You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya, akhirnya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran
Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah (RBT 3108) ini dengan
jayanya.

Di kesempatan ini, ingin kami dahulukan jutaan terima kasih kepada


pensyarah pembimbing, Tn. Hj. Shafie b. Basri atas kerjasama, dan tunjuk ajar yang
telah diberikan. Selain itu, seribu penghargaan juga buat beliau yang sudi
meluangkan masa dalam membetuklan kesilapan yang telah kami lakukan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Turut membantu adalah rakan-rakan
seperjuangan yang sudi berkongsi idea, meluahkan pendapat dan kritikan membina
yang menjadi panduan utama kepada kami untuk melaksanakan tugasan kerja
kursus ini dengan sempurna.

Kami berharap, dengan selesainya pelaksanaan tugasan ini, segala ilmu yang
diperolehi daripada pelaksanaan tugasan kerja kursus ini akan dapat kami
manfaatkan pada masa-masa yang akan datang untuk menjadi seorang bakal guru
yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

1
PENGENALAN

Pentaksiran dan Penilaian merupakan salah satu daripada komponen utama


yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) dengan pengkhususan matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi, (RBT). Kursus ini adalah wajib diikuti oleh pelajar program ini yang
sedang menduduki semester 4 program dengan kod kursus RBT 3108.

Kursus ini memberi penekanan khusus kepada pelatih-pelatih guru berkaitan


kefahaman konsep serta prinsip pentaksiran bagi matapelajaran Reka Bentuk
Teknologi Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai Kemahiran Hidup. Sesuai
dengan tugas guru yang turut menjadi pembina item ujian, penganalisa serta penilai,
aspek yang ditekankan di dalam kursus ini adalah amat penting yang harus difahami
oleh setiap pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum diberi amanah sebagai
seorang guru kelak.

Sesuai dengan objektif pembelajaran bagi kursus ini, diharapkan agar setelah
mempelajari kesemua aspek yang terkandung di dalam kursus ini, para pelatih akan
dapat mengenal, membanding dan membezakan aspek penilaian yang terdapat di
sekolah. Dengan pemahaman yang sedemikian, ia akan dapat membantu bakal-
bakal guru dalam memahami serta membantu dalam mengaplikasikan dalam situasi
sebenar.

Tugasan Kerja Kursus bagi kursus ini menghendaki kami, para pelatih untuk
bertindak sebagai Guru Kemahiran Hidup yang turut dilantik sebagai Setiausaha
Peperiksaan dimana kami dikehendaki untuk mempersembahkan analisis
peperiksaan pertengahan tahun bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. Seterusnya, dalam menganalisis data-data ini, kami dikehendaki memilih
satu kelas dan gunakan statistik yang sesuai untuk menilai pencapaian murid-murid
berkenaan.

2
ESEI 1 : ELLY SULASTRI BINTI ABU SAMAH

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Popham (2000) menyatakan istilah – istilah pengukuran,
pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu
peraturan dan piawaian.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasikan maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam
konteks pendidikan, lebih tepat dikatakan pentaksiran merupakan satu episod dalam
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan meninterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang
pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran bertujuan sebagai satu proses mendapatkan gambaran tentang


prestasi seseorang dalam pembelajaran. Selain itu juga, pentaksiran adalah satu
proses untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan lagi, ia juga adalah untuk mendapatkan maklumat secara berterusan
tentang pegajaran dan pembelajaran memperbaiki sesi pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, melalui proses pentaksiran ini seseorang itu dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun serta sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Justeru, perancangan dlam
melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan berlaku dan ia dapat memperbaiki
sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam buku Eductional Evaluation and Decision Making yang disunting


oleh D. Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan,
mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan seterusnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian

3
adalah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti – aktiviti mengumpul maklumat
tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis
dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang
lebih berkesan. Penilaian merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan
tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Menurut Gay (1985), penilaian
adalah satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk
menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan suatu
pertimbangan atau keputusan dibuat. Sebelumnya, Popham (1975), menyatakan
penilaian yang sistematik perlu melalui tafsiran yang formal tentang nilai fenomena
pendidikan.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti
terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan
pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya
diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan
alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian
menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis
penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi,
projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul
secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.
Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat
subjektif, pincang dan rapuh.

Prosedur penilaian mengandungi aspek – aspek pengujian, pengukuran,


penganalisaan dan penyimpulan. Prosedut penilaian ini boleh dilaksanakan dalam
lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas dengan dimulakan dari peringkat
persediaan ujian, peringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan
pengukuran, peringkat analisis, dan peringkat interpretasi dan tindakan. Penilaian
pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi.
Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal
penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan
pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat

4
keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh
dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana
setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita
membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur
pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru terhadap keberkesanan
pengajarannya.

Tujuan penilaian adalah untuk membantu guru mengetahui keupayaan


penguasaan pelajar. Ia juga membantu guru dalam membuat perbandingan antara
sesorang pelajar dengan rakan – rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas
yang lain. Selain itu, penilaian bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian
pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Kemudian,
pelajar yang berpencapaian tiggi atau rendah dapat ditentukan. Penilaian juga dapat
membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang
berkenaan sejurus dapat membantu guru membuat jangkaan terhadap potensi atau
bakal pelajar terhadap pembelajaran. Guru – guru juga dapat menilai bahan- bahan
dan teknik serta kaedah pengajaran melalui proses penilaian ini. Tambahan lagi,
ujian penilaian yang dilakukan guru dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
mereka dan memperbaikinya segera.

Pentaksiran pembelajaran mempunyai tiga ciri utama iaitu pentaksiran


kepada pembelajaran, pentaksiran untuk pembelajaran serta pentaksiran sebagai
pembelajaran. Ciri pertama, pentaksiran kepada pembelajaran bertujuan sebagai
penghakiman mengenai penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagaunya
untuk rujukan murid. Pentaksiran untuk pembelajaran pula bertujuan untuk
mendapatkan maklumat begi hasilan pembelajaran guru bagi rujukan pentaksiran
piawai lua manakala pentaksiran sebagai pembelajaran bertujuan untuk penilaian
kendiri dan pembetulan sendiri untuk rujukan metlamat kendiri dan piawai luar.
Kedua-dua ciri pertama dan kedua ditaksir oleh guru manakala ciri ketiga
meletakkan murid sebagai pentaksir.

Penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran. Antara ciri penilaian adalah berbentuk jadual atau gred yang
berdasarkan teknik perangkaan. Selain itu, penilaian ini dilaksanakan pada sebelum,

5
semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran. Proses pelaksanaan penilaian
ini pula melibatkan 5 aspek utama iaitu proses pengukuran, proses penganalisisan,
proses interprestasi, melapor dan akhir sekali adalah tindakan. Penilaian dan
pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya 
dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah untuk
meningkatkan atau memperbaiki  pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang
lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar  kepada guru pelajar
serta ibu bapa  malah  kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri apabila
memberikan maklumat yang tepat dan berkesan. Seperti yang dinyatakan sebelum
ini, hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asa kepada guru
untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat
yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
 
Bagi memudahkan pemahaman, tujuan atau kepentingan penilaian dalam
pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa tujuan
seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan,
menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar. Pengujian
dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat  memberikan
maklum balas  kepada guru berhubung  tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu
kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang
timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru
dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut
sama ada  pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung. 

Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti  murid
yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang
memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada
untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan
murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya. Penilaian dan
pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung akan memperlihatkan  kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu.
6
Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru
mengetahui masalah  yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai
masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar
dalam bilik darjah? Sekiranya  menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek
atau kemahiran  yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal
pasti punca masalah tersebut berlaku. Maklumat berkenaan amat perlu kepada
guru  bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada
murid-murid berkenaan supaya  kelemahan atau masalah yang dihadapi dapat
diatasi. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan,  murid-murid yang
menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan
dari arus perdana persekolahan.
 
Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan  pada peringkat akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana
penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain
penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses
penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan,
misalnya  pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (UPSR),
Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM) adalah bertujuan untuk  menentukan
gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan  yang telah murid-
murid atau pelajar-pelajar  kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal
dengan memfokuskan kepada pemberian sijil atau anugerah atau pengiktirafan
kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam
peperiksaan.
 
Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar
mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.  
Guru akan dapat membezakan murid-murid yang  cemerlang, sederhana dan lemah
berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan
yang diduduki. Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan  pengajarannya dalam
bilik darjah, perlu baginya  mengadakan penilaian  dan menguji murid-muridnya bagi
meninjau sejauh manakah  murid-muridnya telah menguasai  sesuatu kemahiran
atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang
7
guru Bahasa Melayu  yang akan mengajar  kepada penutur bukan asli bahasa
Melayu, guru perlu  mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh
pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini
penting bagi guru  membuat keputusan dalam menentukan  peringkat yang
bersesuaian  untuk memulakan pengajaran.
 
Di samping itu,  guru juga dapat  menentukan adakah semua murid  dapat
dipilih serta dikelompokkan  dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap
penguasaan yang berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam
suasana penguasaan yang berbeza, wajar bagi guru  menempatkan murid mengikut 
tahap penguasaan masing-masing dan menumpukan pengajaran mengikut
keperluan murid yang berbeza-beza. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan
pengujian yang dijalankan adalah  untuk memilih dan menempatkan pelajar
mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran
sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. Hasil penilaian
dan pengujian yang dijalankan juga dapat digunakan bagi keperluan bimbingan dan
kaunseling kepada pelajar yang berkaitan. Setiap pelajar mempunyai motivasi untuk 
belajar dan ia

ESEI 2 : HANIS ‘AQILAH BINTI HAMDAN

8
1.1 Pengenalan Penilaian dan Pentaksiran Pendidikan

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar


seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich
(1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang
sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat
yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan. Proses pengumpulan maklumat, proses membuat
analisis, ia dijalankan selepas peperiksaan dan pentaksiran.

Penilaian juga dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan


asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada
ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian ersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar
mereka yang sebenar sebelum pereka memulakan pengajaran. Penilaian
memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua
aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

Konsep Pentaksiran. Pentaksiran merupakan satu episode dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai maklumat temtang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari
konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu
tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran


tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Kesahan bukti
empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana

9
guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri
penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. 

Penilaian dalam proses pembelajaran merupakan bagian penting dari proses


pembelajaran, karena itu hendaknya dilakukan oleh guru agar guru dapat
memperoleh informasi proses kemajuan belajar siswa dan informasi keefektifan
pembelajaran yang sedang berlangsung. Guru yang hanya mengutamakan penilaian
hasil tidak akan mendapatkan informasi yang akurat tentang siswa yang benar-
benar memahami materi dan siswa yang kurang memahami. Siswa yang dapat
menjawab dengan benar suatu persoalan, belum tentu mengetahui bagaimana
mendapatkan jawaban tersebut. Penilaian dalam proses pembelajaran lebih dapat
berfungsi memberikan informasi tentang siswa yang sudah memahami materi atau
yang belum. Penilaian ini berkesinambungan dengan penilaian hasil artinya hasil
penilaian dalam proses pembelajaran akan memberikan sumbangan positif terhadap
penilaian hasil. Dengan demikian perlu diupayakan agar guru melakukan penilaian
dalam proses pembelajaran di samping melakukan penilaian hasil belajar.

Menurut Mok Soon Sang,(1996) penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Pengertian dasar penilaian dalam proses pembelajaran mencakup serangkaian


kegiatan yang dilakukan guru untuk mendapatkan informasi tentang perilaku belajar
siswa, tentang proses pembelajaran, dan tentang suasana kelas. Angelo (1991)
mendefinisikan penilaian dalam proses pembelajaran: “Classroom assessment
consist of small-scale assessment conducted continuously in college classrooms by
dicipline-based teachers to determine what students are learning in that class”.
Penilaian dalam proses pembelajaran juga mencakup serangkaian metode yang
dilakukan oleh guru untuk mendapatkan informasi yang kemudian diinterpretasi
untuk memahami siswa, merencanakan dan memonitor proses pembelajaran, dan
untuk menciptakan suasana kelas yang bergairah. Sebagai proses secara
berkelanjutan Nitko (1996) mengistilahkan Penilaian Berkelanjutan Formatif Informal
(PBFI) yaitu suatu penilaian informal yang dilakukan guru secara sambil lalu dan

10
mendadak tanpa persiapan dan kesan mengenai kemajuan siswa dalam kaitannya
dengan kurikulum. Penilaian berkelanjutan dalam proses pembelajaran dapat
diinterpretasikan sebagai segala tindakan guru yang dilakukan untuk mengetahui
kemajuan siswa secara terus-menerus dalam menerima pelajaran.

Secara amnya pula, pentaksiran pendidikan merupakan satu proses


mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang
melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan
untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan, Noraini
Idris (2005).

Pendapat mereka ini menunjukkan bahawa penilaian dan pentaksiran saling


berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-duanya boleh membantu guru
memberikan maklumbalas tentang proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, walaupun seorang guru mengajar satu kelas yang kurang daripada 40
orang, ini tidak bermakna semua pengajaran yang diajar oleh guru difahami oleh
murid. Maka, disinilah pentaksiran memainkan peranan penting dalam menilai tahap
kefahaman murid di dalam kelas secara berterusan.

Manakala, penilaian pula mengukur sejauh mana murid mampu mencapai


objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penilaian juga, guru
mampu mengesan masalah kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid.
Sekaligus membantu guru memilih dan menggunakan kaedah pengajaran yang
sesuai mengikut tahap kebolehan setiap pelajar.

1.2 Ciri –ciri penilaian dan pentaksiran

Hasil pentaksiran dan penilaian dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah
mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan
keadilan kepada pelajar dan'stakeholders' serta mengekalkan kewibawaan guru
pentaksir.

11
Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ciri skor yang menggambarkan
prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-ciri ini
perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrumen pentaksiran baik dan
berkualiti.

Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada ketepatan


seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberi skor calon. Ciri keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh
dipertimbangkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah
atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan
mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara
ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa atau
pentaksir.

Kebolehtadbiran sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri praktik dengan


merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan
dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama
ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.

Kemudahtafsiran sesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk kepada


sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang calon berdasarakan skor yang
diperolehi, sejauhmana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati
tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan.

Kekomprehensifan sesuatu ujian dan pentaksiran merujuk kepada


sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih
baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian. Penilaian pendidikan


membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi
menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai
terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada
objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

12
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh
dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana
setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita
membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur
pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan
pengajarannya.

Penilaian boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan
ujian itu diberi. Antaranya ialah penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kelemahan dan kekutan


penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian ini
berbentuk tidak formal dan contoh-contohnya ialah seperti pemerhatian, bersoal
jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja murid dan latihan congak.

Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas


beberapa unit pembelajaran, misalnya dalam tempoh satu penggal, tengah tahun
atau segenap satu tahun. Penilaian ini lebih berbentuk formal dengan menggunakan
ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai semak.

Menurut McMillan (2001). Ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara seperti berikut:

1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan


tentang individu atau kumpulan.
2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran.
3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu
dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat
dihasilkan

King dan Brathwaite (1991) mencadangkan beberapa keperluan untuk


melaksanakan pentaksiran, antaranya ialah :

13
1. Latihan yang digunakan untuk pentaksiran mestilah menggunakan sampel
daripada pelbagai topik dan sukatan pelajaran serta mentaksir pelbagai
kemahiran.
2. Markah dibahagikan mengikut kriteria atau kemahiran yang ditaksir.
3. Guru harus mnyerahkan rekod pentaksirannya dengan buku amali kepada
pemeriksa sebenar untuk disetarakan.

1.3 Kepentingan penilaian dan pentaksiran.

Terdapat beberapa kepentingan penilaian dan pentaksiran dalam


pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran memainkan peranan penting untuk
menyediakan pendidikan dengan arahan atau maklumat dignostik yang berguna dan
penglibatan ke arah pembelajaran yang berkesan untuk semua pelajar (Alexander
dan Parsons,1991; Airasian,1997). Ia membantu dalam proses mengumpul
maklumat tentang strategi dan akiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat
analisis dan keputusan bagaimana untuk merancang pengajaran berkesan.

Kedua, penilaian dan pentaksiran penting bagi mengesan kesukaran dan


kesilapan yang dihadapi oleh pelajar, Noraini Idris (2005). Bagi pelajar yang lemah,
guru boleh memberikan aktviti pemulihan mengikut tahap kefahaman mereka
manakala bagi pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang, guru
boleh menyediakan aktiviti penggayaan dan mereka pasti mampu meningkatkan
kecemerlangan mereka.

Keputusan daripada penilaian adalah penting kerana ia merupakan asas bagi


menempatkan pelajar dalam sesuatu jurusan yang sesuai dengan tahap pencapaian
mereka. Ia mampu mempertingkatkan keberkesanan pelajar mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran jika jurusan tersebut sesuai dengan minat dan tahap
mereka.

Seterusnya, penilaian boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Maka, ia amat


penting bagi guru untuk merancang suasana pembelajaran aktif di dalam kelas.
Contoh penilaian yang mampu merangsang minat pelajar ialah kuiz, soal jawab,
ujian bulanan, dan sebaginya mengikut kreativiti guru tersebut.

14
Akhir sekali, penilaian dan pentaksiran sebenarnya memainkan peranan
penting untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran diperoleh oleh pelajar pada akhir suatu program.

BIBLIOGRAFI

15
Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:

Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan

makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan

makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan

Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia.

http://adamayu.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-pentaksiran.html

http://gurumanikha05.blogspot.com/2010/01/interaksi-minggu-1-pengertian-
konsep.html

16

You might also like