You are on page 1of 81

Terlebih dahulu, kami mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan setinggi-tinggi

kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kumpulan kami

dapat menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dengan jayanya.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, Cik

Azlinzuraini binti Ahmad di atas segala panduan dan tunjuk ajar kerana tanpa panduan

dan tunjuk ajar beliau, kami yakin tugasan ini tidak dapat disempurnakan sebagaimana

yang dikehendaki dan dalam tempuh yang telah ditetapkan. Walaupun pada peringkat

awal pihak kami menghadapi masaalah untuk membuat proposal ini tetapi kini

alhamdulillah, ianya dapat di atasi dengan usaha yang keras dan komitmen yang jitu dari

kumpulan kami.

Terima kasih juga kepada salah sebuah perniagaan francais yang sudi memberikan

sedikit maklumat mereka berkaitan dengan perniagaan yang telah diuruskan oleh mereka

untuk kami aplikasikan dalam menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan kepada

kami untuk menyiapkannya dengan lebih tepat, padat serta berprestij agar kerja kursus ini

lebih bermakna buat kumpulan kami.

Akhir kata kami berharap segala tugasan yang diberikan kepada kami ini

menepati segala kehendak yang diinginkan oleh puan pensyarah kami. Mudah-mudahan

ianya dapat dimanfaatkan oleh kita semua, insyaallah.

Sekian.

1
Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd,

Lot 42-A Jalan Sultan Omar,

Bangunan Wangsa Maju,

20201 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6989897/ 6989898/ 6989899

Faks : 09-6989889/ 6989879

E-mel :http://www.jayabakti.com.my/

Hubungi :

1. Encik Osfarizal Bin Othman

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

2. Puan Mimi Yuhannis Binti Mohamed Rina

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Tarikh Penubuhan Syarikat : Januari 2005

Moto Syarikat : Membangun Seiring Bersama Anda

Logo Syarikat :

2
PERKARA MUKA SURAT

• Pengenalan Syarikat 2

• Ringkasan Eksekutif 4

• Latar Belakang dan Tujuan 7

• Objektif 10

• Analisis Pasaran 12

• Pembangunan dan Pengeluaran 21

• Rancangan Pemasaran 24

• Rancangan Kewangan 27

• Organisasi dan Pengurusan 32

• Pemilikan 39

• Ringkasan dan Kesimpulan 42

• Penjadualan dan Peristiwa Penting 43

• Rujukan dan Lampiran 44

• Terima Kasih 49

3
Syarikat

Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd,

Lot 42-A Jalan Sultan Omar,

Bangunan Wangsa Maju,

20201 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman,

Malaysia.

Tel : 09-6989897/ 6989898/ 6989899

Faks : 09-6989889/ 6989879

E-mel :http:// www.jayabakti.com.my/

Hubungi

Encik Osfarizal Bin Othman, Presiden I

Puan Mimi Yuhannis Binti Mohamed Rina, Presiden II

Jenis Perniagaan

Menawarkan khidmat nasihat, motivasi, bimbingan, dorongan yang membina kepada

semua golongan individu yang mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan diri

serta kehidupan harian mereka.

4
Ringkasan Syarikat

Perundingan Jaya Bakti merupakan salah satu perniagaan yang menawarkan

perkhidmatan kepada individu yang mengalami konflik dalam kehidupan mahupun dalam

diri mereka yang bercorak khidmat nasihat, motivasi, bimbingan serta dorongan yang

membina kepada individu tersebut untuk kenal situasi diri mereka setelah mendapat

khidmat daripada pakar-pakar motivasi dari syarikat kami. Walaupun syarikat kami baru

bercadang untuk membuka syarikat ini, tetapi dari segi persaingan dengan syarikat-

syarikat lain agak memberangsangkan. Hal ini membuatkan syarikat kami berpotensi

untuk lebih maju dari masa ke masa. Kami juga berasa yakin dengan kewibawaan pakar-

pakar motivasi untuk sahut cabaran dunia global pada hari ini. Seterusnya mengangkat

martabat syarikat kami ke persada pentas dunia.

Pengurusan

Encik Osfarizal bin Othman, merupakan presiden I syarikat pernah bekerja Kementerian

Negara Brazil sebagai seorang kaunselor profesional selama lebih dari 12 tahun. Beliau

merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling Organisasi dari Universiti Colorado,

U.S.

Puan Mimi Yuhannis binti Mohamed Rina, merupakan presiden II syarikat pernah

bekerja di Jabatan Psikiatri di Eropah sebagai Pakar Psikiatri Profesional selama lebih 9

tahun. Beliau merupakan lulusan PhD dalam jurusan Psikologi Kemanusiaan dari

Universiti Oxford, London.

5
Perkhidmatan dan Persaingan

Sehingga kini, perkhidmatan yang kami tawarkan di negeri ini hanya terdapat dua buah

syarikat yang mampu memberi persaingan sengit bagi kami. Antara syarikat tersebut

ialah Melor Enterprise dan Syarikat Emosi Bhd. Dianggarkan perkhidmatan yang bakal

kami tawarkan mendapat sambutan yang baik khususnya bagi masyarakat negeri ini.

Sandaran

Tiada

Sejarah Kewangan

Tiada

Jangkaan/ Ramalan Kewangan

Modal yang disumbangkan oleh ahli-ahli sebanyak RM 60 ribu sahaja dan tidak mampu

untuk meluaskan perniagaan dengan jayanya.

6
Latar Belakang dan Tujuan

Dalam era globalisasi dan siber maju pada alaf baru ini, fungsi perkhidmatan juru runding

peribadi dalam pembangunan masyarakat amatlah penting. Di Malaysia, budaya

perkhidmatan juru runding ini bertambah kritikal lagi di kala Malysia hendak melangkah

pentas menuju status negara maju ‘ Par- Excellence’ pada masa hadapan.

Selain dari peri pentingnya kematapan budaya perunding peribadi untuk memacu

pembangunan masyarakat Malaysia secara umumnya, penyertaan dan dan penglibatan

meluas masyarakat secara khususnya dalam perkhidmatan ini lebih penting lantaran ia

memberikan impak ke atas kestabilan politik dan keseimbangan sosioekonomi antara

pelbagai kaum di Negara ini pada masa hadapan.

Syarikat mendapat idea ini, hasil daripada penyelidikan dan kepekaan dengan

suasana serta perubahan di sekelilingnya. Idea-idea ini mencerminkan keperluan kepada

satu-satu perkhidmatan dan bukannya semata-mata satu fenomena yang bersifat

sementara dan jangka pendek semata-mata. Antara kaedah yang digunakan oleh syarikat

kami untuk mencari dan meneroka peluang . Idea-perniagaan adalah seperti berikut :-

a. Menyelesaikan masalah orang awam

Masalah orang lain boleh menjadi peluang yang baik untuk syarikat kami

lebih berkembang dengan lebih kondusif berbanding syarikat pesaing lain.

b. Menerima pakai idea orang lain yang berjaya untuk tempat yang lain.

Contohnya Syarikat Excel Training and Consultancy yand di kendalikan

oleh seseorang pakar motivasi yang terkenal iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah

Kamsah.

7
c. Membuat kajian pasaran.

Menentukan jurang antara bekalan dengan permintaan melalui kajian

pasaran boleh memberi idea-idea baru mengenai perkhidmatan ini.

d. Mengeksploitasikan kemahiran khusus.

Menggunakan kemahiran dan ilmu yang sedia ada iaitu bekas graduan

kaunseling untuk menubuhkan perniagaan dalam bidang tersebut.

e. Bertutur dan mendengar keperluan orang ramai

Dengan menjadi pendengar yang baik, boleh mengetahui keperluan orang

ramai yang mungkin dapat dikomersilkan.

Syarikat ini ditubuhkan adalah hasil perkongsian antara ahli-ahlinya. Maka modal

permulaan untuk memulakan perniagaan ini adalah sebahagian daripadanya adalah aset

ahli lembaga pengarah. Jumlah keseluruhan perbelanjaan modal untuk menubuhkan

syarikat ini merangkumi aset tetap, modal pusingan dan kos pentadbiran. Di sini modal

yang dapat dikumpulkan ialah sebanyak RM 60 ribu tetapi tidak mencukupi kerana kos

tanah dan penyediaan infrastruktur, bangunan dan kemudahan yang lain adalah tinggi.

Oleh itu, modal yang sepenuhnya yang diperlukan oleh syarikat ialah sebanyak RM 120

ribu. Oleh itu, syarikat akan mendapatkan bantuan pinjaman dari pihak bank-bank dan

syarikat-syarikat kewangan yang lain. Antaranya MARA, PUNB, bank-bank saudagar

dan sebagainya. Sekiranya pihak bank memberikan pinjaman, syarikat akan memberikan

cagaran untuk pinjaman tersebut. Antaranya :-

i. Tanah.

ii. Peralatan dan kenderaan syarikat

8
iii. Jaminan- persetujuan pihak ketiga untuk menanggung bayar balik pinjaman.

Misalnya ahli keluarga dan rakan-rakan pekongsi.

Tempoh pinjaman yang dipohon oleh syarikat ialah selama lima tahun kerana jumlah

pinjaman yang diperlukan adalah sebanyak RM 60 ribu.

9
Objektif

Objektif syarikat dari segi reka cipta (creation) adalah berlandaskan daripada

perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat ataupun klien. Iaitu dengan

mempelbagaikan corak perkhidmatan bagi memuaskan hati pelanggan. Dari segi untuk

terus hidup (survival) dengan menetapkan harga yang berpatutan yang mungkin

disebabkan persaingan yang terlampau sengit di pasaran.

Dari segi keuntungan pula, syarikat telah menetapkan harga agar dapat

memaksimumkan keuntungan dengan cara membuat anggaran terhadap permintaan dan

kos. Dengan itu harga yang di pilih lazimnya adalah tinggi yang membolehkan

perniagaan memaksimumkan keuntungan dan memantapkan pengaliran tunai atau

pulangan ke atas pelaburan. Objektif ini biasanya adalah untuk jangka masa yang pendek

iaitu untuk merebut peluang bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum semasa

tahap persaingan masih lagi rendah.

Dari segi jangka masa, objektif ini terdiri daripada objektif jangka pendek dan

jangka panjang. Objektif jangka pendek ialah hasil yang boleh dicapai dalam masa 1

tahun. Contohnya hasil yang diperolehi adalah keuntungan bersih apabila telah ditolak

dengan pemiutang dan overdraf dari bank atau institusi kewangan. Bagi jangka masa

panjang pula ia memerlukan lebih daripada 1 tahun untuk mendapatkan hasil. Biasanya

antara jangka masa 3 hingga 5 tahun. Dalam jangka masa ini syarikat dapat melihat

keuntungannya apabila hutang pinjaman telah langsai di bayar pada masa yang

ditetapkan.

Dari segi pengukuran, sesuatu objektif boleh diukur dari sudut kuantitatif dan

kualitatif. Contoh ukuran kuantitatif ialah pulangan atas jualan, pulangan atas ekuiti atau

10
pusing ganti pekerja. Ukuran kualitatif pula biasanya merupakan penanda kecekapan bagi

syarikat. Ukuran ini menunjukkan syarikat menggunakan sumber-sumber yang

diperuntukkan dengan cekap tanpa pembaziran semasa menghasilkan output. Contohnya

margin kasar (yang menunjukkan kos perkhidmatan yang ditawarkan dan harga upah

perunding langsung sebagai peratusan daripada (jualan). Margin kasar yang tinggi

menunjukkan tahap kecekapan yang tinggi kerana kos lebih rendah daripada pendapatan

dan sebaliknya.

11
Analisis Pasaran

a. Pasaran keseluruhan

Jumlah keseluruhan saiz pasaran bagi syarikat ialah pada peringkat

permulaan pengoperasian adalah berskala sederhana kerana terletak di lokasi yang

yang strategik iaitu kawasan bandar yang dipenuhi dan dikeliling oleh masyarakat

dan pengguna. Walaupun masih baru, tetapi pihak syarikat berkeyakinan tinggi

bahawa permintaan dari segi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat kami

mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat. Ini kerana keadaan atau

suasana masyrakat lain yang sibuk dengan kerjaya untuk mengejar kehidupam

materialistic yang memerlukan perkhidmatan jururunding peribadi untuk

menyempurnakan kehidupan mereka agar lebih baik. Kami juga melihat prospek

perkhidmatan ini akan terus berkembang dan amat diperlukan dalam keadaan

sekarang kerana masyarakat kini lebih mementingkan kualiti hidup dan sanggup

menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk berjumpa dengan juru runding supaya

dapat memenuhi kehendak mereka.

Di samping itu, kami melihat tidak banyak firma yang membuka

perniagaan jenis perkhidmatan ini, jika ada pun tidak banyak sesuatu kawasan

tersebut. Tetapi syarikat telah merangka strategi agar ia berjalan dengan teratur

dan lebih tersusun kerana berkemungkinan pada masa dan tahun yang akan

datang kadar pertumbuhan perkhidmatan jenis ini akan meningkat. Persaingan

utama berkemungkinan juga datangnya daripada syarikat-syarikat baru yang

dibuka ataupun syarikat-syarikat yang telah sedia ada yang telah dikendali oleh

pakar-pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu kami telah membuat penganalisisan

12
data untuk perjalanan syarikat iaitu dari segi kualiti perkhidmatan, harga, strategi

pasaran, persaingan dan trend masa depan. Dengan itu, kami perlu membuat

sasaran jualan sendiri dari segi jumlah dan nilai perkhidmatan yang diberikan

mengikut pertimbangan teknikal dan kewangan.

Pembahagian pasaran ini juga dibuat melalui ujian pasaran (market test)

yang dilaksanakan dengan bantuan konsultan pasaran. Melihat dari lokasi kami

beroperasi, kedudukan pasarannya tidak tergugat kerana terletak di tengah-tengah

kawasan bandar dan dikelilingi masyarakat sekelilingi dan mudah untuk ditemui.

Pada permulaan operasi perniagaan ini kami lebih tertumpu pada kawasan

setempat kerana modal permulaan yang kecil tetapi syarikat mempunyai misi dan

visi dalam jangka masa 5 tahun ke atas, pasaran syarikat kami akan meningkat

keseluruh peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat global dengan

menggunakan prospek-prospek perniagaan yang telah ditetapkan pihak syarikat.

b. Pasaran khusus

Dalam meganalisis pasaran, syarikat telah membuat sasaran yang lebih khusus

untuk memasarkan perniagaan kami iaitu perkhidmatan juru runding peribadi.

Antara sasaran pengguna perkhidmatan ini ialah :-

i. Individu

ii. Suri rumah

iii. Institusi

iv. Firma-firma

Dengan melihat keadaan sekarang, pihak syarikat dapat menggambarkan

bahawa skop perkhidmatan ini akan berkembang dan tumbuh dengan drastik. Ini

13
kerana dalam senario alaf baru ini, masyarakat perlu membuat anjakan paradigma

dengan memberi perhatian kepada perkhidmatan ini untuk mengimbangi

kehidupan sosiobudaya mereka agar lebih baik. Syarikat juga telah meramal

bahawa banyak firma akan membuka perniagaan jenis ini, jadi pihak syarikat

telah bersiap sedia dengan pelbagai strategi perniagaan terutamanya dalam

pemasaran. Antaranya :-

1) Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan telus.

2) Sentiasa membuat jualan promosi pada hari-hari tertentu.

3) Sentiasa meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Dari segi pelanggan atau pengguna, mereka lebih mengetahui faedah-faedah

daripada perkhidmatan ini. Kewujudan perkhidmatan ini di pasaran disebabkan

oleh wujudnya permintaan daripada masyarakat sekeliling yang mahukan

kesempurnaan dalam kehidupan yang merupakan satu keperluan atau kehendak

yang tidak terbatas. Perkhidmatan ini disediakan tidak mengira golongan sama

ada atasan mahupun bawahan. Oleh itu, masyarakat tidak perlu takut atau segan

untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Malah, syarikat telah menetapkan

beberapa tingkat harga mengikut keperluan dan kehendak pengguna iaitu harga

diskaun, harga diskriminasi, harga promosi, harga geografi dan harga

psikologikal.

c. Faktor persaingan

Setiap perniagaan yang wujud ada persaingannya, tidak kira kecil atau

besar perniagaan tersebut. Bagi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak kami,

ia wujud persaingan yang kecil pada masa sekarang tetapi ia akan cepat

14
berkembang pada masa akan datang. Ini kerana disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya :-

i. Modal yang sedikit untuk permulaan perniagaan.

ii. Permintaan yang tinggi daripada masyarakat.

iii. Lahirnya ramai tenaga pakar dan professional dalam bidang ini pada masa

akan datang.

iv. Galakan kerajaan menyeru bumiputera membuka perniagaan pada masa

kini.

Oleh itu,pelbagai strategi dirancang untuk menarik minat masyarakat ataupun

pengguna terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Antaranya :-

(1) Membuat pengiklanan bagi empromosikan perkhidmatan yang ditawarkan

melalui media cetak dan elektronik.

(2) Memberi insentif kepada pengguna yang kerap. Contohnya, harga diskaun,

kupon, hadiah percuma dan sebagainya.

(3) Sentiasa membuat publisiti kepada pengguna agar mudah mendapat informasi

terkini tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

Pihak syarikat juga melihat dari segi kuasa pembeli dan perkhidmatan

pengganti, halangan kemasukan dalam sesuatu perniagaan dan keadaan

persaingan dalam industri untuk menganalisis pasaran. Kuasa pembeli terletak

pada pengguna. Oleh itu hak atau keistimewaan pengguna harus dijaga. Dari segi

perkhidmatan pengganti pula, ia tidak kurang hebatnya kerana firma ini akan cuba

menarik pelanggan atau pengguna sedia ada untuk mencuba perkhidmatan

mereka. Oleh itu, pelbagai insentif harus diberi kepada pelanggan tetap. Keadaan

15
persaingan dapat diatasi kerana pelbagai strategi telah dirancang oleh pihak

syarikat dalam menangani masalah ini. Antaranya :-

i. Fahami apakah yang benar-benar dikehendaki oleh pelanggan.

ii. Kesediaan mengambil risiko.

iii. Memberi layanan dan perhatian seistimewa mungkin.

iv. Kenalpasti apa yang diperlukan oleh pelanggan dan sebagainya.

Untuk mencapai strategi tersebut, syarikat haruslah ada kekuatannya yang

tersendiri seperti :-

(1) Mengambil berat mengenai kualiti perkhidmatan kerana mempunyai tenaga

pakar yang ramai.

(2) Bertindak dengan pantas. Contohnya bersikap proaktif.

(3) Sumber modal yang kukuh.

(4) Lokasi yang strategik.

(5) Tenaga kerja yang cemerlang

Bagi syarikat persaingan pula mungkin sukar untuk masuk ke pasaran

perniagaan ini kerana :-

i. Sukar untuk mendapat kepercayaan daripada pengguna kerana pengguna

telah menggunakan perkhidmatan yang tersedia ada dan terbukti akan

keberkesanannya.

ii. Perlukan modal yang tinggi untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada

pelanggan baru.

iii. Kekurangan tenaga kerja yang mahir dan sebagainya.

16
d. Pengaruh persekitaran makro

Untuk melihat dan mengenalpasti peluang-peluang perniagaan bergantung

kepada sejauh mana kita peka dan memberi perhatian kepada perkembangan yang

berlaku dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, teknologi, serta trend-

trend semasa dan masa depan. Oleh itu, syarikat kami telah membuat tinjauan

persekitaran (environmental scanning) yang kemudiannya diperincikan lagi bagi

menyediakan pelbagai opsyen dari segi idea-idea projek tersebut.

i. Persekitaran politik.

Iklim politik merupakan satu unsur terpenting dalam pembangunan

ekonomi sesebuah negara. Kestabilan politik di negara ini adalah stabil dan

aman damai serta tiada gangguan daripada anasir-anasir luar. Maka amat

mudah untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Pihak kerajaan juga memberi

galakan untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Pelbagai aktiviti dan

intensif yang diberikan. Antaranya penyediaan sumber modal melalui Tabung

Usahawan Baru, penyediaan tempat perniagaan melalui Majlis Tempatan,

UDA, latihan dan kemahiran seperti MARA dan sebagainya. Amalan

demokrasi yang menjadi landasan kepada negara ini telah membawa

kesejahteraan negara ini. Oleh itu, tiada masalah, malah lebih mudah untuk

memulakan perniagaan.

ii. Persekitaran ekonomi

Analisis ekonomi merupakan aspek penting dalam membantu untuk

kenalpasti trend dan kadar pertumbuhan yang memberi kesan kepada

perniagaan. Oleh itu, kajian mengenai kedudukan dan tahap ekonomi dari segi

17
pendapatan perkapita, kadar pertumbuhan tahunan, pendapatan semasa, kadar

simpanan, pembahagian pendapatan, kadar faedah semasa, kedudukan

kecairan ekonomi dan kemudahan kredit akan tentukan ia kondusif untuk

membuat pelaburan dan menubuhkan projek.

Selain itu keupayaan syarikat membuat unjuran prospek pertumbuhan

ekonomi adalah untuk kenalpasti peluang-peluang perniagaan yang timbul

daripada trend masa depan tersebut. Semasa ekonomi mengembang sudah

tentunya lebih kondusif kepada pertumbuhan projek begitu juga sebaliknya.

Justeru itu, syarikat harus peka kepada keadaan ekonomi semasa bagi

mengelakkan risiko kerugian. Oleh itu, untuk mendapat data dan maklumat

yang tepat dan terperinci dalam menganalisis prospek dan peluang-peluang

perniagaan, pihak syarikat sentiasa mendekatkan diri dengan jadatan

perangkaan, bank negara yang biasa mengeluarkan angka-angka ekonomi dan

laporan perdagangan negara. Perangkaan yang dikeluarkan bukan sahaja

berkaitan dengan ekonomi nasional malah perkembangan yang berlaku antara

wilayah,negeri dan juga daerah yang boleh menunjukkan trend semasa dalam

bidang tertentu. Oleh itu, syarikat dapat merangka prospek perniagaan yang

mudah, jelas dan tepat.

Syarikat juga perlu mengkaji sumber-sumber tempatan sama ada dari segi

kecukupan bekalan, kualiti dan harga yang terdapat di satu-satu kawasan.

Sumber ini juga merupakan unsure penting dalam menentukan daya maju

sesuatu projek terutamanya dalam perniagaan yang diceburi.

18
iii. Persekitaran teknologi.

Ini merangkumi perkembangan atau penemuan baru dalam bidang sains

dan teknologi daripada industri elektronik, telekomunikasi, bioteknologi,

teknologi informasi dan sebagainya. Dalam mengenal pasti peluang-peluang

perniagaan ini, pihak syarikat telah mengkaji beberapa persoalan yang boleh

mencetuskan idea-idea baru sama ada sesuatu perkhidmatan tersebut dapat

dibesarkan atau dikecilkan, sama ada perkhidmatan menjadi gantian untuk

perkhidmatan lain atau sebagainya.

iv. Sosiobudaya.

Salah satu cara untuk kenal pasti peluang-peluang perniagaan adalah

dengan membuat pemerhatian dan analisis terhadap trend dan perkembangan

yang berlaku dalam sosiobudaya masyarakat. Perbezaan dan persamaan antara

pelbagai budaya dalam masyarakat juga memberi ruang untuk memulakan

projek perniagaan. Contohnya kesibukan masyarakat pada hari ini mengejar

kehidupan yang lebih moden dan terkini menyebabkan keperluan ada

kehendak emosi dan spiritual mereka terabai.

v. Demografi.

Kewujudan satu-satu aktiviti perniagaan juga boleh dihasilkan daripada

perubahan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, pihak syarikat perlu

menganalisis trend demografi yang akan memberi kesan ke atas daya maju

projek seperti cirri-ciri kependudukan, kiadar kelahiran, pola pembelian dalam

segmen pasaran yang pelbagai, pilihan pembelian mengikut perbezaan

19
budaya, agama dan sebagainya. Pecahan pelbagai faktor demografi ini

ditunjukkan seperti berikut :-

Melalui penyelidikan dan dan penelitian yang dibuat ke atas

pesekitaran makro ini dapat memberikan gambaran kepada pihak syarikat

bahawa keadaan adalah baik kerana semua faktor tersebut memenuhi kriteria

dan kehendak yang diperlukan oleh syarikat dalam membina prospek

perniagaan yang lebih berdaya maju dan memperoleh unjuran perniagaan

yang positif. Setiap perniagaan ada risikonya seperti inflasi dan deflasi. Oleh

itu, perancangan yang baik harus direncanakan agar kerugian dapat diatasi dan

keuntungan yang bakal diperolehi.

20
Pembangunan dan Pengeluaran

Di dalam bahagian ini, kami ingin menjelaskan tentang elemen-elemen terpenting

yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran syarikat kami.

Antara elemen-elemen tersebut ialah :

a. Proses pengeluaran.

Syarikat kami merupakan sebuah syarikat yang menguruskan perniagaan

dari segi sistem perkhidmatan perunding peribadi. Oleh itu, matlamat syarikat

kami hanya satu iaitu ingin membantu klien yang memerlukan khidmat runding

berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kami cuba mengeluarkan

pelbagai sumber-sumber idea semata-mata untuk membantu klien ke arah

pencapaian intelek mereka agar dapat memikirkan sesuatu yang positif berkaitan

dengan masalah yang bakal dirujuk kepada pihak kami iaitu dalam maksud lain

ialah klien berasa celik akal setelah memdapat khidmat rundingan dari pakar-

pakar yang profesional dalam syarikat kami.

Apabila syarikat kami menerima klien, kami akan cuba membantu klien

dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar masalah yang dihadapi oleh

klien dapat diselesaikan. Kebiasaannya syarikat kami akan menjalankan beberapa

sesi tertentu sebelum seseorang klien itu dapat menyelesaikan masalahnya. Dari

segi kewangan pula, syarikat kami akan mengenakan kadar yang berpatutan

kepada klien berdasarkan jenis masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor-

kaunselor syarikat kami merupakan mereka yang berpengalaman dan

berpendidikan dan kebolehan mereka dalam membantu klien tidak boleh

dipertikaikan.

21
Syarikat kami juga tidak dinafikan mempunyai cabaran dan risiko serta

kesukaran dalam menjalankan perkhidmatan tersebut. Contohnya persekitaran

perniagaan yang selalu berubah. Pengeluaran sentiasa peka dan sedar akan

pengetahuan dan teknologi terkini. Pengurus perlu memastikan pekerjanya

sentiasa dilatih agar dapat menggunakan pengetahuan dan teknologi tersebut

untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengeluaran. Selain itu,

pengurus pengeluaran perlu sentiasa sedar akan kebolehgantian antara modal dan

pekerja serta kos yang sentiasa berubah bagi dua faktor ini. Ini bermaksud

pengurus pengeluaran sebagai pemangkin perkhidmatan perlu bijak dalam

penggunaan pekerja, modal dan pengurusan untuk meningkatkan perkhidmatan.

b. Sumber-sumber yang diperlukan.

Antara sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat kami ialah berbentuk

kewangan, fizikal, manusia, teknologi, sumber-sumber organisasi, reputasi untuk

membolehkan syarikat dapat beroperasi dengan baik. Sumber kewangan yang

diperolehi oleh syarikat adalah dari perkongsian ahli sahaja. Tetapi ia masih tak

mencukupi dan memerlukan pihak kami memohon pinjaman dari pihak bank

untuk meluaskan perniagan kami ke pelosok negara umumnya.

Selain itu, sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam

menjalankan operasi syarikat. Ini kerana perkhidmatan yang disediakan perlu

kepada pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran. Sumber teknologi juga

diperlukan untuk bersaing lebih fleksibel dengan syarikat perkhidmatan yang lain.

Hal ini kerana sekiranya teknologi yang rendah digunakan akan menyebabkan

klien tidak berminat untuk menjalani sesi kaunseling di syarikat kami.

22
Reputasi syarikat yang baik juga mempengaruhi operasi syarikat sekiranya

syarikat mendapat reputasi yang buruk, maka klien tidak akan mempercayai

syarikat akan berjaya dapat menyelesaikan masalah mereka. Oleh yang demikian

syarikat kami akan terus berusaha untuk membantu individu yang bermasalah

agar mereka berasa puas hati berkaitan khidmat yang telah kami tawarkan dan

menepati moto syarikat iaitu “ Membangun Seiring Bersama Anda”. Kami juga

akan berusaha sedaya-upaya agar klien tidak akan berasa terkilan dengan khidmat

yang telah kami tawarkan kepada mereka.

c. Jaminan kualiti.

Dari segi jaminan kualiti bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat

kami tidak lagi boleh dipertikaikan. Hal ini disebabkan kaunselor-kaunselor yang

akan memberi runding cara merupakan golongan kaunselor yang profesional.

Oleh itu dari segi jaminan kualiti bagi pakar-pakar kami tidak boleh lagi

diperlekehkan oleh pihak lain. Mereka menggunakan pelbagai teknik dan teori

yang membina untuk mengadaptasikannya dengan masalah yang dihadapi oleh

klien.

Klien juga akan berasa lebih selesa dengan budi bicara dari pakar-pakar

kami yang berpengalaman dalam membantu mereka mengenal identiti mereka

sendiri dalam erti kata menempuh alam realiti yang sebenar. Oleh itu, dari segi

kualiti khidmat runding cara dari pakar-pakar kami tidak boleh diragukan akan

keberkesanan mereka dalam membantu klien kea rah pembangunan mental dan

emosi yang stabil seperti insan lain.

23
Rancangan Pemasaran

Dalam bahagian ini, syarikat akan mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada

bagi membentuk tumpuan pemasaran yang menyeluruh seperti syarikat perkhidmatan

yang bakal kami kendalikan ini mempunyai ramai pekerja yang berkebolehan dan

berkemahiran. Oleh itu, syarikat kami akan menggunakan pelbagai kaedah agar dapat

memberikan khidmat pertolongan dan bantuan yang terbaik kepada setiap pelanggan atau

klien kami agar mereka berpuas hati dengan layanan, tumpuan dan kerjasama yang telah

kami tawarkan kepada mereka.

Hal ini menyebabkan secara tidak langsung, klien ini akan memberitahu kepada

rakan-rakan, ahli keluarga, dan sesiapa sahaja tentang kebolehan syarikat kami

menyelesaikan masalah. Selain daripada kempen-kempen promosi tentang syarikat kami

melalui iklan dan brosur untuk memasarkan syarikat ini, klien juga memainkan peranan

mereka bagi menghebahkan kejayaan perkhidmatan kami menyelesaikan masalah mereka

secara tidak langsung syarikat kami boleh berkembang dengan majunya hasil daripada

klien yang memberitahu dan memperkenalkan perkhidmatan yang bermutu yang

ditawarkan oleh syarikat kami.

Terdapat beberapa faktor penting dalam menjayakan lagi rancangan pemasaran

bagi syarikat kami. Antara faktor-faktor tersebut ialah :

a. Konsep keseluruhan dan orientasi.

Dari segi konsep keseluruhan dan orientasi pula, syarikat kami lebih

memfokuskan kepada klien. Oleh itu faedah dan hasil positif yang bakal diperoleh

klien atau pelanggan daripada interaksi mereka dengan syarikat dan perkhidmatan

yang dikeluarkan oleh syarikat mereka akan berasa puas hati kerana masalah

24
mereka dapat diselesaikan oleh syarikat kami. Selain itu, klien juga dapat

menjalani hidup yang ceria selepas melakukan sesi kaunseling dengan pakar-

pakar runding kami yang cukup berkaliber.

b. Strategi pemasaran.

Syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan yang terbaik dari syarikat

pesaing yang wujud di negeri ini. Umpamanya, syarikat kami memberikan

latihan, kursus kepada para pekerja sebelum mereka mengendalikan kerja-kerja

dalam organisasi. Hal ini bagi melatih para pekerja sama ada mahir, separa mahir,

atau tidak mahir dalam menguruskan organisasi bagi memudahkan pakar-pakar

kami menjalankan sesi kaunseling dengan klien.

Selain itu, syarikat kami juga mengrekrut dan memilih para pekerja yang

terbaik dengan cara menganalisis kerja iaitu menggunakan teknik-teknik

mengumpulkan maklumat secara sistematik dan teratur berkenaan dengan tugas,

tanggung jawab dan keperluan kemahiran serta pengalaman pekerja itu sendiri

bagi melayakkan mereka diterima oleh syarikat kami. Setelah kesemua prosedur

menepati kelayakan pekerja pihak syarikat kami akan memberikan latihan dan

kursus sebelum diserapkan di dalam organisai kami.

Syarikat kami amat menitikberatkan soal pekerja yang berkebolehan untuk

menjana mutu dan kualiti dari syarikat kami dapat dibanggakan oleh klien.

Dengan adanya pekerja yang berkebolehan, jentera organisasi dalam syarikat

dapat berjalan dengan lebih lancar demi memartabatkan nama syarikat ke persada

antarabangsa. Oleh itu, syarikat pesaing akan berasa gerun untuk bersaing dengan

syarikat kami kerana mereka tidak mampu memiliki pekerja yang berpotensi

25
untuk memajukan syarikat kerana mereka memilih pekerja secara rambang hasil

dari pemantauan yang kami jalankan terhadap syarikat pesaing tersebut.

Strategi yang kami jalankan ini dapat menyokong kekuatan syarikat kami

untuk lebih mara ke hadapan sejajar dengan saranan kerajaan ingin membantu

para usahawan meningkatkan mutu perniagaan mereka. Kami juga berasa yakin

dengan strategi pemasaran yang kami lakukan ini akan memberi impak yang

terserlah kepada syarikat pesaing dalam menjaga mutu perkhidmatan yang

mereka tawarkan berbanding mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat

kami yang lebih efektif selaras dengan era global.

c. Ramalan jualan.

Ramalan yang dijangkakan oleh syarikat kami ialah syarikat kami akan

cuba menarik ramai klien yang bermasalah agar perkhidmatan yang kami

tawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun, kami juga tidak dapat

menetapkan jangkaan keuntungan yang bakal diperoleh kerana bentuk perniagaan

yang kami ramalkan berbentuk perkhidmatan. Oleh itu, dari segi ramalan jualan

adalah di bawah jangkaan syarikat kami. Tetapi peluang untuk mendapat pulangan

hasil atau keuntungan adalah tinggi. Ini juga hasil pemantauan kami sebelum

mewujudkan perniagan ini. Oleh yang demikian ramalan tentang jualan tentang

perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah di luar jangkaan syarikat

kami. Namun kami akan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami

sejajar dengan visi dan misi syarikat.

26
Rancangan Kewangan

Ramalan tentang penyata kewangan syarikat, sumber kewangan dan strategi

kewangan dapat di lihat seperti di bawah ini.

a. Ramalan Penyata kewangan. (Jangkaan)

Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd


Penyata Pendapatan
Bagi Bulan Berakhir 31 Januari 2005
(RM)
Perkhidmatan 30,120
Tolak : Kos perkhidmatan 20,400
Untung kasar 9720

Belanja Operasi :
Belanja am dan pentadbiran 2000
Belanja pemasaran 1200
Belanja pelbagai 800
Belanja susut nilai 200
Jumlah belanja operasi 4200

Pendapatan sebelum faedah dan cukai : 5520


Tolak : Belanja faedah 520
Pendapatan sebelum cukai 5000
Tolak: cukai 30% 1500
Untung bersih 3500

27
Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd
Penyata Aliran Dana
Bagi Bulan Berakhir 31 Januari 2005

(RM)
Sumber-sumber dana
Dari operasi
Untung bersih 3500
Campur susut nilai 200
3700
Dari sumber lain :
Hutang jangka panjang 1000

4700
Pengurangan dana
Belian aset tetap 1400
Pembayaran dividen 2300
Pertambahan modal kerja 1000
4700

Pertambahan modal kerja


Pengurangan tunai (200)
Peningkatan akaun penghutang 1100
Peningkatan inventori 1300
Peningkatan akaun pemiutang (400)
Peningkatan belanja terakru (600)
Peningkatan pinjaman jangka pendek (200)
1000

28
Perundingan Jaya Bakti Sdn Bhd
Kunci Kira-Kira
Bagi Bulan Berakhir 31 Januari 2005

Aset
(RM)
Aset Semasa :
Tunai 1640
Akaun Penghutang 5900
Inventori 5300

Jumlah aset semasa 12,840

Aset Tetap :
Aset tetap 21,000
Tolak : Susut nilai terkumpul 6740
Jumlah aset tetap 14,260

Jumlah aset 27,100

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

Liabiliti semasa :
Akaun pemiutang 2000
Pinjaman jangka pendek 2000
Belanja terakru 2500
Jumlah liabiliti semasa 6500
Hutang jangka panjang 7600

Jumlah liabiliti 14,100

Ekuiti Pemilik :
Saham biasa 2000
Premium saham 5800
Pendapatan Tertahan 5200

Jumlah ekuiti pemilik 13,000

Jumlah liabiliti dan ekuiti 27,100

29
b. Sumber Kewangan.

Kos permulaan perniagaan syarikat Perunding Jaya Bakti adalah sebanyak

RM 60 ribu. Di sini syarikat akan kemukakan semua aset fizikal yang perlu dibeli

oleh syarikat sebelum syarikat dapat beroperasi dengan jayanya.. contoh aset

fizikal yang dibeli oleh syarikat ialah alatan pejabat,alat tulis, perabut,dan

sebagainya. Semua ini penting untuk memulakan sesuatu perniagaan terutamanya

perkhidmatan perundingan. Perletakan harga yang ditetapkan oleh syarikat kami

adalh berdasarkan seperti berikut:

1. Individu – satu sesi RM 50 ( 1 jam )

2. Surirumah –satu sesi RM 45 (1 jam)

3. Institusi- satu sesi RM 250 (1 jam )

4. Firma – satu sesi RM 650 (1 jam )

Kesemua wang yang diperlukan oleh perniagaan adalah sebanyak RM 120

ribu. Oleh itu, syarikat kami perlu membuat pinjaman dengan pihak bank.

Sandaran atau cagaran daripada syarikat akan berikan sekiranya pinjaman

diluluskan adalah seperti rumah, tanah dan sebagainya. Syarikat akan membayar

balik pinjaman kepada pihak bank pada kadar yang berpatutan dan tetap pada

setiap bulan. Daripada penyata kewangan yang telah diramalkan, pihak syarikat

kami amat berkeyakinan dengan kemampuan pihak kami untuk membayar balik

jumlah pinjaman yang telah diluluskan.

c. Strategi kewangan

Dari segi strategi kewangan terbahagi kepada dua iaitu pembiayaan hutang

jangka panjang dan pembiayaan hutang jangka pendek. Pembiayaan hutang

30
jangka panjang pula terbahagi kepada dua iaitu pinjaman tetap atau bertempoh

dan terbitan sekuriti.

i. Pinjaman tetap atau bertempoh

Syarikat kami akan cuba mendapatkan sumber kewangan daripada

bank atau agensi kerajaan seperti MARA, Tabung Pemulihan Usahawan,

pinjaman belia dan sebagainya.

ii. Pembiayaan hutang jangka pendek

Terdiri daripada kemudahan kredit yang diberi oleh pembekal dan

institusi kewangan. Antaranya kredit perdagangan, overdraf, pinjaman

jangka pendek, surat kredit dan pemfaktoran.

Bagi memantapkan strategi kewangan syarikat kami, kami akan cuba

meminta sumber pinjaman dari Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn)

dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) antara cara terbaik bagi

syarikat kami untuk memohon pinjaman bagi menjayakan perniagaan kami.

31
Organisasi dan Pengurusan.

a. Sumber Personel Utama

Dalam sumber personel utama ini pihak syarikat kami akan memaparkan

carta organisasi syarikat, hasil tinjauan kami sebelum menubuhkan syarikat ini,

kami juga akan memaparkan latar belakang pendidikan kaunselor-kaunselor kami

serta eksekutif pentadbiran kami yang bertungkus lumus menjayakan perniagaan

kami ini.

Kami juga akan memaparkan secara terperinci tentang vitae kurikulum

klien yang boleh menjalankan sesi kaunseling dengan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh syarikat kami. Syarikat kami merupakan sebuah syarikat yang

baru memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Oleh itu, kami tidak banyak

mempunyai pengalaman tentang menguruskan syarikat sendiri.

Tetapi, kami bernasib baik kerana pengalaman kerja kami menyebabkan

kami telah mengetahui tentang selok-belok berkaitan dengan perniagaan. Selain

itu, hasil pemantauan kami terhadap syarikat pesaing merupakan titik tolak kami

adaptasikan pengalaman syarikat mereka sebelum tertubuhnya syarikat kami.

Sebelum menubuhkan syarikat ini, kami telah menjalankan kajian dan

pemantauan selama hampir dua tahun.

Oleh itu kami berasa yakin dengan keuntungan yang akan diperoleh

syarikat kami ini adalah tinggi.Kami juga bercadang akan mengembangkan lagi

syarikat kami sehingga tersenarai di bursa saham.

32
Manakala dari segi latar belakang pendidikan jentera pentadbiran kami

adalah seperti berikut :

Encik Osfarizal bin Othman, (841028-11-5149), beralamat di No. 42, Jalan Pantai

Penyu, Kampung Kuala Abang, 23050 Dungun, Terengganu, merupakan Presiden

I syarikat pernah bekerja Kementerian Negara Brazil sebagai seorang kaunselor

profesional selama lebih dari 12 tahun. Beliau dilahirkan pada 28 Oktober 1984

dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling Organisasi dari Universiti

Colorado, U.S.

Puan Mimi Yuhannis binti Mohamed Rina, (840420-03-5544), beralamat di 45E,

Kampung Awek, Jalan Gong Tebu, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu, merupakan

Presiden II syarikat pernah bekerja di Jabatan Psikiatri di Eropah sebagai Pakar

Psikiatri Profesional selama lebih 9 tahun. Beliau dilahirkan pada 20 April 1984

dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Psikologi Kemanusiaan dari Universiti

Oxford, London.

Puan Wan Azlindawati binti Mohd Arbee, (830428-08-6056), beralamat di No.7

Kampung Keranji, 33600 Enggor, Kuala Kangsar, Perak, merupakan Eksekutif I

dalam syarikat pernah bekerja di Jabatan Patadologi di Benua Afrika selama

hampir 8 tahun. Beliau dilahirkan pada 28 April 1983 dan merupakan lulusan PhD

dalam jurusan Psikologi Perkembangan dari Universiti Ohio,Amerika.

33
Puan Siti Zawiyah binti Awang, (841210-02-5342), beralamat di Kampung Nyior,

06000 Jitra, Kadah, merupakan Eksekutif II dalam syarikat pernah bekerja di

Jabatan Psikologi di Jakarta, Indonesia selama hampir 7 tahun. Beliau dilahirkan

pada 10 Disember 1984 dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling

Organisasi dari Universiti Indiana, Bloomington, England.

Encik Ameerul Ashraf bin Che Ahzahan, (840418-03-6169), beralamat di No.4,

Lorong NADA & CO’S, Kampung Pak Ramat, Seterpa, Peringat, 16400, Kota

Bharu, Kelantan, merupakan Eksekutif Pentadbiran dalam syarikat pernah bekerja

dengan Kementerian Perangkaan Malaysia selama 4 tahun. Beliau dilahirkan pada

18 April 1984 dan merupakan lulusan Master dalam jurusan Pemasaran dari

Universiti Utara Malaysia.

Cik Hazwani binti Ismail, (850411-11-5082), beralamat di 6529-F Kampung

Padang Mengkuang, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu, merupakan

Eksekutif Pemasaran dalam syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 11 April 1985

dan merupakan lulusan Master dalam jurusan Pemasaran dari Universiti Sains

Malaysia.

34
Cik Amylia binti Ahmad, (841231-02-5528), beralamat di Kampung Machang,

Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah, merupakan Eksekutif Sumber Manusia dalam

syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1984 dan merupakan lulusan

Master dalam jurusan Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra

Malaysia.

Cik Nurul Huda binti Mat Isa @ Salleh, (840824-02-5174), beralamat di F 621 B

Kampung Simpang 4, Sedaka, 06900 Yan, Kedah, merupakan Eksekutif

Kewangan dalam syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos 1984 dan

merupakan lulusan Master dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Malaya.

Cik Nik Samihah binti Nik Man, (840701-03-6164), beralamat di Kampung

Kemudi, Bachok, Kelantan, merupakan Eksekutif Perkhidmatan dalam syarikat

kami. Beliau dilahirkan pada 01 Julai 1984 dan merupakan lulusan Master dalam

jurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dari segi vitae kurikulum bagi pelanggan yang ingin mendapatkan

perkhidmatan kami syarikat kami akan menerima klien tanpa mengira umur,

jantina, budaya, agama dan sebagainya kecuali pengguna yang abnormal sahaja

tidak akan di kategorikan oleh syarikat kami. Kami akan cuba membantu klien

yang menghadapi masalah dengan sebaik mungkin untuk membawa klien kearah

landasan yang betul dalam kehidupan realiti mereka.

35
Dari segi pemberian ganjaran kepada pekerja yang menyumbang kearah

peningkatan taraf syarikat kami amat dititkberatkan oleh pihak kami.

Umpamanya, bengan gaji, bonus, insentif serta faedah yang setimpal dengan

penglibatan mereka dalam organisasi tersebut. Syarikat kami juga turut

mengambil peguam syarikat untuk menjaga kepentingan syarikat dan mengurus

perundangan syarikat. Di sini akan terbentuknya keberkesanan dan kelancaran

syarikat.

Selain itu, agensi pengiklanan turut memainkan peranan dalam

memperkenalkan syarikat kepada masyarakat. Oleh itu, pelbagai iklan dan

program yang telah diaturkan untuk menarik penglibatan masyarakat agar mereka

tampil ke hadapan untuk menangani kehidupan mereka dengan lebih teratur.

Melalui pengiklanan yang berkesan dapat menangkis anggapan masyarakat yang

mengatakan individu yang inginkan khidmat kaunselor hanyalah individu yang

bermasalah.

b. Strategi Pengurusan Sumber Manusia

Falsafah asas syarikat terhadap pengurusan sumber manusia adalah lebih

cenderung mengamalkan penyeliaan secara umum terhadap pekerja. Namun,

syarikat akan tetap memastikan pekerja menjalankan tugas dengan baik,

mematuhi peraturan syarikat dan meningkatkan prestasi kerja serta semangat

berpasukan dari semasa ke semasa. Penyeliaan secara umum ini akan memberikan

peluang kepada pekerja syarikat lebih bijak mengambil sesuatu tindakan atau

strategi agar kebajikan pekerja lebih terpelihara. Keadaan ini juga berikutan tidak

36
mahu memberikan tekanan yang berlebihan kepada pekerja, sebaliknya inginkan

pekerja dalam keadaan yang selesa dan kondusif.

Pendekatan dan strategi firma terhadap pampasan, perkongsian

keuntungan dan pemilikan oleh pekerja. Pampasan diberikan kepada pekerja yang

bersara. Objektif pemberian pampasan adalah untuk memberikan penghargaan

kepada pekerja yang telah memberikan perkhidmatan secara taat dan baik, untuk

membekalkan saran hidup kepada pekerja selepas bersara, untuk menggalakkan

pekerja untuk terus berkhidmat kepada organisasi dan untuk memberikan

perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja semasa bekerja dengan syarikat.

Strategi bagi pembangunan dan latihan bagi pekerja biasa dan pihak

pengurusan iaitu latihan merupakan satu proses peningkatan kemahiran untuk

memenuhi keperluan semasa yang boleh menyumbang ke arah pencapaian

matlamat organisasi. Manakala, pembangunan pula merupakan proses

peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan masa hadapan. Terdapat

perbezaan antara latihan dan pembangunan iaitu dari segi latihan bidang ini

memfokuskan kepada memberi latihan dalam pengurusan dalam organisasi.

Melibatkan jangka masa sekarang yang bermatlamat memperbaiki

kelemahan kamahiran dan meningkatkan prestasi. Contohnya, kemahiran

komunikasi, penggunaan computer, pengurusan kepimpinan, pembuatan

keputusan, kemahiran teknikal, pengurusan pemasaran dan sebagainya. Manakala,

bagi jangka masa panjang pula, matlamat strategi pembangunan ialah persediaan

bagi keperluan pekerjaan kepada masa hadapan. Misalnya tujuan kenaikan

37
pangkat. Antara contoh kemahiran ialah kepimpinan kemahiran delegasi,

pembuatan keputusan dan pengurusan perubahan.

Pengambilan pekerja pula, berdasarkan kekosongan jawatan yang

ditawarkan pada peringkat permulaan.Pengambilan pekerja mencukupi

memandangkan syarikat kami baru beroperasi. Dari segi pengambilan pekerja

syarikat kami telah menetapkan beberapa syarat dengan jumlah yang terhad.

Setakat ini pekerja di bawah organisasi kami adalah seramai 50 orang pekerja.

Pekerja yang akan diambil akan disalurkan di bawah jabatan-jabatan tertentu

dalam syarikat.

38
Pemilikan.

a. Bentuk Perniagaan.

Bentuk perniagaan syarikat kami ialah perkongsian. Perniagaan

perkongsian ialah perniagaan yang dimiliki di antara 2-50 orang bertujuan untuk

mendapatkan keuntungan atau sebarang faedah. Perniagaan perkongsian

dikatakan lebih besar daripada perniagaan tunggal kerana mempunyai lebih

daripada 4 orang pemilik. Dengan itu, ia boleh mengumpulkan banyak modal,

idea serta kreativiti untuk menguruskan perniagaan dengan teratur dan baik.

Perniagaan perkongsian mempunyai perjanjian perkongsian yang antara

lain mengandungi butiran seperti :

1. Nama perniagaan dan firma perniagaan

2. Cukai perniagaan beroperasi

3. Jenis perniagaan

4. Jangka masa perniagaan beroperasi

5. Nama rakan kongsi dan jumlah modal yang mereka sumbangkan dalam

perniagaan

6. Kerja dan tugas setiap rakan kongsi

7. Jumlah harta yang mereka boleh keluarkan daripada perniagaan untuk

kegunaan peribadi

8. Jumlah modal pusingan

9. Prosedur pembubaran perniagaan

10. Peratus keuntungan yang perlu diagihkan antara rakan kongsi.

39
Butiran-butiran lain dalam perjanjian perkongsian bergantung kepada persetujuan

bersama oleh rakan kongsi. Biasanya perniagaan perkongsian terlibat dengan

industri peruncitan, restoran, perundangan, pengangkutan, perkhidmatan

profesional dan sebagainya.

Antara kelebihan perniagaan perkongsian ialah:

i. Ia mudah ditubuhkan jika dibandingkan dengan perniagaan perbadanan

kerana tidak banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

ii. Modal perkongsian lebih banyak jika dibandingkan dengan perniagaan

tunggal, oleh itu ia lebih mudah berkembang.

iii. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana ramai yang terlibat sebagai

rakan kongsi boleh menyumbangkan idea dan pandangan untuk

pengurusan perniagaan.

iv. Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan sebagai pendapatan

individu dan bukan sebagai pendapatan perniagaan. Setiap rakan kongsi

perlu mengisytiharkan pendapatannya hasil keuntungan perniagaan

perkongsian dan mereka akan dicukai berasingan (berpandukan

pendapatan individu. Cukai syarikat yang dikenakan ke atas perniagaan

perkongsian.)

v. Status perundangan perkongsian besar kerana ia mempunyai perjanjian

jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perniagaan perkongsian

perlu mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta

Perkongsian 1961.

40
b. Kedudukan Ekuiti

ASET
TETAP
EKUITI
PEMILIK

MODAL ASET
BERUBAH
LIABILITI

PEMBIAYAA
N MODAL

41
Ringkasan dan Kesimpulan.

Secara tuntasnya, perkhidmatan syarikat kami merupakan perkhidmatan yang

terbaik berbanding perkhidmatan syarikat-syarikat lain. Pakar-pakar syarikat kami akan

cuba memberikan khidmat kepakaran mereka yang terbaik kepada para pengguna atau

klien yang ingin mendapatkan khidmat dari syarikat kami. Klien tidak perlu berasa malu

untuk menceritakan masalah mereka kepada pakar-pakar kami kerana sudah menjadi

etika kerja pakar-pakar kami merahsiakan masalah yang dikongsikan kepada kami.

Selain itu juga, klien akan berasa lebih celik akal setelah membuat sesi kaunseling

dengan pakar-pakar kami yang cukup terlatih. Sejajar dengan moto syarikat kami iaitu

‘Membangun Seiring Bersama Anda’, syarikat kami akan cuba pelbagai kaedah dan

teknik yang difikirkan sesuai untuk membantu klien. Arah tuju syarikat pula ialah

menjadikan perkhidmatan ini terus mara ke hadapan seterusnya syarikat kami dapat

tersenarai di bursa saham. Kami juga akan melakukan strategi-strategi yang membina

untuk menaikkan perkhidmatan yang ditawarkan ke persada antarabangsa.

Kesimpulannya, syarikat yang bakal kami jalankan sememangnya lebih

berpotensi untuk lebih maju pada era global pada masa kini. Kami juga akan membuat

pemantauan dari masa ke masa agar perkhidmatan kami lebih mendapat sambutan baik

dalam negeri ini mahupun luar negeri. Matlamat kami ialah ingin membantu individu

yang mengalami kekeliruan tentang personaliti mereka demi mencapai misi dan visi

syarikat. Oleh itu, kami mengharapkan agar segala bentuk pinjaman yang kami perlukan

akan dapat dipertimbangkan oleh pihak atasan kerana syarikat yang bakal kami wujudkan

ini sememangnya terbukti akan kejayaannya.

42
Penjadualan dan Peristiwa Penting.

BIL PERISTIWA TARIKH

1 Sumbangan modal dari rakan-rakan kongsi untuk 10- September-2004

menubuhkan syarikat.

2 Hasil kajian daripada pesaing-pesaing diperoleh 12- Oktober-2004

untuk membentuk syarikat yang lebih efektif dan

fleksibel untuk mengatur strategi yang lebih

kondusif.
3 Membuat sinopsis lokasi, persekitaran, untuk 15-Oktober -2004

membentuk sesebuah organisasi.

4 Tetapkan bentuk pemilikan perniagaan dan 01-November-2004

persetujuan dicapai untuk memilih perkongsian

sebagai bentuk perniagaan.

5 Prosedur pemilihan pekerja untuk membantu 02-Disember-2004

jentera syarikat dalam menguruskan organisasi

syarikat dan lakukan orientasi kepada pekerja-

pekerja baru.

6 Tertubuhnya Syarikat Perunding Jaya Bakti 01-Januari-2005

43
 Www.yahoo.com.

 Www.google.com

 Siri teks STPM,Pengajian Perniagaan 1, Longman.

 Siri Teks STPM, Pengajian Perniagaan 2, Longman.

 Rujukan Komprehensif, Pengajian Perniagaan 1, Pustaka

Sarjana.

 Rujukan Komprehensif, Pengajian Perniagaan 2, Pustaka

Sarjana.

 Siri Nota Kolej Matrikulasi Perlis, Pengurusan Perniagaan

Semester 1, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Siri Nota Kolej Matrikulasi Perlis, Pengurusan Perniagaan

Semester 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Contoh-contoh Business Proposal dari syarikat-syarikat

milikan tunggal dan perkongsian

44
45
46
STESEN
BAS

Syarikat Kami

Hock Kee
Seng

Dari Kuala Terengganu ke KL

POLITEKNIK HOTEL

MYDIN

47
 AnDa BerMasALah ?????

 InGInkaN KetEnaNgAn???????

 IngiNkan KhiDmat NasIhAt???????

 InGInkaN BiMbinGaN??????

 InGiNkaN KeMajuAn DalaM HidUp????

 AnDA BuNtU?????

 TaK TaHu CaraNya?????

KAMI SEDIA MEMBANTU…..

TIADA KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN!!!

TETAPKAN TEMUJANJI ANDA DI FIRMA KAMI!!!

Perunding .Jaya Bakti Sdn Bhd,


Lot 42 - A Jalan Sultan Omar,
Bangunan Wangsa Maju,
20201 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6989897/ 6989898/ 6989899
Faks : 09-6989889/ 6989879
E-mel :http://www.jayabakti.com.my
Isnin- Jumaat : 8.00 pagi- 4.00 petang

“MEMBANGUN SEIRING BERSAMA ANDA”

48
Presiden I
( Kaunselor Psikiatrik )
Osfarizal Bin Othman

Presiden II
( Kaunselor Keluarga )
Mimi Yuhannis Mohd Rina

Eksekutif I Eksekutif II
( Kaunselor Korporat ) ( Kaunselor Psikologi )
Wan Azlindawati Mohd Arbee Siti Zawiyah Awang

Eksekutif Pentadbiran Eksekutif Pemasaran


( Kaunselor Sakit Tuan ) ( Kaunselor Sakit Puan )
Mohd Ameerul Ashraf Che Ahzahan Nor Hazwani Ismail

Eksekutif Kewangan Eksekutif Sumber Manusia


( Kaunselor Remaja ) ( Kaunselor Orang Tua )
Nurul Huda Mohd Isa @ Salleh Amylia Ahmad

Eksekutif Perkhidmatan
( Kaunselor Kanak-kanak )
Nik Samihah Nik Man

SEKALUNG BUDI

49
Bersyukur kami ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya

dapat juga kami menyiapkan laporan ini dengan sempurna dan jayanya. Ini semua adalah

berkat kesungguhan kami serta bantuan dari rakan-rakan seperjuangan dan tidak lupa

juga Cik Azlinzuraini bt Ahmad, pensyarah Pengurusan dan Perniagaan (PGN 3101).

Sebagai menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga, kami tujukan penghargaan

ini khas kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam usaha menyiapkan laporan ini.

Terima kasih terutamanya adalah kepada Encik Zahari B Md.Din selaku Penolong

Pengurus Pemasaran Felcra Berhad Seberang Perak dan Puan Norima, pemilik Kedai

Runcit Ima kerana kerjasama dan maklumat yang lengkap serta bantuan yang telah

mereka berikan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya rakamkan kepada rakan-rakan sekelas

yang turut membantu dan memberi sokongan kepada kami untuk memberi sepenuh

komitmen terhadap tugasan ini. Akhir kata, segala pengalaman, pengetahuan, tunjuk ajar

dan bantuan sama ada disedari atau tidak saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih

yang tidak terhingga.

50
51
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah

ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sector luar

Bandar dengan membantu penduduk- penduduk sekitar menyertai aktiviti-aktiviti

ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997 semasa dikorporatkan FELCRA telah ditukar nama

kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah badan berkanun

kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran entity korporat ini

membolehkan FELCRA BERHAD menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras

dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan lading dan aktiviti- aktiviti

teras, FELCRA BERHAD kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi

menyertai sector perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang

berkembang.

Akhirnya, FELCRA BERHAD berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang

berjaya disamping mencipta sector luar Bandar yang lebih dinamik, menarik dan

menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya diantara program yang

berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

52
Falsafah pembangunan FELCRA BERHAD ialah menerapkan konsep

pembangunan kepada penduduk yang miskin yang memerlukan pembelaan dari

kerajaan. Program pembangunan yang dibawa adalah berdasarkan kepada konsep untuk

memodenkan sub sector pertanian luar Bandar dengan memperkenalkan teknologi

pengurusan perladangan moden supaya sub sector ini dapat besaing atau sekurang-

kurangnya tidak jauh ketinggalan dari sector Bandar dan industri.

Selain itu, konsep berkenaan juga adalah untuk memberikan kebaikan kepada

peserta dari segi pendapatan tambahan disamping menyediakan infrastuktur kepada

mereka untuk bergiat di sub sector yang lebih produktif dimasa hadapan.

Objektif penubuhan korporat FELCRA BERHAD adalah memberi nilai pulangan

yang tinggi ke atas projek- projek yang dibangunkan selain meningkatkan kualiti hidup

warga staf dan peserta. FELCRA BERHAD juga dapat memperbaiki tahap produktiviti

melalui kecekapan dan teknologi pengurusan terkini. Selain itu, ia juga mampu

memperluaskan teknologi penyatuan dan pengurusan tanah ke luar negara serta

mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat.

53
Beberapa dasawarsa selepas merdeka Malaysia muncul lebih matang dan

berpengalaman. Pada tahun-tahun 70-an kerajaan pimpinan YAB Tun Abdul Razak Dato’

Hussein melakukan rombakan strategic dalam hala tuju ekonomi. Bidang ekonomi

diperkuat dengan mengurangkan pergantungan sepenuhnya kepada komoditi utama

seperti bijih timah dan getah. Kerajaan menekankan betapa pentingnya usaha

mempelbagaikan aktiviti, dengan menggalakkan penanaman kelapa sawit secara meluas.

Kelapa sawit kemudiannya muncul sebagai tanaman utama negara. Penekanan turut

diberi kepada bidang pembuatan dan perindustrian.

Pada hari ini, lading getah dan lading kelapa sawit subur menghijau meliputi

permukaan bumi Malaysia, di celah-celah kawasan Bandar dan hutan. Tanaman padi,lada

hitam, sagu dan koko adalah antara usaha pertanian yang turut dijalankan.

Pembangunan In-Situ di mana penyusunan semula kampung-kampung tradisional

dilaksanakan untuk membolehkan mutu hidup masayarakat kampung melalui

pengembangan aktiviti ekonomi yang menjamin tahap pendapatan yang lebih baik. Para

pemilik tanah kampung digalakkan menyerahkan tanah mereka yang tidak seberapa itu

supaya kerajaan negeri dapat menyelenggarakan penyatuan bidang tanah mereka dengan

tanah negeri. Secara kolektif langkah ini menghasilkan kawasan tanah yang besar untuk

penanaman getah dan kelapa sawit secara meluas. Daripada penyertaan ini penduduk

kampung memperolehi pendapatan yang lebih baik berbanding dengan apa yang mampu

mereka hasilkan sendiri daripada petak tanah yang kecil itu.

54
Kawasan rendah berpaya di Seberang Perak, Perak menjadi tumpuan suatu kajian

khas pada tahun 1976. Menurut kajian itu, tanaman padi , kelapa sawit dan koko paling

sesuai diusahakan dengan sokongan infrastruktur dan pengurusan input yang baik kerana

daerah itu berada dalam lingkungan ‘ jelapang padi’. Maka kerajaan telah memasukkan

tanaman padi dengan harapan ia akan memenuhi permintaan tempatan yang semakin

meningkat terhadap bahan ruji ini. Baki kawasan tersebut dijadikan lading kelapa sawit.

Lebih daripada 20 agensi kerajaan diketuai oleh FELCRA telah dikerah untuk

mmejukan kawasan pembangunan pertanian bersepadu seluas 13,027 hektar ini. Sejak

tahun 1979 hingga sekarang, seluas 4,353 hektar telah ditanam dengan padi dan 8,034

hektar telah di tanam dengan kelapa sawit. Tanggungjawab FELCRA menjangkau

berbagai-bagai aktiviti daripada menguruskan sawah padi dan ladaang kelapa sawit

kepada menentukan tempat kediaman serta juga aktiviti sosioekonomi

55
Biji lerai sawit.

Cadges.

56
\

Fertilizer

57
Palm Oil

Masalah yang di hadapi oleh syarikat korporat

58
(FELCRA BERHAD)

1) Pemasaran.

Setelah dikorporatkan, FELCRA melangkah ke dunia baru yang penuh cabaran

dan saingan. Perubahan kepada suasana baru ini bukan sahaja dari segi fizikal dalam

bentuk nama dan logo baru malah dari aspek skop tugas dan tanggungjawab. Jika

sebelum ini, Felcra tidak dibenarkan mencari keuntungan, FELCRA Berhad perlu

berurusniaga untuk menjana hasil pendapatnya sendiri.

Unit pemasaran bertanggungjawab dalam memasarkan keluaran komoditi

utamanya iaitu getah, padi dan kelapa sawit. Ia melibatkan analisis, perancangan,

perlaksanaan dan kawalan program yang direka untuk mewujudkan dan mengekalkan

pertukaran berfaedah dengan pembeli sasaran yang bertujuan untuk mencapai objektif

organisasi. Saluran pemasaran FELCRA Berhad biasanya terdiri daripada BERNAS,

Pusat Benih dan Swasta.

Selain itu, FELCRA Berhad mempunyai masalah dalam menentukan harga bagi

setiap tanaman yang dihasilkan untuk di pasarkan kerana perbezaan harga yang dibuat

oleh pelanggan. Harga yang berpatutan dan terbaik perlu dipertimbangkan kerana Felcra

perlu menjaga kepentingan para peserta. Ini menyebabkan proses pemasaran mengambil

masa yang lama.

59
2) Pengurusan kewangan.

Kewangan merangkumi proses, institusi, pasaran instrumen yang terlibat dalam

pemindahan data atau pemindahan wang antara individu, perniagaan, kerajaan dan pihak-

pihak lain yang terlibat dalam penggunan wang. Kemahiran dalam pengurusan kewangan

membolehkan sesebuah organisasi membuat keputusan kewangan yang bijak.

Pengurusan kewangan yang di buat oleh Felcra perlu teliti kerana ia melibatkan

pihak lain iaitu peserta dan bukan sahaja syarikat itu sahaja.Matlamat Felcra adalah

memajukan masyarakat pekebun kecil dan menjaga kebajikan mereka, oleh yang

demikian golongan ini seolah-olah menaruh kepercayaan terhadap Felcra.

Atas dasar inilah Felcra perlu mengekalkan persepsi peserta terhadap mereka.

Oleh itu setiap tahun Felcra perlu membentangkan laporan belanjawan setiap tahun

kepada peserta supaya peserta dapat mengetahui keuntungan dan kerugian yang di alami

oleh Felcra yang juga melibatkan punca kewangan mereka.

Secara umumnya, unit kewangan dan perakaunan bertanggungjawab dalam

mengurus dan mengemaskini belanjawan syarikat iaitu hasil dan perbelanjaan Felcra

yang melibatkan semua urusan kewangan seperti baucer, invois, cek kutipan hasil dan

terimaan yang melibatkan resit daripada peringkat kawasan. Apa yang merumitkan ialah

adakalanya data dan resit yang berkaitan pengurusan kewangan Felcra lambat diterima

dan menyukarkan unit kewangan untuk menyediakan belanjawan. Apabila laporan tidak

dapat disediakan dengan sebaiknya maka ini akan menyulitkan keadaan antara organisasi

ini dan peserta.

60
3) Pengurusan pekerja.

Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan staf yang

merangkumi pekerja dan pengurus yang terdapat dalam organisasi tersebut. Sumber

manusia merupakan sumber yang terpenting dalam organisasi. Mereka menawarkan

bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber

manusia organisasi bukan sahaja tidak dapat bergerak malah ia tidak akan wujud.

Bagi Felcra, mereka memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dalam

pengurusan,kemahiran teknikal tertentu dan kebolehan mentadbir organisasi supaya tanah

dan tanaman yang mereka usahakan memberi hasil dan keuntungan yang lumayan. Hal

ini sukar bagi Felcra kerana kebanyakan pesertanya merupakan penduduk- penduduk

yang tahap pendidikannya rendah dan kurang berkemahiran. Pekerja- pekerja luar bandar

ini perlu diberi latihan dan bimbingan sepenuhnya terlebih dahulu agar pembangunan

kawasan desa dan kawasan bandar seimbang.

Felcra memperkenalkan program untuk membantu kaum belia desa dengan

memberi latihan kemahiran pertanian. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua, tanah

seluas 24,280 hektar telah diperuntukkan sebagai “Rancangan Tanah Belia” dan

memerlukan ramai belia desa untuk menyertainya. Belia desa yang menganggur dan

mempunyai tahap pendidikan yang rendah berumur 17- 23 tahun, telah diberi peluang

untuk menjadi peserta. Belia- belia yang terpilih dihantar ke Pusat Latihan Belia Pelupur

Negara Dusun Tua untuk menjalani kursus orientasi untuk menghadapi cabaran sebagai

peserta. Mereka diberi latihan dalam asas-asas pembangunan tanah dan pertanian. Ini

akan mengambil masa yang panjang bagi mendapatkan belia yang betul- betul

berkemahiran.

61
4) Pembekal

Pembekal biasanya mendapat keuntungan daripada jualan dan mendapat kebaikan

daripada perkembangan sesebuah organisasi syarikat itu. Pembekal membekalkan

keperluan yang diperlukan oleh syarikat. Oleh kerana Felcra mengeluarkan sendiri

pengeluaran mereka seperti padi, getah dan kelapa sawit, maka mereka memerlukan

peruntukan yang mencukupi bagi menjaga kualiti tanaman.

Peruntukan baja dan racun serangga adalah sangat penting untuk tumbesaran dan

kesuburan tanaman. Oleh itu,bekalan yang diperlukan adalah banyak berikutan kawasan

tanaman yang luas. Jika peruntukan yang diberikan adalah sedikit, ini akan memberi

masalah dalam menghasilkan tanaman yang bermutu. Dengan kehadiran serangga,

rumpai dan perosak, ia menjejaskan hasil komoditi utama. Langkah- langkah pencegahan

dan kawalan awal amat penting bagi kawasan tanaman yang luas dan ia juga memerlukan

peruntukan yang besar dan peruntukan ini sukar diperolehi.

5) Produk dan perkhidmatan

Produk yang dijual dalam pasaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada

pasaran yang mempunyai ciri- ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki,

digunakan dan mempunyai faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pelanggan.

Felcra memproses sendiri komoditi utamanya seperti padi, getah dan kelapa sawit

sebelum menghantar untuk tujuan pemprosesan yang selanjutnya. Tapi apa yang pasti, ia

perlu dibuat kajian terlebih dahulu. FELCRA Berhad juga menubuhkan anak syarikat

iaitu Felcra Plantation Services Sdn. Bhd.(FPS) yang merupakan sebuah syarikat

Perunding dan Penasihat yang mempunyai kepakaran dalam perancangan dan

62
pembangunan tanah termasuk tanah pemilik pekebun kecil bagi tanaman kelapa sawit,

getah dan padi secara estet.

Apa yang dapat dilihat ialah matlamat penubuhan anak syarikat tersebut adalah

untuk mempertingkatkan produktiviti dan menguntungkan ladang tanaman tapi apa yang

berlaku sebaliknya kerana kebanyakan pengusaha seperti pekebun- pekebun kecil hanya

mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan produktiviti tanaman untuk

dipasarkan.

Selain itu, FPS melakukan lawatan secara berjadual bagi mengenalpasti

kelemahan- kelemahan dan mengesyorkan kaedah penyelesaian yang terbaik. Operasi

melalui peneapan disiplin ke dalam sistem ladang secara menyeluruh turut dilakukan

kerana kebanyakan sistem ladang yang digunakan tidak mengikuti apa yang telah

ditetapkan.

6) Pinjaman

Modal yang mencukupi amat penting apabila ingin memulakan perniagaan.

Antara banyak pertubuhan yang telah membantu Felcra dalam tugasnya ialah Bank

Dunia, Bank Islam Malaysia Berhad dan Perwira Affin Bank. Peranan Bank Dunia amat

besar sepanjang penubuhan Felcra pada awalnya. Di samping mengeluarkan pinjaman

untuk menolong memperbaiki sektor luar bandar , Bank Dunia mengikuti kemajuan

projek- projek yang dikendalikan oleh Felcra demi menjayakan rancangan tersebut.

Daripada pemerhatian mereka yang mendapati perlunya disediakan bantuan teknikal bagi

memastikan adanya pemindahan teknologi di bidang pengurusan ladang yang cekap.

63
Dapat dilihat, Felcra amat bergantung kepada perbadanan ini dalam mendapatkan

peruntukan kewangan.dan sebagai pertukarannya Bank Dunia akan pantau setiap aktiviti

yang dijalankan oleh Felcra. Bank Dunia juga meminjamkan ahli- ahli profesionalnya

untuk bekerja rapat dengan para pegawai Felcra. Selain membantu Felcra meningkatkan

tahap kecekapannya,ia juga adalah sebagai satu usaha untuk mengawasi projek yang

dijalankan oleh Felcra.

Satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan oleh Konsultant KPM Khidmat

bersama Snowy Mountain Engeneering Corporation untuk menentukan perancangan dan

perlaksanaan yang teratur terhadap pembangunan kawasan Seberang Perak dengan

persetujuan bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kajian ini, Bank

Dunia telah mempersetujui cadangan pembangunan kawasan Seberang Perak berasaskan

perakuan Kerajaan dan secara rasmi pembiayaan tersebut dimulakan pada 5 Ogos 1981

dimana satu perjanjian pinjaman sebanyak US$50 juta telah ditandatangani antara Bank

Dunia dengan Kerajaan Malaysia.Tapi sekarang jumlah itu telah dikurangkan

berkuatkuasa pada tahun 1986 menjadi US$30.65 juta. Ini menyukarkan pihak

pengurusan Felcra untuk melaksanakan projek-projek besar yang lain pada tahun akan

datang.

64
KEBAIKAN SYARIKAT KORPORAT

(FELCRA BERHAD)

Pemilikan perbadanan ialah sejenis perniagaan yang ditubuhkan di bawah kuasa

undang- undang dan akta khas. Perniagaan ini mempunyai hak di bawah undang- undang

untuk beroperasi dalam bidang perniagaan yang dibenarkan, memiliki harta dan liability,

meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan terhadap entity lain.

Kekuatan FELCRA Berhad ialah ia mempunyai rekod pengalaman lebih 30 tahun

dalam perniagaan teras iaitu pembangunan tanah dan pengurusan ladang serta

mempunyai jalinan hubungan yang kukuh dengan kerajaan. Ia juga memperolehi

penawaran komoditi keluaran sendiri.

Selain itu, modal yang besar melalui pinjaman yang diperoleh daripada Bank

Dunia memudahkan perniagaan ini berkembang berbanding dengan perniagaan tunggal

yang mempunyai modal yang kecil.

Felcra juga menubuhkan Persatuan Kebajikan Staf bagi menjaga kepentingan

pekerjanya. Antara kemudahan dan faedah yang diperolehi ialah bantuan perkahwinan,

hadiah pelajaran bagi anak-anak pekerja, bantuan melanjutkan pelajaran (untuk diri ahli

sahaja), pinjaman am iaitu maksimanya RM 1,000.00, hadiah persaraan,bantuan

kematian, bantuan kemalangan, bantuan bencana, bantuan khas iaitu kesakitan dan

berlakunya kecurian dan banyak lagi.

Langkah Felcra dengan menghantar para belia desa untuk mengikuti latihan dan

kemahiran berkaitan ladang adalah satu usaha yang berkesan. Ini kerana ia boleh

65
mengurangkan kadar pengangguran negara kita selain membantu mempertingkatkan

ekonomi negara.

Pengurusan perbadanan korporat lebih efisyen dan fleksibel berbanding pemilikan

tunggal. Felcra mempunyai beberapa unit aktiviti yang menjalankan tugas masing-

masing seperti unit pemasaran, unit kewangan, unit sumber manusia dan aktiviti

organisasi berjalan dengan teratur. Mereka juga mempunyai pekerja yang berkemahiran

dalam mengendalikan operasi syarikat dan berkemampuan untuk membuat keputusan

sendiri dalam pengurusan ladang mahupun pentadbiran. Setiap kawasan perladangan juga

dibahagikan kepada beberapa peringkat untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan

kerja di samping dapat memberi pulangan yang tinggi dan mengeluarkan keluaran yang

berkualiti. Di sini, kita dapat lihat pembahagian tugas mengikut kemahiran pekerja

membantu dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Dalam menjalankan apa- apa projek, biasanya perbadanan korporat menggunakan

teknologi yang canggih. Ini dapat memudahkan sebarang proses yang dijalankan dan

mendapat hasil yang lebih lumayan berbanding milikan tunggal yang lebih bersifat sara

diri.

66
KELEMAHAN SYARIKAT KORPORAT

FELCRA BERHAD

Secara umumnya, perbadanan korporat sukar ditubuhkan kerana pelbagai

prosedur yang perlu dipatuhi. Berbeza dengan perniagaan tunggal, operasi syarikat

dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang ketat yang mana kebanyakan undang-

undang bertujuan untuk melindungi pekerjanya. Setelah dikorporatkan FELCRA Berhad

boleh menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan

nasional.

Cukai yang dikenakan ke atas syarikat lebih tinggi berbanding bentuk perniagaan

yang lain. Cukai- cukai yang dikenakan ialah cukai ke atas keuntungan syarikat yang

belum diagihkan serta cukai ke atas dividen yang diperolehi oleh setiap pesertanya.

Dalam menjalankan projek tanaman yang dikendalikan oleh Felcra seperti padi,

getah dan kelapa sawit ia memerlukan penduduk- penduduk desa berpindah ke kawasan

lain. Hal ini menyukarkan pihak Felcra untuk mendapatkan dan meyakinkan para

penduduk kerana kebanyakan daripada mereka telah menginap di kawasan kampung itu

berpuluh- puluh tahun lamanya. Mereka perlu memberi tanah atau rumah yang baru

kepada penduduk tersebut dan ini memerlukan peruntukan yang tinggi.

67
68
Kedai runcit Ima ditubuhkan pada 1 Mei 2000 di Jalan Sultan Ismail, Kota Bharu

Kelantan. Pemiliknya bernama Norima binti Jamaluddin. Kedai runcit bersaiz kecil ini

menawarkan barangan keperluan harian atau barangan mudah beli dengan lini barangan

yang terhad seperti miniman ringan, makanan ringan, tisu, rokok dan gula-gula. Kedai ini

beroperasi selama 7 hari seminggu dan di buka pada siang hari dan boleh beroperasi atau

tidak mengikut kemahuan pemiliknya.

Pada awal penubuhan kedai ini, pemilik perlu mendaftar dengan Pejabat

Pendaftar Perniagaan dan dikehendaki mengisi dan melengkapkan Borang A. Modal yang

dapat dikumpul ialah RM 30,000 yang digunakan untuk menyewa bangunan, membeli

stok barangan, bayaran elektrik dan air, dan juga bayaran untuk mendapatkan lesen

perniagaan. Modal diperoleh dari simpanan pemilik, saudara mara dan pinjaman bank.

Walaubagaimanapun, pinjaman dari Bank Pertanian hanya diperoleh selepas 1 tahun

penubuhan syarikat, oleh itu pemilik terpaksa menggunakan wang yang sedia ada untuk

menjalankan perniagaan.

Kedai runcit Ima mempunyai bilangan pekerja seramai 3 orang yang terdiri

daripada anaknya sendiri dan 2 daripadanya merupakan penduduk setempat. Upah yang

diberikan setiap pekerja adalah sebanyak RM 10 untuk sehari. Pada mulanya pemilik

sukar unuk mendapat pembekal kerana modal yang terhad tetapi atas daya usaha dan

69
kesungguhan pemilik, pembekal memberi kepercayaan penuh kepada beliau. hingga

sekarang Puan Norima merupakan pelanggan tetap pembekal tersebut. Pembekal

utamanya terdiri daripada pembekal roti Gardenia, Wall’s. Munchy’s, dan pembekal

rokok Malboro, Dunhill dan Salem. Barangan Nestle seperti susu tepung dan susu pekat

di bekalkan oleh Swee Hong Transport & Trading Kota Bharu Kelantan.

Bagi perniagaan jenis ini, segala keuntungan dan risiko kerugian ditanggung oleh

pemilik sepenuhnya. Kedai runcit Ima pernah mengalami kerugian yang teruk pada awal

tahun 2003 kerana terdapat perniagaan yang bersaing hebat berhampiran kedainya. Kedai

ini menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan harga kedai runcit biasa.

Namun atas kecekapan pemiliknya berhubung rapat dengan pelanggan, maka mereka

tetap menjadi pelanggan setia Puan Norima.

Purata keuntungan setiap bulan ialah dalam anggaran RM10,000 dan pemilk telah

mengambil inisiatif untuk membesarkan perniagaannya dengan memperluas bangunan

dan menawarkan lebih banyak barang keperluan kepada pelanggan.

Masalah yang dihadapi oleh milikan

tunggal

70
Kedai Runcit Ima

1) Pemasaran.

Milikan tunggal menghadapi masalah dalam memasarkan barangan kerana

kebanyakan perniagaan jenis ini menjual barangan keperluan harian yang sama dan

kuantiti adalah terhad. Kebiasaannya, milikan tunggal lebih banyak tertumpu di kawasan

pekan atau desa yang mana mempunyai bilangan penduduk yang tidak berapa ramai.

Selain kekurangan pelanggan, perniagaan jenis ini juga terpaksa bersaing hebat dengan

perniagaan lain yang turut menawarkan baragan yang sama dari segi jenama, bentuk dan

pembungkusan.

Adakalanya, mereka terpaksa menggunakan strategi mengurangkan kos produk

dan kos pengedaran dan ini menyebabkan mereka mengalami kerugian. Sekiranya harga

sesuatu barang di naikkan, pengguna akan beralih kepada penjual lain yang menjual pada

harga yang lebih rendah.

2) Pengurusan kewangan.

Pemilik kepada perniagaan jenis milikan tunggal akan berkuasa sepenuhnya

terhadap perniagaan mereka. Oleh itu, setiap urusan yang melibatkan kewangan

dikendalikan oleh pemilik sendiri dan tiada campur tangan dari pihak lain. Kebanyakan

pemilik tidak mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan. Jadi mereka tidak

mengetahui cara yang betul bagi menguruskan kewangan dalam perniagaan mereka.

Bagi perniagaan milikan tunggal, modal bagi memulakan perniagaan adalah lebih

kecil berbanding syarikat korporat. Pada kebiasaannya modal jenis perniagaan ini adalah

71
daripada wang simpanan pemilik atau pinjaman daripada saudara terdekat atau pinjaman

dari syarikat kewangan. Sekiranya berlaku kerugian, pemilik harus menanggung semua

kerugian tersebut.

Untuk mendapatkan pinjaman dari syarikat kewangan, pemilik perlu mengikut

beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Antara prosedur yang perlu diikuti ialah

mencagarkan aset milik perniagaan tersebut. Amaun pinjaman bagi permulaan perniagaan

milikan tunggal adalah terhad dan tidak melebihi amaun yang telah ditetapkan oleh

syarikat kewangan dan pada kebiasaannya lebih rendah daripada jenis milikan lain.

Perniagaan biasanya sukar untuk berkembang disebabkan oleh kekurangan modal

dan kurangnya pengetahuan dalam mengendalikan pengurusan kewangan perniagaan.

Pemilik terpaksa menanggung semua beban pengurusan dan risiko perniagaan.

Perniagaan milikan tunggal selalunya tidak kekal lama.

3) Pengurusan pekerja

Perniagaan milikan tunggal tidak mempunyai jumlah pekerja yang ramai

disebabkan kekurangan pendapatan untuk membayar upah pekerja. Pekerja terdiri

daripada keluarga terdekat dan sahabat handai. Kebiasaannya pekerja dalam milikan

tunggal kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman kerja.Mereka

hanya berperanan membantu pemilik semata-mata. Hal ini menyebabkan pengurusan

kerja tidak sistematik dan efisien. Ini kerana kemahiran pengurusan hanya tertumpu

kepada pengetahuan seorang pemilik. Perniagaan jenis ini juga sukar berkembang

berikutan kekurangan pekerja berkemahiran dalam mengatur strategi yang berkesan

dalam mengembangkan syarikat.

72
Perniagaan Puan Norima hanya mempunyai pekerja dikalangan penduduk

setempat yang berpendidikan rendah dan tidak berkemahiran untuk memberi cadangan

yang bernas untuk memperkembangkan perniagaan. Mereka hanya bekerja untuk

memperolehi pendapatan untuk menampung kehidupan.

4) Pembekal

Milikan tunggal sukar mendapat pembekal kerana operasinya adalah kecil.

Pembekal merupakan jambatan atau orang tengah yang menghubungkan pihak pengeluar

dengan pelanggan. Selain itu, pembekal juga bertanggungjawab membekalkan berangan

kepada perniagaan.Barangan ini diperlukan oleh perniagaan untuk menjual dan

memenuhi keperluan pelanggan

Apa yang telah dihadapi oleh Puan Norima dalam menguruskan perniagaannya

adalah untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada pihak pembekal kerana

kedudukan perniagaannya yang tidak kukuh dengan jumlah modal yang kecil. Di sini

dapat dilihat peranan pembekal amat besar dalam mempertingkatkan keuntungan

sesebuah perniagaan samaada milikan tunggal mahupun perbadanan korporat.Pembekal

merupakan sumber utama bagi perniagaan milikan tunggal. Tanpa sokongan daripada

mereka, perniagaan tesebut boleh dikatakan gagal berfungsi.

5) Produk dan perkhidmatan.

73
Produk yang dijual dalam pasaran merupakan sesuatu yang ditawarkan dalam

pasaran yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki dan dapat

memberi faedah kepada setiap penggunanya. Kebanyakan produk yang dijual oleh

perniagaan jenis milikan tunggal adalah produk mudah beli iaitu barangan yang dibeli

dengan masa dan usaha yang paling minimum kerana produk ini kerap dibeli. Harga

produk adalah murah dan pelanggan tidak membuang masa untuk membuat perbandingan

harga dan kualiti.

Antara contoh barangan mudah beli ialah sabun, minyak, gula, beras dan tepung.

Ini merupakan barangan kawalan kerajaan dan pelanggan tidak dibenarkan membeli

dalam kuantiti yang banyak walaupun permintaan bagi barangan ini adalah tinggi.

Pemilik tidak dapat menyediakan barangan ini sepertimana yang diminta oleh pelanggan,

jadi ini akan menjejaskan perniagaan tersebut kerana pelanggan akan berubah kepada

perniagaan lain yang boleh menyediakan kuantiti yang lebih banyak.

6) Pinjaman

Pemilik perniagaan milikan tunggal tidak mempunyai modal yang cukup dalam

menjalankan aktiviti perniagaannya. Walaupun pemilik mempunyai simpanan sendiri

tetapi jumlah itu terpaksa ditampung oleh saudara terdekat dan syarikat kewangan.

Untuk memperolehi pinjaman ini, pemilik terpaksa mengikuti beberapa prosedur

yang ditetapkan oleh pihak syarikat kewangan. Mereka perlu menyediakan kertas kerja

yang berkualiti dan boleh meyakinkan pihak peminjam. Pinjaman ini mengambil masa

yang panjang untuk diluluskan dan ini menyukarkan pemilik meneruskan perniagaannya.

74
Apa yang berlaku kepada Puan Norima, beliau menerima pinjaman

daripada pihak Bank Pertanian setelah setahun menjalankan perniagaan. Hal ini

menyebabkan beliau tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya berikutan gagal untuk

membeli stok barangan yang diperlukan oleh pelanggan.

75
KELEBIHAN SYARIKAT MILIKAN TUNGGAL.

Syarikat milikan tunggal mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil dan

memerlukan urusan perundangan yang ringkas. Perniagaan jenis ini mempunyai kurang

prosedur undang-undang dalam penubuhannya kerana tidak mempunyai banyak syarat

atau lesen yang perlu diperolehi sebelum memulakan sesuatu perniagaan dibawah

pemilikan tunggal .Prosedur penubuhan adalah mudah kerana hanya perlu mendaftar di

Pejabat Pendaftar Perniagaan ( Register of Business/ ROB ) dibawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 .

Perniagaan jenis ini hanya memerlukan seorang pemilik sahaja dan ini

menyebabkan pemilik bebas bertindak mengikut kemahuan sendiri .Keputusan

sepenuhnya ditangan pemilik dalam apa sahaja keputusan untuk perniagaan seperti

jumlah modal yang hendak dilaburkan ,berapa pekerja harus diambil, berapa banyak gaji

pekerja yang perlu dibayar dan sebagainya.Pemilik akan mengunakan sepenuhnya

kredibiliti ,idea ,kebolehan dan kemahiran meraka dalam menguruskan perniagaan tampa

campur tangan dari pihak lain kerana mereka berkuasa penuh ke atas perniagaan yang

dimiliki sendiri.

Apabila pemilik memperolehi keuntungan dan kerugian ,pemilik akan

menanggung semua itu tanpa melibatkan orang lain.Keuntungan yang di perolahi dimiliki

tanpa dikongsi oleh orang lain kerana pemilik hanya seorang dan berliabiliti tidak terhad

di dalam perniagaannya.

Cukai akan dikenakan kepada setiap jenis perniagaan dan biasanya cukai yang

dikenakan kepada pemilik perniagaan milikan tunggal adalah rendah berbanding jenis

76
perniagaan yang lain.Cukai ini merupakan cukai pendapatan pemilik ,bukan sebagai

cukai terhadap perniagaan.Pemilik syarikat ini tidak terikat dengan cukai yang tinggi ,

pemilik hanya perlu membayar cukai pendapatan persendirian sahaja. Ini dapat

meringankan beban pemilik yang hanya memperolahi keuntungan yang tidak seberapa .

Walau bagaimana pun perniagaan jenis ini senang dibubarkan tanpa melibatkan

pelbagai prosedur kerana perniagaan ini tidak berkaitan dengan pihak lain .Perniagaannya

boleh dianggap telah dibubarkan jika pemilik tidak memperbaharui lesennya .Mudah bagi

pemilik untuk membubarkan atau meneruskan perniagaan kerana status perundangan

perniagaan ini tidak jelas .

Tahap kerahsiaan dalam milikan tunggal adalah tinggi kerana pemilik hanya

seorang dan pemilik sehaja mengetahui tentang perjalanan perniagaannya dan meklumat

perkembangan perniagaan mereka .Tidak wajib begi mereka untuk menghantar kepada

mana-mana pihak laporan kewangan perniagaan.Laporan kewangan juga tidak perlu

dibentangkan kepada pihak lain kerana perniagaan mereka tidak melibatkan pihak lain .

77
KELEMAHAN SYARIKAT MILIKAN TUNGGAL

Walaupun syarikat milikan tunggal dianggap mudah di tubuhkan namun ia

mempunyai kelemahan dan keburukan yang terpaksa dihadapi oleh pemilik. Konsep

perniagaan milikan tunggal ialah mempunyai liabiliti yang tidak terhad. Mereka terpaksa

menanggung sepenuhnya sebarang risiko yang berlaku dalam perniagaan mereka

termasuklah kemungkinan untuk muflis. Apabila hal ini terjadi mereka terpaksa menjual

aset yang ada untuk menampung kerugian yang dihadapi .

Modal yang kecil mengakibatkan perniagaan terdedah kepada pelbagai risiko luar

jangka seperti apa yang berlaku pada banyak perniagaan semasa kegawatan ekonomi

apabila mereka tidak mempu lagi beroperasi disebabkan modal yang terhad. Ini

menyebabkan perniagaan mudah ditutup kerana tidak mempu menampung yang bertahan

dalam situasi berkenaan. Idea dan kebolehan seorang pengurus sahaja adalah terhad dan

ini menyukarkan perniagaan berkembang maju kerana tidak boleh berkongsi idea dengan

pekerja yang kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan.

Disebabkan semua tanggungjawab mengurus dan mengendalikan perniagaan

adalah diatas bahu pemilik,merka lebih terdedah kepada tidak cukup masa dan

kepakaran. Setiap masa yang ada di peruntukkan untuk menguruskan kewangan supaya

tidak berlaku sebarang masalah, memastikan stok supaya ia mencukupi pemintaan

pelanggan dan mengendalikan hal-hal lain yang berkaitan dengan perniagaan.

Selain itu, pemilik sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan

perniagaan. Ini kerana bagi mendapatkan pekerja yang berkemahiran samaada dalam

bidang kewangan mahupun pengurusan kedai, ia memerlukan peruntukan yang besar.

78
Pemilik terpaksa membayar gaji yang tinggi selaras dengan kepakaran yang dimiliki

mereka tetapi pemilik tidak mampu berbuat demikian disebabkan modal yang terhad.

79
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, syarikat korporat mempunyai perbezaan yang amat

ketara dari semua aspek samada aspek pengurusan kewangan, pekerja, pemasaran

produk, pembekal dan produk itu sendiri. Saiz perniagaan ini sudah menunjukkan

perbezaan yang mana syarikat korporat mempunyai saiz yang besar manakala milikan

tunggal bersaiz kecil.

Dari segi modal, syarikat korporat memerlukan modal yang besar untuk

beroperasi selain berpotensi untuk berkembang berbanding milikan tunggal yang hanya

beroperasi dengan modal yang kecil. Melalui jumlah modal ini juga, pulangan yang

diperolehi oleh syarikat korporat seperti Felcra Berhad lebih tinggi dan hanya mengambil

masa kira-kira 30 tahun untuk menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan negara.

Felcra juga merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi negara yang berupaya

meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebaliknya, pulangan yang diperolehi oleh perniagaan milikan tunggal

kebanyakannya hanya untuk menampung kehidupan seharian dan untuk mendapat

pulangan dari hasil jualan semata-mata. Matlamat mereka bukan untuk pihak lain tapi

untuk menampung perbelanjaan mereka seharian di samping untuk mendapatkan sedikit

keuntungan.

Apa yang pasti, setiap bentuk perniagaan yang dijalankan mempunyai kelebihan

dan kekurangan. Jelasnya, kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada bagaimana

pengusaha atau pemilik menggunakan kemahiran yang ada dalam menghadapi apa-apa

cabaran dan bukannya bergantung besar atau kecilnya perniagaan tersebut.

80
81

You might also like