Profesor Madya Dr Sulochana Nair. Peruntukan itu juga bagi membolehkan negara bersedia dalam menghadapi inflasi makanan global yang berlaku sekarang dan kerajaan akan memastikan bahawa Malaysia mampu untuk memenuhi keperluan makanan sendiri sebanyak 100 peratus berbanding antara 65 peratus hingga 70 peratus sebelum ini. maka kita tidak perlu lagi mengimport bekalan makanan ini dan boleh menjimatkan kos import yang boleh digunakan untuk memajukan lagi teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian negara seperti menggunakan nanoteknologi dan sebagainya. berpendapat sebagai negara sedang membangun. terutama ketika menghadapi kesan krisis makanan dunia yang mulai dirasai rakyat. rakyat negara ini wajar bijak mengawal . India juga melaksanakan langkah sama sejak 1950-an khususnya bagi mengawal harga barang pertanian.50 setong kepada AS$30 setong. Stok penimbal itu akan berfungsi menyimpan barangan komoditi tertentu yang boleh diagihkan untuk kegunaan rakyat sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan di pasaran. Krisis makanan adalah fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia sama ada di negara maju atau miskin di mana negara kita tidak terkecuali. Dasar yang diperkenalkan diharapkan mampu memastikan bekalan makanan negara mencukupi pada bila-bila masa. Kewujudan Stok Penimbal Kebangsaan di bawah Majlis Harga Negara (MHN) iaitu inisiatif baru untuk memperkukuh strategi bagi memastikan harga barang keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di dalam negara hendaklah dimantapkan lagi bagi mendepani krisis ini pada masa depan. Biarpun begitu. walaupun tiada beras atau harga beras meningkat sekali pun disebabkan krisis berkenaan. Bagaimanapun. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan juga menetapkan sasaran untuk mengurangkan duti import beras dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi memenuhi 90 peratus kadar sara diri berbanding 72. melihat kepada senario semasa. Penubuhan majlis seperti ini telah dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom ketika krisis kenaikan harga minyak dunia pada 1974 dan 1979 apabila kos bahan itu meningkat daripada AS$2. Rakyat negara ini tidak perlu memberi reaksi melampau terhadap isu kenaikan harga beras dunia kerana Malaysia memiliki banyak pilihan bagi mengelakkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran. Negara juga bukannya pengimport makanan bersih saja.dasar pertanian di negara kita.2 peratus pada masa sekarang.

makanan yang terbuang adalah menyamai hampir sebahagian daripada pembuangan sisa kumbahan negara.com.000 tan sisa kumbahan yang dijana setiap hari. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).htm&arc=hive MENGUSAHAKAN penambahan bahan makanan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. ganti sumber makanan rakyat Malaysia. maka tiada nasi dan jawapannya belum makan lagi..my/utusan/arkib. dilaporkan pada 2006. lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berhadapan krisis kekurangan makanan ini biarpun rakyat di negara ini hidup dalam keadaan yang cukup mewah dan belum diuji dengan kekurangan makanan serius. . Penguatkuasaan undang-undang yang komited. Kita tentu masih ingat atau mengetahui mengenai masalah kekurangan makanan semasa dijajah oleh tentera Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. biarpun telah makan mi.asp?y=2008&dt=0508&pub=utusan_malaysia&sec=ren cana&pg=re_08. pelaksanaan dasar yang kompeten dan sikap masyarakat itu sendiri terhadap masalah ini menjadi penentu kepada kejayaan kerajaan mengatasi krisis serius ini. terutama di kampung-kampung ialah ubi kayu. hampir 20. namun itu bukan alasan untuk tidak berusaha meningkatkan pengeluaran makanan negara. keladi. 45 peratus daripadanya adalah makanan terbuang. Tiada beras. pulut. Pihak kerajaan juga perlu memantau sebarang bentuk kenaikan harga barang komoditi ini agar rakyat tidak menjadi mangsa keadaan biarpun beras dikategorikan sebagai barangan kawalan di negara kita. . Mencari alternatif beras (08/05/2008) Oleh LOKMAN ISMAIL Sumber: http://www. Makanan tidak hanya merujuk kepada beras semata-mata. Kementerian terbabit juga perlu membuat kajian mengenai dasar jaminan makanan serta mencari jalan bagi menstabilkan harga barangan kritikal dan komoditi di samping meneliti secara terperinci mengenai jumlah stok penimbal yang perlu disediakan termasuk mengadakan perjanjian jangka panjang dengan negara lain bagi membekalkan komoditi utama seperti beras. Situasi seperti ini perlu dihentikan segera dan tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku di negara kita. Disebabkan harga beras yang melambung (masalah nilai wang) dan kekurangan bekalan. lulusan Sarjana Komunikasi Massa dan Sarjana Muda Undang-Undang UiTM kini berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara.perbelanjaan dan mengatur tabiat pemakanan harian agar tidak menjadi penyumbang kepada krisis yang sedang berlaku ini. Penulis. kita masih mahu makan nasi juga. pisang dan ulam-ulaman. Biarpun tidak dinafikan banyak halangan terpaksa dihadapi. Dalam erti lain. keledek. Sebab itu.utusan. Inilah budaya masyarakat kita yang tidak dapat lari daripada nasi sebagai makanan ruji. kek atau sesuatu yang mengenyangkan.

rakyatnya sengsara dan mati kerana kekurangan makanan. untuk mengusahakan tanaman lain rasanya tidak begitu sukar. ialah cita rasa rakyat kita kenalah berubah. Jenis makanan itu kaya dengan zat pemakanan untuk kesihatan dan perubatan. Ia boleh ditanam dan membesar sepanjang tahun. tetapi rakyat kita berpenyakit dan mati disebabkan lebih makan. keladi. Mungkin untuk menambah penghasilan beras secara mendadak sedikit bermasalah kerana memerlukan sistem pengairan dan pengaliran yang baik. penerapan amalan berjimat atau mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan juga satu tindakan serampang dua mata iaitu mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan pada masa yang sama mengamalkan pemakanan sihat.Penduduk sekarang tidak lagi berminat makan jenis-jenis makanan itu. Tetapi. keledek dan keladi. Jangan hanya mengharapkan nasi saja sebagai makanan ruji. tetapi apa yang lebih penting ialah ia mudah ditanam. hidup subur dan mampu mengeluarkan hasil di negara kita. Jenis tanaman itu tidak memerlukan bekalan air. kecuali ubi kayu yang tidak tahan apabila berlaku banjir yang menyebabkan ubinya menjadi buruk. Di negara lain. beberapa jenis pisang dijadikan makanan bayi yang kini telah diambil alih oleh makanan bijirin diproses di kilang. Ada yang beranggapan itu makanan golongan miskin atau penduduk kampung saja. Di samping itu. Itulah silapnya apabila sumber makanan yang banyak di negara kita tidak dihargai. pada masa lalu. kecuali dalam kadar yang relatif berbanding padi. tetapi terus mengeluarkan anak baru dan memberikan hasil yang berterusan. Malah. Malah banyak yang tidak kenal ubi kayu. . Di negara kita sendiri. Ada yang asalnya ditanam berpuluh tahun lalu. Paling mudah ditanam ialah pisang. Apa yang penting. boleh dijadikan makanan ruji. keledek dan pisang tidak memerlukan bendang atau ladang khas. Untuk menanam ubi kayu. Apa yang penting ada usaha dilakukan untuk menambah bekalan makanan pilihan selain beras. HasilJenis-jenis tanaman itu bukan sahaja boleh menjadi alternatif kepada beras. Negara kita mempunyai keluasan tanah pertanian yang mampu untuk menampung keperluan makanan negara jika betul-betul diusahakan. Gambaran yang dinyatakan ini bertujuan supaya rakyat tidak perlu begitu runsing mengenai krisis makanan yang berlaku sekarang. Penduduk di negara tertentu menjadikan pisang sebagai makanan utama. Kawasan di tepi rumah juga boleh ditanam. Sekarang ini banyak kawasan yang terbiar ditumbuhi semak samun.

Pendidikan Sivik dan sebagainya. pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus. menumbuk. Menurut kajian. ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan . Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut. Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli.. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini. Dengan itu.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Oleh itu. ibu bapa. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral. Ringkasnya.Punca-punca dan Langkah-langkah Menangani Isu BULI Buli semakin berleluasa di sekolah kita. ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Di samping itu. kerajaan. mengejek. pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Selain itu. para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya.Soalan Ramalan Karangan SPM. masyarakat dan lain-lain lagi. menghina. mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. Selain itu. setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Bak kata pepatah µtiada penyakit yang tiada penyembuhnya¶. ³Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang´. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Pendidikan Islam. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah. memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini.di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. sedangkan mereka juga sering mengejek. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Manakala. Tambahan pula. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Hasrat . Jika kes ini masih tidak dibicarakan. Contohnya. pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Namun begitu. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. jika kawannya minat membaca buku. masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. selagi masalah ini masih berleluasa. Bak kata pepatah µbapa borek. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.Di samping itu. Selain itu. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka. µketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget¶. ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. anak rintih¶. Natijahnya. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja. di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja. menghina orang dan sebagainya. pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

melibatkan penggunaan robot & mesin automatik. Semoga berkat daya usaha yang gigih. pesawat terbang. Oleh itu. video . animasi.Simpankira & Perakaunan: menyimpan rekod aktiviti perniagaan . tentera.tentera: pengawalan senjata.Automasi pejabat: mengurangkan tenaga manusia . pemudi tiang negara¶. kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia. Bak kata peribahasa Melayu µpemuda harapan bangsa.Sistem diagnostik: pengenalpastian penyakit . simulasi untuk latihan 3) Perubatan .'Computer aided design' atau CAD: untuk menghasilkan lukisan lengkap reka bentuk suatu barangan/bangunan.Pemantauan keadaan pesakit di ICU (kadar denyutan jantung.Sistem expert: Sistem komputer yang menyelesaikan masalah khas pada tahap kepakaran manusia. Bincangkan aplikasi teknologi maklumat dalam kehidupan seharian kita.pengurusan maklumat .negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya.'Computer aided engineering' atau CAE: mereka bentuk.'Computer aided manufacturing' atau CAM: mengawal pemasangan & pembuatan barangan.Multimedia interaktif: pengajaran yang dinamik. kesan teknologi maklumat yang berkembang maju boleh dilihat dalam pelbagai bidang.sidang video untuk mesyuarat . Soalan Pada era serba moden ini. undang-undang . program mampu melakukan proses penganalisaan 6) Peruncitan . cth: AutoCad . mengurangkan keperluan tenaga manusia 2) Kerajaan. radar.Sidang video & telesidang: Program Pendidikan Jarak Jauh 5) Perniagaan . menguji dan komponen-komponen. maklumat mudah dicapai dalam CD .Rangkaian interaktif: Internet. peluru berpandu.Sistem imaging: penganalisaan jumlah data yang banyak drpd sistem imaging spt x-ray & MRI 4) Pendidikan . Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. melibatkan bunyi. semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. 1) Perkilangan . bantu memperoleh maklumat yang mencukupi untuk elak kesilapan yang mungkin timbul sebelum suatu barang dikeluarkan . pernafasan dan aktiviti otak) .

Realiti maya (virtual reality): persekitaran maklumat yang menggabungkan visual & audio yang menghasilkan keadaan yang realistik . mendaftar masuk (check in) dan pembayaran semasa keluar (check out) mudah dan cepat 7) Hiburan . cepat & kurangkan kesilapan semasa pembayaran .Perkhidmatan pelanggan: Memperoleh maklumat ttg produk dgn cepat untuk pelanggan .Sistem tempat jualan: Pengimbas kod barangan.Grafik yang mengkagumkan untuk filem 'science fiction' .Hotel & restoran: menyimpan rekod pelanggan..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful