You are on page 1of 5

2.

0 Lima Aspek Pengurusan Bilik Darjah yang Mesra Budaya


2.1 Pengenalan

Pengurusan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya


adalah corak dan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah yang kondusif
untuk murid yang pelbagai latar bangsa dan budaya. Persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya juga adalah turut mengembangkan nilai-nilai murni yang
menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat
nasional dan global. Iklim dan budaya bilik darjah merupakan elemen penting
dalam pembinaan perhubungan yang mesra antara pelajarnya yang terdiri
daripada pelbagai etnik, ragam, sosiobudaya dan latar belakang.. Ia menjadi
penanda awal dalam proses pembentukan para pelajar bagi mencapai kualiti
pendidikan secara menyeluruh seterusnya dapat melahirkan modal insan
sebagai produk negara yang produktif. Terdapat beberapa aspek dalam
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Antaranya adalah pengurusan
persekitaran fizikal bilik darjah, sosioemosi, perhubungan antara kelompok etnik,
pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan kelas bercantum.

2.1.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah


amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid
dari pelbagai latar belakang etnik. Persekitaran fizikal adalah suasana di bilik
darjah yang terdiri daripada kriteria-kriteria fizikal seperti susun atur dan
sebagainya. Dalam pengurusan persekitaran fizikal guru harus memiliki gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kekekapan mengurus, kepelbagaian dalam
pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi
maklumat dan komunikasi. Selain itu, Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah
adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk
guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi
dengan kekeriaan dan kebersihan. Kriteria-kriteria fizikal umum untuk
mewujudkan persekitaran Bilik Darjah yang mesra budaya adalah terdapat
meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid
dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik
dikelompokkan dalam satu kumpulan.

Seterusnya sudut-sudut pembelajaran dan bacaan adalah penting dalam


mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Dalam bilik darjah, terdapat
pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan
intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan
sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita
dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan
multimedia. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh
mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik.
Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat
resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini

2.1.2 Aspek Pengurusan Sosio-Emosi

Aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang


harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesannya. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan
membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya
dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Kepentingan pengurusan ini dapat
diaplikasikan oleh guru dengan menggunakan strategi belajar melalui bermain
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif dalam
mengajar dan mengaitkan isi pelajaran dengan permainan yang menarik dan
menyeronokkan.Hal ini kerana,kanak-kanak yang sedang membesar berfikiran
bahawa bermain itu adalah satu keperluan dan juga membenarkan mereka
melakukan aktiviti yang kreatif. Mereka sangat menyukainya sehingga ia dapat
menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi murid itu secara
semula jadi dan ini adalah kerana bermain adalah proses spontan yang dapat
menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.
2.1.3 Aspek Perhubungan antara kelompok etnik

Ia adalah satu aspek yang penting dalam membentuk bilik darjah yang
mesra budaya. Melalui penerapan kepentingan hubungan etnik ini, ia akan dapat
memberi murid peluang untuk memahami isu prasangka dan diskriminasi yang
berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan
tatalaku anggota masyarakat. Perhubungan ini boleh dibentuk oleh guru dengan
memberi lembaran kerja atau kerja rumah untuk dibincangkan secara
berkumpulan. Kumpulan ini perlulah dari ahli kumpulan yang berbilang kaum
atau berlainan agama. Kesepakatan dalam membuat kerja ini dapat membentuk
hubungan etnik yang baik. Murid akan bertoleransi dalam membuat membuat
keputusan yang terbaik dan ia dapat membantu dalam memahami kesan
perubahan sosial. Cara yang lain ialah, guru mengaitkan apa yang diajar dengan
nilai kepentingan hubungan etnik untuk dipelihara demi keamanan
negara.Contohnya, tajuk kemerdekaan dapat dikaitkan dengan memberitahu
murid bahawa dengan adanya pahlawan yang berbagai etnik menentang
penjajah dan tokoh yang banyak berusaha untuk memerdekakan negara, kita
dapat mencapai kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangka.

2.1.4 Aspek Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang


perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan
tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek
kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan
perancangan lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan
perancangan strategik sekolah. Ia melibatkan proses-proses seperti merancang,
melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan.Pelbagai perkara perlu diambil kira dalam proses p&p jika ia
melibatkan pelbagai etnik. Hal ini kerana, ia dikuatiri akan mempengaruhi sikap
yang tidak elok antara murid sesama mereka dan juga hubungan murid dengan
guru. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas proses p&p.
Bagi sebelum proses p&p, ia melibatkan kesesuaian hasil pembelajaran,
kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid, sumber
pengajaran yang mencukupi, bahan bantu mengajar yang berkesan dan
langkah-langkah proses pengajaran yang jelas. Penggunaan bahan bantu
mengajar dan pemilihan sumber pengajaran perlulah sesuai, selamat diguna dan
yang paling penting adalah bahan itu mampu membantu guru bukan sahaja
berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu
membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan
mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi. Bagi semasa proses p&p pula,
guru perlu memastikan strategi pengajaran mestilah relevan dengan penerimaan
murid yang pelbagai budaya. Contohnya, semasa guru mengajar, guru perlu
menerapkan menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menyediakan suasana bilik darjah
yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang
mempunyai latar belakang berbeza dan mengurus disiplin murid dengan
mengambilkira kepelbagaian kelompok murid.Kebiasaannya, penilaian dan
pengukuran akan dibuat selepas proses p&p. Ia bertujuan untuk mengetahui
tahap kefahaman murid terhadap apa yang diajar oleh guru. Dalam hal ini, guru
perlu bertindak adil dengan tidak bersikap pilih kasih. Contohnya, guru
berbangsa melayu memberi markah yang rendah kepada murid cina yang
berjaya menguasai sesuatu pembelajaran dengan baik.

2.1.5 Kepelbagaian Kelompok atau Pedagogi Relevan Budaya

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan


pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.
Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas
serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan
dan budaya murid. Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan
permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu,
kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Guru juga boleh
menggunakan bahan bacaan yang sesuai dengan budaya setiap murid dan
menggalakkan murid membaca dan merentasi bahan rentas budaya.Bukan itu
sahaja, pembelajaran berasaskan komputer juga boleh digunakan oleh guru
tetapi ia mestilah memanfaatkan guru dan murid, iaitu dengan mengubah corak
p&p.Bahan berasaskan komputer juga perlu sesuai dengan budaya dan semua
murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas
tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.

You might also like