You are on page 1of 146

LIPUTAN BERITA PENCEGAHAN RASUAH :

KAJIAN KE ATAS AKHBAR BERITA HARIAN DAN THE STAR

KARUNANITHY A/L Y. SUBBIAH

PROJEK SARJANA INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN


DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI SARJANA SAINS SOSIAL
(PENGURUSAN KOMUNIKASI)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2010
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nikilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

25 November 2010 KARUNANITHY A/L Y. SUBBIAH


P41261
PENGHARGAAN

Syukur kerana dengan limpah kurnia Lord Vinayagar dan Sri Mataji Nirmala Dewi saya
dapat menyelesaikan projek sarjana dengan jayanya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr.
Faridah Ibrahim selaku penyelia saya yang penuh dengan sifat keibuan yang sering
memberi nasihat, bimbingan, galakan, saranan dan tunjuk ajar yang sangat berharga dari
peringkat awal sehingga peringkat projek sarjana ini disempurnakan.

Tidak lupa juga buat penasihat akademik Dr. Mohd. Nizam Osman yang banyak memberi
motivasi, dorongan dan semangat kepada saya sepanjang pengajian ini. Ucapan terima
kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, khususnya, Prof. Dr. Samsudin A. Rahim, Prof.
Dr. Mohd Safar Hasim, Prof. Madya Dr. Asiah Sarji, Prof. Madya Dr. Latiffah
Pawanteh, Prof. Madya Fuziah Kartini, Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani, Dr.
Normah Mustaffa yang telah membekalkan ilmu pengetahuan kepada saya dan banyak
membantu saya sepanjang pengajian ini. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada
Dr.Wan Amizah binti Wan Mahmud selaku pemeriksa tesis sarjana ini.

Ucapan penghargaan turut diabadikan kepada kedua-dua ibubapa saya Y. Subbiah dan V.
Valliamah. Paling tidak dilupakan, penghargaan yang tidak ternilai dan ucapan tidak
terkira kepada isteri kesayangan P.Jegatheeswary yang tidak henti-henti dalam memberi
semangat dan motivasi untuk menyelesaikan projek sarjana ini serta anak-anak
K.Khirthinaa, K.Naviin dan K.Ghaurheesangkari yang memahami kesibukan saya
sepanjang pengajian ini.

Akhir sekali tidak lupa ucapan penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi SPRM yang
memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pengajian ini.
ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meneliti dan menganalisis liputan berita pencegahan rasuah di
dua buah akhbar arus perdana di Malaysia, iaitu akhbar Berita Harian dan The Star.
Berita pencegahan rasuah mulai tarikh 1 Disember 2009 hingga 31 Januari 2010 telah
dipilih untuk dikaji kerana tarikh tersebut adalah sebulan sebelum dan selepas genap satu
tahun penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenalpasti lapan kategori
dalam pelaporan berita rasuah. Lapan kategori tersebut adalah kekerapan berita rasuah,
sumber berita, tema berita, letak berita, saiz berita, jenis berita, arah tajuk berita dan arah
berita. Kajian yang dijalankan adalah berlandaskan teori penentuan agenda sebagai garis
panduan untuk menjawab objektif kajian. Kajian menganalisis sebanyak 240 berita
rasuah yang disiarkan oleh kedua-dua akhbar sepanjang tempoh kajian, yakni The Star
menyiarkan 138 berita berbanding Berita Harian sebanyak 102 berita. Sumber berita
yang digunakan oleh kedua-dua akhbar adalah sumber SPRM. Kajian juga mendapati
sebahagian besar berita diletakkan di ruangan dalam negeri dan muka depan. Orientasi
arah tajuk berita positif didapati melebihi arah tajuk berita negatif. Arah berita pula
mencatatkan banyak arah positif dan seimbang. Hasil ujian hipotesis mendapati tidak
terdapat perbezaan dalam tema berita, sumber berita dan arah tajuk berita tetapi terdapat
perbezaan dalam jenis berita, saiz berita, arah berita dan letak berita. Kesimpulan
daripada kajian ini menyatakan bahawa kedua-dua akhbar telah menjadikan usaha
membanteras rasuah sebagai agenda nasional melalui penyiaran berita-berita pencegahan
rasuah yang menyebabkan masyarakat memikir tentang isu gejala rasuah di negara ini.
NEWS COVERAGE ON CORRUPTION PREVENTION:
A CONTENT ANALYSIS OF BERITA HARIAN AND THE STAR

ABSTRACT

The purpose of the study is to analyze news coverage corruption prevention in two
mainstream newspapers in Malaysia, namely Berita Harian and The Star. Corruption
prevention news from 1 December 2009 to 31 January 2010 were selected to be studied
because the time period marked the one year establishment of Malaysian Anti-Corruption
Commission. This study used a content analysis method to identify eight categories in
news reporting on corruption issues. These eight categories are the frequency of news on
corruption, news sources, news theme, location of news, news size, and type of news,
headline direction and news direction. The agenda setting theory is used as guideline to
respond to the objectives of the study. A total of 240 corruption news from both
newspapers was used as sample for the study. It was found that The Star carried 138
news on corruption compared to 102 news in Berita Harian. The main news source used
by both newspapers is the Malaysian Anti Corruption Commission. The study also found
a bigger portion of news was placed in the national pages and front pages. There are more
positive headline direction orientations as compared to negative headline direction. News
directions recorded positive direction and balance direction. Results of hypotheses
testing showed there are no differences in news theme, news source and headline
direction but there are differences in type of news, news size, news direction and news
location. This research concludes that both newspapers have made combating corruption
as the national agenda by covering corruption prevention news to trigger society to think
about the issue in this country.
KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI ILUSTRASI xii

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Tujuan Kajian 11
1.5 Objektif Kajian 12
1.6 Kewajaran Kajian 13
1.7 Ruang Lingkup Kajian 14
1.8 Definisi Konsep 15
1.9 Rumusan 17

BAB II KERANGKA TEORI, KAJIAN SUSATERA DAN KONSEP


2.1 Pengenalan 18
2.2 Masalah Gejala Rasuah 19
2.2.1 Rasuah di Malaysia 19
2.2.2 Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan 26
Rasuah Malaysia
2.2.3 Definisi Rasuah 28
2.2.4 Jenis-Jenis Kesalahan Rasuah 29
2.2.5 Punca Berlaku Rasuah 31
2.2.6 Kesan Amalan Rasuah 32
2.2.7 Undang-Undang Pencegahan Rasuah di Malaysia 33

2.3 Teori 34
2.3.1 Teori Penentuan Agenda 36
2.3.2 Pengampang (Gatekeeping) 39

2.4 Kajian Lepas 41


2.5 Takrifan Konsep 47
2.5.1 Kekerapan Berita 47
2.5.2 Saiz Berita 48
2.5.3 Letak Berita 48
2.5.4 Sumber Berita 48
2.5.5 Tema Berita 49
2.5.6 Jenis Berita 49
2.5.7 Arah Tajuk Berita 49
2.5.8 Arah Berita 50

2.6. Rumusan 50

BAB III METODOLOGI


3.1 Pengenalan 51
3.2 Kaedah Kajian 51
3.3 Unit Analisis 54
3.4 Persampelan 55
3.5 Hipotesis Kajian 56
3.6 Takrifan Kendalian 57
3.6.1 Kekerapan Berita 57
3.6.2 Sumber Berita 58
3.6.3 Tema Berita 60
3.6.4 Jenis Berita 61
3.6.5 Saiz Berita 63
3.6.6 Letak Berita 64
3.6.7 Arah Tajuk Berita 65
3.6.8 Arah Berita 66

3.7 Teknik Menganalisis Data 68


3.8 Kebolehanpercayaan 68
3.9 Rumusan 71

BAB IV HASIL KAJIAN


4.1 Pengenalan 72
4.2 Kekerapan Berita Rasuah 73
4.3 Sumber Berita 75
4.4 Tema Berita 79
4.5 Jenis Berita 81
4.6 Saiz Berita 83
4.7 Letak Berita 85
4.8 Arah Tajuk Berita 88
4.9 Arah berita 92
4.10 Ujian Hipotesis 96
4.11 Kesimpulan 103
BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN PENUTUP
5.1 Pengenalan 104
5.2 Kesimpulan 105
5.2.1 Kekerapan Berita 106
5.2.1 Sumber Berita 106
5.2.3 Tema Berita 107
5.2.4 Jenis berita 108
5.2.5 Saiz Berita 108
5.2.6 Letak Berita 109
5.2.7 Arah Tajuk Berita 110
5.2.8 Arah Berita 110
5.3 Perbincangan 111
5.4 Implikasi Kajian 113
5.4.1 Implikasi terhadap peranan media 114
5.4.2 Implikasi terhadap metodologi 114
5.4.3 Implikasi terhadap SPRM 115

5.5 Batasan Kajian 115


5.6 Cadangan 116
5.7 Penutup 117

RUJUKAN 119

LAMPIRAN
A Contoh Borang Koding 128
B Contoh Keratan Akhbar 129
SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman


1.1 Senarai Lima Akhbar Yang Terlaris di Malaysia 7

2.1 Persepsi Rasuah di Malaysia Menurut CPI, 1995-2008 20

2.2 Jumlah Tangkapan Mulai 2003-2009 23

2.3 Jumlah Tangkapan Penjawat Awam mulai 2003-2007 24

2.4 Jumlah Pendakwaan mulai 2005-2009 25

2.5 Penyitaan dan Pelucuthakan Harta Tahun 2008 25

2.6 Tangkapan Mengikut Kesalahan bagi Tahun 2003-2009 31

2.7 Tuduhan Mengikut Kesalahan 2003-2009 31

2.8 Pemahaman Penjawat Awam Tentang Rasuah 2006-2007 43

3.1 Populasi Kajian 56

4.1 Kekerapan Berita Rasuah Dalam Akhbar 73

4.2 Kekerapan Berita Rasuah Dalam Akhbar Mengikut Bulan 74

4.3 Perbandingan Sumber Berita Rasuah Dalam Akhbar 76

4.4 Perbandingan Tema Berita Rasuah Dalam Akhbar 79

4.5 Perbandingan Jenis Berita Rasuah Dalam Akhbar 81

4.6 Perbandingan Saiz Berita Rasuah Dalam Akhbar 84

4.7 Perbandingan Letak Berita Rasuah Dalam Akhbar 86

4.8 Perbandingan Arah Tajuk Berita Rasuah Dalam Akhbar 89


4.8a Contoh Dua Tajuk Berita Arah Positif dalam Akhbar Berita 91
Harian dan The Star

4.8b Contoh Dua Tajuk Berita Arah Negatif dalam Akhbar Berita 91
Harian dan The Star
4.8c Contoh Dua Tajuk Berita Arah Seimbang dalam Akhbar Berita 91
Harian dan The Star
4.8d Contoh Dua Tajuk Berita Arah Neutral dalam Akhbar Berita 92
Harian dan The Star
4.9 Perbandingan Arah Berita Rasuah Dalam Akhbar 92

4.9a Contoh Dua Arah Berita Positif dalam Akhbar Berita Harian 95
dan The Star
4.9b Contoh Dua Arah Berita Negatif dalam Akhbar Berita Harian 95
dan The Star
4.9c Contoh Dua Arah Berita Seimbang dalam Akhbar Berita 96
Harian dan The Star
4.9d Contoh Dua Arah Berita Neutral dalam Akhbar Berita Harian 96
dan The Star
4.10 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Tema Berita Rasuah 97

4.11 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Jenis Berita Rasuah 98

4.12 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Saiz Berita Rasuah 99

4.13 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Sumber Berita Rasuah 100

4.14 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Arah Tajuk Beritaa Rasuah 100

4.15 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Arah Berita Rasuah 101

4.16 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Letak Berita Rasuah 102


SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah

4.1 Jumlah Berita Rasuah 73

4.2 Kekerapan Berita Rasuah Mengikut Bulan 74

4.3 Perbandingan Sumber Berita Rasuah Dalam Akhbar 77

4.4 Perbandingan Tema Berita Rasuah Dalam Akhbar 80

4.5 Perbandingan Jenis Berita Rasuah Dalam Akhbar 82

4.6 Perbandingan Saiz Berita Rasuah Dalam Akhbar 84

4.7 Perbandingan Letak Berita Rasuah Dalam Akhbar 87

4.8 Perbandingan Arah Tajuk Berita Rasuah Dalam Akhbar 89

4.9 Perbandingan Arah Berita Rasuah Dalam Akhbar 93


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. PENGENALAN

Pengkaji media sering membicarakan bahawa media massa atau sebaran am amat
berkuasa kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku manusia melalui pelbagai
cara. Pengaruh yang kuat ini akan membentuk fikiran atau minda pembaca atau
pendengar dan seterusnya akan membawa mereka ke arah yang ditentukan oleh media
massa.

Menurut Samsudin A. Rahim (2001: 63), media merupakan alat perantaraan yang
menjadi penghubung di antara pemilik media dan sasaran (orang ramai). Media terdiri
daripada media cetak dan media elektronik. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke
empat, (1996: 872) „media‟ adalah alat atau perantara komunikasi seperti media cetak
(suratkhabar, majalah) dan media eletronik seperti (radio, televisyen).

Menurut Mohamad Abdul Nafi Azhari (2006: 4) media boleh dianggap sebagai
sebuah instrument yang berpengaruh kerana pemaparannya boleh membawa audien
untuk membuat interpretasi masing-masing terhadap sesuatu isu. Media muncul dengan
liputan maklumatnya yang memiliki kekuatan dan boleh membuat perubahan pada
agenda publik. Media bukan sahaja setakat menghibur, tetapi membekalkan masyarakat
dengan maklumat yang terpenting baik untuk sistem politik, institusi ekonomi dan gaya
hidup.

Menurut Mohd Yusof Hj. Othman (2009: 2) media adalah alat perantara yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu berita, manakala media massa pula adalah alat
yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

1.2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengamal media sebagai penyampai maklumat bukan sekadar menyampaikan maklumat


tetapi lebih dari itu iaitu maklumat tersebut disampaikan dalam acuan atau kerangka
orang atau pihak yang menyampaikan maklumat. Ini akan memberikan implikasi yang
besar kepada mereka yang menerima maklumat tersebut kerana maklumat berkenaan
akan mengubah persepsi dan membentuk minda mereka yang menerima maklumat
berkenaan sealiran dengan matlamat kerangka yang digunakan ( Mohd Yusof Hj. Othman
2009).

Menurut McQuail (1987) hubungan yang erat di antara media dan masyarakat
dapat memastikan masyarakat sentiasa memperolehi maklumat. Menurut beliau lagi
media dan masyarakat mempunyai pertalian yang erat dalam memastikan masyarakat
sentiasa bermaklumat dan tidak ketinggalan dengan perkembangan terkini.

Media massa selaku alat penyampai berita juga bukan sekadar menyampaikan
berita, tetapi lebih dari itu kerana maklumat yang disampaikan merupakan asas kepada
pembinaan ilmu. Walau bagaimanapun maklumat yang disampaikan juga haruslah betul
kerana maklumat yang betul sahaja mampu membina ilmu. Pembangunan ilmu
merupakan asas kepada pembinaan insan.

Menurut Narimah Ismail (2002: 89) media massa menjadi suatu keperluan dalam
kehidupan apabila ada orang merasakan seolah-olah tugas harian mereka tidak lengkap
apabila tidak dapat membaca akhbar. Ini menunjukan betapa erat hubungan media massa
dan masyarakat sehingga boleh menjejaskan kehidupan harian.

Lasswell (1948 dan 1960: 305) sarjana komunikasi telah mengkaji secara serius
fungsi-fungsi dan peranan media massa dalam masyarakat. Beliau mengenalpasti tiga
fungsi media massa iaitu pengawasan keadaan alam sekitar, menghubungkan bahagian-
bahagian dalam masyarakat berkaitan dengan keadaan alam sekitar dan peninggalan
warisan dari satu generasi kepada generasi yang berikutnya.

Secara kesimpulan media massa bertanggungjawab mengumpul, memungut,


mentafsir dan menyiarkan maklumat kepada masyarakat. Maka ini jelas menunjukkan
media massa mempunyai peranan yang amat penting dalam menyampaikan maklumat
kepada orang ramai agar masyarakat berfikir dan bertindak seperti dihasratkan oleh
pemerintah.

Dalam konteks negara ini, masalah rasuah yang merangkumi salahguna kuasa dan
penyelewengan turut menjadi berita yang mempunyai nilai dalam media massa. Ia
diambil kira berdasarkan gejala rasuah merupakan masalah sosial yang menghalang
pembangunan negara.

Menurut Severin dan Tankard (1988) media massa boleh memperkuatkan norma-
norma sosial sebagai akibat pendedahan kepada keadaan yang menyeleweng daripada
moral yang dianuti. Publisiti memaksa ahli-ahli sesebuah kumpulan untuk mengesahkan
bahawa penyelewengan telah berlaku dan memerlukan individu membuat keputusan.

Lantas, kita boleh bahaskan bahawa media tentunya mempunyai pelbagai kesan
ke atas masyarakat sama ada positif atau pun negatif. Kesan ini berlaku berdasarkan
agenda yang ditetapkan oleh media massa.

Sebagai media massa yang berperanan dalam menyampaikan maklumat, akhbar


dapat menentukan agenda untuk masyarakat iaitu akhbar boleh menyebabkan sesuatu isu
yang difikirkan penting dan membuat khalayak menganggapnya penting. Media massa
bertindak sebagai pencetus idea dan pencair fikiran khalayak untuk memikirkan sesuatu
dan akhirnya membawa kesan untuk bertindak.

Menurut Schramm (1964) media massa secara sendirian atau pun bersama
institusi lain dapat melakukan beberapa peranan seperti berikut :
i. Sebagai pemberi maklumat yang cepat dan tepat pada waktu seperti yang
diharapkan oleh masyarakat;
ii. Sebagai pembuat keputusan melalui perbincangan dengan kelompok yang
akan memperjelaskan masalah yang sedang dibincangkan; dan
iii. Sebagai pendidik yang dapat memberikan panduan agar masyarakat dapat
berfikir dan membantu dalam perkembangan dan kemajuan.

Apa sahaja nilai yang dipegang oleh pihak pemerintah akan disebarluaskan
melalui media kerana pemerintah di negara-negara tersebut selalunya mempunyai
pengaruh atau kuasa mutlak ke atas media.
Menurut Lichtenberg (1990), institusi media berhubung rapat dengan kerajaan
kerana kepentingan mendapatkan bahan dan juga memberikan publisti kepada kerajaan.
Malah peranan media boleh disifatkan sebagai alat menyedarkan rakyat apa yang telah
kerajaan lakukan berhubung kepentingan mereka, masalah dan perhatian.

Menurut Katz dan Szecsko (1981) media massa memainkan peranan aktif dalam
perubahan sikap atau perangai masyarakat. Media massa secara langsung boleh
memanipulasi pandangan umum atau membawa perubahan masyarakat dengan
mempengaruhi sikap pembaca.

Menurut Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ke-6
dalam majlis berbuka puasa menyatakan ... „„Media have a major role, the media plays a
key role in helping the nation achieve greater heights. A great responsibility fell on the
media in promoting understanding and an open-minded view among the people. Media
should act responsibly when safeguarding the right of any community and it should also
safeguard the right of all Malaysians as well‟‟ (NST 19 Sept. 2009).

Ini jelas menunjukkan media mempunyai peranan yang amat penting dalam
menyampaikan berita yang boleh membuka minda rakyat. Berita yang disampaikan
hendaklah ke arah melahirkan rakyat dan negara yang disanjung tinggi.

Peranan akhbar-akhbar di dalam negara yang sedang meningkat usahanya ke arah


mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sejahtera adalah penting. Akhbar-akhbar
tidak seharusnya bersikap memberikan sahaja apa yang digemari oleh pembaca. Sikap
mengambil mudah dan cuai, yang lambat laun akan memberi kemudaratan kepada
masyarakat, haruslah dibanteras sebelum melarat.
Jika ada di antara golongan yang tidak bertanggungjawab atau ingin
mengembangkan sesuatu pandangan tidak sihat, masyarakat akan menjadi mangsa. Oleh
itu demi kestabilan dan pembangunan negara akhbar perlu dikawal.

Menurut Dr. Mahathir Mohamad (1985), memilih atau model tanggungjawab


sosial adalah yang terbaik. Walaupun kebebasan akhbar secara mutlak tidak wujud di
Malaysia, media mesti diberikan kebebasan dan kebebasan ini hendaklah dilaksanakan
dengan penuh tanggungjawab tanpa prasangka dan niat buruk. Akhbar bukan sahaja
membuat laporan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku, tetapi adalah alat yang
paling berkesan dalam membentuk fikiran masyarakat.

Media secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan masyarakat dan


merupakan faktor yang digunakan dengan sepenuhnya oleh pemerintah atau kerajaan
dalam usaha untuk menyebarkan pelbagai maklumat, pengetahuan, ideologi, dasar-dasar
dan kempen-kempen kerajaan.

Di Malaysia terdapat beberapa akhbar perdana yang berpengaruh. Antara akhbar


aliran perdana berbahasa Malaysia yang berpengaruh adalah Berita Harian manakala
aliran Bahasa Inggeris adalah The Star. Mengikut Audit Bureau Circulation edaran
akhbar Berita Harian telah mencecah 275,143 pembaca pada 2009, manakala akhbar The
Star pula mencegah 304,357 pembaca. Kedua-dua akhbar ini telah membuktikan peranan
serta jasa mereka kepada negara dan kerajaan dalam menyebarkan serta memberikan
maklumat kepada rakyat merangkumi pelbagai aspek yang telah membawa kesejahteraan
dan kejayaan kepada Negara Malaysia (Malaysia Press & PR Guide 09).
Jadual 1.1. Senarai Lima Akhbar Yang terlaris di Malaysia

Kedudukan Nama Akhbar Bahasa Edaran Sehari


1 Utusan Malaysia Melayu 413,727
2 Harian Metro Melayu 386,795
3 Sin Chee Daily Cina 374,757
4 The Star Inggeris 304,357
5 Berita Harian Melayu 275,143.

Sumber : Audit Bureau Circulation (ABC) 2009 http://www.abcm.org.my

Dalam konteks negara kita akhbar telah digunakan untuk menyampaikan atau
menyebarkan maklumat kepada masyarakat secara berterusan. Maklumat yang
disampaikan ini merupakan usaha kerajaan dalam menangani masalah-masalah sosial
yang berlaku seperti masalah rasuah, dadah, jenayah, dan banyak lagi di kalangan
masyarakat Malaysia.

McQuail (1995) dalam buku Media Performance menyatakan bahawa prestasi


media akan dinilai berdasarkan peranannya dalam dua domain iaitu domain sosial dan
domain budaya. Sejauh mana media dapat memainkan peranannya dalam kedua-dua
domain itu pula bergantung kepada budaya media itu sendiri.

Dalam usaha menyebarkan maklumat tentang gejala rasuah di negara ini,


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulu dikenali sebagai Badan
Pencegah Rasuah telah menggunakan media massa sebagai salah satu alat untuk
membanteras gejala rasuah dan melalui hebahan maklumat dan kejadian.
Menurut Abu Kassim bin Mohamed (1999:21) Pengarah Bahagian Dasar,
Perancangan dan Kordinasi Badan Pencegah Rasuah Malaysia (Kini Ketua Pesuruhajaya
SPRM), pada masa kini BPR telah memberikan tumpuan kepada media massa seperti
televisyen, suratkhabar, radio untuk mempromosikan mesej pencegahan dan bahaya
rasuah kepada masyarakat.

Menurutnya lagi untuk mencegah rasuah di Malaysia, BPR harus mendapat


sokongan dari masyarakat. Salah satu strategi untuk mendapatkan sokongan daripada
masyarakat adalah melalui akhbar. Menurutnya selain televisyen, satu lagi media yang sangat
berkuasa ialah akhbar. Akhbar memberikan maklumat yang lebih terperinci berbanding dengan
televisyen. Berita dari penguatkuasa undang-undang tentang kes-kes yang dihadapkan ke
mahkamah yang membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam atau salah laku
individu akan mendapat liputan yang luas dalam akhbar. Selain daripada memberikan maklumat
kepada pembaca, akhbar juga secara tidak langsung mempromosikan imej kecekapan dan
ketelusan jabatan tersebut dalam penguatkuasaan undang-undang. Berita-berita penangkapan dan
pendakwaan ini akan menjadi ingatan dan memberikan kesedaran kepada mereka yang masih
terlibat dalam amalan rasuah.

Bittner (1980: 53) melihat media akhbar sebagai satu kuasa penting di dalam
aktiviti sosial dan ekonomi sesebuah negara. Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah
keupayaan akhbar dalam membentuk pendapat dan pemikiran masyarakat.

Menurut Samsudin A. Rahim (2001: 63) media dalam memainkan peranannya


akan menjadi telinga dan mata masyarakat. Media diharapkan memainkan peranan
sebagai pasaran bebas untuk maklumat, iaitu memenuhi keperluan maklumat masyarakat
dan memberi pilihan berita yang sesuai untuk membuat keputusan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh UKM mengenai persepsi awam terhadap
rasuah di Malaysia (2003) mendapati, media terutama sekali akhbar harian, akhbar
mingguan, televisyen dan radio memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan
maklumat tentang rasuah kepada orang ramai (UKM – BPR. 2003).

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Masalah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan telah menjadi masalah sejak negara
kita merdeka lagi. Masalah ini telah berlarutan sekian lama. Pada tahun 2008 kerajaan
telah mengambil pelbagai usaha untuk membanteras rasuah di negara ini. Antara
komitmen yang dilakukan adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia dan meluluskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang
mana telah mengubah struktur dan pendekatan pencegahan rasuah di Malaysia (Laporan
Tahunan SPRM 2009).

Usaha mencegah gejala rasuah telah dijadikan salah satu tumpuan utama National
Key Results Area, singkatannya NKRA yang dilancarkan pada 2009 bertujuan
membanteras gejala rasuah dan meningkatkan persepsi Malaysia tentang gejala rasuah di
peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun usaha ini masih belum berjaya (Program
Transformasi Kerajaan: Pelan Hala Tuju, 2010: 141) .

Media massa terutamanya akhbar adalah saluran penting untuk menyalurkan


maklumat tentang betapa bahayanya amalan rasuah yang boleh menghancurkan negara
jika tidak dibendung. Akhbar adalah salah satu medium yang digunakan oleh SPRM
untuk memberitahu bahaya tentang amalan rasuah. Persoalannya sekarang adakah
maklumat yang disebarkan melalui akhbar mencukupi untuk menyedarkan masyarakat
tentang bahaya dan kesan rasuah di negara ini ?
Menurut Tunku Abdul Aziz (2005), rakyat tidak menyedari rasuah boleh
mengakibatkan negara runtuh. Kedaulatan sebagai sebuah negara menjadi pertaruhan.
Kerajaan yang berusaha untuk memerang rasuah perlu bersedia untuk membaik pulih
keseluruhan sistem pentadbiran dengan meletakkan fokus kepada menguatkan kembali
dari kelemahan sedia ada dengan menyingkirkan mereka yang tidak relevan. Memastikan
penguatkuasaan dijalankan dan tiada tolak ansur terhadap perlanggaran undang-undang.
Rakyat tahu terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan. Masyarakat umum harus dididik.
Mereka mesti disedarkan bahawa kita tidak mungkin memperolehi demokrasi jika kita
mengabaikan atau melanggar undang-undang.

Menurut Syed Hussein Alatas (1991) kesan rasuah ke atas individu dan
masyarakat adalah sangat kompleks dan pelbagai. Penumpuan hanya diberikan pada
kesan yang paling nyata. Kerajaan yang dibelenggu masalah rasuah yang sistematik akan
mengabaikan kebanyakan tugas yang penting dalam mewujudkan pentadbiran yang licin
dan teratur. Pengabaian dan kecuaian dalam segenap aspek pentadbiran, terutama
melibatkan kebajikan awam, adalah manifestasi utama masyarakat yang dibelenggu
rasuah. Keabaian ini menuntut kepada akibat yang besar kepada nyawa, tenaga dan
kehidupan.

Berasaskan fenomena dan senario rasuah yang melanda dunia amnya dan
Malaysia khususnya, maka wajarlah kajian tentang pencegahan rasuah dijalankan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Syed Hussein Alatas (1999: 81):

“… the attempt to wipe out corruption is not a simple drawing up of a


programme of action. It is a fight against the corrupt, clinging to their
position, subverting measures against corruption. It is a struggle for
survival of two contending groups, the corrupt and those against it, in a
manner of jungle warfare in the dark, where the enemy is not seen but
nevertheless is fighting back with all its might.”

Akhbar tidak boleh berterusan hanya sekadar untuk menyampaikan berita


pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat tetapi perlu lebih daripada itu. Akhbar
perlu mewujudkan kesan dan impak bagi mendorong masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai golongan seperti ibu bapa, pemimpin, pelajar, ahli politik, pegawai kerajaan dan
swasta supaya sentiasa waspada akan ancaman rasuah.

Jesteru, permasalahan kajian yang ingin dikupas ialah sejauh manakah liputan
serta penyebaran berita tentang rasuah yang dimuatkan dalam dua akhbar arus perdana
berbahasa Melayu iaitu Berita Harian dan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

1.4. TUJUAN KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengetahui tahap liputan berita mengenai
gejala rasuah di dua akhbar arus perdana berbahasa Melayu dan Inggeris iaitu akhbar
Berita Harian dan The Star.

Media mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang penting dalam menyebarkan


maklumat kepada masyarakat. Jesteru itu, kajian ini juga ingin melihat apakah akhbar
menjalankan tanggungjawab sosialnya iaitu memberitahu serta mendidik masyarakat
tentang bahaya rasuah secara konsisten?
1.5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk:

1. Mengenal pasti kekerapan paparan berita tentang isu rasuah oleh kedua-dua
akhbar Berita Harian dan The Star ;

2. Mengenal pasti halaman berita isu rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita
Harian dan The Star;

3. Mengetahui sumber rasuah yang ditonjolkan dalam paparan berita rasuah oleh
akhbar Berita Harian dan The Star;

4. Mengenal pasti bentuk berita rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian
dan The Star;

5. Mengenal pasti saiz berita rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian dan
The Star;

6. Mengenal pasti jenis berita rasuah yang disiarkan oleh oleh akhbar Berita Harian
dan The Star;

7. Mengenal pasti arah tajuk berita rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian
dan The Star; dan
8. Mengenal pasti arah berita rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian dan
The Star.
1.6. KEWAJARAN KAJIAN

Setiap hari akhbar menyiarkan pelbagai berita untuk bacaan umum. Setiap berita dipilih
berdasarkan kepentingan berita dan disebabkan ruang yang terhad. Pihak media akan
membuat pilihan atau menentukan berita yang akan disiarkan berdasarkan kepentingan
dan keutamaan sesuatu berita kepada masyarakat.

SPRM melalui strategi Penggalakan dan Pencegahan telah menetapkan bahawa


salah satu kaedah mencegah rasuah adalah melalui media massa. SPRM berpendapat
media memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan memperbetulkan persepsi
masyarakat terhadap gejala rasuah.

Jesteru itu, kajian mengenai liputan berita rasuah dan bagaimana berita itu
ditonjolkan dalam akhbar Berita Harian dan The Star dapat menunjukkan apakah strategi
SPRM dipikul dengan sewajarnya oleh pihak akhbar.

Kajian ini juga melihat tanggungjawab sosial yang dimainkan oleh kedua-dua
akhbar ini dalam usaha membantu membanteras rasuah di negara ini. Seterusnya, hasil
kajian ini akan membantu SPRM untuk mengatur strategi pencegahan melalui media
massa yang lebih efektif agar gejala rasuah dapat dihapuskan di Malaysia.
1.7. RUANG LINGKUP KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada paparan berita mengenai rasuah oleh dua buah
akhbar utama di Malaysia iaitu akhbar Berita Harian dan The Star.

Kajian mengenai berita gejala rasuah ini berfokus kepada lapan (8) aspek, iaitu:-

i. kekerapan berita;
ii. saiz berita;
iii. letak berita;
iv. sumber berita;
v. tema berita;
vi. jenis berita;
vii. arah tajuk berita; dan
viii. arah berita.

Berita-berita mengenai isu rasuah yang dipaparkan dalam akhbar tersebut


dianalisis bagi tempoh selama dua (2) bulan iaitu bermula 1 Disember 2009 hingga 31
Januari 2010. Pemilihan tempoh ini dibuat selepas mengambil kira genap satu tahun
penubuhan SPRM pada 1 Januari 2010.
1.8. DEFINISI KONSEP

i. Rasuah

Pengertian rasuah telah diberikan oleh berbagai organisasi dalam bidang ini.
Organisation Econimic Cooperation Development menyatakan rasuah adalah
penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. (OECD).

Manakala menurut United Nation Development Program pula mendefinisikan


rasuah sebagai the misuse of public power, office or authority for private
benefit-through bribery, extortion, influence peddling, nepotism, fraud, speed
money or embezzlement. (UNDP)

Dari sudut istilah bahasa, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan
undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau
keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas
memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

ii Akhbar

Menurut Mohamad Abdul Nafi Azhari (2006:1), akhbar adalah salah satu
media penting yang berpengaruh kepada masyarakat khususnya pembaca
sesebuah akhbar itu. Andaian ini berasaskan bahawa akhbar bersifat mudah
dibawa ke mana-mana dan fungsinya juga memberikan maklumat yang
diperlukan dan juga menjadi sebagai daripada menu seharian pembaca.
iii. Peranan

Peranan menurut Azhari Mustafa (2000: 1) ialah satu kewajiban


melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai amanah yang
mana hasilnya yang manis akan kita kecapi sebagai ganjaran kepada kejayaan
kita. Manakala menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga (1997: m.s 1011),
peranan bermaksud tugas-tugas yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu.
Dalam kajian ini peranan bermaksud kewajiban yang dijalankan oleh akhbar
untuk membanteras rasuah.

iv. Pencegahan rasuah

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga (1997: m.s 218), pencegahan
bermaksud semua perihal mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan,
maka maksud pencegahan rasuah adalah semua perihal, aktiviti atau usaha
yang dijalankan oleh mana-mana agensi untuk membanteras atau
menghapuskan rasuah. Menurut Dr. Mahathir Mohamad (1988: 2) pencegahan
rasuah bermaksud satu upaya atau usaha untuh mencegah atau membendung
jenayah rasuah terus menular.

Dalam kajian ini berita pencegahan rasuah merangkumi berita seperti


tangkapan, serbuan, penyiasatan, perbicaraan dan pertuduhan di mahkamah,
program pencegahan, seminar dan persidangan pencegahan rasuah dan lain-
lain yang melibatkan rasuah.
1.9. RUMUSAN

Kajian media massa akhbar dan berita rasuah adalah sesuatu yang menarik kerana
masalah rasuah sering mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Kajian ini akan
menyentuh peranan tanggungjawab sosial yang dimainkan oleh media terutama dalam
usaha membanteras rasuah di negara ini. Pemilihan kedua-dua akhbar perdana ini juga
berdasarkan jumlah edaran yang terbesar di Malaysia.

Ringkasnya, kajian dalam aspek pencegahan rasuah dalam tempoh waktu genap
satu tahun penubuhan SPRM secara tidak langsung akan mendedahkan betapa pentingnya
agenda pencegahan rasuah di negara ini. Agenda ini perlu dipikul bukan sahaja SPRM
tetapi pihak media massa. Oleh itu, kajian ini dapat sedikit sumbangan kepada para
pengamal media massa.
BAB II

KERANGKA TEORI, KAJIAN SUSASTERA DAN KONSEP

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang kerangka teori kajian, konsep-konsep dan kajian-kajian
lepas yang menjadi asas panduan dalam melakukan kajian ini. Kerangka teori, takrifan
konsep adalah penting untuk memandu pengkaji melihat bagaimana agenda dan peranan
institusi sesuatu media dalam memaparkan isu sosial.

Di dalam bab ini juga dibincangkan pendekatan teoritis mengenai peranan akhbar
dalam menonjolkan sesuatu isu yang berlaku di sekitar kita serta kajian susastera
berkaitan pengaruh dan peranan media massa dalam menonjolkan isu-isu sosial semasa.

Selain itu bab ini turut menjelaskan takrifan konsep beberapa perkara penting
yang menjadi kajian penyelidik agar tidak terdapat salah faham tentang pengertian dan
maksud dalam kalangan pembaca.
2.2. MASALAH GEJALA RASUAH

Rasuah mempunyai pengertiannya yang cukup kompleks dan historikal. Dari segi
penjenisannya, rasuah tidak hanya terbatas kepada definisi umum iaitu pemberian berupa
wang, hadiah atau sebagainya kepada seseorang dengan tujuan mendapatkan sesuatu
pulangan, atau habuan untuk kepentingan peribadi atau kelompok dengan mudah.

Pengertian rasuah adalah jauh lebih kompleks daripada definisi tersebut. Semua
orang mengakui bahawa rasuah adalah satu amalan yang salah, keji dan jenayah. Amalan
rasuah bertentangan dengan ajaran agama dan moral. Rasuah terbukti telah meruntuhkan
banyak empayar dan memusnahkan banyak bangsa dan tamadun.

Sejarah jenayah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat,


iaitu pada tahap di mana organisasi kemasyarakatan yang rumit mula muncul. Menurut
Syed Hussein Alatas (1995: 1), catatan kuno mengenai gejala rasuah berlaku terhadap
para hakim dan pemerintah. Beliau menjelaskan dalam sejarah Mesir, Babilonia, Ibrani,
India, China, Yunani dan Romawi kunu.

Rasuah sering kali muncul sebagai masalah utama pemerintah Raja Hamurabi
yang memerintah Babilonia sekitar tahun 200 sebelum masihi, telah memerintahkan
seorang gabenor wilayah untuk menyiasat dan mengenakan hukuman mati ke atas para
pegawai pemerintah yang menerima rasuah.

2.2.1 Rasuah di Malaysia

Di negara kita masalah rasuah perlu diberi perhatian serius. Implikasi daripada gejala
rasuah ini semakin serius dan mempengaruhi indeks persepsi di peringkat antarabangsa
termasuk pelabur luar negara. Ini jelas dengan kemerosotan kedudukan Malaysia,
mengikut Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) yang
dijalankan oleh Transparency International (TI) yang berpusat di Berlin, Jerman.

Jadual 2.1 Persepsi Rasuah di Malaysia Menurut CPI , 1995-2008

TAHUN KEDUDUKAN SKOR BILANGAN NEGARA


(PENUH 10) YANG DIKAJI
1995 23 5.28 41
1996 26 5.32 54
1997 32 5.01 52
1998 29 5.30 85
1999 32 5.10 99
2000 36 4.8 90
2001 36 5.00 91
2002 33 4.90 102
2003 37 5.20 133
2004 39 5.00 146
2005 39 5.10 158
2006 44 5.00 163
2007 47 5.10 180
2008 56 4.50 180

Sumber : Transparency International 2009


Kajian CPI yang dijalankan oleh TI adalah melalui soal selidik kepada responden
yang terdiri dari ahli perniagaan, pelabur asing yang berurusan dengan pegawai-pegawai
kerajaan dan ahli politik di sesebuah negara. TI mengeluarkan indeks tahap rasuah
dengan memberikan markah 10 kepada negara paling bersih dari rasuah dan 1 markah
kepada tahap rasuah terburuk.

Sejak tahun 1995 skor Malaysia tidak banyak berubah dan kedudukan negara kita
jatuh hampir setiap tahun. Pada tahun 2008 Malaysia jatuh ke tangga 56 dengan skor 4.50
berbanding tahun sebelumnya adalah di tangga 47 dengan skor 5.10.

Menurut Dato‟ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (2010) kedudukan rasuah Malaysia, menurut Transparency International, telah
jatuh dari tangga 47 ke tangga ke-56 pada tahun ini. Kata beliau,

“meskipun mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada rasuah


bukanlah mudah, namun sebagai kerajaan, jelas kami boleh menjadi lebih
telus, lebih bertanggungjawab dan lebih berorientasikan tindakan. Saya
akan bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan dan mencapai
sasaran seperti mana yang dijelaskan dalam Pelan Hala Tuju Program
Transfomasi Kerajaan. Saya juga memohon sokongan semua warga
Malaysia untuk berkerjasama dengan saya dan pasukan saya dalam
menjadikan hasrat ini satu kenyataan”(Pelan Hala Tuju Program
Transformasi Kerajaan 2010).

Memandang bahaya rasuah kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat


serta persepsi negatif pelabur asing terhadap negara ini, maka kerajaan Malaysia telah
menjadikan tugas membasmi rasuah sebagai agenda penting negara.
Usaha membanteras rasuah di negara ini bermula sejak Badan Pencegah Rasuah
(BPR) pada tahun 1967. Manakala pada tahun 2008 kerajaan telah melakukan
penstrukturan semula BPR kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM adalah sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk membanteras
rasuah di negara ini (Sejarah 40 tahun BPR 2009) .

Pelbagai kaedah dan strategi telah dirangka untuk membanteras rasuah. Selain
aktiviti penguatkuasaan, SPRM juga mengatur pelbagai program untuk mendapatkan
sokongan atau kerjasama dari masyarakat dengan memberikan pendedahan serta
pengetahuan berkaitan rasuah. Ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 7 (f) dan
(g) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dimana dua fungsi SPRM
adalah mendidik masyarakat untuk membanteras rasuah dan mendapatkan sokongan
masyarakat untuk membanteras rasuah (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009).

Menurut laporan tekad 2008 (2009: 23) kerajaan Malaysia telah memantapkan
lagi usaha pencegahan rasuah melalui pelancaran Pelan Integriti Nasional dan Insititut
Integriti Malaysia (IIM) pada 23 April 2004. Manakala pada tahun 2009 Kerajaan
Malaysia sekali lagi mengambil langkah untuk membanteras rasuah dengan melancarkan
Nasional Key Result Areas (N-KRAs) yang mana salah satu daripada enam tumpuan
utama adalah membanteras rasuah (Laporan Tekad 2008 Pelan Integriti Nasional
Penilaian dan Hala Tuju 2009).
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa
pelancaran Government Transformation Programme (GTP) pada 28 Januari 2010, (yang
mana salah satu agendanya adalah membanteras rasuah), menyatakan beliau mahukan
negara ini bebas dari rasuah. Ini jelas menunjukkan usaha mencegah rasuah bukan lagi
agenda negara atau SPRM tetapi ia merupakan agenda seluruh rakyat Malaysia (Pelan
Hala Tuju Program Transfomasi Kerajaan, 2010).

Dalam menjayakan usaha murni ini, media memainkan peranan untuk mendapat
sokongan serta mendidik rakyat dalam usaha menjadi Malaysia negara yang bebas dari
rasuah.

Menurut Abu Kassim Mohamed (1999: 21) “…in an effort to overcome


corruption, Anti Corruption Agency (ACA) use mass media to obtain public’s
cooperation. ACA has turned more and more to mass media like the newspapers and also
the radio and television to reach out to more people with its anti corruption messages”.
Ini jelas menunjukkan BPR kini memberikan tumpuan untuk mendekatkan masyarakat
dengan menyalurkan mesej pencegahan rasuah dengan menggunakan media massa.

Menurut Altheide dan Snow (1979: 11) dalam Rahmat Ismail (2000: 293)
komunikasi melalui media massa sangat penting bagi merealisasikan cita-cita rakyat
Malaysia untuk mencapai wawasan Negara ini. Hal ini memerlukan kesedaran bagi
mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan media massa memandangkan
media massa adalah merupakan satu kuasa pengaruh yang utama dalam dunia hari ini. Ini
adalah kerana sebahagian besar kegiatan sosial dipengaruhi oleh media massa.

Cabaran rasuah dapat disimpulkan melalui pendapat Syed Hussein Alatas


(1999:xiii) yang mengatakan, “...corruption is never an end in itself. People are not
corrupt for the sake of corruption. It is never considered as end in itself, unlike gambling
and profit making activity. It is always a means to an end, wealth, power, influence,
favours or control.”

Jadual 2.2 Jumlah Tangkapan Mulai 2003-2009

Tahun Jumlah Tangkapan


2009 500
2008 605
2007 592
2006 546
2005 485
2004 497
2003 339
Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2010

Dari perangkaan SPRM (BPR) jumlah tangkapan bersabit dengan kegiatan rasuah
yang dilakukan pada tahun 2003 terus meningkat. Jadual 2.2 menunjukkan jumlah
tangkapan pada tahun 2003 adalah 339 orang berbanding tahun 2009 adalah meningkat
sehingga 500 orang. Perangkaan ini menunjukkan bahawa keadaan rasuah di Malaysia
tidak berkurangan, malah ia boleh memberikan gambaran bahawa kadar rasuah di
Malaysia semakin meningkat.

Perlakuan rasuah dalam perkhidmatan awam akan menjejaskan persepsi umum


terhadap imej perkhidmatan dan prestasi penjawat awam. Trend menunjukkan bilangan
tangkapan penjawat awam berkaitan dengan kesalahan rasuah menunjukkan peningkatan
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.3.
Jadual 2.3 Jumlah Tangkapan Penjawat Awam mulai 2003-2007

Tahun Jumlah Tangkapan


2007 303
2006 275
2005 239
2004 242
2003 192

Sumber : Laporan Tahunan BPR 2008

Dari perangkaan SPRM (BPR) jumlah pesalah yang didakwa atas kesalahan
rasuah adalah seperti Jadual 2.4. Pada tahun 2009 seramai 176 orang telah dituduh di
mahkamah atas pelbagai kesalahan rasuah.

Jadual 2.4 Jumlah Pendakwaan mulai 2005-2009


Tahun Tangkapan
2009 176
2008 208
2007 222
2006 254
2005 205
2004 178
2003 175
Sumber : SPRM Putrajaya 2010
Jadual 2.5: Penyitaan dan Pelucuthakan Harta Tahun 2008

Bil Harta Jumlah Nilai rampasan Nilai Lucuthak


Rampasan (RM) (RM)
1. Wang Tunai 64 3,236.133.18 638,560.50
2 Saham - - -
3. Kenderaan Bermotor 25 3,920,995.50 150,000.00
4. Hartanah 1 1,500,000.00 -
5. Barang Mudah Rosak - - -
6 Pelbagai 143 795,374.00 -
Jumlah 233 RM 9,452,502.68 RM 788,560.50

Sumber : Laporan Tahunan BPR 2009

Sepanjang tahun 2008, memperlihatkan pelbagai bentuk harta yang disita dan
dilucuthak oleh SPRM. Jadual 2.5 menunjukkan nilai rampasan bagi tahun 2008 adalah
sebanyak RM9,452,502.68.

2.2.2 Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Pada tahun 1950, Kerajaan British di Tanah Melayu telahpun meluluskan Ordinan
Pencegah Rasuah 1950. Ini adalah berdasarkan Laporan Suruhajaya pada tahun 1955
yang bertajuk Integriti of the Publis Servies. Laporan yang meminta agar kerajaan
memberikan tumpuan ke usaha mencegah rasuah dan mengambil tindakan ke atas
penjenayah rasuah.
Selepas itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah unit di bawah Pasukan Polis
DiRaja Malaysia. Unit ini dikenali sebagai Special Crime Unit dan penubuhan ini adalah
bertujuan untuk menangani gejala rasuah. Unit ini kemudian dijadikan sebagai Badan
Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) secara rasminya mula beroperasi pada 1 Oktober 1967
di mana satu Rang Undang-Undang Akta Pencegah Rasuah 1961 telah dibentangkan dan
diluluskan oleh Dewan rakyat (Laporan Tahunan SPRM 2009).

Kemudian BPR ditukar nama sebagai Biro Siasatan Negara (BSN) pada 8 Mei
1973 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein bagi
memantapkan usaha pencegahan rasuah. Rang Undang-Undang BSN telah dibentangkan
dan diluluskan di Parlimen pada 1 Julai 1973. Pada masa itu bidang tugas BSN bukan
setakat menjalankan siasatan ke atas kes-kes rasuah tetapi juga meliputi kes-kes pecah
amanah. BSN tidak dapat memberi tumpuan utama kepada mencapai matlamat asal
penubuhan iaitu mencegah rasuah.

Pada 22 Julai 1980 Perdana Menteri pada ketika itu telah mengarahkan supaya
bidang kuasa BSN dikaji semula. Lanjutan dari itu nama BSN telah ditukarkan semula
kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan tugas utama mencegah jenayah rasuah
dalam erti kata sebenar. Selaras dengan itu pada 30 April 1982 Akta Badan Pencegah
Rasuah telah dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Akta ini kemudian diluluskan
dan dikuatkuasakan pada 13 Mei 1982. Ekoran itu dengan rasminya nama badan ini
ditukarkan daripada Biro Siasatan Negara (BSN) kepada BPR (Sejarah 40 tahun Badan
Pencegah Rasuah 2009).
Pada tahun 1997 sekali lagi fungsi dan tugas BPR telah diperkemaskan dan
dipertingkatkan terutama dari segi bidang kuasa dan peruntukan hukuman kesalahan
jenayah rasuah yang lebih berat ke atas pesalah-pesalah jenayah rasuah selaras dengan
perubahan semasa dan senario jenayah rasuah yang semakin kompleks. Akta Pencegah
Rasuah 1961 telah dipindah dan dimansuhkan. Akta baru ini dikenali sebagai Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dan berkuatkuasa mulai pada 8 Januari 1998.

Seterusnya pada tahun 2008, kerajaan telah memberi keutamaan kepada usaha
memerangi rasuah di negara ini. Selepas pilihanraya ke-13, Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah bin Ahmad Badawi dan barisan Jemaah Menteri telah mengambil tindakan
serius dengan menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
mengantikan Badan Pencegah Rasuah.

Selepas rang undang-undang ini dibentangkan dan diluluskan, pada 1 Januari


2009 Badan Pencegah Rasuah dengan rasminya menjadi Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia. Akta Pencegahan Rasuah 1997 pula digantikan dengan Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) (Laporan Tekad 2008 Pelan Integriti
Nasional Penilaian dan Hala Tuju 2009).

Di antara peruntukan ketara di bawah akta baru ini adalah penubuhan 3 buah
jawatankuasa untuk memantau perjalanan atau aktiviti pencegahan rasuah oleh SPRM.
Tiga jawatankuasa tersebut adalah :
 Jawatankuasa Khas Pencegahan Rasuah
 Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
 Jawatankuasa Aduan

Selain tiga jawatankuasa ini, dua lagi panel telah ditubuhkan secara pentadbiran.
Panel tersebut adalah Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan & Pencegahan.
Disamping itu juga Akta baru ini juga telah mengutamakan usaha SPRM mendidik dan
meraikan sokongan dari masyarakat untuk mencegah rasuah.

2.2.3 Definisi Rasuah

Rasuah berasal dari bahasa arab riswah iaitu kata terbitan daripada kata akar perkataan
rasya, yaryu dan rasywan yang membawa maksud sogokan atau pujukan. Mengikut Dr.
Mahathir Mohamed (1986: 141) pula rasuah adalah “…corruption is better known as a
practice which enables someone to obtain remuneration through illegitimate means and
is understood as giving something to some one with power so that he will abuse his
power and act favoring the giver”.

Manakala M. Mcmullan (1961: 181) menyatakan rasuah sebagai “…a public


officer is corrupt if he accept money or money worth for doing something that he is under
duty to do anyway, that he is under duty not to do, or exercise a legitimate discretion for
improper reason”.
Manakala S.S Gill (1988: xiii) telah membandingkan rasuah dengan pelacuran
dengan berpendapat “corruption is a worthy rival of the oldest profession in the world”

Syed Hussein Alatas (1991: 1) menyatakan “corruption is the abuse of trust in the
interest of private gain”.

Akta SPRM 2009 adalah akta yang memperuntukkan undang-undang berkaitan


rasuah dan agensi yang diberi kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab membanteras
rasuah di Malaysia. Seksyen 3 (a) hingga (g) Akta SPRM 2009 mendefinisikan suapan
bagi membawa maksud rasuah, ia termasuk wang, derma, pinjaman, hadiah, pangkat,
jawatan, perkhidmatan sex dan bonus.

2.2.4 Jenis-Jenis Kesalahan Rasuah

Di bawah Akta SPRM 2009 terdapat beberapa kesalahan yang melibatkan jenayah
rasuah. Kesemua kesalahan ini boleh dibahagikan kepada 4 iaitu menerima rasuah,
memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain.

a) Meminta/Menerima Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima


suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan
apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi
prinsipal/majikan berkenaan.
b) Menawar/Memberi Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar/memberi/bersetuju memberi


suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan
apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi
prinsipal/majikan berkenaan

c) Membuat Tuntutan Palsu

Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada


prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai
kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

d) Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk


mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan
dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau
sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
Jadual 2.6 Tangkapan Mengikut Kesalahan bagi tahun 2003- 2009

Bil Kesalahan 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009


1 Menerima rasuah 219 302 295 336 368 415 298
2. Memberi Rasuah 50 101 113 107 103 93 107
3 Tuntutan palsu 32 55 30 50 66 68 60
4 Salahguna kuasa 13 12 29 19 10 7 9
5 Lain-lain kesalahan 25 27 18 34 44 22 26
Jumlah 339 497 485 546 591 605 500

Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2010

Jadual 2.7 Tuduhan Mengikut Kesalahan 2003-2009

Bil Kesalahan 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009


1 Menerima rasuah 148 122 120 113 93 11 80
2. Memberi Rasuah 44 40 46 38 20 35 28
3 Tuntutan palsu 40 66 33 22 53 20 29
4 Salahguna kuasa 50 30 4 32 5 5 8
5 Lain-lain kesalahan 103 29 114 49 51 37 31
Jumlah 385 287 317 254 222 208 176

Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2010

2.2.5. Punca Berlaku Rasuah

Rasuah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang mempengaruhi pelakuan ini dan ia
dibahagi kepada dua faktor. Faktor pertama adalah faktor dalaman dan yang kedua adalah
faktor luaran.
Faktor dalaman adalah kelemahan individu yang tamak dan ingin cepat kaya serta
kurang keimanan yang menjuruskan kepada amalan rasuah. Manakala faktor luaran pula
adalah disebabkan kurang pemantauan dan penyeliaan serta ke atas perlakuan seseorang
juga boleh membawa kepada rasuah.

Menurut Syed Hussein Alatas (1980: 47-48), rasuah berpunca dari kelemahan
kepimpinan, kelemahan nilai agama dan etika, penjajahan, kurang pengetahuan,
kemiskinan, kelemahan undang-undang, pengaruh persekitaran, struktur kerajaan dan
perubahan radikal.

2.2.6 Kesan Amalan Rasuah

Rasuah membawa kesan-kesan buruk sama ada kepada individu, masyarakat ataupun
negara. Antara kesan-kesan rasuah yang selalu dibincangkan secara ringkas ialah

i. Mengugat pertumbuhan ekonomi

Kita sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara
maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus melebih
satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan 2020.
Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentun tersebut maka kita perlu
mengelakkan pembaziran.

Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti
ekonomi. Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan asing yang banyak.
Bagaimana jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang
dilingkari dengan kegiatan rasuah, maka mereka akan tidak begitu berminat
untuk melabur di sini
ii. Imej Negara terjejas

Ini jelas menunjukkan kesan rasuah bukan sahaja kepada pengamal tetapi kepada
keseluruhan masyarakat dan negara. Negara akan dipandang serong sekiranya
rasuah tidak dibendung.

Antara kesan rasuah adalah kepada individu, masyarakat, organisasi, pemimpin,


kerajaan, negara dan kesan ini bukan setakat peringkat tempatan tetapi sehingga
peringkat global. Kedudukan tahap indeks rasuah negara seperti yang dilaporkan
oleh Transparency International dan akan menjejaskan kemasukan pelaburan
asing ke negara.

2.2.7 Undang-Undang Pencegahan Rasuah Di Malaysia

Negara ini mempunyai undang-undang pencegahan rasuah. Banyak agensi dari luar
negara datang ke Malaysia untuk mempelajari undang-undang negara ini. Terdapat
beberapa akta yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
antaranya adalah :

 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009


 Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (MACMA)
 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001
 Akta Kanun Keseksaan
 Akta Kastam 1967
 Akta Kesalahan –Kesalahan Pilihanraya 1954.

Walau pun peruntukan di dalam akta-akta di atas didapati cukup kuat dan padat
tetapi masih ada pengamal rasuah masih tidak gusar kepada hukuman sekiranya
ditangkap. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 mengenakan hukuman
penjara tidak melebih 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000/= yang
tinggi sebagai hukuman kepada pesalah rasuah (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009).

2.3 TEORI

Pelbagai jenis teori wujud di dalam kehidupan mengikut keperluan, bidang atau disiplin
yang tertentu. Teori dianggap sebagai suatu rangka asas dalam menjelaskan serta
menghuraikan fenomena yang wujud.

Menurut Kaplan (dalam Syed Arabi Idid 2002:18) teori memberikan pengertian
kepada kita bagaimana suatu fenomena itu berlaku. Teori ialah satu cara untuk
memahami keadaan yang begitu kabur.

Menurut Kerlinger (1973: 9) pula teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan
dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran secara sistematik tentang
fenomena dengan memperincikan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah
untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.

Teori mengikut Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba menerangkan
sesuatu pengalaman, idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau peristiwa.
Menurut Syed Arabi Idid (2002: 18) satu teori yang baik mempunyai beberapa
peranan, antaranya ialah (1) Penerangan, (2) Penjelasan, (3) Ramalan dan (4) Pengawalan
Penyelidikan.
Saodah Wok, Narimah dan Mohd Yusof, (2003: 4) telah menyenaraikan 9
kepentingan teori, iaitu :-

1. Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan;

2. Membolehkan kita mengenal pasti pola kejadian di sekeliling kita supaya dapat
membuat jangkaan terhadap fenomena penting dalam kehidupan kita;

3. Membantu kita membuat keputusan tentang kepentingan sesuatu perkara dan


membuat ramalan tentangnya;

4. Membantu kita menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan diri dengan
keadaan yang berubah-ubah dan dengan orang lain;

5. Membolehkan kita menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks;

6. Membantu kita melalui liku-liku hidup yang rumit dengan lebih berjaya;

7. Membolehkan kita mentafsir kejadian secara lebih anjal (fleksibel), lebih


berfaedah dan dapat membezakan baik-buruk sesuatu perkara;

8. Membantu kita melihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelumnya,
walaupun perkara itu di depan mata kita dan membantu kita melihat perkara yang
sama dengan kaca mata baru;
9. Membantu kita meluaskan tanggapan, mengatasi sesuatu yang menjadi
kebiasaan, membolehkan kita menjadi semakin anjal dan mudah menyesuaikan
diri dengan keadaan yang sentiasa berubah.

Berdasarkan pendapat-pendapat para sarjana, kita dapat mengesahkan bahawa


teori telah banyak memberikan kebaikan dalam kehidupan ini. Ia telah menjadi panduan
serta rujukan ketika membuat sesuatu keputusan. Ia juga membantu kita membuat
ramalan serta andaian tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Ini secara tidak
langsung membantu kita bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kajian ini yang menumpukan kepada bagaimana media menentukan agenda


dalam memaparkan isu sosial kepada masyarakat. Oleh itu teori penentuan agenda
digunakan sebagai asas dalam menjalankan kajian ini.

2.3.1 Teori Penentuan Agenda

Perspektif Teori Penentuan Agenda merujuk pandangan bahawa media membentuk


agenda untuk khalayak. Media menurut teori ini menganggap bahawa media tidak
mungkin mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu isu tetapi boleh mengubah
persepsi tentang apa yang penting. Teori Penentuan Agenda merujuk pandangan bahawa
media mampu memilih dan mendapatkan perhatian khalayak tentang idea, kejadian,
tajuk-tajuk berita tertentu atau tentang seseorang.

Teori Penetapan Agenda ataupun lebih dikenali sebagai Agenda Setting Theory
telah diperkenalkan oleh Maxwell E. McCombs dan juga rakannya Donald L. Shaw pada
tahun 1977. Menurut mereka berdua, media massa berupaya untuk memindahkan
kepentingan sesuatu isu berita kepada agenda umum.
Fenomena penentuan agenda ini menurut McCombs dan Shaw adalah disebabkan
masyarakat sekeliling menganggap setiap perkara ataupun tajuk berita yang diberikan
tumpuan oleh pihak media adalah sangat penting untuk diketahui oleh khalayak media.

Pandangan penentuan agenda yang dibawa oleh McCombs dan Shaw adalah
berasaskan kepada pendapat Lippmann yang mengatakan bahawa media massa adalah
perantaraan antara dunia sebenar dan juga gambaran yang terdapat dalam pemikiran
manusia.

Menurut Teori Penentuan Agenda seperti mana kajian dijalankan oleh Weaver
(1982) mengandaikan bahawa akhbar tidak memainkan peranan sebagai saluran mudah
atau cerminan kepada apa yang terjadi. Akhbar bukanlah gambaran sebenar tetapi
berperanan sebagai penapis atau pembentuk yang berfungsi untuk menapis berita. Beliau
juga mengandaikan bahawa penumpuan oleh akhbar terhadap sesuatu isu tertentu
menyebabkan masyarakat memberikan tumpuan kepada isu berkenaan.

Menurut McComm & Shaw (dalam Umi Khattab, 1991b: 297) kepentingan
sesebuah topik atau isu dalam media massa akan mempengaruhi minat publik terhadap
topik atau isu tersebut. Media berupaya untuk memilih dan mengutamakan isu-isu dan
topik-topik yang akan dipersepsikan sebagai penting oleh publik.

Fungsi penentuan agenda ini memaparkan seolah-olah media berkuasa dalam


mempengaruhi khalayak. Ia juga bererti bahawa wujud satu hubungan langsung antara
liputan media massa dengan penonjolan sesuatu topik di kalangan khlayak.
Menurut Syed Arabi Idid (1994: 9), Teori Penentuan Agenda merupakan satu
pendekatan dalam kajian komunikasi sebagai satu usaha para sarjana untuk meneliti
penggunaan media massa oleh khalayak.

Menurut Syed Arabi Idid (1994: 9) idea tentang penentuan agenda telah
dikemukakan buat pertama kalinya oleh Cohen (1963), tetapi kajian secara empirikal,
pendekatan penentuan agenda ini diperkenalkan oleh McCombs dan Shaw (1972).
Mereka telah menguji secara empirikal teori ini ketika kempen pemilihan
Presiden Amerika Syarikat di wilayah Chapel Hill, Carolina pada tahun 1968 dan
menyatakan bahawa media massa tidak berkesan sangat dalam mempengaruhi fikiran
tetapi amat berkesan dalam mempengaruhi apa yang hendak difikirkan.

Mereka juga mengusulkan pendapat tentang wujudnya pertalian yang rapat di


antara liputan media massa dengan apa yang menjadi buah perbincangan orang ramai.
Dengan lain perkataan isu yang ditonjolkan oleh media massa, iaitu sebagai agenda
media, mempunyai pertalian rapat dengan isu yang dibincangkan oleh publik iaitu agenda
publik.

Pendekatan penentuan agenda boleh dilihat pada setiap masa di kalangan


masyarakat kita yang menang sentiasa terdedah kepada berita dan maklumat semasa. Di
dalam paparan tajuk utama sesuatu media, sememangnya telah disusun mengikut
keutamaan berita tersebut untuk diketahui oleh khalayak. Dari satu segi, penonjolan topik
berita utama oleh media, biasanya membawa kesan yang kuat di kalangan masyarakat
dalam membincang dan memperkatakannya.

Sebagai contoh, jika media menonjolkan berita tentang kenaikkan harga gula,
ianya akan menjadi perbincangan dan perbualan di seluruh pelusuk negara yang
melibatkan pelbagai peringkat umur dan bangsa. Contohnya melibatkan peniaga restoran,
peniaga kuih muih, peniaga minuman, pengguna gula di kampung dan di bandar, malah
keseluruhan rakyat akan menjadikan kenaikkan harga gula sebagai topik perbualan
mereka.

Menurut Samsudin A. Rahim (2003: 72), telah menyatakan bahawa media


dianggap mempunyai kuasa untuk mempengaruhi fikiran audien dengan menentukan
„agenda‟ terhadap perkara yang akan dibincangkan dan difikirkan. Antara agenda yang
dapat ditentukan oleh media ialah:-
1) Menentukan perkara yang akan difikirkan oleh khalayak.
2) Menentukan fakta yang boleh dipercayai oleh khalayak.
3) Menentukan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
4) Menentukan tumpuan perhatian terhadap sesuatu isu.
5) Menentukan apa yang patut diketahui oleh khalayak.

Secara kesimpulan mengikut andaian teori penentuan agenda, media mempunyai


kuasa untuk mempengaruhi pemikiran publik. Pemikiran publik yang ditetapkan oleh
media seterus boleh membawa kepada perubahan amalan hidup publik.

2.3.2 Pengampang (Gatekeeping)

Kurt Lewin rupanya orang pertama yang menggunakan istilah pengampang


(gatekeeping). Beliau telah menggambarkan seorang isteri atau ibu sebagai orang yang
memutuskan makanan yang berakhir di meja makan keluarga (Lewin, 1947: 145).
Gatekeeper adalah orang yang memutuskan apa yang harus dilakukan pada setiap
bahagian gerbang. Meskipun pada awalnya ia menyentuh rangkaian makanan, tetapi
kemudian telah digunakan pada saluran komunikasi.
Teori penentuan agenda dan pengampang tidak dapat dipisahkan. Sebelum berita
disiarkan untuk bacaan umun proses membuat keputusan dan mengedit berita akan
berlaku. Setiap hari pengarang dan juga pengarah berita akan menapis maklumat dalam
media berita di mana mereka perlu menetapkan bahagian mana yang perlu diluluskan dan
bahagian mana pula yang perlu diketepikan.

Akhbar pula dengan jelas memberi penilaian kedudukan pentingnya sesebuah


berita melalui ukuran tajuk berita dan penempatan letaknya di dalam akhbar iaitu
daripada berita terpenting kepada berita yang dianggap kurang penting.

Contoh: sekumpulan enam orang remaja ditahan kerana berkelakuan kasar dan
mencederakan seorang anggota polis. Hanya gambar anggota polis yang cedera yang
diberitakan di muka hadapan akhbar tempatan. Media di dalam konteks ini menentukan
agenda untuk menarik kesedaran umum.

Apakah yang tidak diberitakan oleh media kadang kala lebih penting dari apa
yang disiarkan. Kemungkinan ada di antara maklumat penting yang tidak disiarkan.
Kemungkinan juga berita tertentu sepatutnya dicetak di muka hadapan akhbar dan
mendapat liputan dalam berita prima/berita utama. Pengampang (gatekeeper) media
menjalankan peranannya menentukan berita yang mana harus diberi keutamaan dalam
media.

Konsep yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1947, menghuraikan
peranan pengampang (individu atau kumpulan) yang memilih dan menentukan berita
yang melepasi aliran kawalan maklumat sebelum sampai kepada khalayak. Mereka ini
terdiri daripada editor akhbar, majalah, radio dan televisyen, kumpulan politik dan
pemilik stesyen yang mempunyai pengaruh menetunkan maklumat yang disampaikan
kepada khalayak. Golongan pengampang bukan setakat menyaring maklumat dan isi
kandungan tetapi mereka menentukan sumber berita (Fungsi dan kesan Media Massa
dlm. Modul OUM-Komunikasi Massa dan Teknologi Komunikasi) .

Dapat dianalisis bahawa pengampang (gatekeeper) serta pemilik media (who own the
media) berperanan menentukan berita yang mana harus diberikan keutamaan dalam
media. Pengampang sama ada individu atau kumpulan berkuasa dalam proses pemilihan
dan menentukan berita yang melepasi prosedur ditetapkan sebelum sampai kepada
khalayak.

Berdasarkan model konseptual di atas pengaruh gatekeeper ke atas media dan


secara tidak langsung turut mempengaruhi agenda media yang bakal ditonjolkan kepada
khalayak. Agenda media menurut Teori Penentuan Agenda akan meresap dalam
pemikiran khalayak dan seterusnya menjadi agenda publik. Seterusnya agenda politik ini
yang berasaskan kepada kepentingan dan pendapat umum akan membentuk agenda polisi
yang dibuat bukan berasaskan kepada agenda publik.

Oleh itu Teori Penentuan Agenda memfokuskan kepada kandungan media serta
tanggapan dari kalangan khalayak. Penentuan agenda adalah model kesan media tentang
bagaimana untuk berhadapan dengan masalah kandungan media. Teori ini menyatakan
bahawa setiap masa atau ruang yang diperuntukan terhadap sesuatu isu perlu diukur dan
pengukuran itu adalah kaitannya dengan jumlah perhatian pembaca atau menilai
kepentingan sesuatu isu yang disiarkan.
2.4 KAJIAN LEPAS

Mengikut kajian tentang pengetahuan sikap dan nilai orang ramai terhadap rasuah
dilakukan Socio Economic Research Unit (SERU) dalam tahun 1991 merumuskan bahawa
dua faktor utama berlaku rasuah ialah kerana perasaan tamak dan peluang. Hasil kajian mendapati
sebanyak 80 peratus responden bersetuju bahawa ianya disebabkan perasaan tamak wang dan
berbelanja melebihi pendapatan, 71 peratus responden pula bersetuju kerana tidak cukup diawasi
atau diselia oleh pihak atasan. Manakala 70 peratus responden bersetuju bahawa faktor peraturan
kerja yang tidak ketat dan memberi peluang perbuatan rasuah (Bahagian Pendidikan Masyarakat,
2000).

Satu kajian tentang peranan pentadbiran awam dalam menangani rasuah telah dijalankan
oleh Stapenhurst dan Langseth (1997). Hasil kajian mendapati bukan mudah untuk mencari jalan
penyelesaian atau model yang boleh digunakan untuk menangani masalah rasuah. Ini adalah
disebabkan oleh keadaan sesebuah negara yang unik yang terdiri daripada sejarah, budaya,
keadaan politik, sistem pentadbiran, pembangunan, pengalaman dan pengajaran yang boleh
dipindah.

Dalam kajian itu juga menyatakan sebab kewujudan gejala rasuah yang semakin
berleluasa. Di antara punca masalahnya ialah sumber rasuah itu sendiri adalah banyak dan
kompleks. Masalah kemiskinan adalah tunjang utama kepada masalah ini tetapi ianya bukan satu-
satunya penyebab. Pemimpin yang korup adalah jelas menunjukkan punca kepada kemiskinan
rakyatnya sendiri.
Kajian oleh akhbar The Star dalam tahun 1997 dan respondennya adalah terdiri dari
masyarakat Cina. Hasil dari soalselidik yang dijalankan didapati 64 peratus responden pernah
memberi rasuah. Manakala lebih dari 76 peratus responden percaya tiada tindakan akan diambil
jika laporan berhubung rasuah dibuat dan lebih dari 50 peratus responden mengatakan tidak akan
melaporkan kepada pihak berkuasa jika seseorang meminta rasuah dari mereka (Bahagian
Pendidikan Masyarakat, 2000).

Menurut Bahagian Pendidikan Masyarakat, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan


mahasiswa Pusat Kajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) USM dalam tahun 1999
terhadap kakitangan awam beberapa buah jabatan kerajaan di Pulau Pinang menunjukkan bahawa
65 peratus responden tidak mengetahui bahawa rasuah adalah merupakan satu perlakuan
menyogok dan menyuap. Manakala 68 peratus responden tidak mengetahui rasuah adalah
perbuatan jenayah.

Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan tentang konsep rasuah yang meliputi
sogokan dan suapan, bentuk-bentuk hukuman dan perlindungan terhadap pemberi maklumat
adalah rendah. Responden juga kurang mengetahui peranan dalam usaha untuk membenteras
rasuah dan hanya bergantung kepada majikan semata-mata.

Manakala hasil kajian mendapati responden kurang mempraktikkan saluran yang


disediakan untuk melaporkan rasuah kerana tiada pendedahan (Bahagian Pendidikan Masyarakat,
2000).

Kajian yang dibuat oleh Institut Integriti Malaysia menunjukkan terdapat penjawat awam
yang tidak memahami pengertian rasuah itu sendiri. Kajian IIM pada tahun 2006 dan 2007
menggambarkan kebenaran kenyataan di atas. Mengambil kira nilai skor maksimum adalah 10,
skor yang dicatatkan di bawah menunjukkan masih lagi ramai penjawat awam yang tidak
memahami pengertian rasuah (Laporan Tekad 2008- Pelan Integriti Nasional Penilai dan Hala
Tuju 2009: 31).
Jadual 2.8 Pemahaman Penjawat Awam Tentang Rasuah 2006-2007

Bil Perkara 2006 2007


1. Menerima hadiah dari pelanggan adalah rasuah. 8.44 8.35
2. Menggunakan wang pejabat bagi kegunaan sendiri adalah 7.51 7.06
rasuah.
3. Terlibat dalam pemberian tender kepad ahli keluarga adalah 8.27 8.13
rasuah.
4. Terlibat secara langsung dalam pelantikan ahli keluarga 7.44 7.13
untuk mengisi jawatan kosong di jabatan adalah rasuah.
5. Mengemukakan tuntutan penginapan bagi tugas luar yang 7.29 6.82
telah disediakan penginapan oleh penganjur adalah rasuah.

Sumber : Institut Integriti Malaysia


Zulkefle Abd. Hamid (2010) telah menjalankan satu kajian tentang motif informer
bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dalam kajian itu beliau ingin
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong informer dan bentuk kerjasama yang sanggup
diberikan kepada SPRM serta pengetahuan informer.

Pengkaji telah menemubual lima orang informer atau responden yang sanggup
bekerjasama dengan SPRM. Hasil dari kajian itu beliau mendapati motif informer bekerjasama
dengan SPRM adalah pelbagai. Motif afiliasi didapati sebagai salah satu daripada motif informer
berkerjasama. Semua responden sanggup untuk memberi sokongan dan kerjasama untuk
membanteras rasuah.

Dalam kajian ini pengkaji juga telah menilai sikap dan nilai responden dan mendapati
kesemua responden bersetuju rasuah membolehkan urusan seharian dapat diselesaikan dengan
mudah. Tahap pengetahuan informer atau responden terhadap kesalahan jenayah rasuah di bawah
Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak
mencukupi.
Dalam Konvensyen Integriti Nasional 2007 yang dilangsungkan pada 9 September 2007,
sebanyak 21 satu resolusi dihasilkan untuk penambahbaikan usaha pencegahan jenayah rasuah.
Antaranya adalah menyediakan Pelan Strategik Media. Pelan ini akan memastikan (i)
perlaksanaan urusan media yang sistematik dan menyeluruh, (ii) analisis media dibuat dari
semasa ke semasa termasuk ke atas blog (iii) menjalinkan kerjasama erat dengan pihak media
supaya mereka menjadi penghubung dalam menyampaikan mesej anti-rasuah dan integriti kepada
masyarakat dan (iv) media perlu dididik supaya lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan
(Laporan Tekad 2008- Pelan Integriti Nasional Penilai dan Hala Tuju 2009: 22).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Stamm (dalam Syed Arabi Idid 1994: 11) tentang
ucapan dasar Presiden Amerikan Syarikat oleh Carter dan Nixon mendapati bahawa adakalanya
ucapan Presiden boleh dijadikan agenda dalam media dan kadangkala perkara yang dibangkit
oleh media dijadikan sebagai bahan agenda dalam ucapan dasar Presiden.

Terdapat beberapa kajian lalu yang menunjukkan bahawa khalayak dipengaruhi oleh
media, meskipun tidak ada persetujuan sebelumnya untuk saling pengaruhi. Satu kajian telah
dijalankan di Ghana terhadap kesan media untuk mendedahkan khalayak dengan maklumat
kesihatan tentang AIDS/HIV. Hasil kajian mendapat media merupakan jambatan di antara
kerajaan dan masyarakat dalam usaha kerajaan menyampaikan maklumat dan kesedaran tentang
kesihatan (Kwansah-Aidoo, 2001).

Dalam satu kajian mengenai liputan media ke atas kanak-kanak Palestin dengan
menggunakan teori penentuan agenda, pengkaji telah menyelidik media-media NBC
TV, BBC World Service, The Quardian, Al Jazeera, The New York Times, dan The
Jerusalem Post. Kesemua media di atas adalah merupakan representasi dari kategori
regional dan internasional. Hasil dari kajian ini menyakinkan asumsi bahawa kanak-
kanak Palestin memiliki sedikit sekali akses dan isu yang berhubungkait dengan mereka,
dan mereka juga jarang ditampilkan sebagai berita yang dominan dalam krisis di timur
tengah (Nashat A.Aqtash, et. al. 2004).

Mohammad Abdul Nafi Azhari (2006) menjalankan kajian agenda akhbar mengenai
pemaparan isu Ambalat oleh dua buah akhbar perdana pilihan di Indonesia. Sejumlah 122 kali
edarannya telah diambil sebagai sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat 163 kali
pemaparan mengenai isu Ambalat dalam tempoh dua bulan kajian.

Hasil kajian menunjukkan akhbar Kompas memaparkan isu Ambalat lebih dari akhbar
the Jakarta Post. Corak pemaparan pula mendapati 46.63 peratus orientasi positif, 36.81 peratus
neutral dan 16.56 peratus orientasi negatif. Kesimpulan daripada kajian ini adalah corak
pemaparan serta ruang lingkup akhbar setempat dapat mempengaruhi kepada penentuan agenda
publik.

Abdul Rahman Shaik (2009) menjalankan kajian untuk mengenal pasti tema
utama isu, meneliti aliran pola penonjolan isu dan artibut pemberitaan liputan berita
dalam talian yang dipaparkan melalui laman web Malaysiakini dan Agendadaily semasa
pilihanraya umum 2004. Pembinaan agenda media pendekatan priming daripada Teori
Penentuan Agenda dijadikan perspektif teorikal kajian.

Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian analisis kandungan kualitatif dan


pendekatan kuantitatif dengan mengambil 184 liputan berita politik dari kedua-dua laman
web. Hasil kajian mendapati lima tema utama isu yang kerap ditonjolkan dalam paparan
kedua-dua laman web adalah tema kemelut dalaman, propaganda, kewibawaan calon,
kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan salah laku. Dapatan kajian pola penonjolan
isu menunjukkan wujud pembinaan agenda media priming oleh kedua-dua laman web
semasa membuat liputan berita politik dan dapatan kajian mengukuhkan teori penentuan
agenda.
Berdasarkan kajian lalu misalnya kajian oleh Ismail Sualman dan rakan-rakan (1999)
mendapati terdapat hubungan di antara penentuan agenda dengan agenda publik dalam
pilihanraya di Malaysia. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara isu
dengan kecenderungan berita, dan pemaparan isu samada isu nasional, tempatan atau
antarabangsa. Kajian tersebut juga mendapati terdapat hubungan di antara pemaparan isu dengan
personaliti dan juga imej gambar atau bahan.

Kajian oleh Ismail Sualman (2005), menunjukkan bahawa pemaparan isu dalam pilihan
raya umum 2004 lebih bersifat neutral dan seimbang dan Perdana Menteri Dato‟ Seri Abdulah
Ahmad Badawi dilihat dipaparkan secara positif dan mendapat imej yang baik.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, kita dapat melihat hasil kajian yang dijalankan
lebih ke arah perubahan sikap dan apakah tindakan susulan oleh masyarakat apabila
media sering mengutarakan sesuatu isu kepada masyarakat. Penonjolan ini dilakukan
secara konsisten dan secara terancang.

2.5. TAKRIFAN KONSEP

Menurut Wimmer dan Dominick (1983: 41) (dalam Nor Zaliza binti Sarmiti 2003: 62)
konsep diperlukan untuk merangkumkan sesuatu fenomena mahupun kejadian dalam
penjelasan yang mudah difahami. Pengkaji akan memberikan beberapa konsep yang
digunakan dalam pengkajian ini bagi membantu pembaca memahami dengan lebih
mudah perjalanan dan pencarian jawapan kepada permasalahan sebenar kajian berita
pencegahan rasuah.
2.5.1 Kekerapan berita

Kekerapan berita bagi maksud kajian ini adalah jumlah berita tentang isu rasuah yang
disiarkan di dalam dua buah akhbar yang dikaji. Bagi kajian ini setiap berita yang
menyentuh isu rasuah akan diambil kira sebagai berita rasuah, tanpa mengambil sama
ada panjang atau pendeknya laporan tersebut.

2.5.2 Saiz Berita

Kepentingan sesuatu berita dapat diukur melalui saiz berita tersebut. Secara logik apabila
berita itu bersaiz besar maka khalayak akan berfikir berita itu penting. Kajian ini akan
mengambil kira keluasan yang diperuntukan oleh pihak akhbar untuk menyiarkan berita.

2.5.3 Letak berita

Kategori ini menerangkan bagaimana berita tentang rasuah itu disiarkan atau diletakkan
oleh pengarang berita. Meletakkan sesuatu berita secara tidak langsung akan
menunjukkan kepentingan berita itu. Di dalam kajian ini letak berita tentang rasuah akan
dilihat tempat letak seperti di muka hadapan, muka dalam, dalam ruang lidah
pengarang, berita luar negeri, ruang rencana, kartun atau pun komen surat pembaca dan
lain-lain lagi.

2.5.4 Sumber berita

Sumber berita bermaksud dari mana pihak akhbar mendapat berita yang disiarkan.
Menurut Mohd Salleh Kassim (1985: 27) sumber berita merupakan suatu berita atau
bahan berita itu diperolehi untuk diolah menjadi berita. Sumber maklumat ini
termasuklah dari orang perseorangan, kelompok masyarakat atau organisasi yang
menyediakan berita tersebut.

2.5.5 Tema Berita

Menurut Pan (1993: 120-141) mengemukakan bahawa tema merupakan suatu bayangan
yang dikemukakan media hasil pengamatan wartawan terhadap sesuatu kes untuk
menyokong andaian. Tema berita bermaksud ringkasan atau persoalan pokok sesuau
berita. Tema adalah idea atau persoalan utama pada berita.

Apabila sesuatu berita selesai dibaca, pembaca dapat mengenalpasti tema berita.
Tema merupakan pengawal sesuatu berita. Dalam kajian ini tema diertikan sebagi idea
pokok yang mengandungi suatu pengertian yang diungkapkan oleh wartawan untiuk
menyampaikan mesej rasuah kepada pembaca.

2.5.6 Jenis berita

Jenis berita merujuk kepada bagaimana berita tersebut ditulis untuk pembaca agar mereka
mudah faham isi berita tersebut. Jenis-jenis berita boleh dibahagikan kepada berita biasa,
laporan khas, berita rencana, berita komen, lidah pengarang, kartun, dan sebagainya.

2.5.7 Arah Tajuk Berita

Tajuk berita adalah perkata-perkataan yang disusun dengan menggunakan huruf yang
lebih besar dari huruf isi berita tersebut. Tajuk berita merupakan kata-kata awal yang
boleh menarik perhatian pembaca. Dalam kajian tajuk berita rasuah seperti “Rasuah Seks
Dua ditahan” atau Menteri ditahan kerana rasuah” boleh menarik minat pembaca. Tajuk
berita boleh untuk menarik perhatian pembaca. Dalam kajian arah tajuk berita
dibahagikan kepada 4 iaitu positif, negatif, seimbang atau neutral.

2.5.8 Arah Berita

Arah berita pula merupakan arah pemberitaan yang ditentukan oleh pemberita atau
penulisnya. Pembaca akan membaca dan memahami berita itu. Dalam berita berkaitan
rasuah akan dianalisis dengan membaca setiap perenggan. Dalam kajian arah berita
menjurus kepada 4 iaitu positif, negatif, seimbang atau neutral.

2.6. RUMUSAN

Dalam kajian ke atas akhbar Berita Harian dan The Star, Teori Penentuan Agenda akan
dijadikan kerangka untuk melihat cara kedua-dua akhbar ini melaporkan berita tentang
rasuah kepada pembaca agar berita itu dalam menarik perhatian khalayak. Berdasarkan
kajian lepas membuktikan bahawa media perlu menjalankan peranannya terutama dalam
hal berkaitan pemaparan berita dengan mengambil kira konsep tanggungjawab sosial.

Seterusnya bab ketiga akan membincangkan dan menjelaskan tentang metodologi


yang digunakan dalam proses melaksanakan kajian ini.
BAB III

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan kaedah analisis kandungan yang digunakan dan membincangkan
persoalan kajian yang perlu mendapat jawapan serta cara menganalisis data, persampelan,
kebolehpercayaan dan takrifan kendalian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
Program Statiskal untuk Sains Sosial(SPSS).

3.2. KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian ini adalah analisis kandungan. Analisis kandungan adalah analisis
kuantitatif bersistematik kandungan komunikasi. Analisis kandungan digunakan untuk
menentukan kehadiran. Analisis kandungan ialah satu teknik penyelidikan yang memberi
tumpuan terhadap mesej.

Menurut Syed Arabi Idid (2002: 105) kaedah analisis kandungan membenarkan
kajian dilakukan terhadap utusan atau mesej walaupun daripada apa jua media.
Mohd. Dhari Othman (1999: 36), pula menyatakan analisis isi kandungan bukan
sahaja untuk mengkaji isi kandungan sesebuah akhbar, malah segala bahan komunikasi
yang telah direkod seperti lukisan, lakaran, tulisan, buku, majalah, rakam audio, rakaman
video, filem dan seumpamanya boleh dikaji.

Manakala Berelson (dalam Syed Arabi Idid 2002: 106) mentakrifkan analisis isi
kandungan sebagai satu teknik untuk mengkaji komunikasi lahiriah yang dibuat secara
objektif, sistematik dan kuantitatif. Komunikasi lahiriah bermaksud mesej yang tersurat,
bukan yang tersirat.

Menurut Budd, Thorp dan Donohew (dalam Mohd . Dhari Othman 1999: 36) pula
berpendapat bahawa analisis kandungan bahan komunikasi harus mencakupi perkara-
perkara yang memberikan makna yang tersirat dalam sesuatu mesej. Untuk menjadikan
analisis kandungan sebagai satu pendekatan penyelidikan yang saintifik, pengendaliannya
ia harus dilakukan secara objektif. Objektif di sini bermaksud isi kandungan bahan-bahan
yang dikaji itu perlu dikelaskan dalam kategori-kategori tertentu sebelum kajian
dilakukan.

Sementara itu Stempel dan Westley (1981) menyatakan bahawa kajian kandungan
adalah pembuatan kesimpulan dari pemerhatian terhadap satu-satu kandungan atau mesej.
Manakala Weber (1985) pula mengertikan kajian kandungan sebagai satu kaedah
penyelidikan yang menggunakan langkah-langkah tertentu untuk membuat kesimpulan
daripada teks (Musa Abu Hassan dan Ezhar Taman 1999: 68).
Manakala Stemple dan Westley (1981) secara lebih khusus menggariskan empat
perkara utama yang perlu diberi perhatian untuk menjalankan kajian kandungan iaitu i)
pemilihan unit analisis; ii) pembentukan kategori; iii) pensampelan (sampling)
kandungan; dan iv) kebolehanpercayaan (reliabity) koding.

Menurut Berger (2000: 174) teknik analisis kandungan ini amat berkesan untuk
mendapatkan maklumat serta gambaran keadaan sebenar tentang tingkahlaku, sikap dan
pandangan masyarakat. Teknik ini amat sesuai untuk membuat perbandingan mesej
antara 2 media cetak seperti akhbar, novel berbeza, siaran radio serta rancangan
televisyen yang berlainan.

Berelson (1971) berpendapat analisis isi kandungan adalah satu teknik


penyelidikan untuk menganalisa kandungan sesuatu media secara objektif, sistematik dan
kuantitif. Berdasarkan pendapat beliau, kaedah ini biasanya dilakukan untuk penjelasan
maksud atau motif daripada penyampai atau pemberi maklumat seperti yang terdapat
dalam isi kandungan komunikasi hasil daripada perhatian dan tingkahlaku pembaca serta
pendengar.

Syed Arabi Idid (1999:93) pula menjelaskan analisis kandungan adalah satu
kaedah yang popular. Sejarah analisis kandungan sebagai kaedah penyelidikan dapat
diikuti semenjak kurun 20 walaupun ciri-cirinya dikatakan bermula pada tahun 1940-an.

Holsti (dalam Ramli Ibrahim 2006: 46) menjelaskan bahawa kaedah analisis
kandungan digunakan untuk penyelidikan Sains Sosial dalam mengkaji segala kandungan
komunikasi secara lisan dan juga tulisan. Selain itu, analisis isi kandungan adalah satu
peringkat pemerosesan maklumat dalam pengubahsuaian bentuk kandungan komunikasi
melalui aplikasi pengkategorian yang objektif dan juga sistematik bagi data yang dapat
diringkaskan dan dibandingkan.

Menurut Syed Arabi Idid (1999:96) bidang kajian yang menggunakan kaedah
analisis kandungan ialah dalam pendekatan penentuan agenda. Melalui pendekatan ini,
dua kaedah digunakan iaitu kaedah analisis kandungan dan tinjauan. Dan analisis
kandungan digunakan untuk mengetahui berita yang disiarkan oleh akhbar.

3.3. UNIT ANALISIS

Menurut Mohd. Dhari Othman (1999: 37) dalam prosedur kajian analisis isi kandungan
berbentuk saintifik dan salah satu langkah yang perlu dilakukan adalah tentukan unit
analisis. Unit analisis adalah asas kepada pengiraan untuk menentukan ciri-ciri isi
kandungan yang sedang dikaji.

Courtright dan Bowers (dalam Musa Abu Hassan dan Ezhar Tamam 1999: 70)
telah menjelaskan dua faktor penting yang perlu diambil kira dalam penentuan unit
analisis dalam sesebuah kajian yang dijalankan. Dua faktor tersebut adalah :-

1. Unit analisis berkenaan mestilah menyeluruh dan mengandungi


perkara-perkara yang hendak dikaji dan diselidik.

2. Unit berkenaan mestilah tidak luas sehingga sukar untuk diuruskan


dengan berkesan.
Oleh yang demikian unit analisis yang telah ditentukan dalam kajian kandungan
perlu diperjelaskan dengan lengkap dalam laporan supaya penyelidik-penyelidik lain
akan memperolehi maklumat yang sewajarnya agar kajian tersebut dapat dilanjutkan atau
diulang semula. Secara kesimpulan, unit analisis dalam sesuatu kajian kandungan
merupakan elemen yang dijadikan punca data.

3.4. PERSAMPELAN

Rosinah Abdullah (2003: 41) memetik Berelson (1974) dan Budd (1967) menyatakan
bahawa pemilihan sampel yang kecil tetapi dipilih dengan teliti terhadap isi kandungan
yang sesuai dapat menghasilkan keputusan yang benar dan tepat.

Kajian ini memilih dua buah akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris iaitu Berita
Harian dan The Star antara 1 Disember 2009 hingga 31 Januari 2010 sebagai sampel
kajian ini. Semua berita tentang rasuah yang disiarkan dalam kedua-dua akhbar Berita
Harian dan The Star dijadikan populasi dalam kajian ini.

Pemilihan populasi akhbar ini selama dua bulan adalah bersempena ulang tahun
pertama penubuhan SPRM pada 1 Januari 2009. SPRM yang sebelumnya dikenali
sebagai BPR telah disusun semula dengan nama SPRM pada 1 Januari 2009. Dengan
mengambil kira ulangtahun penubuhan SPRM, populasi yang ditetapkan ialah sebulan
sebelum dan selepas ulangtahun penubuhan SPRM yang pertama.
Menurut Berelson (1974), pemilihan sampel yang kecil dipilih dengan teliti
terhadap isi kandungan yang sesuai, boleh menghasilkan keputusan yang benar dan
tepat. Oleh itu, kaedah persampelan bertujuan dengan mengguna rawak bersistematik
telah digunakan untuk tujuan persampelan kajian ini.

Dalam kajian ini tarikh permulaan sampel yang dipilih adalah 1 haribulan
Disember 2009. Selanjutnya ditetapkan pemilihan sampel berikutnya dibuat secara
sistematik, iaitu setiap hari dari sampel pertama dan seterusnya. Oleh itu sampel diambil
bermula 1 haribulan Disember 2009 hingga 31 Januari 2010. Populasi sampel adalah
seperti di Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Populasi Kajian

Akhbar Tarikh
Disember 2009 Januari 2010
Berita Harian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18 19 12 13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26 27 20 21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 28 29 30 31

The Star 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18 19 12 13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26 27 20 21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 28 29 30 31
3.5 HIPOTESIS KAJIAN

Andaian terdapat perbezaan di dalam hipotesis ini bukan pada laporan isu rasuah di
antara akhbar Berita Harian dan The Star tetapi pada item-item di dalam setiap kategori.

Hipotesis 1 : Terdapat perbezaan dalam tema berita rasuah dalam akhbar Berita Harian
dan The Star.

Hipotesis 2 : Terdapat perbezaan jenis berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The
Star

Hipotesis 3 : Terdapat perbezaan saiz berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The
Star

Hipotesis 4 : Terdapat perbezaan sumber berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan
The Star.
Hipotesis 5 : Terdapat perbezaan letak berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The
Star.

Hipotesis 6 : Terdapat perbezaan arah tajuk berita rasuah dalam akhbar Berita Harian
dan The Star.

Hipotesis 7 : Terdapat perbezaan arah berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The
Star

Dalam bab empat diperjelaskan dan dihuraikan ujian hipotesis.


3.6 TAKRIFAN KENDALIAN

Berita yang melibatkan isu rasuah di dalam dan luar negara yang disiarkan dalam akhbar
The Star dan Berita Harian telah digunakan sebagai bahan kajian. Ini meliputi berita
dalam bentuk berita umum, artikel, rencana, lidah pengarang, komen pembaca, gambar
dan kartun. Borang kodan menjadi instrumen dalam analisis isi kandungan ini untuk
tujuan mendapatkan data mengenai unit-unit analisis berasaskan penjelasan di bawah.

3.6.1 KEKERAPAN BERITA

Kategori kekerapan penyiaran berita yang melibatkan rasuah digunakan untuk


mengetahui kekerapan berita rasuah dalam akhbar The Star dan Berita Harian. Setiap
berita rasuah dipaparkan dalam kedua-dua akhbar akan dikodkan dengan mengambil kira
kekerapan sepanjang tempoh kajian.

3.6.2 SUMBER BERITA

Semua berita yang disiarkan mesti mempunyai sumber. Oleh itu kategori sumber berita
melihat punca kedua-dua akhbar memperolehi berita rasuah. Pada kebiasaanya, nama
sumber berita disebut akan ditulis oleh pemberita dalam penulisannya.
Sekiranya terhadap lebih dari satu sumber, maka sumber akan dipilih berdasarkan
sumber lebih diberikan keutamaan dan kelebihan dalam menyatakan isu rasuah dari
berita tersebut. Jika berita tersebut tidak menyatakan sumber, maka akhbar yang
menyiarkan akan dijadikan sumber. Kategori sumber dalam laporan akhbar ini adalah
seperti berikut :-

a. Perdana Menteri

Kategori ini meliputi semua berita yang menjadikan Perdana Menteri sebagai sumber
berita.

b. Menteri

Kategori ini meliputi semua berita yang menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Kabinet, Timbalan Menteri. Manakala bagi negeri pula ia meliputi Menteri Besar, Ketua
Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri sebagai sumber berita.

c. Ahli Parlimen/Pemimpim Parti Kerajaan

Ahli Parlimen Kerajaan adalah mereka yang menjadi ahli parlimen mewakili parti
komponen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Dewan Negara turut terlibat dalam kategori
ini.
d. Ahli Parlimen/Pemimpin Parti Pembangkang

Ahli Parlimen Pembangkang adalah mereka yang menjadi ahli parlimen mewakili parti
komponen Pakatan Rakyat (PR) dan Ahli Dewan Negara turut terlibat dalam kategori
ini.
e. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Sumber SPRM pula yang meliputi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Timbalan Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Pengarah Bahagian SPRM, Pengarah Negeri, Ketua Cawangan dan
pegawai SPRM yang dijadikan sebagai sumber oleh akhbar. SPRM merupakan agensi
penguatkuasa undang-undang yang dipertanggungjawab membanteras rasuah di
Malaysia.

f. Pegawai Kerajaan

Kategori Pegawai Kerajaan pula merangkumi semua Ketua dan Pegawai Kerajaan
termasuk kerajaan persekutuan dan negeri seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis
Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Hakim Mahkamah serta pegawai awam lain
yang menjadi sumber pihak akhbar.

g. Pemimpin Masyarakat

Pemimpin Masyarakat adalah mereka yang menjadi pemimpin dalam mana-mana


pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mana-mana ketua dan ahli parti pemerintah, ketua
dan ahli parti pembangkang, ketua kampung, pemimpin belia dan yang lain lagi yang
menjadi sumber berita.
h. Orang Awam

Kategori orang awam meliputi semua individu yang dijadikan sebagai sumber berita oleh
akhbar yang dikaji seperti penduduk, pelajar, ahli mana-mana pertubuhan, dan lain-lain
yang menjadi sumber berita.

i. Sumber Asing

Kategori ini melibatkan semua berita rasuah yang didapati dari luar negara menerusi
agensi berita asing seperti Associated Press(AP), Reuter, Agence France-Presse(AFP),
United Press International (UPI) dan lain-lain yang menjadi sumber berita.

3.6.3 TEMA BERITA

Tema boleh didefinisikan sebagai idea atau persoalan utama yang bermain sepenuhnya
dalam sesuatu berita yang diterbitkan. Mengenalpasti tema sesebuah berita boleh
dilakukan selepas membacanya dengan penuh. Tema pokok yang terdapat dalam sesuatu
berita akan menentukan tema utamanya. Dalam kajian ini, berita telah dikumpulkan ke
dalam sub-tema tertentu. Antara sub-tema adalah seperti berikut :-

a. Tema Operasi

Semua tindakan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti SPRM, PDRM dan
lain-lain lagi terhadap pesalah rasuah dikategorikan di bawah tema operasi. Hal ini
meliputi, aduan rasuah, siasatan, serbuan, tangkapan, rampasan, soal-siasat dan temubual
saksi.
b. Tema Mahkamah

Semua tindakan yang dijalankan yang melibatkan mahkamah seperti perintah tahanan
reman, pendakwaan, perbicaraan, keputusan kes perbicaraan, rayuan di mahkamah tinggi,
mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan serta sebarang keputusan mahkamah.

c. Tema Penerangan

Tema penerangan pula semua berita yang menceritakan maklumat tentang penjelasan,
perancangan atau dasar-dasar baru yang ditentukan oleh kerajaan, SPRM, dan pihak
bertanggungjawab.

d. Tema Pencegahan

Berita mengenai program pencegahan rasuah seperti ceramah, seminar, kursus, program
kemasyarakatan yang dijalankan oleh SPRM seperti gotong royong, projek anak angkat,
latihan menembak dan komen yang diberikan oleh mana-mana orang.

3.6.4 JENIS BERITA

Jenis berita boleh didefinisikan sebagai kaedah berita dijelaskan, dibentuk dan ditulis
sehingga menjadi sebuah berita yang tepat, padat dan mudah dibaca. Berita tersebut juga
haruslah mudah difahami serta menarik minat pembaca. Penentuan jenis-jenis berita
diputuskan selepas pembacaannya. Kategori jenis berita yang ada dalam kedua-dua
akhbar yang dikaji dihuraikan seterusnya.
a. Berita Semasa

Jenis berita semasa merupakan berita umum tentang rasuah yang terkini dilaporkan oleh
akhbar. Sesuatu kejadian yang berlaku dan ia dilaporkan dengan kadar yang segera serta
berita susulan dari berita semasa. Sebagai contoh penahanan seorang Menteri atas
kesalahan rasuah.

b. Lidah pengarang

Kategori ini merangkumi penulisan oleh editorial yang mengambarkan pandangan akhbar
tentang isu rasuah. Ia lebih kepada buah fikiran, teguran, komen serta pandangan. Ia
merupakan pendirian rasmi akhbar.

c. Rencana

Semua penulisan dalam bentuk rencana biasa yang membincangkan serta membahaskan
sesuatu isu dengan terperinci dikelompokkan di bawah kategori rencana. Berita rencana
kebiasaannya memusatkan lebih jawapan kepada pertanyaan bagaimana dan mengapa.

d. Kolumnis

Berita jenis ini pada kebiasaannya ditempatkan di ruangan khas untuk membenarkan
penulis-penulis tertentu untuk menjelaskan dan membahaskan sesuatu isu mengikut
pandangan serta pemikirannya sendiri. Nama penulis dinyatakan dan pada kebiasaannya
ruangan yang disediakan ini adalah tetap.
e. Surat Pembaca

Kategori ini meliputi semua bentuk penulisan sumbangan pembaca akhbar mengenai
sesuatu isu. Pada umumnya, surat pembaca ini dipaparkan dalam ruangan khas yang
disediakan bagi membenarkan orang ramai bukan sahaja untuk mengeluarkan buah
fikiran mereka tentang sesuatu isu, malah ketidakpuasan mereka terhadap isu tersebut.

f. Kartun

Terdapat juga berita yang disampaikan dalam bentuk lakaran, lukisan oleh para kartunis
yang memasukkan kata-kata atau sebagai pembawa mesej berupa sindiran, kritikan dan
nasihat yang bermotif untuk disampaikan kepada pembaca akhbar. Sebagai lakaran
kartun Lat.

g. Lain-lain

Mana-mana jenis berita yang tidak termasuk dalam kategori yang tersebut di letakan
dalam kategori ini.

3.6.5 SAIZ BERITA

Setiap saiz berita yang disiarkan diukur ukuran fizikal berita dengan menggunakan lajur
dan kolum. Kiraan kolum akan digunakan untuk mengukur setiap berita yang dipaparkan.
Saiz berita tersebut diputuskan dengan mengira bilangan kolumnya dan dihimpunkan di
bawah 3 kumpulan iaitu :-
a. Kecil (1 hingga 2 kolum)
b. Serderhana ( 3 hingga 4 kolum)
c. Besar ( 5 ke atas)

3.6.6 LETAK BERITA

Kategori tersebut diwujudkan hasil pemerhatian kedudukan berita tertentu dalam akhbar-
akhbar yang dikaji. Kategori ini dipecahkan kepada ruangan seperti berikut :-

a. Ruangan Muka Depan

Kategori ini meliputi semua berita penting yang dikelompokkan di muka depan kedua-
dua akhbar yang dikaji. Pada kebiasaannya berita yang dianggap paling mustahak
dipaparkan di muka depan dan berita tersebut mempunyai nilai berita yang tinggi.

b. Ruangan Dalam Negeri

Kategori ini biasanya terdapat di ruang muka surat dua dan tiga akhbar ini. Ruang ini
meliputi ruang berita tempatan yang disediakan oleh kedua-dua akhbar yang dikaji.

c. Ruangan Rencana

Ruangan berita jenis rencana dan artikel yang membahaskan sesuatu isu secara detail.
Ruangan ini boleh didapati pada kedua-dua akhbar yang dikaji dan ia dilihat sebagai
ruangan yang penting dalam kandungan akhbar.
d. Ruangan Luar Negara

Ruangan ini pula melibatkan semua berita yang melibatkan isu rasuah yang berlaku di
luar negara atau berita antarabangsa. Kedua akhbar yang dikaji menyediakan ruangan
luar negara.

e. Ruangan Forum dan Surat Pembaca

Ruangan ini akan memuatkan pandangan atau komen pembaca tentang sesuatu isu.
Dalam isu tentang rasuah, ruangan ini dilihat sebagai ruangan yang penting dalam akhbar
kerana boleh menyampaikan pendirian dan mengeluarkan pendapat dan buah fikiran
mereka.

f. Ruangan Lidah pengarang

Kategori di atas, merangkumi pendapat serta pandangan pihak akhbar tentang sesuatu isu
yang mustahak

3.6.7 ARAH TAJUK BERITA

Tajuk berita adalah kata-kata yang dirangkai dan disusun di bahagian awal setiap berita
dengan menggunakan huruf yang lain dari teks berita tersebut. Tajuk berita dalam kajian
ini dilihat dengan menonjolkan awal sesuatu berita yang adalah hubungkait dengan
rasuah. Tajuk berita dalam menarik perhatian pembaca dan pembaca akan membuat
andaian awal tentang berita tersebut. Tajuk arah berita di bahagikan kepada 4 iaitu tajuk
arah positif, negatif, seimbang atau neutral.
a. Tajuk Berita Positif

Merujuk kepada tajuk berita yang menonjolkan kebaikan kerajaan dan SPRM ke atas

usaha

b. Tajuk Berita Negatif

Merujuk kepada tajuk berita yang menonjolkan kelemahan kerajaan dan SPRM ke atas
usaha pencegahan rasuah.

c. Tajuk Berita Seimbang

Merujuk kepada tajuk berita yang membincangkan kedua-dua aspek kebaikan dan
kelemahan tanpa menyebelahi mana-mana.

d. Tajuk Berita Neutral

Tajuk berita mengenai rasuah tetapi tidak melibatkan SPRM dan tidak memihak kepada
mana-mana pihak.

3.6.8 ARAH BERITA

Arah berita bermakna cara sesuatu berita itu ditulis oleh pemberita dan selepas membaca,
pembaca dapat membuat kesimpulan hasil pembacaan. Konsep arah berita akan
dikategorikan pada empat bentuk iaitu, positif, negatif, seimbang atau neutral.
Menurut Mohammad Abdul Nafi Azhari (2006) prosedur pengkategorian arah
berita ini boleh dimudahkan dengan cara memahami intepretasi pemaparan daripada
banyaknya jumlah kata sifat yang digunakan oleh pembaca. Apabila dalam
pemaparannya terdapat lebih 50 peratus kata sifat yang sama ada cenderung positif,
negatif, seimbang atau neutral maka ia akan dikategorikan mengikut kata sifat tersebut.

a. Berita Positif

Merujuk kepada semua berita rasuah yang menonjolkan kebaikan, stabil dan aman.
Kategori ini boleh ditentukan dengan membaca isi berita dan melihat sejauhmanakah
berita itu menceritakan tentang kebaikan dan penyelesaian konflik.

b. Berita Negatif

Merujuk kepada berita rasuah yang menonjolkan kelemahan SPRM dan kerajaan dalam
usaha menangani gejala rasuah. Berita yang dilaporkan menimbulkan ketidakstabilan,
menjatuhkan persepsi masyarakat ke atas SPRM dan kerajaan maka ia termasuk dalam
kategori negatif.

c. Berita Seimbang

Merujuk kepada berita yang membincangkan kedua-dua aspek kebaikan dan kelemahan
tanpa menyebelahi mana-mana. Dalam kata lain, semua pihak mendapat layanan yang
sama rata.
d. Berita Neutral

Berita mengenai rasuah tetapi tidak melibatkan SPRM dan tidak memihak kepada mana-
mana pihak. Berita yang dilaporkan tidak mempunyai arah positif atau negatif.
Sebaliknya ia hanya bersifat ulasan atau laporan tanpa melibatkan sebarang kritikan.
Contohnya berita rasuah dalam menghuraikan tentang kestabilan ekonomi dan keadilan.

3.7 TEKNIK MENGANALISIS DATA

Data dan maklumat yang diperolehi melalui jadual kod direkodkan dengan bantuan
program komputer SPSS (Statiscal Package For Social Science). Data ini dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif. Kaedah ini digunakan untuk melihat
kekerapan serta peratusan sebagai alat ukuran untuk melihat keseringan, peratusan dan
penyusunan data dalam bentuk jadual dan rajah bagi unit-unit analisis yang diselidik.

Kesemua akhbar yang menjadi bahan kajian dikumpulkan dengan bantuan


Perpustakaan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan media bank SPRM.

3.8 KEBOLEHPERCAYAAN

Ujian kebolehpercayaan dilakukan untuk menguji sejauhmana alat boleh memberi


jawapan sama pada bila-bila masa walaupun dalam keadaan yang berbeza.

Holsti (1969: 135) menyatakan kebolehpercayaan bagi kategori analisis isi


kandungan bergantung kepada kemampunan pengkaji untuk membentuk kategori dengan
teliti, jelas dan jurukod bersetuju bagaimana cara item ini dimasukkan ke dalam kategori.
Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah equivalent forms, iaitu untuk
menguji kebolehpercayaan bagi kategori-kategori yang diwujudkan. Ujian awal ke atas
akhbar Berita Harian dan The Star akan dilakukan oleh dua orang jurukod yang diberi
penerangan yang lengkap tentang cara-cara melakukan koding dan memahami kategori-
kategori berita yang perlu dikod.

Menurut Mohd Dhari Othman (1999: 41) penerangan secukupnya mengenai


kategori yang dianalisis perlu diberikan serentak kepada semua juru kod oleh pengkaji
sendiri. Apa yang mustahak adalah juru kod faham tentang matlamat kajian itu.

Hasil dapatan analisis awal ini dibandingkan untuk mendapatkan nilai


persetujuan antara mereka. Nilai persetujuan ini akan menjadi Coefficient of reliability.
Menurut Holsti (1969) coefficient of reliability ditentukan dengan dengan formula
berikut:-

Formula Holsti :

2M
CR = ----------
N1 +N2

Penerangan :
CR = Coefficient of reliability
M = bilangan kategori (coding) yang dipersetujui oleh dua juru kod
N1 = jumlah berita (coding) yang dilakukan oleh juru kod pertama
N2 = jumlah berita (coding) yang dilakukan oleh juru kod kedua
Bagi kajian ini untuk mengukur kebolehpercayaan, pengkaji telah menyediakan
20 item berita-berita rasuah yang dipilih secara rawak daripada sampel kajian untuk
dianalisis jurukod. Pengkaji menyedia borang koding yang lengkap mengandungi
pembahagian kategori.

Dapatan dari dua jurukod itu dibandingkan. Daripada 20 item berita rasuah yang
digunakan, bilangan item berita yang dipersetujui oleh jurukod dalam kategori yang sama
ialah 15 item.

Berdasarkan dapatan ini pengiraan mengikut formula Holsti dilakukan untuk


mengetahui coefficient of reliability dan yang akan menentukan samada kajian ini layak
dilakukan :

2xM
CR = ----------
N1 +N2

2 x 15
CR = -------------
20 + 20

30
CR = ---------- = 0.75
40

Oleh itu, coefficient of reliability = 0.75


Dalam pengujian ini, jumlah coefficient of reliability ialah 0.75 dan kajian ini
layak diteruskan mengikut pendapat Holsti (1969: 137) yang mana menyatakan bahawa
arah 0.7 ke atas adalah ketepatan untuk ujian kebolehpercayaan antara beberapa juru kod
adalah kebolehpercayaan yang tinggi. Dan kajian ini dapat diteruskan dan akan
memperolehi hasil yang boleh diterima.

3.9 RUMUSAN

Hasil daripada dapatan kajian ini dihuraikan dalam bab seterusnya dengan
membincangkan hasil kajian dan penemuan yang diperolehi di dalam kajian ini termasuk
hasil ujian hipotesis.
BAB IV

HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang sampel serta penemuan kajian berdasarkan paparan
berita tentang rasuah di Malaysia dalam dua buah akhbar yang dikaji iaitu akhbar Berita
Harian dan The Star. Kajian ini membincangkan dan menghuraikan tentang kekerapan
berita rasuah, sumber berita yang digunakan, tema berita, jenis berita, saiz berita, letak
berita, arah tajuk berita dan arah berita. Turut dibincangkan dalam bab ini adalah hasil
ujian hipotesis.

Hasil kajian dikupas secara terperinci bersama jadual, graf serta tulisan secara
naratif. Setiap kategori yang disebut dalam kajian ini akan dihuraikan secara perbezaan
dan persamaannya.

4.2 KEKERAPAN BERITA RASUAH

Hasil kajian ke atas kekerapan menyiarkan berita rasuah oleh akhbar Berita Harian dan
The Star bagi bulan Disember 2009 dan Januari 2010 mendapati sebanyak 240 berita
tentang rasuah telah disiarkan oleh kedua-dua akhbar ini. Hasil analisis ke atas 240 berita
pula mendapati akhbar Berita Harian mempunyai kekerapan sebanyak 42.5 peratus atau
102 paparan berita rasuah dan The Star pula memaparkan sebanyak 57.5 peratus atau
138 berita, seperti yang dapat dilihat pada Jadual 4.1 :

Jadual 4.1 Kekerapan Berita Rasuah Dalam Akhbar

JUMLAH BERITA RASUAH


AKHBAR k %
BERITA HARIAN 102 42.5
THE STAR 138 57.5
Jumlah 240 100.0

102, 43%

138, 57%

Berita Harian The Star

Rajah 4.1 Jumlah Berita Rasuah

Daripada hasil kajian jumlah taburan kekerapan berita mengikut bulan, akhbar
Berita Harian menyiarkan sebanyak 43.1 peratus atau 44 berita rasuah dalam bulan
Disember 2009 dan 56.1 peratus atau 58 berita rasuah dalam bulan Januari 2010.
Manakala akhbar The Star pula menyiarkan sebanyak 54.3 peratus atau 75 berita rasuah
dalam bulan Disember 2009 dan 45.7 peratus (63) dalam bulan Januari 2010, seperti yang
dapat dilihat pada Jadual 4.2:

Jadual 4.2 Kekerapan Berita Rasuah Dalam Akhbar Mengikut Bulan

BULAN BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH


k % k % k %
Disember 2009 44 43.1 75 54.3 119 49.58
Januari 2010 58 56.9 63 45.7 121 50.41
Jumlah 102 100.0 138 100 240 100.0

80
70
60
50
Jumlah

Berita Harian
40
The Star
30
20
10
0
Disember 09 Januari 10
Bulan

Rajah 4.2 Kekerapan Berita Rasuah Mengikut Bulan


Melihat kepada taburan berita rasuah untuk dua bulan jelas menunjukkan akhbar
The Star lebih banyak menyiarkan berita rasuah berbanding akhbar Berita Harian iaitu
15 peratus atau 36 berita.

4.3 SUMBER BERITA

Sumber berita merupakan elemen yang penting untuk sesebuah akhbar kerana ini dapat
menentukan nilai berita tersebut. Sumber berita juga penting bagi seseorang pemberita
dalam melaporkan atau menulis sesuatu isu dalam akhbar. Individu, pegawai kerajaan,
organisasi atau kumpulan yang memberikan maklumat kepada pemberita atau akhbar
merupakan sumber berita.

Dalam kajian ini sebanyak 9 sumber berita rasuah telah disenaraikan iaitu Perdana
Menteri, Menteri, Pemimpin Kerajaan, Pemimpin Pembangkang, SPRM, Pegawai
Kerajaan, Pemimpim Masyarakat, Orang Awam dan Sumber Asing. Pada Jadual 4.3 di
bawah ini akan menjelaskan jumlah kekerapan sumber berita rasuah yang digunakan oleh
akhbar.
Jadual 4.3 Perbandingan Sumber Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
SUMBER BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
KESELURUHAN
k % k % k %
Perdana Menteri 2 2.0 2 1.4 4 1.7
Menteri 11 10.8 6 4.3 17 7.1
Pemimpin Kerajaan 6 5.9 11 8.0 17 7.1
Pemimpin Pembangkang 6 5.9 14 10.1 20 8.3
SPRM 35 34.3 39 28.3 74 30.8
Pegawai Kerajaan 20 19.6 25 18.1 45 18.8
Pemimpin Masyarakat 13 12.7 15 10.9 28 11.7
Orang Awam 7 6.9 26 18.8 33 13.8
Sumber Asing 2 2.0 0 0.0 2 0.8
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0
40

Sumber_Berita

30
Perdana Menteri
Menteri
Pemimpin Kerajaan
Pemimpin
Pembangkang
Jumlah

SPRM
Pegawai Kerajaan
20
Pemimpin
Masyarakat
Orang Awam
Sumber Asing

10

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.3 Perbandingan Sumber Berita Rasuah Dalam Akhbar

Daripada keseluruhan data yang diperolehi, mendapati sumber berita yang kerap
digunakan oleh kedua-dua akhbar adalah sumber SPRM iaitu sebanyak 30.8 peratus atau
74 berita dalam dua bulan yang dikaji. Berkaitan dengan sumber SPRM, Berita Harian
menyiarkan sebanyak 34.3 peratus atau 35 berita. The Star pula menggunakan sumber ini
sebanyak 28.3 peratus atau 39 berita. Dengan mengambil kira kekerapan berita dalam
kedua-dua akhbar dapat dijelaskan akhbar The Star lebih 5.4 peratus dari akhbar Berita
Harian dalam menggunakan sumber SPRM.
Sumber kedua terbanyak digunakan oleh kedua-dua akhbar adalah sumber
pegawai kerajaan iaitu 18.8 peratus atau 45 berita. Akhbar The Star menggunakan
sumber pegawai kerajaan sebanyak 18.1 peratus atau 25 berita berbanding Berita Harian
menggunakan 19.6 peratus atau 20 berita.

Seterusnya sumber ketiga adalah orang awam dan diikuti pemimpin masyarakat.
Jumlah keseluruhan sumber orang awam adalah 13.8 peratus atau 33 berita yang mana
akhbar The Star menggunakan 18.8 peratus atau 26 berita berbanding Berita Harian
hanya 6.9 peratus atau 7 berita sahaja.

Penggunaan sumber pemimpin masyarakat dalam kedua-dua akhbar ini adalah


sebanyak 11.7 peratus atau 28 berita. Akhbar The Star menggunakan sumber ini
sebanyak 10.9 peratus atau 15 berita dan Berita Harian sebanyak 12.7 peratus atau 13
berita.

Urutan kelima adalah sumber pemimpin pembangkang dimana sebanyak 8.3


peratus atau 20 berita dari keseluruhan jumlah sumber berita. Akhbar The Star
menggunakan 10.1 peratus atau 14 berita, manakala Berita Harian hanya menggunakan
sumber ini sebanyak 5.9 peratus atau 6 berita sahaja.

Penggunaan sumber pemimpin kerajaan dan menteri masing-masing adalah


sebanyak 7.1 peratus atau 17 berita dari keseluruhan sumber berita. Hasil kajian
mendapati Berita Harian lebih banyak menggunakan sumber Menteri berbanding The
Star. Akhbar Berita Harian menggunakan 10.8 peratus atau 11 berita dan The Star pula
menggunakan 4.3 peratus atau 6 berita sebagi sumber menteri.
Jumlah keseluruhan pemberitaan isu rasuah menggunakan sumber Perdana
Menteri adalah hanya 1.7 peratus atau 4 berita. Berita Harian menggunakan sumber ini
sebanyak 2.0 peratus atau 2 berita dan The Star sebanyak 1.4 peratus atau 2 berita.

Urutan terakhir dari sembilan sumber adalah sumber asing atau media asing.
Secara keseluruhan sumber media asing adalah 0.8 peratus atau 2 berita. Kedua-dua
sumber asing ini digunakan oleh akhbar Berita Harian.

4.4. TEMA BERITA

Tema berita adalah persoalan pokok yang mengawal berita dan ia merupakan merupakan
makna yang menyeluruh dari kandungan isi cerita. Secara keseluruhannya kajian ini
menggunakan 4 tema utama iaitu (1) Tema Operasi, (2) Tema Mahkamah, (3) Tema
Penerangan dan (4) Tema Pencegahan. Hasil analisis tema berita kedua-dua akhbar
adalah seperti di Jadual 4.4.

Jadual 4.4 Perbandingan Tema Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
TEMA KESELURUHAN
k % k % k %
Tema Operasi 37 36.3 46 33.3 83 34.6
Tema Mahkamah 24 23.5 29 21.0 53 22.1
Tema Penerangan 37 36.3 63 45.7 100 41.7
Tema Pencegahan 4 3.9 0 0.0 4 1.7
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0
60 Tema_Berita
Tema Operasi
Tema Mahkamah
Tema Penerangan
Tema Pencegahan
Jumlah

40

20

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.4 Perbandingan Tema Berita Rasuah Dalam Akhbar

Jadual 4.4. menunjukkan tema penerangan mendapati liputan yang paling tinggi
iaitu 41.7 peratus atau 100 berita. Tema berita operasi merupakan kedua tertinggi dengan
34.6 peratus atau 83 berita, diikuti tema mahkamah sebanyak 22.1 peratus atau 53 berita
dan urutan terakhir adalah tema pencegahan sebanyak 1.7 peratus atau 4 berita.

Jumlah keseluruhan tema penerangan akhbar The Star adalah 45.7 peratus atau 63
berita dan Berita Harian adalah sebanyak 36.3 peratus atau 37 berita. Tema Operasi
adalah sebanyak 36.3 peratus atau 37 berita bagi akhbar Berita Harian dan 33.3 peratus
atau 46 berita dalam akhbar The Star.

Manakala bagi tema mahkamah pula akhbar Berita Harian meliputi 23.5 peratus
atau 24 berita dan akhbar The Star sebayak 21.0 peratus atau 29 berita. Berita rasuah
berkaitan pencegahan atau tema pencegahan bagi akhbar Berita Harian adalah 3.9
peratus atau 4 berita dan tiada sebarang berita tema pencegahan di dalam akhbar The
Star.

4.5 JENIS BERITA

Kajian perbandingan jenis berita rasuah yang dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian
dan The Star adalah seperti di Jadual 4.5. Dalam kajian jenis berita dibahagikan kepada 8
jenis iaitu (1) Berita Semasa, (2) Lidah Pengarang, (3) Rencana, (4) Kolumnis, (5) Sudut
Pembaca, (6) Kartun dan (7) lain-lain.

Jadual 4.5: Perbandingan Jenis Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
JENIS BERITA KESELURUHAN
k % k % k %
Berita Semasa 86 84.3 105 76.1 191 79.6
Lidah Pengarang 4 3.9 6 4.3 10 4.2
Rencana 9 8.8 8 5.8 17 7.1
Kolumnis 3 2.9 1 0.7 4 1.7
Sudut Pembaca 0 .0 18 13.0 18 7.5
Kartun 0 .0 0 .0 0 .0
Lain-lain 0 .0 0 .0 0 .0
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0

120

Jenis_Berita
100
Berita Semasa
Lidah Pengarang
Rencana
80
Kolumnis
Surat Pembaca
Jumlah

60

40

20

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.5 Perbandingan Jenis Berita Rasuah Dalam Akhbar

Jumlah jenis "berita semasa“ adalah sebanyak 79.6 peratus atau 191 berita
daripada keseluruhan 240 berita. Jika dilihat pada Jadual 4.5, berita semasa dalam akhbar
Berita Harian adalah 84.3 peratus atau 86 berita dan The Star sebanyak 76.1 peratus atau
105 berita. Berita kedua tertinggi adalah jenis sudut pembaca iaitu 7.5 peratus atau 18
berita dimana akhbar The Star memaparkan berita jenis sudut pembaca keseluruhan
sebanyak 13.0 atau 18 berita dan tiada berita jenis sudut pembaca dalam akhbar Berita
Harian dalam tempoh kajian. Berita jenis rencana mendapat tempat ketiga dengan
peratusan 7.1 peratus atau 17 berita dengan akhbar Berita harian sebanyak 8.8 peratus
atau 9 berita dan The Star sebanyak 5.8 peratus atau 8 berita.

Hasil kajian ke atas berita jenis lidah pengarang mendapati sebanyak 4.2 peratus
atau 10 berita dalam kedua-dua akhbar yang dikaji. Akhbar The Star memaparkan 4.3
peratus atau 6 berita dan Berita Harian sebanyak 3.9 peratus atau 4 berita dari
keseluruhan 240 berita.

Berita jenis berita kolumnis pula didapati ada sebanyak 1.7 peratus atau 4 berita
dari jumlah keluruhan 240 berita. Berita Harian didapati menyiarkan berita jenis ini
sebanyak 2.9 peratus atau 3 berita, sedangkan The Star memaparkan jenis berita ini
sebanyak 0.7 peratus atau 1 berita sahaja.

Berita jenis kartun dan lain-lain mendapati tiada sebarang berita jenis ini
dipaparkan oleh kedua-dua akhbar ini.

Analisis ke atas jenis berita mendapati berita semasa mendapat tempat di kedua-
dua akhbar. Ini adalah kerana berita semasa mengenai rasuah sering menjadi tumpuan
pembaca dan menarik minat pembaca untuk mengetahui berita tersebut lebih mendalam.
4.6 SAIZ BERITA

Kajian perbandingan saiz berita rasuah yang dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian
dan The Star adalah seperti di Jadual 4.6. Dalam kajian saiz berita dibahagikan kepada 3
jenis iaitu (1) kecil, (2) serderhana, (3) besar.

Jadual 4.6 Perbandingan Saiz Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
SAIZ BERITA KESELURUHAN
k % k % k %
Kecil (1 - 2 kolum) 57 55.9 53 38.4 110 45.8
Sederhana (3 - 4 kolum) 30 29.4 62 44.9 92 38.3
Besar (5 dan lebih ) 15 14.7 23 16.7 38 15.8
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0
60
Saiz_Berita
Kecil
Sederhana
Besar
Jumlah

40

20

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.6 Perbandingan Saiz Berita Rasuah Dalam Akhbar

Kajian mendapati saiz berita rasuah yang disiarkan lebih bersaiz kecil (1-2 kolum)
melebih dari dua saiz yang lain. Berita rasuah saiz kecil adalah sebanyak 45.8 peratus
atau 110 berita daripada keseluruhan berita iaitu 240. Berita saiz sederhana (3-4 kolum)
sebanyak 38.3 peratus atau 92 berita dan saiz besar pula 15.8 peratus atau 38 berita.

Perbandingan dengan kedua-dua berita pula mendapati bagi berita bersaiz kecil,
tiada perbezaan yang ketara. Akhbar Berita Harian menggunakan saiz kecil sebanyak
55.9 peratus atau 57 berita daripada 110 berita dan The Star menggunakan sebanyak 38.4
peratus atau 53 berita daripada 110 berita. Berita Harian mempunyai tingkat peratus
yang lebih tinggi berbanding The Star.

Perbandingan dengan berita bersaiz sederhana dan besar mendapati, terdapat


perbezaan yang ketara. Bagi berita saiz sederhana, akhbar Berita Harian menggunakan
saiz ini sebanyak 29.4 peratus atau 30 berita sementara The Star menggunakan 44.9
peratus atau 62 berita daripada 92 berita saiz sederhana. Berita saiz besar pula mendapati
akhbar Berita Harian menggunakan saiz ini sebanyak 14.7 peratus atau 15 berita dan The
Star 16.7 peratus atau 23 berita daripada keseluruhan 38 berita saiz besar.

Pada keseluruhan mendapati akhbar The Star mempunyai tingkat peratus yang
lebih tinggi berbanding Berita Harian dalam memaparkan berita rasuah bersaiz
sederhana dan besar.

4.7 LETAK BERITA

Kajian perbandingan letak berita rasuah yang dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian
dan The Star adalah seperti di Jadual 4.7. Orang yang menentukan tempat letak berita
sebuah berita adalah editor. Muka depan merupakan ruangan berita yang mempunyai
nilai yang tinggi kerana dapat menarik perhatian pembaca.
Dalam kajian ini letak berita dibahagikan kepada 6 jenis iaitu (1) ruangan muka
depan, (2) Ruangan Dalam Negeri, (3) Ruangan Rencana, (4) Ruangan Luar Negara, (5)
Ruangan Forum dan Sudut Pembaca dan (6) Ruang Lidah Pengarang.
Jadual 4.7 Perbandingan Letak Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
LETAK BERITA KESELURUHAN
k % k % k %
Ruangan Muka Depan 11 10.8 6 4.3 17 7.1
Ruangan Dalam Negeri 77 75.5 103 74.6 180 75.0
Ruangan Rencana 9 8.8 8 5.8 17 7.1
Ruangan Luar Negara 2 2.0 0 .0 2 .8
Ruangan Forum dan 1 1.0 19 13.8 20 8.3
Sudut Pembaca
Ruang Lidah Pengarang 2 2.0 2 1.4 4 1.7
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0
120

Letak_Berita
100
Ruangan Muka
Depan
Ruangan Dalam
Negeri
80
Ruangan Rencana
Ruangan Luar Negara
Jumlah

Ruangan Forum dan


Sudat Pembaca
60
Ruang Lidah
Pengarang

40

20

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.7 Perbandingan Letak Berita Rasuah Dalam Akhbar

Ruangan dalam negeri merupakan ruangan yang paling banyak digunakan kedua-
dua akhbar dalam tempoh kajian ini, di mana 75 peratus atau 180 berita disiarkan di
ruangan ini. Ruangan forum dan sudut pembaca adalah urutan kedua dengan 8.3 peratus
atau 20 berita dan diikuti dengan berita di ruangan muka depan dan ruang rencana dengan
masing-masing sebanyak 7.1 peratus atau 17 berita. Seterusnya ruangan lidah pengarang
pula memaparkan 17 peratus atau 4 berita dan ruangan luar negara memaparkan 0.8
peratus atau 2 berita dalam ruangan ini.
Perbandingan ke atas letak berita di antara kedua-dua akhbar mendapati akhbar
The Star memaparkan 103 berita atau 74.6 peratus dan Berita Harian sebanyak 77 berita
atau 77.5 peratus di ruangan dalam negeri. Berita di ruangan muka depan mendapati
akhbar Berita Harian memaparkan 10.8 peratus atau 11 berita sedangkan The Star
sebanyak 4.3 peratus atau 6 berita. Akhbar Berita Harian lebih banyak memberikan
ruang di halaman muka depan berbanding The Star.

Ruangan forum dan sudut pembaca turut mendapat tempat dengan 13.8 peratus
atau 19 berita oleh The Star dan Berita Harian memaparkan 1.0 peratus atau 1 berita. Ini
jelas terdapat perbezaan yang ketara dalam ruangan forum dan sudut pembaca. Bagi
berita rencana, akhbar The Star memaparkan 5.8 peratus atau 8 berita dan Berita Harian
sebanyak 8.8 peratus atau 9 berita.

Berita di ruangan lidah pengarang yang menyatakan pendirian akhbar dalam


sesuatu isu mendapat akhbar The Star memaparkan 1.4 peratus atau 2 berita dan Berita
Harian 2.0 peratus atau 2 berita. Akhir sekali berita di ruangan luar negara hanya terdapat
2 berita atau 2.0 peratus di akhbar Berita Harian.

4.8 ARAH TAJUK BERITA

Kajian perbandingan arah tajuk berita rasuah yang dipaparkan di dalam akhbar Berita
Harian dan The Star adalah seperti di Jadual 4.8. Arah tajuk berita di lihat dari empat
aspek iaitu (1) arah positif, (2) arah negatif, (3) arah seimbang dan (4) arah neutral.
Jadual 4.8 Perbandingan Arah Tajuk Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
ARAH TAJUK KESELURUHAN
BERITA k % k % k %
Tajuk Positif 60 58.8 63 45.7 123 51.2
Tajuk Negatif 9 8.8 23 16.7 32 13.3
Tajuk Seimbang 1 1.0 7 5.1 8 3.3
Tajuk Neutral 32 31.4 45 32.6 77 32.1
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0
60 Arah_Tajuk_Berita
Tajuk Positif
Tajuk Negatif
Tajuk Seimbang
Tajuk Neutral
Jumlah

40

20

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.8 Perbandingan Arah Tajuk Berita Rasuah Dalam Akhbar

Jadual 4.8 di atas menjelaskan arah tajuk berita berkenaan tajuk berita rasuah
yang dipaparkan oleh kedua-dua akhbar yang dikaji. Hasil kajian mendapati arah tajuk
berita positif mengatasi arah-arah yang lain dengan 51.2 peratus atau 123 berita daripada
keseluruhan 240 berita. Arah tajuk neutral mendapat tempat kedua dengan 32.1 peratus
atau 77 berita, ketiga arah tajuk negatif dengan 13.3 peratus atau 32 berita dan arah tajuk
seimbang sebanyak 3.3 peratus atau 8 berita.

Bagi arah tajuk berita positif, mendapati akhbar Berita Harian mengatasi The Star
dengan 58.8 peratus atau 60 berita berbanding The Star 45.7 peratus atau 63 berita.
Manakala arah tajuk berita neutral pula akhbar The Star mengatasi akhbar Berita Harian
dengan 32.6 peratus atau 45 berita berbanding Berita Harian 31.4 peratus atau 32 berita.

Arah tajuk berita negatif mendapati akhbar The Star mengatasi Berita Harian
dengan 16.7 peratus atau 23 berita berbanding Berita Harian 8.8 peratus atau 9 berita.
Arah tajuk berita seimbang mendapati akhbar The Star memaparkan 5.1 peratus atau 7
berita dan Berita Harian sebanyak 1.0 peratus atau 1 berita.

Mengikut kajian keseluruhan arah tajuk berita mendapati akhbar The Star kurang
ke arah tajuk positif berbanding Berita Harian. Jadual 4.8a, b, c, dan d adalah contoh
arah tajuk berita yang diperolehi dari sampel kajian:

Jadual 4.8a Contoh Dua Tajuk Berita Arah Positif dalam Akhbar Berita Harian dan
The Star

Akhbar/Tarikh/ Tajuk Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Sindiket palsu projek Pusat – SPRM tahan tujuh Arah Positif
01/12/09, m.s 1& 6 orang seleweng peruntukan.

The Star, 11/12/09, GM among trio charged with RM380m CBT – Arah Positif
m.s 12 Phang and two others plead not guilty in PKFZ
scandal case.
Jadual 4.8b Contoh Dua Tajuk Berita Arah Negatif dalam Akhbar Berita Harian dan
The Star

Akhbar/Tarikh/ Tajuk Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Ahmad Said undur – Mohon berhenti lima bulan Arah
05/12/09, m.s 1& 2 awal. Negatif

The Star, 11/12/09, MACC chief quits – Ahmad Said resigns five Arah
m.s 12 months before retirement date. Negatif

Jadual 4.8c Contoh Dua Tajuk Berita Arah Seimbang dalam Akhbar Berita Harian dan
The Star

Akhbar/Tarikh/ Tajuk Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Hijrah minda pupuk budaya hidup telus, elak Arah
18/12/09, m.s 40 rasuah. Seimbang

The Star, 04/12/09, MACC officer: I follow all directives. Arah


m.s 27 Seimbang

Jadual 4.8d Contoh Dua Tajuk Berita Arah Neutral dalam Akhbar Berita Harian dan
The Star

Akhbar/Tarikh/ Tajuk Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Badan bebas siasat ahli politik. Arah
30/01/10, m.s 6 Neutral

The Star, 3/12/09, Lodge report with MACC, Hilmi tells Pakatan Arah
m.s 30 reps. Neutral
4.9 ARAH BERITA

Kajian perbandingan arah berita rasuah yang dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian
dan The Star adalah seperti di Jadual 4.13. Arah berita di lihat dari empat aspek iatu (1)
arah positif, (2) arah negatif, (3) arah seimbang dan (4) arah neutral dengan mengambil
kira isi kandungan 240 berita rasuah yang dianalisis.

Jadual 4.9 Perbandingan Arah Berita Rasuah Dalam Akhbar

AKHBAR
BERITA HARIAN THE STAR JUMLAH
ARAH BERITA KESELURUHAN
k % k % k %
Arah Positif 57 55.9 56 40.6 113 47.1
Arah Negatif 6 5.9 15 10.9 21 8.8
Arah Seimbang 30 29.4 65 47.1 95 39.6
Arah Neutral 9 8.8 2 1.4 11 4.6
Jumlah 102 100.0 138 100.0 240 100.0
60 Arah_Berita
Arah Positif
Arah Negatif
Arah Seimbang
Arah Neutral
Jumlah

40

20

0
Berita Harian The Star
Akhbar

Rajah 4.9 Perbandingan Arah Berita Rasuah Dalam Akhbar

Mengikut data hasil kajian analisis kandungan pada arah berita dalam Jadual 4.9
mendapati bahawa pemaparan berita positif melebihi arah berita lain dengan 47.1 peratus
atau 113 berita. Berita arah seimbang didapati sebanyak 39.6 peratus atau 95 berita, arah
negatif sebanyak 8.8 peratus atau 21 berita dan akhir sekali berita arah neutral sebanyak
4.6 peratus atau 11 berita.
Perbandingan data yang diperolehi dengan kedua-dua akhbar mendapat arah
berita positif tiada banyak beza. Berita Harian memaparkan 55.9 peratus atau 57 berita
berbanding 40.6 peratus atau 56 berita. Perbezaan di antara kedua-dua akhbar adalah
hanya 0.7 peratus sahaja dari keseluruhan 240 berita.

Berita arah seimbang mendapati akhbar The Star memaparkan 47.1 peratus atau
65 berita sementara Berita harian dengan 29.4 peratus atau 30 berita. Tahap perbezaan
dalam arah berita seimbang mendapat akhbar The Star melebihi Berita Harian dengan
14.6 peratus.

Berita negatif merupakan berita yang tidak digemari oleh SPRM kerana ini boleh
menjejaskan imej SPRM dan mengubah persepsi pembaca atau meninggalkan persepsi
negatif terhadap SPRM. Kajian mendapati The Star memaparkan 10.9 peratus atau 21
berita negatif dan Berita Harian sebanyak 5.9 peratus atau 6 berita negatif. Akhir sekali
berita arah neutral didapati akhbar Berita Harian memaparkan 8.8 peratus atau 9 berita
dan The Star memaparkan 1.4 peratus atau 2 berita.

Arah berita di akhbar sangat mempengaruhi kesan daripada pendedahan


maklumat bagi pembaca, kerana ia boleh membentuk persepsi. Dalam jadual 4.9a, b, c,
dan d diperturunkan beberapa contoh arah berita yang terdapat dalam sampel kajian :
Jadual 4.9a Contoh Dua Arah Berita Positif dalam Akhbar Berita Harian dan The Star

Akhbar/Tarikh/ Kandungan Berita Arah


Muka Surat Berita
Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Arah
01/12/09, m.s 1& 6 mengesan sindiket memalsukan tuntutan projek Positif
Kerajaan Persekutuan.

The Star, 21/01/10 Thirty-four people were arrested around the country Arah
m.s 3 for allegedly receiving bribes and sexual favours in Positif
matters relating to sand-mining in major swoop by
the MACC.

Jadual 4.9b Contoh Dua Arah Berita Negatif dalam Akhbar Berita Harian dan The Star

Akhbar/Tarikh/ Kandungan Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Difahamkan, Ahmad Said menghadapi tekanan, Arah
05/12/09, m.s 1& 2 terutama daripada pembangkang yang Negatif
mendesaknya melepaskan jawatan berikutan
laporan indeks rasuah global Transparency
International tahun ini yang meletakkan Malaysia
di tangga ke-56 berbanding tempat ke-47 tahun
lalu.

The Star, 20/01/10, MACC‟s insult of handicapped people is petty, Arah


m.s 44 disgraceful & unacceptable. We demand apology. Negatif
Jadual 4.9c Contoh Dua Arah Berita Seimbang dalam Akhbar Berita Harian dan
The Star

Akhbar/Tarikh/ Kandungan Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Pemuda Gerakan Kedah menyarankan Suruhanjaya Arah
07/12/09, m.s 12 Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Seimbang
mengumumkan hasil siasatan kes yang tidak sesuai
untuk didakwa di mahkamah bagi mengelak timbul
sebarang spekulasi.

The Star, 20/01/10, I accept the appology by the MACC in good grace Arah
m.s 14 and the matter should be left at that. Seimbang

Jadual 4.9d Contoh Dua Arah Berita Neutral dalam Akhbar Berita Harian dan The Star

Akhbar/Tarikh/ Kandungan Berita Arah Tajuk


Muka Surat Berita
Berita Harian, Ahli Karyawan yang hadir bersetuju untuk Arah
15/12/09, m.s 11 membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Neutral
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
tindakan selanjutnya dalam masa terdekat ini.

The Star, 27/01/10 Corruption undermine good governance, Arah


m.s N40 fundamentally destroys the integrity of the Neutral
organization
4.10 UJIAN HIPOTESIS

Pengkaji dalam bahagian ini akan menghuraikan hasil ujian hipotesis yang telah diuji.
Sebanyak tujuh hipotesis telah diuji dalam kajian. Ujian hipotesis dilakukan dengan
menggunakan kaedah peratusan dan juga ujian khi ganda atau Chi-Square.

Ujian ini adalah untuk melihat sama ada dapatan kajian memunculkan hubungan
yang signifikan atau sebaliknya. Sebelum ujian Chi-Square ini dijalankan pengkaji telah
menetapkan tahap nilai alpha atau kuasa statistik penyelidikan, 0.05 yang mana ia
merupakan angka yang sesuai dengan standard yang sering diterima pakai oleh
kebanyakan pengkaji.

4.10.1 Hipotesis 1

Terdapat perbezaan dalam tema berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star.

Bagi mengkaji dan menguji hipotesis perbezaan tema berita rasuah dalam akhbar
Berita Harian dan The Star, ujian Ujian Chi-Square telah digunakan. Berdasarkan
keputusan, nilai p ialah .073 (rujuk kepada pearson chi square) adalah lebih besar dari
nilai alpha 0.05 (significant level), iaitu 0.073 > 0.05 maka tema berita rasuah kedua-dua
akhbar adalah tiada perbezaan. Hasil ujian tersebut boleh didapati dalam Jadual 4.10.
Jadual 4.10 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Tema Berita Rasuah

Nilai Df Asymp. Sig (2-sided


Pearson Chi-Square 6.964 3 .073
Likelihood Ratio 8.413 3 .038
Linear-by-Linear Assosiation .143 1 .705
N of Valid Cases 240
a. 2 cell (25.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
1.70

Berdasarkan dapatan ini maka hipotesis mengatakan terdapat perbezaan tema


berita rasuah di Malaysia dalam akhbar Berita Harian dan The Star adalah di tolak.

4.10.2 Hipotesis 2

Terdapat perbezaan jenis berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star

Bagi menguji hipotesis perbezaan jenis berita rasuah dalam akhbar Berita Harian
dan The Star, Ujian Chi-Square telah digunakan. Hasil ujian tersebut boleh didapati
dalam Jadual 4.11 Berdasarkan keputusan, nilai p ialah 0.003(rujuk kepada pearson chi
square) adalah lebih kecil dari nilai alpha 0.05 (significant level), iaitu 0.003 < 0.05
maka terdapat perbezaan dalam jenis berita rasuah kedua-dua akhbar.
Jadual 4.11 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Jenis Berita Rasuah

Nilai Df Asymp. Sig (2-sided


Pearson Chi-Square 16.316 4 .003
Likelihood Ratio 22.934 4 .000
Linear-by-Linear Assosiation 6.686 1 .010
N of Valid Cases
a. 3 cell (30.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
1.70

Keputusan ini dapat merumuskan hipotesis yang mengatakan terdapat perbezaan


di dalam jenis berita kedua-dua akhbar diterima.

4.10.3. Hipotesis 3

Terdapat perbezaan saiz berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star

Bagi mengkaji dan menguji hipotesis perbezaan saiz berita rasuah dalam akhbar
Berita Harian dan The Star, Ujian Chi- Square telah digunakan. Berdasarkan keputusan,
nilai p ialah .021(rujuk kepada pearson chi square) adalah lebih kecil dari nilai alpha
0.05 (significant level), iaitu 0.021 < 0.05 maka saiz berita rasuah kedua-dua akhbar
terdapat perbezaan. Jadual 4.12 menjelaskan ujian chi-Square tersebut.
Jadual 4.12 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Saiz Berita Rasuah

Nilai Df Asymp. Sig (2-sided


Pearson Chi-Square 7.734 2 .021
Likelihood Ratio 7.788 2 .020
Linear-by-Linear Assosiation 4.190 1 .041
N of Valid Cases 240
a. 0 cell (.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
16.15

Maka hipotesis 3 yang mengatakan terdapat perbezaan di dalam saiz berita akhbar
Berita Harian dan The Star diterima .

4.10.4 Hipotesis 4

Terdapat perbezaan sumber berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star.

Hipotesis perbezaan sumber berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The
Star, diuji dengan Ujian Chi Square. Hasil ujian tersebut boleh didapati dalam Jadual
4.13. Berdasarkan keputusan, nilai p ialah .060(rujuk kepada pearson chi square) adalah
lebih besar dari nilai alpha 0.05 (significant level), iaitu 0.060 > 0.05 maka tiada
perbezaan dalam sumber berita rasuah yang digunakan oleh kedua-dua akhbar.

Maka hipotesis 4 yang mengatakan terdapat perbezaan sumber berita rasuah di


Malaysia dalam akhbar Berita Harian dan The Star adalah ditolak.
Jadual 4.13 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Sumber Berita Rasuah

Nilai Df Asymp. Sig (2-sided


Pearson Chi-Square 14.931 8 0.60
Likelihood Ratio 16.187 8 0.40
Linear-by-Linear Assosiation 2.361 1 .124
N of Valid Cases 240
a. 4 cell (22.2%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
.85

4.10.5 Hipotesis 5

Terdapat perbezaan arah tajuk berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star.

Hipotesis perbezaan arah tajuk berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The
Star, diuji dengan Ujian Chi-Square. Berdasarkan keputusan, nilai p ialah 0.053(rujuk
kepada pearson ch- square) adalah lebih besar dari nilai alpha 0.05 (significant level),
iaitu 0.053 > 0.05 maka arak tajuk berita rasuah kedua-dua akhbar adalah tiada
perbezaan. Hasil Ujian Chi-Square yang lengkap ditunjukkan dalam rumusan analisis
seperti di Jadual 4.14.
Jadual 4.14 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Arah Tajuk Berita Rasuah
Nilai Df Asymp. Sig (2-sided
Pearson Chi-Square 7.665 3 .053
Likelihood Ratio 8.257 3 .041
Linear-by-Linear Assosiation 1.262 1 .261
N of Valid Cases 240
a. 2 cell (25.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
3.40

Maka hipotesis 5 yang mengatakan terdapat perbezaan di dalam arah tajuk berita
rasuah kedua-dua akhbar ditolak.

4.10.6 Hipotesis 6

Terdapat perbezaan arah berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star.

Bagi mengkaji dan menguji hipotesis perbezaan arah berita rasuah dalam akhbar
Berita Harian dan The Star, sekali lagi ujian Chi-Square telah digunakan. Berdasarkan
keputusan, nilai p ialah 0.001(rujuk kepada pearson chi- square) adalah lebih kecil dari
nilai alpha 0.05 (significant level), iaitu 0.001 < 0.05 maka arah berita rasuah kedua-dua
akhbar terdapat perbezaan. Rumusan terperinci adalah seperti di Jadual 4.15.
Jadual 4.15 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Arah Berita Rasuah

Nilai Df Asymp. Sig (2-sided


Pearson Chi-Square 16.179 3 .001
Likelihood Ratio 16.595 3 .001
Linear-by-Linear Assosiation 1.852 1 .174
N of Valid Cases 240
a. 1 cell (25.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
4.68

Oleh itu hipotesis 6 yang mengatakan terdapat perbezaan di dalam arah berita
rasuah kedua-dua akhbar diterima.

4.10.7 Hipotesis 7

Terdapat perbezaan letak berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star.

Ujian hipotesis ketujuh atau terakhir adalah untuk melihat samada terdapat
perbezaan letak berita rasuah dalam akhbar Berita Harian dan The Star. Ujian Chi-
Square telah digunakan untk mendapat dapatan seperti di Jadual 4.16. Berdasarkan
keputusan, nilai p ialah 0.002 (rujuk kepada pearson chi square) adalah lebih kecil dari
nilai alpha 0.05 (significant level), iaitu 0.002 < 0.05, maka letak berita rasuah kedua-
dua akhbar terdapat perbezaan.
Jadual 4.16 Hasil Ujian Statistik Perbezaan Letak Berita Rasuah

Nilai Df Asymp. Sig (2-sided


Pearson Chi-Square 18.501 5 .002
Likelihood Ratio 22.458 5 .000
Linear-by-Linear Assosiation 6.930 1 .008
N of Valid Cases 240
a. 4 cell (33.3%) have expected count less than 5. The minimum expected count is
.85

Maka hipotesis 7 yang mengatakan terdapat perbezaan di dalam letak berita


kedua-dua akhbar diterima.

4.11 KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran ke atas corak penyiaran
berita rasuah dalam dua buah akhbar arus perdana iaitu Berita Harian dan The Star.
Kedua-dua akhbar mempunyai cara tersendiri dalam melaporkan berita rasuah kepada
masyarakat.

Dalam kajian ini sebanyak 240 berita rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita
Harian dan The Star telah dikaji mengikut kategori yang ditetapkan iaitu, tema berita,
jenis berita, sumber berita, saiz berita, letak berita, arah tajuk berita dan arah berita.
Analisis ke atas data mendapati terdapat kategori yang mempunyai perbezaan.

Dalam menguji hipotesis pula sebanyak 7 hipotesis telah diuji dengan


menggunakan kaedah ujian Chi-Square dan mendapati 4 hipotesis yang mengatakan
terdapat perbezaan diterima manakala 3 hipotesis ditolak.
Hasil ujian hipotesis mendapati tidak terdapat perbezaan dalam tema beita,
sumber berita dan arah tajuk berita di antara kedua-dua akhbar tetapi terdapat perbezaan
dalam jenis berita, saiz berita, arah berita dan letak berita.
BAB V

KESIMPULAN, PERBINCANGAN, DAN PENUTUP

5.1 PENGENALAN

Bahagian ini membincangkan rumusan dapatan-dapatan kajian yang dinyatakan dalam


Bab IV. Ia diikuti dengan perbincangan tentang dapatan kajian dan penjelasan mengenai
implikasi kajian terhadap berita rasuah yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian dan The
Star. Beberapa cadangan untuk kajian selanjutnya juga dikemukakan dalam bab ini

Tujuan kajian penyelidikan ini adalah untuk memperlihatkan cara kedua-dua


akhbar, iaitu akhbar Berita Harian dan The Star membuat laporan tentang berita rasuah
di Malaysia. Kajian ini dibuat dengan mengambil sampel selama dua bulan iaitu bulan
Disember 2009 dan Januari 2010 iaitu sempena satu tahun penubuhan SPRM. Pemilihan
sampel dilakukan secara sistematik.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis isi kandungan kedua-
dua akhbar selama 2 bulan. Sebanyak 7 kategori telah dipilih untuk dikaji, iaitu tema
berita, jenis berita, sumber berita, saiz berita, letak berita, arah tajuk berita dan arah
berita akan dihuraikan secara ringkas dalam bab ini. Selain itu, bahagian ini
menyenaraikan batasan kajian, implikasi, cadangan dan penutup.
5.2 KESIMPULAN

Media cetak, adalah suatu industri yang memikul tanggungjawab dalam menyebar berita,
menganalisis keadaan dan membentuk pendapat publik bagi memperjuangkan kebajikan
masyarakat, aspirasi dan citra serta cita-cita negara dan juga meningkatkan taraf ekonomi
(Faridah Ibrahim 1995: 270).

Dalam membentuk pendapat tentang isu-isu rasuah, media massa khususnya


akhbar di Malaysia masih memikul tanggungjawab tersebut sebagai tanggungjawab
sosial mereka. Dapatan dari kajian juga mendapat kedua-dua akhbar yang dikaji telah
menyiarkan berita rasuah sebanyak 240 kali dalam tempoh 62 hari dengan anggaran
sebanyak 4 berita sehari.

Dalam kajian akhbar Berita Harian dan The Star tidak lari atau keluar dari
landasan daripada menyampaikan dasar kerajaan, iaitu menyebarkan maklumat tentang
keburukan amalan rasuah kepada masyarakat. Media massa bukan sahaja
dipertanggunjawabkan menyalurkan maklumat tetapi mereka juga berperanan
menyampaikan dasar-dasar kerajaan dan pembanterasan rasuah merupakan agenda atau
dasar kerajaan Malaysia.

Samsudin A. Rahim (1998: 69) menyatakan media telah banyak membantu


kerajaan dalam membentuk identiti budaya nasional. Terdapat banyak contoh bagaimana
kerajaan menggunakan media massa untuk menyebarkan dasar-dasar kerajaan, sebagai
contoh kempen Tak Nak Merokok, Kempen Menghayati Satu Malaysia, Kempen
Penggunaan Bahasa Kebangsaan dan lain-lain lagi.
5.2.1 Kekerapan Berita

Sebanyak 240 buah berita rasuah telah disiarkan oleh kedua-dua akhbar Berita Harian
dan The Star. Dari jumlah tersebut nyata akhbar The Star mempunyai kekerapan
sebanyak 138 berita dan Berita Harian sebanyak 102 untuk dua bulan yang dikaji.
Walau pun kekerapan berita rasuah dalam Berita Harian kurang dari The Star, ini tidak
bermaksud Berita Harian tidak serius dalam penyebaran isu rasuah kepada masyarakat.

Purata jumlah berita rasuah yang disiarkan dalam dua bulan adalah sebanyak 4
berita rasuah. Akhbar The Star telah secara purata penyiarakan 2.3 berita dan Berita
Harian sebanyak 1.7 berita rasuah dalam tempoh dua bulan yang dikaji.

Angka purata ini tidak boleh diambil kira secara muktamad kerana setiap media
mempunyai cara tersendiri memaparkan sesuatu isu. Walau pun berita rasuah kurang
tetapi faktor seperti letak berita rasuah, tajuk berita rasuah juga harus dilihat untuk
mengukur keberkesanannya mesej yang disampaikan.

5.2.2 Sumber Berita

Media massa sering ingin menggunakan sumber yang mempunyai kredibiliti, ini adalah
kerana pembaca akan menilai berita tersebut berdasarkan sumber berita tersebut. Menurut
Faridah dan Mohd Rajib (2000: 487), wartawan dilatih untuk mencari, menulis dan
menyiarkan maklumat yang sahih, tepat, benar, lengkap dan bermutu.

Maklumat yang disalurkan oleh wartawan terlebih dahulu perlu melalui proses
penyuntingan dan saringan oleh pihak penyunting dan pengarang untuk menjamin
ketepatan dan mutu sebelum ianya disalurkan kepada khalayak ramai.
Menurut Faridah dan Mohd Rajib (2000:491) lagi, wartawan yang tidak
menggunakan sumber samalah seperti askar yang pergi ke medan perang tanpa senjata
ataupun nelayan yang turun ke laut tanpa jala atau pukat. Ini jelas menunjukkan betapa
penting sumber sesebuah berita.

Dalam kajian ini akhbar Berita Harian dan The Star banyak menggunakan
sumber SPRM untuk memaparkan berita rasuah. Sumber SPRM merupakan sumber
rasmi yang berkredibiliti tinggi atau dikenali sebagai sumber yang berautoriti dan sahih.
Sebanyak 35 berita rasuah akhbar Berita Harian menggunakan sumber SPRM manakala
39 berita rasuah akhbar The Star menggunakan sumber SPRM .

Selain sumber SPRM kedua-dua akhbar turut menggunakan sumber pegawai


kerajaan sebagai sumber berita kedua utama mereka. Sumber berita ini juga mempunyai
kredibiliti. Sumber pegawai kerajaan juga mempunyai nilai berita yang tinggi kerana
masyarakat tahu pegawai kerajaan tidak boleh memberikan kenyataan akhbar sewenang-
wenang. Apabila sesuatu kenyataan media dibuat oleh pegawai kerajaan, maka ia sudah
tinggi nilai kesahihannya

Hasil uji hipotesis juga mendapati tiada perbezaan dalam penggunaan sumber
oleh kedua akhbar ini. Ini selaras dengan menggunakan sumber yang dapat memberi
maklumat sahih. Berita rasuah tidak boleh dilaporkan sewenang-wenang kerana ini akan
memberikan kesan yang negatif kepada organisasi akhbar dan juga mereka yang
dikaitkan dalam berita, jika maklumat yang dilaporkan tidak sahih.

5.2.3 Tema Berita


Dalam kajian ini 4 tema telah ditetapkan iaitu tema operasi, tema mahkamah, tema
penerangan dan tema pencegahan. Tema pencegahan telah mendapat kekerapan yang
terbanyak dalam penyebaran berita rasuah dalam kedua-dua akhbar yang dikaji.
Manakala tema operasi yang meliputi, berita tentang tangkapan, serbuan, siasatan
urutan kedua. Ini adalah kerana berita tema operasi merupakan berita terkini atau isu
semasa. Pembaca atau masyarakat amat minat untuk mengetahui siapa yang ditangkap
atau disiasat. Berita tema operasi juga boleh memberi kesan yang tinggi dikalangan
pembaca dan berupaya mengubah persepsi pembaca terhadap Kerajaan dan SPRM.
Perasaan takut akan terjadi pada mereka juga boleh timbul dikalangan pengamal rasuah
dan ia boleh menjurus kepada mengelakkan amalan rasuah.

5.2.4. Jenis Berita

Kajian jenis berita telah dijalankan ke atas akhbar Berita Harian dan The Star. Sebanyak
tujuh jenis berita telah dijadikan sebagai unit kajian iaitu Berita Semasa, Lidah
Pengarang, Rencana, Kolumnis, Sudut Pembaca, Kartun dan lain-lain.

Sebanyak 79.6 peratus bersamaan dengan 191 berita dari keseluruhan 240 berita
adalah berita jenis semasa. Ini jelas menunjukan media cuba memberikan masyarakat
atau pembaca berita rasuah yang terkini kerana ia diminati pembaca. Masyarakat hari
menjadi semakin rakus mencari maklumat. Oleh itu media massa harus menyediakan
maklumat terkini kepada mereka. Dalam kajian ini berita rasuah yang mempunyai nilai
berita dan akhbar memberikan keutamaan dengan meletakkan 79.6 peratus berita rasuah
jenis semasa.
5.2.5 Saiz Berita

Dalam kajian ini 3 jenis saiz iaitu kecil, serderhana, besar ditetapkan. Kajian mendapati
saiz berita rasuah yang disiarkan lebih bersaiz kecil (1-2 kolum) melebih dari dua saiz
yang lain. Berita rasuah bersaiz besar mempunyai nilai yang tinggi dan ia dapat menarik
minat pembaca.
Kedua-dua akhbar banyak menggunakan berita saiz sederhana dan besar iaitu
melebih 50 peratus. Ini boleh dirumuskan bahawa kedua-dua akhbar memberikan
kepentingan ke atas berita rasuah.

Dalam menentukan saiz berita, peranan editor tidak dapat dinafikan. Jika sesuatu
berita mempunyai nilai dan diperolehi dari sumber yang tinggi kredibiliti, maka editor
berita akan mempertimbangkan saiz berita yang besar. Walau bagaimanapun masalah
ruang akhbar yang terhad adakala menyebabkan editor membuat keputusan sebaliknya.

5.2.6 Letak Berita

Halaman letak berita akan ditentukan oleh editor. Editor mempunyai kuasa dalam bilik
berita. Beliau akan menentukan penempatan sesuatu berita. Beliau akan menentukan
perkara ini dengan mengambil kira keadaan semasa. Beliau akan menilai setiap berita dan
akan membuat keputusan untuk menempatkan sesuatu berita. Berita ditentukan dengan
mengambil kira kepentingan isu berita tersebut.

Dalam kajian ini mendapati ruang dalam negeri merupakan pilihan utama kedua-
dua editor akhbar ini. Ruang dalam negeri mencapai 75 peratus atau 180 berita. Di
samping itu ruang forum dan sudut pembaca mendapat urutan kedua dan ini secara tidak
langsung membukti akhbar telah menentukan agenda untuk difikirkan oleh pembaca.
Editor akan menentukan tempat letak berita. Beliau akan menentukan letak berita
berdasarkan nilai berita tersebut serta agenda media tersebut. McCombs dan Shaw yang
memperkenalkan Teori Agenda Setting (dalam Umi Khattab 1999b:297), menyatakan
kepentingan topik atau isu dalam media massa akan mempengaruhi minit publik terhadap
topik tersebut.

Media boleh memilih dan mengutamakan isu-isu dan topik-topik dengan cara
meletakkan berita di halaman yang boleh menarik minat pembaca. Dalam kajian kedua-
dua akhbar telah memilih ruangan dalam negeri dan ruangan ini adalah antara ruangan
yang menjadi pilihan pembaca.

Uji hipotesis juga mendapati kedua-dua akhbar mempunyai perbezaan dalam


meletakkan berita dalam tempoh kajian. Ini adalah kerana setiap akhbar mempunyai cara
tersendiri menentukan letak berita.

5.2.7 Arah Tajuk Berita

Kajian ini mendapat tajuk arah berita di akhbar Berita Harian dan The Star adalah
sebanyak 51.2 peratus atau 123 berita ke arah positif. Apabila seseorang membaca arah
tajuk berita rasuah yang ke arah positif, maka ia secara tidak langsung akan membentuk
sikap positif ke atas SPRM dan kerajaan sebelum membaca isi kandungan berita tersebut.
Jika diambil kira arah tajuk berita seimbang dan neutral iaitu 3.3 peratus dan 32.1 peratus
yang mana kedua-dua arah tajuk berita tidak membawa kesan negatif ke atas Kerajaan
dan SPRM, maka jumlah ketiga-tiga arah tajuk berita boleh disimpulkan sebanyak 82.5
peratus tajuk arah berita sepanjang tempoh kajian adalah positif.
5.2.8 Arah Berita

Kajian ini juga dapat melihat akhbar Berita Harian dan The Star memberikan arah berita
yang positif. Arah berita positif akan membawa kebaikan kepada negara kerana ia akan
membantu pendapat positif ke atas negara dan SPRM. Hasil kajian mendapati arah berita
positif mengatasi arah-arah yang lain dengan 47.1 peratus atau 113 berita daripada
keseluruhan 240 berita. Jika diambil kira peratusan arah berita seimbang dan neutral iaitu
39.6 peratus dan 4.6 peratus maka boleh dirumuskan bahawa sebanyak 91.3 peratus arah
berita sepanjang tempoh kajian adalah positif.

Ini menjelaskan akhbar Berita Harian dan The Star, menyokong dan menonjolkan
agenda Kerajaan iaitu membanteras rasuah. Menurut Samsudin (2003:72) dalam Teori
Agenda Setting, media massa dianggap mempunyai kuasa untuk mempengaruhi
pemikiran khalayak dengan menentukan “agenda” terhadap perkara yang akan
dibincangkan dan difikirkan.

Dengan mengambil kira pandangan ini akhbar Berita Harian dan The Star telah
mempaparkan berita rasuah arah positif yang mana ia selaras dengan hasrat kerajaan
untuk membanteras rasuah dan ia juga selaras dengan tanggungjawab sosial akhbar.

5.3 PERBINCANGAN

Menurut Faridah Ibrahim (1995: 270) menyatakan media cetak, adalah suatu industri
yang memikul tanggungjawab dalam menyebar berita, menganalisis keadaan dan
membentuk pendapat publik bagi memperjuangkan kebajikan masyarakat, aspirasi dan
citra serta cita-cita negara dan juga meningkatkan taraf ekonomi.
Dalam membentuk pendapat tentang isu-isu rasuah, media massa khusus akhbar
di Malaysia masih memikul tanggunjawab tersebut sebagai tanggungjawab sosial mereka.
Media massa menyedarkan masyarakat bahawa rasuah boleh menyebabkan sesebuah
negara runtuh. Pendedahan kes-kes rasuah di halaman muka depan dan jenis berita
semasa boleh membentuk sikap membenci rasuah di kalangan pembaca tanpa mengira
umur.

Di Malaysia masyarakat memberikan perhatian yang amat serius terhadap


sebarang isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh mana-mana pihak samada
di sektor awam atau swasta. Sehubungan dengan laporan berita rasuah haruslah ke arah
mendidik dan membentuk sikap benci pada rasuah.

Menurut Samsudin (2003: 72) setiap media massa mempunyai kuasa untuk
mengubah fikiran masyarakat dengan menentukan agenda terhadap perkara yang akan
dibincangkan dan difikirkan.

Penentuan agenda adalah salah satu pendekatan yang dikemukakan oleh Cohen
pada tahun 1963. Agenda boleh ditakrifkan sebagai isu atau berita yang menjadi
keutamaan sama ada pada organisasi iaitu media atau SPRM, atau pada masyarakat.
Penentuan agenda biasanya dikaitkan dengan media khususnya akhbar. Secara ringkas
mereka berpendapat bahawa agenda yang ditentukan oleh media akan mempengaruhi
pendapat publik.

Beger (1998) menyatakan bahawa media dapat mempengaruhi pendapat umum


dengan cara menarik perhatian khalayak kepada isu-isu tertentu dan mengabaikan isu-isu
lain. Khalayak seterusnya boleh menilai samada sesuatu isu penting atau tidak berasaskan
kepada bagaimana media meletakkan nilai kepentingannya seperti yang dilaporkan oleh
media.
Oleh itu teori penentuan agenda memfokuskan kepada kandungan media seperti
sumber berita, jenis berita, saiz berita, letak berita, arah berita dan tajuk berita yang akan
membentuk tanggapan di dalam kalangan khalayak.

Penentuan agenda adalah antara model kesan media tentang bagaimana untuk
berhadapan dengan masalah kandungan media. Dengan menyatakan bahawa setiap masa
atau ruang yang diperuntukan terhadap sesuatu isu perlu diukur dan pengukuran itu ada
kaitannya dengan jumlah perhatian pembaca atau menilai kepentingan sesuatu isu yang
disiarkan.

Pihak akhbar akan menentukan agenda ini dengan mengambil kira kepentingan
isu tersebut dan akhbar juga harus pastikan bahawa isu tersebut benar-benar diperlukan
oleh masyarakat untuk difikirkan. Akhbar juga harus melihat sama ada isu tersebut
mampu memberikan impak sosial sama ada baik atau buruk.

Walau pun gejala rasuah di negara ini masih diperingkat terkawal tetapi setiap
laporan berita rasuah masih diberikan perhatian serius oleh masyarakat. Ini adalah kerana
media massa telah menentukan agenda kepada masyarakat untuk difikirkan. Dengan itu
boleh dikatakan bahawa laporan berita rasuah di Malaysia adalah bertujuan untuk
memberikan kesan kesedaran yang meluas kepada masyarakat.

Berdasarkan kajian ini editor mempunyai peranan yang besar dalam menentukan
sama ada sesuatu berita itu perlu disiarkan atau tidak. Editor memainkan peranan yang
penting dalam menentukan saiz berita, letak berita, jenis berita dan arah berita. Editor
merupakan pengampang (gatekeeper) seperti mana dinyatakan dalam teori penentuan
agenda. Dalam hubungan ini editor kedua-dua akhbar telah meletakkan berita tentang isu
rasuah sebagai berita penting di halaman depan atau pun halaman nasional.
5.4 IMPLIKASI KAJIAN

Kajian ini menunjukkan bahawa setiap akhbar mempunyai cara tersendri dalam
menyiarkan berita rasuah di Malaysia. Terdapat akhbar yang agresif dalam menyiarkan
berita rasuah. Ini boleh dilihat dengan kekerapan, jenis dan letak berita rasuah dalam
sesebuah akhbar.

Dapatan kajian ini patut dijadikan panduan dan ingatan kepada pihak-pihak yang
terlibat dalam menyiarkan berita rasuah supaya berita rasuah dan usaha pencegahan
rasuah diberikan keutamaan dan menjadi agenda nasional.

5.4.1 Implikasi terhadap peranan media

Peranan media massa dalam menyebarkan berita rasuah adalah merupakan


tanggungjawab sosial media massa kepada negara. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati
akhbar Berita Harian dan The Star telah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
menyalurkan dan membawa berita rasuah kepada masyarakat dengan baik.

Cara berita rasuah dilaporkan serta sumber berita rasuah yang digunakan iaitu
sumber SPRM dan pegawai kerajaan menunjukkan kedua-dua akhbar ini ingin
memastikan berita yang disiarkan sahih dan mempunyai kredibiliti.

5.4.2 Implikasi terhadap metodologi

Berita rasuah di dua buah akhbar yang dikaji dengan menggunakan tujuh kategori yang
dipilih. Ketujuh-tujuh kategori yang ditetapkan merupakan elemen penting dalam
sesebuah berita yang disiarkan oleh akhbar. Kaedah analisis isi kandungan telah
digunakan bagi mengkaji kekerapan dan melihat perbandingan kategori yang dikaji
dengan akhbar Berita Harian dan The Star.

Untuk memantapkan kajian ini, pengkaji boleh menggunakan kaedah temubual


dengan editor akhbar Berita Harian dan The Star yang dikaji. Dapatan temubual dapat
membantu pengkaji melihat sejauh mana pandangan dan komitmen editor akhbar dalam
menentukan kepentingan berita rasuah bagi akhbar mereka.

5.4.3 Implikasi terhadap SPRM

Berdasarkan kajian ini SPRM selaku agensi yang dipertangungjawab untuk mencegah
rasuah di Malaysia, boleh melihat bagaimana berita rasuah dilaporkan oleh akhbar Berita
Harian dan The Star. SPRM juga boleh mengadakan perbincangan dengan editor berita
untuk menentukan agenda akhbar selari dengan agenda SPRM iaitu menghapuskan
rasuah dan mendidik masyarakat untuk membenci rasuah.

SPRM melalui Bahagian Komunikasi Korporat harus menjalinkan hubungan


yang erat dengan editor akhbar bagi memastikan berita pencegahan rasuah terus
mendapat perhatian dan diberikan ruang dalam akhbar-akhbar di Malaysia. Tanpa
kerjasama para editor berita pencegahan rasuah sukar mendapat ruang di akhbar-akhbar.
Jika perkara ini tidak diberi perhatian, maka usaha pencegahan rasuah melalui media
massa akan gagal.
5.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya mengkaji dua buah akhbar arus perdana sahaja, sedangkan terdapat
banyak akhbar arus perdana di Malaysia. Tempoh masa kajian juga hanya mengambil
kira dua bulan iaitu sebulan sebelum dan selepas sempena satu tahun ulang tahun
penubuhan SPRM.

Oleh itu pengkaji tidak dapat menganalisis berita rasuah di luar tempoh yang
ditetapkan. Pengkaji juga hanya menetapkan tujuh kategori iaitu tema berita, jenis
berita, sumber berita, saiz berita, letak berita, arah tajuk berita dan arah berita sahaja. Ini
secara tidak langsung telah membataskan pengkaji dari membuat analisis ke atas unit-unit
lain.

5.6 CADANGAN

Rasuah jika tidak dibanteras, akan merosakkan negara. Negara akan dipandang rendah
oleh negara lain. Pelabur luar negara tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat untuk
melabur dan ia secara tidak langsung akan mejejaskan sumber ekonomi negara.

Berikut dikemukakan beberapa cadangan untuk kajian-kajian lanjut kerana kajian ke atas
isu rasuah dan media amat penting.

i. Oleh kerana kajian ini hanya menggunakan sampel yang kecil iaitu dua buah
akhbar, adalah dicadangkan agar kajian yang sama dapat dijalankan dengan
menggunakan sampel yang lebih banyak dengan melibatkan akhbar-akhbar
perdana yang lain. Oleh itu, maklumat yang menyeluruh mengenai hubungan
pembolehubah-pembolehubah yang dikaji berdasarkan sampel lain-lain akhbar
perdana dapat diperolehi. Disamping itu dapatan kajian-kajian tersebut boleh
digunakan sebagai perbandingan untuk menyokong atau menolak dapatan-
dapatan yang dikemukakan oleh kajian ini.

ii. Kajian ini hanya menumpukan tujuh kategori sahaja iaitu tema berita, jenis berita,
sumber berita, saiz berita, letak berita, arah tajuk berita dan arah berita sahaja.
Hasil kajian hanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari dua akhbar
perdana sahaja. Oleh itu, dicadangkan supaya kajian-kajian akan datang dapat
mengkaji perbandingan di antara satu kategori dengan kategori lain. Sebagai
contoh diantara tema rasuah dengan letak berita rasuah, tema rasuah dengan saiz
berita rasuah, tema berita rasuah dengan sumber berita rasuah dan lain-lain lagi.

iii. Adalah dicadangkan juga supaya penyelidikan-penyelidikan akan datang


mengkaji akhbar di kalangan akhbar bukan arus perdana dalam penyebaran isu
rasuah. Kajian sedemikian dapat melihat perbandingan penyebaran akhbar arus
perdana dan bukan arus perdana.

iv Dalam kajian ini pengkaji tidak menemubual editor akhbar Berita Harian dan The
Star untuk mengetahui pendangan dan pendirian mereka dalam penyebaran berita
rasuah. Peranan editor dalam menentukan sesuatu berita rasuah seperti letak
berita, saiz berita, tajuk berita amat penting. Oleh itu, dicadangkan supaya kajian-
kajian akan datang, pengkaji boleh menemubual editor akhbar yang dikaji untuk
mendapatkan pandangan mereka untuk mengukuhkan dapatan kajian.
v. Untuk kajian masa depan, pengkaji lain boleh membuat kajian liputan akhbar
parti pembangkang seperti Roket, Harakah, Keadilan dan lain-lain. Kajian
sedemikian penting untuk melihat bagaimana isu rasuah dilaporkan oleh akhbar
milik parti pembangkang khususnya dari kategori arah tajuk berita dan arah
berita.

vi Kajian ini hanya melibatkan akhbar berbahasa melayu dan berbahasa Inggeris di
Malaysia. Di Malaysia, terdapat beberapa akhbar utama dalam bahasa lain seperti
Cina dan Tamil. Kajian akan datang boleh ditumpukan kepada akhbar bahasa cina
dan tamil untuk melihak corak pelaporan mereka.

5.7 PENUTUP

Masalah rasuah di negara kita merupakan masalah serius. Kerajaan Malaysia memandang
serius masalah ini dan banyak usaha telah dan sedang diambil untuk menghapuskan
rasuah dalam negara.

Media massa juga mempunyai peranan tersendiri dalam menjayakan usaha


kerajaan ini. Media massa boleh menyampaikan maklumat ini kepada masyarakat kerana
media adalah alat yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Oleh itu dalam isu penyebaran berita rasuah sama ada berita mengenai tangkapan,
siasatan, penerangan atau pencegahan, tetap mempunyai kesan kepada pembaca. SPRM
pula selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menghapuskan rasuah juga perlu
berganding bahu dengan media massa untuk menyampaikan mesej hapuskan rasuah di
kalangan masyarakat. Tumpuan juga harus diberikan kepada golongan belia dengan
memberikan tumpuan ke atas media massa yang diminati oleh golongan belia.
Media massa harus melihat masalah rasuah sebagai masalah nasional dan perlu
menjadikan masalah ini sebagai agenda nasional. Jika dijadikan agenda nasional maka
media massa dan SPRM bagi pihak kerajaan perlu berkerjasama untuk menentukan
agenda kepada masyarakat untuk berfikir. Peranan media massa sebagai pendidik harus
diteruskan sehingga rasuah dihapuskan.

Secara kesimpulan kedua-dua akhbar ini telah memainkan peranan penting dalam
menyebarkan berita rasuah di Malaysia dengan meletakkan usaha pembanterasan rasuah
sebagai agenda mereka.
RUJUKAN

Abdul Rahman Shaik. 2009. Pembinaan agenda media dalam laman web Malaysiakini
dan Agendadaily semasa tempoh kempen pilihan raya umum 2004. Tesis Doktor
Falsafah. Serdang: UPM.

Abu Kassim Mohamed. 1999a. Discussion paper for the International Group of Expert
on Corruption(IGEC). Kuala Lumpur: BPR Malaysia.

Abu Kassim Mohamed. 1999b. Developing an effective Anti Corruption Agency.


Washington DC. The International Group of Experts on Corruption.

Altheide, D.L & Snow, R.P. 1979. Media logic. Baverly Hills CA: Sage.

Anokwa Salwen K, & Michael, B. 1986. Newspaper agenda setting among elite and non
elites in Ghana. Journalism Quarterly, Vol.61 No.4 (winter).

Anon. 2010. Bribe-free? Only if we want it. New Straits Times, 31 Januari: 4.

Arnold, D. & Gold, D. 1974. The facilitation effect of social environment. Public
Opinion Quarterly (28): 516-516.

Azhari Mustafa(2000). Peranan ibubapa dalam membentuk genarasi berilmu dan


berakhlakkearah kecemerlangan di Dunia dan di Akhirat.
Http://alumnigayonguia.tripod.com/artikel. 30 Jun 2000.

Bahagian Pendidikan Masyarakat. 2000. Kajian persepsi masyarakat mengenai tahap


rasuah di Malaysia dan keberkesanan BPR dalam menangani. Kertas kerja
Bahagian Pendidikan Masyarakat. Kuala Lumpur, 29 Januari 2000.

Badan Pencegah Rasuah. 1992. Sejarah BPR Malaysia 1967-1992: Sejarah Penubuhan
dan Perkembangnya. Kuala Lumpur: BPR Malaysia.

Badan Pencegah Rasuah. 1996. Kertas Dasar Visi dan Misi BPR ke Arah Pencapaian
Wawasan 2020- Cabaran dan Strategi Tindakan 1996-2000. Kuala Lumpur: BPR
Malaysia.

Badan Pencegah Rasuah. 2008. Sejarah 40 tahun BPR Malaysia. Kuala Lumpur: BPR
Malaysia.
Badan Pencegah Rasuah Malaysia. 2008. Laporan Tahunan SPRM 2008. Kuala Lumpur:
BPR Malaysia.

Barwise, P., Lazarfeld, P.F., & McPhee, W.N. 1954. A study of opinion formation in a
presidential campaign. Chicago: University of Chicago Press.

Berelson, B. 1952. Content Analysis in communication research. New York: The Free
Press.

Berelson, B. 1971. Content Analysis in communication research. New York: Hafner


Publishing.

Berge, A. A. 2000. Media and communication research methods. An introduction to


qualitative and quantitave approaches. London: Sage Publications.

Budd, R. W., Thorp, R.K. dan Donohew, L. 1967. Content analysis of


communication. New York: Macmillan.

Bittner, J.R. 1980 . Mass communication : An introduction. Ed. Ke-2. New Jersey:
Prentice Hall, Inc.

Carolyn, M. 1986. The white press and black America. Westport, Connecticut:
Greenwood Press.

Cohen, B. 1963. The press and foreign policy. Princeton: Princeton University Press
Publication.

Kamus Dewan. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faridah Ibrahim. 1995. Pengaruh pengurusan akhbar ke atas bilik berita. Dlm.
Samsudin A. Rahim (pnyt.). Kumpulan Esei Isu-Isu Komunikasi hlm. 267-284
Bangi: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faridah Ibrahim & Mohd Rajib Ab. Ghani. 2000. Wartawan dan etika dalam era siber.
Dlm.Samsudin A. Rahim (pnyt.). Kumpulan Esei Isu-Isu Komunikasi hlm. 487-
497. Bangi: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan
Malaysia

Goldhaber, G.M. 1990. Komunikasi dalam organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Griffin, E.M. 1997. A first look at communication theory. Edisi ke-3. New York:
McGraw Hill.
Holsti, O. 1969. Content anaysis for the social sciences and humanities. Reading,
Massachusetts:AddisonWesley Publishing.

Institut Integriti Malaysia. 2009. Laporan Tekad 2008- Pelan integriti nasional penilai
dan hala tuju. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Ismail Sualman, Murad Merican, Azmuddin Ibrahim, Abdul Ghani Karim, Darul Salam
Abu Bakar. 1999. Analisa isi kandungan di pilihan raya umum 1999. Laporan
IRDC. UiTM Shah Alam.

Ismail Sualman. 2005. Pilihan raya dan akhbar: Kajian analisis kandungan terhadap
calon pilihan raya. kertas kerja di seminar Media dan pembangunan, Kerajaan
Negeri Pulau Pinang. 11 Disember .

Jamaluddin Md. Jahi. 2006. Panduan menulis tesis gaya UKM. Ed Semak. Bangi.
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

James, A.F & Stoner C. W. 1989. Pengurusan. Edisi Ke-3.Petaling Jaya: Amiza
Publising Sdn.Bhd.

James Selva. 2009. Malaysia Press & Guide 09. Kuala Lumpur: Perception Media Sdn.
Bhd.

John S.T Quah. 1982. Bureaucratic corruption in the ASEAN countries: A comparative
analysis of their anti-corruption strategies. Journal of Southern Asian studies. Vol.
13. No 1 (March 1982)

Kalpan, A. 1964. The court of inquiry. New York: Harper & Row Publishers, Inc.

Katz, E. & T. Szecsko. 1981. Mass media and social change. Beverly Hills, CA:
Sage.

Kerlinger, F.N. 1973. Foundation of behavioral research. New York: Holt, Rinehart and
Winston. Inc.

Kwansah Aidoo, K. 2001. The appeal of qualitative methods to traditional agenda-setting


research:An example from West Africa. Gazette, vol 63;521-537

Lasswell, H. 1960. The Structure and function of communication in society, Dlm L.


Bryson (pnyt).The Communication of Ideas. Urbana : University of Illinois Press.
ms 305.

Lewin, K. 1947. Frontiers in Group Dynamics. Human Relations Journal. Vol. 1, no. 2,
m.s 5-4, & 145.

Littlejohn, S.W. 1996. Theories of Human Communication. Edisi ke-5. New York:
Wadsworth.

Lippmann, W. 1960. Public opinion. New York: Macmillan Public Company.

Mahathir Mohamad. 1985. Ucapan Dato Seri Dr Mahathir di majlis penyampaian


Hadiah Kewartawanan di Hotel Subang View, Subang Jaya , Selangor. 9 Nov.

Mahathir Mohamad. 1986. The Challenge . Kuala Lumpur : Pelandok Publication.

Mahathir Mohamad. 1988. Ucapan Majlis pembukaan seminar ke arah peningkatan


program pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: Intan
Bukit Kiara.

Malaysia. 2009. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Kuala Lumpur: Pecetakan Nasional Malaysia Berhad.

Malaysia. 2004. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Malaysia. 2010. Program Transfomasi Kerajaan: Pelan Hala Tuju. Kuala Lumpur : JPM.

Mawaddah bte Abdullah. 2008. Pengaruh media elektronik terhadap keruntuhan


akhlak pelajar. Tesis Sarjana. UTM: Johor.

M. Mcmullam, M. 1961. A theory of corruption, sociological review. 2 July 1961 Hlm


181-201.

McCombs, M.E., & Shaw, D.L. 1972. The agenda setting function of mass media.
Public Opinion Quarterly. (36):176-187.

McCombs, M.E., & Shaw, D.L. 1973. The agenda setting function of the mass media.
Public Opinion Quarterly. (37):62-75.

McQuail, D. 1987. Mass communication theory. An introduction. Edisi ke-2 California:


Sage Publication.
Mc Quail, D. 1992. Media performance-Mass communication and the public interest.
London: Sage Publication.

Mohammad Abdul Nafi Azhari. 2006. Pemaparan isu ambalat di akhbar arus perdana
Indonesia studi analisis kandungan kepada akhbar Kompas dan The Jakarta Post.
Tesis Sarjana, Program Pengurusan Komunikasi, Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Asri bin Mohamad. 2002. Pengaruh golongan Elit pemerintah dalam pemaparan
berita-berita etnik. Analisis kandungan terhadap pelaporan berita akhbar Utusan
Malaysia dan Berita Harian sejurus sebelum dan selepas pilihanraya umum ke-10
Malaysia. Tesis Sarjana. Pusat Pengajian Komunikasi. Universiti Sains Malaysia.

Mohd Dhari Othman. 1999. Analisis kandungan: satu panduan penyelidikan. Dlm. Syed
Arabi (pnyt.). Analisis kandungan. Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti
Kebangsaan Malaysia. m.s 35-44.

Mohd. Najib Abdul Razak. 1997. Seminar Muafakat Memerangi Rasuah. PWTC. Kuala
Lumpur. 19 Julai 1997.

Mohd Najib Tun Razak. 2009. National Key Results Area. New Straits Times, 19
September.

Mohd Safar Hasim. 1996. Mahathir dan Akhbar. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.

Mohd Safar Hasim. 2005. Akhbar di Malaysia antara kebebasan dengan tanggungjawab.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Salleh Kassim. 1985. Kewartawanan:Teori dan praktis. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj. Othman. 2009. Perkembangan pesat media alternatif: Cabaran &
ancaman dalam pembentukan & pemupukan jati diri. Kertas kerja Kongres Islam
Sarawak. Anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.

Muhd. Mansur Abdullah. 1998. Komunikasi Dalam Pengurusan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Musa Abu Hassan & Ezhar Taman.1999. Unit analisis kajian kandungan. Dlm. Syed
Arabi Idid (pnyt.). Analisis kandungan. Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Narimah Ismail. 1999. Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Kuala Lumpur: Cetakrapi
Sdn.Bhd.

Narimah Ismail & Saodah Wak. 2002. Kursus komunikasi organisasi. Pahang. PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nashat, A.A, Anna, S. & Ahmad, S. 2004. Media Coverage of Palestinian Children and
theIntifada. The International Journal for Comunication Studies Vol. 66(5): 383-409:
Sage Publication. New Dehli.

Noran Fauziah Yaakub. 1987. Penghantar Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Nor Zaliza Sarmiti. 2003. Pemilihan dan penilai berita pembangunan di Malaysia:
Kajian kes ke atas akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times. Tesis Sarjana,
Program Pengurusan Komunikasi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Pan, K. 1993. Framing analysis : An approach to news discourse. Jurnal Political


Communication: 10(1), 120-141.

Pemandu. 2010. Laporan Pemandu 2010: Program transformasi Kerajaan: Pelan Hala
Tuju. Putrajaya: Pemandu.

Rahmat Ismail. 2000. Pemupukan nilai-nilai keibubapaan melalui pendedahan media


massa dan jaringan komunikasi antara peribadi. Dlm. Latiffah Pawanteh dan
Mazni Hj. Buyong (pnyt.). Pasca sidang seminar Penyelidikan Komunikasi hlm.
293-315 Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramli Ibrahim. 2007. Peranan akhbar dalam penyebaran maklumat tentang dadah di
Malaysia: Satu kajian analisis kandungan akhbar Berita Harian dan Utusan
Malaysia. Tesis Sarjana, Program Pengurusan Komunikasi, Pusat Pengajian
Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rogers, E.M. 1991. Teknologi komunikasi media baru dalam masyarakat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samsudin A. Rahim. 1998. Pembangunan, ketembusan media dan identiti budaya


remaja. Bangi: Kumpulan Penyelidikan IRPA.
Samsudin A. Rahim. 2000. Pembangunan industri kandungan media di Malaysia.
Kertaskerja dibentang dalam Seminar Komunikasi dan Teknologi. Kuala
Lumpur: Syarikat Telekom Malaysia. September, 18.

Samsudin A. Rahim. 2001. Media dan identiti budaya: Cabaran media terhadap
masyarakat Malaysia di alaf ke 21. Kertas Kerja di Symposium Kebangsaan
Masyarakat Malaysia Isu dan Bacaan abad ke-21. Universiti Malaysia. 22-24
Julai 2001.

Samsudin A. Rahim. 2003. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd. Yusof Hussain. 2003. Teori-teori komunikasi.
Pahang: PTS Publication.

Schramm, W. 1964. Mass Media and national development: The role of information in
development countries. Stanford: Stanford University Press.

Severin,W.J. & Tankard, Jr. JW.1988. Teori komunikasi. Terj. Lowe, V dan Abdullah
Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Munji & Ma'rof Redzuan. 1990. Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn.Bhd.

S.S Gil. 1998. The pathology of corruption. New Delhi: HarperCollins Publishers.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 2009. Sejarah 40 tahun Badan Pencegah


Rasuah. Kuala Lumpur: One Global Servives.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 2010. Laporan Tahunan SPRM 2009. Kuala
Lumpur: SPRM

Stapenhurst, F & Langseth, P. (1997). The role of the public admintration in fighting
corruption. International Journal of Public sector Management, Vol 10 (5).

Stemple,G.H. & Westley, B. H. 1981. Research Methods in Mass Communication.


Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Syed Arabi Idid. 1999. Analisis kandungan: Beberapa persoalan. Dlm. Syed Arabi
(pnyt.). Analisis kandungan. Bangi. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Syed Arabi Idid. 2002. Kaedah penyelidik komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka.

Syed Hussein Alatas. 1980. The sociology of Corruption. Singapore: Times Books
International.

Syed Hussein Alatas. 1991. Corruption its nature causes and function. Kuala Lumpur:
S.Abdul Majeed & Co.

Syed Husein Alatas. 1995. Rasuah - Sifat sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa danPustaka.

Syed Hussein Alatas. 1999. Corruption and the destiny of Asia. Petaling Jaya: Prenctice
Hall (M) Sdn.Bhd.

Transparency International, Berlin. 2009. Corruption perception index. Berlin: TI.

Tunku Abdul Aziz. 2005. Fighting corruption: My mission. Kuala Lumpur: Konrad
Adenauer Foundation.

UKM – BPR. 2003. Laporan Public Perception of Corruption in Malaysia 2002. Bangi:
UKM

Umi Khattab. 1991. Gambaran Organisasi melalui media massa di Malaysia-Kajian


perbandingan. Dlm. Samsudin b A. Rahim (pnyt). Kumpulan Esei Isu-Isu
Komunikasi hlm. 295-318. Bangi:Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

United Nation Development Program. 1999. Fighting Corruption to improve governance.


New York. United Nation Development Program. Dlm. John St Quah,
Comparing anti-corruption measures in Asian countries:Lessons to be learnt.
Asian review of public Administration, vol. xt. no;2 Julai/Disember 1999.

Wimmer, R.D & Dominick, J.R. 2000. Mass Media research; An Introduction: Belmont,
CA:Wadsworth Publishing Company.

Weaver D. 1982. Media agenda setting and election assumption and implication.
Political Communication Research. New York: Hainer Publications.

Weber, R.P. 1985. Basic Content Analysis. Newbury Park, Ca: sage Publications.
Zulkefle Abd Hamid. 2010. Motif informer bekerjasama dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia: Satu kajian kes. Tesis Sarjana. Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akhbar

The Straits Times, 1996. 12 September.

The Straits Times, 1997. 1 May.

The Straits Times, 2009. 19 September.

Berita Minggu, 1998 . 11 Januari.

On-line

http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010

http://www.abcm.org.my/auditreport/2010

http://www.oecd.org/document/2010

http://www.undp.org/publications/UNDPaction2010/index.shtml

http://www.sprm.gov.my/laporantahunan

You might also like