You are on page 1of 30

ASUHAN DAN PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Tugasan: Pembentangan

Tarikh : 17 Ogos 2009

Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-

kanak.

Nama: 1. Lino Leoncio

2. Stephenie anak Mukit

3. Nurul Ain Binti Bahir

4. Salizah Bt. Lusly

5. Marie Christerine ak Matthew

Jabatan Fakulti: Seni Dan Muzik

Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Semakan: En. Kamarul Azman Bin Salam


1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak

normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,

keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri

fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan

dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan

mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak

terabai seperti kanak-kanak normal.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-

kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari

segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala

Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di

bawah;

"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.

These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or

behavioral characteristics. Many of these children may require educational

programs customized to their unique needs."

Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti

berikut:
i. Terencat akal.

ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.

iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku

iv. Pintar cerdas dan berbakat

v. Masalah bahasa dan pertuturan

vi. Masalah pendengaran

vii. Masalah penglihatan

viii.Kecelaruan spektrum autism

ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah

kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid

bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran

(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas

adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga

memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta

perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).

2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-

kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi
keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah kategori-

kategori kanak-kanak berkeperluan khas:

1.1 Masalah Penglihatan

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind

dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

i. Tidak dapat melihat langsung.

ii. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian

Snellen.

iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

2.1.1 Tahap Kecacatan

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan

penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi

pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

1. Sederhana

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat

cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan

menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

2. Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan

lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami
kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun

dengan bantuan khas.

3. Sangat teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi

kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu

bergantung kepada deria-deria lain.

2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan

i. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan

tulis ataupun objek.

ii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata.

iii. Kerap bercakap.

iv. Kerap menggosok mata.

v. Selalu menutup sebelah mata.

vi. Selalu terlanggar objek.

vii. Keliru dengan huruf.

viii. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.

ix. Memegang kepala dengan cara luar biasa.

x. Kerap menangis
xi. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa

sudut berlainan.

xii. Sering mencari-cari ayat yang dibaca.

xiii. Meniru kerja kawan.

xiv. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

xv. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri

dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang

baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa

berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005).

1.2 Masalah Pendengaran

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan

manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak

pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran

dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)

Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga

atau tidak ada lubang telinga.

ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)


Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada

bahagian organ dalam telinga.

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah

pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu

berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang,

tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya

berkaitan dengan bahasa.

Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan

perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada

pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan

mereka sendiri.

2.2.1 Jenis Masalah Pendengaran

Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang

pendengaran dan pekak.

1. Kurang pendengaran

a) Ringan (mild)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB

ii. Memahami perbualan

iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh


iv. Memerlukan terapi pertuturan

b) Sederhana (moderate)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB

ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya

iii. Memahami perbualan

iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas

v. Memerlukan alat bantu dengar

vi. Memerlukan terapi pertuturan

c) Sederhana teruk (moderate severe)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB

ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran

iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi

iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan

kuat

v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana

pengalaman pendengarannya yang terhad

2. Pekak

a) Teruk (severe)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB


ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5

sentimeter daripadanya

iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja

iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan

v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan

dan komunikasi

b) Sangat teruk (profund)

i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB

ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat

iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan

1.3 Masalah Emosi-Hiperaktif

 Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-

kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi

mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis

masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau

masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder

(ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah

ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006),

ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai

masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.


Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa

hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:

i. Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .

ii. Sukar mendengar dan mematuhi arahan.

iii. Sukar memberi tumpuan dan perhatian.

iv. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.

v. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.

vi. Tidak terurus.

vii. Kemahiran belajar yang lemah.

viii. Sukar untuk berdikari.

Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif

(ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut:

i. Tahap aktiviti tinggi

ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.

iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

iv. Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.

v. Tidak matang dari segi sosial.

vi. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.

Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap

tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak

bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah
laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-

kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008).

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai

kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh

tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;

 ADHD Kurang Tumpuan

i. Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan

kerja tidak teratur

 ADHD Hiperaktif-impulsif

i. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

 ADHD Gabungan

i. Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan

impulsive

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya

ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada

ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan

sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan

kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur

tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.


Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di

mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan

persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut

tuntutan sosial (Jamila 2005).

1.4 Masalah Fizikal Dan Kesihatan - Palsi Selebral

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral

athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-

kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti

tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut

menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada

kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu

lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk

dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka

adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada

satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah

otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri

di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik, mereka
berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran.

Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang

terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-

kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi

penjagaan diri sendiri.

1.5 Masalah Mental

i) Terencat akal

Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang

mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang

anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran.

Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding

dengan faktor persekitaran.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal

iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun

terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat

menguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau

perkembangan motor halus mereka.

Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau

fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan

tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering

menunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan.


Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan

kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam

menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi

murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka

mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu

contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan

memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila

2005).

ii) Sindrom down

Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,

belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka

leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata,

telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentuk

leher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek,

mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.

Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada

ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih

boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai

masalah pendengaran.
Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan

perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu

hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).

1.6 Autism

Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial

di mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,

berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-

kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) :

i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika

tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang

diingininya.

ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.

iii. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

iv. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan

v. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

2.6.1 Tingkah Laku

i. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.

ii. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti

bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan,

berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-

mandir.
iii. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) dan

iv. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

2.6.2 Interaksi sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan

ekstrem :

i. Suka bersendirian.

ii. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.

iii. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

iv. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

1.7 Masalah Pembelajaran

Menurut Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga

menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,

membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

2.7.1 Lembam (Slow Learner)

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan

kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah

mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam

pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah

yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal


dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya

selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan

(Jamila 2005).

Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan

intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di

dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam

memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam

ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah

membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan

membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka

menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan

mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar

menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah

sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

 2.7.2 Disleksia

Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984

dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia

adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan

dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku

kata ataupun dalam perkataan-perkataan.


Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997

dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama

dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah

(2006) adalah seperti berikut:

“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui

pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa

seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan

kemampuan intelektual mereka.”

 Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan

perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan

gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada

mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. 

Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan

yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia

berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga

tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu

dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi

tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya

pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di

mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.


Pengamatan dan tingkah laku:

i. Keliru dengan konsep arah

ii. Keliru dalam konsep masa

iii. Kerap terasa tertekan

iv. Keliru memakai kasut pada kaki yang betul

v. Konsep kendiri yang rendah

2.7.2.1 Jenis-jenis disleksia

Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1. Disleksia visual

Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan

deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia

tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta

mengingatinya.

2. Disleksia auditori

Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan

deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia

mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan

persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan

ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.


3. Disleksia visual-auditori

Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana

kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya

mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar (Jamila 2005).

1.8 Pintar Cerdas dan Berbakat

Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang

mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap

sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan

mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh

(1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang

menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:

i. Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan,

pemikiran logik dan ingatan baik.

ii. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik,

kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan

drama.

Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-

kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah

rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam

pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka


juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai

kepimpinan yang luar biasa

Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa

pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif

mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan

perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan

menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.

Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiran

advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.

Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah

kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

3.0 INTERVENSI AWAL

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal

lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang

bagi mengembangkan potensi diri mereka.

Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang

tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak

bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan

kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).


Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak

berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.

Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada

bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur

disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi

yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di

samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-

bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di

antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi

yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi

kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat

masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama

magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian

bagi kanak-kanak autistik.

Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar

belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa,

guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap

perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang

disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau

ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan

menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat

penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik

yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku,
perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan

individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat,

program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan

dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu

bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara

kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.

Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas.

Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan

dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan

pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism

dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka

bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan

pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran

bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu

mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat

membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.

4.0 ISU DAN CABARAN

Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalah

kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur,

tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah
ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanak

normal.

Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak

istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa

(Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd.

Sharani 2004). Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yang

dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadan

yang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999) dalam

Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh

masyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa

mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Olshansky

(1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yang

memiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa

demi kesejahteraan anak itu.

Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas

berhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991

dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004) faktor-faktor seperti

terkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksi

penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kurang

disebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian

(Prado 1991).
Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia pada

tahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304

orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang

dihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati

peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut:

i. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula

bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa.

ii. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan

supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa

supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar

anak-anak mereka ke sekolah.

iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan, diperlengkap dan

diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati

kemudahan pendidikan.

iv. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak

istimewa dapat didaftarkan.

Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas

melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guru-

guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan

mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah

dengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkan

falsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi:


i. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti

pendidikan, sosial dan kerjaya.

ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi individu yang

mempunyai keyakinan diri.

iii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar

biasa yang lain.

iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama

oleh semua guru serta masyarakat yang lain.

5.0 PENUTUP

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas

kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam

keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan

yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria

lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka

mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi

dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin

terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan
bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu

bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung

dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan

khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan

nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan

sempurna.
BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.

Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala

Lumpur. Quantum Books.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to

Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.

Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar

Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social

Psychology, 138(1), 13-26.

Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.


Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-

Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak

Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.

Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala

Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children.

Illinois. Charles C Thompson.

Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD

(Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara

Malaysia Berhad.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Wikipedia Ensiklopedia Bebas .2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9

Oktober daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas

Zamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia.


Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid Berkeperluan

Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka

Zulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober

2009 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com

Zuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober

2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-Untuk-

Pelajar-Berkeperluan-Khas

Rosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom Down. Diperolehi pada

Oktober 2009 daripada http://www.kdsf.org.my/html/Utusan%20Malaysia%

20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm

You might also like