You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan
Bahasa Melayu berkembang seiring dengan perkembangan negara dan masyarakatnya.
Perkembangan Bahasa Melayu terbahagi kepada dua peringkat, iaitu fasa pra merdeka ( sebelum
merdeka) dan fasa pasca merdeka ( selepas merdeka ). Sebelum merdeka, kedudukan Bahasa
Melayu seakan-akan terpinggir kerana bahasa Inggeris diutamakan bukan sahaja dalam
pentadbiran tetapi juga sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah dan menengah.
Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa vernakular dan tidak diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan atau bahasa rasmi. Akibatnya, Bahasa Melayu tidak berkembang dengan lancar dan
segar. Perkembangan Bahasa Melayu terhad kepada perhubungan harian, penulisan buku-buku
agama Islam, dan penghasilan karya-karya sastera. Perkembangan ini didorong oleh
perkembangan bidang percetakan. Di samping itu, semangat kebangsaan di kalangan rakyat,
terutamanya di kalangan orang Melayu memulakan usaha-usaha untuk memajukan bahasa
Melayu sebagai wadah perjuangan menentang penjajahan Inggeris.

Setelah kemerdekaan, kerajaan memainkan peranan utama dalam meletakkan kedudukan


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Langkah yang utama ialah memberikan kedudukan
yang sewajarnya kepada Bahasa Melayu. Hal ini tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu pada Perkara 152 yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa
Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh Parlimen. Seterusnya, satu akta
yang khusus berkenaan bahasa kebangsaan digubal, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan
disemak pada tahun 1971. Antara lain akta ini memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan
hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Dengan perakuan ini, Bahasa Melayu bukan sahaja
menjadi bahasa kebangsaan bahkan juga bahasa rasmi negara sebagai bahasa dalam pentadbiran
kerajaan, bahasa pengantar pendidikan dan bahasa dalam bidang perundangan.

Seterusnya, untuk menyempurnakan kedudukan dan martabat bahasa Melayu, kerajaan


telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk perancangan taraf dan korpus
Bahasa Melayu. Perancangan taraf melibatkan usaha meningkatkan taraf dan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang juga bahasa rasmi serta sebagai pengantar utama dalam
pendidikan serta mengadakan kempen bahasa kebangsaan

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Manakala perancangan korpus ialah pembinaan bahasa yang melibatkan aspek
mengekodkan bahasa. Pengekodan bahasa ialah menyeragamkan bahasa untuk menghasilkan
bahasa yang standard atau baku. Untuk Bahasa Melayu, pengekodan dilakukan dari segi huruf
dan ejaan, sebutan, tatabahasa, istilah, dan perkamusan.

Selain itu, kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran Bahasa
Melayu memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai program terus dipertingkatkan bagi
memperkasa bahasa Melayu. Usaha memartabatkan bahasa dapat dilakukan dengan pengayaan
khazanah ilmu dan persuratan Melayu. Namun begitu, dari segi penggunaan bahasa Melayu
pula, sebahagian besar akhbar dan majalah utama berbahasa Melayu menggunakan gaya bahasa
mereka sendiri, iaitu gaya bahasa kewartawanan iaitu gaya bahasa yang lebih mengutamakan
nilai “kepopularan” untuk menarik minat pembaca terfokus kepada berita yang dilaporkan.
Seterusnya menarik minat mereka untuk membeli dan membaca media berkenaan. Selain itu,
gaya bahasa yang sering digunakan juga ialah gaya bahasa yang ringkas dan padat .

Oleh itu, secara tidak langsung, masyarakat didedah dan dididik dengan gaya bahasa
tersebut, bukannya gaya bahasa Melayu baku yang tepat, terutamanya dari aspek pembentukan
kata, frasa, dan kalimat. Perkembangan tersebut merupakan suatu perkembangan yang
“menakutkan” kerana dapat menggugat kedudukan bahasa Melayu tinggi, khususnya dalam
akhbar dan majalah
yang merupakan bahan bacaan utama rakyat Malaysia sepatutnya menjadi media utama yang
berperanan penting dalam pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu tinggi. Sekiranya yang
dikembangkan dan disebarkan oleh media berkenaan ialah bahasa Melayu rendah, secara tidak
langsung hal tersebut akan mendidik masyarakat untuk “menggunakan” bahasa yang rendah dari
segi kualitinya.

2.0 Definisi

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


2.1 Definisi Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong
kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Menurut Kamarudin Hj Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, 1997:83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu
kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,
2007:117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. kajian ini
dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan
dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga , 2009 : 43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari
segi struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah
rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.Perkataan- perkataan yang mempunyai
keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Kesimpulannya
morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan pegolongan kata dalam
bahasa Melayu.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz , dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi
mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga
telah merumuskan
bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993),mendefinisikan morfologi sebagai


kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata- kata.Juga menjelaskan morfologi
sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta
pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang
mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

O`Grady & Guz man juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang
disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan -rakannya, 2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk
kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah
diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,
menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk - bentuk terikat antara
konstituen -Konstituen . Morfologi meliputi konstruksi kata - kata dan bahagian kata.

2.2 Definisi Sintaksis

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang
menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata
yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
2009:339 mentakrifkan sintaksis “ sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat”. Bidang sintaksis juga difahami sebagai kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan yang membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sebahagian
daripada makna ayat boleh didapati daripada makna perkataan-perkataan yang membentuk
seuntai ayat, tetapi maksud ayat lebih daripada himpunan makna perkataan-perkataan yang
membentuk ayat berkenaan.

Manakala Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am,2005:151, menyatakan


sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana ayat disusun
menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan
gramatis antara kata dengan kata, dan frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat bagi membina
ayat. Dengan lain perkataan kita melihat bagaimana frasa dan ayat terbina.

Ab Rahman Ab.Rashid & Yap Khim Fatt (2002) menyatakan sintaksis ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji proses pembinaan ayat.Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk , struktur ,
dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara – cara penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat .Selain itu kajian sintaksis
juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

Hafizah Salleh (2005) pula mendefinisikan sintaksis sebagai bidang yang mengkaji hukum atau
rumus tatabahasa berdasarkan kaedah penyusunan dan penggabungan perkataan untuk membentuk
sesuatu ayat .Antara aspek sintaksis yang penting ialah konsep frasa , klausa . penggolongan kata
,pembentukan kata , dan pembinaan ayat.
Berdasarkan beberapa definisi di atas dapat dirumuskan bahawa sintaksis dalam bahasa Melayu
merupakan satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk , proses pembinaan ayat
,hukum atau rumus tatabahasa.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


2.0 Analisis Aspek Morfologi dan Sintaksis Berdasarkan Petikan Minda
Pengarang
Berdasarkan petikan daripada Minda Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 14 Oktober 2010
yang bertajuk ” PIPLB bukti kerajaan tidak ketepi usaha majukan luar bandar ” , penulis telah
membuat satu kajian berkaitan aspek morfologi dan sintaksis yang terkandung di dalam petikan
tersebut. Dapatan daripada analisis yang telah dibuat oleh penulis telah dapat dirumuskan seperti
berikut:

2.1 Analisis Morfologi


Walaupun morfologi satu bidang kajian bahasa yang luas skopnya ,penulis hanya akan membuat
analisis aspek morfologi dari bentuk kata dan penggolongan kata.

.
2.1.1 Bentuk kata
Menurut buku Tatabahasa Dewan ,terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu .
Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau gabungan beberapa morfem.Proses
pembentukan kata akan menghasilkan bentuk – bentuk kata seperti kata tunggal , kata terbitan , kata
majmuk dan kata ganda .

A) Kata Tunggal
Perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan , penggandaan dan pemajmukan
dinamakan sebagai kata tunggal. Kata tunggal boleh terdiri daripada hanya satu suku kata atau lebih
daripada satu suku kata.Dalam petikan yang dikaji ,penulis mendapati bilangan kata tunggal satu
suku kata yang digunakan adalah sangat terhad .Sememangnya dalam bahasa Melayu , bilangan kata
tunggal satu suku kata sangat terbatas bilangannya.Antara kata tunggal satu suku kata yang terdapat
dalam petikan yang dikaji ialah yang, dan.
Sebahagian besar daripada perkataan bahasa Melayu terdiri daripada kata tunggal yang
mengandungi dua suku kata .Di dalam petikan yang dikaji terdapat banyak kata tunggal dua suku
kata .Contoh dua suku kata yang terdapat di dalam petikan tersebut adalah seperti pelan , induk ,
kadar , dasar, sempit, niat, taraf, hasil, niat, kerja, rakyat, dan tegar.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Terdapat juga di dalam petikan , kata tunggal yang terdiri daripada tiga suku kata seperti
kelmarin , perdana , negara, komitmen, menteri, mustahil, negatif, positif, matlamat, pelosok,
percaya dan tenaga. Kata tunggal empat suku kata atau lebih pula boleh dilihat dalam contoh -
contoh seperti kata manifestasi , kerajaan ,prasarana, komprehensif dan keadaan.
Begitu juga akronim yang merupakan kata tunggal juga terdapat di dalam petikan ini
Contoh akronim yang terdapat di dalam petikan ini adalah singkatan seperti PIPLB, GIS, MBE, dan
BN.

B) Kata Terbitan
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan , iaitu proses yang menambahkan atau
menggandingkan imbuhan pada kata dasar .Proses pengimbuhan ini akan mewujudkan satu
perkataan yang membawa konsep atau makna baru .Menurut Nik Safiah Karim , et . al (1993) ,
imbuhan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu awalan , akhiran , sisipan , dan apitan .
(1) Kata Terbitan Awalan
Terdapat tiga jenis kata awalan iaitu awalan kata nama , awalan kata kerja dan awalan kata
adjektif.Antara awalan kata nama ialah pe- , pem - , peng- , ke- , penge- , dan banyak lagi.Awalan
kata kerja pula ialah me- , mem - , men- . meng- , menge- . memper- , ber- , ter- , di dan
diper-.Awalan kata adjektif pula ialah ter- , te- , dan se- .Dalam petikan yang dikaji oleh penulis ,
penulis mendapati banyak kata terbitan awalan telah digunakan oleh pengarang artikel
tersebut.Contoh kata terbitan awalan tersebut adalah seperti berikut :
(i) Awalan kata nama : penduduk, pembangkang,
(ii) Awalan kata kerja: membasmi , berjalan , dirancang , dicapai, tersusun,
Terlaksana, tersish, berharap, mengelak, membela,
menggembleng, menyokong, membin, mentransformasi.

(2) Kata Terbitan Akhiran


Akhiran diimbuhkan pada akhir kata dapat menerbitkan kata terbitan berakhiran.
Di antara kata terbitan akhiran yang terdapat di dalam petikan tersebut adalah :
(i) akhiran kata nama : pangkalan,
(ii) akhiran kata kerja : limpahan, bantuan, tafsiran, tuntutan

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


(3) Kata Terbitan Apitan
Apitan diimbuhkan pada awal dan akhir kata dasar menerbitkan kata terbitan apitan.Contoh kata
terbitan apitan yang terdapat di dalam petikan adalah seperti berikut :
(i) apitan kata nama : kerajaan , pedalaman, kementerian
(ii) apitan kata kerja : dilancarkan , pembangunan , pelaksanaan, pendapatan,
membuktikan,ketinggalan,penyaluran,pertindihan,mencetuskan,
kepentingan, kemampuan, diunjurkan, menikmati,
(iii) apitan kata adjektif : keikhlasan, kemiskinan,

(4) Kata Terbitan Sisipan.


Di dalam petikan ini ,penulis mendapati bahawa tiada kata terbitan sisipan .Ini mungkin
disebabkan pembentukan kata sisipan sudah tidak berkembang dan bilangan kata tersebut terlalu
kecil dalam bahasa Melayu.
Penulis juga mendapati tiada kata awalan pinjaman seperti dwi , maha , anti maupun akhiran
pinjaman seperti at , i , is, man dan lain –lain kata terbitan pinjaman yang digunakan oleh pengarang
Minda Pengarang ini.
C. Pemajmukan
Nik Safiah Karim , et . al (1993) , mengkategorikan tiga kelompok kata majmuk iaitu
rangkai kata bebas , istilah khusus dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang membawa maksud
kiasan atau simpulan bahasa. Di dalam petikan ini hanya terdapat sedikit kata majmuk sahaja
daripada kelompok rangkai kata bebas .Contoh kata majmuk tersebut ialah Perdana Menteri , luar
bandar ’

2.1.3 Golongan Kata


Menurut Nik Safiah Karim , et .al (1993) , golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada
empat iaitu , kata nama , kata kerja , kata adjektif, dan kata tugas .

(i) Kata Nama


Di dalam petikan terdapat beberapa kata nama am , kata nama khas serta kata ganti diri .Contoh kata
nama yang terdapat dalam petikan tersebut adalah seperti berikut :
Kata Nama Contoh
Nama khas Malaysia , Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pelan Induk

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Pembangunan Selangor, Melaka, Model Baru Ekonomi, Sistem
Maklumat Geografi, Melaka, Malaysia, Pulau Pinang,
Nama am Penduduk, bandar, negara, rakyat, kerajaan, pedalaman,
Kata ganti nama Kita , mereka, itu , ini , nya ,

(ii) Kata Kerja


Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan .Dua jenis kata kerja dalam
bahasa Melayu ialah kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif .Berdasarkan petikan terdapat
beberapa contoh kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.jadual di bawah menunjukkan contoh
kata kerja tersebut .
Kata kerja transitif Contoh
aktif membasmi , menyokong , mengelak,
mendakwa, membawa, membangun
pasif Dilaksanakan , dicapai, dinikmati,
dijangka, ditadbir, dirancang, diunjurkan

Kata kerja tak transitif Contoh


Tak berpelengkap Terbaik , menurun, tersisih, terbantut,
berpelengkap Membasmi, menggembleng, membawa,
membina, mengelak, menyerlahkan,

(iii) Kata Adjektif


Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau nama. Kata
adjektif boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu kata adjektif sifat , kata adjektif warna , kata
adjektif ukuran , kata adjektif bentuk , kata adjektif pancaindera , kata adjektif waktu ,kata adjektif
cara dan kata adjektif perasaan.Daripada kajian yang telah dijalankan penulis akan menyenaraikan
beberapa kata adjektif yang terdapat dalam petikan tersebut dan jenisnya . Daripada lapan jenis kata
adjektif , penulis mendapati hanya tiga jenis kata adjektif sahaja yang terdapat di dalam petikan
iaitu kata adjektif sifat (baik) , kata adjektif ukuran (sempit ) dan kata adjektif waktu ( kelmarin,
awal)

(iv) Kata tugas


Kata tugas merujuk kepada golongan kata yang mempunyai tugas –tugas tertentu dalam
binaan sesuatu frasa , klausa , ataupun ayat . Kata tugas ini berperanan sebagai penghubung ,
HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
penguat , pendepan, pembantu , penegas, penafi, pembenar, pemeri dan lain-lain. Di antara kata
tugas yang terdapat dalam petikan adalah:

Jenis Contoh
Kata bantu mahu , boleh, akan
Kata bilangan semua,
Kata hubung Dan ,yang , malah, sehingga, atau serta
Kata nafi , tidak
Kata pemeri iaitu ,
Kata penegas -tah,
Kata sendi nama di , ke, daripada ,demi
Kata tanya Siapa , bagaimana , bila

2.2 Analisis Sintaksis


Sebagaimana yang telah dijelaskan ,sintaksis ialah bidang tatabahasa yang mengkaji proses
pembinaan ayat. Berdasarkan petikan , penulis telah membuat kajian bahasa daripada aspek
sintaksis. Analisis sintaksis yang akan dihuraikan oleh penulis hanya bertumpu kepada tiga aspek
sahaja iaitu binaan ayat , frasa dan hukum D-M serta pembentukan ayat..
2.2.1 Binaan ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang
sempurna (Tatabahasa Dewan . 1993:410).Ayat dasar mahu pun ayat terbitan yang dibina,
mengandungi subjek dan predikat.
Binaan subjek dan predikat.
Subjek sesuatu ayat tunggal ataupun majmuk terbentuk daripada frasa nama yang terdiri sama ada
daripada kata nama , kata ganti nama, kata kerja ataupun kata adjektif (berfungsi sebagai kata
nama).Predikat ayat tunggal pula dapat dibina daripada frasa nama , frasa kerja , frasa adjektif dan
frasa sendi nama
Contoh – contoh ayat dalam petikan tersebut yang mengandungi subjek dan predikat adalah seperti
di bawah di bawah:
Bil Subjek Predikat
1 Kita sedar usaha membasmi sepenuhnya kadar kemiskinan tegar di

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


negara ini bukannya kerja mudah, namun ia bukanlah mustahil
untuk dicapai.
2 Melaka aadalah antara bukti kemampuan sebuah negeri yang ditadbir
Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentransformasi negeri itu
menjadi negeri maju , yang akan diisytiharkan pada 20 Oktober
ini.

1.2.3 Bentuk Ayat .

Ayat terbentuk daripada klausa yang terdiri daripada frasa dan perkataan. Dalam sesuatu bahasa
terdapat pelbagai jenis dan ragam ayat serta berbeza pula panjang dan pendeknya sesuatu ayat
tersebut,.Analisis ayat di dalam petikan yang dikaji oleh penulis adalah berkaitan ayat tunggal dan
ayat majmuk sahaja.Namun begitu fokus kajian akan lebih menjurus kepada ayat majmuk kerana
pengarang petikan ini banyak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam hasil penulisannya..

A) Ayat Tunggal
Ayat tunggal adalah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Contohnya:
PTPTN gagal mengutip semula bayaran balik pinjaman.
Pinjaman berjumlah RM23 billion dikeluarkan sejak 1997.
Di dalam petikan , penulis mendapati bahawa banyak ayat-ayat tunggal telah dicantumkan dengan
kata hubung untuk membentuk ayat majmuk.

B) Ayat Majmuk
Ayat majmuk adalah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek dan predikat.Terdapat tiga
jenis ayat majmuk iaitu:

(i) Ayat majmuk gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan
satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat – ayat tersebut dengan kata hubung
seperti dan , atau , tetapi , sambil ,lalu , lagi , serta dan sebagainya . Tiap – tiap ayat dapat
HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
berdiri sendiri . Terdapat dua jenis ayat gabungan iaitu ayat majmuk gabungan yang susunan
faktanya berurutan dan ayat majmuk gabungan yang maksudnya memberi maksud pertentangan
fakta dalam ayat yang digabungkan .

Contohnya pada ayat :


Bagaimana PTPTN dapat mengesan bila peminjam bekerja dan siapa majikan mereka.
Penggunaan kata hubung dan pada ayat ini menunjukkan ayat ini adalah dari jenis ayat majmuk
gabungan berurutan fakta .

(ii) . Ayat Majmuk Pancangan


Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat
utama dengan satu atau beberapa ayat kecil atau klausa lain yang dipancangkan di dalam ayat
induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu .Ayat atau klausa induk dapat berdiri
sendiri , tetapi ayat atau klausa kecil tidak. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu
pancangan relatif , pancangan komplemen dan pancangan keterangan.

a). Ayat majmuk pancangan relatif


Ayat jenis ini dikenali dengan kata hubung relatif ’ yang ’ yang digunakan untuk memancangkan
klausa kecil ke dalam klausa induk.
Contohnya pada ayat :
Menguatkuasakan peraturan yang tidak membebankan peminjam
Menguatkuasakan peraturan adalah ayat utama.
yang tidak membebankan peminjam adalah klausa yang dipancangkan di dalam ayat utama.
b) Ayat majmuk pancangan komplemen
Ayat jenis ini adalah ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan
untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk .Beberapa kata hubung digunakan untuk
mencantumkan klausa kecil dengan klausa induk .Beberapa kata hubung yang biasa digunakan
untuk mencantumkan klausa kecil dengan klausa induk ialah bahawa dan untuk seperti
digunakan dalam ayat contoh dibawah :
Tabung PTPTN perlu sentiasa berisi untuk dimanfaatkan oleh pelajar lain.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


(iii) Ayat Majmuk Campuran.
Ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat . Ayat ini terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk.Lazimnya ayat
majmuk jenis campuran ini lebih panjang berbanding lain- lain ayat majmuk.

Contohnya:
Apabila PTPTN mahu mengkaji semula ,termasuk aspek –aspek teknikal dan membuat pindaan
Akta PTPTN 1997 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat
Selewat-lewatnya awal tahun depan , perkara utama yang perlu diperketatkan ialah aspek
perundangan dan cara mengutip semula pinjaman .

Dalam ayat majmuk campuran di atas terdapat banyak jenis ayat telah digunakan seperti
ayat tunggal ,ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

Contohnya:
PTPTN mahu mengkaji semula .(ayat tunggal )

Apabila PTPTN mahu mengkaji semula,termasuk aspek-aspek teknikal dan membuat pindaan
Akta PTPTN 1997 . (ayat majmuk gabungan berurutan fakta)

Perkara utama yang perlu diperketatkan ialah aspek perundangan (ayat majmuk pancangan
relatif).

Berdasarkan bentuk ayat yang telah dihuraikan , penulis mendapati bahawa pengarang Minda
Pengarang in telah menggunakan laras bahasa yang tinggi.Ini dapat dikesan melalui penggunaan
ayat - ayat majmuk yang besar bilangannya berbanding dengan ayat – ayat tunggal.Ayat-ayat
majmuk yang digunakan pula lebih kepada ayat –ayat majmuk jenis campuran.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


1.0 Refleksi Hasil Dapatan Analisis
Dapatan daripada aspek morfologi bahasa Melayu tentang petikan ini , penulis mendapati
pengarang Minda Pengarang hanya menggunakan tiga daripada empat pola suku kata terbuka
bahasa Melayu iaitu v , kv dan kkv .Bagi pola suku kata tertutup pula , pengarang telah
menggunakan hanya tiga pola sahaja iaitu vk . kvk dan kkvk.Ini menunjukkan pola suku kata yang
digunakan kebanyakannya adalah daripada pola suku kata bahasa Melayu tulen.
Kata tunggal dua suku kata dan tiga suku kata terbuka dan tertutup paling banyak
digunakan dalam petikan ini .Ini kerana dalam bahasa Melayu tulen ,kedua-dua jenis kata tunggal
ini banyak bilangannya berbanding dengan yang lain terutamanya suku kata yang terbentuk dari kata
pinjaman .
Dalam aspek pembentukan kata , pengarang telah menggunakan kata tunggal , kata terbitan ,
kata majmuk dan pengandaan.Banyak kata tunggal dan kata terbitan telah digunakan tetapi bilangan
kata majmuk dan kata ganda pula terlalu kecil.Kata terbitan merupakan bentuk kata yang paling
banyak digunakan.Pelbagai jenis kata terbitan seperti seperti kata terbitan awalan , kata terbitaan
akhiran dan kata terbitan apitan terdapat di dlama petikan.Namun begitu kata terbitan sisipan
langsung tiada di dalam petikan.Ini mungkin berlaku kerana kata terbitan sisipan tidak lagi
berkembang dalam bahasa Melayu tulen.
Dari sudut penggolongan kata pula terdapat 4 jenis golongan kata yang terdapat di dalam
petikan iaitu kata nama , kata kerja , kata adjektif dan kata tugas.Ketiga –tiga kata nama iaitu kata
nama khas , kata nama am dan kata ganti nama terdapat di dalam petikan.Kata kerja yang banyak
digunakan di dalam petikan adalah dari jenis kata kerja transitif.Sedikit sahaja kata kerja jenis tak
transitif yang dijumpai di dalam petikan.Bilangan kata adjektif juga sedikit. Lapan jenis kata tugas
juga terdapat di dalam petikan yang telah dikaji oleh penulis.
Menyentuh aspek sintaksis pula , penulis telah membuat analisis tentang tiga aspek sahaja
iaitu binaaan ayat , jenis – jenis frasa dan bentuk ayat.Dapatan dari analisis mendapati binaan
subjek dan predikat di dalam ayat yang digunakan adalah terdiri daripada frasa nama , frasa kerja ,
dan frasa sendi nama . Dalam frasa nama yang digunakan terdapat unsur inti dan penerang di
dalamnya.Terdapat juga frasa nama yang mengandungi unsur penerang yang lebih daripada satu .
Frasa kerja yang terdapat di dalam petikan ini terdiri daripada frasa kerja transitif dan tak
transitif , frasa kerja dengan kata bantu dan frasa kerja dengan ayat komplemen.Dua jenis frasa kerja
dengan kata bantu yang terdapat di dalam petikan ialah kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Frasa sendi nama di dalam petikan ini juga tidak banyak.Tiga jenis frasa sendi nama yang
terdapat dalam petikan iaitu kata sendi nama + kata nama , kata sendi nama + kata arah + frasa
nama dan kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan .
Dari aspek bentuk ayat , kebanyakan jenis ayat yang digunakan oleh pengarang petikan ini
adalah dari jenis ayat majmuk.iaitu majmuk gabungan , ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk
campuran .Ayat majmuk campuran sangat banyak digunakan berbanding dua lagi ayat majmuk.Di
dalam ayat majmuk ini terdapat ayat – ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang lain.

2.0 Kesimpulan
Dapatan – dapatan daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa ayat bahasa Melayu
sebenarnya boleh terdiri daripada pelbagai bentuk , struktur dan berbeza binaannya. Penggunaan
tatabahasa yag tepat iaitu penggunaan bentuk kata , penggolongan kata dan pola suku kata akan
menghasilkan ayat – ayat yang bermakna dan gramatis.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Rashid dan Yatt Kim Fatt ,(2002) , Bahasa Kebangsaan , Petaling Jaya :
Longman.

Ali Mahmood , et . al (2010) , HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu ,Kuala
Lumpur :Open University Malaysia .

Asmah Hj .Omar (1968) , Morfologi , Sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia – Satu
Perbandingan Pola , Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.

Hafizah Salleh , (2005) , Bahasa Melayu STPM kertas 1& 2 , Johor Bahru :Penerbitan Pelangi Sdn .
Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat,(2005) , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob , (1993) ,Bahasa Melayu Kertas Satu STPM , Kajang :
Masa Enterprise .
Nik Safiah Karim , et . al (1995) . Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , Kuala Lumpur :Dewan Bahasa
dan Pustaka .

Nik Safiah K arim , et . al (2003) , Tatabahasa Dewan Edisi baharu , Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka .

Nik Safiah karim , Norliza Jamaluddin , (2005) , Bahasa Melayu STPM kertas 1 & 2 , Shah Alam :
Penerbitan Fajar Bakti Sdn .Bhd .

Minda Pengarang , PTPTN wajar perkemas operasi kutipan bayaran balik pinjaman, (2010 , 9

September ) Berita Harian , m/s 18 .

LAMPIRAN
HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

You might also like