You are on page 1of 8

Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

1.0 PENGENALAN

Seseorang yang mempunyai pendapatan tetap kebiasaannya mempunyai keinginan untuk


memiliki hartanah sebagai aset. Mengikut kamus dewan edisi 3 (1998), hartanah
membawa maksud tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan,
tanaman, balak, atau galian). Daripada definisi tersebut dapat disimpulkan bahawa rumah
merupakan salah satu item yang terdapat di dalam hartanah.

Kini, kebanyakan rumah dibangunkan oleh pemaju yang mempunyai kelayakan.


Rumah yang telah siap ataupun yang masih dalam pembinaan akan dijual kepada
pelanggan yang berminat. Kebiasaannya harga bagi seunit rumah adalah antara
RM100,000.00 ke atas. Untuk memiliki rumah tersebut, pelanggan akan membuat
pinjaman yang mencukupi dan membayarnya secara ansuran kepada pihak bank yang
memberikan pinjaman.

Kebanyakan bank di Malaysia ada menyediakan skim pinjaman perumahan


kepada pelanggan yang berminat. Terdapat dua jenis skim pinjaman perumahan iaitu
skim pinjaman yang bercorak konvensional dan skim pinjaman secara islamik. Setiap
bank juga menawarkan pakej-pakej pinjaman perumahan yang tertentu untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan. Setiap pakej mempunyai perbezaan dari segi Base
Landing Rate (BLR), tempoh matang, had pinjaman, bayaran pendahuluan dan
sebagainya.

Sebelum membuat sebarang pinjaman perumahan, seseorang itu perlu melakukan


sedikit pemerhatian terhadap pakej-pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh
pihak bank. Pengguna perlu peka terhadap maklumat yang disediakan oleh pihak bank
supaya tidak mengalami kerugian pada masa akan datang. Terlebih dahulu pengguna
perlu tahu berapakah pinjaman yang mereka perlu dibuat dan berapakah bayaran yang
mereka sepatutnya bayar pada masa akan datang. Jika pengguna ingin membuat
pembelian terhadap rumah yang masih dalam pembinaan, mereka perlu menyelidik
adakah pihak pemaju tersebut berada di dalam senarai hitam pihak bank. Perkara ini perlu
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

untuk mengelakkan daripada pinjaman yang ingin dibuat tidak diterima oleh pihak bank.
Paling penting adalah pengguna yang ingin membuat pinjaman perlu bebas daripada
hutang tak berbayar. Pihak bank akan mendapatkan maklumat kewangan pemohon
melalui sistem Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip Off
Services (CTOS). Langkah ini adalah prosedur biasa untuk membuat pinjaman
perumahan.

Di sini terdapat beberapa pakej pinjaman yang disediakan oleh 5 bank yang
dipilih. Pakej-pakej tersebut dibezakan oleh beberapa item seperti jumlah pembiayaan,
BLR/BFR, Shilling Rate, Age Limit, Max Tenure, Interest Rate dan Total Interest/Rate.
Setiap pakej yang dipilih mempunyai perbezaan yang tertentu dan dapat dilihat dalam
jadual di bawah.
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

2.0 PAKEJ PINJAMAN PERUMAHAN

Shilling
Pakej Jumlah BLR (Effective rate Max Interest Total
Age limit
Pinjamam Pembiayaan Interest) (%) (Capped tenure rate (%) Interest/Profit
rate) (%)
5 Years Lock In
RM150,000 -
(ZMC, C,UC, 1.50 5.55 65 Tahun 30 Tahun 4.05 RM196,852.53
RM200,000
NL, LA)
5 Years Lock In
RM150,000 -
(NZMC, NL, 2.00 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.55 RM169,188.47
OCBC RM199,999.99
LA)
BANK
3 Years Lock In
RM150,000-
Package (C, NL, 1.80 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.75 RM180,149.17
RM199,999.99
NZMC, LA)
3 Years Fixed Tahun 1-3: 5.75
RM200,000 -
Rate (ZMC, NL, Tahun 4-5: 1.50 5.55 65 Tahun 30 Tahun 4.01 RM 208,155.11
RM999,999,999
LA) Tahun 6-30: 1.75
5 Years Fixed
RM200,000 - Tahun 1-5: 6.50
Rate (ZMC, NL, 5.55 65 Tahun 30 Tahun 4.04 RM 223,518.11
RM999,999,999 Tahun 6-30: 2.00
LA)
Home Link RM150,000 – Tahun 1: 2.3 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.69 RM 175,420.92
Switching 1D RM249,999 Tahun 2-30: 1.85
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

Tahun 1- 2: 1.75
Home Link RM150,000 –
Tahun 3-4: 1.85 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.75 RM 171,916.02
Switching 2D RM249,999
Tahun 5-30: 1.8
Tahun 1: 2.2
Home Link RM150,000 –
Tahun 2-30: 1.75 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.79 RM 180,912.83
Switching 3D RM249,999

Tahun 1- 2: 1.65
AmBank Home Link RM150,000 –
Tahun 3 – 4: 1.75 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.85 RM 185,728.69
(M) Bhd Switching 4D RM249,999
Tahun 5 – 30: 1.7
Home Link RM75,000 – RM Tahun 1: 1.8
5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.99 RM 192,916.58
Switching 1E 149,999 Tahun 2 -30: 1.55
Home Link RM75,000 – RM Tahun 1: 1.7
5.55 65 Tahun 30 Tahun 4.09 RM 198,522.57
Switching 3E 149,999 Tahun 2-30: 1.45
Home Link RM75,000 – RM Tahun 1: 1.3
5.55 65 Tahun 30 Tahun 4.15 RM 202,948.22
Switching 4E 149,999 Tahun 2 – 30: 1.4
HomeFlexi (C, RM150,00 – RM
1.85 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.70 RM 177,396.37
FMC, LA) 300,00
HomeLoan (UC, RM100,00 – RM
1.75 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.80 RM 182,911.99
FMC, LA) 300,00
HomeLoan (UC, RM 100,00 – RM
1.65 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.90 RM 188,462.88
FMC, LA) 300,00
CIMB HomeLoan (UC, RM15,000 –
1.85 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.70 RM 177,396.37
BANK NFMC, LA) RM300,00
HomeFlexi (C, RM150,000 – 1.9 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.60 RM 171,916.02
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

NFMC, LA) RM300,00


Single Tier Rate RM 150,000 –
2.0 5.55 70 Tahun 40 Tahun 3.55 RM 169,188.47
Package RM 199,999
Free Legal
Documentation RM 150,000 –
1.8 5.55 70 Tahun 40 Tahun 3.85 RM 185,461.30
(FLD) Packages, RM 999,999,999
Multi-Tier
PUBLIC Multi Tier RM 150,000 – Tahun 1: 0
5.55 70 Tahun 40 Tahun 4.38 RM 242,676.04
BANK Interest Package RM 199,999 Tahun 2: 1.8
Fixed Interest
RM 200,000 - Tahun1 – 5: 6.35
Rate Packages 5.55 70 Tahun 40 Tahun 4.31 RM 235,346.43
RM 999,999,999 Tahun 6 -30: 1.65
for 5 Years
Home Save RM 150,000 –
3.75
Package RM 237,500 1.8 5.55 70 Tahun 40 Tahun RM 180,149.17

Special Housing
RM 100,000 0.50 5.55 65 Tahun 30 Tahun 5.05 RM 254,764.91
Loan
Tahun 1: 2.38
Conventional RM 100,000 -
Tahun 2: 3.38 5.55 65 Tahun 30 Tahun 4.53 RM 213,643.26
Loan RM 199,999
Tahun 3-30: 0.90
Mortgage Plus RM 100,000 -
1.9 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.65 RM 174,651.07
HL RM 199,999.00
Mortgage Plus RM 200,000 – Tahun 1: 2.38 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.55 RM 169,188.47
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

HONG Tahun 2: 3.38


HL RM 300,000
LEONG Tahun 3-30: 0.90
HL Flexi
BANK RM 100,000 –
Property 1.85 5.55 65 Tahun 30 Tahun 3.70 RM 177,396.37
RM 200,000
Financing-i
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

3.0 PERBINCANGAN

Pada keseluruhannya, pakej-pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank-bank


yang tersenarai di atas amat menarik dan setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.
Setiap pakej yang di tanda dalam jadual di atas mempunyai kelebihan berbanding pakej-
pakej lain.

Pakej Special Housing Loan yang disediakan oleh Hong Leong Bank ditandakan
dengan warna biru kerana mempunyai keistimewaan BLR yang rendah. BLR dalam pakej
ini adalah 0.5% dan merupakan BLR yang paling rendah berbanding pakej-pakej lain
dalam senarai di atas. BLR yang rendah menggambarkan kadar bayaran balik pinjaman
adalah rendah. Peminjam akan dikenakan potongan gaji bulanan dengan kadar faedah
yang rendah. Hong Leong Bank melalui pakej Special Housing Loan sememangnya
menawarkan pakej pinjaman yang menarik dan mampu menarik peminjam untuk
berurusan di bank ini.

Pakej Multi Tier Interest Package yang disediakan oleh Public Bank ditandakan
dengan warna merah jambu pula menawarkan had umur peminjam yang tinggi dan
tempoh matang yang lebih lama. Public Bank sememangnya menyediakan had umur
peminjam yang tinggi iaitu sehingga 75 tahun dan tempoh matang yang lama iaitu
sehingga 40 tahun. Sememangnya jika dilihat dari segi kadar faedah, ia sedikit merugikan
pengguna kerana perlu membayar lebih namun ansuran bulanan yang terpaksa
ditanggung oleh peminjam lebih rendah. Potongan gaji untuk bayaran pinjaman adalah
rendah dan peminjam masih boleh membelanjakan pendapatan mereka untuk tujuan lain.

Pakej Single Tier Rate Package juga disediakan oleh Public Bank yang
ditandakan dengan kotak kuning mempunyai kelebihan dari segi kadar bunga yang paling
rendah. Apabila kadar bunga rendah, bayaran balik ke atas seluruh pinjaman juga rendah.
Peminjam tidak akan dibebani dengan hutang yang tinggi.
Pendidikan Ekonomi Islam PEA 3043

Secara keseluruhannya Public Bank menyediakan pakej-pakej yang menarik


kepada pengguna. Setiap pakej yang ditawarkan oleh bank ini mempunyai kelebihan
berbanding bank lain yang terdapat di dalam senarai.

4.0 KESIMPULAN

You might also like