You are on page 1of 39

AKALseni

 Entries (RSS)
 Comments (RSS)

AKALseni
Poster seni
Powered By: widgetmate.com

Learn about online


degree programs.

jerit dalam kotak


<a href="http://www5.shoutmix.com/?sukeseni">View shoutbox</a>
ShoutMix chat widget

theFollowers

kotak muzik

Music Playlist at MixPod.com


Laman dan Blog Seni

Taib Razak Artpiece

C.A.K.A.R @ HardRock Segget

2 days ago

LATIF MAULAN

ON PROGRESS

1 week ago

National Art Gallery Malaysia

IN OUR OWN WAY

2 weeks ago

Artworks of Ridhuan Othman


Busana Azzahra Lorry Stickers

2 weeks ago

PENGURUSAN KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BALAI SENI LUKIS


NEGARA

KURSUS DIPLOMA MUZIOLOGI "KONSERVASI DAN PEMULIHARAAN"


2-6 OGOS 2010

2 months ago

Art Untuk Rakyat

Ceramic Plate With Painting + Handwriting

2 months ago

LiYaNakMaL's GaLLeRy
portrait competition

3 months ago

The Simple Sanctuary

TUKAR BLOG

6 months ago

:: Romantisme Jagung Pop ::

Masa itu Masalah ?

9 months ago

KONSERVASI CATAN DAN OBJEK SENI

CUCI

10 months ago

PANITIA SENI VISUAL

MENCANTING DAM MEMBUAT BATIK IKAT DAN CELUP

1 year ago

BALAI SENI LUKIS NEGARA

LAWATAN DARI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

1 year ago

myarthost - The Ultimate Online Art Community - Portal Seni Anda - Pelukis
Malaysia

AKALseni @ friendster! Letz join!

apa komen anda?

Blog Archive
 ▼  2009 (9)
o ▼  June (1)
 ARCA
o ►  May (2)
 rujukan bersama
 ASAS PEMBINAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
o ►  March (1)
 Teknik tiupan oleh En Shaiful
o ►  February (5)
 TEMUBUAL EKSKLUSIF bersama Liyana Akmal
 Tribute to Palestine.. "BEBASKAN PALESTIN" oleh : ...
 Membongkar dunia Latiff Mohidin
 FEBRUARI ART EVENT
 Semua orang boleh fikir, tapi semua ada akal kea?
Search

Posted by senidisanasini In:

ARCA
Pengertian

Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada
bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan
menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya
dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Selalunya arca dapat dilihat di galeri,
taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di
muzium dan Tugu Peringatan.

1. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai
estetikanya.
2. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
3. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman,
dan reka bentuk pentas, tetapi arca terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
4. Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika.
5. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-
ciri estetikanya.
6. Terdapat juga arca berfungsi yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan dan
kebudayaan. Contohnya patung dan topeng kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan
sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat.
7. Arca berfungsi dalam bentuk patung atau stupa juga banyak didapati pada bangunan
tokong, kuil, dan gereja.
8. Suku kaum Iban, Kenyah, Kelabit, Penan, Kajang, Melanau, dan Bidayuh di Sarawak
menghasilkan arca ukiran kayu bentuk tradisional dengan ciri-ciri tradisional untuk
digunakan pada sesuatu upacara adat istiadat yang tertentu.
9. Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan
pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja.
10. Arca jenis ini biasanya dipamerkan di galeri.
11. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada
kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.
12. Pelbagai bahan dan teknik boleh digunakan.
13. Arca yg paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk
dan tanah liat. Arca - arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenian pada
kira-kira 8000 SM.
14. Zaman tamadun - tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan
India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan - bahan yang
berlainan.
15. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana
fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
16. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada
Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur
iaitu David.
17. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman
sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore
dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966).
18. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah
beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke
bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan - bahan buangan lain.
19. Di samping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam,
asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.
20. Terdapat juga arca yang bergerak dan berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik
dalam gubahan.
21. Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
22. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-
an.
23. Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed
Ahmad Jamal, dan Lee Kian Seng.
24. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur
merupakan sebuah taman arca yang teristimewa di Malaysia.
25. Di situ kita dapat menyaksikan enam buah karya arca hasil kreativiti pengarca -
pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, dan
Malaysia.
26. Kini, arca telah menjadi karya seni yang kian popular.
27. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau
pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan
peranginan, dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

Posted on undefined undefined - 0 Comments


 
Posted by senidisanasini In:

rujukan bersama
Bah A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan corak?


-Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.Oleh itu
corak terdiri daripada corak terancang atau corak tidak terancang.

2. Jenis-jenis cetakan (corak)


1. Cetakan Timbulan(Relief)
2. Cetakan Benaman (Intaglio)
3. Cetakan Kayu
4. Cetakan Lino
5. Cetakan Stensil atau skrin
6. Cetakan Lithografi
7. Cetakan gurirsan asid
8. CetakanSutera Saring
9. Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua

3. Resis (m/s 50)


-Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-
bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air
dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik
ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting

4. Ikatan dan celupan


-Jenis-jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan

5. Lukisan –pentingnya unsur garisan


-atas kertas media kering

Jwp - Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar
garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna,
kertas dan kanvas.
- Lukisan boleh dihasilkan dgn 2 cara iaitu Lukisan tanpa warna dan Lukisan berwarna.

BAH B

Soalan 1

Corak terancang dan tidak terancang

a. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik
resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid

b. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia
boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan
sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik
cerminan

c. Jenis-jenis susunan m/s 9


a. Susunan ulang sekata
b. Susunan berselang seli
c. Susunan batu-bata
d. Susunan bertimbal
e. Susunan bertindih
f. Susunan beralun
g. Susunan berpusat

d. Persepsi (6 persepsi) m/s 14


1. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian
2. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
kepelbagaian ,kesatuan, kontras dalam penghasilan corak
3. Memahami dan menyedari corak dialam sekitar
4. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak
5. Menyedari adanya perkaitan warna dan rekaan corak
6. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan

e. Nilai budaya yang dapat diterapkan dalam PSV m/s 15


1. Mengenal dan membuat corak-corak tradisonal yang mudah
2. Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsure tradisional pada alat
kegunaan harian.
3. Mengenal dan mebuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisonal
4. Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsure-unsur kebudayaan
kebangsaan,

Soalan 2
Cetakan Timbunan (Relief) m/s 28
1. Maksud
- Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino
- hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas

Contoh -Cetakan Kayu, Cetakan Lini, Cetakan Kolograf dan Cetakan Kolaj

2. Cetakan stensil kaedah filem leker


Nyatakan langkah-langkah

Langkah 1-Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.

Langkah 2- Potong dan keluarkan bah-bah yg hendak di dakwatkan atau diwarnakan


denganpisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai 2 lapisan. Satu lapisan berlilin
dan satu lapisan kertas biasa. Bah yang dipotong ialah bah yang berlilin
Langkah 3- Setelah selesai mengeluarkan bah yang ditembusi dakwat atau warna, kertas
filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera.
Kemudian digosok denga seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok bah
yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang sementara kertas biasa (lutsinar)
bolehlah ditarik keluar, Kerja ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati.

Langkah 4-Kemudian, gamkan bah tepi leker dengan pepenjuru kertas. Setelah selesai,
pemidang filem leker bpleh digunakan untuk mencetak.

Soalan 3
Batik m/s47
Apakah maksud batik dan sejarah perkembangan
Alat dan bahan menghasilkan batik/resis m/s 50-51
Proses ikat celup m/s 63-64

Maksud batik dan sej perkembangan


-Perkataan batik (sebutan bateek) terbit drp perkataan Jawa (tik) dimana diterjemahkan
dlm pelbagai maksud antaranya itik, lulisan lilin atau lukisan putus-putus.

-Sej perkembagan batik secara tradisonal di Msia bermula pd abad ke 15 masihi. Pd masa
dulu, lukisan batik dikalangan masy melayu bermula dgn penggunaan ubi kentang sbg
alat pengecap.

-Pd thn 1920 an, penggunaan lilin te;lah dperkenalkan oleh pngusaha batik d kltan dan
tgganu dan merupakan perintis kps sej pekembgan batik

-Pmakain batik dlm busana tradisi berlangsung dr zaman awal tamaddun melayu. Batik
dipakai oleh golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata. Batik menjadi hadiah
perpisahan dan perlambangan cinta dalam hikayat malim dewan. Dan sepersalinan batik
dijadikan tanda penganugerahan darjat dr sultan dalam Hikayat hang Tuah.

Alat dan bahan menghasilkan batik


1. Canting- mempunyai pelbagai rupa dan bentuk sama ada mempunyai satu corong atau
banyak corong.Corong halus untuk melilinkan isen sementara corong besar untuk
membentuk pola asas corak
2. Pemidang kayu- untuk meregangkan kain
3. Berus pelbagai saiz- untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin
4. Periuk atau kualai-digunakan untuk memasak lilin
5. Dapur
6. Tempat mencelup kain dan merebus kain
7. Jemuran
8. Bahan campuran lilin: Lilin putih dan resin. Minyak kelapa atau lemak binatang
digunakan untuk melembutkan lilin supaya aliran lilin tidak tersekat dan tidak pecah
9. Pewarna reaktif dan campuran-remazol atau primazin
10. Bahan pemati warna-sodium silikat
11. Bahan pencuci-soda asli, serbuk sabun atau soda ash
12. Kain- kain kapas, kain poplin, rayon, drill

Soalan 4

Lukisan
-sej lukisan- cara mendapatkan warna pd zaman prosejarah m.s 78-79
-kelarai alat
Motif tumbuh-tumbuhan
-warna m/s 100
-proses teknik anyaman m/s 101

Jwp

- Pd zaman ini, mereka menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah, manakala
warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang. Warna coklat
atau jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dgn batu dan dicampurkan
dgn darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan.

-Warna-warna yang digunakan pd zaman ini kebanyakkannya drp kategori ‘earth colours’

seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yg dicampurkan dgn lemak
binatang. Warna ungu dan hitam diperolehi drp oksid manganam yang terdspat dalam
tanah liat. Manakala warna putih diperolehi daripada batu kapur.

Alat menganyam

1. Parang
-digunakan untuk memotong atau menetak daun daripada pokok. Pisau juga digunakan
untuk membelah daun daripada empulur (tulang belakang daun) dan bah pinggir daun
yang berduri

2. Jangka
-Dibentuk seperti sisir. Ia juga disebut sisir kayu bermata tajam dan digunakan untuk
menjangka iaitu membelah helaian daun menjadi jalur-jalur halus.

3. Pelurut
-Dibuat daripada buluh dan ukurannya antara 17 cm panjang dan 4 hingga 5 cm lebar.
Digunakan untuk melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses
penyediaan daun.

4. Tempayan
-untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang

5. Penyisip
6. Besen/baldi
7. Periuk
8. Dapur/bahan baker/api
9. Ampaian
10. Merendam

Kelarai Motif tumbuh-tumbuhan

1. Tampuk pinang
2. Tampuk pinang berantai
3. Tampuk jantung
4. Tampuk manggis
5. Pucuk rebung
6. Pucuk didalam
7. Berakar

Anyaman- Pewarnaan ms 100

1. Proses pewarnaan tradisi


Tertumpu pd penggunaan bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India dan daun
mengkudu. Warna-warna yg dihasilkan ialah kuning, merah dan biru kehitaman.

2. Pewarnaan cara moden


Menggunakan pencelup ‘dyestuff’ (semasa basic) serta beberapa bahan kimia sebagai
bahan pembantu. Bahan berwarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna
dihasilkan bergantung kpd jenis pewarna serta teknik pencelupan yg digunakan.

Peringkat awal air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan
pewarna.Kemudiannya dibancuh dan dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yg telah
ditongkolkan, dicelup kedalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang
diperlukan bergantung kepada warna yg dikehendaki, biasanya tongkol
pandan/mengkuang dicelup selama 15 hingga 20 minit.

Selepas dicelup, tongkol2 pandan/mengkuang diangkat dan dibiarkan seketika utk sejuk.
Tongkol2 ini kemudian dibasuh dgn air biasa aatau air sabun. Ikatan tongkol dibuka dan
dijemur hingga kering ditempat yg redup atau jauh daripada matahari bagi mengelakkan
warna dari pudar.
Proses dan teknik anyaman

1. Lagang
-Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupa bentuk anyaman.
Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagang yg dibuat. Tiap2 satu
bilah pandan/mengkuang dibuat bentuk V di bahagian tengah ditempat sesuatu anyaman
bermula.

2. Anyaman
- Anyaman melibatkan 3 proses iaitu Anyaman Kelarai, Anyaman biasa dan Anyaman
sulaman. Dimulakan drp asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi.
Ketika ini anyaman tikar dlm bentuk empat persegi.Untuk mendapatkan berbagai wrana
dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan.

3. Lepih
- Dikenali juga sebagai anyaman mati pada tepi tikar sbg mengakhiri kerja anyaman.
Boleh juga dianyam berasingan sbg tepid an kemudian dijahit pd barangan yg
dikehendaki.

4. Sisip
- Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk
memudahkan daun bilah atau lebihan helaian daun yang telah direncungkan(ditajamkan)
masuk. Tujuannya untuk menghindarkan anyaman dr terburai.

5. Kerat
- Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman
nampak kemas dan menarik.

BAH C

Pualaman
-Teknik kaedah pualaman dari Jepun/China m/s 123

Pualaman terawal ditemui di China dalam bentuk kompilasi yang bertajuk Wen Fang Si
Puor. Kompilasi ini mengandungi maklumat tentang batang dakwat, batu dakwat,berus
dakwat dan kertas di China. Ia menjelaskan maklumat tentang jenis kertas dekoratif yg
dipanggil sha jian yg bermakna ‘drifting-sand’.Kertas ini dihasilkan melalui tindakan
menarik kertas didalam tepung yg telah melalui proses penapaian yg telah dicampur dgn
pelbagai warna. Ia menghasilkan corak yg bebas mempunyai corak kemarmaran.

Teknik –teknik Catan air

1. Basah atas basah


- Teknik yg melbatkan sapuan warna yg cair keatas permukaan yg basah. Ia
menghasilkan kesan lutsinar. Teknik basah atas basah merupakan teknik paling dramatic
bagi media cat air dan yg paling sukar dikawal sapuannya.Pelukis harus membiarkan
warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna berikutnya lebih air dan pewarna. Jika
tidak warna kan berbau dan hasilnya nampak kotor.

2. Basah atas kering.


- Melibatkan sapuan warna basah atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan
legap.Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dgn beberapa jenis media dan agak
senang dikawal sapuan warna. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan
disapukan keatas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

3. Kering atas basah


- Teknik yg melibatkan sapuan warna daripada tiub teus disapu ke atas lapisan warna
yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.

4. Renjisan
- Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan
warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang menarik.

Teknik Cat Minyak

1. Titik(Pointilisme)

- Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik
diatas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta
disiplin yg tinggi utk menyiapkannya.

2. Impasto
- Teknik ini menggunakan warna terus drp tiub dan disapu dgn pisau palet. Biasanya
hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Tidak banyak menggunakan
warna linsid. Menimbulkan kesan jalinan tampak yg menarik.

3. Scambling
- Penggunaan berus yg terkawal dan secara lembut penggunaan satu lapisan nipis warna
legap secara kasar diatas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar dan
kelihatan seolah-olah menerusi sehelai kain halus. Teknik ini diguna untuk mendapatkan
kesan yg kusam dan bertekstur.

4. Alla Prima
- Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan
melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.

Konsep seni hiasan mozek m/s 155


-Mozek adalah seni hiasan dgn menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai
bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka
bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan
seperti yang banyak dapat dilihat didalam dewan2 sembahyang didalam gereja.

-Mozek didalam PSV pula didefinasikan sebagai susunan bahan kutipan yang ditampal
diatas sesuatu permukaan kertas, kad atau permukaan lain secara sebelah menyebelah dan
tidak betindihan antara satu sama lain. Potongan kertas ini ditampal mengikut lakaran
bentuk asal gambar,

Jelaskan secara terperinci apakah corak mozek seni islam m/s 158

-Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometric dam
matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai’zillij’ dan ‘qashani’ di Afrika
Utara.Contoh yang terbaik dalam seni mozek islam telah dihasilkan di Moorish, Sepanyol
dn masih wujud di istana Alhamra. Contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di
Cordoba.Di negara2 Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama zillij yang dibuat
dengan membentuk seramik serentak dengan mozek untuk meliputi satu permukaan
digunakan.

LAIN_LAIN
m/s 13

Perlakuan (BAB 1) BACA


1.

2. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan2
yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan
lilin. Dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini
dapat dilihat dengan jelad didalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.

3. Penghasilan corak ikatan dan celupan m/s 63

Langkah 1 Penyediaan kain


• Sediakan beberapa helai kain putih yang dapat menyerap warna dengan baik.
• Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang
menarik
• Gunakan tali/benang atau gelang getah untuk mengikat
• Gunakan juga objek seperti batu, duit syiling dan sebagainya yang diletakkan
dibahagian dalam kain trsebut bagi mendapatkan corak yang pelbagai
• Lipatan dan simpulan juga boleh digunakan bagi memperolehi corak yang menarik

Langkah 2.Penyediaan warna


• Bancuh serbuk pewarna dengan air panas
• Masukkan sesudu garam bagi membantu proses penyerapan
• Tuangkan warna ke dalam bekas tertentu dan tambah air sejuk
• Kacau cermat dengan pengacau
• Pastika tidak terlalu cair

Langkah 3 Proses mencelup kain


• Kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan dahulu bagi membantu memudahkan
proses penyerapan warna
• Celupkan kain kedalam pewarna
• Keringkan kain tersebut
• Ulangi mencelup dengan warna yang lebih gelap

Langkah 4 Membuka ikatan kain
• Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan kain tersebut
• Keluarkan semua objek yang digunakan
• Cuci kain tadi dengan washing soda dan pemati warna
• Jemurkan kain sehingga kering

5. Lukisan m/s 75 - adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton,
melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu
permukaan. Komponen alat dan media ialah pensel, arang, pensel warna, kertas dan
kanvas

Lukisan boleh dihasilkan:


1.Lukisan tanpa warna
2. Lukisan berwarna

6. Teknik melukis m/s 82

1. Teknik garisan silang- himpunan garisa-garisan yang bersilang menghasilkan kesan


ton
2. Teknik titik- hanya titik2 sahaja yang digunakan untuk menghasilkan bentuk dan ton
3. Teknik lorekan- teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasan objek gelap
untuk menunjukkan ton
4. Teknik gosokan-meletakkan kertas lukisan diatas permukaan yang mempunyai jalinan
yang diinginidan menggosokannya menggunakan alat melukis
5. Teknik campuran- lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuran alat/media
melukis dan teknik2 yang berlainan.

7. Motif kelarai bentuk bunga


a. Bunga melur
b. Bunga tanjung
c. Bunga cina
d. Bunga cempaka
e. Bunga cengkih
f. Bunga durian

8. Corak anyaman m/s 109


9. Teknik dan kaedah menghasilkan pualaman m/s 123
10. Portfolio Proses Penyediaan Pualaman m/s 124 (BACA) ESEI BAB C
11. Penyediaan Pualaman Ringkas m/s126 (BACA)ESEI BAB C

12. Definasi Pualaman- Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono
dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.

- Ia merupkan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak
- Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah
mengikut aliran bahan tersebut

13. Definasi catan – Catan adalah bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti
kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya.

-Media catan yang popular pada zaman Renaisance ialah fresco, cat tempera, cat minyak
dan cat air. Subjek catan kebanyakkannya menggambarkan peristiwa kitab suci agama
Kristian , potret dan peperangan. Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk
realistic. Trdapat ramai pelukis realisme yang masyur antaranya Leonardo Da Vinci.

14. Definasi Renjisan dan percikan- Teknik yang menggunakan berus, semburan atau
berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna
cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan
seperti kertas dan kain.

Posted on undefined undefined - 0 Comments


 
Posted by senidisanasini In:

ASAS PEMBINAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
ASAS PEMBINAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Pengajaran guru menepati kehendak Sukatan Pelajaran
IMPLIKASI
Menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendak Sukatan
pelajaran bagi topik berkenaan.
Menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan.
IMPLIKASI
Menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan adalah sesuai dan berkesan.
Pilih aktiviti/ pengalaman pembelajaran yang sesuai.
Tentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran.
Tentukan penggunaan sumber P&P (media dan material) yang sesuai.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Penggunaan prosedur pentaksiran yang sesuai untuk mengesan dan mengukur pencapaian
objektif pengajaran.
IMPLIKASI
Tentukan prosedur pentaksiran yang sesuai.
Gunakan pentaksiran yang bersifat “performance-based”.
Ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Mempastikan penggunaan masa pengajaran secara optimum.
IMPLIKASI
Rancangkan penggunaan masa pengajaran.
Pastikan guru dan murid “on-task”.
Pantau penglibatan murid secara berterusan.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN


Menentukan Hasil Pembelajaran.
Menentukan skop isi kandungan.
Menentukan aras Hasil Pembelajaran

ANALISIS MAKLUMAT MURID


Maklumat umum murid.
Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
Minat dan kecenderungan.
Gaya pembelajaran.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH


MENENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Menentukan Hasil Pembelajaran, situasi murid mempamerkan Hasil Pembelajaran dan
tahap masteri.
Dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk perlakuan yang zahir.
Dinyatakan dengan jelas dan spesifik.

MEMILIH MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH


Langkah menghubungkan murid dengan objektif pengajaran.
Asas pemilihan: keperluan pembelajaran murid, sesuai dengan situasi pembelajaran dan
objektif pengajaran, berupaya merangsang minat murid dan menyediakan peluang
penglibatan murid.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

MENENTUKAN PENGGUNAAN MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH


Menentukan bagaimana menggunakan media dan bahan bagi mencapai objektif
pengajaran.
Tentukan media dan bahan berada dalam keadaan yang berfungsi.
Sediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

MENENTUKAN AKTIVITI DAN BENTUK PENGLIBATAN MURID


Tentukan apa aktiviti pembelajaran dan bentuk penglibatan murid.
Sediakan peluang murid memanipulasi maklumat untuk mengamalkan kemahiran yang
dipelajari.
Tentukan bentuk peranan guru sebagai fasilitator.
MENENTUKAN PROSEDUR PENTAKSIRAN PENCAPAIAN OBHEKTIF
Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran.
Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai fasilitator.

ELEMEN UTAMA RPH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN


PENGETAHUAN SEDIA ADA
ISI KANDUNGAN PELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI
PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
PENUTUP
ULASAN KENDIRI GURU PELATIH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN

Analisis dapatan kajian Jabatan Ilmu Pendidikan MPTI:


Tidak menunjukkan ketekalan dalam penggunaan kata kerja t.laku eksplisit.
Tidak menunjukkan situasi yang membolehkan sesuatu tingkah laku itu tercapai.
Tidak menyatakan dengan jelas tahap pencapaian minimum yang dikehendaki.
Pemilihan objektif yang tidak selaras dengan tajuk pelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN


Analisis dapatan kajian Institut Perguruan Miri.
Objektif pengajaran tidak selaras dengan Hasil Pembelajaran.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENENTUKAN HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)
Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti penguasaan
tajuk yang diajar.
Dituliskan menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran.
Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran dan pentaksiran.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU
Perlu dinyatakan dalam keadaan situasi pembelajaran yang jelas atau memerlukan situasi
yang spesifik.
Pilih situasi yang realistik.
Membantu menjadikan proses P&P lebih jelas, berfokus dan respons murid lebih
berstruktur.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENENTUKAN TAHAP KRITERIA
Merujuk kepada tahap prestasi pembelajaran yang memenuhi keperkuan objektif
pengajaran.
Bersifat pertimbangan profesional.
Merupakan “cut-off points” pembelajaran.
Selaras dengan Hasil pembelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN


Abtar (1993) menyenaraikan lima komponen penting dalam penulisan hasil
pembelajaran. Ringkasnya ABCDS.
A = Audience
B = Behaviour
C = Content
D = Degree of Achievement
S = Situation

OBJKETIF PENGAJARAN

AUDIENCE
BEHAVIOR
CONTENT
DEGREE
SITUATION

PENGETAHUAN SEDIA ADA


Pengetahuan / kemahiran asas yang membantu pelajar dalam pembelajaran baru.
Pengetahuan / kemahiran asas yang menjadi prasyarat kepada pembelajaran baru.
ISI KANDUNGAN
PENGETAHUAN
Kandungan maklumat yang perlu diperolehi dan difahami oleh pelajar
KEMAHIRAN
Perlakuan yang perlu dikuasai oleh pelajar berkenaan kandungan pengetahuan yang
dipelajari.

CONTOH
TAJUK: RESPIRASI
PENGETAHUAN
Organ-organ dalam sistem respirasi.
Mekanisme respirasi.
Peranan darah dalam respirasi.
Proses respirasi sel.
Kesan merokok ke atas sistem respirasi.

KEMAHIRAN
Menjelaskan mekanisme pernafasan, proses pengangkutan oksigen dan karbon dioksida
oleh darah,proses pengoksidan makanan dalam sel badan.
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dan aktiviti /
pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membolehkan pelajar menguasai apa
yang diajar.

Pendekatan, Kaedah dan Teknik.


Aktiviti pengajaran pembelajaran.
Aktiviti pengayaan.
Aktiviti pengukuhan.
Aktiviti pemulihan.
Aktiviti kemahiran berfikir.
Aktiviti penilaian
Peranan guru sebagai fasilitator.

PRESENTING INFORMATION
EVENTS OF INSTRUCTION
Gain attention
Pre-requisite knowledge
Present objectives
Present content
Provide learning guidance
Elicit performance
Provide feedback
Evaluate
Enhance retention

INSTRUCTIONAL STRATEGIES
Lead-in
Build-up
Advance Organizer
Prepare & Preview
Explanation
Examples
Simulations
Analogies
Scenarios
Evidence
Exercises, self-test, quizzes
Summary

PENERAPAN NILAI
Penerapan nilai murni melalui isi kandungan.
Penerapan nilai murni melalui aktiviti.
Penerapan nilai kenegaraan.
Penerapan nilai dan sikap saintifik.

PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF


Prosedur pengumpulan maklumat mengenai pembelajaran pelajar.
Menentukan pencapaian objektif pelajaran.
PENUTUP
Penutup kognitif – merumuskan kandungan utama pelajaran.
Penutup sosial – memupuk perkembangan afektif pelajar.

BENGKEL 1

Pilih satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran sekolah dan tuliskan objektif
pengajaran bagi tajuk berkenaan. Rujuk HSP bagi membantu anda menulis objektif
pengajaran yang tepat.
BENGKEL 2

Dengan merujuk kepada salah satu RPH yang dibekalkan, nilai kekuatan dan kelemahan
elemen-elemen perancangan pengajaran yang terkandung dalam RPH berkenaan.
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Penglibatan dalam proses berfikir secara aktif.
Refleksi dan metakognitif.
Latihan pengukuhan.
Aplikasi kemahiran berfikir.

PERTIMBANGAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Pilih kemahiran berfikir yang berkaitan dengan pembelajaran tajuk yang diajar.
Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses berfikir bagi kemahiran berfikir yang
ditentukan.
Kemahiran berfikir yang dipilih dapat membantu menghasilkan pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.
Pilih satu / dua kemahiran berfikir dalam sesuatu pelajaran mengikut objektif pelajaran.

KATEGORI
KEMAHIRAN BERFIKIR
PEMIKIRAN KRITIS
Mencirikan
Banding beza
Kategori
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Memeriksa andaian
Menentukan kebolehpercayaan sumber
Membuat ramalan
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

PEMIKIRAN KREATIF
Menjana idea
Membuat inferens
Membuat analogi
Membuat metafora
Mengitlak
Membuat gambaran mental
Mereka cipta
METAKOGNITIF

Konsep: Pemikiran ke atas pemikiran.


Operasi:
Merancang – mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir dan merancang
pelaksanaannya dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Memantau – mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta
membuat pengubahsuaian secara sedar.
Menilai – mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang
dilalui.

Tujuan:
Menyedari cara kita berfikir, mencari pelbagai alternatif penyelesaian masalah, dan cara
melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual.
CONTOH
SOALAN METAKOGNITIF
Apakah langkah yang anda fikirkan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara daun
A dan daun B?
Bagaimanakh anda membezakan daun A dan daun B?
Mengapakah anda menggunakan kaedah itu?
Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda dapat?
SOALAN KOGNITIF
Senaraikan ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B.
Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B.
Daun manakah yang lebih:
- lebar
- panjang

Posted on undefined undefined - 0 Comments


 
Posted by senidisanasini In:

Teknik tiupan oleh En Shaiful


Hari ini, saya dan rakan saya membuat satu lagi teknik dalam kegiatan menggambar dan
juga mencorak iaitu teknik tiupan.Sebagai mana yang kita tahu, teknik tiupan ni
menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin.Teknik tiupan ni
senang saja, memang ade dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.Teknik ini amat
menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang) kita juga boleh menjadikan
teknik ini sebagai menggambar.Contohnya seperti membuat ranting-ranting kayu atau
pokok yang rendang.Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw,kertas lukisan, dan
warna poster buncho.Mari kita saksikan!
Posted on undefined undefined - 0 Comments
 
Posted by senidisanasini In:

TEMUBUAL EKSKLUSIF bersama Liyana Akmal

Sukasenidisanasini: bagaimanakah yana boleh bergiat aktif dalam bidang seni ni??

Liyana: sy join persatuan pelukis negeri Perlis... dan brmula dari situ saya pergi jauh
dalam bidang ni secara serius...

Sukasenidisanasini: erm boleh cerita sikit pasal persatuan tu?

Liyana: ok.. Persatuan Pelukis Negeri Perlis ni (PPNPs) sy kira dah agak lama
ditubuhkan... dan dipelopori oleh pelukis-pelukis kat Perlis...

Sukasenidisanasini: selain melukis, apakah kemahiran lain yang yana ada?

Liyana: kemahiran...? selain melukis... saya petah bercakap..sebab mase skolah dulu
pernah masuk pidato, syarahan, forum, perbahasan dan deklamasi sajak.. dan pernah ke
peringkat kebangsaan...

Sukasenidisanasini: apa nasihat anda untuk mnjadi artis?

Liyana: nasihat..? jangan jemu untuk melukis... jangan jadikan alasan yg melukis ni
hanya sebagai suka-suka... tapi anggaplah ia sebagai satu prjuangan utk kita terus maju
dan mengorak langkah ke hadapan.... dia bermula dgn minat..., pupuklah minat, lipat
gandakan usaha... jadikan hasil karya kita tu sebagai satu medium perantaraan untuk
melafazkan sesuatu...

Sukasenidisanasini: pengalaman yang paling sukar dilupakan menjadi seorang artis?

Liyana : owh... mestilah ada... saya ni kira artis kecil ja... kadang-kadang rasa kerdil
brdiri di kalangan artis-artis yang professional... kenangan yang tak boleh saya lupa ialah
dapat tawaran belajar realism drpd artis yang saya kira cukup pro la kalau kat perlis ni..
dia agak terkenal jgk la.. sy nk belajar smpai berjaya..! dan bila dapat join exhibition...
pameran buat kali pertama.. itu yang paling tak dapat sayalupakan....owh lagi.. dpt masuk
surat habaq.. hehehe.. tu pun tak boleh lupa jugak...

Sukasenidisanasini: siapakah yg banyak mempengaruhi yana dalam bidang seni ni?

Liyana: yang banyak mendorong untuk serius dlm bidang ni.. ibu.. ibu angkat..
seterusnya family...yg sterusnya... golongan artis-artis sendiri... kawan-kawan
Myarthost... camtu la..

Sukasenidisanasini: apa rangcangan terbaru yana? membuka sbuah galeri barangkali?

Liyana: rancangan terbaru..? further study..... hehehe... learn and learn and learn sampai
pandai... ya. pernah juga pasang impian untuk membuka galeri sendiri.... satu hari
nanti..... nantikan..

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Liyana, sila layari:


http://myarthost.com/LiYaNakMaL
http://liyanakmal.blogspot.com/

Posted on undefined undefined - 0 Comments


 
Posted by senidisanasini In:

Tribute to Palestine.. "BEBASKAN PALESTIN" oleh :


NURUL LIYANA AKMAL BINTI ZAHARI
Karya ni menggunakan medium soft
pastel sepenuhnya... soft pastel yang saya gunakan berjenama Mungyo je... dan jugak
pensil pastel jenama Derwent.. nak beli yang mahal-mahal belum mampu lagi... apa pun
karya ni mempunyai mesej yang sangat jelas... memilih tema "Free Palestine" sebagai
tajuk dan mesej pada artwork ni... Saya meletakkan imej seorang gadis yang berpurdah
sebagai subjek utama... saya terpaku lantaran melihat matanya seolah-olah membicarakan
sesuatu.. matanya seolah menceritakan kisah yang berlaku di Palestine... kain tudung
yang dipakainya itu merupakan identiti Palestin sendiri... seterusnya... saya sengaja
meletak tangan yang tersarung ayat "free palestine" supaya viewer dapat melihat sendiri
harapan dan keinginan gadis tersebut yang sangat berharap agar Palestine dapat bebas
daripada cengkaman rejim zionis yang sangat kejam... sambil merenung kepada viewer,
imej tersebut memberi harapan agar kita sama-sama berfikir dan merenung sedalam-
dalamnya kisah yang berlaku kepada saudara kita di Gaza... Seterusnya... saya meletak
bendera Palestine.... ini memeri gambaran jelas bahawa bendera itu patut berkibar dengan
gah.. Palestine berhak mengecapi hidup yang kita sama-sama rasai sekarang ini... Saya
juga turut meletakkan tulisan kaligrafi Arab yang bermaksud, 'bebaskan Palestin'...
tulisan khat kaligrafi Palestin itu berbentuk seakan-akan imej seekor burung.. yang jelas
membawa maksud kebebasan.... ini cukup bersesuaian dengan tema 'bebaskan Palestin'....
diharapkan kepada viewers semua dapat mengambil iktibar daripada karya ini...
BEBASKAN PALESTIN..!!!! -Nurul Liyana Akmal Binti Zahari-
Posted on undefined undefined - 0 Comments
 
Posted by senidisanasini In:

Membongkar dunia Latiff Mohidin


LATIFF Mohidin... Kepenyairan dan kreativiti visualnya diperkatakan pada Seminar
Kefahaman Budaya Ke-XII di USM, Pulau Pinang. PENYAIR dan pelukis, Abdul Latiff
Mohidin dan karya-karya lukisan ekspresionismenya, Pago-Pago sangat sinonim. Siri
tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Begitu juga kumpulan sajak
Sungai Mekong (1972), Kembara Malam (1974), Wayang Pak Dalang (1977), Garis:
Dari Titik ke Titik (1998), Rawa-Rawa (1992) yang berjaya menaikkan namanya sebagai
penyair dan pelukis besar tanah air. Puisi dan lukisannya merupakan catatan verbal serta
visual kepada anak kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan pada 1938 itu. Sebuah kata dan
secalit warna untuk mencerita segalanya dari perspektif seni sejak 1960-an. Dalam genre
puisi misalnya, sajak Sungai Mekong yang ditulis pada 1 Februari 1966, menggambarkan
seorang ibu sedang mencari puteranya yang hilang di Sungai Mekong akibat perang
Vietnam, sangat memukau. Puisi Sungai Kelang yang ditulis pada Oktober 1967 pula,
Abdul Latiff menggambarkan kesedihannya melihat Sungai Kelang yang kotor akibat
pembuangan sampah oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Abdul Latiff
menggunakan nama pena seperti A. Latiff Mohidin dan Alma mendapat pendidikan
formal dalam bidang seni lukis dari Academy of Fine Arts, Berlin pada pertengahan
1960-an. Beliau pernah mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris pada
1969 dan di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. Sepanjang kerjaya seni
lukisnya, Abdul Latiff pernah mengadakan beberapa pameran lukisan di dalam dan luar
negara termasuk di Bonn, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi,
New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London.
Sesungguhnya sumbangan beliau kepada dunia seni lukis dan kepenyairan negara cukup
besar. Namun, faktor usia dan kesihatan membataskan aktiviti seninya kini.
Bagaimanapun, kelibatnya tetap dinanti oleh khalayak sastera dan seni tampak tanah air.
Pada 1 September ini, Abdul Latiff terpilih sebagai tokoh seni yang dibicarakan pada
Seminar Kefahaman Budaya Ke-XII bertema Dari Warna ke Bahasa: Lukisan dan Puisi
Latiff Mohidin di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau
Pinang. Sebanyak lapan kertas kerja mengenai ketokohan beliau dalam aspek seni lukis,
kepenyairan, simbolisme dalam karya, pemikiran dan aspek leksikografi karya. Para
pembentang kertas kerja ialah Prof. Madya Dr. Zakaria Ali (Latif Mohidin Sebagai
Seorang Pelukis), Marzuki Ali (Kepenyairan Latiff Mohidin) dan Dr. Fatimah Busu
(Sungai Mekong oleh Latiff Mohidin: Melapis-lapis Kepelbagaian Elemen). Pembentang
lain ialah Prof. Madya Dr. Arndt Graf (Penggunaan Topoi Warna dan Cahaya Dalam
Puisi Latiff Mohidin), Dr. Ahmad Suhaimi Mohd. Noor (Pemikiran Pengembaraan
Dalam Lukisan Latiff Mohidin). Tiga Lagi pembentang kertas kerja seminar tersebut
ialah Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz (Latiff Mohidin: Sajak-sajak Lengkap, 1963-
1994), Dr. Lalita Sinha (Di Pantai Dunia Tiada Bertepi: Terjemahan Puisi oleh A. Latiff
Mohidin) dan Amanda Katherine Rath (Cohesive Interlayers: Dualism in the Visual
Works of Latiff Mohidin). Dipetik dari:
Utusan Malaysia

Posted on undefined undefined - 0 Comments


 
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Flickr PhotoStream



2009 AKALseni
Bloggerized by : GosuBlogger - Wordpress Theme designed by DT Website Templates

This template Brought to you by :

blogger templates

You might also like