You are on page 1of 48

HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3106

Pensyarah :
En. Teo Liong
Chaw Nurhaimi Binti Abdul Rahman
PISMP PK5 Jan 2010
Sem 3
Tajuk Tutorial
1)Jelaskan konsep Segregasi,
Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi &
Amalgamasi beserta contoh yang
sesuai.
2)Huraikan faktor-faktor yang
menyumbang kepada perpaduan &
integrasi nasional.
Konsep Perpaduan dan Integrasi
Perpaduan : satu proses yang
menyatupasukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk identiti
dan nilai bersama.
Integrasi : satu proses bagi mewujudkan
satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah
Unsur-unsur Integrasi :
 Integrasi Wilayah : mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik &
sosial antara wilayah
 Integrasi Ekonomi : mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
 Integrasi kebudayaan : pembentukan satu
kebudayaan kebangsaan
 Integrasi Sosial : usaha menyatupadukan rakyat
melalui program sosial (sukan, pendidikan,
perumahan, kesihatan dll)
 Integrasi Pendidikan : mewujudkan sistem
pendidikan yang bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
& sosial.
 Integrasi Politik : kerjasama & pembahagian kuasa
politik
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah
satu proses yang amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari


segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan
terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yang
berbentuk sebati iaitu amalgamasi.
Konsep Segregasi
• Merupakan pemisahan & pengasingan antara
satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain dalam sesebuah negara.
• Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan,
antaranya dari segi kawasan tempat tinggal,
sistem persekolahan , pengangkutan &
kemudahan awam.
• Segregasi wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar
Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan
antara tahun 1948-1994.
Konsep Akomodasi
• Merupakan proses yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma & nilai kumpulan etnik yang lain & tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.

• Satu keadaan atau proses apabila kelompok-


kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan/mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai baik
untuk sementara atau untuk selama-lamanya
• Interaksi sosial seumpama ini membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan
identiti serta sikap mereka yang berasingan.
• Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang
ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.
• Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia
kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaan harmoni
(penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai
agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap
kelompok etnik).
• Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar
untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan
etnik.
• Kejayaan atau berkesannya “penyesuaian” sebagai
satu dasar amat bergantung kepada sikap
golongan pemerintahan dan kelompok-kelompok
etnik berkenaan.
• Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah
negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat
akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali
saling membuat penyesuaian antara mereka.
Konsep Asimilasi
• Satu proses percantuman dan penyatuan di
antara kelompok /individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
• Konsep ini berhubungan dengan penyerapan
sehala individu/kelompok ke dalam kelompok
lain.
• Satu proses yang berlaku apabila mana-mana
kelompok berfikir, berperasaan secara
berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial
serta budaya yang sama.
• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti.
• Contohnya, orang melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan
nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup
mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan
amalan dan cara hidup orang Thai.
• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat
Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan
contoh berlakunya proses asimilasi.
• Namun, asimilasi berlaku dalam konteks budaya
tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya
interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik
yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang
lama.
• Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada
beberapa faktor penting :
- Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka
- Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain.
- Terdapat banyak persamaan budaya antara
kumpulan etnik.
Konsep Amalgamasi
Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik
dari segi biologi.
Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan
pelbagai kumpulan etnik dicampuradukkan melalui
perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan
satu bangsa yang baharu.
Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya
melalui beberapa generasi.
Syarat : kumpulan dominan membenarkan proses
ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa
berbuat demikian.
Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka
(jarang berlaku)
Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang
sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu
membentuk satu generasi baharu atau budaya
baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.
Konsep Akulturasi
• Satu proses penyerapan unsur-unsur
kebudayaan daripada suatu budaya kepada
budaya yang lain.
• Perubahan budaya terjadi hasil daripada
hubungan yang berkesinambungan antara
dua budaya berbeza dalam satu jangka masa
yang berterusan dan perubahan tersebut
berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua
budaya tersebut.
• Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-
perubahan yang bakal terjadi terhadap individu
atau kelompok adalah seperti perubahan
fizikal, biologikal, budaya, sosial dan
psikologikal.
• Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya
yang bersifat kebendaan yang mendatangkan
manfaat seperti pakaian Barat.rima.
• Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran
adalah lebih sukar diterima
Masalah Perpaduan Dan Integrasi
Nasional
 Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang
dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.
 Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran
untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang
berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh
dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah
dan antara kaum,berasaskan persamaan hak dan
keadilan”
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang
berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan
bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum
,bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa
yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada
negara’.
Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke
tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem
sosial yang lebih mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada individu tertentu sahaja.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada
Perpaduan dan Integrasi Nasional

 Rusuhan kaum
 Perbezaan agama dan budaya
 Pendidikan (FPK,vernakular)
 Kestabilan politik
 Pembasmian kemiskinan
 Penyusunan Semula Masyarakat
Rusuhan kaum
Penjajahan British melalui dasar pecah dan
perintah serta mementingkan kuasa dan
ekonomi menyebabkan terjadi jurang
perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk
etnik antara kaum dan wilayah.
Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat
pembelaan dan peluang yang sewajarnya.
Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat
parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu
sensitif yang menyentuh kaum tertentu.
 Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan
dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti
kelantangan beberapa pemimpin parti
pembangkang dan penyokong mereka yang
menimbulkan perasaan saling membenci dalam
kalangan rakyat berbilang kaum.
Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah
peristiwa berdarah13 Mei 1969.
Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan
sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN).
Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk
mengembalikan keamanan dan undang-undang
negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil
dan sempurna serta mengembalikan suasana
keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan
nasional sukar dicapai jika terdapat jurang
perbezaan yang terlalu besar terutama dari
segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat
pelbagai kaum.
Perbezaan Agama dan Budaya
Perbezaan budaya dan agama merupakan salah
satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan
kaum di Malaysia.
 Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama
Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha,
Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum
India beragama Hindu.
Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama
Kristian.

Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang


berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah
perpaduan kaum di Malaysia.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula
disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia yang menggalakkan
penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia
berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama
lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara
tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut
agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13 Mei 1969 berlaku.
Kestabilan Politik
Selepas 13 Mei 1069, parti-parti politik mula
menyedari kepentingan bersatu dalam satu
barisan yang menggabungkan pelbagai kaum.
Penyatuan fahaman politik melalui sistem
kerajaan campuran dicadangkan bagi
mengurangkan perpecahan politik & sesuai
dengan pindaan perlembagaan 1971.
Barisan Nasional ditubuhkan dengan dianggotai
pertubuhan kebangsaan melayu
bersatu(UMNO), Parti Islam se malaysia(PAS),
Kongres india Malaysia (MIC) dan persatuan
cina Malaysia (MCA) serta 6 lagi parti politik.
Rombakan politik ini berjaya kerana semua
pihak mula memahami kepentingan perpaduan
kaum.
Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih
kekal walaupun terdapat perpecahan pada
struktur asal penubuhannya.
Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira
Kaum (Dasar Ekonomi Baru)
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk
merapatkan jurang kekayaan antara golongan
kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum
kerana ketidakseimbangan kekayaan
terutamanya antara kaum hanya akan
mencetuskan suasana yang tidak harmorni
akibat rasa tidak puas hati antara satu sama
lain.
Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru
ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan
kepada golongan seperti pekebun-pekebun
kecil, penghuni estet, petani nelayan dan
pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah
dilaksanakan ialah seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan tali air
termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi
membolehkan pesawah melaksanakan
penanaman padi dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang
menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil
tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi
sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan
dan kegiatan ternakan yangditujukan kepada
pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian
subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka
memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu
dan lebih berguna
d) Melaksanakan rancangan pembukaan tanah
baru yang membolehkan penghuni desa
menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya
skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan
dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial
seperti klinik, hospital, sekolah ,bekalan air
dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang
pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan
berpendapatan rendah.
Penyusunan Semula Masyarakat

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga


memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula
masyarakat yang telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan
kekayaan negara.
Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran
untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan
dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat
Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum
Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB
kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor
ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan
pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat
pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas
untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang
berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor
awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai
matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga
jabatan kerajaan yang terlibat untuk
menggerakkan instrumen DEB.
Antara perbadanan yang mengambil bahagian
untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf
ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amanah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Perpaduan Negara
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan
negara.
 Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan
pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga
negara dan rakyat yang bersatu padu.
Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara”
Secara tidak langsung dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatu padu dan berintegrasi seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan
sistem peperiksaan yang sama serta
penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan
sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk
memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat
membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan
murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.
Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia
dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan
Assunnah dan Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat- sifat mulia serta
membentuk tingkahlaku yang bersopan santun
dan saling menghormati sesama manusia.
Penutup
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan
satu perkara yang amat penting untuk
membentuk satu negara yang utuh.
Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah
berusaha sehingga ke hari ini untuk
membentuk perpaduan kaum di Malaysia
meliputi segala aspek; ekonomi, politik dan
sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju
seiring dengan negara lain di dunia.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa
berdoa semoga negara yang disayangi ini terus
aman makmur, bersatu padu, maju dan yang
pasti akan tetap kekal di tangan orang Melayu
sebagai penerajunya.

You might also like