You are on page 1of 17

RANCANGAN

PERNIAGAAN
PENGENALAN
MAKSUD RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis
diantara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan
tentang:
Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju
perniagaan dan bagaimana ia akan berkembang secara
menyeluruh
Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah
yang akan diambil pada masa hadapan untuk
membangunkan perniagaan serta
Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara
perlaksanaan strategi perniagaan.
Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain
untuk Rancangan Perniagaan. Di antaranya adalah
pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek
atau prospektus. Rancangan Perniagaan merupakan
peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan
strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.
TUJUAN MENULIS RANCANGAN
PERNIAGAAN
Sebagai panduan dalam mengendalikan perniagaan
Rancangan perniagaan boleh dijadikan panduan dalam
mengendalikan aktiviti perniagaan atau membantu
usahawan untuk menakrifkan aktiviti, tanggungjawab dan
objektif yang hendak dicapai. Selain itu, rancangan
perniagaan ini juga dapat membantu usahawan untuk
membangunkan strategi dalam menjalankan perniagaan.
Rancangan perniagaan memberikan gambaran tentang
bagaimana sesuatau perniagaan itu harus dijalankan melalui
matlamat hala tuju yang telah ditetapkan dan juga dapat
mengenalpasti segala kekangan yang bakal dialami oleh
seseorang usahawan semasa menjalankan peniagaan.
Memahami perniagaan dengan lebih jelas
Usahawan yang menyediakan rancangan perniagaan mereka
sendiri yang dapat memahami bidang perniagaan yang mereka
lakukan dengan lebih jelas. Dengan menyediakan sendiri
rancangan perniagaan, usahawan secara tidak langsung akan
dipaksa memahami segala aspek dalam pengurusan perniagaan
mereka yang meliputi aspek pengurusan pemasaran, pengurusan
operasi dan produk serta pengurusan didalam rancangan
kewangan. Selain itu, melalui rancangan perniagaan usahawan
dapat mengenalpasti segala kekangan yang bakal dialami oleh
mereka semasa menjalankan perniagaan. Dengan ini usahawan
dapat bersedia lebih awal dalam menghadapi pelbagai risiko yang
akan berlaku.
Menentukan jumlah modal dan sumber-sumber syarikat yang
diperlukan.
Sesebuah rancangan perniagaan yang disediakan dapat membantu
usahawan didalam menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk
memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan yang sedia
ada untuk mereka jalankan. Dokumen ini juga dapat membantu dari
segi penentuan sumber pembiayaan yang diperlukan dan daripada
mana ia diperolehi. Selain itu, rancangan perniagaan sangat berguna
dalam usaha untuk mengagihkan sumber-sumber syarikat dengan
lebih teratur seperti sumber kewangan. Sumber manusia, peralatan
dan juga masa adalah terhad dalam asatu jangkamasa tertentu. Maka
pengagihan sumber perlu dilakukan dengan baik supaya
memperolehi hasil yang optimum dengan kos yang minimum.
Mengurangkan risiko berlakunya kegagalan
Usahawan harus menjadikan rancangan perniagaan sebagai
panduan didalam mengendalikan perniagaan ia sebagai langkah
untuk mengurangkan risiko berlakunya kegagalan. Semasa
menyediakan rancangan perniagaan, usahawan akan memulakan
kajian dan menilai daya maju projek atau perniagaan yang ingin
diusahakan terlebih dahulu berdasarkan maklumat dan data terkini
sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu. Dengan itu usahawan
dapat menilai sama ada perniagaan yang ingin dilakukan itu
berdaya maju atau sebaliknya. Apabila seseorang usahawan
melakkan kaian terperinci segala masalah atau kekangan yang akan
dapat diketahui dan secara tidak langsung usahawan itu akan cuba
mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang akan dihadapinya.
Memohon pembiayaan dari pihak luar
Bagi meyakinkan pihak luar yang boleh memberikan
suntikan modal seperti pihak bank, bakal pelabur dan
sebagainya. Rancangan perniagaan dijadikan sebagai
medium untuk menunjukkan kebolehcapaian
sesebuah perniagaan. Segala perancangan rapi
berkenanan perniagaan yang ingin dijalankan akan
dijadikan sebagai panduan kepada para pelabur atau
peminjam bagi meyakinkan mereka untuk membantu
dalam menyediakan modal.
KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Pada bahagian awal unit ini, kepentingan Rancangan
Perniagaan kepada pihak perniagaan telah pun
dikenalpasti. Walau bagaimanapun, Rancangan
Perniagaan bukan sahaja penting kepada pihak-pihak
seperti di dalam contoh tersebut tetapi ia juga amat
penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam
perniagaan mahu pun pihak-pihak yang
berkepentingan di luar perniagaan.
Kepentingan Rancangan Perniagaan
Kepada Usahawan
Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai
idea perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara
objektif dan kritis.

Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya


maju atau tidak.

Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan


pengagihan sumber perniagaan dengan baik dan berkesan

Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin


timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.
Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian

Membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai


perniagaan

Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan


jangkaan perniagaan

Menilai prestasi perniagaan

Merancang pembangunan produk baru

Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan


Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada
Pihak Luar
Juru bank atau pegawai bank
Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung
dengan permohonan pembiayaan perniagaan

Pembekal
Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan
kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan menilai
sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak
Kakitangan
Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi
membolehkan mereka melakukan kerja-kerja seperti yang
diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan pekerja
untuk terus bekerja dengan perniagaan
 
Pelanggan
Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat
menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih
selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya
terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.
Pelabur
Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi
keyakinan yang tinggi kepada bakal pelabur atau
pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.
CIRI ASAS RANCANGAN PERNIAGAAN
YANG BAIK
Fakta dan maklumat yang digunakan adalah benar dan terkini, yang diperolehi
daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti rekod dan data dalaman
perniagaan, statistik kerajaan, data penyelidikan pemasaran dan lain-lain.

Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci dan berasas
 
Maklumat dan data-data yang berubah dari semasa ke semasa diubahsuai dan
dikemaskini.
 
Mempunyai satu set penyata kewangan: proforma aliran tunai,akaun penamat
 
Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan Rancangan Perniagaan
hendaklah mengambil kira tujuan ianya disediakan, contohnya untuk
memohon pinjaman bank, untuk mendapatkan sesuatu tender dan sebagainya.
Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti
perniagaan.. Contohnya jika ramalan pendapatan perniagaan
adalah RM1 juta, maka bahagian pemasaran, pengeluaran,
kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan
bertindak sebagai ‘satu pasukan’ bagi mendapatkan sebanyak
RM1 juta.

Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan


atau pengurus terbabit
 
Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh
dilaksanakan.
Sekian
Terima kasih

You might also like